“ Alif!”
Laungan itu membuatkan Alif dan Farah terus menoleh ke
belakang. Ternyata Izz sudah sampai.
“ Awak tunggu dalam kereta. Nanti saya datang. Saya ada
urusan yang perlu diselesaikan dengan Izz tu. Boleh kan sayang?” Lembut Alif
menyoal.
“ Okey.”
Memang, kalau boleh Farah nak tahu lebih lanjut apa yang
sedang berlaku di antara mereka. Tapi dia tahu dia tak berhak masuk campur.
InsyaAllah suatu hari nanti Alif pasti akan menceritakan kepada dia perkara
yang sebenar.
“ Ada apa kau suruh aku datang sini? Umi kata ada kawan nak
jumpa aku. Aku manalah ada kawan area sini. Melainkan kau dan Daus je.”
Izz meraup rambutnya ke belakang dengan perlahan. Dia rasa
panas tiba-tiba. Hatinya dah mula rasa tak sedap. Berdebar hebat sangat.
“ Aku nak kau jumpa dia sebab dia dah lama tunggu kau. Aku
harap korang dapat selesaikan masalah ini dengan baik.”
Jelas kerutan di dahi Izz. Kata-kata Alif sebentar tadi
bukan main serius. Kalah dia yang jadi peguam ni.
“ What happen to you Alif? Aku perlu jumpa siapa ni?” Izz
cuba tersenyum tapi gagal.
“ Him!”
Alif menuding jari ke belakang Izz dengan wajah yang serius.
Tanpa teragak-agak Izz pantas menoleh ke belakang. Dan hampir saja dia jatuh
terduduk. Namun, sempat ditahan Alif. Izz berasa lemah dan marah pada masa yang
sama.
“ Apa yang dia buat dekat sini Alif? Kau ke yang ajak dia?
Ini rancangan kau ke ha?!” Izz mula meradang.
“ Aku tak tahu Izz. Kami terserempak dekat sini. Dia yang
suruh aku call kau dan datang ke sini. Aku minta maaf. Aku juga nak korang
selesaikan masalah tersebut secepat mungkin. Aku tak nak kau berdendam lagi
dengan dia. Dia dah berubah Izz.” Alif cuba menasihati Izz. Mana tahu hati Izz
akan lembut. Tapi tak semudah itu sebab dia kenal Izz.
Omar menolak kerusi roda Fazli agar lebih dekat dengan Izz
dan Alif. Walaupun wajah Izz kelihatan bengis. Namun, Fazli bertekad ingin
bercakap baik-baik dengan Izz. Kalau boleh dia tak nak terus bermusuh dengan
anak buah kandungnya sendiri. Dia dah tak sanggup.
“ Izz..”
“ Apa lagi yang pakcik nak? Belum puas ke pakcik jatuhkan
maruah saya sampai macam tu sekali? Belum puas? Dan belum puas ke sampai pakcik
menyebabkan ayah saya meninggal. Ha?!”
Fazli terpempan. Fairus meninggal?
“ A..apa yang Izz cuba katakan ni?” Fazli mula rasa takut.
Izz merengus marah. Tak tahu ke pura-pura tak tahu.
“ Pakcik tahu tak. Ayah saya dah lama meninggal. Semuanya
gara-gara pakcik. Kalau ayah tak berusaha cari bukti untuk Izz dan kalau ayah tak
dengar semua tu dari mulut pakcik. Semua ni takkan terjadi.”
Mata Izz mula merah. Bukan kerana ingin menangis. Tapi
kerana dia amat marah. Dalam matanya penuh dendam dan amarah pada orang yang
bernama Fazli. Alif di sebelah hanya mampu mengusap bahu Izz seraya memberikan
kekuatan.
“ Ma..maafkan pakcik. Pakcik tak tahu yang..”
“ Sudahlah! Berhentilah daripada berpura-pura baik tu. Saya
dah muaklah!”
Sekali lagi Izz menjerit. Tapi kali ini dia terus berlalu
meninggalkan Fazli terpinga-pinga begitu. Alif pula terpaksa mengejar Izz.
Fazli rasa tak bermaya setelah dapat tahu yang adiknya telah
meninggal dunia. Yang dia tahu adiknya cuba berbaik sebelum dia kemalangan.
Tapi?
‘ Ya Allah. Apa aku dah buat ni?’
“ Izz! Izz!”
Alif menarik bahu Izz agar berhenti dan menghadap dia. Dan
dia terpana apabila melihat titisan kecil air mata pada pipi Izz.
“ Kenapa? Kenapa kau bawa aku jumpa dia lagi? Aku tak suka
Alif. Aku benci dia!”
Alif terkedu. Izz terus mengalirkan air matanya tanpa segan
silu. Alif yang melihat jatuh simpati. Pantas dia menarik Izz ke dalam pelukan.
Cuba menenangkan Izz kembali. Salah dia juga bawa dia jumpa Fazli.
“ Aku minta maaf. Aku tak tahu pula yang kau jadi sampai
macam ni sekali. I’m sorry.” Rayu Alif.
Izz meleraikan pelukan dengan senyuman pahit. Air matanya
pantas diseka. Malu jika orang tengok. Dahlah dia lelaki.
“ Tak apa. bukan salah kau pun. Kau Cuma dipaksa. Dahlah aku
nak balik. nanti umi risau pula.”
Alif hanya menghantar Izz dengan pandangan sayu. Sungguh!
Dia berasa sedih melihat Izz begitu. Macam beberapa tahun yang lalu.
‘ Ya Allah. Lindungilah Izz.’
**
Bintang-bintang yang berkelipan itu membuatkan Zahra berasa
sangat tenang. Malam itu dia berasa lebih lega apabila dapat berduaan dengan
Allah. Dia kini rasa lebih yakin untuk menjadi seorang ibu tunggal. Tapi dia
berdoa agar jodoh sebenarnya akan muncul suatu hari nanti.
Tapi masih ada satu perkara yang bermain di fikirannya sejak
petang tadi. Lelaki yang mengaku kawan Syazwan tu. Lelaki tu kata Syazwan sakit
tenat. Setahunya Syazwan sihat-sihat saja. Mana mungkin Syazwan tiba-tiba sakit
pula. Argh! Tak mungkinlah. Dia sendiri susah nak percaya.
Zahra tunduk memandang ke bawah. Teringat pula pagi tadi
masa Izz datang. Dia sendiri jadi makin pelik. Sejak dia kenal Izz. Macam-macam
yang dia lalui. Dia lebih banyak tersenyum daripada bersedih. Kadang-kadang dia
jadi terikut kalau Izz ada sekali. Tapi kini dia mula rasa lain. Dia tak patut
asyik dekat dengan Izz sebab dia masih isteri orang.
“ Akak! Buka pintu jap!”
Laungan Farah mengejutkan Zahra yang ralit termenung itu.
Dengan perlahan dia masuk dari berdiri di balkoni dan menuju ke pintu bilik.
Selepas dia membuka pintu tersebut, dia dapat lihat wajah cemas Farah. Memang
nampak panik sangat.
“ Eh? Farah! Kenapa ni?” Zahra memegang tangan Farah.
“ Abang Izz.. Dia.. dia ada dekat hospital.”
“ Ha?!”
**
“ Kau siapa?!”
“ Kau tak perlu tahu aku siapa. yang aku tahu kau dah buat
seorang wanita yang sangat baik menderita. Kau memang tak tahu nak bersyukur.
Yang kau tahu harta dan tubuh wanita. Jantan jenis apa kau ni ha?”
“ Kau peduli apa? ini hal aku. Kau tak berhak masuk campur!”
“ Aku berhak sebab aku ni bayangan kau. Aku nak kau menyesal
sebelum terlambat. Kalau tak aku bunuh kau. Aku juga akan buat Zahra dan anak
dia menghantui kau.”
Matanya mula jadi gelap. Semuanya gelap. Satu apa-apa pun
dia tak nampak.
“ Peringatan untuk kau. Aku nak kau minta maaf pada Zahra.”
Tangannya mula tergapai-gapai mencari sesuatu. Tapi dia tak
tahu apa. yang pasti dia berasa sangat takut sekarang.
“ Lepaskan aku.. Tolonglah..”
Dia mula menangis ketakutan. Dia juga mula rasa menyesal.
Segala perbuatan yang dia pernah lakukan pada Zahra kembali dimainkan di
fikirannya. Automatik juga hatinya rasa simpati di atas perbuatannya yang lalu
pada Zahra.
“ Aku nak kau tengok segala perbuatan kau yang tak
berperikemanusiaan ni.”
Dia terduduk lalu memeluk lutut. Kepalanya digelengkan
beberapa kali.
“ tak! Tolong! Tolong lepaskan aku!!!!”
“ Tolong!!!”
Serentak itu matanya terbuka. Terkelip-kelip dia memerhati
sekeliling. Suasana kembali terang dan dia dapat lihat Eslina yang sedang tidur
di sisinya.
‘ Ya Allah..’
Pertama kali dalam hidupnya dia menyebut perkataan ‘Ya
Allah’ dengan penuh penyesalan. Air matanya menitis lagi.
‘ Aku bersalah. Aku berdosa. Ya Allah!’
**
Izz tersedar saat terasa genggaman pada tangannya. Sangat
erat sekali. Apabila dia membuka mata. Dia terkejut melihat insan tersebut.
“ Zahra?”
“ Awak perlu kuat Izz. Awak tak boleh lemah macam ni kerana
pakcik awak tu. Awak makin hampir dengan kebahagiaan awak. Dan saya perlu
beritahu awak satu perkara. Rahsia di antara Allah, saya dan awak. Saya harap
awak takkan mensia-siakannya. Dia perempuan yang baik Izz.”
Izz bangun daripada terbaring. Dia melihat sekeliling. Dia ada
dekat mana ni? Nampak asing sangat tempat ni.
“ apa?”
Tangan Izz dilepaskannya. Dia tersenyum nipis.
“ Kebahagiaan awak adalah Zahra dan sebaliknya. Saya harap
awak takkan abaikan dia. Jaga dia baik-baik. Bila awak dah berjaya saya akan
muncul lagi. Saya Cuma nak awak buang rasa dendam awak tu. Dia tetap pakcik
kandung awak.”
Izz terdiam. Perempuan itu semakin jauh dan jauh sehinggalah
hilang daripada pandangan.
“ Awak!”
Izz tersedar daripada tidur yang lama. Dia melihat
sekeliling. Ternyata dia berada dekat hospital. Apa dah jadi?
“ Izz? Awak dah sedar?” Suara Zahra menyebabkan Izz pantas
menoleh ke kiri. Ternyata ada Zahra, Farah dan Alif. Mujur Umi dan Zahirin dah
balik ke kampung petang tadi.
“ Kenapa dengan saya?”
Izz bangun duduk. Dia mengambil gelas yang dihulurkan Zahra
dengan lembut. Kemudian dia hirup sedikit sebelum memberikan kepada Zahra
semula.
“ Abang Izz tak ingat ke apa yang terjadi tadi?” Farah
menyoal.
Izz mengerutkan dahi. Seingat dia, lepas dia balik dari
hantar Umi dan Zahirin ke kampung. Dia kembali ke Kuala Lumpur. Tapi dia tak
terus balik ke rumah malah terus ke rumah Alif. Seingat dia, dalam perjalanan
ke rumah Alif. Ada sebuah kereta laju menuju ke arahnya.
“ Abang Izz kemalangan. Mujur tak teruk. Cuma kat dahi dan
lengan kanan tu cedera sikit. Nasib baik abang Izz sempat elak.” Ujar Farah
bagi menjawab persoalan Izz.
Izz tersentak. Ya. Benar. Aku telah kemalangan. Maybe sebab
aku terlalu fikirkan tentang masalah itu. Sampai nyawa pun hampir terkorban.
Mujur aku masih selamat.
“ Terima kasih dan maafkan abang Izz. Abang Izz tahu salah
abang. Abang tak patut serabutkan kepala otak ni masa memandu.” Izz mula rasa
sangat serba salah.
Tiba-tiba dia teringat kembali mimpi tadi. Zahra! Terus dia
menoleh ke arah Zahra yang sedang merenung dirinya itu.
‘ Kebahagiaan awak adalah Zahra dan sebaliknya.’
Izz tersenyum dalam hati. Jadi.. benarlah Zahra jodoh aku.
Aku janji. Aku takkan sia-siakan dia. Aku nak jaga dia sebaik mungkin. Aku tak
nak kehilangan dia. Aku juga takkan buat dia macam Syazwan perlakukan dia
sedemikian. Tidak akan!
“ Izz… Aku harap kau tak terus fikirkan soal petang tadi
tu.”
Alif pun rasa bersalah. Kalau dia tak mempertemukan Izz
dengan Fazli. Pasti Izz takkan jadi macam ni. Tapi semua ini dah ditakdirkan
Allah. Kita tak patut menolaknya.
“ Aku okey. Kau jangan risaulah. Korang baliklah. Dah lewat
sangat ni. Dahlah Farah dan Zahra tengah mengandung. Pergilah balik..” Suruh
Izz lembut. Sebenarnya dia perlukan waktu untuk bersendirian. Dia perlu
berfikiran dengan logik dan positif.
“ Awak yakin awak okey?”
Setelah lama berdiam diri. Akhirnya Zahra menyoal. Memang
dia sangat risau melihat keadaan Izz. Tapi takkan dia nak tunjuk pula kan?
Nampak sangatlah tu.
“ Okey. Jangan risaulah. Kalau awak risau sangat. Meh sini..
Periksa dada saya.” Ajak Izz serius. Sedangkan nak main-main dengan Zahra je.
Zahra pun apa lagi. Pipi tu mula dah memerah gara-gara malu.
Farah dan Alif hanya mampu tersenyum kecil. Tahu sangat sikap Izz yang suka
mengusik Zahra.
“ Okeylah kalau begitu. Kami balik dulu. Esok awal-awal kami
datang balik.”
“ yelah. Hati-hati bawa kereta tu.”
Sebaik sahaja mereka bertiga pergi. Izz kembali berbaring
dan memejamkan mata. Dia masih teringat lagi kata-kata perempuan dalam mimpinya
itu. Kata-kata perempuan itu berjaya membuatkan dia terfikir. Jika benar dia
takkan sia-siakan peluang itu. Kalau tidak? Allah pasti ada perancangan yang
lebih baik untuk dia.
Bukan tu je. Dia juga teringat tuduhan hebat yang
dilemparkan pakcik beberapa tahun yang lalu. Serta-merta dahinya berkerut. Rasa
amarahnya juga tiba-tiba naik. Tapi sampai bila aku harus marah? Lagipun
semuanya dah terjadi. Betul cakap perempuan tu. Untuk apa aku berdendam buat
masa yang lama? Dia pun pakcik kandung aku.
“ Argh! Pening kepala aku!”
No comments :
Post a Comment