Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah la sihat. Tapi tuan badan tak berapa nak sihat.Hehe. Demam sikit. Balik-balik dari Pulau Aman terus demam. Lpas tu boleh lagi ke Padang Besar. Haha. Teruk kan?
Okay2. Berbalik pada cerpen. Humm.. Aku ada masa lebih kurang dua minggu lebih untuk siapkan cerpen dan upload ke sini. Lepas ni kena tunggu bulan 12 tahun depan pula. Sebab apa? Sebab aku busy dengan STPM. Okay guys? So.. jom baca. Hehe..
Suatu ketika dahulu…
“ Man.. Kalau suatu hari nanti aku ni dah nak jadi anak dara
tua. Kau sudi kahwin dengan aku tak?”
Dahlia memandang sayu ke arah Khairul. Khairul yang
mendengar soalan itu tersenyum dalam hati. Sedangkan dekat luar serius bukan
main. Saja nak buat Dahlia takut.
“ Kenapa kau tanya?”
“ yalah. Kau bukan tak kenal aku. Aku ni susah nak didekati
tau tak? Dahlah tak cantik, tak pandai dan selalu susahkan orang. Siapa nak
dekat aku ni. sebab tu aku tanya kau. Sudi tak?”
Khairul mengetuk kepala Dahlia yang berlapik dengan tudung
itu. minah ni kalau cakap ikut sedap mulut dia je. geram aku. habis aku ni apa?
aku ni dah lama suka dekat kau. Tapi kau tak sedar. Lembap! Mentang-mentang
kita ni kawan je.
“ Ouch! Sakitlah! Dah kenapa dengan kau ni?” Berang Dahlia.
“ Kaulah. Cakap ikut sedap mulut je. siapa kata kawan aku ni
tak cantik dan tak pandai ha? Memandai je buat andaian.”
Dahlia mencebik.
“ Aku tau kau hanya nak sedapkan hati aku je. so, kau belum
jawab soalan aku lagi. Cepatlah!” gesa Dahlia.
Khairul memandang tepat ke arah Dahlia yang menanti
jawapannya itu.
“ Tak sudi!” Sedangkan dalam hati sudi sangat-sangat.
Dahlia tertunduk. Dah agak! Semua orang tak sudi. Hurmm..
Sabar je lah Dahlia. Jodoh kau ada tu Cuma belum sampai.
Khairul yang melihat riak muka Dahlia tersenyum tepi. Kau ni
Dahlia. Mudah sangat percaya cakap aku. aku sudilah. Cuma takkan aku nak tunjuk
kot. Tak surprise lah. Kita tunggu bila kita dah besar erk? Aku akan pergi cari
kau masa tu. itu janji aku. itu pun kalau kau belum kahwin.
“ Janganlah buat muka macam tu. kata kawan. Aku mungkin sudi
kalau keadaan mendesak. Ehhe…”
Sengaja Khairul menduga hati Dahlia. Dahlah hati gadis tu
tengah berserabut.
“ Khai.. Pleaselah!”
“ Buat apa kau fikir semua ni? kita masih belajar ok.
Pleaselah! Lainlah kalau dah habis belajar.”
Dahlia terdiam. Aku tau. SPM pun tak past lagi. Tapi entah.
Aku terfikir.
“ Lupakan je lah. Jom ke bilik bahasa.”
Khairul melihat Dahlia dengan penuh kasih. Aku sudi Dahlia!
Aku sudi! Kau Cuma perlu tunggu hari tu tiba. InsyaAllah.
**
Kini
“ Aduh! Sakitnya perut! Mana aku nak cari tandas tengah
bandar ni. haish!”
Terkedek-kedek kakinya melangkah masuk ke dalam sebuah kedai
makan. Mahu tak mahu dia kena juga cari tandas. Dah tak tahan sangat ni. aduh!
Menyesal aku makan pagi. Haish!
“ Ouch!”
Dahlia merengus dalam kesakitan. Dahlah perut tengah sakit.
Lepas tu dilanggar orang pulak. Apalah nasib aku hari ni.
“ Lain kali jalan tengok depanlah!” Berang Dahlia lalu
cepat-cepat masuk ke tandas. Dah tak pandang kiri kanan dah. Sakit
sangat-sangat. Jadi macam tu lah. Nasib baik bukan tengah jalan.
“ Argh! Lega!”
Dahlia menghembus nafas lega selepas keluar daripada tandas.
Yalah. Dah lega pun sakit perut dia tu. Peluh yang merintik dekat dahinya tu
diseka. Lepas ni terus ke pejabat. Dah lewat sangat ni.
“ Dahlia.”
Erk! Dahlia berhenti daripada melangkah. Tak silap aku tadi
ada orang panggil nama aku. siapa pula yang kenal aku dalam kedai makan ni?
“ Yes?” Sahut Dahlia lalu menoleh ke belakang.
Senyuman orang yang menyapanya itu sudah cukup buat dia
terkedu dan terkaku. Lidahnya terus kelu daripada nak berkata-kata. Terkejut
punya fasal.
“ Hey? Takkan tak kenal dekat aku lagi kot. Sampai hati kau
kan?” Dengan nada yang sedih Khairul berkata. Sengaja.
“ Erk.. Khairul? Apa yang awak buat dekat sini?” Soal Dahlia
dengan blurnya.
Khairul yang mendengar panggilan Dahlia tersenyum kecil.
Dahlia..Dahlia. betul ke ni kau?
“ Mimpi apa kau tiba-tiba panggil aku dengan panggilan
‘awak’?”
Khairul tersengih lebar. Dia pun sebenarnya terkejut juga
apabila terserempak dengan Dahlia. Semua ni gara-gara Dahlia terlanggar dia
tadi. Masa tu dia jamin Dahlia langsung tak perasan akan dirinya.
“ Ha? Erk.. Ada aku panggil macam tu ke?” Dahlia tergaru
kepalanya sendiri. Dah kenapa dengan aku ni?
Khairul mengetuk kepala Dahlia. Bagi sedar sikit. Jangan lah
jadi blur sangat Dahlia oii.
“ Ouch! Sakitlah!”
“ Ha! Baguslah kalau sakit. Itu maknanya kau sedar.”
Dahlia memuncung. Dari dulu sampai sekarang, kepala aku je
asyik jadi mangsa dia. benci aku!
“ Dahlah. Aku nak balik ke pejabat ni. anyway… Seronok dapat
berjumpa dengan kau balik. dan.. kau dah banyak berubah. Ehe..”
Dahlia terus melangkah meninggalkan Khairul. Dia rasa nak
cepat balik ke pejabat. Bukannya apa. Tadi tu aku macam berdepan dengan orang
lain. Bukan insan yang bernama Khairul. You know? Huh!
Khairul pula masih tersenyum lebar. Alhamdulillah. Akhirnya
kita dipertemukan juga Dahlia. Agaknya ini jodoh yang Allah aturkan buat kita.
Demi janji yang telah aku buat dulu. InsyaAllah aku akan pergi pinang kau. Tu
pun kena tengok sama ada kau ni dah kahwin ke belum. Ahak! Gatal kau Khairul.
**
“ Mila! Tolong aku!”
Dahlia bergegas masuk ke dalam rumah dan mencari kelibat
Mila. Dah serupa orang kena kejar dengan anjing lagaknya.
“ Kau ni dah kenapa Lia? Terjerit sana terjerit sini. Cuba
bawa bertenang sikit. Rimas aku tengok.” Muncul Mila dari dapur sambil membawa
mug air.
“ Mila! Tolong tampar pipi aku. now!” Desak Dahlia. Mila
yang hairan hanya melihat.
“ Kau ni. kau kan tahu tangan aku ni kasar sikit. Aku tampar
pelan pun rasa sakit tau tak. Kenapa ni?”
“ Tampar je. aku tak kisah sebab aku yang suruh. Please!”
“ Tapi.”
“ faster!”
Pang!
“ Ouch! Sakit gila!”
Dahlia mengaduh kesakitan lalu terduduk dekat sofa. Dia
mengulas lembut pipinya yang agak merah itu. apabila tersedar, dia terus bangun
semula. Jadi ini bukan mimpi. Memang benar tadi tu Khairul? Argh! Tak ku
sangka.
“ Kau okay ke ni? lain macam je aku tengok.” Mila pula jadi
risau.
“ Aku jumpa Khairul. Percaya tak?”
“ Percaya. Macam mana dengan dia sekarang? Dulu korang kawan
baik kan?” Mila menghirup sedikit air sebelum melihat sepenuhnya ke arah
Dahlia.
“ Haah. Weh.. serius! Aku macam berdepan dengan orang lain
je tadi. Serius beb! Malu pula aku rasa. Tak macam Khairul yang dulu.” Jelas
Dahlia.
Mila tersengih.
“ Itu maknanya dia cuba sempurnakan diri dia untuk kau. Kau
je tak sedar.” Ujar Mila selamba. Sedangkan memang betul pun. Dulu dia je
perasan apa perasaan Khairul terhadap Dahlia. Dan hanya dia dan Khairul je tahu
apa yang Khairul berjanji. Dahlia je lembap sangat.
“ Ha? Kau ni biar betul?” Dahlia terkejut beruk.
Mila tersengih lagi sambil menjongketkan bahu. Aku tak boleh
bongkar rahsia. Nanti usaha Khairul akan jadi sia-sia.
“ Manalah aku tau. Aku Cuma teka je. tu pun dah gelisah ke?”
Dahlia terdiam.
“ Aku gelisah ni pun bukan apa. sebab dulu aku pernah tanya
dekat dia soalan yang bodoh. Kau tau kan apa?”
“ Soalan fasal anak dara tua tu? dan kau tanya dia sama ada
dia sudi kahwin dengan kau? Gitu?”
Dahlia menjerit kecil. Aku tak nak ingat benda tu! malu!
“ Relakslah beb. Kau nak malu apanya. Dia pun rasanya dah
lupa. Lama dah kan? kalau betul pun apa salahnya? Kau pun masih bujang kan?”
Mila masih tidak mahu berhenti mengusik Dahlia. Dahlia hanya mencebik.
“ Malas arh nak layan kau. Tak boleh diharap langsung.”
Baru saja Dahlia ingin bangun. Telefon bimbitnya berbunyi.
Siapalah telefon malam-malam macam ni. kacau daun je lah.
“ Helo!” Jawab Dahlia dengan suara yang garang. Dah lah
nombor yang tidak dikenali. Mila di sebelahnya hanya mampu menggelengkan
kepala.
“ Amboi anak dara ni. Garangnya.”
Dahlia memandang Mila. Dahinya berkerut seribu. Siapa?
“ Siapa ni? Maaf saya tak kenal.”
“ Sampai hati kau tak cam suara aku kan? kata kawan. Sedih
arh macam ni.”
Akhirnya Dahlia tersenyum lantas ketawa kecil. mila yang
tengok dah dapat mengagak siapa gerangan yang telefon Dahlia. Khairul!
“ La.. kau ke. Mana kau dapat nombor aku ni?”
“ Mila bagi.”
“ What?”
Mila terkejut apabila Dahlia mencerun ke arahnya. Ini pasti Khairul
bagitau Dahlia dari mana dia dapat nombor. Aku belasah Cuma Khairul ni kang.
Tak pandai jaga rahsia langsung.
“ Janganlah marah dia. aku je yang mendesak.”
“ Okay fine! Nak apa? orang penatlah.”
“ Nak awak.”
“ Ha?!”
Mila yang melihat reaksi Dahlia tahan tawa. Pasti Khairul
mengusik Dahlia. Habislah kau Dahlia. Tunggulah selepas ni. harap kau berjaya
Khairul.
**
“ Weh!”
Khairul yang ralit termenung itu tersentak apabila disergah
oleh kawan baiknya itu. kacau daun betullah mamat ni. baru nak berangan.
“ Aku tengok daripada tadi asyik sengih je. dah macam orang
gila pun ada. Kau dah kenapa? Angau erk?”
Khairul tersengih.
“ Agak-agak kau?”
Naim tersentak besar. Terus dia tumpukan perhatian
sepenuhnya pada Khairul.
“ Kau jatuh cinta dekat orang lain ke? Kau jangan. Dahlia tu
kau nak letak mana?”
Bahu Naim pula jadi mangsa.
“ Agak-agaklah kau. Hati aku ni tak boleh terima orang lain
selain dia dah.”
“ dah tu?”
“ Dengan dialah. Siapa lagi. Aku terjumpa dia semalam.”
Naim tertampar bahu Khairul dengan riak yang tak percaya.
“ Serius?”
Khairul memandang geram ke arah Naim. Aik? Dia yang nampak
terlebih teruja ni? dah kenapa?
“ Yala. Kalau tak aku tak jadi macam ni lah. Ish!”
Naim tersengih kecil.
“ Ada jodohlah tu. So bila nak masuk meminang?” ujar Naim dengan
riak tak sabarnya.
“ Weh! Aku baru jumpa semalam. Terus tanya bila nak pinang?
Kau ni dah tak betul ke apa?” Sindir Khairul.
“ Oit! Lagi cepat lagi baik okay? Nanti bila dia dikebas
orang baru kau tahu. Masa tu tak ada sesiapa pun dapat tolong kau.” Balas Naim
panjang lebar dan dengan penuh perasaan.
“ Mulut kau!”
Naim ketawa besar. Tau pun gelabah.
“ So… nanti nak kahwin dengan lupa jemput aku jadi pengapit
kau. Okay? Jom masuk pejabat.”
Khairul hanya tersenyum kecil melihat Naim. Dialah satu-satunya
kawan yang aku miliki. Naim.. Kau jangan risau. Aku akan buat apa yang terbaik
untuk dia dan diri aku. InsyaAllah.
**
Dahlia memandang sekelilingnya. Dia rasa macam diperhatikan
oleh seseorang. Rasa takut menyelubungi dirinya. Yang dia tahu dia nak cepat-cepat
sampai ke kereta dan balik ke rumah.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa berlengah Dahlia
menjawab panggilan tersebut sambil melangkah ke arah parking kereta.
“ Kenapa kau jalan laju sangat?”
Terus langkah Dahlia terhenti.
“ Kau tengah kejar aku ke Khairul? Kau ke yang perhati aku
tadi?”
Terus Dahlia memusingkan badan ke belakang.
“ Yala. Kau ni. ingat aku ni pembunuh bersiri ke?”
Khairul terus meletakkan panggilan selepas berdiri di
hadapan Dahlia. Tercetus senyuman pada bibirnya. Dahlia. Kau langsung tak
berubah. Cuma penampilan kau je jauh bezanya dari dulu. Sekarang kau dah pandai
bergaya dan bertudung. Alhamdulillah.
“ Kau ni! kau bukan tak tahu aku ni penakut!” Bentak Dahlia
dengan geram. Yala aku keluar je daripada pejabat terus je rasa diperhati.
“ Rileks. Jom aku belanja kau minum.” Ajak Khairul.
“ Tapi kereta?”
“ Tak apa. Nanti aku hantar kau ke sini semula. Lepas tu aku
ikut kau sampai ke rumah. Takut ada orang lain perhati kau pula. Melepas aku.”
Seloroh Khairul walaupun ada benar kata-katanya tu.
Dahlia mencebik.
“ Yela. Jom.”
Restoran Nasi Kandar menjadi pilihan mereka berdua.
Gara-gara baru balik daripada kerja dan perut mula berkeroncong, jadi mereka
makan sekali.
“ Kau kerja dekat mana? Macam mana kau tahu tempat kerja
aku?” Soal Dahlia sebaik selepas membuat pesanan.
“ Mila cakap dekat aku. kau jangan salahkan dia. aku yang
desak dia suruh beritahu aku.” Sengih Khairul.
Dahlia mencebik. Mila.. Kau ni kan?!
“ Aku kerja dekat belakang bangunan kau tu je. Aku baru ditukar
ke sini sebulan yang lepas. Tapi kenapa baru minggu lepas kita terjumpa erk?”
“ Ceh. Amacam sekarang? Dah berapa orang anak?”
Khairul tersedak selepas mendengar soalan baik punya
daripada Dahlia yang tengah tersengih tu. Aduh! Soalan!
“ Amboi dia. kau ingat muka aku ni dah setua tu ke? Aku
belum kahwin okay?”
Dahlia tertawa kecil. suka usik Khairul.
“ Takkanlah tak kahwin lagi? Muka tu dah berkedut dah.
haha.”
“ Ha! Perli. Perlilah lagi. Aku tak kahwin lagi sebab kau je
ni.”
Dahlia terus terdiam.
“ Asal dengan aku? jodoh aku belum sampai la. Lainlah kau.
Bergaya. Macho pula tu. mesti ramai orang terpikat punya.”
Khairul tersenyum. dahlia. Inilah dia. suka merendah diri.
Dia selalu melebihkan orang lain daripada diri dia. Sebab tu aku sayang dia.
“ Aku tunggu kau la.” Selamba Khairul sedangkan dalam hati
dia benar-benar maksudkan kata-katanya.
“ Eh? Asal tunggu aku?”
“ Yala. Nak kahwin dengan kau lah. Kau ni..”
Dahlia terus terdiam. Manakala Khairul masih bersikap
selamba. Tapi rasa nak tergelak tengok reaksi Dahlia. Terkejut kot!
“ La.. asal muka kau macam tu? Aku gurau je la.” Akhirnya
Khairul mengalah dan terus tersengih.
“ Eii! Kau ni!” Dahlia cuba mengawal riak mukanya dengan
marah Khairul. Sedangkan dalam hati dia dah berdebar-debar kencang.
Khairul memandang ke kiri. Ya Allah. Bantulah aku untuk
menikahi dia. aku mencintai dia Ya Allah.
**
“ Macam mana?”
Mila terus menggelengkan kepalanya.
“ Tak cun. Kau ni.. Reti pikat hati perempuan ke tak? Aduh!
Takkanlah kau nak pergi jumpa dia dan dinner pakai t-shirt macam ni? aduh!
Jatuh standard beb!” Rungut Mila lantas memilih baju lain yang ada dalam kedai
itu.
Khairul tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu sambil
tersengih.
“ Ala. Kau ni. macam tak kenal aku. Dahlia ada dekat mana
sekarang? Kau dah suruh dia tunggu kau dekat restoran tu ke?”
“ rileks. Aku rasa dia on the way ke sana. Dia berbaju
kurung so kau pun kenalah smart sikit.”
Akhirnya Mila mencapai satu kemeja berwarna purple sama
warna dengan baju Dahlia. Okay! Ni cun!
“ Nah.. pakai ni. Okay? Dah aku nak balik. goodluck.”
Khairul tersenyum lantas menyambut baju tersebut.
“ Okay beb. thanks.”
**
Dahlia menyentuh dadanya. Ya Allah. Kenapa yang aku rasa
berdebar-debar ni? Mana Mila ni? Kenapa yang lambat sangat? Ish! Aku dah rasa
tak kena ni.
“ Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Dahlia terkejut besar apabila melihat insan yang memberikan
salam itu. Khairul?
“ Dah lama tunggu?” Soal Khairul lantas ambil tempat di
hadapan Dahlia.
“ Erk.. tak. Baru 10 minit.”
Dahlia buat reaksi pelik. Khairul yang melihat hanya mampu
tersenyum.
“ Mila suruh aku gantikan tempat dia. dia kata ada hal
kecemasan. So boleh kita pesan makanan?”
Dahlia tersengih. Mila! Kenapa kau tak cakap awal-awal? Atau
ni rancangan kau? Ish!
“ Dahlia… aku nak tanya sikit boleh?”
“ Boleh. Tanya je.”
“ Kau masih ingat tak soalan yang kau pernah tanya aku dulu
tu?”
Dahlia terkedu. Matanya tepat memandang ke arah Khairul. Ya
Allah. Dia masih ingat? Aduhai!
“ Erk.. soalan apa ye?”
Dahlia buat-buat tanya. Aduh!
Khairul tersenyum. Aku tahu dia buat-buat tanya. Tak apa.
“ Sudikah awak jadi isteri saya?” Muka Khairul terus
bertukar serius.
Dahlia yang melihat makin jadi tak tentu arah.
“ Khai? Kau okay ke ni?” Dahlia cuba ketawa tapi Khairul
masih berwajah serius. Dia dah makin tak senang duduk.
“ Aku..aku… Khai? Jangan buat aku resah macam ni.”
Khairul menyembunyikan senyumannya. Tahu pula gelabah. Haha.
Nak usik lagi. Tak kira!
“ Resah? Masa bila saya buat awak resah. Saya betul-betul
maksudkan kata-kata saya tu. Awak tak sudi erk?” Dan sengaja dia tukar
panggilan.
Dahlia terteguk air liur. Ya Allah. Kenapa pula di saat ini
aku rasa macam nak terima perlawaan dia tu. Ya Allah. Bantulah aku.
“ Khai… aku..aku..”
Dahlia tunduk memandang jarinya. Jantungnya memang dah berdegup
pantas. Macam baru lepas lari dah ni ha.
Khairul masih mendiamkan diri. Dia nak tengok reaksi Dahlia.
Macam positif je? Ya Allah. Adakah dia punyai perasaan sama dengan aku?
“ Khai.. saya…”
Yes! Khairul tersenyum. sudahlah. Tak baik aku buat dia macam
ni. tapi lepas ni aku akan buat betul-betul.
“ Hey! Janganlah macam ni. Aku gurau je la. Hihi.” Khairul
terus tayangkan giginya yang putih bersih tu.
Dahlia yang baru nak berikan jawapan terus tampar kuat bahu
Khairul. Geram yang amat! Khairul pula hanya mampu ketawa. Tapi dalam hati dia
bahagia. Aku tahu dia pun sayangkan aku.
Dahlia menghentikan pukulannya dan tunduk memandang jari.
Hatinya pun dah kembali stabil. Dan dia rasa nak nangis.
“ Hey? Kenapa ni?”
Khairul dah jadi gelabah. Yalah. Dahlia menangis.
“ Aku benci kau! Kau ingat benda ni main-main ke?” Tajam
Dahlia merenung Khairul.
Khairul tersenyum sipi.
“ Kalau aku benar-benar maksudkan? Kau nak jawab apa?” Duga
Khairul.
“ Dahlah! Aku nak balik!”
Terus Dahlia bangun untuk berlalu. Tapi dihalang Khairul.
“ aku minta maaf okay. Aku tahu aku salah. Sorry.” Khairul
dah mula rasa bersalah sebab main-mainkan hati Dahlia sedangkan betul. Cuma dia
belum bersedia nak beritahu perkara yang sebenar pada Dahlia.
“ aku nak balik. hantar aku.”
Khairul tersenyum. walaupun dia garang-garang tapi dalam
hati tu tetap ada kelembutannya. Jangan risau. Aku akan buktikan kata-kata aku
tu nanti. Kau tunggu je Dahlia.
**
“ Aku dengar kan? Bos kita tu suka dekat Khairul tu. Dan si
Khai tu pula macam ada je perasaan dekat bos kita tu. Entahlah beb. Aku
dengar-dengar je.”
Dahlia yang mendengar di sebalik pintu bilik tersebut terus
melangkah keluar daripada pejabat milik Khairul. Hatinya bagai dirobek-robek.
Dan dia rasa macam nak nangis. Dia pun pelik dengan diri dia kebelakangan ni.
“ Dahlia?”
Dahlia tersentak. Dia sedaya upaya nak mengelak daripada
Khairul. Tapi tak sangka dia terjumpa dulu dengan aku.
“ Ya? Maaf. Aku nak balik dulu. Aku datang sebab nak lawat
je pejabat kau ni. Aku balik dulu.”
Dahlia terus melajukan langkahnya untuk menuju ke pintu lif.
Tapi gagal apabila tiba-tiba sahaja tangannya ditarik seseorang.
“ Hey! Kenapa ni? tunggulah aku. kita pergi lunch sama-sama
erk?” Khairul pelik. Kenapa reaksi Dahlia macam baru lepas marah je? muka tu
sedih semacam. Ada orang kata dekat dia ke?
“ Tak apa. aku balik dulu.”
“ Aku kata tunggu! Kejap!” tegas Khairul lantas melangkah ke
pejabat rakannya. Tapi terbantut apabila mendengar perbualan mereka.
“ Eh? Aku dengar lagi. Yang bos kita tu suka sangat bela si Khai
tu. Dan Khai tu pun satu. Haish. Sebab tu la orang lain cakap bos kita tu ada
perasaan dekat si Khai tu.”
Khairul terdiam. Dia menoleh melihat Dahlia. Rasanya sebab
ni Dahlia sedih. Tanpa berlengah dia terus menerjah masuk ke dalam tanpa ketuk
dahulu.
Mereka yang bergosip tadi apa lagi. Terkejut lah!
“ puas ke kata dekat saya dan bos?” Ujar Khairul serius.
“ Eh? Mana ada kata dekat awak dan bos. Awak silap dengar
ni.”
“ Untuk pengetahuan korang berdua. Bos yang korang duk kata
tu mak saudara saya tau? Dan saya dah anggap macam mak saya tau? Korang ni tau
tuduh je. ha! Korang tanggunglah dosa sendiri. Main kata je. Huh!”
Terus Khairul meninggalkan mereka berdua dan melangkah ke
arah Dahlia. Ya Allah. Ini semakin membuktikan yang Dahlia ada perasaan yang
sama dengan aku. harap-harap begitulah.
“ Jom.”
**
“ Sebenarnya dua tahun yang lalu, aku ada suka dekat sorang
ni. aku siap cakap dekat mak ayah aku suruh pergi melamar dia. ya aku tau ini
namanya perigi cari timba. Tapi aku dah tak peduli sebab aku sayang dia.”
Khairul hanya diam mendengar bicara Dahlia. Sebab dia yang
suruh Dahlia cerita apa yang terjadi dua tahun yang lalu. Sebab Mila ada cakap
Dahlia kecewa tahun tu.
“ Tapi lain pula yang aku dapat. Dia tolak lamaran keluarga
aku. dia siap hina aku. dia juga kata aku ni langsung tak sesuai digandingkan
dengan dia. dia langsung tak sudi kahwin dengan wanita macam aku ni. masa tu
aku memang dah kecewa gila. Semua benda yang aku buat tak kena. Malu sangat!
Sampai satu saat aku dah jadi bencikan dia. mulai saat itu jugalah aku lupakan
dia dan tak percaya lelaki sampai sekarang.” Cerita Dahlia panjang lebar.
“ Aku? kau benci juga ke?”
“ Kau lain. Kau tak sama dengan lelaki lain. Aku respect
kau. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku.” Dahlia tersenyum kecil.
Khairul hanya mengangguk. Dia semakin nekad untuk menikahi
Dahlia.
“ Dahlia. Aku nak cakap sikit. Dan aku harap kau tak
terkejut. Aku benar-benar maksudkan.”
Dahlia dah mula rasa lain. Dadanya serta-merta berdebar
tanpa sebab.
“ Kalau saya cakap yang saya sudi kahwin dengan awak?”
Dahlia terdiam. Tapi sesaat kemudian dia tertawa kecil.
“ Kau jangan nak main-main macam hari tu. ingat aku percaya
lagi ke?”
Khairul terus menggelengkan kepalanya.
“ Saya serius. Saya benar-benar maksudkan. Biarlah tiada
sesiapa pun yang sudi kahwin dengan awak. tapi saya sudi sebab saya sayangkan
awak. dah lama. Sebelum awak tanya saya soalan tu lagi.”
Dahlia benar-benar terbungkam. Soalan anak dara tu? Ya
Allah.
“ Ya. Percayalah Dahlia. Saya benar-benar sayangkan awak.
saya nak kahwin dengan awak. saya sudi sangat-sangat. And saya tak main-main.”
Dahlia masih tak mampu untuk membuka mulut. Lidahnya seakan
kelu untuk mengeluarkan suara.
“ Okay. Aku takkan guna panggilan formal tu. okay aku cakap
terus dari hati aku. sudi tak kau jadi isteri aku? aku tak tipu ni! betul!”
Siap angkat tangan kiri macam nak berikrar lagi.
Dahlia yang melihat rasa nak menangis.
“ Aku tau aku ni tak seperti orang yang kau suka dulu tu.
tapi aku benar-benar ikhlas. Aku tahu aku tak seperti yang kau idamkan. Tapi
aku boleh berikan kau kebahagiaan.” Bersungguh-sungguh betul Khairul menyatakan
perasaan dia.
“ Khai..”
Akhirnya Dahlia mengukirkan senyuman.
“ Yes? Dahlia…” Khairul pula jadi berdebar-debar.
“ Maaf.”
Khairul terdiam. Tapi dia masih ukirkan senyuman walaupun
hambar.
“ tak apa. aku faham. Perasaan mana boleh dipaksa-paksa.”
Dahlia tersenyum lagi.
“ Maaf tapi saya pun cintakan awak.”
**
Laju. Langkahnya laju menuju ke kereta. Semua ni demi
mengelakkan diri dia daripada terserempak dengan lelaki yang pernah menyakiti
hatinya dulu. Tapi tak sangka dia boleh terjumpa dengan lelaki tersebut dalam
kedai bunga ni.
“ Dahlia! Wait!”
Dahlia penat. Dah penat nak berlari. Tapi masih melajukan
langkahnya. Dia harap sangat time ni ada keajaiban akan muncul.
“ Dahlia!”
Malangnya, tangan Dahlia berjaya direntap lelaki tersebut.
“ Kau nak apa lagi Fikri?” Bentak Dahlia geram. Pantas dia
merentap tangannya semula.
“ Awak sihat?”
“ Sihat sangat. Kenapa?” Dingin Dahlia.
“ Saya nak minta maaf.”
“ For what?”
“ Sebab saya tolak lamaran awak dulu dan saya hina awak.
Saya benar-benar minta maaf. Saya tahu saya salah. Saya yang terburu-buru tolak
sedangkan masa tu saya senang dengan sikap awak. Cuma masa tu saya kecewa
dengan ex saya. That’s why saya tolak awak dan hina awak. I’m sorry.”
Dahlia terdiam. Terpancar riak keikhlasan pada wajahnya.
“ You’re late Fikri. Setelah apa yang kau buat dekat aku,
dengan senangnya kau minta maaf? Tak mudah aku nak terima maaf kau Fikri.”
“ Saya minta maaf. Dan saya baru sedar saya sayangkan awak.
Selama ni saya cari awak. Saya ada tanya mak awak tapi mak awak tak nak
beritahu. Dah tiga tahun saya cuba cari awak Dahlia. Alhamdulillah saya jumpa
juga hari ni.” Fikri tersenyum tipis.
Dahlia tersenyum sinis.
“ Maaf. Tapi kau dah melampau Fik. Mudah kan? Dah tolak
lepas tu hina lagi. Lepas tu minta maaf dan mengaku sayang pula. Mudahnya kau
berkata-kata kan? Kau ingat hati aku ni macam gula ke selepas dengar kau kata
cair? Hati aku ni dah keras tau gara-gara kau. Untuk pengetahuan kau juga. Aku
dah bencikan kau! And one more thing. Aku dah nak berkahwin. So lupakan aku.”
Terus Dahlia berlalu meninggalkan Fikri. Tanpa disedari air
matanya mengalir perlahan. Mengapa dia muncul kembali Ya Allah. Dia
mengingatkan aku kesan tu.
“ Dahlia!”
Tapi cepat-cepat dia menyeka air matanya itu. dah tak ada
gunanya lagi menitiskan air mata untuk lelaki yang tak guna tu. yang pasti dia
dah bahagia dengan adanya Khairul saat ini.
“ Dahlia Imani!”
Dahlia tersentak. Bukankah itu suara Khairul?
“ Dahlia! Awas!”
“ Huh?”
Bum!!!
**
Buk!
“ Khai! Dahlah tu.”
Khairul merengus geram. Dah tiga kali wajah si Fikri itu
ditumbuknya. Sampai nak merah tangannya.
“ Puas hati kau? Puas?”
Fikri menyeka darah yang mengalir keluar daripada mulutnya
itu. Dia tersenyum tipis.
“ Maafkan aku.”
“ Hey! Mudahnya kau minta maaf kan? setelah apa yang kau
buat dekat dia. dan sekarang dia ada dekat dalam. Sebab apa? sebab kau!”
Baru sahaja Khairul nak menumbuk lagi wajah itu. tangannya
serta-merta ditarik Naim. Khairul ni bukan boleh sangat.
“ Aku tau salah aku. aku minta maaf. Tapi aku tak sengaja.
Maafkan aku.”
“ Lebih baik kau pergi sebelum aku tumbuk muka kau lagi.
Pergi!”
Dengan langkah yang berat, Fikri melangkah pergi. Maafkan
saya awak. saya harap awak cepat sembuh. Saya juga harap awak bahagia dengan
dia. selamat tinggal Dahlia.
Khairul terduduk di kerusi. Dia meraup wajahnya kasar.
“ Beb.. sabar. Jangan terlalu ikutkan emosi.” Pesan Naim.
“ Salah aku juga beb. Kalaulah aku teman dia pergi kedai
bunga tadi. Tunang apa aku ni Naim? Aku teruk!”
Mengalir juga air mata jantannya. Dia rasa sedih dan tak
sanggup nak kehilangan Dahlia.
“ Jangan risau. Aku tau Dahlia akan okay.” Naim turut rasa
sebak. Lagi dua minggu mereka akan mendirikan rumah tangga. Tapi Dahlia pula
kemalangan.
“ Maaf. Keluarga Dahlia?”
Naim dan Khairul pantas berdiri dan melangkah ke arah doktor
tersebut.
“ Saya tunang dia. macam mana keadaan dia doktor?”
“ Alhamdulillah. Keadaan dia dah kembali stabil. Mujurlah
tiada kecederaan dalam. Cuma kepalanya cedera sedikit. Tapi nasib dia baik
sebab tiada hantukkan pada kepalanya.”
Khairul dan Naim. Masing-masing mengucapkan syukur.
“ terima kasih doktor. Kami boleh melawat dia?”
“ Ya. Silakan.”
Tanpa berlengah, Khairul pantas masuk untuk melihat Dahlia.
“ Awak…”
Naim di sebelah hanya mampu menepuk bahu Khairul seraya
memberikan kekuatan padanya.
“ Awak cepat sedar erk. Kita dah nak kahwin tau. Jangan
tinggalkan saya tau. Saya sayang awak.”
Tiba-tiba jari tangan kiri Dahlia bergerak. Khairul yang
melihat dah mula tersenyum.
“ Awak.. awak dah sedar?”
Perlahan-lahan mata Dahlia dibuka dan terpampang wajah cemas
Khairul. Terbit juga senyuman pada bibirnya.
“ A..awak.”
“ Alhamdulillah.” Ucap Naim dan Khairul serentak.
“ Baguslah kalau awak dah sedar. Risau saya. Maafkan saya
sebab tak teman awak tadi.”
Dahlia hanya tersenyum.
“ Mana.. mana Fik?” Tiba-tiba dia teringat Fikri.
“ Dia dah pergi. Jangan risau lepas ni dia takkan ganggu
awak dah.”
Dahlia terdiam. Fikri. Aku harap kau takkan ulang kesilapan
yang sama pada perempuan yang lain atau kau yang akan menyesal.
“ Dah. jangan fikir lagi. Awak rehatlah.”
“ Terima kasih awak.”
“ Sama-sama sayang.”
**
‘ Saya sayang awak
hingga ke hujung nyawa ‘
Dahlia tersenyum lebar saat membaca SMS itu. Khai..Khai.
sempat lagi hantar SMS tu. sedangkan dah nak akad nikah. Aduhai!
“ Kau dah ready?” Soal Mila dengan senyuman.
“ InsyaAllah dah.”
“ Okay jom.”
Apabila Dahlia dan Mila turun ke ruang tamu, semua mata
memandang ke arah mereka. Termasuk pengantin lelaki.
“ Amboi pengantin lelaki. Sabar sat noh. Tak baik pandang
lama-lama.”
Tercetus juga ketawa orang sekeliling selepas dengar seloroh
tok kadi itu. khairul termalu sendiri lalu tersengih.
Dahlia pula sudah tunduk memandang jari. Dia bertambah malu.
“ Dah sedia semua?”
“ Dah.”
“ Okay. Meh kita mulakan.”
Khairul menarik nafas dalam-dalam sebelum berjabat tangan
dengan tok kadi tersebut.
“ Muhammad Khairul Aiman Bin Haji Yusof…”
“ Ya saya.”
“ Aku nikahkan dikau dengan Dahlia Imani Binti Haji Rahman
dengan mas kahwinnya RM100.00 tunai…”
“ Aku terima nikahnya Dahlia Imani Binti Haji Rahman dengan
mas kahwinnya RM100.00 tunai..”
“ Sah?”
“ Sah..”
“ Alhamdulillah.”
Menitis juga air mata Dahlia tatkala mendengar perkataan
‘sah’. Kini secara sah, dia sudah menjadi milik Khairul. Dengan sekali lafaz
sahaja. Dahlia mengukirkan senyuman manis. Dia rasa sangat bahagia.
Alhamdulillah.
Khairul menoleh sekilas ke arah Dahlia yang tengah
memandangnya itu. dia hadiahkan senyuman manis buat Dahlia. Dalam hati dia berkata
‘ Terima kasih awak. saya cintakan awak.’
Dahlia pula hanya mengangguk bagaikan faham tanda renungan
Khairul tersebut. Sama-sama awak. saya pun cintakan awak.
**
‘ Biarlah tiada
sesiapapun yang sudi kahwin dengan awak. Tapi saya sudi sebab saya sayangkan
awak. Ingat tu. ingat sampai bila-bila.’
Dahlia tersenyum. khairul yang berada jauh di depan matanya
itu dipandang.
‘ Dah jadi suami saya
kan? So sudi ka tak sudi ka. Dah tersudi kan? terima je lah. Tak payahlah
ingat-ingat.’
Dahlia tersengih. Lawak pula SMS dia tu. dia curi-curi
tengok Khairul yang membaca SMS dia. dan dia tertawa kecil melihat reaksi
Khairul itu.
‘ Amboi dia. Nak kena
ni. Tunggu malam ni!’
Akhirnya Dahlia bangun mendekati Khairul yang tengah melayan
anak-anak buahnya itu.
“ Mak panggil.” Suara Dahlia tanpa memandang ke arah
suaminya itu. dalam hati rasa nak ketawa. Seronok buli suami sendiri. Haha.
“ buat apa? Amin dan Syira duduk sini dengan makcik tau. Pakcik
nak masuk dalam kejap. Makan sampai habis.”
Dahlia tersengih melihat anak-anak buah Khairul.
“ Makcik nak tahu sesuatu boleh tak?”
“ Boleh. Apa dia makcik?”
“ Pakcik kamu tu paling tak suka benda apa?”
“ Pakcik paling tak suka bila orang pegang rambut dia.”
Jawab Syira. Dahlia tersengih. Oh. Gitu. Haha.
“ Perkara apa yang paling pakcik suka pula?” Soal Dahlia
lagi.
“ Dia paling suka tengok gambar makcik. Kalau makcik nak
tau. Hari-hari dia tatap wajah makcik dalam henset dia.”
Dan Dahlia terkedu. Alolo. So sweet.
“ Okay. Thanks. Sayang korang. Nanti makcik belanja makan
tau.”
Dahlia terus bangun mendekati Khairul yang sedang
tergaru-garu kepalanya itu.
“ Dah kenapa dengan awak ni?”
“ Awak tipu saya erk? Mana ada mak panggil pun.”
Dan Dahlia tersengih.
“ Saja nak tipu. Hehe. Jangan marah.”
“ Awak!”
Belum sempat Khairul nak pegang tangan Dahlia. Dahlia
terlebih dahulu mengkusutkan rambutnya yang tinggi pacak itu. Haha.
“ Handsomenya suami saya ni. Lagi handsome kalau buat macam
ni.” Sengih Dahlia saat melihat muka cemberut suaminya itu.
“ Awak..” Khairul dah mula geram.
“ Geram saya tengok. Hehe. Saya masuk dulu. Tata!”
Terus Dahlia melarikan diri masuk ke dalam dengan gelak
tawa. Serius! Dia rasa bahagia kini.
“ Dahlia Imani! Siap awak!”
Tiada orang sudi kahwin dengan Dahlia? Jangan risau. Khairul
sudi malah sangat sudi.
~Tamat~
No comments :
Post a Comment