Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday 2 December 2012

Hati Ku Yang KAu Miliki (36)


“ Tahniah!”

Aku tersenyum. Iffah datang mengejut dan mengucapkan tahniah kepadaku. Sungguh terkejut.

“ terima kasih. Kau datang dengan siapa?” soalku ingin tahu.

“ kawan…” aku tersengih.

“ tahulah kawan. Tapi siapa. Jangan-jangan pakwe kau tak.” Tekaku dan buat dia tersipu malu.

“ jadi betullah ni. Ehem…ehem…. Panggillah siapa? Aku nak tengok juga.” Suruhku kepada Iffah. Dia menggeleng.

“ tak naklah aku. Kami baru mula berkawan. Tak sampai tahap itu lagi.”

“ tapi korang saling menyukai kan?” aku masih mendesaknya untuk berkata jujur. Susah tahu tak nak jumpa lelaki yang boleh buat hati Iffah ni terbuka untuk menerima cinta. Siapalah lelaki yang betuah tu. Jangan-jangan …

“ jangan-jangan….” Aku meleretkan suaraku lalu tersengih apabila Iffah menjelingku tajam.

“ aku tahu siapa.”

“ siapa?” aku tersengih lalu mengangguk.

“ kau pehal. Angguk kenapa?” soal Iffah yang masih belum kesan kehadiran orang yang penting dalam hidupnya.

“ buah hati kau ada di sini.” Ujarku tanpa berselindung.

Dia pantas menoleh ke belakang. Aku hanya mampu tersenyum.

“ hai Misya. Tahniah ya.. tak sangka awak awal lagi daripada saya.” Aku tersengih.

“ ala.. korang pun lambat laun akan berkahwin juga. Kan Iffah?” ujarku separuh mengusik.

“ sebenarnya betullah yang korang ni ehem..ehem..” soalku inginkan kepastian.

Sorang hanya tersenyum malu. Seorang lagi dah tertunduk memandang lantai. Jadi memang betullah tu.

“ tahniah Sib. Kau Berjaya buat hati kawan aku ni menerima cinta. Thanks a lot.” Ucapku ikhlas.

“ sama-sama. Aku janji dengan kau yang aku akan jaga dia.” Aku tersenyum.

“ aku pegang janji tu.”

*****
Aku memandang sepi hensetku. Message yang aku terima sebentar tadi amat menghairankan aku. Ia juga turut buat hatiku berdebar-debar. Apakah maksudnya? Ya Allah… lindungilah kami.

“ Misya…Misya…”

Aku pandang diriku di cermin. Mukaku kini dah sempurna dengan make-up. Pakaianku pun sudah di tukar ke pakaian pengantin. Satu je yang kurang iaitu perasaan aku ketika ini. Aku memang rasa gembira. Tapi entah mengapa hatiku tiba-tiba berasa tidak sedap hati.
Mungkin perasaan aku je tu..hiraukan jelah..

“ Misya!” aku tersedar.

“ aku panggil dari tadi tak dengar juga.” Aku tersengih.

“ sorrylah. Kenapa? Pengantin lelaki dah sampai ke?” soalku lalu mengambil tempat di birai katil.

“ mereka kata dalam perjalanan.” Aku hanya mengangguk.

“ aku tengok kau macam ada sesuatu yang kau rahsiakan. Apa tu?” aku tersentak.
Aku memandang Dila lalu tersenyum.

“ taklah. Mana ada. Biasa je. Mungkin gementar kerana kejap lagi aku akan kahwin.” Ujarku berlagak tenang.

“ baguslah kalau tiada apa-apa. Aku keluar dulu. Nak tengok pengantin sudah sampai atau belum.” Aku hanya mengangguk.

Aku tidak dapat bertenang kerana message daripada Aidil tadi buat aku terfikir-fikir.

Saya harap awak bersabar jika jodoh kita tak kesampaian. Maaf jika buat awak terkejut. Saya Cuma tulis apa yang sedang saya fikirkan sekarang ni. Awak.. saya dalam perjalanan. Jadi tunggu saya.’

Aku membaca berulang kali message daripada Aidil itu. Tapi aku tak dapat fahami ayatnya dengan berapa baik. Mungkin rasa takut dan gementar.

“ Misya!” aku mendongak ke arah pintu. Wajah Dila yang cemas itu buat aku tertanya-tanya.

“ apa hal ni?” soalku. Aku mula rasa tidak sedap hati. pasti perkara yang buruk telah berlaku.

“ Misya… kau bersabar ye bila aku beritahu kau ni.” Aku mengerutkan dahi.

“ apa maksud kau ni? Cuba beritahu aku.” Desakku. Muka bersalah Dila lagi buat aku tidak senang duduk.

“ Dila.. please… tell me.”

“ rombongan pihak lelaki mengalami kemalangan. Yang terlibat dalam kemalangan itu adalah kereta milik Aidil.”

Aku memandang Dila tanpa berkelip. Aku tersenyum lalu menggeleng.

“ kau mesti tipu kan? Aku tahu kau saja nak uji aku.” Ujarku berlagak tenang.

“ tidak Misya. Aku tak tipu. Takkan aku nak tipu akan hal sebegitu. Aku takkan buat begitu.”

Senyuman aku mati serta merta. Air mataku tanpa di pinta turun mengalir. Aku memandang Dila memohon kepastian. Apabila dia mengangguk, aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.

“ aku harap kau bersabar.”

“ tak… aku takkan percaya selagi tidak melihat keadaan dia sendiri. Bawa aku ke hospital. Sekarang!”

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers