Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday, 13 December 2012

Hati Ku YAng Kau Miliki (51)



Aku menangis sepuas-puasnya dalam dakapan Ifah. Tak mampu aku simpan lagi rasa ini. Hanya yang aku mampu buat adalah dengan menangis. Hanya itu buat aku lega.

“ Misya… kau sabar erk?” bahuku di usap Ifah.

“ Misya… kau kena bersabar banyak-banyak. Aku tahu kau seorang yang tabah.” Ujar Sib pula.

Kini aku berada di rumah mereka. Walaupun jam sudah menujukkan pukul 9 malam. Aku masih belum boleh pulang ke rumah. Dengan keadaan aku begini? Tak mungkin. Pasti mereka akan soal selidik aku.

“ maafkan aku kerana susahkan korang.” Ucapku selepas tangisanku reda. Air mataku seka dan cuba ukir senyuman.

“ taklah. Kau kan kawan kami juga.” Balas Sib.

“ betul tu. Kau kan kawan baik aku. Mana mungkin aku biarkan kau menanggung kesusahan keseorangan.” Aku tersenyum hambar.

“ jadi sekarang kau nak balik?” soal Ifah. Aku menggeleng perlahan.

“ kejap lagilah. Aku tak mahu balik dalam keadaan begini. Pasti mereka risau. Terutama mak aku. Aku tak nak mereka risau.”

“ kalau kau tak balik lagi mereka risau. Dahlah kau tu perempuan. Apa kata aku hantar kau balik.”

Aku menggeleng lagi. Tangan Ifah ku genggam.

“ tak usah. Aku tahu apa yang patut aku buat. Ermm… boleh aku pinjam bilik tak? Aku nak solat sebentar.” Pintaku.

“ boleh. Jom aku tunjukkan.” Ujar Ifah.

“ dan Sib… tolong jangan beritahu sesiapa yang aku berada di sini? Walaupun di paksa. Please korang…” rayuku.

Ifah dan Sib saling berpandangan. Kemudian mereka mengangguk.

“ terima kasih..”

*****

Misya… kamu di mana sekarang? baliklah… mak dan ayah risaukan kamu tu. Kamu balik dulu lepastu kamu ceritakan masalah kamu. Abang tahu kalau kamu masih belum balik walaupun dah lewat macam ni. Kamu ada masalah. Kami tunggu Misya.

Maafkan aku abang Shah.

Abang.. beritahu mereka yang Misya tidak ada apa-apa. Jangan risaukan Misya. Misya selamat. Jangan tunggu Misya malam ni. Esok Misya janji yang Misya akan pulang. Terima kasih abang…

Aku tatap skrin telefon dengan sayu. Kesian abang Shah. Pasti dia sangat risaukan aku sekarang. Adakah patut aku buat begini?

Deringan telefon tanda panggilan masuk itu aku tatap dengan bengang. Zaim! Apa yang dia nak lagi. Masih belum puas hati lagi ke? Lantas aku hanya biarkan ianya berdering. Sesaat kemudian pesanan masuk.

Awak.. maafkan saya. tapi tolong balik ke rumah. Mereka sangat risaukan awak sekarang. kalau ye pun awak marahkan saya awak tak patut buat keluarga awak macam tu. Tolonglah Misya..

Aku mencebik. Nak buat baik konon. Tanpa berfikir panjang aku melempar hensetku ke dinding. Habis berkecai hensetku. Puas hatiku saat ini.

“ Misya! Kau tak apa-apa ke?” soal Ifah sambil mengetuk pintu bilik.

Aku beristigfar. Ya Allah apa yang aku buat ni. Tak sepatutnya aku baling henset tu kalau ye pun marahkan Zaim.

Pantas aku membuka pintu dan memeluk Ifah.

“ maafkan aku Ifah. Aku tak sengaja. Aku sangat bengang dan bencikan Zaim. Jadi emosiku tak stabil tadi. Maaf.” Pohonku lalu leraikan pelukan.

Ifah tersenyum sambil mengusap bahuku.

“ tak apa. Misya. Aku rasa kau patut balik. Tadi abang Shah telefon ke rumah. Dia Tanya kau ada ke tak. Tapi Sib terpaksa bohong dengan mengatakan yang kau tiada. Misya… kau tak boleh macam ni. Kau harus balik. Zaim tiada kena mengena dengan family kau. Kan?”

Aku terkedu. Betul juga apa yang Ifah kata tu. Aku yang terlalu ikutkan perasaan. Aku tersenyum lalu mengangguk. Ifah mengucap syukur. Maafkan aku kerana susahkan korang.

“ jom nanti aku dan Sib hantar kau balik.” Aku hanya menurut. Tak patut lagi aku membantah. Lagipun malam-malam begini mana ada teksi.

“ Sayang!” laungan Sib buat aku dan Ifah turun ke ruang tamu.

“ kenapa bang?” Sib melihat ke arah pintu. Kemudian dia menyebut nama  ‘ZAIM’ tanpa mengeluarkan suara.

Aku dan Ifah saling berpandangan. Aku sudah tak berdaya lagi ingin berhadapan dengan dia. Untuk apa lagi jika aku berjumpa dengan dia pun sedangkan dia yang mahu berjauhan dengan aku.

“ Assalamualaikum…”

“ Waalaikumussalam..” sahut Sib.

“ jangan beritahu yang aku berada di sini.” Ujarku kepada mereka berdua. Dengan pantas aku bergerak ke belakang pintu.

“ maaf kalau mengganguk kalian. Tapi Misya ada di sini tak?”

Aku dapat dengar suara dia yang garau itu. Kelihatan sedikit cemas. Tapi kenapa mesti cemas sedangkan dia yang buat aku jadi begini.

“ erk.. maaflah Zaim. Tapi dia tak adalah. Tak ada pula dia datang ke sini.” Bohong Ifah.

“ yeke… tapi saya tahu dia ada di sini. Tak mengapa jika dia tak mahu jumpa saya. saya Cuma nak sampaikan pesan yang penyakit ayah dia kembali menyerang. Jadi korang boleh kan beritahu dia supaya balik cepat.”

Aku terpampang. Betul ke?

“ erk… macam ne ye… tak mengapa nanti kami beritahu.”

Pantas aku keluar daripada persembunyian dan menghadap Zaim.

“ be..betul ke?” soalku gagap. Senyumannya itu langsung aku tidak hiraukan. Yang penting kesihatan ayah.

“ kalau awak nak pastikan sama ada betul atau tidak. Awak perlu balik sekarang.” ujarnya lembut. Berbeza daripada petang tadi.

“ terima kasih kerana beritahu. Ifah.. korang bolehkan hantar aku ke rumah?” soalku pinta kepastian.

“ tak usah. Korang tak perlu bersusah payah. Biar saya saja yang hantar dia balik.” Tegas Zaim.

Aku memandang Zaim tajam. Tak mungkin aku akan balik dengan dia setelah apa yang berlaku petang tadi.

“ Misya.. aku rasa kau patut ikut Zaim. Lagipun korangkan sehaluan. Dan korang juga boleh berbincang.” Sokong Ifah.

Aku mengetap bibir sekuat hati. nampaknya aku terpaksa. Tidak mengapa. Ini demi ayah.

“ okey fine! Ifah , Sib. Terima kasih kerana sudi bantu aku. Aku pergi dulu.” Selepas memeluk Ifah.

Bergegas aku masuk ke dalam kereta Zaim tanpa memandangnya.
 
*****
“ abang Shah. Jangan risau dia ada bersama saya sekarang. ya.. saya akan bawa dia balik. Okey assalamualaikum.”


Aku masih berdiam diri. Aku jadi curiga. Jika betul ayah sakit, mengapa dia masih bersantai. Sempat lagi dia tersenyum tadi. Atau dia bohong aku? Sekali lagi?

“ Zaim…tolong jawab saya dengan jujur. Adakah betul ayah saya sakit?” soalku dengan memandangnya tajam dari arah sisi.

“ hurmm.. maafkan saya. tapi sebenarnya saya bohong awak.” aku terbeliak.

“ What!”jeritku tanda terkejut.

“ kalau ye pun jangan jerit boleh tak?” ujarnya tak puas hati.

Aku mengangguk perlahan. Okey fine! Selepas ini aku tidak akan menjerit mahupun bercakap. Sanggup kau tipu aku Zaim. Sanggup sekali kau ye… ini dah dua kali kau membohongi aku. Nampak gayanya kau penipu besar ye… Ya Allah…

“ Misya…”aku langsung tidak hiraukan dia. Aku tersangatlah marah sekarang.

“ Misya…okey. Forgive me? I know I wrong. But I risaukan you . hanya itu saja carannya agar awak muncul. Kalau tidak awak tidak akan muncul.” Jelasnya dengan nada lembut.

“ buat apa lagi awak nak risaukan saya sedangkan awak sudah tidak suka lagi dengan saya.” balasku tanpa nada.

Terdengar dia mengeluh.

“sebenarnya itu bukan seperti yang awak sangkakan. Dan saya pun tak sangka akan jadi begini. Saya tahu saya tak patut ikut rancangan abang Shah. Tapi saya pun nak lihat reaksi awak macam mana jadi saya ikut permintaan abang Shah.”

Aku mengerutkan dahi melihatnya.

“ apa kaitan abang Shah dengan masalah kita?” tolong jelaskannya Zaim.

“ saya tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi satu je yang saya nak awak tahu. Saya masih cintakan awak dan selamanya. Tak mungkin saya muak dan jatuh cinta dengan orang lain. Sebab hanya awak yang berada di hati saya.”

Aku semakin tidak faham.

“ saya tahu awak masih tidak faham. Jadi kita dengar sama-sama penjelasannya daripada mulut abang Shah sendiri. Ini kerana rancangan ini adalah idea abang Shah sendiri.”

Aku hanya berdiam diri. Boleh percaya ke? Tak mengapa… kita tunggu jawapan daripada abang Shah.

*****

“ erk…”

Aku pandang abang Shah dan Zaim tajam. Tiada secalit senyuman pun aku berikan kepada mereka. Ketat sungguh muka aku sekarang. Aku perlukan penjelasan.

“ jadi? Apa penjelasan yang abang Shah boleh berikan?” soalku tegas.

Semua orang yang berada di situ tertumpu kepada abang Shah.

“ okey fine. Betul.. ini rancangan abang. Sebenarnya abang membuat rancangan. Abang suruh Zaim berlakon dan jauhkan diri daripada Misya selama dua minggu. Sebab walaupun dah dua hari, Misya masih belum berikan jawapan terhadap lamaran Zaim itu. Tapi tak sangka pula sampai jadi begini.” Jelasnya lalu tersengih.

“ then?” soalku lagi.

“ awak…mula-mula saya langsung tak setuju akan rancangan ini. Sebab nanti saya yang terseksa menanggung rindu sebab tak dapat jumpa dengan awak. Dan hati saya akan sakit bila lihat awak macam ni. Tapi abang Shah yang beria-ria dan yakin akan rancangannya. Jadi saya setuju jelah.” Jelas Zaim pula.

“ so sekarang? puaslah tengok adik abang jadi macam ni? Tak tentu arah dan emosi tak stabil. Puas?” sindirku lalu menatap wajah mereka berdua tajam.

Kalau itu yang korang mahu, korang dah Berjaya. Sudah Berjaya kerana buat hati aku ni sakit. Dan buat aku terkejar-kejar.

“ maafkan abang Misya. Abang tak bermaksud untuk sakiti hati Misya. Niat abang ikhlas nak satukan korang. Dan sekarang rancangan itu sudah tidak diperlukan lagi kerana korang sudah saling mencintai.”

“awak…maafkan saya kerana sikap saya sebelum ni buat awak terasa. Tapi itu hanya lakonan. Mana mungkin saya mampu buat awak macam tu. Percayalah..”

Aku berdiam diri seketika.

“Misya..maafkanlah mereka. Niat mereka ikhlas. Mak dapat rasakan sayang.” Ujar mak bagi membela mereka.

Tapi aku masih tak puas hati. Apa yang mereka dapat dengan buat begitu.

“ maafkan kami Misya. Tapi Misya kan dah kata yang Misya terima lamaran Zaim. Jadi selepas ini tiada lagi halangan antara korang dan abang pun takkan ganggu dan masuk campur lagi dalam hal peribadi korang. Abang janji.”

Kelihatan abang Shah bersungguh-sungguh. Aku mengeluh melihat mereka.

“susahlah… ingat senang ke Misya nak maafkan selepas korang buat Misya macam ni. Susah sangat. Beri Misya waktu.” Ujarku hambar.

Pantas aku naik masuk ke dalam bilik. Letihlah… letih sangat hari ini. Biarlah aku berehat kejap.

~Bersambung~




No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers