“ A…abang?”
Dengan langkah perlahan dia mendekati tubuh suaminya yang
tengah sakit kepala itu. Tangannya perlahan memicit kepala suaminya agar
suaminya lebih selesa.
“ Ada apa sayang?”
“ Saya nak keluar kejap boleh?”
Eslina menggigit bibir menahan getaran di dada. Melihatkan
Syazwan yang masih berdiam diri tidak memberikan jawapan itu membuatkan dia
rasa gerun.
“ Ke mana?” Dingin Syazwan menyoalnya.
“ Nak jumpa Haikal dan Yusna. Mereka ajak jumpa.”
Eslina terteguk air liur melihat renungan tajam Syazwan itu.
Entah kenapa makin hari sikap Syazwan makin lain. Dah tak macam dulu lagi. Dia
sendiri rasa takut saat berada di samping Syazwan. Terutama pada waktu Syazwan
marah.
“ Abang hairan lah. Setiap malam je mesti Eslina nak keluar
jumpa mereka. Habis abang ni? Abang ni apa? Tunggul kayu dekat rumah? Abang ni
suami Es tahu tak?”
Syazwan pantas menyentuh bahu Eslina dengan kejap. Tajam dia
merenung Eslina yang kelihatan ketakutan itu.
“ Kenapa abang berubah? Sebelum kahwin abang dah janji yang
kita boleh keluar ke mana-mana yang kita suka. Abang boleh keluar dengan
perempuan lain. Eslina pula boleh keluar dengan kawan-kawan Es. Abang patut
bersyukur sebab Es tak keluar dengan lelaki-lelaki gatal dekat luar sana tu?!”
Bentak Eslina tanpa dapat dikawal.
Dia pantas menolak tangan Syazwan yang elok terletak pada
bahunya dengan kasar. Air matanya hampir saja menitis selepas bercakap
demikian. Sebenarnya dia tak bermaksud pun nak cakap macam tu. dia sebenarnya
rasa terkilan dengan Syazwan. Ingatkan selepas mereka berkahwin. Syazwan akan
setia terhadapnya. Namun, sangkaannya meleset.
Syazwan ni kadang-kadang baik. Kadang-kadang tak. Dia
sendiri buntu memikirkan soal itu. Dulu mati-matian dia menggoda Syazwan sampai
sanggp merosakkan rumah tangga orang. Asalkan dia boleh mendapatkan cinta
sejatinya itu. Tapi? Semuanya hanya sia-sia. Syazwan masih tidak berubah. Hanya
dia cuba berubah.
“ Es cintakan abang! Tapi abang? Mana bukti abang tu? abang
tahu tak Es tak mahu jadi macam akak Zahra sebelum ni.”
Syazwan merengus kasar. Lagi-lagi Zahra. Muak aku dengar
nama tu.
“ Sekarang apa yang Es nak abang buat? Hurm..” Lembut
Syazwan menyoal.
“ Tinggalkan aktiviti abang tu. Es nak abang setia pada
isteri abang. Es juga takkan keluar pada waktu malam lagi. Es janji selepas ni
Es akan lebih tumpukan perhatian pada suami Es. Boleh kan bang?”
Eslina mencapai tangan Syazwan dengan senyuman manis. Dia
amat berharap agar Syazwan dapat ikut kata-katanya. Walaupun mereka baru sahaja
berkahwin tak sampai seminggu. Eslina amat berharap agar Syazwan hanya akan
memikirkan tentang dirinya.
Syazwan mengucup dahi Eslina dengan penuh kasih sayang.
Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya menyetujui kata-kata Eslina sebentar
tadi. Siapa tak sayang bini ooii!!
“ Ya. Abang akan tinggalkan aktiviti abang tu. abang takkan
cari perempuan lain dah sebab abang ada isteri abang yang cantik ni. kan?”
Eslina ketawa apabila melihat senyuman nakal Syazwan itu.
Dia merangkul lengan Syazwan dengan perasaan gembira.
“ Macam tu lah suami Es. Abang janji tau? Jangan tipu!”
“ ye! Abang janji. Okey sayang?”
Terus Syazwan menarik Eslina ke dalam pelukannya. Mulai hari
ini dia bertekad nak sentiasa bersama-sama dengan Eslina. Isteri yang dia jauh
lebih sayang dan cinta berbanding Zahra. Dulu dia mengaku yang dia kahwin
dengan Zahra hanya disebabkan harta dan tubuh Zahra. Sekarang tak lagi. Separuh
mati dia sangat cintakan Eslina.
“ Okey!”
**
Prak!
Bunyi itu menyentakkan lamunan Zahra. Tanpa berlengah dia
pantas menoleh ke belakang. Dia menghembus nafas lega selepas melihat insan
itu.
“ Saya ingatkan pencuri manalah tadi.” Zahra mengurut
dadanya perlahan.
Izz tersengih lalu duduk di sebelah Zahra. Dia merenung jauh
ke hadapan. Sawah padi yang makin masak itu membuatkan hati Izz menjadi tenang.
Petang-petang macam ni seronok kalau berkelah belakang rumah ni. Dengan angin
lembut dan keadaan sunyi macam ni. Jauh daripada bandar. Memang mampu
membuatkan sesiapa saja menjadi tenang.
“ Saya rasa dah hampir sejam awak ada dekat pelantar
belakang rumah Umi ni. apa yang awak tengah menungkan tadi tu?” Soal Izz ingin
tahu.
Zahra tersenyum nipis.
“ Tak ada apa-apalah. Saja duduk dekat sini ambil angin
petang. Awak pula? Macam mana awak tahu saya ada dekat sini? Setahu saya tiada
seorang pun yang tahu saya ada dekat sini melainkan diri saya sendiri.” Jelas
Zahra dengan sengihan.
“ Adalah.. Urm.. Awak. Saya nak tanya awak something boleh?
Tapi awak jangan marah pula.”
“ Tanya je lah. Macam mana saya nak tahu saya nak marah ke
tak kalau awak tak tanya.”
Izz bangun dan berhadapan dengan Zahra. Senyuman kecil
diukirkan buat Zahra.
“ Selepas hal awak selesai ni kan? Kalaulah ada seorang lelaki
yang melamar awak. Dia juga sanggup terima awak tak kira awak macam mana.
Adakah awak sudi terima?”
Zahra tergamam. tak sangka Izz akan menyoal sebegitu. Apa
patut dia jawab? Dia sendiri pun tak pernah fikir soal ni.
“ Tak tahu lah nak kata macam mana. Tapi mana ada lelaki nak
terima seorang ibu tunggal macam saya ni. Lainlah kalau masih bujang.”
Izz menoleh ke belakang dan berdiri membelakangi Zahra. Dia
turut tersenyum selepas mendengar jawapan Zahra sebentar tadi.
“ Awak terlalu merendah diri Zahra. Awak sedar tak awak lain
daripada yang lain?”
Zahra terdiam. Apa maksud dia?
“ Syazwan tu bodoh agaknya. Dia tak nampak apa yang saya
nampak pada diri awak tu. Saya rasa dia memang rugi tolak perempuan sebaik awak
ni.”
Zahra masih berdiam diri. Sebut saja fasal Syazwan. Hatinya
jadi sakit.
“ kalaulah saya jadi dia. Saya takkan ceraikan awak. saya
juga akan hargai awak dengan sebaik mungkin.”
Izz kembali berhadapan dengan Zahra. Wajah Zahra sedikit
mendung. Izz tahu kenapa.
“ Itu kalau awak. Tapi bukan dia Izz. Saya dah kenal dia.
Dan saya tahu macam mana sikap dia selama ni. Cuma saya buta. Buta kerana
cinta. Kalaulah saya tak terlalu mempercayai kata-kata manisnya sebelum ni.
Saya takkan jadi macam ni. Tapi saya reda sebab ini adalah takdir buat saya.
Lagipun takdir Allah kan indah walaupun ada peritnya.”
Zahra menggagahkan dirinya untuk mengukirkan senyuman buat
Izz yang sedang terkedu itu. Dia sendiri tak menyangka yang dia akan berikan
jawapan sebegitu buat Izz. Adakah semua ini terjadi selepas dia mengenali Izz?
“ Sebab tu lah saya kata dia rugi melepaskan awak Zahra.
Awak terlalu istimewa.” Bisik Izz perlahan lebih kepada dirinya sendiri. Dia
turut mengukirkan senyuman.
“ Awak… Selepas awak melahirkan anak awak tu. awak nak buat
apa?” Izz belum berhenti daripada menyoal. Banyak yang dia nak tahu fasal Zahra
sebenarnya.
“ Saya belum fikir lagilah Izz. Biarlah saya fikirkan dulu
masa depan anak saya ni. saya akan jaga dia sebaik mungkin. Saya juga takkan
benarkan dia jumpa lagi dengan Syazwan walaupun Syazwan itu ayah kandungnya.”
Zahra tersenyum hambar saat berbicara soal anaknya itu.
Hanya kerana anaklah dia mampu bangkit dan menguatkan semangatnya untuk
teruskan hidup.
“ Saya sentiasa ada untuk awak Zahra. Awak cakap je nak apa.
Saya akan setia berada di samping awak selepas ni.” Ujar Izz tulus ikhlas.
Zahra termangu akhirnya. Izz? Jangan buat hati aku gundah
gulana kerana kau. Aku takut hati aku akan disakiti lagi selepas ni. Kerana
tulusnya kau.
**
“ Time to eat!”
Izzati muncul bersama Farah dengan buah mempelam di tangan.
Zahra dan Izz yang asyik berbual itu pantas menoleh ke belakang.
“ Buah mempelam? Mana adik ambil ni?”
Izz menjongket kening melihat Izzati membawa dua biji
mempelam berserta dengan rojak. Farah tidak juga ketinggalan membawa buah
mempelamnya.
“ Abang Alif beli untuk akak Farah. Tapi ada banyak. Akak
Zahra nak tak? Kalau akak asyik pening dan loya. Inilah ubatnya.”
Izzati menghulurkan buah mempelam yang telah dipotong kepada
kecil itu buat Zahra. Zahra mengambil tanpa teragak-agak.
“ Awak? Betul ke awak nak makan buah tu? Nampak macam masam
je.” Izz pula jadi risau. Tambah-tambah dia tak berapa gemar makan benda
masam-masam ni. Buat sakit perut je.
“ Ala abang Izz ni. Nama pun buah mempelam yang belum masak
sangat kan? Jadi masamlah sikit. Tapi sedaplah! Cuba abang Izz rasa. Gerenti
abang Izz nak lagi punya.”
Farah menghulurkan sebiji mempelam yang sudah dikupas
kulitnya kepada Izz. Makan terus macam ni lagi sedap.
Izz terteguk air liur melihat buah mempelam yang masih
menghijau itu. Aiyoo! Nak suruh aku makan terus macam tu ke? Kang lepas aku
gigit tu sakit kot gigi aku ni?
“ Farah jangan nak suruh dia makanlah. Abang Izz tu bukan
gemar sangat masam-masam tu.”
Muncul Alif dan Umi dengan gelas air di tangan.
“ La.. Abang Izz tak makan benda masam ke? Ruginya!”
Zahra tertawa kecil melihat wajah masam Izz tu. Sedangkan
belum makan lagi kot buah tu.
“ Akak Zahra makan ye?”
Zahra pantas menyuap satu daripadanya ke dalam mulut. Dia
menutup mata erat selepas dapat menikmati masam dan sedapnya buah mempelam itu.
Memang masam tapi sedap!
“ Euww!! Nampak macam masam sangat je tu?” Izz menutup
mulutnya apabila melihat Zahra menutup mata dengan wajah yang menahan masamnya
tu.
Zahra kembali membuka matanya selepas berjaya menelan
cebisan buah mempelam itu. Dia tersengih saja melihat reaksi Izz itu.
“ Cubalah rasa awak. Sedap. Memanglah masam sikit.” Zahra
mengarah Izz yang berdiam diri itu.
“ Cubalah Izz. Belum cuba belum tahu.” Suruh Umi pula. Amboi
umi ni. Berkomplot nampak.
“ Tak nak arh! Masam !” Izz pantas menggelengkan kepalanya.
Dia meletakkan kembali sebiji buah mempelam tadi ke dalam pinggan.
Alif tertawa kecil melihat Izz yang kelihatan penakut itu.
“ Woi! Kata macho konon. Takkanlah masam sikit ni pun dah
takut. Apalah.. Hilang habis kemachoan kau tu.” Sindir Alif. Sengaja dia sindir
macam tu. Baru Izz rasa tercabar dan akan makan buah tu.
“ Sapa kata aku takut? Aku Cuma tak berani jelah.”
Serentak mereka yang lain ketawa.
“ Takut dan tak berani tu bukan sama ke along? Adik tak
kira. Along kena makan juga. Kalau tak jangan harap dapat dekat lagi dengan
akak Zahra ni.”
Izz membuntang. Amboi! Siap main ugut-ugut lagi.
“ Ha! Tunggu apa lagi. Gigit lah buah tu.” Arah Umi dengan
senyuman kecil. Takut sangat masam. Sedangkan tak masam mana pun. Saja Zahra
buat action lebih.
Zahra tahan tawanya melihat Izz takut-takut saja mengambil
buah mempelam itu. Ya Allah Izz! Itu hanya buah bukan binatang. Apalah..
“ Makan ye?” Soal Izz dan mereka semua serentak mengangguk.
Mahu tak mahu Izz gigit juga hujung buah itu dengan mata
tertutup. Nasib kaulah Izz.
“ Arghh!! Masamnya!!”
“ Hahaha!!!”
Pantas Izz meludah apa yang dia gigit tadi. Puih!! Masam
gila. Kenapa aku tengok Izzati makan tadi tak masam sangat pun.
Mereka yang lain sudah ketawa terkekek-kekek melihat reaksi
Izz itu. Sampai naik merah muka Izz dibuat dek mereka.
“ Masam ke?” Soal Alif masih dalam sisa tawanya.
“ Yelah! Cuba kau rasa.”
“ Along. Itu memang masam sebab buah itu lah yang paling tak
masak. Haha..” Izzati tergelak.
Izz mencebik. Ceh! Aku terkena rupanya. Kurang asam boi
betullah mereka ni.
“ dah arh! Malas nak layan korang ni. tahu nak kenakan aku
je kerjanya. Tak nak arh macam ni. nak rajuk arh!”
Terus Izz berlalu masuk ke dalam rumah. Dia nak cari air.
Masih rasa masam yang mencengkam mulutnya tu.
Euuww!
“ Poyo je lah abang Izz ni!”
Zahra hanya tersenyum. Alahai Izz. Teruk betullah awak ni.
Kalau sehari awak tak buat saya gelak tak sah lah. Tapi terima kasih. Saya
hargai usaha awak yang ingin menggembirakan hati saya ni. Saya terharu
sangat-sangat.
No comments :
Post a Comment