Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 9 December 2014

Cerpen : Kerana Ku Cinta

Assalamualaikum. 

Wah. Bulan ni dah berapa banyak cerpen aku upload? ehehe. Bulan ni je. Sebab bila cuti dah habis aku akan kembali busy dan tak ada masa dah nak fikir cerpen ni. Huhu. Tunggu hujung tahun pula. So.. Dah ready? Okay. Jom baca! 



Hujan mula membasahi bumi. Tapi aku still berada dekat perhentian bas ni. Tengah tunggu kehadiran bas. Tak  datang-datang lagi. Aku mula rasa bosan. Rasa menyesal tak datang naik kereta tadi.

Seketika aku termenung. Teringat pula apa yang berlaku dua hari yang lepas. Dan perkara itu membuatkan aku tersenyum sendirian.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.” Jawab aku dan Nafisa serentak.

“ Boleh tolong abang tak? Abang kena bawa kotak-kotak tu ke kereta. Abang malas nak ulang-alik ambil. Jadi abang nak minta tolong adik-adik bawa ke kereta abang. Boleh tak?”

Erk. Aku dan Nafisa saling berpandangan sebelum mengangguk setuju. First time ada orang minta tolong kami macam ni. Lelaki pula tu. Hensem lagi. Haha. Sempat lagi kau kan Jannah.

Selepas selesai membantu abang tu. Aku dan Nafisa berundur ke tepi. Nak tunggu abang tu pergi. Dah macam tunggu suami pergi pulak. Erk!

“ terima kasih tolong abang. Sorry lah menyusahkan.”

Aku hanya tersenyum manakala Nafisa terpaksa pergi dahulu sebab ada orang telefon.

“ Sama-sama. Tak susah pun.” Balasku dengan senyuman ikhlas.

“ By the way. You so cute sis.”

Tiba-tiba dia mengenyit mata ke arahku sebelum masuk ke dalam kereta. Aku tergamam. erk! Dia kenyit mata kat aku? erk! Dan jantung aku pun dah tak berapa nak stabil ni. haha.

“ Oit!”

Aku tersedar daripada lamunan yang panjang apabila disergah seseorang.

“ Eh Nafisa. Apa yang kau buat dekat sini?” Aku pandang sekeliling. Masa bila hujan berhenti? Tak sedar pula. Tu la berangan sangat. Haha.

“ Aku rasa dah lima minit aku berdiri dekat sebelah kau. Tapi kau tu je asyik termenung. Teringat dekat siapa tu? jangan-jangan teringat dekat abang tu tak? Ha!” Duganya.

Aku tersengih kerang busuk. Lantas aku tergaru-garu kening tanda malu.

“ kantoi! Haha.” Nafisa tergelak kecil.

“ Tak sengaja. Lagipun abang tu yang kenyit mata kat aku.” ujarku.

“ Kalau dah jatuh hati tu cakap jelah dah jatuh hati. Tak payahlah nak berahsia dengan aku. haha. Aku kenal kau dah lama dah okay.”

Aku hanya tersengih. Ye ke? Aku dah terjatuh hati dekat abang tu? tapi aku tak tahu siapa dia.

“ Kan best kalau tiba-tiba dia muncul depan kau dan cakap ‘ jom abang tumpangkan’. Oh! So sweet!”

Aku terus menampar bahu Nafisa yang tengah ketawa tu. dia mula dah berangan. Haha.

“Ish kau ni! jauh sangat berangan tu.”

Baru sahaja aku nak tampar bahu dia. tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti tepat-tepat di hadapan kami. Aku dan Nafisa jadi terdiam sebentar. Mulut terkunci. Tak berani cakap dan buat apa-apa pun. Hanya mata bergerak melihat pemandu tu keluar daripada kereta dan menuju ke arah aku dan Nafisa.

“ Eh. Kenapa korang masih ada dekat sini? Tak balik lagi ke?”

Aku terteguk air liur manakala Nafisa sedang menahan senyum. Ya Allah Nafisa! Kenapa mulut kau masin sangat.

“ Erk.. Kami tengah tunggu bas.” Balas Nafisa apabila aku langsung tidak memberi apa-apa respon.

“ Oh. Jomlah abang tumpangkan. Lagipun kita sehaluan kan?”

Tiba-tiba abang tu melihatku dengan senyuman manis. Ya Allah. Boleh tergugat aku macam ni.

“ Erk.. Tak susahkan abang ke? Abang bukan baru balik daripada kerja ke?” Soal Nafisa lagi.

“ Haah. Tapi tak ada apa-apalah. Abang sudi tolong hantar. Jomlah.”

Apabila abang tu melangkah ke arah kereta. Aku terus memicit lengan Nafisa.

“ Yang kau pergi setuju tu kenapa?” Bisikku dengan geram.

“ Hehe. Tapi masin jugak mulut aku ni kan? Ehehe. Tak sangka betul. Kau pun terkejut. Apatah lagi aku.”

Nafisa..Nafisa..

“ habis tu? nak kena ikut jugalah ni?”

“ Yelah. Tak ada. Jom! Macam abang tu nak makan orang.”

Dengan langkah yang berat aku dan Nafisa masuk ke dalam kereta tersebut. Ya Allah. Semoga abang ni baik-baik dan tak akan apa-apakan kami. Amin..

**
Semakin hari aku kenal dengan Abang Jo tu. Semakin aku jatuh cinta. Oh. Jangan terkejut kalau aku cakap aku dah mula jatuh hati dekat dia. haha. Sebab dia kenyitkan mata kat aku. mulai hari tu setiap kali berdepan dengan dia mesti aku rasa berdebar-debar. Pelik. Haha.

Dan sekarang aku dan Nafisa sedang bersarapan bersama dengan Abang Jo. Dia yang sudi belanja kami. Jimat duit kami berdua.

“ So lepas ni nak ke mana? Alang-alang abang Jo tengah free.”

Aku tengok telefon bimbitku. Baru pukul 9. Aku ingat nak pergi kedai buku. Tapi mana buka lagi.

“ Abang Jo. Kami ni sampai naik seganlah dengan Abang Jo. Kami ni tak susahkan Abang Jo kan?” Soal Nafisa.

Aku terus menganggukkan kepala mendengar soalan Nafisa. Aku setuju sangat.

“ Tak lah. Abang yang sepatutnya ucap terima kasih sebab sudi tolong abang masa tu. sekarang abang nak belanja kamu berdua sebagai ucapan terima kasih.”

“ Tapi dah tiga hari abang belanja kami. Kami rasa segan pulak.” Ujarku pula.

“ Jangan risau. Abang yang nak belanja kamu.”

Aku dan Nafisa hanya tersenyum kecil. baik sangat dia ni. sebab tu lah aku jatuh hati. Haha.

“ Jom. Lepas ni ikut abang ke tasik. Abang nak joging. Masih awal lagi ni.”

Aku pantas menggelengkan kepala manakala Nafisa tersengih kerang busuk.

“ Tak bolehlah Abang Jo. Kami ada hal lepas ni. Saya ada assignment kena siapkan. Nafisa pula ada date dengan buah hati dia.”

Abang Jo tersenyum.

“ Patutlah berseri-seri je wajah tu. Okay nevermind. Abang pergi bayar dulu.”

Sebaik sahaja Abang Jo berlalu ke kaunter. Aku menarik nafas lega.

“ Aku rasa kan? abang Jo tu suka kaulah.” Tegur Nafisa.

“ memandai je kau ni. kenapa pulak?”

“ Sebab daripada tadi dia asyik jeling ke arah kau je. percayalah cakap aku. kau tak perasan sebab kau tengah makan tadi.”

Aku terkelu seribu bahasa. Biar betul? Aku pandang Abang Jo yang tengah bercakap dengan pekerja di situ. Ya Allah. Aku benar-benar dah jatuh hati dekat dia dalam diam. Tapi andai dia merasakan apa yang aku rasa? Apakah maknanya tu?

“ Biar masa yang menentukan segala-galanya Nafisa. Aku tak nak terlalu terburu-buru.”

**
“ Helo. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam. Jannah ke tu?”

Aku terdiam. Erk! Suara siapa ni? macam aku kenal.

“ Abang Jo ni.”

Aku terus terduduk dekat sofa sebaik mendengar suara itu. macam mana dia boleh tau nombor aku? mesti kerja nafisa ni.

“ Oh Abang Jo. Ada apa ye?”

Dah seminggu aku tak berjumpa dengan dia. that why bila dengar suara dia aku rasa tak tentu arah.

“ Abang nak jumpa dengan Jannah. Boleh tak? Bawa Nafisa pun tak apa.”

Aku menggigit bibir. Ya Allah. Apa patut aku buat ni? Nafisa tak ada. Dia dah balik kampung. Aku je tak balik lagi sebab tiket bas tak ada. Huhu. Macam mana ni?

“ Helo. Are you there?”

“ Ha! Ada. Erk.. Nafisa tak ada Abang Jo. Erm.. Oklah. Abang Jo nak ke mana?”

“ Adala. Kamu siap. Kejap lagi Abang Jo datang ambil.”

Aku toleh ke arah tingkap. Nafisa! Kenapa kau balik awal sangat! Huhu.

“ Okay.”

**
Mataku tak berkelip melihat apa yang berada depan mataku saat ini. dia bawa aku ke restoran. Lepas tu aku sedang ada dekat red carpet yang ditaburi bunga ros. Dan sekarang aku di bawa ke dalam oleh Abang 
Jo yang segak berpakaian tuxedo manakala aku hanya berpakaian baju kurung. Alahai!

“ Sila duduk Jannah.”

Dengan rasa yang sangat segan aku pun mengambil tempat sambil memerhati sekeliling. Cantik! Tapi kenapa aku dan dia je ada dalam restoran ni bersama dengan pekerja-pekerja. Seram haih!

“ Jangan risau. Abang Jo takkan buat apa-apa yang buruk dekat Jannah.”

Aku tersengih. Tak sangka dia tau apa yang aku sedang fikirkan.

“ Kita makan dulu. Lepas tu baru kita ke tujuan yang sebenar.”

Aku sudah terteguk air liur tengok makanan yang terhidang depan mataku ini. banyaknya! Semua sedap-sedap. Buat aku lapar sahaja.

“ Makanlah. Nak abang suapkan ke?”

“ Eh! Tak payah. Saya boleh makan sendiri.” Pantas aku menyuapkan nasi ke dalam mulut. Malu!

Selepas 10 minit. Habis juga kami habiskan makanan yang terhidang. Lega!

“ Okay. Nah.. kek untuk awak.”

Aku melihat dia dan kek tu silih berganti. Mak aii! Dia nak bagi aku kekenyangan ke apa.

“ makanlah. Sebagai pencuci mulut.”

Tanpa berlengah aku pun ambil secebis kek tersebut lalu masukkan ke dalam mulut. Tapi aku rasa lain saat mengunyahnya. Rasa ada benda keras dalam kek tu. lantas aku pun keluarkan benda keras tersebut sebelum aku tertelan.

“ Cincin?” Aku terkejut. Cincin? Erk! Selalunya dalam drama kalau macam ni dia nak melamar aku. eh! Takkanlah?

“ Jannah… Sudi tak awak jadi teman hidup saya?”

Aku terteguk air liur. Ya Allah.

“ Abang Jo…”

“ Saya tak paksa. Tapi saya benar-benar maksudkan. Saya sayang awak Jannah.”

Terharu! Ya. Ini yang aku rasakan sekarang. Ini kali pertama aku terima kejutan sebegini. Macam dalam mimpi.

“ Abang Jo.. Sebenarnya Jannah pun suka dekat Abang Jo. Cuma saya tak berani nak cakap sebab umur kita jauh beza. Dan saya rasa tak sesuai untuk digandingkan dengan Abang Jo.”

Air mata mula bergenang. Tunggu masa nak mengalir je.

“ Umur bukan penghalang Jannah. Yang penting kita saling menyayangi.”

Ya. Umur kami jauh sangat beza. Dia 24 manakala aku baru 19 tahun. Kira okayla tu.

“ Terima kasih Abang Jo. Tapi kalau boleh saya tak nak sekadar teman hidup. Biarlah sampai ke jenjang pelamin. InsyaAllah.” Ujarku malu-malu. Malu beb! siapa yang tak malu bila cakap macam tu.

“ InsyaAllah. Terima kasih awak.”
**
Alhamdulillah. Dah sebulan aku jadi sebahagian dalam hidup dia. Aku rasa bahagia sangat saat ini. Aku bersyukur kerana Allah hadirkan dia dalam diri aku walaupun kadang-kadang tu suka sangat sakitkan hati aku.

Dan genap sebulan juga aku cuti sem. Sem 3 dah nak bermula. Tapi aku masih rasa belum bersedia. Nafisa pun masih belum balik daripada bercuti. Aduhai. Hari ni aku terasa bosan. Mak dan ayah pergi outstation. Tinggalkan aku keseorangan dekat kampung ni ha. Buah hati?

Dia busy lah. Takkan dia nak datang sini semata-mata nak jumpa aku? Lainlah dia suami aku. Haha. Aku pandang langit. Petang-petang macam ni kalau perkena ais krim kan sedap. Tapi siapalah nak belanja. Huhu.

“ Jannah!”

Huh! Siapa tu? Aku terus menoleh ke kiri.

“ Nafisa!”

Aku terus turun daripada buaian dan pergi memeluk dia.

“ ya Allah. Kenapa kau boleh ada dekat sini?” Soalku teruja.

“ Aku rindu kau. That’s why aku datang. Dan aku ada bawa cenderahati daripada Singapura untuk kau.”

“ Nasib baik kau datang. Aku dah rindu sangat dekat kau ni. Dengan duk sorang lagi dalam rumah ni.”

“ Eleh. Rindu aku ke rindu Abang Jo?”

Aku tersengih malu. Dia kalau tak usik aku tak sah.

“ Jangan memandai nak sebut nama dia pulak. Betullah aku rindu kau ni. kau tak rindu aku erk?”

“ Of courselah rindu. Kau ni. jom masuk. Hari ni aku tumpang rumah kau sehari suntuk boleh? Ayah aku datang ambil aku malam nanti. So bolehlah aku luangkan masa lama-lama sikit dengan kau.”

Aku mula tersenyum lebar lantas memeluk bahunya mesra.

“ Seminggu pun aku tak kisah weh. Lagipun lagi dua minggu kita dah nak balik ke kolej.”

“ Haah kan? cepat je masa berlalu.”

Belum sempat aku nak melangkah, ada seseorang telah memanggil kawan aku ni. 

“ Nafisa!”

“ Eh! Along!”

Eh? Abang Nafisa? Apa yang dia buat dekat sini?

“ Along lupa nak beri ni. nanti malam ayah tak boleh datang ambil kot. Along yang akan datang ambil.”

Aku perasan yang dia sedang menjeling ke arahku bersama senyuman.  Aku hanya membalas senyuman itu.

“ Okay. Thanks along.”

Sebaik sahaja dia beredar. Aku ambil kesempatan untuk bertanya Nafisa.

“ Abang kau Afiz tu kan?”

“ Haah. Kenapa?”

“ Tak ada apa-apa. Saja tanya.”

Dia. Hurm.. Arh! Malas nak fikir.

**
“ Beb.. Erk..”

Aku tergaru-garu kepalaku yang tidak gatal itu. sebaik sahaja mendengar daripada mulut Nafisa sendiri aku sendiri tak tahu apa nak dilakukan.

“ Betul. Aku tak tipu. dia yang cakap dekat aku yang dia masih sukakan kau. Sejak kau dibangku sekolah lagi. Tapi nak buat macam mana. Aku beritahu dia yang kau dah ada teman istimewa.”

Aku tengok Nafisa dengan senyuman kecil.

“ Aku sebenarnya dah tahu lama dah tentang tu. memang dulu dia ada cakap dekat aku. Tapi masa tu aku anggap main-main. Yelah kita masih budak mentah kan? Sekarang aku tak sangka pula dia masih menyimpan perasaan dekat aku.”

Afiz. Abang Nafisa. Dulu masa kami berdua form 2. Afiz  tu la banyak tolong aku. lagipun dia abang Nafisa. Tapi ada satu masa tu dia ada cakap dekat aku yang dia sukakan aku. Aku anggap benda tu main-main dan cakap dekat dia yang kita belajar dulu. Cintan-cintun ni kita tolak ke tepi. Aku ingat masa tu dia boleh lupakan. Tapi sekarang? Aku sungguh tak duga.

“ Aku dah bagi nombor kau dekat along aku. Maafkan aku. Dia terlalu mendesak.”

Terhambur keluhan kecil daripada mulutku.

“ Tak apa. Lagipun aku rasa simpati dekat dia. Nak ja aku cakap dekat dia agar lupakan aku. Tapi aku tau. Abang kau tu bukan seorang yang mudah mengalah. Tak apa. kita lupakan. Sekarang kita ke kafe. Aku laparlah. Petang nanti ada kelas pulak.”

Okay! Lupakan je apa yang Nafisa cakap. Lama-lama okaylah. 

“ Eh! Jap! Aku hampir terlupa.”

Aku seluk poket beg aku. Kemudian aku menggigit bibir. Aku pandang Nafisa yang tengah blur tu.

“ Kau okay ke? Kau cari apa?”

“ Telefon aku! telefon aku hilanglah.”

Aku duduk dan terus mencari dalam beg. Tapi tak ada!

“ Kau tertinggal dekat mana-mana kot. Jom kita ke kelas. Kau tertinggal dalam kelas kot.”

Tanpa berlengah, aku dan Nafisa pantas melangkah ke arah kelas. Mujurlah dah tiada orang. Senang nak cari.

“ Ada tak?”

Aku rasa nak menangis.

“ Tak ada beb! mana perginya. Pagi tadi elok ja ada dalam beg ni. masa kelas aku langsung tak bawa keluar. Beb! macam mana ni? nanti Abang Jo call. Mak dan ayah aku call? Ya Allah.”

Aku terduduk dengan linangan air mata. Inilah aku. cepat sangat panik.

“ Rileks kay. Kita pergi balik tempat tadi. Mana tahu tercicir ke. Jom ikut aku.”

Aku biarkan Nafisa terus mencari. Aku tengah cari idea bagaimana nak maklumkan dekat dia. mak dan ayah aku tak apa. nombor dioarang aku ingat. Tapi nombor dia. aku langsung tak ingat. Aduh! Parah!

“ Erk.. Beb.”

Aku terdongak melihat Nafisa.

“ Tu..”

Aku menoleh ke kiri. Dan aku terkejut melihat kelibat itu bersama dengan seorang perempuan.

“ Hai Jannah. Hai Nafisa.”

“ Hai.”

Aku hanya mampu berdiam diri.

“ Kenapa dengan awak ni? nafisa?”

Dia mula cemas tengok keadaan aku. perempuan di sebelahnya hanya tersenyum melihat kami. Siapa dia?

“ Telefon dia hilang. Sebab tu lah dia nangis.”

“ Ya Allah. Kenapa tak cakap dekat saya?”

“ Nak cakap macam mana. Nombor abang pun saya tak ingat.”

“ Tak apala. Nanti abang belikan yang lain. Ha. Perkenalkan. Ini adik angkat abang. Fatin. Ini Nafisa dan inilah buah hati abang Jannah.”

Oh. Adik angkat. Tapi semenjak bila?

“ Hai. Saya Fatin.”

Aku  tengok riak Fatin yang sedang tersenyum sinis ke arahku. Atau tu Cuma perasaan aku je?

“ Oklah. Abang nak bawa Fatin jumpa seseorang kejap. Nanti abang telefon Nafisa. Jom Fatin.”

Tanpa berlengah aku terus berlalu daripada situ sebaik sahaja mereka beredar. Nampak sangat dia tak pedulikan keadaan aku. so buat apa aku terus berada dekat situ? Buat sakit hati!

**
Hari demi hari. Minggu demi minggu. Semenjak kehadiran adik angkat dia tu. aku pula rasa terpinggir. Aku bagaikan tak penting dah dalam hidup dia. kenapa dia buat aku macam ni?

“ Jannah? Kau okay ke ni?”

“ tak! Aku tak okay! Kau tengoklah Abang Jo tu. makin hari dia makin tak pedulikan aku dah. apa yang dia peduli, tu ha! Fatin tu!”

Nafisa mengusap lembut bahuku. Aku memang dah tak tahan dengan sikap dia. aku rasa aku dah tak boleh teruskan dengan dia. walaupun aku sangat mencintainya.

“ Sabar. Dugaan untuk kau ni. kau janganlah cepat berputus asa. Fatin tu kan adik angkat dia je.”
Aku tersenyum sinis.

“ Adik angkat? Lama-lama jadi teman wanita. Huh!”

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Baru? Taklah. Aku terjumpa dalam toilet. Nasib baik!

“ Beb… abang kau call.”

Aku terkejut. Dah lama aku tak dengar berita daripada Afiz.

“ Mimpi apa dia call kau? Aku rasa dia baru berani call kau apa. jawab je lah.”

“ tapi…”

“ Jawab je. abang aku tak makan orang lah.”

Ceh. Boleh buat lawak lagi tu. Dengan keberanian yang ada. Aku menjawab call dia.

“ Helo?”

**
“ Ada apa awak nak jumpa saya?”

Aku tengah berhadapan dengan Afiz. Dia kelihatan berbeza sangat.

“ Kita makan dulu.”

“ Maaf. Tapi saya ada hal lagi selepas ni. Awak cakap je. tak apa.”

Aku tersenyum melihat dia yang kelihatan kecewa apabila aku menolak tawarannya untuk makan bersama.

“ Awak masih bersama dengan lelaki tu?”

“ Maksud awak?”

Aku terteguk air liur. Ya Allah. Takkan dia masih berharap dekat aku?

“ Saya sayangkan awak Jannah. Saya masih sayangkan awak selama ini. Cuma awak je tak tahu.”

Aku sama sekali terkedu. Tapi aku masih mampu untuk mengukirkan senyuman.

“ Tapi saya ada insan yang teristimewa. Saya sayangkan dia.” Luahku.

Dia tunduk dan aku nampak sangat riaknya yang amat kecewa.

“ Saya sanggup tunggu awak Jannah. Berilah saya peluang.”

Aku menggigit bibir. Ya Allah. Kenapa boleh jadi macam ni?

“ Kalau awak suruh saya pergi jumpa ayah awak pun saya sanggup. Saya terlalu mencintai awak Jannah. Please faham.”

Terhambur keluhan kecil daripada mulutku.

“ Kan bagus kalau dia macam awak.”

“ Kenapa? Dia abaikan awak ke?”

Aku tersenyum hambar.

“ Entahlah awak. makin hari saya rasa dia makin jauh daripada saya. Tapi setiap hari kami masih contact. Cuma nak berjumpa tu susah. Saya juga selalu nampak dia keluar dengan adik angkat dia. bohonglah kalau saya cakap saya tak cemburu.” Luahku pada dia. aku dah tak dapat tanggung seorang diri.

“ Habis? Takkan awak nak biar je?”

Aku menggelengkan kepala lantas tersenyum kecil.

“ Mana boleh. Saya akan cuba berterus terang dengan dia. andai dia dah tak sayang saya. Apa lagi saya boleh buat kan? maybe kami tak ada jodoh.”

Tiba-tiba dia tersenyum.

“ Jangan risau. Saya ada. Saya sentiasa ada untuk awak. percayalah.”

Ya Allah. Apa patut aku buat?

**
“ Abang! Please! Kejap je. Lima minit pun jadilah. Saya benar-benar nak jumpa dengan abang.”

Akhirnya aku terpaksa merayu untuk berjumpa dengan dia. kebelakangan ni dia terlalu sibuk. Tapi bukannya aku tak tahu belakang aku dia masih berjumpa dengan adik angkatnya tu. Sakit hati? Siapalah tak sakit hati. Makan hati pun ada bila buah hati buat kat aku macam ni.

“ Okay. Abang bagi masa 10 minit. Cakaplah. Sorry sayang.. Abang betul-betul busy akhir-akhir ni. banyak projek yang abang kena uruskan.”

Aku tersenyum hambar. Ya. Memang nampak riak kepenatan dekat muka dia.

“ Takpa. Lima minit je. saya Cuma nak tahu. Harap abang boleh berterus-terang.”

Tajam dia merenungku. Tapi dia sentiasa tak lupa untuk memberikan aku senyuman. Senyuman yang selalu aku mimpikan. Senyuman yang selalu membuatkan aku tersenyum sendirian. Dan wajah tampan yang berjaya menarik perhatian aku seterusnya membawa aku kepada cinta. Mana mungkin aku mampu melupakan dia.

“ Jannah? Hey what’s wrong?”

Pantas aku menyeka air mata yang mengalir. Tak perasan masa bila air mata ni mengalir.

“ Apa hubungan abang dengan Fatin?” Aku menarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk tersenyum.

“ Kenapa tanya macam tu? kan abang dah kata kami hanya adik-beradik angkat.”

“ Tapi kenapa setiap kali saya minta untuk berjumpa abang selalu mengelak?”

“ Kan abang dah cakap abang sibuk. Takkan Jannah tak faham?” Dia dah mula rasa geram. Aku masih tersenyum. sabar wahai hati.

“ Sibuk? Tapi kenapa masih boleh keluar dengan Fatin? Setiap hari pulak tu.”

Aku terus menoleh ke arah lain apabila mendapat renungan lembut itu. aku tak sanggup untuk berdepan dengan dia saat ini. aku terasa lemah.

“ Sayang… abang… Kami kebetulan jumpa.” Dia masih memberikan alasan.

“ Oh. Kebetulan. Setiap hari pula tu? okay. Saya faham.”

Aku terus memusingkan badan untuk beredar. Namun langkahku terhenti apabila lenganku ditariknya.

“ Abang minta maaf. Tapi abang betul-betul sayangkan Jannah. Abang tak tipu!”

Air mataku mengalir lagi. Aku terus merentap tanganku. Aku tak sanggup kalau hubungan kita terus macam ni.

“ Abang.. maafkan saya. Tapi kalau betul abang dah tak sayangkan Jannah. Tolong lepaskan Jannah. Jannah nak bahagia walaupun tak bersama abang.”

Dia terus menggelengkan kepalanya.

“ Tak! Abang tak akan lepaskan Jannah. Abang cintakan Jannah.”

Dia berusaha agar tak ingin aku pergi dari hidup dia.

“ Abang… lepaskan saya. Saya tahu saya tak sempurna dan tak secantik Fatin. Maybe Fatin tu lebih baik untuk abang.”

“ No! Fatin tu Cuma adik angkat abang! Orang yang abang sayang ialah Jannah! It’s you!” Nada suaranya dah bertukar tinggi.

Aku menangis. Menangis dan menangis.

“ Abang… maafkan Jannah.”

Aku terus berlari daripada situ sebaik sahaja hujan turun membasahi bumi. Ya Allah. Andai ini yang terbaik untuk aku. aku terimanya dengan hati yang terbuka.

**
Mataku meliar melihat sekeliling. Sememangnya aku tak tahu ke mana tujuan aku sekarang. Sama ada nak pulang ke rumah atau berjalan-jalan sekitar KL ni. aku tak tahu! Yang pasti aku rasa aku nak bersendirian.

Johan. Afiz. Dua lelaki yang sedang meraih hati aku. tapi hanya seorang yang telah berjaya mencuri hatiku. Namun, dia gagal menjaga hatiku dengan sebaik mungkin.

Afiz. Aku ingin mencintaimu tapi aku takut aku tak boleh. Kau terlalu baik Afiz. Aku takut aku akan lukakan kau.

Abang Johan. Dia lelaki pertama yang berjaya memecahkan tembok dalam hati aku ni. Dia juga insan pertama yang berjaya mencuri hati. Namun, kenapa di saat ini dia makin berubah? Aku dapat rasakan dia dah tak sayangkan aku. tapi aku reda. Maybe dia bukan jodohku.

Tiba-tiba aku ternampak kelibat insan yang aku sangat kenal berada tidak jauh daripada aku. tanpa 
berlengah aku melangkah ke arah dia.

“ Assalamualaikum.”

Aku ambil tempat di sebelahnya. Dia sama sekali terkejut dengan kehadiran aku.

“ Waalaikumussalam. Awak ? awak buat apa dekat sini?”

“ Saja jalan-jalan. Saya ternampak awak. awak pula?”

Mataku tetap melihat ke depan tanpa menoleh ke arahnya sedikit pun.

“ Release tension.”

Keadaan sunyi sepi seketika. Aku lebih selesa begini. Akhirnya aku tersenyum tanpa sedar. Sempat juga aku menjeling ke arahnya.

“ Dah nak masuk maghrib ni. tak nak balik lagi ke?” Soalnya tiba-tiba.

“ Kejap lagi saya singgah masjid. Saya rasa malas nak balik. nanti jumpa Nafisa dan dia mesti soal saya macam-macam. Awak bukanlah tak tahu mulut adik awak tu macam mana.”

Kedengaran ketawa halus daripada dia.

“ Well.. kalau bukan mulut bising tu bukan Nafisa lah namanya. Kan?”

Aku hanya mengangguk sambil tersengih.

“ Ermm.. saya rasa saya dah tak boleh go on dengan dia. saya reda. Lagipun saya tak nak hati kami sama-sama sakit disebabkan dia. so saya rela undur diri.” Luahku padanya. Aku tak tahu reaksi dia sebab aku asyik pandang ke hadapan. Tapi aku yakin dia mesti terkejut dan happy mungkin.

“ Tapi awak cintakan dia kan?”

“ Kalau cinta daripada sebelah pihak saja buat apa? tak berbunyi pun. Biarlah. Saya dah malas nak ambil tahu.”

“ Kalau saya masuk jarum boleh?”

Aku tersenyum. Afiz..Afiz..

“ Hurmm… Entah. Tunggu jawapan mak ayah dulu kot baru boleh pertimbangkan.” Jawabku selamba.

“ Awak ni serius ke?”

Aku ketawa akhirnya.

“ Dahlah. Saya balik dulu. Nanti risau pulak adik awak tu. by the way.. thanks. Saya pergi dulu.”
Afiz.. Apa patut aku buat?

**
“ Jannah! Buka pintu ni! please!”

Aku tetap mendiamkan diri di dalam bilik. Sedikit suara pun aku tidak keluarkan. Aku takut aku akan menitiskan air mata. Dia nak apa lagi? Belum puas ke dia buat aku menderita selama ni? walaupun aku tahu dia tak salah sebab tu adik angkat dia. tapi takkan sedikit pun tiada masa untuk aku. adik angkat dia tu boleh pula ada masa. I hate this!

“ Sayang! Abang tahu abang salah. Tapi abang cintakan sayang. Sayang please…. Maafkan abang. Abang abaikan Jannah selama ni. maafkan abang..”

Aku toleh ke arah pintu bersama perasaan sebak. Akhirnya aku bangun membuka pintu bilik. Tapi aku terus melangkah ke arah ruang tamu dan duduk di sisi Nafisa. Nafisa melihat aku dengan perasaan yang risau.

“ Aku okay. Kau jangan risau. Kenapa kau bagi dia masuk?” Soalku dengan perasaan yang kosong.

“ Aku terpaksa. Kalau tak jiran sebelah tanya pula nanti.” Jelas Nafisa.

“ Jannah.. Please… Maafkan abang.”

Dia datang dan melutut di hadapan aku.

“ Abang tahu abang salah. Berikan abang peluang untuk perbaiki kesalahan abang ni. please…”

“ Fatin? Fatin boleh bahagiakan abang kan?” Soalku tanpa perasaan.

“ Fatin tu abang Cuma anggap sebagai adik ja. Tak lebih daripada tu. Percayalah.”

Belum sempat aku nak membalas kata-katanya. Tiba-tiba muncul kelibat yang kami semua tidak menyangka. Afiz!

“ Kau nak apa lagi Jo? Kau sedar tak disebabkan kau Jannah menderita. Kau terlalu pentingkan adik angkat kau tu daripada buah hati kau. Kau tak tahu bersyukur lah.”

Aku dan Nafisa. Masing-masing saling berpandangan sebelum melihat kembali ke arah Afiz.

“ Afiz? Kau kenal Jannah? Jannah. Awak kenal dia ke?”

Aku hanya menganggukkan kepala.

“ Kenapa? Jo! Aku dah anggap kau macam adik aku dah. tapi ini yang kau buat dekat seorang perempuan? Apa ni Jo!”

Ya Allah. Tak sangka mereka saling mengenali. Mesti bila aku cerita dia hanya berpura-pura tak tahu.

“ Aku tahu aku salah. Tapi aku betul-betul sayangkan dia. aku Cuma nak dia berikan aku peluang kedua.” Johan tunduk dengan perasaan yang hampa.

“ Kau tak guna Jo! Kalau aku tahu macam ni aku lebih rela curi hati dia dulu daripada kau. Tahu tak?”

Aku menggigit bibir. Afiz. Johan masih berdiam diri. Mungkin tahu dia salah.

“ Mulai hari ni aku akan berusaha pikat hati dia balik. dia saja yang berhak buat keputusan walaupun aku tahu dalam hati dia sayang kau. Cintakan kau.”

Aku terkedu. Nafisa juga. Kami masing-masing terdiam dan terkejut mendengar kata-kata Afiz.

“ Afiz! Kau dah gila ke?” Johan bangun dan berhadapan dengan Afiz.

“ Tak! Aku tak gila tapi kau! Kau sia-siakan dia. kau buat dia macam patung. Kau lebih pentingkan adik angkat kau. Kalau aku ada dekat tempat dia pun aku mesti rasa derita.”

Aku rasa nak menangis. Afiz.

“ Okay fine! Kita bertanding. Siapa yang akan dapat hati dia.”

What? Apa yang mereka nak buat ni?

“ Okay. Cun!”

“ Stop! Cukup! Apa semua ni? please stop!”

Mereka ingat aku ni patung ke nak bertaruh segala? Akhirnya aku bangun dan masuk ke dalam bilik. Ya Allah berikan aku kekuatan. Aku tak kuat!

**
Dua minggu telah pun berlalu. Ini bermakna dah dua minggu juga aku tak berhadapan dengan dua orang lelaki itu. langsung tak bersua muka. Aku biar sahaja mereka call dan message. Tapi satu pun aku tak jawab. 

Aku dah malas nak fikir. aku serahkan semuanya pada Allah. Biar Dia yang tentukan segala-galanya.
Dan sekarang aku nak fokus pada study. insya-Allah lagi setahun aku akan habis pengajian. Maybe lepas tu baru aku fikir semula. Aku dah penat lah dengan semua ni.

“ Jannah! Telefon kau berbunyi ni.”

Aku yang elok tengok skrin tv terus beralih ke dapur. Melihatkan Nafisa yang sedang makan tu buatkan aku terliur pula.

“ Kau datanglah hantar kejap. Aku malas nak bangun pula.” Balasku dengan sengihan.

“ Nah.”

Aku terkejut tengok nama di skrin telefon. Ayah? Kenapa tiba-tiba ayah telefon ni?

“ Assalamualaikum ayah.”

“ Waalaikumussalam anak ayah. Kamu sihat?”

“ Alhamdulillah sihat. Kenapa ayah? Ada sesuatu yang berlaku ke kat kampung?” Aku mula rasa cemas.

“ Tak. Jangan risau. Kamu ni macam mak kamu kan?”

“ Yalah. Anak siapa? hehe.”

“ Sebenarnya ada benda yang ayah nak cakapkan dekat kamu ni. Ayah harap kamu tak terkejut. Ayah nak kamu fikir dalam-dalam dulu sebelum buat keputusan. Kami tak paksa kamu nak.”

Aku dah mula rasa berdebar-debar. Apa yang akan berlaku ni?

“ Afiz datang semalam. Dia bawa rombongan meminang kamu. Dan sekarang kami tunggu persetujuan kamu sahaja sama ada kamu nak terima pinangan dia atau tak.”

Dan aku terus pengsan tak sedarkan diri.

**
“ Kau yakin dengan keputusan kau ni? kau tak menyesal?”

Aku tersenyum lantas menggelengkan kepalaku dengan perlahan.

“ InsyaAllah aku yakin. Maybe ini yang terbaik untukku.”

Tubuhku terus dipeluk Nafisa. Dan aku dapat dengar tangisan kecilnya itu.

“ Hey? Kenapa ni? kenapa menangis?” Soalku sambil menepuk belakangnya dengan perlahan.

“ Aku sedih. Sebab kau tak mampu miliki cinta kau. Aku sedih juga sebab dia buat kau macam ni. tapi aku pun happy sebab ada abang aku yang akan jaga kau. Aku pasti dia mampu membahagiakan kau. Aku yakin sangat.” Aku tersenyum kecil.

“ InsyaAllah. Wah! Kejap lagi kau jadi adik ipar aku la. Wah! Nanti boleh buli. Haha.”

Terus dia tampar bahuku selepas pelukan dileraikan. Akhirnya kami sama-sama ketawa.

“ Dah. rombongan lelaki dah nak sampai tu. kau dah ready?”

Aku hanya mengangguk lantas cuba mengukirkan senyuman. InsyaAllah aku ready. Ya Allah aku harap keputusan yang aku ambil ni betul. Walaupun aku masih belum melupakan Johan. Tapi InsyaAllah aku akan cuba mencintai Afiz. Itu tekad aku.

“ Beb. Abang aku dah sampai. Jom turun.”

Dengan lafaz bismillah. Aku pun melangkah bersama dengan Nafisa ke ruang tamu.

“ Eh? Abang Jo?”

Aku terkejut melihat mereka berdua. Afiz dan Johan?

“ Pengantin perempuan dah turun. Jadi boleh kita mulakan?”

Aku makin berdebar-debar. Tambahan pula ada Johan di sebelah Afiz. Kenapa dia ajak Johan?

“ Maaf. Sebelum tu saya ada pengumuman. Sebenarnya bukan saya yang akan bernikah tetapi kawan saya Johan. Maaf sebab tak maklumkan lebih awal. Semua ni rancangan last minute.”

Aku dan Nafisa. Masing-masing terbungkam. What? Apa yang dia sedang buat tu?

“ Jannah. Saya tahu dalam hati awak tu masih ada cinta pada Johan. Tapi kenapa awak masih terima saya?”

Aku terkelu lidah untuk menjawab.

“ Ya. Saya tahu awak dah beritahu saya yang awak nak lupakan segala-galanya yang berlaku. Tapi maaf. Saya nak awak bahagia. Saya takut awak tak bahagia bila bersama saya. Saya rasa saya patut kembalikan awak pada Johan. Cinta sejati awak.”

Air mataku menitis. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan sekarang.

“ Kerana awak cintakan dia awak kena pilih dia. Bukan saya. Nafisa.. Maafkan along.”

“ Tak apa along. Walau apa pun yang berlaku along tetap abang Nafisa. Nafisa bangga dapat abang seperti along.”

Aku menggenggam erat tangan Nafisa. Mataku terpaku pada Afiz yang sedang tersenyum itu. manakala Johan nampak tampan apabila mengenakan baju Melayu.

“ Tok kadi. Kita boleh mulakan sekarang.”

Ya Allah. Dia sanggup berkorban demi kebahagiaan aku. Terima kasih Afiz. Dan maafkan saya.

**
“ Alhamdulillah. Akhirnya kita dah berjaya dapat apa yang kita mahukan.”

Aku tersenyum melihat wajah teruja Nafisa itu. yalah. Hari ni kami dah konvoi. Siapa yang tak happy bila penat lelah kami selama ini berbaloi akhirnya.

“ So.. Lepas ni aku tunggu kad undangan kahwin daripada kau jelah. Kan?” Usikku dengan sengihan.

“ Hehe. InsyaAllah. Minggu depan mereka datang meminang. Kau! Mesti jadi pengapit aku.”

“ Kau sanggup ke mak buyung ni jadi pengapit kau? Kau tak kisah ke?”

“ Tak. Aku sanggup. Alah. Baru lima bulan. Tak nampak buyung lagi la.”

Akhirnya kami sama-sama ketawa bahagia.

“ Hai sayang.”

Aku menoleh dan terus salam tangannya.

“ Hai Abang Jo. Mana along saya? Dari tadi tak nampak pun.”

“ Ada. Dekat situ. Tengah cakap dengan buah hati dia.”

“ Oh. Okaylah Jannah. Aku gerak dulu. Ingat tau. Malam esok datang rumah. Aku tunggu.”

“ InsyaAllah. Bye.”

Aku tengok Nafisa daripada jauh. Dan Afiz. Alhamdulillah dia dah jumpa cinta sejati dia. esok malam adalah hari akad nikah dia. terima kasih Ya Allah berikan dia kebahagiaan.

“ Amboi. Jauh mengelamun sampai lupa abang dekat tepi ni.” Aku tersengih.

“ Abang. Macam mana Afiz boleh berubah fikiran dan ajak abang? Abang tahu tak masa tu Jannah nak kahwin dengan kawan abang tu?” Soalku bertalu-talu.

“ Tak. Serius abang tak tahu. Bila dia datang dengan pakaian baju Melayu tu lah abang dah rasa lain macam. Bila dia cakap dia nak abang gantikan dia. abang langsung tak faham. Tapi bila sampai dan tengok sendiri. Rupanya dia nak abang yang kahwin dengan sayang bukan dia. dia terlalu baik kan sayang?”

“ Hmmm. Sangat baik. Kalau tak kerana dia rasanya sampai sekarang abang tengah kecewa sorang-sorang. Hehe.”

Hidungku dicuitnya perlahan. Aku hanya tersengih.

“ tapi terima kasih tau sebab sudi terima abang balik. abang tahu abang salah. Tapi jangan risau. Fatin takkan ganggu kita dah. dia dah ada dekat luar negara. Dah berhijrah katanya.”

“ Baik boss! Jom balik! lapar. Baby nak makan.”

“ Baby ke mama dia yang lapar.”

Akhirnya kami sama-sama ketawa kecil sebelum bergerak keluar daripada UITM Shah Alam itu. Terima kasih ya Allah. Aku bersyukur sangat dengan anugerah yang Kau berikan ini. alhamdulillah.

Abang.. Kerana cinta kita bersatu. Kerana pengorbanan Afiz juga kita bersatu. Thanks for everything Afiz and I love you abang. InsyaAllah sehingga ke Jannah Allah. Amin.

~Tamat~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers