Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 1 December 2012

Hati Ku Yang Kau Miliki (34)



Akhirnya. Selepas aku, Dila dan Iffah bertungkus lumus . Kami Berjaya juga habiskan semester satu ni dengan cemerlang. Tak sangka sungguh cepat masa berlalu. Sedar tak sedar lagi sebulan aku akan berkahwin.

Wah.. sungguh cepat. Esok pula aku akan balik ke kampung. Memang tak sedarlah. Azfar.. ya budak tu. Dia kini belajar di sama tempat macam aku. Tak sangka permohonan dia diterima.

Aku juga dapat lihat dia bertambah ceria selepas meluahkan perasaan dia. Aku rasa dia sudah dapat lupakan aku. Harap-harap begitulah.

Abang Shah. Mesti korang tertanya-tanya akan abang Shah. Alhamdulilah. Hubungan antara adik dan abang amat baik. Siapa sangka jodoh abang Shah dengan kakak Farihah tu amat panjang dan mungkin akan berkekalan.

Yalah, aku terima satu berita gembira yang mereka akan berkahwin sebulan selepas pernikahan aku. Tak percaya betul. Tapi aku gembira melihat mereka bahagia. Aku bersyukur sangat sekarang. Keluargaku jadi seperti dulu kembali. Malah bertambah ramai.

Syifa. Ya. Hari-hari dia hantar emel kat aku dan Dila. Sesungguhnya dia sangat rindukan kami semua. Yang paling buat kami gembira adalah minggu depan dia akan balik Malaysia. Tak sabar nak tunggu saat itu.

Tiba-tiba aku teringat dekat kawan lelaki aku tu. Zaim. Apa khabar dia sekarang. Mungkin sedang belajar lagi. Moga dia dalam keadaan sihat.

“ Misya..” panggilan itu buat aku tersedar dari lamunan.

“ sempat lagi kau termenung. Mentang-mentang barang semua dah siap kemas.” Usik Dila. Aku tersengih.

“ ter… nak buat macam mana. Kau balik bila?”

“ esok juga. Tapi lewat sikit. Kau balik dengan abang Shah ke?” aku menggeleng lalu tersenyum.

“ tekalah..” Dila tersengih seperti tahu apa jawapannya.

“ tunang kau?” aku tersenyum lalu mengangguk. Pandai kau teka.

“ cheh… tak sangka dalam sebulan lagi cik Misya kita ni akan berkahwin. Melayari alam berumah tangga. Tak sabar pula aku. Sedangkan kau yang akan berkahwin.”

Pantas bantal dicapai dan dibaling ke arahnya. Sayang sekali kerana dia sempat mengelak.

“ usik nombor satu la dia ni. Benci aku.” Dila tergelak.

“ biasalah. Terlupa pula aku. Tunang kau cari. Dia ada di bawah.” Aku tersentak.

“ kau tak Tanya untuk apa?” dila hanya menggeleng.

Kenapa tiba-tiba je. Esok kan boleh jumpa.

Pantas aku menyarungkan tudung dan turun ke bawah.

“ hai awak..” tegurku apabila sampai di hadapan dia.

“ hai…” aku mengangkat kening tanda apa yang buat dia ingin berjumpa denganku.

“ maaf jika secara tiba-tiba. Tadi mak awak telefon ibu saya. Mereka nak kita balik malam ni. Ada perkara yang ingin diselesaikan katanya.” Aku tersentak.

Mak tak beritahu aku apa-apa pun. Perkara apa lagi ni.

“ jadi boleh tak kalau kita balik malam ni. Kalau boleh saya tunggu awak di sini.”

“ ermm.. boleh. Tapi apa perkara yang mustahak tu?”

“ entah. Ibu tak beritahu saya pun.”

“ tak apalah. Kalau begitu saya naik dululah nak kemas barang.”
Aku tersenyum dan memusingkan badan.

“ tunggu!” aku menoleh.

“ saya Cuma nak cakap yang saya sayangkan awak.” Aku tersenyum.

“ malam ni kan kita jumpa lagi.” Dia memandangku serius.

“ ok-ok. Saya pun sayangkan awak.” Balasku lalu tersengih.

“ baiklah. Saya masuk dulu ya..” pintaku dan dia hanya mengangguk.

Macam-macamlah. Kelakar pula aku rasakan. Tapi perkara tu kan boleh cakap dalam telefon. Entahlah.

****
Aku berjalan di sekitar rumah bagi menenangkan fikiran. Aku ingin melakukan aktiviti seperti selalu iaitu berjalan dengan kawan di sekeliling kampung. Tapi aku tiada kawan. Kalau dengan Aidil tak boleh. Nanti timbul fitnah pula.

Jadi aku berjalan saja di sekitar rumah. Angin sepoi-sepoi pada petang ini amat mendamaikan sesiapa sahaja.

“ Misya..”
Aku menoleh ke belakang.

“ oh.. ibu.” Aku berjalan ke arahnya.

“ ibu nak cakap sikit boleh.” Aku mengangguk.

“ kamu ada perasan tak kebelakangan ni sikap Aidil berubah sikit. Kamu perasan?” aku terdiam.

Sememangnya ada ibu. Semalam sikap dia memang aneh. Dia cakap malam tu macam tak berjumpa dah.

“ Misya..” aku tersentak.

“ erk… tak ada pula. Kenapa ibu?” maafkan Misya ibu. Misya tak mahu ibu risau. Mungkin juga itu perasaan aku.

“ ibu jadi pelik. Sikap dia kebelakangan ni lain sikit. Sebelum ni kalau dia melepak bersama ibu pun sekadar biasa. Tetapi sekarang macam lebih pula.” Aku tersenyum.

“ baguslah kalau begitu ibu. Ia dapat mengeratkan lagi silaturahim antara anak dan ibu.”

“ tapi…” aku menggeleng dan memegang tangan ibu.

“ ibu. Ibu tak usah risau sangat. Dia tahu jaga diri. Insya-Allah nanti Misya Tanya dia. Ibu jangan risau sangat ya..” pintaku lembut.

“ yelah. Kalau begitu kata kamu. Ibu ikut jelah.” Aku tersenyum.

Apa yang beza sangat. Aku tak tahu kenapa sekarang aku jadi takut akan kehilangan Aidil. Kalau boleh sepanjang masa aku ingin berada di sampingnya. Tapi aku tak boleh buat begitu selagi aku belum berkahwin.

“ kalau begitu ibu masuk dulu. Nanti Misya menyusul ya..” aku hanya mengangguk.

Sesungguhnya aku sudah anggap ibu Aidil seperti ibuku sendiri. Aku seakan-akan dapat layanan seperti seorang ibu. Terasa bahagia menyapa. Alhamdulilah mungkin ini kurniaan daripada Allah.

“ Misya! Masuk…” laung mak dari dalam rumah.

“ ya mak.”

Moga kebahagiaan ini akan berkekalan walaupun penuh dugaan dan cabaran yang terpaksa ku tempuhi.

~Bersambung~
 

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers