Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 26 December 2012

Cinta Bersatu (3)



" Sayang.. mama mohon sangat dekat kamu. Terimalah cadangan kami. Kahwinlah."

Aku terkesima melihat mama yang melutut dihadapan aku secara tiba-tiba. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

" Dee..mama yakin yang Anuar mampu membahagiakan kamu. Mama yakin sayang."

Aku tak sanggup melihat mama terus-terusan memohon sebegini. Hati aku ni sakit sangat.

" mama..bangun dulu.." suruhku perlahan. Air mataku sudah mengalir.

" mama.. mama.." Terus mama aku peluk.

" mama..kenapa mama sampai sanggup buat macam ni?" soalku dalam tangisan.

Kepalaku diusap perlahan.

" sebab mama sayangkan kamu. Mama nak tebus kembali dosa-dosa mama. Mama tahu yang mama selalu abaikan Dee. Mama tahu yang mama ni tak layak menjadi seorang ibu buat kamu." Aku menggeleng perlahan.

" Tak ma.. Mama seorang ibu yang baik. Dee yang patut minta maaf. Lagipun Dee telah banyak menyusahkan mama." ucapku lalu meleraikan pelukan.

Mama tersenyum. Air matanya ku seka perlahan. Walaupun mama selalu sibuk atau tidak pedulikan aku sebelum ini. Tapi dia tetap ibu kandung aku. Ibu yang telah melahirkan aku ke dunia ini. AKu patut berterima kasih kepada dia.

" Mama sudah lama maafkan kamu. Dee.. terima ya cadangan mama. Mama nak kamu dapat kehidupan yang lebih baik." Aku terdiam.

Mampukah jika aku ingin terus menolak cadangan mama. Tapi mama sudah bersusah payah demi aku..

" beri Dee waktu untuk berfikir." ujarku perlahan.

" terima kasih sayang. Kamu fikir-fikirkanlah ya.." Aku mengangguk perlahan.

****

" Hei.. sorang je ke?" Teguran itu buat aku tersentak.

Aku menoleh ke kiri. Ternyata satu-satunya kawan yang baik dan selalu ambil berat soal aku. Tapi dia lelaki. Lelaki yang sentiasa faham perasaan aku. Kawan yang sudah sebati dengan diri aku.

Aku kembali menoleh ke hadapan. Tasik buatan manusia yang cantik aku pandang. Ia mampu buat fikiran aku menjadi tenang. Hilang segala masalah yang aku alami sebelum ini.

" Kau kenapa ni?"

" Aku okeylah." AKu memandangnya sekilas. Badrul namanya. Aku suka berkawan dengan dia sebab dia jujur, baik dan tidak mementingkan diri sendiri. Dia ada kata yang dia ikhlas berkawan dengan aku. Bukan sebab harta atau latar belakang aku.

Jadi mulai hari itu, aku sudah menjadi kawan sejati dia. Hidup aku pun tidak menjadi sunyi dengan adanya kawan sejati ni.

" Kau bohong Ana.. KAlau kau tak apa-apa kau takkan berdiam diri macam ni." Aku tersenyum.

Ini lagi satu kelainan yang berada pada dirinya. Dia suka panggil aku dengan nama Ana. Aku pun tak tahu kenapa. Apa-apa pun aku tak kisahlah.

" Entahlah.. Aku pun tak tahu nak cakap macam manalah. Tapi kalau aku beritahu kau ni. Pasti kau akan gelakkan aku punyalah." ujarku.

" Cuba kau beritahu dulu. Aku janji yang aku tidak akan gelakkan kau." AKu tersenyum.

" Rul... hujung bulan ni family aku akan pergi Australia. TApi aku tak ikut."

" kenapa pula?" soalnya pelik.

" Mereka pergi atas urusan kerjalah. Jadi aku tak boleh ikutlah." jelasku.

" Jadi apa masalahnya?" AKu bangun berdiri.

" Mereka nak aku berkahwin sebelum mereka pergi ke sana." luahku terus.

Aku memandangnya sekilas dan ternyata dia sungguh terkejut. Aku memang dah agak. Aku pun dah terkejut beruk semasa dengar.

" Biar betul kau ni?" Aku mengangguk perlahan.

" Tapi masalahnya aku tak mahu. Lagipun berkahwin ni merupakan perkara yang penting. Berkaitan soal hidup dan mati. BUkan perkara main-main. Aku pun belum bersedia lagi. Umur aku pun muda lagi. Kalau kau lah jadi aku, pasti kau akan rasa bengang sangat kan?"

Aku menoleh melihatnya. Dia membuat senyuman tipis.

" Aku pun tak tahu apa yang patut aku kata. Aku sungguh terkejut. Jadi kau terima ke?"

AKu menggeleng perlahan.

" aku belum buat keputusan. Aku jadi ragu-ragu." Aku meramas jari-jemariku.

" kau dah tahu siapa calonnya?" Aku tersenyum hambar. Itu juga salah satu penyebab yang aku sukar nak buat pilihan.

" Dah..dan lelaki itu adalah lelaki yang aku benci sampai saat ini. Itu juga buat aku sukar nak buat keputusan. Aku frust sangat sekarang ni. Apa patut aku buat Rul?" soalku meminta jawapan daripadanya.

" Aku pun tak tahu. Tapi cara terbaik, kau pintalah pertolongan Allah. Dia mampu berikan kau petunjuk." Aku terdiam.

Betul juga apa yang dia kata. Ya Allah..tapi.. layakkah aku.

" Badrul..layakkah aku?" soalku perlahan.

" kenapa pula?" aku ketap bibir. AKu rasa bersalah sangat saat ini. AKu juga rasa berdosa. Layakkah aku memohon pertolongan daripadanya. Sedangkan aku selalu melupakanNya dan selalu abaikan Dia.

Ibu bapa aku sendiri pun tak pernah tegaskan dalam hal agama macam ni. Jadi layakkah aku?

" Aku berdosa Rul. Aku bersalah sangat pada Allah. Aku selalu lupakan Dia dan tidak ambil berat akan hal agama. Jadi layakkah aku meminta pertolongan daripadaNya?"

Badrul tersenyum simpul.

" Jangan cakap macam tu Ana. Semua makhluknya diberi peluang untuk memohon taubat. Allah mendengar dan menerima segala permintaan makhluknya sekalipun makhluknya itu sudah berbuat dosa besar."

" Selagi dunia belum kiamat, selagi tu lah semua orang berhak meminta ampun daripadaNya. Semua orang layak termasuk kau Ana. Kau kena ingat yang Allah sentiasa berada di sisi kau walaupun kau selalu melupakan Dia." jelasnya lembut.

Kata-katanya sebentar tadi buat aku terkesima.

"Jadi Allah akan mendengar pemintaan aku dan akan membantu aku?" soalku.

" ya.. jika kau ikhlas dan ingin bertaubat. Allah akan terima dan pintu taubat akan sentiasa terbuka bagi sesiapa yang ingin kembali kepada jalanNya."

Aku tersenyum. Hati aku jadi sedikit lega selepas meluahkan semua itu.

" terima kasih Rul kerana buat aku sedar dan buat aku jadi sedikit tenang. Kau dah banyak berjasa." ucapku ikhlas.

" Kita kan kawan. Tak kira sama ada susah atau senang, aku tetap akan bantu kau."

Aku tersenyum senang. Ya betul tu. Terima kasih banyak-banyak Rul.

YA Allah... berilah aku petunjukMu.

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers