Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Monday 16 December 2013

Sesuci Kasihmu 13









“ Argh! Sakit Umi!”

Izz menutup matanya erat saat kakinya diurut oleh Umi. Dahlah kuat. Sakit pula tu. Aduh!!

“ Ha! Tulah! Siapa suruh pergi dekat sungai tu lagi. Nasib baik bukan Zahra yang jatuh.” Izz hanya memuncung.

Sebenarnya tadi, Izz elok je jalan tepi sungai tu sambil menunduk. Dia nak cari sesuatu untuk Zahra. Sebagai hadiah kecil. Tapi lain pula jadinya bila dia terpijak batu besar. Batu dah lah besar. Dalam besar penumbuk jugalah. Dia pun tak dapat lah nak kawal badan daripada terjatuh. Mujur kaki je yang terseliuh.

“ Siapa yang hantar kamu tadi?”

Umi mengurut betul-betul sampailah Izz menjerit kesakitan. Mujur juga Umi belum lupa dalam tugas mengurut ni.

“ Zahra minta tolong orang yang lalu dekat situ. Nasib baik ada. Kalau tak ada rasanya Izz kena tinggal kot.” Balas Zahra dengan sengihan.

Zahra teringat lagi masa tu. Dia baru je duduk. Bila tengok je Izz yang tengah cuba imbang badannya, dia jadi gelabah. Baru je dia nak pergi tolong. Izz dah pun terjatuh. Nasib badan kau lah Izz.

“ Ha! Memang patut pun kena tinggal. Gatal lalu dekat situ lagi.” Umi masih belum berhenti daripada membebel.

Izz menjeling ke arah Zahra yang tengah tersengih itu. Alahai! Aku baru je nak kenal dia dengan lebih dalam lagi. Batu tu pun satu lah. Suka cari fasal dengan aku. Sabar je lah!

“ Eh? Abang Izz?”

Alif dan Farah muncul daripada dapur. Mereka baru balik daripada bersiar-siar di kawasan kampung.

“ Apa tengok-tengok? Ada hutang?” Soal Izz dengan muka tahan kesakitan. Bila Umi tekan kuat sikit dekat buku lali yang bengkak tu. Terus jerit tak ingat dunia.

“ Argh!!!! Sakit!!!”

Terus Zahra, Alif dan Farah tergelak melihat reaksi Izz sebentar tadi. Umi pula hanya tersenyum kecil.

“ Apalah abang Izz ni. kata lelaki macho konon. Takkanlah sakit sikit tu pun dah menjerit kalah orang perempuan.” Sindir Farah.

Izz merengus geram. Ada je minah ni nak perli aku kan?

“ Cuba Farah rasa apa yang abang rasa ni. Baru tahu sakit ke tak.”

Zahra mencuit bahu Farah agar berhenti mengusik Izz. Kesian juga tengok Izz yang sakit tu.

“ Akak pun bersalah juga Farah sebab tak dapat nak tolong abang Izz kamu ni.” Suara Zahra setelah lama berdiam diri. Dia lebih suka mendengar mereka bercakap daripada dia sendiri yang bercakap. Macam ada emas dalam mulut dia tu sebab susah nak bercakap kalau dah berkumpul ramai-ramai macam ni.

“ Yelah tu. Abang Izz ni yang tak berhati-hati kot.”

Alif tersengih lalu duduk di sebelah Izz sedang menahan sakit tu. Sempat juga dia ketawa apabila melihat wajah cemberut Izz tu. Dah serupa ayam berak kapur pun ada.

“ Gelak lah gelak.” Izz sudah merajuk beb!

“ Izz..Izz.. Macam perempuan lah kau ni.”

Izz menarik kakinya perlahan apabila Umi selesai mengurutnya. Dia menghembus nafas lega apabila terlepas daripada urutan Umi. Oh! Hanya Allah saja yang tahu sakitnya saat ini.

“ Macam perempuan pun sekurang-kurangnya aku lebih macho dari kau. Kau ada?” Sempat lagi Izz nak perli orang tu. Tak padan dengan sakit.

“ Perasan!” Terus bahu Izz dipukul perlahan.

“ Argh!!”

Tiba-tiba Izz terjerit selepas bahunya dipukul Alif. Alif tersentak. Aik? Takkan sakit kot. Aku pukul perlahan je tu.

“ Sakitlah bodoh! Kau ingat kaki aku je yang sakit? Bahu pun sakitlah. Masa aku jatuh tadi bahu aku terkena papan. Huhu.. Sedihnya..”

Suara Izz yang kasihan itu membuatkan mereka semua ketawa. Sampai terduduk Farah dibuatnya.

“ Pertama kali Farah tengok abang Izz macam ni.” Ujar Farah masih dengan sengihan perlian.

Zahra menekup mulut bagi menahan tawa. Entah kenapa dia rasa kelakar pula bila tengok wajah Izz yang tengah tahan sakit tu. Tulah. Sebelum ni usik lagi orang. Kan dah kena balik.

“ yelah… siapalah kita ni kan?”

Izz berusaha untuk bangun berdiri dengan bantuan Alif dan Uminya. Dengan terjengket-jengketnya dia berjalan ke arah Zahra dan berhenti tepat-tepat di sebelahnya.

“ Saya nak minta ganti rugi. Tunggu!” Bisiknya sebelum kembali berjalan dalam keadaan sakit.

“ Nak pergi mana pula tu? Tak padan dengan orang sakit.” Umi jadi risau pula. Memang mula-mula tu geram sebab Izz tu degil. Tapi Izz tu anak dia juga. Anak yang manja pula tu. Wajiblah dia risau.

“ Nak pergi merajuk!”

Laung Izz dari luar rumah. Merajuklah sangat kan?

Zahra tersenyum kecil. Nak minta ganti rugi? Apalah yang boleh aku bagi sebagai ganti. Salah aku ke? Haih!

**
Zahra merenung jauh ke langit yang gelap itu tapi disinari dengan bintang-bintang yang cantik. Perlahan-lahan dia cuba mengukirkan senyuman kecil buat dirinya sendiri. Dia juga dapat rasakan yang ibu bapanya sedang perhatikan dia dari atas.

‘ Ibu.. Ayah.. Zahra rindu korang.’

“ Akak…”

Zahra tersentak. Dia menoleh ke kiri. Farah mula mengambil tempat di sebelahnya. Sekali-sekala seronok juga duduk dekat luar rumah ambil angin ni. Tambah-tambah pada waktu malam macam ni. Mujur tak hujan.

“ Alif mana? Dah tidur ke?” Suara Zahra memecahkan kesunyian di antara mereka semenjak lima minit yang lalu. Masing-masing leka memandang ke langit.

“ Belum. Tengah tolong abang Izz. Kan buku lali abang Izz tu belum sembuh. Dah macam perempuan pula Farah tengok.”

Zahra tersenyum kecil. Ya! Semenjak dia kenal dengan Izz. Izz terkenal dengan sikap kenakalannya itu. Semua orang dia nak usik. Termasuk dirinya ni. dan semenjak itulah Zahra mula rasa senang dengan sikap Izz. Dah macam ada orang baru muncul pula dalam hidupnya.

“ Farah tak tidur lagi ke? Dah dekat pukul 12 malam pun. Tak baik tidur lewat. Untuk baby tu juga.” Pesan Zahra sedangkan dia pun belum tidur. Tak tahulah. Dia tak boleh nak tidur malam ni.

“ Farah belum mengantuklah kak. Akak.. Farah nak tanya sikit boleh? Tapi akak jangan marah ye?”

Zahra hanya menjongketkan keningnya sambil melihat ke arah Farah. Farah masih memandang ke langit.

“ Akak dah berjaya lupakan abang Syazwan kan?”

Zahra tersentak. Tak sangka Farah akan soalnya begitu. Tentang Syazwan pula tu.

“ kenapa Farah soal macam tu?”

“ Tak. Farah Cuma nak tahu sebab dalam dua hari ni. Farah tengok terlalu banyak perubahan pada akak. Farah lega kalau hari-hari akak Farah dapat senyum dan ketawa macam ni. Akak tahu tak? Semenjak akak duduk dekat rumah Umi ni. Umi lah orang pertama yang happy tahu tak? Dan untuk pengetahuan akak. Abang Izz tu tak macam dulu lagi.”

“ Maksud Farah?” Zahra mengerutkan dahinya pelik.

“ Dulu bila Umi perkenalkan je seorang perempuan dekat abang Izz. Mulalah abang Izz membantah. Tak pun layan acah tak acah je. Tapi dengan akak lain. Farah dan abang Alif pun tengok pelik. Dia dah macam orang lain tapi satu je yang tak boleh hilang dalam dirinya tu. Suka mengusik.”

Zahra tertawa kecil. Ya! Dia sendiri mengaku yang Izz memang suka mengusik.

“ Dan kami tengok. Abang Izz lah yang berjaya membuatkan akak tersenyum kembali dan sekali gus lupakan abang Syazwan. Kan?”

Farah kembali menoleh ke arah Zahra. Zahra terkedu mendengar kata-kata Farah. Dia sendiri pun tak sangka.

“ Kenapa Farah rasa macam tu pula?”

“ Yalah! Setiap kali abang Izz usik akak je. Pasti dalam diam akak akan tersenyum juga. Walaupun usikan abang Izz tu tak logik. Betul tak apa yang Farah kata ni?”

Bahu Farah dipeluk erat. Dia hanya tersenyum tipis.

“ Entahlah Farah. Akak sendiri pun tak pasti. Tapi dia memang berbeza dengan abang Syazwan. Dan semua orang yang berada dalam rumah ni termasuk Farah membuatkan akak rasa bahagia. Akak tak pernah hadir dalam keluarga macam ni. Akak patut berterima kasih dekat Farah sebab bawa akak ke sini. Terima kasih juga sebab Farah lah akak dapat lupakan penderitaan akak selama ni.”

Farah membalas pelukan Zahra dengan erat. Dia mengangguk perlahan. Hatinya terasa sebak. Dia rasa gembira kerana dia akak Zahra dah berjaya melupakan abang Syazwan.

“ Farah buat ni demi akak. Farah dah tak sanggup nak tengok akak menderita lagi. Farah tahu akak seorang yang kuat. Dan akak kena yakin ada kebahagiaan yang akan datang untuk akak. Percayalah..”

Zahra meleraikan pelukannya. Mata Farah ditatapnya perlahan sebelum membuat senyuman kecil.

“ InsyaAllah Farah.”

Tanpa mereka sedari, Izz dan Alif telah mendengar segala-galanya dari dalam rumah. Mereka juga turut mengukirkan senyuman.

“ Aku tahu itu jodoh kau Izz.” Tiba-tiba Alif berkata sambil melihat Farah yang berada di luar rumah.

“ maksud kau?” Izz menjeling sekilas ke arah Alif sebelum melihat ke luar rumah.

“ Semenjak akak ipar aku tu ada. Kau lain macam sikit. Kau sedar atau tak yang kau ni dah berubah layanan terhadap perempuan?”

Izz mengurut dagunya perlahan. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Dia sendiri pun tak tahu lah.

“ Kalau macam tu, meh aku beritahu kau semuanya. Semenjak kau dan akak ipar aku tu berkenalan. Kau selalu usik dia, dah tu kau layan dia dengan mesra sekali. Bukan macam sebelum ni. Kau macam nak pikat hati dia pun ada aku rasa. Kau sedar tak sikap kau tu macam kau dah jatuh cinta terhadap akak Zahra?”

Izz terkedu. Apa benar kata-kata Alif tadi? Terlalu ketara sangat ke sikap aku dalam dua hari ni? Takkan kot?

Alif menepuk bahu Izz perlahan.

“ Kalau kau yakin Zahra tu jodoh kau. Kau perlu berusaha lebih bro! Aku tahu dia takkan terima lagi cinta lelaki buat masa ni. Tapi tak salahkan kalau kau mencuba. Sekurang-kurangnya selepas dia beranak dia terima kau ke? Kita tak tahu kan apa yang akan jadi selepas ni.”

Izz masih mendiamkan diri. Dia masih tak dapat terima apa kata-kata Alif sebentar tadi. Aku jatuh cinta? Arh! Mana mungkin. Tapi memang betul aku nak sangat kenal dengan dia lebih rapat lagi.

“ Tapi takkanlah sebab tu je aku dah jatuh cinta?” Ujarnya perlahan yang lebih kepada dirinya sendiri.

“ Kau kena percaya yang cinta itu ada di mana-mana bro!” Sampuk Alif tiba-tiba dengan senyuman lebar.

“ Boleh percaya ke?” Izz tersengih kemudiannya.

“ nak tahu boleh percaya ke tak, kau kena tunggu saat kau ada dekat KL nanti. Time kau berjauhan dengan dia tu. Kau rasa sesuatu tak? Kalau kau rasa lain macam sikit kau beritahu aku. Aku nak sahkan.”
Alif tersengih memandang wajah seposen Izz ketika itu.

“ Whatever!” Akhirnya Izz mengambil keputusan untuk berdiam diri saja. Entahlah! Kalau benar Zahra untuknya, dia pasti akan bersama juga dengan Zahra. Cuma masalahnya sekarang  ni, dia hanya nak tahu masalah Zahra dan terasa nak lindungi dia. Itu je. Aduh! Parah!

**
Dia menghempaskan tubuhnya pada katil. Tangannya didepakan pada katilnya yang empuk itu. Matanya merenung syiling yang putih itu tanpa perasaan. Dia turut terfikir kata-kata Alif sebentar tadi.

‘ Ya Allah. Apakah ini petunjuk Engkau untukku?’

Izz menutup matanya erat. Apa yang terbayang di benak fikirannya kini adalah wajah perempuan yang sering muncul dalam mimpinya itu. Selepas itu muncul pula wajah Zahra yang manis sambil tersenyum itu.
Izz kembali membuka matanya. Terhambur keluhan kecil daripada mulutnya.

‘ Apa patut aku buat sekarang? Dah jadi serabut aku rasa.’

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Izz yang baru saja nak berfikir tersentak. Aik? Siapa pula yang nak hantar SMS dekat aku pagi-pagi buta ni. Pukul 1 pula tu. mahu tak mahu dia gagah ambil juga telefon bimbitnya yang berada tidak jauh daripada katil.

+Apa yang awak nak saya buat sebagai ganti rugi?

Izz terlopong. Aik? Cara ayat-ayat ni macam Zahra. Ganti rugi? Ha! Ayat ganti rugi tu aku hanya tujukan buat Zahra. Tapi macam mana dia tahu nombor aku pula ni? Aku yang nak sangat nombor dia pun tak dapat.

+Mana awak tahu nombor saya? Zahra kan?

+Farah yang bagi. Katanya nak saya cakap sikit dekat awak. Lagipun bukankah saya ada hutang dengan awak?

Izz tersenyum lebar. Ganti rugi? Urm! Aku pun tak tahu nak minta apa. Aku cakap tu pun sebab aku geram sangat dekat diorang yang tengah gelak dekat aku masa tu.

+Apa yang awak nak?

+Terserah. Awak cakap je. InsyaAllah saya boleh buat.

+Kalau macam tu. Esok ikut saya ke satu tempat.

+Ke mana? Dengan kaki awak yang sakit tu. Macam mana?

+Jangan risau. Kereta ada. Lagipun kaki saya dah okey sikit selepas dapat urutan sedap punya dari Umi.

+kalau macam tu. Saya ikut je lah.

+Okey. See you tomorrow.

Izz meletakkan kembali telefonnya di sisi. Dia masih tersenyum lebar selepas dapat berbalas pesanan dengan Zahra melalui telefon. Macam tak percaya pun ada. Sepatutnya dialah yang mulakan SMS dulu. Ni Zahra pula. Haih! Bikin malu sajalah Izz.

Apa-apa pun kita tengok jelah esok apa yang akan jadi. So? Now time to sleep Izz!

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers