Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 1 June 2013

Cerpen : Kata Tak Suka?



Prolog


“ Awak tak apa-apa?”


Suara garau itu tidak berjaya membuatkan gadis itu berhenti menangis. Malah  tangisannya bertambah kuat. Sampai naik hairan lelaki itu.


“ Eh? Kenapa dengan awak ni? Tak padan dengan dah besar panjang macam ni pun. Boleh nangis tak tentu hala lagi.”


Ambik! Lelaki itu siap perli lagi gadis itu. Gadis itu pun apa lagi terus terdiam daripada menangis. Terus dia jeling lelaki yang sedap-sedap mulut je kata dekat dia.


“ Sibuk apa? Ada saya kisah? Saya tak suruh awak datang pun. Dan saya langsung tak kenal awak. Jadi belah lah!” Halau gadis itu dengan kasarnya.


Lelaki itu tersentak. Boleh tahan ganas juga gadis di depan aku ni. Kalah perempuan. Mujur bukan ciri-ciri idaman aku.


“ Hei! Ingat saya kebulur sangat ke nak sibuk hal awak? Saya pun tak kebulur lah. Saya datang ni pun sebab saya nak pesan. Ingat sikit ramai orang yang tengah tengok awak dekat kedai makan ni. Ingat awak sorang je ke dekat sini? Ingat sikit!”


Lelaki itu dengan senyuman sinis berlalu daripada situ. Buang masa je tegur dia tadi. Mujur juga dia tak cantik sangat. Huh!


Gadis itu teruskan menangis apabila lelaki itu membuatkan hati dia bertambah sakit. Argh! Semua lelaki sama je.


Part 1


“ Huk! Huk! Huk!”


Kerutan di dahi jelas timbul apabila mendengar suara kecil seperti menangis itu. Di toleh ke belakang dan dia terkejut besar apabila seorang manusia dengan muka masamnya sedang merenung tajam ke arahnya.


“ Astagfirullah! Weh! Kau terkejutkan aku je lah.” Perlahan dadanya di usap. Terkejut beruk aku!


“ Wuargh! Kenapa dengan semua orang hari ni? Aku ni teruk sangat ke?” Dengan kuat Samia menyoal.


Rini menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Pe hal kawan aku ni? Malam-malam pun boleh menangis macam ni. Ish!


“ Beritahu aku apa masalah kau sebenarnya?” Suruh Rini dengan seriusnya.


Samia mengangguk perlahan.


“ Pagi tadi aku pergi jumpa Omar. Aku beritahu dia malam ni nak keluar ke tak. Tapi dia malukan aku depan kawan dia. Dia kata dia tak ada kawan macam aku. Nak jadikan teman wanita pun geli. Apa salah aku? Dulu dia yang ajak aku jadi teman wanita dia. Rini!”


Terus di peluk Rini itu. Rini dengan muka blurrnya membalas pautan Samia.


“ Sabar.. sabar.” Pesan Rini.


“ Dan selepas tu, ada seorang lelaki datang tegur aku. Dia tanya aku kenapa? Tapi aku geram sebab dia kacau aku. Dia lepas geram kat aku bila aku balas dengan kasar. Argh! Geram!”


Pelukan di leraikan. Rini menggeleng melihat sikap Samia. Samia masih belum boleh buang sikap kasar dalam diri tu.


“ Kau tu pun salah. Cuba kau bawa bersabar. Ni tak. Asyik marah je. Dahlah kasar pula tu. Manalah orang tak bengang dengan kau. Aku pun bengang taw.” Bebel Rini.


Samia terdiam. Huhu… Sedihnya hari ni.


“ Dah! Tak payah nak berdrama dekat sini. Pergi masuk bilik, mandi dan solat. Lepas tu tidur. Dah serupa burung hantu aku tengok kau ni.” Arah Rini dengan tegas.


Dengan malasnya, Samia hanya menurut. Lagipun hati dia masih sakit dengan dua orang jantan tak guna tu.


**

“ Tak puas hati betul aku dengan perempuan tu. Kira baik apa aku tegur dia baik-baik. Ni tak? Balas punya kasar. Nama je perempuan. Hish! Menyesal aku tegur dia tadi.”


Bebelan Alif itu mengejutkan dua orang kawannya yang berada dalam bilik itu. Di kerling Alif yang kelihatan runsing itu.


“ Kau ni. Masuk-masuk je terus marah. Pe kes? Dah berserabut aku tengok kau ni.” Ujar Farhan.


“ Betul tu. Kenapa ni?” Soal pula Talha.


“ Tak. Ada seorang perempuan dekat kedai makan tadi. Dia menangis. Aku rasa kasihan lah jadi aku pergilah tegur dia. Tapi dia balas dengan kasar. Ish! Meluat tahu tak!” Rungut Alif lalu meraup rambutnya kasar.


“ Oh! Itu je ke. Ala kau ni. Itu pun nak bengang. Biarlah! Lagipun dia tak kacau hidup kau kan?” Farhan menjongket kening melihat Alif.


“ Tahulah. Tapi? Argh! Whatever!”


Terus Alif merebahkan badan di katil. Farhan dan Talha hanya menggeleng melihat Alif.


Part 2


Kriuk! Kriuk!


Terpamer sengihan di mulutnya selepas mendengar perutnya berbunyi. Daripada pagi sampai dah petang ni dia masih belum menjamah sebutir nasi pun. Gara-gara nak siapkan assignment ni. Tulah buat kerja last-last time lagi.


“ Weh! Aku nak pergi dah ni. Kau lambat lagi ke?” Tegur Rini sambil menggalas beg. Dah hampir 2 jam dia berada dalam perpustakaan ni. Temankan Samia menyiapkan tugasan.


“ Kau pergilah dulu. Aku lagi setengah jam.” Balas Samia tanpa memandang ke arah Rini. Matanya tepat tertumpu pada kertas kerja. Sikit je lagi. Sabar okey?


Rini menggeleng melihat sikap Samia. Bukan dia tak tahu Samia sedang menahan lapar. Kalau penyakit gastriknya itu datang serang baru tahu dia. Nak melalak minta tolong. Ish!


“ Kau ni.. lebih baik kau pergi makan dulu. Risau aku tengok kau ni.” Rini tegur lagi.


Samia tersenyum lalu menggeleng perlahan.


“ sikit je lagi. Lepas ni aku pergilah makan. Dua pinggan nasi pun aku tak hairan. Okey?” Samia kembali menyambung tugasannya dengan serius.


“ Ikut kau lah. Aku balik dulu.”


Rini mula melangkah ke luar perpustakaan. Dalam hati merungut akan sikap Samia. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Teruk betul!


“ Rini?” Rini terkejut apabila namanya tiba-tiba di panggil. Dia pantas menoleh ke belakang. Mujur dah keluar perpustakaan.


“ Eh? Farhan…” Tersenyum Rini melihat Farhan dan seorang kawannya itu. Tak tahu siapa pula.


“ Ini Alif. Kawan saya. Awak datang seorang je ke?” Soal Farhan.


“ Tak. Berdua. Tapi kawan saya ada dekat dalam lagi. Masih ada kerja yang belum dia siapkan. Tapi saya risau sebab dari pagi sampai sekarang dia belum makan. Dia tu degil sikit.” Ujar Rini dengan sengihan.


“ Oh… Apa nama kawan awak tu?” Farhan menyoal ingin tahu. Alif di sebelah rasa nak menguap. Tak habis-habis lagi dua pasangan ni. Aku dah mengantuklah.


“ Samia. Awak tak kenal. Tak apalah. Saya pergi dulu.”


Rini pantas meninggalkan mereka berdua dengan senyuman. Tiba-tiba dia rasa seronok kerana dapat jumpa dengan Farhan dan dapat berbual dengannya. Tiada siapa yang tahu yang dia menaruh perasaan dekat Farhan. Dalam diam je.


Farhan pula tersenyum melihat tingkah Rini yang kelam kabut itu. Geli hati pula dia lihat.


“ Amboi! Sudahlah berangan tu. Buah hati kau dah pergi dah.” Suara Alif bosan.


Farhan tersentak.


“ Buah hati? Kau jangan nak mengarut boleh tak. Kawan je lah.” Sangkal Farhan.


Alif buat muka seposen. Kemudian dia meninggalkan Farhan dan melangkah masuk ke dalam perpustakaan.


“ Eh? Tunggulah!” panggil Farhan apabila Alif sudah bergerak meninggalkan dia.


Alif hanya melambaikan tangan. Apabila dia masuk, dia membelok ke kiri. Dan di hujung sudut terdapat meja kosong. Tetapi di hadapan meja kosong itu terdapat seorang perempuan yang tekun membuat kerja.


Alif yang malas nak tunggu Farhan pantas bergerak ke meja kosong itu. Perempuan yang berada di hadapannya itu langsung tidak di tegur.


“ Alif.. Ish kau ni! Cepat betul.” Muncul Farhan lalu ambil tempat di sisi Alif.


Alif hanya mendiamkan diri lalu membuka buku. Manakala Farhan sibuk menyiapkan assignment yang baru diberi.


Lima minit kemudian, mereka berdua terdengar seperti orang mengerang kesakitan. Mereka berdua saling berpandangan dengan tanda tanya.


“ Itu bunyi orang sakit kan?” Soal Farhan perlahan. Alif hanya mengangguk.


“ Sa..sakitnya…”


Mereka berdua pantas menoleh ke hadapan apabila suara itu datang dari arah hadapan mereka. Tekaan mereka benar apabila perempuan yang duduk keseorangan tadi mula menunduk. Mungkin tahan kesakitan.


“ Eh? Kenapa tu? Kau pergilah tengok.” Suruh Alif.


Farhan turut. Dia bangun dan melangkah ke arah perempuan itu.


“ Awak? Awak tak apa-apa?” tegur Farhan dengan risau.


“ Sa..saya okey.” Dia menjawab. Tapi mukanya tidak mendongak melihat Farhan.


“ Awak tak okey ni. Awak siapa? Mari saya bantu awak.” Farhan tawarkan pertolongan. Alif dari tadi asyik mendengar je. Bukannya nak datang tolong.


“ Sa..saya Samia. A..awak tolong telefon kawan saya Rini. Itu te..telefon saya.” Susah payah Samia keluarkan suara untuk bercakap.


Farhan tersentak. Samia? Rini? Kawan Rinilah!


“ Weh! Mari sini tolong. Dia kawan Rini.” Panggil Farhan. Alif dengan malasnya pergi ke arah Farhan.


“ Dia kenapa?” Soal Alif lalu melihat wajah yang berkerut itu.


“ Entah. Kau tengokkan dia kejap. Aku nak telefon Rini jap.”


Farhan melangkah ke luar perpustakaan bagi menelefon Rini.
 
Alif melihat dengan teliti wajah yang sedang berkerut itu. Sesaat..dua saat dan tiga saat. Dia terkejut.


‘ Ni perempuan yang aku tegur beberapa hari yang dulu. Haiya! Macam mana aku boleh jumpa dia dekat sini pula. Ceh!’


“ Hei awak! Awak tak ingat saya ke?” Soal Alif sedikit kasar. Bukannya nak tolong tenangkan tapi tolong buatkan hati Samia sakit adalah.


Samia gagahkan diri untuk melihat wajah orang yang menegurnya itu. Apabila dia melihat dia kembali tunduk. Tengok muka dia menambahkan sakit perut aku adalah.


“ Hei! Saya cakap dengan awaklah.” Alif menolak bahu Samia kuat.


Samia yang memang tak kuat itu jatuh terduduk lalu tidak sedarkan diri. Alif yang melihat jadi cemas.


‘ Apa yang aku buat ni? Ya Allah.’


“ Weh… awak…” Perlahan Alif menolak tubuh Samia yang terbaring itu. Bibirnya di ketap kuat.

“ Ya Allah Samia!”

Suara cemas itu mengejutkan Alif. Pantas Alif bergerak jauh daripada Samia.

“ Samia. Ya Allah. Aku dah kata suruh makan dulu. Ish!”

Alif mengerling Farhan yang sedang merenungnya tajam itu.

“ What?” Soal Alif buat-buat tak bersalah.

“ Apa yang kau buat sampai Samia tu jatuh terbaring macam tu?” Serius sungguh suara Farhan. Kalau diikutkan antara Alif dan Farhan. Farhan adalah orang yang lebih famous dekat situ berbanding Alif. Tapi Alif pun tak hebat kurangnya hensem.

“ A..aku tak buat apa-apa lah.” Tergagap Alif ingin menerangkan perkara sebenar.

“ farhan. Tolong saya!”

Alif hanya melihat. Tapi dia turut rasa serba salah sebab Samia pengsan. Haish! Yelah! Salah aku!

Part 3

“ Ehem..ehem..”

Suara batuk itu mengejutkan Samia dan Rini yang sedang berbual. Rini sedang menemani Samia di bilik rawatan. Mujur lah sakit gastrik Samia tak teruk. Kalau tidak kena bawa pergi hospitallah jawabnya.

“ Aku keluar dulu.” Pinta Rini. Sekilas dia tersenyum ke arah Alif. Alif membalas lalu tunduk.

Samia memandang tajam ke arah Alif. Apa yang dia buat dekat sini?

“ Awak buat apa dekat sini? Bukan awak tak suka saya ke sampai awak tolak saya kuat.” Ujar Samia serius.

Alif tersentap. Haiya! Macam mana ni.

“ A…awak tak apa-apa?” Alif tergaru perlahan dahinya. Lain yang aku nak cakap lain pula yang terkeluar. Haish! Nak cakap maaf pun susah. Ini semua Farhanlah punya fasal.

“ Aku nak kau pergi minta maaf dekat dia. Kalau tidak aku tak mengaku kau kawan aku lagi.”

Ha! Tengok! Sampai macam tu sekali Farhan ugut Alif. Kalau tidak Alif taklah datang jumpa Samia ni.

“ Sejak bila awak tiba-tiba ambil peduli ni?” Terpamer senyuman sinis di bibir Samia.

Alif mengetap bibir geram. Ish! Dah cukup baik aku datang tapi dia perli aku pula.

“ Hei! Ingat saya nak datang sangat ke? Saya pun tak ingin lah. Saya datang ni pun sebab sa..”

Alif terhenti untuk terus bercakap. Terfikir pula dia nak minta maaf ke tak.

“ Sebab apa?” Soal Samia dengan kerutan di dahi. Pelik!

“ Sebab sa..saya nak minta maaf. Maaflah sebab buat awak pengsan semalam.”
Alif terus memusingkan badan untuk beredar. Dia datang situ pun terpaksa tebalkan muka. Teruk betul.

Samia tersenyum. Tak sangka lelaki macam dia tahu pula nak minta maaf. Hurmp!

“ Tapi saya tak kata saya suka awak. Saya meluat lagi ada.”

Seusai dia berkata, dia terus beredar. Di luar bilik rawatan, dia menghembus nafas lega. Macam baru lepas jawab exam. Punya susahnya nak cakap maaf. Apada…

Manakala Samia terlopong. Ingatkan dah berubah ternyata? Menjengkelkan sungguh dia ni. Meluat aku huh! Kau tak datang minta maaf pun takpa lah! Ish!
**
“ Amacam?”

Farhan terus menyoal Alif apabila dia sudah balik. Alif lihat muka Farhan tanpa perasaan.

“ Dah..puas?”

Farhan tersengih. Bagus! Kalau tidak payah dengan keras kepala dia tu.

“ Ikhlas ye.. jangan hanya kerana aku suruh.”

Tersentap Alif yang baru saja nak rebahkan diri di katil. Di jeling Farhan sekilas. Mujur Talha belum balik.

“ Aku tahulah!” Terus Alif menyembamkan mukanya ke bantal. Farhan yang lihat tertawa kecil. Teruk betul!
**
Tap! Tap! Tap!

Hujan lebat sudah turun. Samia yang baru balik daripada bilik rawatan terus menuju ke tepi tingkap. Inilah hobinya apabila hujan turun. Dia akan merenung hujan-hujan itu sampai tersenyum. Rini pun tak faham kenapa Samia suka sangat hari hujan.

“ Weh…pergilah rehat. Kau tu belum pulih lagi.” Tegur Rini lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Nak solat dulu baru sambung buat assignment.

Samia langsung tidak menghiraukan kata-kata Rini malah tekun sekali merenung ke luar tingkap. Dia suka hari hujan sebab dulu pernah sekali dia di lamar pada hari hujan. Masa tu dia berumur 14 tahun. Tapi sayang apabila lelaki itu telah berpindah. Sampai sekarang dia tak tahu di mana lelaki tu berada.

Samia yang tekun memandang ke luar tingkap tersentak apabila dia nampak seorang lelaki yang sangat dia kenali. Di tengah-tengah padang besbol pula tu. Tengah-tengah hujan.

‘ Apa yang dia buat dekat situ?’

Tertanya-tanya Samia melihat lelaki itu. Tapi tak pula dia nak turun dan ambil kisah fasal lelaki itu. Sedangkan lelaki itu sendiri yang meluat dekat dia. Jadi buat apa dia terhegeh-hegeh nak ambil tahu soal lelaki itu. Buang masa je!

Part 4

Di dongak kepalanya melihat titik-titik hujan yang turun. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Tiba-tiba dia rindukan seseorang yang dah lama berpenghuni dalam hatinya semenjak dia berumur 14 tahun itu.

‘ Aku rindukan kau Syafira!’

Lelaki yang bernama Alif Hairish. Dia di kenali dengan sikap keras kepala dan sombong tetapi hensem. Kenapa sikapnya sebegitu?

Sebenarnya bukan sengaja dia bersikap demikian. Tetapi dia terpaksa agar dia tidak jatuh hati dengan perempuan lain melainkan Syafira. Sampai sekarang dia masih ingatkan perempuan itu.

Sebab itulah sesiapa sahaja yang berani dekat dengan dia, dia akan bermula dengan sikap panas baran dia dulu. Sebab itu juga Samia di layan sebegitu. Kasihan Samia. Dia juga jadi mangsa.

“ Woih! Apa yang kau buat tengah hujan tu?”

Terdengar laungan daripada jauh. Alif menoleh. Ternyata Talha. Tetapi tak pula Alif menyahut. Malah dia memejam mata cuba untuk mengingati wajah perempuan itu. 
Semenjak dia berpindah, dia dah tak ada peluang untuk jumpa perempuan itu. Hurmp!

“ Alif…”

Alif yang sedang memejam mata itu pantas membuka mata dan menoleh ke belakang. Dia tersentak.
**
Keadaan sunyi sepi semenjak 15 minit yang lalu. Tiada seorang antara mereka pun yang mahu membuka mulut. Masing-masing lebih rela mendiamkan diri.

Alif yang dah tak tahan akan keadaan tersebut pantas membuka mulut.

“ Kenapa?” Hanya itu yang dapat Alif menyoal. Terkejut juga dia apabila tiba-tiba suara perempuan yang memanggil namanya. Ingatkan Syafira tapi Samia. Dah la suara nak sama. Ye ke?

Samia tersentak. Di jeling sekilas ke arah Alif. Entah mengapa, kata tadi tak mahu ambil tahu. Tapi turun juga. Hampeh! Nampak sangat kau ambil berat akan lelaki yang keras kepala ni. Dah dia keras kepala jadi aku juga kena bersikap kasar juga. Ya tak?

“ Erk… kenapa apa?” Dengan menjongket kening Samia kembali menyoal.
Alif tersenyum sinis.

“ Yelah. Kenapa awak datang dan panggil saya? Macam mana pula awak tahu saya ada dekat sana? awak intip saya erk?” Duga Alif lalu menjeling Samia.

Samia tersentak. Pantas dia menggeleng.

“ Tolong sikit! Tak ada kerja saya nak intip awak malam-malam macam ni. Tidur lagi bagus.”

Alif bangun dan membelakangi Samia. Sekarang mereka ada di pondok pengawal. Pengawal ada di dalam tapi mereka di luar.

“ Habis?”

Samia melihat belakang Alif.

“ Saya kebetulan lalu dan tengok awak dekat sini. Jadi saya datanglah tegur. Kenapa awak macam tu? Tiba-tiba duduk tengah hujan macam tu. Serupa orang gila saya tengok.” Soal Samia pelik.

Alif terdiam.

“ Awak tak tahu apa-apa jadi diam.” Serius percakapan Alif.

“ Saya diamlah ni. Erm.. Kalau saya tahu awak sombong macam ni lebih baik saya tak datang tadi. Dahlah saya balik dulu. Buang masa je saya ada dekat sini.”

Samia sudah mengangkat punggung. Payung di capai. Hujan belum berhenti nampak gayanya. Jadi dia kenalah redah hujan ni. Tulah siapa suruh turun lagi.

Alif pantas memusingkan badan. Dia melihat Samia sudah bersedia untuk pergi. Cepat-cepat dia memanggil.

“ Tunggu!”

Samia menoleh dengan kerutan di dahi.

“ Saya nak awak dengar baik-baik. Saya takkan ulang buat kali kedua.” Ujar Alif lalu berada di sisi Samia. Tapi tidak pula dia menoleh ke arah Samia.

“ Apa?” Soal Samia. Matanya tertumpu tepat pada wajah Alif yang basah itu. Dah nama pun berhujan tadi.

“ Saya minta maaf fasal semalam. Sekarang aku ikhlas. Tadi tak ikhlas.”

Seusai, dia terus berlari daripada situ meninggalkan Samia yang terpinga-pinga itu.

‘ Dia minta maaf? Ceh!’

Terpamer senyuman di mulut Samia. Ikhlas sangatlah katakan.

Part 5

“ Ish!”

Samia merungut apabila dia sudah lambat untuk ke kelas. Tulah semalam tidur lewat lagi. Kan dah bangun lewat. Gara-gara terfikirkan lelaki yang sombong tu lah. Tapi apasal pula kau terfikirkan dia? Sebab dah beberapa hari kau tak jumpa dia?

‘ Erk? Argh! Whatever!’

“ Ya Allah. Kau belum siap lagi?” Muncul Rini. Dah nak pergi pun ke kelas. Tapi keadaan Samia yang kelihatan tak terurus tu membantutkan hasratnya untuk ke kelas.

“ Aku terbangun lewat lah.” Balas Samia lalu menyerika tudung. Haiya! Tudung tak pakai lagi. Buku pun belum kemas lagi. Hish!

“ Kau ni lah. Aku pergi dululah.” Pinta Rini lalu keluar daripada bilik. Kalau tunggu Samia lambat lagilah jawabnya.
**
Kelam kabut Samia menuju ke kelas. Dia dah lewat sepuluh minit. Habislah!
Kedebuk!

“ Aduh!”

Samia terjatuh. Habis berterabur bukunya itu. Tu lah lain kali jalan pakai mata bukan kepala lutut. Nak cepat sangatlah katakan.

“ Jalan guna apa?”

Samia tersentak. Pantas dia mendongak. Aduyai! Kenapa aku terlanggar budak sombong ni. Nasib lah.

“ Maaf. Saya kelam kabut nak ke kelas. Saya pergi dulu.”

Pantas Samia berlari daripada situ selepas mengutip buku. Sakit sikit tak usah pedulikan. Yang penting kelas. Habislah!

Alif terlopong melihat Samia bagaikan lipas kudung itu. Punya laju dia berjalan. Sampai tergeleng Alif melihat Samia itu. Lewat sangatlah tu.

Alif yang baru nak melangkah terhenti apabila dia terpijak sekeping kertas. Pantas dia menunduk lalu mengambil kertas tersebut. Di lihatnya dengan teliti.

“ Surat apa ni? Rindu si dia? Ceh!”

Tergelak Alif membaca tajuk yang tentera pada kertas itu. Samialah punya kerja ni. Rindukan siapa lah tu. Alif sambung membaca. Nak korek rahsia dialah. Ehe..

Tiba-tiba dia terpaku pada satu ayat yang di tulis Samia.

Kadang-kadang hidup ini tidak selalunya indah. Yelah.. Baru je nak menyemai rasa cinta tu dia dah pergi. Tapi aku tahu aku bukanlah untuk dia. Maybe satu hari nanti akan ada lelaki yang terbaik untukku. Apa yang aku boleh aku buat adalah dengan menunggu hari hujan. Dengan hujan aku akan teringatkan kau. Walaupun ia sukar, namun aku tabahkan hatiku untuk teruskan hidup.”

Ternyata Alif terkedu membaca ayat itu. Seperti ia mengena tepat pada dirinya. Dan dia seperti tahu apa perasaan Samia ketika menulis ayat ini.

‘ Tak sangka kita sama Samia. Aku pun maybe seperti kau. Dan aku tak tahu kenapa mesti kebelakangan ni aku asyik teringatkan kau. Bila ingat kau Syafira muncul sekali.’
**
‘ Fuh! Habis juga kelas. Mujur prof belum masuk tadi.’

Samia sepertinya sangat lah lega apabila keluar daripada kelas. Senyuman tak pernah lekang di bibirnya waktu itu.

“ Samia!”

Samia tersentak apabila Alif melangkah mendekatinya. Macam mana dia tahu aku ada di sini?

Alif mendekati Samia lalu menyerahkan kembali apa yang dia terbaca tadi. Samia yang perasan terus merentap kertas berkenaan. Pipinya sudah memerah gara-gara malu. Pasti Alif dah baca. Haish!

“ Awak ada baca tak?” Soal Samia. Alif tersenyum.

“ Kalau ada?” Duga Alif. Entah kenapa dia jadi suka tengok Samia marah.

Samia mengetap bibir. Dia dah baca. Malunya aku.

“ Awak jangan beritahu sesiapa. Ini rahsia antara kita.” Arah Samia lalu berjalan meninggalkan Alif. Malu weh! Dia dah baca perasaan aku. Ish!

Alif tersenyum lagi. Serentak dia terus mengejar Samia yang sedang merungut akan kecuaiannya itu. Dia langsung tidak menyedari akan kehadiran Alif di belakangnya.

“ Apasallah aku cuai sangat. Kan dah kantoi.” Alif tersenyum. Asyik senyum je kerjanya.

“ Tak usah salahkan dirilah. Dah masa tu awak kalut sangat.” Tegur Alif lalu berhadapan dengan Samia. Samia terdiam. Haahlah! Ish!

“ Anyway.. Petang nanti saya nak jumpa awak. Dekat padang besbol. Saya tunggu.”

Seusai, Alif pantas berlari daripada situ. Dan perlahan-lahan senyumannya terukir. Takkan betul aku dah suka dekat dia? Kata dulu tak suka. Cis!

Samia tersengih. Lelaki ni memanglah. Suka buat aku tertanya-tanya. Meluat aku. Tapi kadang-kadang baik juga erk? Hish! Apa yang aku melalut ni.

Part 6

Hujan yang mulai turun itu membuatkan Samia tak dapat duduk diam. Rini yang tengok pun jadi pelik.

“ Kau pe hal?” Soal Rini. Samia menjenguk ke luar tingkap. Alamak! Dia dah ada. Tapi kenapa mesti dia sanggup berbasahkan diri dia tu. Kenapa tak bawa payung?

“ Aku turun jap. Nanti aku naik.” Ujar Samia lalu pantas turun daripada situ.
Alif membiarkan kedua-dua tangannya menyeluk poket. Dia lebih selesa begitu. Dan tak sangka petang itu hari akan hujan. Tapi dia jadi suka.

‘ Syafira… Apa patutkah aku suka dekat dia?’

“ Alif?”

Alif yang terfikirkan dua orang perempuan yang berada di hatinya itu pantas menoleh. Ternyata Samia.

“ Kenapa awak tak bawa payung?” Soal Samia lalu mendekati Alif. Di payungkan Alif. Tapi Alif bertindak dengan menjauhkan diri daripada Samia. Samia hanya membiarkan dia.

“ saya lebih suka begini. Maaflah kalau awak tak suka datang pada waktu hujan ni. Tapi bukankah awak pun suka hari hujan?”

Samia tersentak.

“ Apa yang awak nak cakap dengan saya. Cepat beritahu sebab saya ada kerja.” Samia menukar topik.

Alif tersenyum. Kalau betullah dia untuk aku, aku harus melupakan Syafira. Lagipun aku yakin Syafira pun pasti sudah bahagia sekarang.

“ dengar baik-baik.” Samia hanya menjongket kening. Tajam dia merenung wajah Alif itu. Nampak lebih hensem pula bila dalam hujan. Ceh!

“ Sa..sa..ya rasa saya suka awak.” Alif terpaksa tebalkan muka bila meluahkan perasaannya. Mana taknya dulu dia yang kata tak suka dekat Samia. Tak cantiklah apalah. Macam-macam alasan. Tapi akhirnya dia tewas. Mungkin sebab sikap Samia mirip dengan Syafira.

Samia terlopong tapi dia tersengih. Makin nakal dia jongket kening.

“ Apa awak cakap? Saya tak dengarlah.” Samia menyoal. Sebenarnya sengaja nak uji.

“ Saya suka awak..”

“ Apa? Kuatlah lagi.” Tekan Samia dengan menadah telinganya ke arah Alif. Alif pula jadi geram. Tak dengar ke buat-buat tak dengar?

“ Saya kata saya suka awak! Puas?” Tinggi nada Alif. Gara-gara geram.

Samia yang dapat dengar dengan jelas itu tersenyum lebar. Di pandang wajah Alif itu. Tak percaya pun ada.

“ Tapi saya musykil lah. Dulu ada orang tu kata tak suka. Sekarang suka pula? Pelik.” Ujar Samia sambil mengurut perlahan dagunya.

Alif merengus kasar.

“ Saya salah.” Mengaku pun. Samia tersengih lalu mencuit bahu Alif.

“ Kata tak suka?” Samia menyoal dengan nakal. Alif mengetap bibir.

“ Yalah saya tak suka.” Ujar Alif geram. Samia tertawa kecil.

“ Ala..merajuk pula dia… Hurmp! Saya percaya. Tapi… kata tak suka?” Sekali lagi Samia dengan sengihan nakalnya.

Alif yang mula geram itu pantas menolak payung Samia sampai jatuh. Samia pun apa lagi kebasahanlah.

“ Awak!” Samia menjerit marah. Alif pula yang tertawa.

“ Tulah. Kata dekat saya lagi.” Perli Alif. Samia mengetap bibir geram. Tapi dia tersenyum.
“ Saya nak dengar sekali lagi boleh? Cakap kuat-kuat!” Suruh Samia dengan senyuman manisnya.

Alif tersenyum dan melangkah mendekati Samia. Lagi dua langkah je mereka akan sangat rapat.

“ Saya! Suka! Samia!” ha! Ambik! Sampai jerit! Samia yang dengar pun apa lagi terlopong lah. Tapi dia suka.

“ Terima kasih… Tak sangka saya.” Samia tersenyum. Alif hanya mengangguk. Baginya yang lepas biarlah lepas.

“ Dah.. jom balik. Nanti awak demam gara-gara saya pula.” Suruh Alif lalu mula melangkah.

“ Kejap! Saya Cuma nak cakap satu je dekat awak.” Alif menoleh dan menanti apa yang akan Samia kata.

Samia menghampiri Alif dan berada di sisinya. Senyuman tak pernah lekang di bibirnya.

“ Alif! Dulu kata tak suka? Sekarang dah suka?”

Terus Samia lari dalam keadaan tertawa. Seronok memperkenakan Alif. Alif yang mendengar itu bertambah geram. Pantas dia mengejar Samia.

“ Awak! Tunggu!”

Tu lah. Jangan di benci nanti akan menjadi cinta. Kata tak suka kan? Hehe..

~Tamat~

2 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers