Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 1 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (32)


Debaran yang kian terasa tadi sudah pun berlalu. Senyuman sudah mampu terukir di bibir. Majlis tadi sudah pun selesai. Sejam yang lalu aku sudah sah bergelar tunang Aidil. Alhamdulilah. Segalanya berjalan dengan lancar.

Peluh yang merintik di dahi segera di seka oleh Dila. Aku tersenyum. Datang juga dia ke sini. Semalam baru dia sampai. Lega juga sebab ada kawan datang teman. Iffah turut berada sebentar tadi. Sekarang hilang entah ke mana.

“ rilekslah. Dah selesai pun.” Ujar Dila. Aku tersenyum.

“ aku tahu. Tapi debaran tu masih ada. Kau tak pernah alami jadi duduk diam-diam.”

“ yelah. Duduk elok-elok sikit. Nanti ada orang nak masuk.” Tegur Dila. Aku hanya menurut.

Aku tunduk memandang tangaku yang berinai ini. Aku Cuma memakai inai yang di lukis bukan inai kampung. Lagipun hanya pertunangan. Ya Allah tenangkan hatiku dari gundah-gulana ini.
Tak mampu aku gambarkan perasaan aku kini.

Tiba-tiba aku teringatkan ayah yang masih belum sedarkan diri di hospital. Alangkah bagus jika ayah dapat saksikan semua ini. Pasti ayah bahagia. Ayah… Misya rindukan ayah. Rasa sebak hati di hati.

“ jangan duk gatal mengalirkan air mata ya. Penat aku mekapkan kau tadi. Walaupun ringkas tapi kau cantik. Jangan membazirkan air mata tu.” Amaran Dila aku terima dengan sengihan.

“ baik makcik. Macam mana kau tahu aku nak menangis.” Air mata yang berada di tubir mata ku seka dengan tisu. Tak sanggup ingin merosakkan air tangan Dila ni.

“ aku ternampak mata kau merah tadi. Kau ni kenapa. Hari bahagia ni sepatutnya gembira bukan sedih.” Aku tersenyum.

“ aku teringatkan ayah aku. Aku sedihlah sebab dia tak dapat tengok semua ini.” Luahku tenang.

“ maafkan aku.” Aku menggeleng ke arahnya dan tersenyum.

“ tak mengapa. Aku tak salahkan kau. Erk.. aku nak salin semua ni boleh. Rimas lah.” Pohonku. Dila menatapku tajam

“ masih belum saatnya lagi cik Misya. Selagi tunang kau belum tengok.” Aku membeliakkan mata.

“ hei..kenapa nak bagi dia tengok. Malulah.” Dila tergelak kecil.

“ apa salahnya. Mesti dia terpaku nanti saat Nampak kau. Dahlah cantik. Bertuah Aidil.” Usik Dila terus-terusan. Aku sudah tersipu malu ni.

Kalau dia dengar bertambah malulah aku gamaknya.

“ Misya.. bersiap sedia.”Lapor Iffah apabila masuk ke dalam bilik. Aku dan Dila saling memandang.

“ kenapa?” soal Dila.

“ tunang kau dan keluarga dia nak masuk.” Bisik Iffah di telinga kami berdua.

Terus aku jadi berdebar. Tanganku yang menjadi hangat bertukar ke sejuk semula. Jangan cemas Misya. Tenang.. tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya. Fuh!

“ janganlah gelabah sangat. Nanti mereka Nampak.” Tegur Dila. Aku tersengih.

“ yelah.”

Selepas itu, ibu Aidil yang menyarungkan cincin sebentar tadi pun masuk bersama Aidil.

“ Misya…” panggil ibunya. Aku tersenyum.

“ terima kasih kerana sudi memilih Aidil.” Aku tersenyum lagi dan mengangguk perlahan.

“ saya pun kena ucapkan terima kasih kepada makcik dan Aidil kerana sudi mengambil saya sebagai tunang dan anak menantu makcik.”

“ jangan panggil makcik. Panggil je ibu.” Aku tersentak.

“ tapi…” segan pula. Aku bukannya belum jadi isteri Aidil.

“ awak ikut je Misya. Ibu saya ni bukan main seronok lagi sebab dapat kenali awak. Awak ikut je.” Ujar Aidil yang berdiam diri semenjak tadi.

“ betul kata Aidil tu. Ibu tak kisahlah. Ibu lagi suka kalau Misya panggil ibu ni dengan panggilan ibu. Ya…” aku tersenyum.

“ baik ibu.” Alhamdulilah. Mereka terima aku seadanya. Lebih baik daripada yang aku sangkakan. Tak sangka aku. Syukur sangat.

“ ibu keluar dulu. Kamu bersembanglah.” Ibu pun berlalu keluar. Tinggallah kami berempat.

“ erk.. kami berdua keluar dulu ya..” pinta Dila.

“ tak usah. Duduk sini.”Arahku tegas.

“ tapi…”

“ sekejap je. Kamu berdua duduklah sini. Tak kacau pun.” Ujar Aidil. Aku senyum menang ke arah mereka berdua. Mereka hanya melihatku dengan geram. Hehe..

“ tak sangka keluarga awak menerima saya dengan baik.” Ujarku.

“ mereka memang macam tu. Ibu saya kata semenjak kali pertama tengok awak melalui gambar. Dia dah tertarik.” Aku tersentak.

“ gambar? Amboi..memandai je bagi tengok gambar kita ya..” Aidil tersengih.

“ tak salahkan?”

“ hurmm.. yelah.”aku mengalah lalu tunduk memandang jari yang di hiasi cincin sebentar tadi.

“ maaf…” suara Iffah buat kami berdua menoleh.

“ boleh korang berdua duduk elok-elok. Nak ambil gambar sebagai kenangan..” arah Iffah lembut.

“ erk…perlu ke?” soalku. Mereka berdua mengangguk. Hurmm yelah.

Aidil mengambil tempat di sebelahku. Tetapi jarak sikit. Yelah bukannya kahwin lagi. Jadi kami kenalah berenggang.

“ pandang kamera dan beri senyuman yang paling manis.” Suruh Iffah. Dia ni lah. Mengada-ngada.

“ Misya..” aku tersengih.

“ oklah.”

Aku mengambil posisi yang betul dan tersenyum melihat kamera. Moga kenangan ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

“ I, 2, 3.”

Klik!

~ Bersambung ~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers