Aku tak tahu apa perasaan
aku ketika ini. Yang pasti aku sangat takut jika aku akan kehilangan dia. Kenapa
ini harus terjadi pada hari perkahwinan aku. Mengapa?
Aku sudah penat untuk mengalirkan air mata. Air mataku sudah kering saat ini. Aku juga bagaikan patung tak bernyawa. Apa yang orang sekelilingku buat pun aku tidak hiraukan. Apa yang mereka katakan juga aku tidak dapat cernakan dengan baik.
Ini adalah kali kedua aku lalui keadaan sebegini. Dulu ayah sekarang Aidil. Ya Allah mengapa ini harus terjadi. Ujian ini sangat berat buatku ya Allah. Aku takut aku tak mampu hadapinya seorang diri.
“Misya…” aku menoleh ke kiri. Dila tersenyum ke arahku. Tapi aku hanya memandang tanpa perasaan.
“ sabar ya. Doktor ada beritahu tadi yang keadaan Aidil sangat parah.” Aku tunduk memandang lantai.
“ Misya… jangan macam ni. Cuba katakan sesuatu.” Pujuk Dila.
Air mataku gugur lagi buat
sekalian kalinya. Aku menggeleng laju.
“ aku nak kata apa lagi Dila. Semuanya telah pun terjadi. Apa yang harus aku lakukan?” ujarku perlahan.
“ Misya… kau tak boleh macam ni. Orang lain sedih tengok kau tahu tak. Cuba kau bersabar sikit.” Suara Azfar yang meninggi itu buat aku mendongak.
“ kau cakap senanglah. Tapi aku yang tanggung tahu tak? Aku yang tanggung!” nadaku separuh tinggi.
“ aku tahu. Tapi kau tak boleh terus-terusan begini. Kau harus berdoa untuk keselamatan dia. Minta dia sembuh.” Balasnya tenang.
“ aku nak kau yang dulu. Sabar dan tabah. Jangan macam ni.” Aku terdiam.
Aku tahu Azfar. Tapi apabila perkara ini terjadi dua kali dalam hidupku. Ia jadi sukar. Sangat sukar.
“ jom ikut aku. Dila bawa dia.” Suruh Azfar separuh tegas.
“ Misya.. jom..” aku hanya menurut.
Sampai saja di hapadan bilik ICU di mana tempat Aidil di rawat. Aku jadi kaku. Aku dapat melihat keadaan dia. Sangat-sangat lemah. Tanganku mula menggeletar.
“ aku nak kau tengok keadaan dia. Aku tak nak kau terus-terusan sedih. Lagipun aku takut tak sempat.” Aku pantas menoleh ke arah Azfar.
“ apa maksud kau?”
“ maafkan aku. Keadaan dia saat ini amat parah. Kemungkinan untuk dia terus hidup adalah 30 peratus.” Aku tersentak.
“ dia kehilangan banyak darah semasa di hantar ke hospital. Kalau dia masih hidup, kemungkinan dia akan lumpuh.” Aku terdiam.
“ aku harap kau bersabar. Dila saya pergi dulu. Jangan biarkan dia masuk ke dalam. Keadaan Aidil tidak menginzinkan.” Pesan Azfar.
“ baiklah.”
“ aku tak sangka akan jadi begini. Aku ingatkan kata-kata dia semalam hanya main-main. Aku cuba tak mahu fikir ayat dia semalam betul. Tapi ternyata ia memang terjadi. Dila aku sangat takut dan berasa bersalah kerana tidak dengar kata dia.”
Dila menggeleng.
“ kau tak salah. Lagipun kita tak tahu apa yang akan terjadi. Cuba kau bertenang.” Air mataku tidak habis mengalir daripada tadi.
“ Misya..” aku dan Dila menoleh ke belakang.
“ ibu..” aku terus memeluknya. Terasa usapan di belakangku.
“ sabar ya sayang. Ujian Allah untuk kita. Mungkin Allah lebih sayangkan dia.” Aku terus-terusan menangis di pelukan ibu Aidil.
“ Misya takut ibu. Misya takut akan kehilangan dia.”
“ Misya.. kamu tak boleh begini. Jika benar dia akan pergi, lepaskanlah dia.” Pelukan di leraikan.
“ tapi… Misya masih belum bersedia. Berikan Misya masa ibu. Misya masih belum terima hakikat yang Aidil terbaring lemah di dalam tu.” Aku melihat keadaan Aidil.
Awak.. kenapa mesti awak yang berada dalam tu. Kenapa bukan saya. Ya Allah aku cuba untuk menjadi seorang yang tabah. Tapi aku masih tak boleh. Bantulah hambamu ini.
****
Apa yang aku takutkan selama ini benar-benar terjadi dalam hidupku. Aku tak sangka dan perkara ini seperti mimpi. Tapi sebenarnya tidak. Ya Allah.. kuatkan semangatku.
Aidil telah pun pergi dari hidupku. pergi dari dunia ini. Pergi meninggalkan semua orang yang dia kenal dan sayang. Pergi menghadap Ilahi. Orang pertama yang dengar berita kematiannya adalah aku.
Aku tak tahu nak kata apa. Kalau nak menangis pun air mataku tak nak keluar. Nak senyum pun tak boleh juga. Ia seakan-akan merubah perwatakanku selepas mendengar berita itu. Sesungguhnya aku sangat terkejut dan jadi tak berdaya untuk mendengar dan mempercayai semua itu. Tapi ia benar.
Sekarang aku masih berada di hadapan kubur Aidil. Hampir 10 minit aku berada di sini selepas semuanya selesai. Aku tak berdaya untuk bangun. Aku masih merasakan dia berada di sampingku ketika ini.
Awak… benarkah awak betul-betul telah pergi dari dunia ini? Saya..saya.. saya rindukan awak. Rindukan senyuman awak. Rindukan usikan awak. Ya Allah kenapa sukar sekali aku nak terima kenyataan yang dia telah pun pergi.
Aku sepatutnya mendoakan kesejahteraan dia. Bukan meratapi macam ni.
“ Misya.. jom balik.” Dila di sebelah masih setia menemaniku.
Air mataku gugur lagi saat aku sedar yang Aidil benar-benar telah pergi.
“ aku tahu kau sedih tapi kau tak boleh begini. Misya.. kita balik jom.” Pujuk Azfar pula.
“ korang baliklah dulu. Aku tak mahu balik lagi.” Ujarku.
“ kau tak boleh begini Misya. Kalau Aidil tahu pasti dia sedih tengok keadaan kau begini. Kalau kau macam ni, pasti roh dia takkan tenang. Kau harus merelakan pemergian dia. Tolonglah Misya…” pohon Azfar lagi.
Aku hanya mendiamkan diri. Betul apa yang Azfar tu kata. Aku… aku… argh! Aku tak tahu.
Dengan perlahan aku bangun. Buat kali terakhir aku melihat kubur Aidil yang masih merah itu.
Awak.. saya pergi dulu. Maafkan saya jika saya buat awak marah dan kecil hati. saya juga tetap akan sayangkan awak. Maafkan saya jika buat pemergian awak tidak tenang.
Awak.. saya pergi dulu. Maafkan saya jika saya buat awak marah dan kecil hati. saya juga tetap akan sayangkan awak. Maafkan saya jika buat pemergian awak tidak tenang.
Saya janji yang saya akan cuba merelakan dan tidak sedih lagi akan pemergian awak. Lagipun ini takdir Tuhan. Tiada siapa yang mampu menghalang. Insya-Allah saya akan datang lagi ke sini.
Aku cuba ukir senyuman untuk Aidil walaupun dia tidak Nampak. Bersemadilah dengan aman. Aidil saya akan tetap sayangkan awak. Pergi dulu. Assalamualaikum.
*****
“ Misya… malam ni kita tidur di rumah abang Shah kau ya.” Ujar Azfar yang sedang memandu itu.
“ awak… saya rasa dia tidak dengar.” Ujar Dila pula. Aku dengar tapi aku lebih suka berdiam diri.
“ tak Dila. Dia dengar tapi dia akan buat seperti tidak dengar. Itulah keadaan dia jika sedih sangat.”
“ oh… sedih saya tengok dia. Pasti sukar untuk dia lalui semua itu.”
“ saya pun sedih tengok dia macam tu. Tapi apa yang boleh kita buat selain mendoakan dia dan sentiasa sokong dia dari belakang.”
Tiba-tiba aku seperti ternampak kelibat Aidil yang sedang tersenyum ke arahku.
“ berhenti!” arahku.
Dengan serentak kereta pun berhenti. Aku pantas keluar daripada kereta dan mencari kelibat Aidil. Tapi hampa tiada. Adakah dia datang dari atas atau ia hanya khayalan aku. Ya Allah…kenapa aku harus jadi begini.
“ Misya.. kau kenapa ni.”Soal Azfar. Aku tidak hiraukan Azfar lalu kembali masuk ke dalam kereta.
“ Misya…are you okey?” soal Dila pula. Aku tersenyum pahit.
“ kau tahu itu.” Ujarku separuh berbisik.
Awak… macam mana saya nak lupakan awak seperti di suruh sedangkan setiap kali saya teringatkan awak. Bayang-bayang awak sentiasa muncul di depan mata saya. Macam mana saya nak lupakan awak. Bantulah saya.
****
Malam itu aku berada di rumah Aidil. Aku menolong apa yang patut untuk majlis tahlil yang diadakan sekejap lagi. Mungkin dengan menyibukkan diri aku boleh lupakan sebentar kesedihanku.
“ Misya..” panggilan itu buat aku menoleh.
“ sudahlah tu. Pergilah duduk depan. Biar ibu je buat.” Aku tersenyum.
“ biarlah ibu. Tak apa. Lagipun saya tak ada kerja nak buat ni. Alang-alang tu biar je saya buat.”Tolakku secara baik.
Kerja yang tergendala aku sambung.
“ sebenarnya ada benda yang ibu nak berikan kepada kamu.” Kata-kata ibu buat aku hentikan kerja tadi.
“ nah..” ibu menghulurkan sepucuk surat kepadaku.
“ dari siapa ni?” soalku lalu mengambil huluran surat itu.
“ dari Aidil.” Aku tersentak.
“ dia beri kepada ibu sebelum berangkat ke rumah kamu semalam. Mula-mula ibu menyuruh dia yang sampaikan sendiri kepada kamu. Tapi dia mendesak supaya ibu yang beri. Tapi tak sangka ia permintaa terakhir Aidil.” Nada ibu bertukar serak.
Aku yang berasa sebak terus memeluk ibu.
“ kamu harus banyak bersabar Misya. Aidil juga ada pesan supaya jangan asyik menangis kerana dia. Lagipun dia meredhakan semua yang terjadi kepada dirinya. Jadi kita juga harus redha akan kepergiannya.”
Pelukan dileraikan. Aku menatap ibu lalu mengangguk.
“ Misya redha ibu. Tapi Misya tak boleh lupakan Aidil.” Ujarku ikhlas. Ya aku redha akan kepergiannya. Kata-kata Azfar sebentar tadi telah menyedarkan aku.
“ baguslah. Insya-Allah lambat laun kamu akan lupakan dia. Cuma perlukan waktu yang lebih. Baiklah ibu pergi ke hapadan dulu.” Aku hanya mengangguk.
Surat yang berada di genggaman ku di pandang lama. Masih belum terasa ingin membukanya. Aku takut kalau aku buka dan membaca aku akan menangis. Jadi biarlah dulu.
Selepas aku pulang ke rumah aku akan buka. Mudah-mudahan.
*****
Bibirku terukir senyuman saat melihat telatah anak-anak buah tiri aku. Begitu seronok mereka bermain. Alangkah bagus kalau masa boleh di undur kembali. Aku sangat merindui zaman kanak-kanak yang penuh riang dan bebas daripada masalah.
Ya Allah…
Air mataku yang gugur pantas di seka. Aku tak boleh terus bersedih. Aku tak boleh terus-terusan begini. Kalau Aidil tahu pasti dia tak suka lihat keadaan aku begini. Tapi air mataku degil. Ia tetap turun juga.
“ Arghhh!!”
Sakitnya aku rasakan ketika ini.
“ Misya.. kamu tak apa-apa ke?” soal mak dengan cemas.
Aku ketap bibir sekuat hati. aku terus memeluk mak.
“ sabar sayang.. kamu harus kuat. Kamu tak boleh terus-terusan macam ni. Ingat Allah sayang. Allah kan sentiasa bersama kita. Berdoa kepadaNya agar roh Aidil di cucuri rahmat.”
Pelukan di leraikan.
“ Misya dah cuba mak. Tapi air mata Misya ni asyik nak keluar je. Misya pun tak tahu nak buat apa mak. Hati ni mak. Hati ni sakit sangat.” Luahku dalam tangisan.
“ jangan macam tu. Kalau kamu terus layan perasaan kamu. Nanti kamu akan jatuh sakit.” Suara ayah buat kami berdua menoleh.
“ betul kata ayah tu sayang. Kamu mesti terima hakikat yang dia telah tiada. Yang masih hidup tu harus teruskan hidup tanpa meratapi yang sudah mati. Kamu tahu tak berdosa kalau kamu terus-terusan ingat akan Aidil macam ni. Memang tak salah tapi cara kamu tu salah.”
Aku terdiam.
“ betul kata mak kamu tu. Kami sedih tahu tengok Misya macam ni. Mana Misya yang kuat dan tabah dulu. Selalu buat orang ceria. Mana Misya?” aku memandang ayah.
“ kamu fikir-fikirkanlah. Lagipun nanti orang yang kamu sayang tu akan sedih tengok kamu macam ni. Yang sudah berlaku tu biarlah berlalu. Tak usahlah di ingatkan. Yang perlu kamu buat adalah yang akan berlaku pada keesokan hari.”
Aku tunduk memandang lantai. Air mataku di seka lagi.
“ kami harap sangat Misya dapat faham apa maknanya redha itu.” Aku mengangguk perlahan.
“ Misya cuba ayah.. mak.. tapi Misya perlukan waktu. Jangan paksa Misya dalam keadaan yang begini.”Ujarku minta simpati.
“ yelah. Asalkan kamu puas.”Aku tersenyum hambar.
Aku akan cuba tapi aku tak tahu aku boleh atau tidak. Insya-Allah.. pasti boleh.
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment