“ Helo Zahida. Aku minta maaf tapi aku akan balik esok.”
Dahlia akhirnya ambil keputusan untuk telefon Zahida setelah
tiga hari menghilangkan diri daripada pengetahuan sesiapapun.
“ Kau pergi mana? Kau tahu tak kau buat aku risau.” Dahlia
tersenyum kecil.
“ Aku pergi tenangkan diri. Hurmm.. Itu pun cadangan kau
juga kan? Anyway bos besar ada kata apa-apa tak dekat aku?” Soal Dahlia.
“ Tak pun. Dia langsung tak tanya soal kau. Kau beritahu dia
kau ambil cuti berapa hari?”
“ Empat hari. Tapi esok aku balik lah. Kau jangan risau
okey?” Dahlia cuba menenangkan Zahida yang sememangnya risaukan dirinya itu.
“ yelah. Aku letak dulu. Bos besar dah masuk tu. Nanti tak
ke naya aku kena marah.”
“ Yelah. Assalaumualaikum..”
“ Waalaikumussalam..”
Dahlia tersenyum selepas tamatkan talian. Kemudian dia
mengerling ke arah jam dinding. Serta-merta perbualannya pada pagi tadi bersama
dengan Haikal bermain semula di fikirannya.
‘ Betul ke apa yang aku buat tu. Ish!’
Tergaru-garu kepala dibuatnya. Tapi entah mengapa ringan je mulut
dia untuk terima pelawaan itu. Kenapa erk?
“ Argh! Berserabut betul kepala otak aku sekarang. Lebih
baik aku keluar bersiar-siar.”
**
Tersenyum-senyum Haikal waktu itu. Dia berasa seronok sebab
Dahlia terima pelawaannya. Dahlia itu dah bagaikan penyelamat baginya. Mujurlah
Dahlia setuju.
“ Seronok nampak?” Tegur Sham.
Haikal tersengih.
“ Seronoklah sebab gadis tu terima pelawaan untuk jadi heroin aku. Kalau tidak mana kita
nak cekau. Kau pun satulah.”
Haikal menjeling Sham yang sudah tersengih lebar itu.
“ Nak beri cabaran dekat kau. Kira okeylah sebab dia terima
kau. Kalau tidak jenuh jugalah kau ye. Tapi kau dah minta maaf dekat dia ke?
Kau jangan Haikal.”
Haikal menolak perlahan bahu Sham.
“ Mestilah. Tapi aku rasa aku perlu ucapkan sekali lagi. Anyway!
Hari ni kau kena belanja aku makan. Sebab kau lah aku tak makan semalam taw?”
Ujar Haikal.
“ Yelah. Disebabkan pengorbanan kau yang tak seberapa tu.
Aku belanja kau.” Terima Sham dengan senyuman.
“ ha! Bagus!”
**
“ Awak!”
Kedua-duanya terkedu apabila berjumpa. Dalam pertemuan yang
tidak disangka. Dahlia menggaru kepalanya perlahan. Manakala Haikal tersengih.
“ Tak sangka saya akan jumpa awak di sini.” Ujar Haikal
ceria.
Dahlia tersenyum. Memang hasratnya nak datang ke sini pun.
Pantai Batu Ferringhi ni menarik perhatiannya semenjak pertama kali datang
lagi.
“ Awak pun. Bukan ke sepatutnya sekarang awak patut
berlakon. Kenapa awak boleh datang sini?” Soal Dahlia.
Haikal merenung pemandangan di pantai yang amat menyenangkan
itu. Kemudian senyumannya terukir.
“ Pengarah beri cuti. Saya pun kena rehatkan minda juga.
Awak?” Haikal menoleh melihat Dahlia.
Dahlia tersenyum hambar. Bila teringat tujuan dia datang ke
sini, dia jadi sedih. Tapi tak perlulah sedih di hadapan lelaki ni. Dia bukan
tahu apa-apa pun.
“ Saja. Jalan-jalan.” Nafi Dahlia kemudian bergerak jauh
sikit daripada Haikal.
“ Awak… Saya nak tanya sikit ni.” Suara Haikal sambil
melihat Dahlia.
Dahlia melabuhkan punggung di atas pasir itu. Kemudian dia
mendongak melihat Haikal yang sedang merenungnya itu.
“ Tanya je. Tak kisah pun.” Balas Dahlia kemudian melihat
pantai.
“ Awak betul ke tak kisah berlakon dengan saya? Saya takut
awak tak suka tapi awak terpaksa.” Ujar Haikal risau.
Dahlia terus memandang Haikal yang serba salah tu. Kemudian
dia tertawa kecil. Entah kenapa tapi bila dengan Haikal ni. Dia sering je nak
ketawa. Lelaki ni kelakar sama kot.
“ Saya memang kisah sebenarnya. Tapi kasihan juga tengok
awak yang sedih tu.” Ujar Dahlia dengan selamba.
Haikal mengetap bibir. Kasihan sangat ke wajah aku masa tu.
Haiya! Buat malu je.
“ Jadi betullah awak tak kisah ni?” Sekali lagi Haikal
menyoal. Meminta kepastian sebenarnya.
Dahlia buat anggukan perlahan.
“ Berhak ke saya jika saya tarik balik?” Soal Dahlia tanpa
memandang wajah Haikal.
Wajah Haikal berubah. Terkesan akan soalan Dahlia. Berhak
ke?
“ Kalau saya tarik balik sekali pun, awak yang akan dapat
padah kan? Jadi biarlah saya tetap dengan keputusan saya. Dan janganlah tanya
lagi saya soal itu. Jangan sampai saya tarik balik kot.” Ugut Dahlia lalu
bangun berdiri.
Tangannya disapu-sapu perlahan. Wajahnya didongak melihat
Haikal. Haikal hanya terdiam.
“ Hei! Janganlah buat muka macam tu.” Dahlia tertawa kecil.
Haikal tersenyum. Tanpa diduga, tangannya laju mengetuk
kepala Dahlia. Dan itu membuatkan Dahlia terpaku.
“ Awak ni nakal juga erk?” Soal Haikal dengan senyuman
nakal.
Dahlia terdiam. Tapi bibirnya automatik terukir senyuman.
“ Ya saya. Dan awak ni kasihan orangnya.” Seloroh Dahlia.
“ What?” Haikal bengang. Manakala Dahlia hanya ketawa.
Dalam hati Dahlia, entah mengapa ada satu kebahagiaan
muncul. Rasa gembira dan selesa berada di sisi Haikal ni. Apa benda yang
buatkan dia rasa macam tu? Ish!
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment