Mak aii… sejuknya… boleh beku aku di sini. Kini aku berada di Cameron Highland. Sedang menikmati bulan madu bersama suami tersayang. Dah lama aku tak datang ke sini. Dan aku tak tahan sejuk ye.. pagi-pagi memang sejuk. Biru bibir aku Nampak gayanya.
“ sejuk ke?” soal Zaim
lalu memelukku dari belakang. Aku tersenyum lalu mengangguk perlahan.
“ Misya tak biasa dalam
keadaan sejuk macam ni. Tengok sampai menggigil…” jelasku
perlahan. Sejuk tahu tak..
“ kalau begitu kita
masuk ke dalam bilik. Dalam bilik tak sejuk sangat. Kat luar ni sejuk
sangat.” Sarannya.
Aku hanya menurut. Lagipun
aku sudah tidak tahan duduk di luar ni lama-lama. Boleh demam oo…
Sampai saja di bilik aku
terus merebahkan diri di katil tanpa membuka tudung. Tak rasa hangat
pun. Lagi selesa adalah. Hurmm…
“ penat ke?” dia
datang menghampiriku lalu tolongku membuka tudung.
“ tak…” aku
memejamkan mata cuba nikmati keindahan ini. Memang aku dapat rasakan
nikmat apabila sudah berumah tangga ini. Walaupun banyak dugaan yang
terpaksa ku tempuhi sebelum ini. Tapi itu tidak mematahkan
semangatku.
“ sayang fikir apa tu?”
Aku kembali mencelikkan
mata dan melihatnya yang begitu hampir denganku. Serta merta dadaku
berdegup kencang.
“ tak ada apa-apa. Cuma
teringat kisah lalu. Macam mana kita berkenalan dan macam mana kita
berkahwin.” Ujarku lalu bangun duduk. Kepalaku sandar di dada
bidangnya.
“ sayang tahu tak…
abang tiba-tiba teringat satu kenangan masa abang darjah satu. Tak
tahulah kenapa abang teringat dan yang pasti kelakar.” Aku
tersentak.
Bila dia sebut tentang
kenangan masa darjah satu. Aku teringatkan budak Shahrul yang itu.
Aku sangat-sangat terlupa nak buktikan yang Zaim ini adalah orang
yang sama. Sekarang alang-alang dia pun cerita, jadi aku pun boleh
korek rahsia.
“ apa yang kelakar?
Ceritalah sikit.” Pujukku.
Tanganku sentiasa berada di dalam
genggamnya.
“ yang abang ingat,
abang tak sengaja tercucuk seorang budak perempuan ni dengan mata
pensel. Mujur tak kena mata. Kalau tidak memang nahaslah abang masa
tu. Itu yang kelakar tu.”
Aku terduduk tegak. Aku
melihat Zaim tanpa berkelip-kelip.
“ kenapa ni?” soalnya
yang pelik akan tindakan drastik aku.
“ abang ingat nama budak
tu?”
“ tak… yang abang
ingat masa tu orang panggil dia dengan panggilan Sya. Kalau tak pun
Nurul. Abang langsung tak ingat nama penuh dia.”
Sah! Jadi betullah Zaim ni
budak tu. Tak sangka yang kami ni ada jodoh.
“ kenapa sayang?”
soalnya. Aku tersenyum lalu menunjuk satu titik hitam di atas
hidungku. Kalau tengok dari dekat ianya memang jelas.
“ abang Nampak?”
soalku. Dia mengangguk.
“ inilah angkara abang.”
Luahku tanpa berselindung. Dia pula yang tak percaya.
“ are you serius? Misya
adalah budak perempuan tu?” aku tersenyum lalu mengangguk.
Pantas aku di bawa ke
dalam pelukannya.
“ Ya Allah … tak
sangka yang kita ni ada jodoh. Tak sangka orang tu sentiasa berada
dekat dengan abang.” Ucapnya bersama usapan di kepalaku. Kemudian
ubun-ubunku di cium.
“ Misya pun tak sangka.
Ternyata tak sia-sia lah abang memujuk sayang supaya terima lamaran
abang. Kalau tidak mungkin sampai sekarang kita tak tahu akan hal
ini.”
“ betul tu betul..
terima kasih sayang kerana muncul dalam diri ini.” Dahiku di kucup
lama.
“ terima kasih juga
kerana sudi bersama Misya. Sanggup bertahan dalam mendapatkan hati
Misya ni.” Ucapku pula.
“ sama-sama kasih…”
Terima kasih YA Allah. Aku sangat bahagia kini.
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment