Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 19 December 2014

Cerpen : Bibik Aku Lelaki?

Assalamualaikum. Hai.

Cerpen baru lagi ke kita? Hehe. Ya. Malam ni aku upload satu cerpen baru untuk korang. Dan ini kali pertama aku try cerpen macam ni. Dan aku tahu mestu keputusan agak mengecewakan sebab first trying kan? Huhu.

Mula-mula ingat nak jadikan e-novel. Tapi takut tak sempat. So buat ajala cerpen. Dan aku nk mnta maaf andai korang tak faham bila baca dan tak begitu menarik. InsyaAllah. Aku akan cuba lagi lepas ni. :) 
Okay. Let's reading. 



“ Mama? Mama nak pergi mana ni?”

“ Nak pergi ambil pembantu rumah lah. Hari ni dia sampai. Kamu tunggu rumah. Mama dan papa pergi kejap je.”

Aku memandang sekilas ke arah luar. Mama dan papa ni. Bosanlah. Kenapa perlu ambil orang gaji? Nak aku buat mereka lari lagi ke? Haha. Untuk pengetahuan korang, setiap kali ada bibik baru masuk dalam rumah ni. Aku kena uji mereka dulu. Macam-macam aku buat sampai mereka dah tak tahan lepas tu mereka blah!

Lepas tu mama dan papa pula kena cari bibik lain. Satu syarat nak jadi orang gaji dalam rumah ni kena tahan sikap aku. Haha. Tak padan dengan dah besar. Perangai mengalahkan budak-budak la aku ni. Ikut suka hati aku la. Kikiki.

Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar. Aik? Mama call?

“ Assalamualaikum mama.”

“ Waalaikumussalam. Kamu cuba tengok dekat luar jap. Ada orang datang tak?”

Aku terjenguk-jenguk ke arah tingkap. Tak ada sesiapa pun.

“ Mana ada pun. Mama maksudkan siapa?”

“ Orang gaji kita la. Kamu pergi lah ke luar. Tengok. Jangan la duk intai sebalik kain langsir tu je.”

Aku mencebik. Mama ni macam tahu pula apa yang aku tengah buat tadi. Tanpa berlengah aku bergegas ke luar rumah. Dan mataku menangkap kelibat seorang lelaki yang baru ingin menekan loceng rumah aku.

“ Mama. Ada seorang lelaki datang. Siapa ma? Takkan orang gaji kot?”

Setahu aku mana ada orang lelaki sudi jadi orang gaji dalam rumah aku ni ha.

“ Ha. Tu lah orang gaji kita. Kamu layan kejap. Mama dan papa akan balik kejap lagi. Assalamualaikum.”

“ Eh! Ma!.. Waalaikumussalam.”

Mama! Bibik kita lelaki? Orang gaji kita lelaki? What?

Ting tong!

Aku dengan malasnya membuka pintu pagar rumah. Tapi tak pula aku menjemputnya masuk. Aku siap bercekak pinggang lagi melihat ke arahnya. Hum. Boleh tahan. Handsome  juga. Tapi pakaian tu agak selekeh. Yalah. Nama pun nak bekerja sebagai orang gaji. Takkan sebagai model pula?

“ Ini rumah Datuk Rahim dan Datin Maria ke?” Soalnya sebaik sahaja nampak wajah aku yang dingin itu.

“ Ya. Kau siapa?” Kasar sekali aku panggil. Ha! Biarkan! Nak uji dulu sama ada dia ni sudi bersabar dengan aku tak. Dah lah lelaki beb. Tak fasal-fasal aku jadi mangsa culik or rogol. Erk! Tak nak! Minta simpang!

“ Maaf. Saya orang gaji rumah ni. Datuk minta saya datang sini. Cik ni?”

“ panggil aku Cik Bos. Aku anak mereka.”

Perangai lama aku kembali. Masa ni la nak bagi ujian dekat dia. Haha. Kau siap orang gaji!

“ Nama kau apa?”

“ Saya Imzar Aiman. Boleh panggil saya Imzar.”

Aku tengok dia dari atas sampai bawah. Lembut tak? Nampak gaya macam tak. Amboi kau Safia. Kalau lelaki yang jadi orang gaji ni terus kau label sebagai lembut. Mentaliti kau ni! Mana tahu kan?

“ Masuklah.”

Aku perhati cara dia jalan dan bawa barang. Ermm.. Bukan lembut. Nasib baik. Kalau lembut aku akan keluarkan kau dari sini sekarang juga.

“ Eh! Nak ke mana tu?” SOalku nyaring bila dia bersiap sedia nak masuk ke dalam rumah dah.

“ Erk.. nak masuk lah. Datuk kata saya dah mula boleh mula kerja.”

“ Tak bolehlah. Mama dan papa aku tak ada dekat rumah. Kau duduk dulu dekat luar tu. aku ada benda nak tanya.”

Dia ikut je arahan aku. tapi muka tu tak boleh tahan betul. Selamba gila.

“ Ada syarat bila kau dah jadi orang gaji dekat sini.”

Aku membetulkan duduk. Tajam aku merenung dia.

“ First. Kau mesti panggil aku Cik Bos. Mama dan papa aku mesti lah panggil Datuk dan Datin kan? Second. Kau tak boleh lewat datang kerja. Kalau lewat sesaat je pun kau kena denda. Denda apa? Oh. Itu kau akan tahu bila kau lewat. Dan third. Aku tak sangka akan dapat orang gaji lelaki. Tapi boleh ke kau buat kerja rumah?”

Aku buat muka sinis.

“ Cik Bos jangan pandang rendah dekat saya. Saya ni bekas chef tau.”

Aku tersenyum sinis.

“ Oh. Bekas? Okay. Nevermind.”

Aku nak soal apa lagi ni? Mama! Safia tak rela dia jadi bibik kita. Lelaki ma! Kenapa? Kalau lelaki tak boleh jadi bibik? Tak! Amboi mentaliti kau Safia. HUhu.

“ Kau lelaki sejati kan?” Aku terkedu. Dah kenapa aku tanya soalan macam tu? Erk! Haha.

Dia terkedu juga. Haha. Muka tu dah memerah. Sama ada marah atau malu.

“ Of courselah. Ingat saya ni pondan? Ingat saya ni lembut? Or gay?” amboi. Marah nampak.

“ Tak. Aku tanya je. Mana nak tau dalam rumah ni ada orang tak normal. Okay kau boleh mulakan kerja.”

Dengan selambanya aku bangun dan melintasi dia untuk masuk ke dalam rumah. Sempat juga aku menjeling dia yang sedang menahan geram tu. Oh! Sukanya! Haha. Kita tunggu. Sampai bila kau akan bertahan jadi bibik dalam rumah ni. Hihi. Harap-harap seminggu je. Lepas tu blah!

**
Hari ini hari pertama dia bekerja. Semalam tu bagi senaman je tu. Hari ini bermulalah serangan aku dekat dia. Hihihi. Nasib baik aku tengah cuti sem. Mujur juga aku dah last sem. Tak sabarnya nak habiskan sem ni cepat-cepat. Lepas tu kita enjoy!

“ Baik Datuk.”

Aku turun daripada atas dan mengambil tempat di depan papa dan mama. Aku menjeling sekilas ke arah lelaki tu. Ish! Aku nak panggil dia apa? bibik ke? Orang gaji ke? Or lelaki tu?

“ Kamu nak ke mana hari ni?”

Aku mendongak melihat papa. Ke mana? Duduk rumah je la.

“ Jadi puan beradu je la dekat rumah ni. bukannya ada orang nak bawa Safia bercuti pun.” Sengaja aku buat suara pasrah. Haha. Aku sedih bila mama dan papa asyik sibuk dengan kerja je.

“ Minggu depan mama dan papa cuti. Kita pergi holiday.”

Mataku mula bersinar. What? Seriously?

“ Ye sayang.”

“ Yeay!! Sayang papa dan mama.”

Ha! Macam ni barulah berselera sikit.

“ Nah Datuk.”

Tiba-tiba dia datang dan menghulurkan secawan kopi pada papa aku. aku pandang dia kecik besar kecik besar je sekarang ni. serupa nak makan orang pun ada. Haha. Tapi dia hanya bersikap selamba dan menuju ke dapur semula. Haish! Tak boleh jadi. Aku bagi jelingan sikit punya tajam. Dia boleh santai je. tak rasa gerun or takut ke?

Nak takut apa? kau tu bukan hantu Safia. Hehe.

“ Bibik! Bawa sini air suam satu gelas! Cepat!” Wah. Bibik aku panggil dia? haha. Biarkan. Dah memang dia bibik pun kan? Kakaka.

“ Safia. Kenapa panggil macam tu? Panggil lah sopan sikit.” Mama menegur tapi aku hanya bersikap selamba.

“ Nah  Cik Bos.”

Aku tersentak. Alamak! Aku terlupa nak cakap kat dia jangan panggil aku Cik Bos depan mama dan papa. Aduh! Kantoilah macam ni.

“ Cik Bos?” papa dan merenung aku dengan tajam. Aku pula hanya tersengih.

“ Terima kasih.” Terus aku tolak tubuhnya ke dapur. Aku terus bangun dan menuju sekali ke dapur. Kantoi!

“ Yang kau pergi panggil aku Cik Bos depan diorang tu kenapa?” Soalku tak puas hati.

“ Dah awak yang suruh saya panggil Cik Bos. Saya panggil je la.” Aduh! Suka sangat dia buat muka tak bersalah dia tu.

“ Lain kali kalau depan mama dan papa aku. tak payah panggil aku Cik Bos. Faham?” Tegasku.

“ Entah. Fahamlah kot.”

Aku terlopong. What? Dia jawab apa tadi?

“ Safia!”

Baru sahaja aku nak bagi dia sakit. Tapi papa dah panggil. Tak apa. hari ni hari kau. Tunggu jap lagi.

“ ye papa.”

Dan aku dapat tengok senyuman sinis dia di saat aku ingin berlalu. Sabar Safia! Sabar!

**
Mama dan papa dah keluar pergi kerja. Tinggallah aku dan orang gaji aku tu dekat rumah. Alahai! Bosannya! Aku pandang tv. Tak ada siaran yang best langsung. Aku baring dan tengok syiling pula. Kosong! Macam fikiran aku yang kosong saat ini.

Ting!

Aku mula tersenyum nakal. Rasanya aku tahu apa aku nak buat. Buli bibik barulah! Ehehehe. Kau siap bibik. Kau siap!

Aku bangun dan mengintai ke arah dapur. Kelihatan dia tengah cuci pinggan. Maybe lepas ni dia nak memasak. Okay. Meh kita tambahkan kerja dia. bagi dia kelam kabut sikit. Kekeke.

Aku naik ke bilik dan ambil raga yang mengandungi baju kotor aku. Banyak gak. Bukannya nak basuh sendiri. Ala. Bibik kan ada? So bibik punya kerjalah.  Aku turun semula bersama raga tu dan menuju ke dapur.

Seketika dia menoleh ke arahku. Bila tengok aku hanya mendiamkan diri dia kembali buat kerja dia. Amboi dia!

“ Bibik! Sini!” Panggilku.

“ Kenapa?”

“ Ni. Basuh semua baju aku ni. Aku nak esok. So kau kena basuk hari ni juga. Basuh bersih-bersih. Ha dua baju ni kau tak boleh guna mesin. Guna tangan. Sampai bersih! Faham?” kira aku bagi chance la sebab guna mesin.

“ Hmm..”

Tu je dia jawab? Aduh. Tapi dia ambil juga raga aku tadi dan berlalu ke bilik air. Bagus. Menurut perhatian. Aku berlalu pula ke arah sinki. Dia nak masak apa erk? Dia pandai masak ke? Kalau tak pandai mama tak ambil dia kerjalah Safia oi.

Mana tahu dia berpura-pura. Nanti masa aku tak ada dia pergi beli senyap-senyap. Ayo! Safia! Cuba think positive sikit. Asyik nak buruk sangka je. Akhirnya aku tersengih mengenangkan diri aku ni. Haha.

Haih! Bosan! Aku dah buli dia dengan basuh baju. Sekarang aku nak buat apa lagi? Ha! Aku buat semak lah dekat ruang tamu tu. nanti biar dia kemaskan semuanya. Muahaha. Jahat kau Safia.

“ Cik Bos!”

Belum sempat aku nak melangkah, tiba-tiba dia keluar daripada bilik air dan mendekati aku. Muka tu. Kenapa muka tu suka selamba sangat? Dan kenapa pula senyuman tu nampak nakal? Erk!

“ Kenapa? Dah siap ke basuhnya?”

“ Ni.. nak kena basuh dengan tangan juga ke?”

Tiba-tiba dia mengeluarkan bra berwarna pink ke arah aku. Aku terus terlopong. Tanpa berlengah aku terus merentap bra tu dan di bawa ke belakang badan aku. Ya Allah. Macam mana yang bra ni boleh terlepas ke dalam raga tu pula? Tak salah aku, aku dah asingkan.

“ Ta..tak payah! Aku boleh basuh sendiri.”

Malu! Baik aku lari.

“ Agaknya lagi comel bila tuan dia pakai.”

Langkahku kaku. Aku menjeling dia yang kelihatan agak selamba itu. Tapi boleh tersenyum lagi. Tengah sindir aku dalam hati la tu.

“ Diam! Aku bubuh cili jugak dalam mulut kau tu. Huh!”

Terus aku berlari dan naik ke atas. Rosak rancangan aku weh! Dan aku dapat dengar ketawa halus daripada dapur. Hampeh! Gelakkan aku la tu. Ya Allah. Malu!!!!

**
“ Safia.. kenapa tak makan nasi tu?”

Aku tersenyum hambar. Aku tak ada selera bila kena makan depan mamat bermulut manis ni. Depan orang tua aku bolehlah berlakon baik bagai. Tapi bila belakang aku dan orang tua aku ni? Pijak semut pun tak mati. Huh!

“ Sayang..Kenapa tak makan? Tak sedap ke?”

Aku rasa nak termuntah hijau kat sini. Tolonglah! Geli aku bila dengar dia panggil aku sayang. Depan mama dan papa pula tu.

“ Biarlah saya nak makan ke tak ke. Awak sibuk apa hal?” Aku dah mula radang. Mama dan papa la ni. jemput dia makan malam sekali buat apa? hancurkan mood aku je.

“ Safia..” Papa dah menegur.

Aku mengeluh perlahan lantas memasukkan nasi ke dalam mulut aku. Malam ni dah terbukti masakan bibik aku tu sedap. Nasib baik sedap.

“ Pakcik. Saya rasa saya nak masuk meminang.”

Prffttt!!

Aku terus tersedak bila dengar dia cakap macam tu dekat papa.

“ Ya Allah Safia. Imzar! Bawakan air suam ke sini.”

Aku masih terbatuk-batuk. Habis merah muka aku rasa. Bila bibik serahkan air kat aku. aku terus sambut dan dengan rakusnya aku minum air tu sampai habis. Fuh! Lega!

“ Dah okay ke ni?”

“ Dah.”

“ Kenapa yang sampai tersedak ni?” Papa menyoal. Haih papa aku ni. buat tak tahu ke atau memang tak tahu.

“ Siapa suruh pergi bangkitkan soal meminang tu.” Ujarku selamba.

Oh! Aku terlupa pula. Bibik aku masih setia berdiri belakang mama. Dah kenapa? Aku menjeling sekilas ke arahnya. Bila dia tengok ke arah aku dia hanya memandangku kosong. Tak ada senyuman dan tak ada tanda-tanda nak berikan senyuman. Cis! Kedekut!

“ Salah ke? Tak salah kan pakcik?”

“ Salah! Sebab saya tak cintakan awak! saya benci awak! saya takkan kahwin dengan orang yang bermulut manis dan tipu saya sekeluarga. Faham!” Bentakku geram.

Tanpa berlengah, aku pantas berlari masuk ke dalam dapur. Bila tengok pintu dapur terbuka. Aku terus keluar dan menuju ke taman rumah. Di kerusi batu itulah aku duduk dan hamburkan tangisan aku. Biar aku rasa lega.

Dia. Lelaki yang bermulut manis tu. Nama dia Daniel. Dua bulan yang lalu aku dan dia berkenalan melalui keluarga. Masa pertama kali berjumpa dia tu. memang aku tak nafikan yang aku pun boleh cair bila tengok dia. Handsome. Berkarisma dan nampak matang. Aku suka lelaki macam tu.

Dan mulai masa tu, aku dan dia terus menjadi kawan. Semakin hari aku kenal dia, aku makin suka. Dia baik dan suka tolong orang. Tapi segala-galanya berubah. Aku dah jadi benci dan berhenti sukakan dia. Sebab apa?

Dua minggu lepas, aku ternampak dia dengan seorang perempuan yang sangat seksi dekat luar. Dahlah mesra gila. Masa tu aku rasa nak tegur dan tanya je siapa perempuan tu. Tapi rasanya segala-galanya dah terbukti bila aku terdengar dia panggil perempuan tu dengan panggilan sayang. Masa tu habis luluh hati aku. Dah kecewa gila.

Mulai hari tu la aku luputkan dia daripada hati aku ni. Aku dah tak percayakan dia. Penipu! Dasar playboy!

“ Kenapa nangis ni?”

Teguran itu membuatkan aku pantas menyeka air mata. Aku terus berpura-pura macam tiada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba dia menghulukan aku sehelai sapu tangan. Aku menyambutnya dengan segan. Tapi tak pula aku melihat ke arah dia.

“ Kau buat apa dekat sini? Pergilah masuk layan tetamu. Nanti papa dan mama marah pula.” Ujarku tanpa memandang sikit pun ke arah dia.

“ Mama awak yang suruh saya tengokkan. Kenapa nangis? Cuba cerita dekat saya. Mana tahu saya boleh tolong.” Dia tawarkan bantuan.

Aku tersenyum sinis. Kepalaku geleng.

“ Huh! Lelaki. Semua sama kan? Bila depan-depan baik. Bila belakang pijak semut pun tak mati.”

“ Siapa? Awak maksudkan lelaki tadi tu ke?”

Aku tunduk memandang jari. Aku pilih untuk mendiamkan diri. Tak tahu nak komen apa dah. Aku dah malas nak komen apa-apa fasal Daniel tu. Menyakitkan hati je.

“ Tak semua lelaki pemikirannya sama. Awak kata dia tu penipu. Berlakon baik? Habis awak nak samakan semua lelaki macam tu la?”

Aku terdiam.

“ Awak salah. Tak semua lelaki macam tu. Buktinya papa awak. ada papa awak tipu mama awak? ada papa awak curang dengan mama awak? tak ada kan? malah papa awak tu dah macam malaikat bagi awak kan?”

Aku terdiam lagi. Terkedu nak cakap apa.

“ Dahlah awak. pergilah masuk. Saya harap awak bersabar. Berterus terang je dengan mereka apa yang awak nampak dan awak rasa. Baru awak tenang.”

Seusai je dia berkata, dia terus berlalu masuk ke dalam. Aku pula masih termangu-mangu luar rumah ni. Alahai. Aku yang penat buli dia pagi tadi. Malam ni dia sudi teman dan bagi pesanan kat aku. lawak pula aku rasa.

“ Safia..”

Terdongak aku bila mendengar suara itu. serta-merta amarah aku naik semula.

“ Nak apa?” Kasar aku bertanya.

“ Kenapa ni sayang? Saya ada buat salah ke?”

Aku bangun dan ketawa sinis. Sangat sinis.

“ Kau tanya kenapa?” Ambik! Terkejut terus dia bila aku cakap kasar. Tak ada lembut-lembut lagi.

“ Awak..”

“ Kau tanya kenapa? Kau tipu aku! Kau tipu family aku! kau boleh tanya kenapa? Cukuplah Daniel. Aku tak sanggup lagi nak berdepan dengan kau yang talam dua muka ni. depan aku kau berpura-pura aku ni girlfriend kau. Tapi belakang aku? kau curang kan? stoplah Daniel! Pergilah dari hidup aku!”

Puas aku rasakan sekarang! Belum sempat dia nak berkata-kata, aku terus berlari masuk ke dalam rumah. Bila tengok Imzar berdiri tepi pintu dapur sambil melihat aku. aku hanya mampu tersenyum pahit lantas naik ke bilik. Aku nak berehat! Penat!

**
Dah dua hari berlalu semenjak kejadian itu. Dalam dua hari tu juga aku masih tak berhenti buli bibik aku tu. Haha. Oh please! Walaupun malam tu aku terharu sebab dia sudi teman aku. Tapi tak bermakna aku takkan buli kau lagi. Muahaha. Dia pelik sebenarnya. Sebab aku ni tak nampak orang yang tengah putus cinta pun.

Ceh! Nak sedih sebab apa pula? Salah dia bukan salah aku. Lagipun buang masa je lah bersedih dekat lelaki macam tu. Buang masa okay!

“ Ada apa lagi Cik Bos?”

Aku tersengih memandang dia yang memang kedekut dengan senyuman. Yang memang suka berwajah selamba. Benci juga aku. Aku yang sepatutnya buat dia marah. Tapi dia je yang selalu buat aku marah balik.

“ Basuh kereta saya. Cepat! Dua-dua biji tu.”

Aku pandang dia. kot la dia nak marah ke nak merungut ke. Tapi tak ada weh! Dia siap tabik hormat lagi sebelum keluar menuju ke arah kereta. Aku tepuk dahi. Ya Allah. Dia tak rasa marah ke? Or geram sebab aku buli dia cukup-cukup hari ni.

Yelah. Pagi tadi lepas mama dan papa pergi kerja. aku buli dia dengan mop lantai dulu satu rumah ni. lepas tu aku suruh dia basuh baju dengan tangan. Bukan mesin okay. And then aku suruh dia masak sedap-sedap pula. Dan sekarang aku suruh dia basuh kereta. Dua biji pula tu.

Eh! Dia ni robot ke alien erk? Tak reti penat ke?

“ Cik Bos!”

Tiba-tiba dia memanggil aku.

“ What?”

“ kereta yang mana? Di sini ada empat.”

“ Myvi dan viva tu. yang kecil molek tu la kereta aku.” Macam aku mampu nak beli kereta besar-besar. Myvi tu pun papa yang bagi hadiah. 

“ Okay!”

Aku intai dari dalam rumah. Nampak bersemangat sungguh dia basuh kereta. Aku pula yang cemburu.

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Mama?

“ Assalamualaikum mama.”

“ Waalaikumussalam. Mama nak sampai rumah dah ni. kamu suruh Imzar masak sedap-sedap. Mama rasa lapar pula.”

Aku terlopong. Ha! Sudah!

“ erk..Okay mama. Okay bye.”

Alamak! Habis aku kalau mama nampak dia tengah basuh kereta. Sedangkan tu bukan tugas dia. masak aku kalau macam ni!

“ bibik! Bibik!”

Aku terus keluar daripada rumah dan berdepan dengan dia. dia pandang aku dengan reaksi yang pelik.

“ Kenapa?”

“ Dah! Pergi masuk dan masak. Datin nak balik and makan. Biar aku yang basuh kereta ni. pergi cepat!”

Aku mulalah kelam kabut. Aku ambil paip daripada tangan dia. Lepas tu aku heret baldi yang penuh dengan air tu. Kain buruk? Mana kain buruk? Bila mata aku nampak kain buruk ada dekat dalam baldi. Aku terus ambik dan mula misi membasuh kereta. Tapi kerjaku terbantut apabila dia masih merenung aku tanpa berganjak sikit pun. Ingat lah nak senyum ke nak cakap something ke. Tapi tak. Hanya berdiri kaku sambil tengok. Pandangan kosong dia bagi kat aku. hampeh!

“ yang kau tercegat lagi dekat situ apa hal? Pergilah masuk cepat!” Bentakku.

“ Saya dah masak. Kan tadi Cik Bos yang makan. Masih ada banyak lagi makanan dekat dalam tu. so biar je la saya tolong Cik Bos.”

Ha! Sudah! Dia dah mula ambil paip satu lagi dan kain buruk. Dan dia mulakan tugas dia. aku mula tepuk dahi. Asal dia degil sangat ni!

“ Aduh! Aku cakap masuk tu masuk lah. Habislah aku nanti bila mama tengok kau basuh kereta. Kau memang suka buat aku marah kan?”

“ saya tak suka buat orang marah. Tapi saya suka orang marah saya.”

Aku rasa nak penumbuk je muka dia sekarang ni. Apa? Dia suka orang marah dia?

“ Imzar!”

Wow! Aku dan dia terkedu. First time aku panggil dia dengan panggilan Imzar. Fuh! Gara-gara marah sangat kot.

Belum sempat aku nak membuka mulut, kereta mama dah masuk ke dalam halaman rumah. Aku dah mula gelabah.

“ buat kerja kau! Buat kerja!”

Aku terus berlakon basuh kereta. Dia pun sama. Tapi dia tak berlakon. Aku je. Aduh! Aku nak bagi alasan apa ni?

“ La.. kenapa Imzar basuh kereta Safia ni?” Aku ketap bibir. Please! Jangan cakap aku suruh! Please!

“ Dah tugas Imzar Datin.”

Fuh! Aku menghembus nafas lega.

“ Dia pun suruh saya buat. Saya buat je la. Lagipun saya tak ada kerja dah.”

What? Dia cakap apa tadi? Oh My God!

“ Safia?”

Aku tersengih kerang busuk. Si Imzar tu boleh pula berlagak selamba sambil teruskan suruhan aku. kau memang sengaja kan!? Arhh!!

**
“ Hahahaha.”

Aku tengok dia kecik besar kecik besar je sekarang ni. Amboi! Sedap dia gelakkan aku. Hish! Semua ni dia punya fasal. Kalau dia tak cakap aku yang suruh dia basuh kereta. Memang aku tak kena denda ni. Adui!

“ Kesiannya. Nak saya tolong ke Cik Bos?” 

Dia masih ketawa. Denda apa yang mama bagi kat aku? Denda basuh baju mama ku dengan tangan. Wuarghh!! Sadisnya!

“ Kau nak makan penumbuk aku tak?”

“ Boleh juga. Sedap sangat ke penumbuk Cik Bos tu?” Sengih pula dia. ini kali pertama aku tengok dia tersengih macam tu. Aduhai. Mulalah rasa nak senyum.

“ Nak ke?”

“ Kalau nak bagi apa salahnya. Nak tau sedap sangat ke?”

Aku merengus geram.

“ Datang sini. Dekat. Cepat!” Arahku geram. Dia pula boleh tersengih.

“ Okay.”

Dan dia makin mendekat. Tapi kenapa pula hati aku ni rasa lain. Semakin dia dekat, hati aku semakin berdebar-debar. Erk! Asal ni?

“ Okay. Nak penumbuk ke tak?”

Okay. Kedudukan kami saat ini sangat rapat. Aku rasa malu tetiba. Dia merenung aku dengan senyuman. Aku pula dah rasa tak boleh nak angkat tangan ni. Aduh! Come on lah Safia!

“ Tak…tak apa. Tak kuasa nak bagi. Erk.. pergi lah sana. Aku nak sambung kerja.”

Okay! Aku dah jadi gugup ni dah kenapa? Kekok pula aku rasa. Apabila dia semakin menjauh barulah aku mampu menarik nafas dalam-dalam. Fuh!

“ Cik Bos.”

“ erk..Kenapa?”

Aku menoleh ke arahnya yang kembali memandang aku dengan pandangan kosong. Aku benci pandangan dia macam tu. Erh!

“ Tak ada apa-apa. Teruskan kerja. Semoga berjaya. Lain kali janganlah buli saya lagi erk?”

“ Imzar!!!!!”

**
Dah seminggu berlalu. Dah seminggu juga aku jalankan misi membuli dia agar dia keluar daripada rumah ni. Tapi tak berjayalah. Dia bukan macam bibik-bibik yang lain. Dia kan lelaki? Dia mana boleh lemah. Aduh. Rasanya selama-lamanya dia akan jadi bibik aku? Waduh! Tak sukalah!

Aku merenung syiling bilik. Ermm.. Tapi aku tak nafikan. Dia buat aku rasa nak tergelak dan kalau sehari tak buat aku marah. Memang tak sah la. Sepatutnya aku yang kena buat dia marah. Ini tak. Dengan pandangan kosong dan sikapnya yang selamba tu. Lagilah!

Kau suka dia kan Safia?

Ha? Aku suka dia? Pleaselah. Aku seronok buli dia lagi adalah. Kenapa boleh tersuka dia pula? Tak logik okay!

Eleh.. Tak mengaku. Tapi setiap kali bila Imzar tu mendekat kau pula yang gelabah tak tentu fasal. Mengaku je la!

Mana ada!

“ Safia!”

Aku tersentak. Haish! Jauh benar aku mengelamun.

“ Ada apa mama?”

“ La..tak siap lagi ke? Kan kita nak pergi kenduri rumah makndak kamu.”

Aku tersengih kerang busuk. Kepalaku yang tidak gatal itu aku garu.

“ rasa malas pula nak pergi. Kalau tak pergi tak boleh ke?”

“ Amalina Safia!”

Okay! Kalau dah mama sebut nama penuh aku tu. kena ikut juga jawabnya.

“ Okay bos!”

**
Aku terlopong besar. Mama dan papa dah masuk ke dalam majlis kenduri tu. Cuma aku je yang masih tercegat dekat luar ni dengan reaksi yang sangat terkejut.

“ Nak prince charming jemput ke baru nak masuk wahai Cik Bos?”

Aku mencebik. Terus aku tolak badannya ke tepi. Kenapa mama dan papa bawa dia ni sekali? Hish! Nak tunggu aku buli dia lagi ke?

“ Safia! Lama tak jumpa kamu.”

Alamak! Aunty Zaria.

“ Ha. Lama gak la. Erk.. saya pergi makan dulu.”

Terus aku menonong masuk ke dalam rumah. Makan dalam rumahlah lebih nikmat. Tolonglah! Aku tak maulah berdepan lama-lama dengan aunty Zaria tu. Nanti tak fasal-fasal dia ungkit nama Daniel depan mata aku. Huh!

“ Akak Safia?”

Aku tersenyum lebar melihat pasangan pengantin di depan mata  aku ni.

“ Adawiyah. Wah.. cantiknya adik akak ni. Tahniah. Sorry akak tak ada hadiah.”

“ tak apa. akak datang ni pun dah cukup rahmat.”

Pelik? Yalah sebab adik sepupu aku yang lebih muda daripada aku ni pun dah kahwin dulu. Ala muda dua tahun. Aku 24. Dia 22. Sebab aku masih belajar dan aku pergi sambung ijazahla yang aku tak mahu kahwin lagi. Dan calon mana calon?

“ Tahniah beb.”

Aku tersentak. Aik? Suami Adawiyah ni kenal bibik aku ke?

“ Thanks. Kau datang dengan siapa?”

“ Datang dengan saudara aku. saudara kau juga.”

Ha? Aku mencerun ke arahnya. What? Saudara? Ewah-ewah dia. mengaku saudara pula sedangkan hanya bibik dekat rumah aku.

“ Eh! Jap! Awak kenal dengan bibik ni?”

“ Dia kawan saya.” Aku menjeling pula ke arah Imzar.

“ Kawan? Huh! Dan.. masa bila dia jadi saudara Datuk Rahim?” Soalku sinis.

“ Beb. Sorry. Tunang aku ni amnesia kot. Dia lupa la tu. Sorry erk. Lupa nak cakap. Ni la tunang yang aku cerita dekat kau hari tu. sorry baru tunjuk kat kau.”

Lagilah aku terlopong. What? Dia mengaku aku ni tunang dia? What?!!!!!!

“ Akak Safia? Tak cakap pun dah bertunang.”

Aku rasa nak pengsan. Tolong!

“ Abang yang tak bagi dia cakap. Sorry ye Adawiyah.”

“ Eh! Wait! Wait!”

Aku meraup rambutku ke belakang. Kepalaku picit perlahan. Pening dengan suasana sekarang.

“ Apa? tunang? Eh! Semenjak bila aku jadi tunang kau bibik? Untuk pengetahuan Adawiyah, dia ni bibik rumah akak tau. Bibik Imzar. Kenapa dia tunang akak pula? Tolonglah. Akak masih single and avaible.”

Tajam aku merenung dia yang masih bersikap selamba itu. dia memang tak ada perasaan langsung ke?

“ And one more thing. Masa bila kau jadi saudara aku? Huh! Dah lah. Aku nak balik.”

Terus aku menonong keluar daripada rumah tu. nampak ja mama dan papa tengah makan. Aku lagilah tak ada selera. Jadi aku terus menuju ke arah kereta dan pulang ke rumah. Nasib baik aku datang asing. Kalau tak kena balik naik teksi la jawabnya.

**
Baju kotor! Okay dah letak dalam bilik air. Makanan? Okay dah siap makan dan biarkan je atas meja. Sampah? Okay ada terbiar atas carpet tu. Lagi? Hum…. Tu je kot. Okay done!

Aku terus naik dan masuk ke dalam bilik. Aku terus kunci pintu. Aku sengaja menyemakkan rumah sebab nak dia bersihkan semua tu bila dah balik. aku nak balas dendam. Ada pula dia pergi mengaku aku ni tunang dia? Ewah! Pandai dia kan?

Tok! Tok!

Tiba-tiba pintu bilik aku diketuk daripada luar. Aku hanya mendiamkan diri. Tak ada rasa nak pergi buka pintu tu.

“ Safia! Buka pintu ni! kenapa yang sepahkan ruang tamu tu?”

Okay! Tu suara mama.

“ Bibik ada kan? Suruh dia kemas sendiri. And suruh dia basuh baju yang ada dalam bilik air tu. Dengan tangan! Full stop!”

Uhuk! Sakit tekak pula main jerit-jerit ni.

“ Datin. Tak apa. biar saya kemas.”

Huh! Tau pun. Memang tugas dia pun kan?

“ Imzar. Dah la tu. Makcik tak sanggup lagi tengok kamu dibuli anak makcik tu.”

Aku tersentak. Apa? Mama bahasakan diri mama sebagai makcik? What happen?

“ Syuhh. Jangan cakap kuat-kuat. Saya takut dia dengar.”

Aku pantas mendekati pintu dan bersandar belakang pintu. Aku langsung tak faham apa yang terjadi sekarang ni.

“ Biarlah dia dengar. Kamu sanggup berlakon menjadi orang gaji rumah makcik semata-mata nak ambil hati dia. tapi dia? kamu sanggup dibuli dia. makcik kesiankan kamu Imzar. Biarlah dia tahu kamu ni sebenarnya tunang dia.”

Aku terduduk. Terbungkam mendengar penjelasan mama tu. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku tengok pula cincin yang berada dekat jari manis aku ni. ya Allah!

“ Safia. Jaga cincin ni elok-elok tau.”

“ Kenapa? Dan kenapa makcik Yus serahkan cincin ni kat Safia?”

“ Safia dah bertunang. Makcik berkenan lah dengan Safia tu.”

“ Eh mama ni. ke situ pula.”

“ Jaga elok-elok. Jangan hilangkan. Anggap cincin ni hadiah daripada makcik Yus.”

Aku menekup mulut saat teringat perbualan aku dengan mama sebulan yang lepas. Jadi. Apa yang mama kata tu betul? Habis kenapa mama biarkan Daniel tu. Argh! Aku tak faham!

“ Makcik. Saya lakukan semua ni sebab saya sayangkan dia. Saya nak dia kenal saya dulu. Lagipun saya takut dia terkejut bila dia dapat tahu kami ni dah bertunang semenjak kecil. Saya tak nak kalau dia anggap saya ni pemusnah kehidupan dia. saya tak nak. Saya sanggup dibuli. Lagipun saya seronok tengok dia gembira macam tu.”

Serta-merta air mata aku menitis.

“ Biar saya yang beritahu dia sendiri siapa diri saya yang sebenar.”

Terus aku membuka pintu dengan mata yang merah.

“ Safia!”

**
Aku jalan ke kiri. Dia turut ke kiri. Aku mula ke kanan. Dia pun turut sama ke kanan. Aku merengus geram. Dia ni dah kenapa? Nak halang jalan aku pula.

“ Awak nak ke mana?”

Aku abaikan pertanyaan dia dan menonong ke luar rumah. Aku ambil tempat di kerusi panjang itu. Mama dan papa ada dalam bilik. Entah apa mereka buat tak tahu la. Suka sangat biarkan aku dan bibik aku ni bersendirian. Nak aku buli dia lagi ke? Aku tak ada mood nak buli dia dah selepas dapat tahu hal sebenar.

“ Safia.. Maafkan saya.”

Dia datang dan duduk sebelah aku. Aku hanya mendiamkan diri.

“ Awak.. Janganlah diam. Saya rindu awak yang suka buli saya tu. Cik Bos!”

Aku tersenyum dalam hati. Cik Bos? 

“ Kau bukan bibik aku dah. Kau kan dah nak jadi suami aku. So buat apa aku nak buli kau lagi?” Dingin aku membalasnya.

“ Saya minta maaf. Sebenarnya saya nak beritahu awak perkara sebenar. Dah lama. Tapi saya tak berani. Dan saya tahu kalau awak dapat tahu mesti awak bencikan saya. That’s why saya berlakon jadi bibik awak. Saya nak awak kenal saya dulu. Kenal siapa tunang awak dari kecil ni. Lepas dah kenal baru saya cakap siapa saya yang sebenar.”

Aku terdiam. Siapa sangka kan? Aku dah bertunang sejak kecil. Pelik.

“ Tapi lain pula yang jadi. Awak tahu lebih awal. Maafkan saya. Saya sayangkan awak Safia.”

“ Daniel. Kalau betul kau tunang aku daripada kecil. kenapa biarkan Daniel dekat dengan aku? Kenapa biarkan Daniel sakitkan hati aku?”

Terus aku merenung dia tajam.

“ Itu saya tak tahu. Yang saya tahu family awak dan family Daniel kenalkan awak dan dia. Family awak ingat korang akan kawan-kawan macam tu je. tapi tak sangka malam tu Daniel datang dan tanya bila nak meminang awak.”

Aku tersenyum sinis. Tak tahu?

“ Tapi mujurlah awak dah nampak kecurangan dia. saya takut sangat malam tu. saya juga sedih tengok awak menangis. Tapi saya tahan. Tahan diri saya ni daripada menjadi diri saya yang sebenar. Nak je saya seka air mata awak masa tu. tapi saya tak boleh sebab saya bibik.” Dia tersenyum pula.

“ Awak… saya serius. Saya sangat cintakan awak. saya tak sangka tunang saya ni kasar orangnya dan suka buli orang. Nasib baik saya yang kena buli. Bukan orang lain.”

Aku tersengih. Kelakar pula bila ingat tu. Buli bakal suami kot.

“ So… awak dah boleh maafkan saya kan?”

Bersungguh-sungguh gayanya. Ni yang buat aku tak boleh marah lama-lama. Tak sampai hati. Dan terasa nak buli dia lagilah. Haha.

“ bibik!”

“ Ye Cik Bos!”

“Pergi masak sedap-sedap! Aku nak makan!”

“ Baik Cik Bos!”

Dan kami berdua tersenyum lebar.

**
Ish! Mana dia pergi ni? Lamanya. Pergi buat air ke pergi beli air. Hish.

“ Safia? Safia kan?”

Aku tersentak apabila ditegur oleh seorang perempuan.

“ Erk.. Ya. Siapa ni?”

“ Aku la. Intan. Classmate kau dulu. Ingat?”

Aku fikir. Fikir dan fikir. Intan.. Intan.. Hurmm.. Ha! Ingat!

“ La. Kau ke? Apa khabar? Sihat?”

“ Alhamdulillah sihat. Kau?”

“ Sihat juga.”

“ Awak.. sorry lambat.” Tiba-tiba dia muncul bersama senyuman.

“ Tak apa. kenalkan ini kawan saya. Intan. Dan ini…”

“ Bibik kesayangan dia.”

Belum sempat aku nak perkenalkan dia sebagai bakal suami aku. dia terus perkenalkan diri dia sebagai bibik kesayangan? What?

“ Erk.. bibik?” Okay! Intan dah buat muka pelik.

“ Hehe. Dulu dia bibik aku. tapi sekarang merangkap bakal suami aku. Hehe.”

Aku terus menyiku lengan Imzar. Geram! Dia hanya tersengih. Nak buat aku rasa kejamla tu.

“ Oh. Bibik kau dulu lelaki?”

Aduhai! Banyak tanya pula dia ni.

“ Erk.. Ya. Hihi. Tapi sekarang dia dah nak kahwin dengan aku pun. So jadilah bibik kesayangankan. Hihi. Oklah. Aku pergi dulu. Jumpa kau lagi.”

Terus aku tarik lengan Imzar agar beredar daripada situ. Malu la!

“ Kenapa awak pergi mengaku diri awak tu bibik kesayangan saya pula?” Soalku geram.

“ Saja. Salah ke? Memang saya bibik awak lagi kan selagi kita belum kahwin.” Dia dah mula dah. mula dah buat muka selamba dia tu.

Akhirnya aku pukul bahu dia dengan sekuat hari. Geram!

“ Cik Bos! Sakit!”

“ Biarkan! Nak sangat kan? Padan muka! Nah. Bawa barang aku ni! Huh!”

“ Ala Cik Bos. Sakit sangat ni. Tak mampu nak tampung berat barang ni. Aduh!”

“ Jangan nak mengada-ngada. Nak aku buli kau lagi ke?”

“ Eh! Hurm.. Boleh juga. Buli apa?”

“ Kahwin dengan aku!”

“ Kalau itu memang saya takkan tolak Cik Bos. Saya sudi kena buli kalau itu yang Cik Bos nak. Hehe.”

Akhirnya bibirku mengukirkan senyuman manis buat dia. Ya Allah. Kenapalah aku dapat tunang yang sengal macam ni. haha. Tapi aku bahagia. Dan inilah kami. Bila dia gelar aku Cik Bos. Automatik gaya percakapan aku pun terus bertukar. Bila dia gelar aku Safia pula. Aku bahasakan diri aku sebagai tunang dia.

Bibik aku lelaki? Yes. And now he will be my husband.

~Tamat~

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers