Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 7 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (42)



“ ZAIM?”

Saat aku bertemu dengan seseorang yang di katakan abang Shah itu. Sungguh aku terkejut. Ternyata Zaim.

“ korang dah kenal?” soal abang Shah.

“ haah… dia kawan Misya di Uitm dulu. Lepas tu kami berjumpa kembali di London. Dialah yang banyak membantu Misya semasa di sana.” Jelasku kepada abang Shah dan ayah yang turut berada di situ supaya mereka tidak salah faham.

“ oh… baguslah kalau begitu. Sebenarnya Zaim ni anak saudara ayah. Sepupu abang Shah.” Aku tersentak. Kenapa selama ni aku tak tahu pun.

“ memang kamu tak tahu sebab dia kan berada di luar Negara. Jadi sekarang kamu dah saling kenal dan tahu. Itu lebih bagus.” Jelas ayah lebih lanjut. Macam tahu-tahu je ayah ni.

“ ermm.. sebenarnya Misya. Zaim akan jadi pekerja di sini.” Aku melihat Zaim tanda tidak percaya.

“ betul. Ayah saya yang minta saya jadi wakil di sini pula. Lagipun saya sama setuju dengan cadangan ayah saya. pakcik dan abang Shah pun setuju. Jadi saya akan bekerja di sini.”

“ sebagai?” soalku lebih lanjut.

“ ha.. abang terlupa. Nanti Misya akan jadi pembantu Zaim. Dia akan menjawat jawatan abang. Abang pula akan ambil alih tugas lain iaitu ketua atasan pejabat ini. Zaim CEO di sini.”

Aku ternganga mendengar penjelasan abang Shah. Biar betul? Aku jadi pembantu Zaim.

“ erk… maknanya setiausaha Zaim atau lebih tepat pembantu peribadi Zaim? Gitu?” aku memandang mereka silih berganti.

Anggukan mereka bertiga sudah mampu buat aku nak pengsan di sini. OH MY GOD! Abang Shah… kenapa beri jawatan itu kepada Misya. Bukankah abang dah tahu yang Misya tak boleh lakukan.

Sebelum ni bersama abang Shah bolehlah tahan. Kalau dengan Zaim ni. Cam ne pulak. Ayoyo… tak adillah macam ni.

“ are you okey Misya?” aku senyum senget. I’m not okey abang Shah. Huahuahua.. Mak ini tak adil.

“ Baiklah. Mulai esok Misya akan mula berkerja di bawah pengawasan Zaim..”

Aku hanya berdiam diri. Aku nak balik… please…

“. Jadi sekarang Misya minta kebenaran untuk pulang ke rumah. Letih..” pohonku dengan muka kelat.

“ okey kalau begitu. Jom balik dengan abang.” Aku pantas menggeleng.

“ tak usahlah abang. Abang dan ayah pasti ada banyak kerja. Misya tak nak kerja abang dan ayah jadi tergendala gara-gara Misya. Jadi biar Misya balik sendiri. Tak mengapa.” Tolakku secara baik.

Aku tak nak balik dulu. Aku nak pergi ke suatu tempat. Tempat yang boleh tenangkan fikiranku. Titik…

“ kalau begitu biar saya jelah yang hantar awak balik. Abang Shah, boleh kan?” pinta Zaim.

Aku ketap bibir. Dia ni pun satu. Tapi okey juga sebab aku boleh serang dia dengan pelbagai soalan. Kau tunggu je nanti Zaim.

“ boleh juga tu. Jadi Misya balik dengan Zaim lah abang. Abang pun takkan risau lagi jika Misya balik keseorangan.” Sokongku.

“ baiklah kalau begitu. Zaim jaga adik aku elok-elok.” Pesan abang Shah. Zaim hanya mengangguk.

Aku sudah senyum. Senyum yang sukar untuk ditafsirkan.

*****

“ Awak.”

“ Misya.”

Kata kami serentak. Aku ketawa kecil. Macam mana boleh kebetulan pula.

“ awak cakaplah dulu.” Suruhku.

“ awaklah. Apa yang akan saya cakap ni tak penting sangat pun. Jadi awak cakaplah dulu.” Ujarnya lembut.

Aku tersenyum. bagus…

“bila awak sampai sini? Kenapa awak tak beritahu saya yang awak anak saudara ayah saya dan sepupu abang Shah? Mengapa awak rahsiakan?” soalku bertalu-talu.

Ketika ini kami berada di persisiran pantai. Sungguh tenang apabila aku berada di sini. Mujur dia mahu bawa aku ke sini. Kalau tidak memang nahaslah.

“ ish.. banyaknya yang awak Tanya. mana yang saya nak jawab dulu ni.” Aku tersengih.

“ mana-mana pun tak apa.”

“ baiklah. Saya sampai tengah hari tadi. Sebenarnya saya dapat tahu perkara ni beberapa hari yang lepas. Masa tu awak baru sampai di Malaysia. Kebetulan ayah saya suruh balik Malaysia. Tapi saya memang tak sangka yang awak ni sepupu saya.” Jelasnya.  

“ kalau saya tahu dah lama saya datang cari awak sebelum saya bergerak ke London.” Sambungnya lagi.

Aku menjelingnya sekilas sebelum memandang ke hadapan.

“ awak tak tipu kan?” soalku lagi.

“ betul. Tak ada faedahnya jika saya bohong awak.” ujarnya dengan senyuman. Senyuman yang aku rasa paling manis dan menawan. Haih… kenapa pula ni.

Tapi kenapa aku seperti dah kenal dengan dia. Kenapa aku langsung tak ingat di mana aku dan dia pernah berjumpa. Yang pasti aku macam dah kenal dia sebelum di Uitm tu. Lagipun Ifah pun ada menyatakan perkara yang sama. Di mana?

“awak?” aku tersentak lalu menoleh ke arahnya.

“ ada apa-apa lagi yang awak nak Tanya saya?” aku menggeleng lalu tersenyum.

Hatiku tiba-tiba berdebar-debar. Tidak semena-mena aku juga dapat rasakan kehadiran seseorang. Maksud aku Zaim ni. Dia memang mampu buat aku tenang.

“ jadi giliran saya pula kan?”

“ yap..” aku berjalan perlahan di persisiran pantai Merdeka ini.

“ sebenarnya dah lama saya nak tahu perkara ini. Dari lima tahun yang lalu. Tapi saya tak berani sebab masa tu kan awak tengah belajar lagi. Jadi saya pendamkan je. Tapi sekarang saya rasa sudah tiba masanya untuk saya tahu. Saya harap sekarang adalah waktu yang tepat.”

Aku hanya mendengar apa yang dia kata. Aku masih belum dapat menangkap motif dia.

“ sebenarnya apa yang telah terjadi di antara awak dengan Aidil. Di mana dia sekarang? Saya teringin sangat nak berjumpa dengan dia.” Langkahku terhenti saat mendengar nama arwah Aidil.

“ kenapa?” aku memusingkan badan dan menghadapnya.

“ betul ke awak nak tahu?” soalku tanpa senyuman.

“ ye. Tapi kalau awak tak nak beritahu pun tak mengapa. Saya tak kisah. Jangan desak diri awak.” pantas aku menggeleng.

“ tak. Saya tak mahu awak jadi tertanya-tanya dan tersalah faham. Saya perlu ceritakan hal yang sebenar.” Tidak semena-mena air mataku bertakung di tubir mata. Aku harus kuat dan tidak seharusnya menitiskan air mata.

“ awak tak apa-apa?” aku senyum hambar.

“ sebenarnya sebelum saya datang ke London ada satu peristiwa yang pahit berlaku kepada diri saya.”

Aku kembali menghadap ke arah laut.

“ peristiwa apa?”

“ hari itu adalah hari perkahwinan saya dan Aidil. Kami hampir berkahwin. Tapi takdir Tuhan tiada siapa yang tahu kan? Dia mengalami kemalangan yang teruk. Keadaan dia pun sangat parah masa tu. Bayangkanlah peluang dia untuk hidup masa tu adalah 30 peratus je. Tiada siapa pun tahu apa yang akan berlaku setrusnya.”

Aku berjeda seketika untuk mengawal emosiku yang tidak terkawal ketika ini.

“ awak… maaf jika saya banyak Tanya. Adakah Aidil erk…” aku menyeka air mata di tubir mata. Aku senyum kelat.

“ hurmm.. dia meninggal sehari selepas itu. Apa lagi yang boleh saya buat melainkan redha kepergiannya.” Ujarku perlahan.

Aku ketap bibir sekuat hati. aku menggengam erat tanganku supaya tidak menitiskan air mata. Tapi akhirnya aku kalah dengan perasaan aku. Air mataku gugur juga. Aku malu kerana Zaim lihat semua ini.

“ awak… maafkan saya kerana buat awak teringat kenangan silam. Saya bersalah sangat kerana Tanya awak. tapi awak jangan risau. Saya janji saya akan jaga awak. saya akan cuba melindungi awak.” aku tersentak. Pantas air mataku seka.

“ maksud awak?” soalku pinta kepastian.

“ awak…sebenarnya saya nak beritahu awak sesuatu. Perkara yang saya janji nak beritahu awak dulu. Sebenarnya dah lama saya pendam perasaan ini dalam hati. semenjak saya tahu awak dah bertunang. Jadi saya pendamkan sampai sekarang. Ye.. memang saya kecewa masa tu tapi saya cuba bersabar.”

Aku mengerutkan dahi. Apa yang dia nak aku tahu ni?

“ Misya… sebenarnya saya cintakan awak.” aku tercengang setelah mendengar pengakuannya. Tapi aku tersenyum sinis selepas itu.

“ awak jangan nak bohonglah. Saya tahu itu untuk mengambil hati saya. mentang-mentang Aidil telah pergi jadi awak pun nak ganti tempat dia di hati saya? begitu?” tidak semena-mena suaraku tinggi.

“ Misya.. listen. Itu bukan maksud saya. awak jangan salah faham. Saya tak berniat pun nak gantikan tempat arwah tunang awak. saya tahu ia sangat sukar untuk lupakan seseorang yang pernah bertahkta di hati kita walaupun sudah lama dia pergi. Saya Cuma luahkan apa yang saya rasa. Apa yang saya cakap itu betul Misya. Saya memang betul cintakan awak. saya ikhlas Misya.”

Aku terdiam lantas mengalih pandangan daripada melihatnya. Ya Allah apa makna semua ini.

“ maaf saya kena balik dulu.” Pintaku selepas diam seketika.

“ saya hantar awak?” langkahku terhenti.

“ Tak usah. Saya perlukan ruang untuk menenangkan fikiran. Dan jangan ekori saya!” tegasku sebelum melangkah pergi.

Air mataku kembali menitis saat aku melangkah. Ya Allah bagaimana ni. Apa yang harus aku lakukan. Sedangkan selepas ini aku akan berkerja dengan dia. Adakah aku mampu buat seperti tiada apa yang berlaku.

Sebenarnya aku langsung tak duga yang aku akan tinggikan suara dekat Zaim. Memang aku terkejut saat dia berkata demikian. Aku dapat rasakan dia ikhlas.

Tapi mungkin perasaan aku dekat arwah Aidil masih kuat. Sebab itulah aku marah dan sukar untuk terima Zaim.

Ya Allah bantulah aku. Aku sudah tak tahu apa yang perlu aku lakukan selepas ini. Aku buntu sangat-sangat. Kan bagus kalau awak masih ada Aidil..

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers