Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday, 18 December 2014

Cerpen : Bunga Ros Untuk Awak

Assalamualaikum. Hai bertemu lagi kita. Hiks.

Seperti yang aku janjikan. Taraa! Cerpen baru. Komen pasal cerpen ni adalah... aku tak tau. Haha. Aku tak taulah apa yang aku mengarut dalam cerpen ni. Kejap ok. Kejap KO. Entahlah. Haha. Sorry. 

Dan ending dia tu. Tak begitu memuaskan. Serius aku cakap. Huhu. Tapi harap korang boleh terima gakla. Hehehe,. Ok tak nak bebel. So let's read. >_<



“ Awak!”

Aku melihat sekeliling. Terus tanganku menggigil. Bukan hanya sejuk tapi takut punya fasal. Gelabah habis ni. Mana suami aku pergi ni. Aku penumbuk juga kang. Dah tahu aku takut gelap kan? jadi kenapa tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini. Dan lampu ni pun satu. Masa ni jugalah nak blackout pun. Haih..

“ Sayang! Where are you?”

Dengar je suara garau tu, aku terus mencicit lari ke arah cahaya kecil tu. dan aku terus memeluk tubuh itu. hilang sikit rasa ketakutan aku tadi tu. ya Allah. Mujurlah.

“ blackout je pun. Takut macam kena kejar dengan hantu.”

Aku mencebik. Tau dia sedang memperli aku.

“ Awak bukan tak tahu saya macam mana.. dahlah. Pergilah awak. tinggalkan saya sorang-sorang dalam bilik yang gelap ni. Tak mahu kawan dengan awak.”

Aku masuk semula ke dalam bilik yang sangat gelap tu. satu sinaran cahaya pun tak da. Dahlah dekat luar hujan lebat. Memang menyeramkan. Dahlah esok ada exam. Aduh. Macam mana ni. takut dengan exam lagi. Final exam pulak tu. waduh!

“ Alololo.. sayang saya ni merajuk pula. Meh sini saya peluk.”

Tiba-tiba tubuhku ditarik daripada belakang dan menyebabkan wajahku tersembam pada dada bidangnya. Aku terus memeluk tubuh itu dengan erat. Aku rasa selamat. Sangat selamat.

“ Sorry. Awak bukan tak tahu. Saya ni kan suka mengusik. Hehe..”

Aku mencebik walaupun dia tak nampak. Dari dulu sampai sekarang. Perangai tu tak ubah-ubah.

“ Macam mana ni sayang? Esok saya ada final exam. Takutlah. Dengan blackout lagi.”

Aku melihat sekeliling. Rumah suami aku ni besar sangat. Nak jalan ke dapur pun tak berani.

“ Saya ada. Saya akan teman. Kejap.. saya pergi ambil lilin lebih banyak lagi.”

“ Nak ikut!”

Aku pegang kejap tangannya. Tak mahu lepas. Takut! Huhu.

“ sayang ingat tak lagi dulu macam mana sayang jerit dan minta tolong dekat saya gara-gara berada dalam gelap. Ingat tak?”

Dia mula membuka cerita sambil berjalan menuju ke dapur. Aku tersenyum. Mestilah ingat. Masa tu aku tak jadi isteri dia lagi.

“ Kalau sayang nak tahu. Masa tu lah saya mula jatuh hati tau dekat sayang. Sikap sayang yang benar-benar takut tu buat saya tak senang duduk.”

Aku tersengih. Masa tu hanya Allah saja yang tahu apa perasaan aku. dan aku bersyukur kerana Allah sampaikan dia sebagai penyelamatku waktu itu.

“ Kalau tak kerana sayang… Maybe sampai saat ini saya tak jumpa lagi buah hati saya tu.”

“ Dahlah. Malulah asyik ungkit. Orang tengah takut ni.” aku membebel geram.

“ Okaylah sayang. Dah.. jom naik atas balik. saya teman sayang buat ulangkaji. Jom..”

Aku tersenyum lantas mengeratkan lagi genggaman tanganku. Aku sayang dia sangat-sangat.

**
Setahun yang lalu…

“ Ina.. aku tunggu kau dekat sini je lah. Kau pergilah tandas sorang-sorang. Malaslah nak masuk.” Aku memberikan alasan sedangkan aku nak mengelak daripada tempat yang gelap. Aku memang fobia gelap daripada kecil.

“ Tunggu sini. Aku pergi dulu.”

Aku hanya mengangguk lantas mengambil tempat di hujung balkoni. Buat masa ni, orang dah makin kurang. Dah nama pun pukul 9 malam. Memanglah orang dah balik ke asrama. Aku je yang tak reti nak balik lagi. Buat study group punya fasal.

Aku toleh ke pintu tandas. Dia ni tak keluar-keluar lagi ke? Lambatnya. Orang dah mengantuk ni.

“ Ish.. mana minah ni.”

Baru sahaja aku nak mengangkat punggung. Keadaan jadi gelap gelita. Hanya bertemankan lampu dekat skrin telefon aku je. ya Allah. Serta-merta tanganku menggigil. Aku kembali duduk dengan perasaan takut.

“ Ina! Mana kau!”

Aku menjerit memanggil namanya. Biarlah sampai orang lain dengar. Yang penting aku dapat diselamatkan.

  Ina!”

Mana minah ni. takkan dah keluar kot. Tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini? Mak! Fatin takut!

“ Tolong! Saya takut! Ina!”

Aku menjerit dengan sekuat hati. Kenapa mesti masa la juga nak blackout. Aku benci betullah dengan kemudahan dekat kolej ni. suka buat aku susah hati.

Aku menekan skrin telefon berulang kali. Tapi tidak menyala. Haish! Bateri habis pulak.

“ Tolong! Anyone here?!”

Aku cuba untuk bangun tapi tak berdaya. Aku terduduk kembali. Lututku juga menggigil hebat.

“ Siapa tu?”

Aku menghembus nafas lega saat mendengar suara garau itu.

“ Awak! tolong saya! Saya takut!”

Akhirnya, aku ternampak kelibat orang bersama cahaya lilin datang ke arahku. Air mataku dah mengalir lebat. Terima kasih ya Allah.

“ Awak okay?” Dia kelihatan cemas. Aku dua kali ganda lebih cemas.

“ Sa..saya takut. Bawa saya keluar daripada sini.” Suruhku. Ina? Arh! Aku panggil daripada tadi tak dengar-dengar. Mesti dia dah tinggalkan aku. huh!

“ Okay. Jom.”

**
“ Fatin… Ada seseorang nak jumpa kau dekat luar. Pergilah..” Maklum Ina.

Aku yang ralit membuat ulang kaji tadi jadi terbantut. Siapalah nak jumpa aku ni.

“ Kau kenal tak?” Soalku pada Ina.

“ Kenal. Orang yang telah tolong kau semalam tu. pergilah.”

Belum sempat aku ingin berfikir, Ina terlebih dahulu menolak aku ke hadapan. Dengan malasnya, aku melangkah juga ke luar kelas.

“ Assalamualaikum awak.”

Aku menoleh ke arah suara garau yang memberikan salam itu.

“ Waalaikumussalam.”

Aku melihat dia yang tengah tersenyum lebar itu. kemudian dia menyerahkan satu beg kepadaku. Eh? Apa yang dia nak bagi ni?

“ Ambillah.”

“ Tapi apa benda ni?”

Aku menyambut juga pemberiannya itu.

“ Hadiah. Saya pergi dulu.”

Belum sempat aku nak tanya apa-apa. dia dah pergi. Dengan perasaan yang ingin tahu, aku pun membuka beg tadi. Dan aku melihat ada sekuntum bunga mawar berwarna kuning dan sehelai sapu tangan berwarna putih. Eh! Ni sapu tangan aku. mungkin tercicir semalam. Tapi bunga ni?

Aku mendongak dan melihat dia yang sudah melangkah jauh daripada aku. apa maksud dia dengan memberi bunga mawar berwarna kuning ni? apakah maksud dia?

“ Weh! Kau dapat apa?” Muncul Ina dengan sengihan.

“ Ni.. kenapa dia tiba-tiba bagi bunga ni? warna kuning pula tu.”

Ina hanya menjongketkan bahunya lantas menepuk bahuku dengan mesra.

“ maybe dia sudah suka dengan kau. Semalam kan dia tolong kau.”

Aku menolak Ina dengan geram. Ada pula macam tu. tapi serius malam tadi memang aku malu habis. Cari malu betul aku malam tadi. Nasib baik dia je yang dengar. Kalau kawan-kawan dia ada? Mana aku nak letak muka ni. Haish!

**
“ Aku pergi dulu Ina!”

Terkocoh-kocoh aku melangkah keluar daripada rumah dan berjalan menuju ke perhentian bas. Aku dah lewat untuk ke kelas. Terbangun lewat. Arh!

Pon! Pon!

“ Opocot!”

Siapalah yang membunyikan hon kereta ni. mahu aku mati terkejut ke dekat sini. Dahlah orang lambat ni.

“ Awak!”

Spontan aku menoleh ke belakang. Ya Allah. Lelaki yang selamatkan aku minggu lepas. Macam mana boleh terserempak dekat sini pula.

“ Awak nak kelas ke? Jomlah saya hantar.”

Aku terdiam. Erk.. takkan aku nak tumpang dia kot? Ish! Tak nak arh! Malu aku tak habis lagi ni.

“ Erk..tak apalah.”

“ Naiklah. Nanti awak lambat pula. Lagipun bas baru je lepas.”

Aku tersentak. Bas baru lepas? Haish. Kalau macam ni aku terpaksa naik dengan dia jugalah.

“ Okay. Terima kasih.”

Keadaan menjadi sunyi. Aku jadi kekok sangat ni. dia pun tak bercakap langsung tapi dia senyum kot.

“ Erk.. boleh saya tanya something?” Akhirnya aku berjaya mengeluarkan suara. Aku nak tahu sangat kenapa dia bagi bunga ros kuning tu dekat aku.

“ Tanya je.”

“ Kenapa awak beri saya bunga ros warna kuning tu? apa maksud awak? saya tak faham. Kalau warna merah maybe saya tahu.” Aku berterus terang.

“ Ermm… itu saya tak boleh bagitau awak. awak tunggu je. nanti bila dah tiba masanya saya bagitaulah.”

Aku mendengus geram. Suka buat aku tertanya-tanya.

“ Tapi yang pasti. Saya nak berkawan dengan awak. boleh kan?” Dia menoleh ke arahku sekilas sambil tersenyum.

Akhirnya aku hanya diam. Selalunya diam tanda setuju. Jadi setujulah jawabnya.

**
“ Awak! Awak! Tunggulah saya!”

Aku mengetap bibir. Kenapa dia kejar aku pula ni? Aduh! Sedaya upaya aku nak mengelak daripada berhadapan dengan dia. Tapi dia tetap dapat jumpa aku.

“ Kenapa?”

Aku berpura-pura tak tahu sedangkan nampak sangat tadi aku mengelak daripada dia.

“ Kenapa lari laju sangat?”

Kesian pula tengok dia termengah-mengah.

“ Ada kelas. Erk.. awak nak apa?”

Baru semalam aku tumpang kereta dia ke kelas. Malu aku tak hilang lagi ni.

“ Nah.. okay awak boleh pergi.”

Aku tak faham tapi aku tetap sambut pemberiannya. Sekuntum bunga ros? Kali ni warna merah. Apa yang dia maksudkan ni? Ish! Tak fahamlah!

“ For what?” Soalku. Mujurlah dia tak berganjak lagi. Dia tengah hilangkan penat lah tu.

“ You will know later. Dah. Pergi masuk kelas. Nanti lewat pula. Saya pun ada kelas ni.”

Aku tengok je dia beredar dengan seribu persoalan. Makin banyak persoalan yang belum terjawab sekarang ni. Ala. Buat-buat tak tahu sudahlah. Malas nak fikir sebenarnya.

“ Fatin!”

Tiba-tiba ada seseorang memanggil namaku. Dan gerangan yang memanggil itu sudah berjaya buat aku tersenyum dan lupa apa yang aku berfikir sebentar tadi.

“ Kenapa?”

“ Ada kelas ke?”

“ Haah. Asal?”

“ Lunch nanti keluar dengan saya. Ada benda nak cakap sikit.”

“ Okay. Saya masuk dulu.”

Aku tersenyum sendirian. Lelaki yang tegur aku tadi tu crush aku. Hihi. Aku minat dia dalam diam. Minat je bukan suka. Tak sampai suka dan tahap jatuh cinta tu. Oh! Tak! Maybe aku minat sebab dia handsome. Kikiki. Eh! Dia popular tau dekat kolej ni. Ah! Tak sabar nak jumpa lepas kelas nanti.

**
Okay! Kenapa pula dua insan ini muncul pada waktu yang sama depan mata aku? Dan kenapa mereka berdua merenung aku dengan senyuman yang begitu menawan itu? Kenapa juga mereka seperti ingin berkata sesuatu dekat aku? Berapa banyak kenapalah kau ni Fatin oii.

“ Fatin.. Jom.” Taufiq mengajak aku.

Aku pandang insan di sebelahnya dengan jongkitan di kening.

“ Awak nak apa?” Soalku. Kalau aku biarkan dia je nanti kecil pula hati dia. orang datang dengan cara yang baik so aku kenalah layan dengan baik juga.

“ nak jumpa awak. tapi nampak gayanya awak ada date. Kita jumpa lain kali. Bye.”

Aku hanya pandang tubuh itu beredar daripada kelas aku. kenapa aku rasa nak halang dia pergi je ni? Aduh! Kau ni pun Fatin.

“ Jom.” Akhirnya aku berlalu bersama dengan Taufiq.

“ awak nak cakap apa?”

Belum sempat nak pesan makanan sebenarnya, aku dah serang dia dulu. Haha. Excited la katakan.

“ Kita makanlah dulu.”

Dengan segan silunya aku memesan makanan. Malu lagi.

“ Okay. Boleh awak cakap sekarang?” Soalku apabila dah selesai makan.

“ Okay. Boleh. Tapi awak jangan terkejut tau.”

“ InsyaAllah.”

Aku pandang dia dengan hati yang berdebar-debar. Dah kenapa tengok aku macam tu?

“ Saya rasa saya suka awak.”

“ Fatin!”

Dan aku rasa nak pengsan. Ya Allah.

 “ Fatin!”

Aku pandang mereka berdua dengan perasaan yang bercelaru. Baru sebentar tadi Taufiq meluahkan perasaannya. Pada masa yang sama juga lelaki yang bagi bunga ros kat aku ni muncul. Ish! Di mana ada aku mesti dia ada.

“ Eh! Sorry kacau. Saya Cuma nak cakap yang Ina tunggu awak. Katanya nak jumpa. Ada depan restoran tu. pergilah.”

Aku pandang Taufiq. Bila Taufiq menganggukkan kepala barulah aku bangun dan meninggalkan mereka. Fuh! Terlepas. Tapi betul ke apa yang Taufiq katakan tu?

Aku cari kelibat Ina. Tapi tak ada pun. Betul ke dia ni? jangan-jangan tipu aku tak? Baru saja aku nak masuk, dia keluar. Asal aku asyik panggil dia dengan ‘dia’? Sebab aku tak tau nama. Haha. Malas nak tanya sebenarnya.

“ Fatin…”

“ mana Ina? Awak kata Ina ada? Awak tipu kan?” Aku rasa bengang tiba-tiba.

Tapi dia hanya tersenyum lantas berlalu pergi. Eh? Dah kenapa dengan dia ni? Arh! Malas nak fikir jadi aku kembali masuk dan duduk di depan Taufiq. Taufiq masih nampak tenang seperti tadi.

“ Sorry lambat. Okay teruskan. Apa yang awak nak cakap tadi?” Aku buat-buat lupa sedangkan aku rasa aku tak nak dengar dia luahkan perasaan dia. Sebab aku tak nak dia jatuh cinta dekat aku. sebab apa? Sebab aku tak boleh suka dia melebihi kawan. Minat je bolehlah.

Dah kenapa? Sebab kawan aku Ina suka dia. itulah hakikatnya. Huhu.

“ Tak apa. Lupakan. Saya pergi bayar dulu.”

Ha sudah! Ni lagi seorang. Apa kena dengan mereka berdua ni? Ish!

**
Dah seminggu berlalu. Dan sepanjang minggu ini aku letih menghabiskan assignment yang berlungguk tu. Mujurlah lelaki yang pernah jadi penyelamat aku tu tak muncul-muncul dah. Taufiq? Entah. Sampai ke saat sekarang dia dah tak tegur aku melainkan hanya berikan senyuman setiap kali jumpa aku.

Aku syak sesuatu. Mesti lelaki tu ada cakap something dengan Taufiq masa aku ke luar restoran. Aduh! Kenapa aku ni pun bodoh sangat. Ina mana tahu aku keluar dengan Taufiq masa tu. kalau dia tau dia lagi kecewa. Aduh!

Aku pukul kepala aku dengan pen. Tula. Lain kali fikir betul-betul. Kan dah silap. Haish!

“ Beb.. nah..”

Tiba-tiba Ina menyerahkan dua kuntum bunga ros berwarna merah dekat aku. siapa bagi? Dia ke?

“ orang yang sama bagi dan berserta surat ni. untunglah ada orang sayang.”

Kali ni ada surat pula. Bagus.

‘ Jumpa saya dekat taman pukul 5 petang ni. Fullstop!’

Terhambur keluhan kecil daripada mulutku. Dia nak apa? Haish. Sesaat kemudian telefon bimbit aku pula berbunyi.

‘ Saya nak jumpa awak sekarang. Saya ada depan rumah sewa awak.’

Okay. Message daripada Taufiq ni nak buat aku pengsan serta-merta.

“ Ina…”

Aku menjeling Ina yang ralit membaca novel itu.

“ Yes?” Dia tersenyum sekilas.

“ Taufiq ada depan rumah kita. Aku nak pergi jumpa kejap. Kalau ada orang call cakap dekat dia aku tak ada. Dan telefon aku tertinggal. Boleh?”

“ Boleh. Pergilah.”

Tanpa berlengah aku pantas mendekati pintu utama selepas mengenakan tudung. Tenang Fatin..Tenang.

“ Yes? Ada apa awak nak jumpa saya ni?” Soalku berserta senyuman.

“ Awak busy tak?”

“ Tak. Cakaplah. Saya dengar.”

“ Kita pergi taman depan tu.”

Kenapa reaksi dia pelik? Tak macam sebelum ni.

“Awak nak cakap apa ni? Jangan buat saya tertanya-tanya.” Aku ambil tempat pada kerusi kosong.

Dia hanya berdiri menghadap tasik yang tenang itu.

“ Saya nak ulang balik apa yang saya nak cakap kat awak tempoh hari.”

Aku dah mula tak tentu arah. Ya Allah. Takkan dia nak cakap perasaan dia?

“ Saya suka awak. Saya suka awak Fatin Amira.”

Aku terkedu. Jelas dan tenang sekali ketika dia meluahkan perasaannya itu. aku pula terdiam. Tak tahu nak jawab apa.

“ Erk.. Thanks..”

Aduh! Apa aku nak jawab lagi ni?

“ But..”

Tiba-tiba dia menoleh ke arahku dengan senyuman tipis. Dia juga menghulurkan aku sepucuk surat. Aku menyambutnya dengan jongketan di kening.

“ He love you more than me. I hope so.”

Aku pandang dia. Tiada reaksi kecewa pun. Tenang je. Dan surat ni daripada siapa pula?

“ Taufiq. Can I ask you something?”

“ Sure.”

“ You said you like me. But then you said another person love me more. What? I don’t understand. Who that’s guy?”

Dia serahkan pula aku sekuntum bunga ros berwarna kuning. Dia tak jawab lagi pun soalan aku tapi tiba-tiba bagi pula bunga ros.

“ Friend? Kita tetap kawan okay?”

Ah! Ni yang pening ni. Akhirnya aku hanya membalas senyumannya. Tak faham!

**
Pukul 5 petang. Okay great! Tapi aku masih berada dalam library. Dan aku rasa malas pula nak pergi jumpa lelaki tu. Lelaki yang aku tak tahu namanya dan dari mana. Tapi aku sangat terhutang budi dekat dia sebab dia penyelamat aku. Aku sangat berterima kasih dekat dia.

Aku tatap pula skrin telefon aku. Ada satu SMS. Daripada lelaki tu. Dulu aku tertanya-tanya mana dia dapat nombor aku sedangkan aku tak beritahu dia. Aku pun malas nak tanya sebenarnya. So biarkan ia menjadi tanda tanya. Haha. Pelik!

‘ Saya dah sampai. Awak dekat mana?’

Aku tersenyum. Tiba-tiba mataku tertancap pada surat yang Taufiq berikan pagi tadi. Aku tak buka lagi pun surat tu. Aku takut isi surat tu buatkan aku pengsan betul-betul. Haha.

Akhirnya aku biarkan surat dan SMS dia begitu saja. Aku teruskan study macam biasa. Kejamlah kau Fatin!
Kejam? Kejam sangat ke? Tak kot. Tapi sekurang-kurangnya kau balaslah SMS dia kata kau tak jadi pergi. Aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Ah! Lantak lah. Akhirnya aku teruskan study.

Dalam sejam juga baru aku berhenti. Aku tengok ke luar tingkap. Eh! Gelapnya. Cuaca macam nak hujan je. Baik aku balik cepat. Aku cepat-cepat kemaskan barang. Tapi mataku kini tertancap lagi dekat surat tadi.

Dengan perasaan ingin tahu akhirnya aku membuka isi surat tersebut.

Fatin Amira…

Before that, don’t angry with Taufiq. He don’t know anything what happen to us.

Aku tergaru-garu kepalaku yang tak gatal. Siapa insan yang menulis surat ni? Heh!

Sebenarnya, untuk pengetahuan awak. Taufiq tu adik saya. Tapi lain mak. Saya tahu awak mesti terkejut. Tiada seorang pun dalam kolej ni tahu hubungan kami. Awak orang pertama yang saya beritahu. Dan tujuan saya tulis surat ni untuk maklumkan dekat awak yang saya dah mula sayangkan awak.

Saya tahu Taufiq baru lepas cakap kat awak perasaan dia kan? Saya minta maaf sebab buat awak keliru. Just one thing I want you to know. I love you. Semenjak pertemuan pertama kita tu. semenjak tu saya dah mula sayangkan awak. percayalah.

Untuk buktikan kata-kata saya. Saya tunggu awak dekat taman pukul 5 petang ni. Saya tunggu awak.

~Mikail @ Penyelamat awak~

Tanganku menggigil. Dadaku juga berdebar kencang. Tak sedebar selepas mendengar luahan hati Taufiq pagi tadi. Ya Allah. Aku benar-benar terkedu.

Tap! Tap! Tap!

Aku terus toleh ke arah tingkap. Hujan! Ya Allah. Dia masih tunggu aku ke?

Pergilah Fatin!

Tapi aku…

Kau tunggu apa lagi? Aku rasa dia masih tunggu kau.

Tapi kenapa aku jadi macam ni?

Sebab kau sayang dia tanpa kau sedar. Or maybe dia jodoh kau yang sebenar.

Akhirnya aku terus keluar daripada library dan meredah hujan untuk pergi berjumpa dengan dia. Aku harap dia masih ada dekat situ.

**
Terkocoh-kocoh aku berlari ke arah taman. Habis basah baju dan tudung aku. ah! Tu tak penting. Yang penting dia. aku tengok jam. Dah pukul 6:30. Ya Allah.

Termengah-mengah aku selepas berlari tadi. Aku tengok sekeliling. Tiada orang pun. Hujan semakin lebat. Aku melangkah ke arah satu kerusi panjang. Dan terdapat sesuatu atas kerusi tu. tanpa berlengah aku berlari ke situ.

Aku terkedu dan terkaku lagi. Tiga kuntum bunga ros merah. Aku pandang lagi sekeliling. Aku harapkan kemunculan dia. Tapi hampa. Tiada. Rasanya dia dah balik. Aku ingat dia akan tunggu aku. Akhirnya aku terduduk pada kerusi sambil memegang tiga kuntum bunga tadi.

Tanpa disedari, air mataku menitis bersama titisan air hujan yang semakin lebat itu. kenapa aku perlu rasa bersalah dan sedih begini? Kenapa juga aku rasa menyesal tak pergi jumpa dia tadi? Kenapa juga aku jadi kejam sangat? Ya Allah. Apa aku dah buat ni? Aku tak pernah rasa kecewa sampai macam ni.

“ Awak.. Maafkan saya. Semua ni macam mimpi. Pagi tadi Taufiq. Sekarang awak. Saya langsung tak faham apa yang terjadi antara korang. Tapi satu je yang saya faham, awak dan dia suka saya. Taufiq lepaskan saya untuk awak. But.. kejam namanya tu. ingat saya ni patung ke apa main tarik-tarik dan bila tak nak lepas. Huh!”

Aku menyeka kasar air mata aku. tak guna aku seka sebab air hujan tetap membasahi pipi aku. rasa puas bila cakap sorang-sorang ni.

“ Tapi kenapa juga saya mesti rasa macam ni? Maafkan saya.”

Agak setengah jam juga aku duduk dekat situ. Tubuhku dah mula menggigil kesejukan. Rasanya aku perlu pulang. Dia takkan datang dah. Sia-sia pula aku tunggu. Akhirnya aku bangun dan bawa bersama tiga kuntum bunga tadi.

“ Fatin..”

Langkahku terhenti. Aku pantas mendongakkan kepalaku untuk melihat insan tersebut.

“ Awak..”

Belum sempat aku nak cakap kat dia. aku terlebih dahulu rebah. Tubuhku dah tak mampu untuk berdiri dan bertahan.

“ Fatin!”

Aku hanya tersenyum lantas memejamkan mata. Ya Allah. Maafkan aku.

** 
‘ Awak tak salah. Kami berdua yang salah. Kami berdua minta maaf sebab  buat awak keliru dan bengang. Cuma satu je. Saya betul-betul sayangkan awak. And one more thing. Saya dah dengar segala-galanya apa yang awak cakap dekat taman semalam. Saya ada je berdiri belakang awak. Cuma saya tak berani tegur. Kalau saya tegur dari awal maybe awak tak pengsan. Maafkan saya Fatin.’

Terkebil-kebil aku membaca SMS yang dihantar Mikail minggu lepas. Baru hari ini aku mampu untuk membacanya. Sebab apa? Sebab aku tak sedarkan diri dalam dua hari juga. Dan aku dimasukkan ke dalam hospital. Sekarang aku baru sampai rumah.

“ Fatin… Jangan lupa makan ubat tau. Aku nak keluar dengan Taufiq jap.”

“ Okay.”

Ni lagi satu aku tak faham. Rupanya banyak benda yang terjadi sepanjang aku ada dekat hospital. Seminggu juga aku tak jumpa dengan Taufiq dan Mikail. Dua-dua tak datang melawat aku. bukan tak datang Cuma masa mereka lawat tu aku tidur. Tak pandai agak betullah. Haha. Nak marah pula.

Tapi aku rasa happy tiba-tiba. Aku rasa nak pergi jumpa Mikail dan cakap kat dia yang aku pun sayang dia. Wah! Gitu! Haha.

Eh? Sedar pula kau? Yalah. Dua hari aku tak sedarkan diri tu. Aku mimpi sesuatu yang aneh. Aneh sangat. Dalam mimpi tu, aku sedang memegang sekuntum bunga ros merah. Dan dua orang lelaki yang aku sangat kenali berdiri tepat di depan aku sambil tersenyum.

Kedua-dua mereka sedang memegang tiga kuntum bunga ros. Siapa? Taufiq dan Mikail. Taufiq pegang tiga kuntum bunga ros berwarna kuning. Mikail pula pegang tiga kuntum bunga ros berwarna merah.

Dalam mimpi tu juga, Taufiq bagi kat aku bunga-bunga tu dan terus berlalu pergi. Aku Cuma mampu diam. Lepas tu Mikail pula datang dekat dan serahkan aku bunga-bunga tu bersama senyuman. Aku sambut pemberiannya. Lepas tu aku terus sedar.

What the mean? Haha. Aku pun tak sure. Tapi mimpi tu macam nak tunjuk yang Mikail tu suka aku. Mikail tu maybe pilihan tepat untuk aku. Aku rasa aku tak sanggup kehilangan dia. Buktinya? Setiap kali aku berdepan dengan dia aku mesti rasa sesuatu. Perasaan tu memang tak dapat digambarkan. Sama perasaan aku dalam mimpi tu.

Aku tersenyum sendirian. Mikail.. Penyelamat aku dulu. Kini cinta hati aku. HUmm… apa khabar dia sekarang erk?

“ Assalamualaikum!”

Aku tersentak daripada lamunan. Takkan Ina dah balik?

“ Waalaikumussalam. Kejap!”

Aku pantas sarungkan tudung dan cepat-cepat menuju ke arah pintu. Apabila pintu dibuka, aku terkejut.

“ hai awak. dah sihat?”

“ Erk… Alhamdulillah.” Tengok! Aku dah jadi balik. Perangai gagap aku. Haha.

“ Jom keluar. Kita duduk kat taman tu.” Ajaknya.

“ Okay.”

Cepat-cepat aku kunci pintu rumah dan mengejar langkahnya. Ya Allah. Tiba-tiba aku rasa rindu nak tatap belakang dia. Hihi.

“ I am sorry.” Ucapnya tiba-tiba. Aku hanya mampu tersenyum.

“ For what? Nothing to worried about. I’m okay.”

“ But, this is my fault. If I..”

“ Syuhh…”

Aku menggelengkan kepala tanda tidak suka dia bercakap macam tu.

“ Bukan salah awak. salah saya juga sebab tak pergi jumpa awak. jangan risaulah. Saya okay je ni. kalau awak terus cakap macam tu saya marah awak.” Aku terus buat muka bengang sedangkan rasa nak tergelak.

Dia tersengih.

“ Comel.”

“ Eh! Saya memang dah comel sejak azali lagi. Cuma awak je tak perasan.”

Okay! Terperasan di situ. Haha.

“ Hek eleh. Perasan lebih. Saya cakap comel dekat orang belakang awak tu.”

Aku terus toleh ke belakang. Eh! Tak ada orang pun. Tiba-tiba terdengar orang ketawa. Siapa lagi kalau bukan dia.

“ Tertipu.”

Aku mencebik.

“ Gelaklah lagi. Gelak. Saya nak balik.”

Belum sempat aku nak melangkah, dia menghulurkan aku tiga kuntum bunga ros lagi. Kali ni aku sambut dengan senang hati.

“ Jangan lupa makan ubat. Kalau rindu call saya. Tapi kalau nak jumpa tunggu saya habis final exam dulu. Kalau tak kita message je. okay dear?”

Aku terkedu. Tapi akhirnya aku menjelir lidah ke arahnya dan berlari masuk ke dalam rumah. Rasa bahagia datang menerpa tiba-tiba. Haha. Thanks Mikail.

**
Kini…

Aku bersorak kegembiraan. Mana tak nya. Final exam dah habis! Yeay! Lepas ni bolehlah berbulan madu dengan suami tercinta dekat Paris. Wah! Gitu! Haha.

“ Assalamualaikum sayang.”

“ Waalaikumussalam.”

Aku mengucup tangannya lalu memeluknya erat. Rasa berterima kasih dekat dia sebab banyak tolong aku dalam menghadapi final exam ni.

“ Eh! Sayang. Tak malu ke orang tengok tu.”

Aku meleraikan pelukan dengan sengihan.

“ Tak. Saya suka lagi adalah. Biarlah diorang nak tengok. Kita bukan buat maksiat pun. Kita ni dah kahwin okay.”

Aku pandang ke kiri sekilas. Aku ternampak Ina dan Taufiq. Alhamdulillah. Mereka pun dah bertunang. Selepas dia luahkan perasaan kat aku tu. Dia sedar yang dia hanya suka bukan sayang aku. And dia juga sedar yang Ina asyik pandang dia je. Mulai itulah mereka mula berkenalan lebih rapat lagi.

InsyaAllah bulan depan mereka akan mendirikan rumah tangga. Bukan macam aku ni. Habis je final exam, Mikail ni terus datang meminang. Nampak tak gatal dia dekat situ? Haha. Tapi tuan badan tu pun terima. Hihi.

“ Yela sayang oii. Jom balik. lapar tak?”

“ Of courselah lapar. Jap. Before that, we need to talk to them.” Aku memuncungkan mulut ke arah Taufiq dan Ina yang sedang berjalan ke arah kami.

“ Hai Fatin.”

Aku dan Ina berbalas pelukan.

“ Fiq..”

Mikail dan Taufiq pun berbalas pelukan.

“ Tahniah dah habis exam. Jom. Saya belanja makan.”

“ Yeke ni? wow! Okay jom.”

Aku harap apa yang terjadi kini mendapat keberkatannya. Amin..

**
Penat! Yes! Itulah yang aku rasakan sekarang. Penat pun bukan apa. penat mengemas barang. Haha. Yelah. Esok dah nak balik kampung. Minggu depan pula masa untuk kami berbulan madu. Cewah! 

“ Awak!”

Aku meregangkan kaki dan tanganku. Buang segala rasa lenguh kat badan. Selepas tu aku bangun dan menuju ke arah dia yang ralit menatap laptop tu. Dia pun baru habis practical dan tengah bekerja dengan sebuah syarikat sekarang ni. Alhamdulillah.

“ buat apa tu?”

Aku peluknya daripada belakang dan meletakkan dagu aku atas bahunya.

“ Adalah kerja sikit. Nak habiskan cepat. Esok dah nak balik kampung.”

“ Awak… saya sebenarnya musykil. Dari dulu lagi. Cuma hari ni tetiba teringat nak tanya. Boleh tak?”

“ Boleh je. tanya je lah. Macam saya ni nak makan orang.”

Aku tersengih. Belum sempat aku nak membuka mulut, dia bangun dan menarik aku ke birai katil. Kami berdua duduk di situ.

“ Okay. Tanya.”

Aku duduk tegak. Macam gaya anak murid pula.

“ Apa yang awak cakap dekat Fiq masa tu? Masa awak tipu saya kata Ina nak jumpa saya tu. Awak ada cakap apa-apa ke dekat dia?”

Dia mengukirkan senyuman. Tanganku digenggamnya. Erat.

“ Sayang nak tahu ke? Saya takut sayang marah je.”

“ Ala.. cerita je. benda dah lepas kan?”

“ Okay. Macam ni…”

**
Taufiq dan Mikail. Masing-masing saling berpandangan.

“ Abang..”

“ Before you talk. I want you know something. About me and that girl.”

Mikail menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya. Dia tersenyum ke arah Taufiq yang blur itu.

“ Aku tahu aku tak berhak nak halang kau suka sesiapa pun. Dan aku juga tak berhak nak larang kau untuk meluahkan perasaan dekat dia. Tapi aku nak kau tahu isi hati aku dulu. Aku sayang dia. aku cintakan dia. siapa? perempuan tadi. Semenjak bila? Semenjak minggu lepas. Aku tak tahu macam mana aku boleh sedar aku sayang dia. Makin hari aku makin dapat merasakan perasaan tu.”

Mikail berhenti seketika. Ingin lihat reaksi Taufiq. Taufiq masih tenang.

“ Aku masih belum berani nak luahkan perasaan aku dekat dia. apa yang boleh aku buat hanya berikan hint ja. Tu pun dia tak sedar lagi. Tapi adakah aku akan berputus asa? Tak. Aku takkan. Cuma.. aku nak kau tahu. Kalau betul kau suka dia. Kau sayang dia. tolong bahagiakan dia. buat dia happy. Jangan hampakan hati dia. aku tak nak orang yang aku sayang menderita. Korang berdua amat bermakna dalam hidup aku.”

Akhirnya Mikail bangun dan menepuk bahu Taufiq.

“ Jangan hampakan abang tau. Good luck.”

**
Aku terlopong. Terkebil-kebil aku melihat dia yang tengah tersenyum tu.

“ Macam tu je saya cakap dekat dia. Tapi tak sangka seminggu selepas tu dia datang jumpa dan cakap sendiri dekat saya. Dia kata dia tak boleh bersama dengan awak sebab dia belum mampu sayangkan awak macam saya sayangkan awak. Masa tu saya rasa nak nangis je awak tau?”

Aku mula rasa sebak. Taufiq!

“ So sweet. Saya bangga dapat jadi isteri awak. sayang awak.”

Aku terus memeluk dia. rasa macam tak nak lepas.

“ Saya dua kali ganda sayangkan awak tau.”

Aku tersenyum dalam pelukannya. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu.

“ Awak.. boleh tolong beritahu saya tak? Apa makna bunga ros berwarna kuning tu? saya tak faham.”

Aku meleraikan pelukan. Aku buat muka budak-budak. Haha. Gaya nak tahu sesuatu. Dia terus cuit hidung aku dengan senyuman.

“ Okay. Saya akan beritahu awak satu persatu. Dengar tau.”

Aku hanya mengangguk.

“ First. Bunga ros berwarna kuning. Tanda mula persahabatan. Jika saya nak dapatkan hati awak mesti saya kena mulakan dengan berkawan. That’s why saya bagi bunga tu. susah juga nak cari bunga tu.”

Aku masih mendiamkan diri. Okay. Next!

“ Second sekuntum je bunga ros warna merah. Itu tandanya saya jatuh cinta buat pertama kali dengan awak.”

Oh.

“ Selepas tu saya bagi dekat awak dua kuntum bunga ros berwarna merah pula kan?”

“ Yap.”

“ Itu tandanya saya nak kita saling menyayangi.”

Aku tersenyum. masa tu aku tak sedar lagi yang aku pun ada perasaan dekat dia.

“ Dan tiga kuntum tu. Awak mesti dah faham. Tandanya I love you.”

“ I love you to.”

Aku memeluknya sekali lagi. Bahagia rasanya bila berada di samping orang yang tersayang. Thanks awak. Thank you so much.

“ Ingat tak lagi masa hari perkahwinan kita tu? Nasib baik isteri saya ni tak menjerit.”

Aku tertawa kecil. kelakar sebenarnya masa tu. Bayangkan. Majlis resepsi kami diadakan pada waktu malam dekat sebuah dewan. Elok je kami masuk berdua jalan masuk ke dalam dewan. Tiba-tiba gelap. Aku masa tu rasa nak menjerit. Tapi aku tak nak memalukan diri aku. so aku genggam je kuat-kuat tangan suami aku. cuak jugalah masa tu. Haha.

“ Jangan ingatkan saya lagilah. Malu! Blackout je kerjanya. Macam sengaja je nak blackout.” Aku merungut lantas meleraikan pelukan.

“ Haha. Nak uji sayang la tu. sayang nakal sangat.”

Dia mencuit sekali lagi hidung aku sebelum bangun dan menuju ke tandas.

“ Mana ada!”

Memandai je kata aku nakal. Ceh! Ah! Aku terus membaringkan badan. Nikmatnya kalau dapat tidur. Baru sahaja aku nak melelapkan mata. Keadaan sekeliling tiba-tiba jadi gelap. Ha! Sudah! Jangan cari fasal!

“ Awak!”

“ Eh? Sory. Silap lampu. Hehehe.”

Terus keadaan menjadi cerah semula. Aku pandang dia kecik besar kecik besar je sekarang ni. Siap sengih-sengih lagi. Sengaja la tu.

“ Awak! jahat!”

“ Haha. Sorry sayang. Betul. Tak sengaja. Tersilap tekan. Hihi.”

Aku terus meluru ke arahnya. Terus pukul dadanya. Rasa penat pukul dadanya. Aku berhenti lalu biarkan dia memeluk aku.

“ Lain kali jangan buat macam tu lagi. Benci tau.”

“ Kalau benci saya tolong bagi cinta.”

“ Cinta?”

“ Cinta isteri saya.”

Terus aku tersenyum lebar dalam pelukannya. Thank you so much.

‘ Bunga ros tanda saya cintakan awak ‘

~Tamat~

3 comments :

Popular Posts