Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Sunday, 25 August 2013

Sesuci Kasihmu 4

Assalamualaikum. Ini adalah last upload daripada saya sblm saya nk hadapi trial SPM. Hehe.. maybe selepas 3 minggu baru sya akan upload balik cite. harap enjoy ketika membaca. jangan lupa tgglkan komen anda sekali. Terima kasih. :)





“ Hati-hati jalan tu. Nanti jatuh bangun sendiri ye? Dah tak ada sesiapa nak tolong!”


“ Ish! Tahulah! Sibuk hal along sudahlah!”


Izz tertawa kecil melihat adiknya daripada jauh. Walaupun dah berumur 23 tahun. Namun sikap kebudak-budakan adiknya itu tetap ada. Izz pula jenis suka mengusik.


“ Izz! Apa yang kamu buat tu? Mari tolong umi jap!”


Izz pantas masuk ke dalam rumah apabila uminya memanggil. Mujurlah adiknya dah pergi ke kolej.


“ Umi… Ya Allah. Kan Izz dah kata jangan bangun kalau dah penat macam ni.”


Izz pantas memimpin uminya kembali ke birai katil. Sikap degil uminya itu tak pernah nak berubah. Mujur juga Izz ni penyabar orangnya.


“ Umi bosan lah asyik duduk dalam bilik ni je. Umi nak juga berjalan keluar.”


Izz tersenyum. Tempat di sisi uminya diambil. Perlahan-lahan tangan uminya diusap.


“ InsyaAllah umi. Selepas umi betul-betul sembuh.” Ujar Izz lembut.


Umi Izz. Tidak kira sesiapapun akan memanggilnya dengan panggilan Umi. Umi tersenyum kecil melihat anak sulungnya itu. Dah besar pun anak aku ni. Dah nak capai 29 tahun pun. Tapi perangai nakal tu tak boleh nak tinggal langsung.


“ Izz.. Boleh umi tanya kamu sesuatu?” Soal Mami.


“ Apa tu? Umi tanya je..”


“ Bila agaknya umi boleh dapat calon menantu?”


Izz tersentak. Wajah tenang uminya direnung. Kemudian dia berikan senyuman yang sedikit hambar kepada uminya.


“ InsyaAllah umi. Suatu hari nanti.” Jawab Izz tenang.


Bukan aku tak mahu kahwin. Cuma hati aku masih belum dapat cari yang betul-betul berkenan. Kalau boleh aku nak cari seorang wanita sejati. Wanita yang mampu menjadi isteri yang baik. Biarpun wanita itu tidak cantik. Aku tak kisah. Asalkan dia mampu menjadi seorang isteri dan ibu yang baik buat aku.


“ Umi doakan kamu semoga cepat jumpa jodoh sebenar kamu.”


“ Amin…”


Akhirnya Izz hanya tersengih mendengar kata-kata uminya. Selepas arwah ayahnya pergi setahun yang lepas, hanya umilah tempat dia dan adiknya bergantung. Tapi kini, umi adalah tanggungjawab mereka berdua. Tambahan pula umi masih belum sembuh daripada penyakit darah tingginya.


***

Izz mengerutkan dahi apabila mendapat panggilan daripada kawan sekerjanya.


“ Kenapa? Aku kan tengah cuti ni.”


Izz mengambil tempat di pangkin depan rumahnya. Sengaja arwah ayah mereka meletakkan pangkin tersebut di hadapan rumah. Boleh rehat-rehat.


“ Kau busy ke? Aku bukan apa. Ada sepasang suami isteri ni nak buat prosedur bercerai. Kau kan pakar hal ni. Tapi mereka kata, penceraian itu akan jatuh apabila isterinya ni melahirkan anak.”


Izz tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kenapa sekarang ni makin ramai orang yang inginkan penceraian? Tak faham betullah! Bukankah Allah dah kata perbuatan itu dilaknatNya. Ish!


“ Bila?”


“ Esok? Mereka akan datang lagi esok. Tapi aku kesian tengok wajah wanita tu. Sedih je. Macam tak rela nak bercerai.” Sempat lagi kawannya itu bercerita.


Izz terdiam. Kalau dah tak redha kenapa bercerai? Atau suami dia yang beria-ria nak bercerai. Yelah lelaki ni kan boleh jatuhkan talak kepada si isteri ni bila-nila masa je yang dia nak.


“ Amacam? Kau okey kan?”


“ Okeylah. Tapi kejap je tau?”


“ yelah.”


Selepas meletakkan panggilan, Izz kembali terfikir fasal pasangan yang ingin bercerai itu. Apa masalah mereka sebenarnya? Kenapa sampai perlu ambil jalan ni? Apa dah tak ada jalan lain ke nak selesaikan?


Ya Allah. Aku ni pun satu. Sibuk satu hal.


“ Along!”


Izz yang tengah berfikir itu terkejut apabila disergah adiknya Izzati. Izzati yang melihat alongnya terkejut ketawa terkekek-kekek. Berjaya juga rancangannya nak perkenakan Izz.


“ Adik!”


Pantas dikejar Izzati yang semakin nakal itu. Kalau tak kacau orang walaupun sehari tak sahlah. Nak kena budak ni dengan aku.


“ Along! Stop!”


Izzati berhenti berlari apabila penat. Izz juga turut berhenti. Nafasnya turun naik melihat adiknya yang tercungap-cungap itu. Dia turut penat.


“ Lain kali kacau lagi along berfikir.”


Izz kembali duduk di pangkin. Wajahnya ditoleh ke arah jalan raya. Macam-macam kerenah yang dia dapat lihat di situ. Tak kurang juga ada makcik dan pakcik yang sedang bergaduh semata-mata nak pergi restoran Mak Liah atau warung Pak Mad.


Izz tergeleng-geleng saat teringat soal itu. Mujurlah dah tua. Kalau muda? Pasti perkataan sweet-sweet gitu digunakan. Eii.. Pleaselah. Geli bila aku dengar.


“ Along… Mengelamun lagi!”


Izzati mengambil tempt di hadapan Izz. Izz duduk tegak melihat Izzati macam bosan. Bosan? Semenjak bila adik aku ni reti bosan?


“ Nak apa? Tak keluar ke?”


Izzati tersengih. Kemudian kepalanya digelengkan perlahan. Masalah lain yang sedang menimpa dirinya saat itu.


“ Adik tak tahu nak cakap macam mana. Tapi ada sorang laki kata nak lamar adik jadi isteri dia. Sedangkan adik tak kenal dia langsung.”


Izz jelas sekali terlopong. Wow! Adik aku di lamar? Aku? Nak kata aku melamar sendiri memang tak lah kan? Tapi dilamar? Eh! Tu bohong sangatlah kan tiba-tiba ada perempuan nak melamar lelaki macam aku ni. Ceh!


“ Adik? Betul ke ni adik along?” Soal Izz tak percaya. Boleh lagi dia bergurau saat itu. Izzati dah bagai cacing kepanasan dah tapi Izz? Boleh memarakkan rasa marah Izzati.


“ Along! Jangan sampai adik ketuk kepala along kot?”


Izz akhirnya ketawa melihat wajah gelisah Izzati.


“ Kenapa? Takut? Gelisah? Atau malu?” Soal Izz bertalu-talu.


“ Bukan! Tapi adik Cuma risau.”


“ Risau kenapa pula?” Jelas timbul kerutan di dahi Izz.


“ Sebab dia muda setahun daripada adik ni. Jadi adik rasa ragu-ragu kalau benar dia datang melamar adik. Macam ne tu?”


Izz tersenyum.


“ Adik tahu kan kisah Nabi kita dengan isterinya yang pertama?”


Izzati hanya mengangguk. Mestilah tahu! Nabi kesayangan aku tu.


“ Jadi cuba adik bandingkan keadaan adik dengan nabi. Nabi kita tu, isteri dia tu jauh lebih tua daripada dia. Adik? Hanya muda setahun. Sedangkan nabi? Adik boleh fikir kan? Cinta ni tak mengenal usia. Dan jodoh yang Allah tetapkan tu dah cukup cantik sayang. Kalau dia dah jodoh adik, walaupun umur dia muda setahun. Dia tetap akan bersama dengan adik.” Jelas Izz panjang lebar.


Izzati yang mendengar akhirnya tersenyum lega.


“ terima kasih along! Sayang along!” terus dipeluk alongnya itu.


Izz menepuk perlahan bahu Izzati. Nampaknya kau semakin matang adik. Kalah along kau ni. Sampai saat ni belum jumpa wanita yang berkenan di hati.


“ Adik juga berdoa agar along cepat dapat jodoh. Amin…”


“ Amin.. terima kasih adikku yang tersayang. Sekarang pergi masuk. Bantu umi ke bilik air. Rasanya umi nak solat zuhur kot.” Suruh Izz apabila teringatkan uminya yang masih sukar untuk berjalan.


“ yelah. Along pun sama. Jangan asyik mengelamun je. Ingat sikit along tu dah jadi ketua imam dekat sini. Jadi janganlah nak termenung lebih-lebih ye.”


Izz yang baru nak mencubit lengan Izzati melepas. Izzati dah berlari masuk ke dalam rumah. Kureng kau Izzati. Huh!


“ tapi kan? best oo kalau dapat isteri perangai yang sekepala dengan aku ni. Haha..”


Izz tergeleng-geleng apabila mengemukakan cadangan itu. Mengarut! Apalah aku ni.


“ Izz! Apa yang gelak sorang-sorang tu?” Tiba-tiba pakcik jiran sebelah menegur.


Izz tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Seraya itu dia mengangguk perlahan membalas kata-kata pakcik itu.


“ Pakcik balik dulu. Jangan asyik layan perasaan. Kalau nak sangat isteri cari ikhtiar. jangan duk  berangan je.”


Dush! Izz tersentap. Yelah! Dia selalu berangan kebelakangan ni. Nak dapat isteri yang baik dan solehah. Hehe..


“ Okey pakcik! Terima kasih!”


Izz! Ubah sikap! Please… Huh!

Saturday, 24 August 2013

Sesuci Kasihmu 3



“ Zahra! Mana kau?!”


Selepas menjenguk ke dapur. Dia bergerak pula ke bilik Zahra. Tapi sayang Zahra tiada. Malah kelibat Zahra tiada di mana-mana dalam rumah itu. Mana pergi?


“ Abang… Mana isteri abang yang tak guna tu?”


Eslina. Dia adalah perempuan simpanan Syazwan. Tujuan Syazwan bawa Eslina pulang ke rumahnya itu bagi menemukan Zahra dan Eslina. Syazwan nak Zahra tahu yang kini Syazwan sangat sayangkan Eslina. Sayang sangat!


“ Entah. Puas abang cari!”


Syazwan menghempas kuat tubuhnya di sofa. Penat sangat mencari Zahra. Lepas tu kena melayan Eslina ni pula. Tapi dia tak kisah. Sayang punya fasal.


“ Abang dah janji abang nak ceraikan dia. Abang jangan tipu ye?”


Eslina mendekati Syazwan yang sedang baring itu. Mata Syazwan leka memandang ke arah syiling tanpa menyedari Eslina sudah mendekatinya. Lantas Eslina duduk di atas paha Syazwan.


“ Ye. Abang janji. Tapi abang belum puas nak seksa hidup dia.”


Syazwan bangun duduk lalu menarik Eslina lebih rapat dengannya. Zahra! Kau sengaja cari masalah dengan aku sekarang ni. Kau sengaja keluar atau lari terus daripada sini? Kau memang suka buat aku marah.


Wajah Syazwan yang tegang itu ditelus lembut oleh Eslina. Eslina menggeleng lalu tersenyum.


“ Abang… janganlah marah macam ni. Tak hensemlah.” Pujuk Eslina dengan suara menggodanya. Eslina memang pakar dalam menggoda lelaki. Lebih hebat daripada Zahra yang dulu.


Syazwan tersenyum melihat Eslina makin rancak melayannya. Zahra! Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing. Tapi hari ni aku lepaskan kau Zahra. Aku nak bersama dengan orang yang aku sayang sangat-sangat.


“ Eslina.. Eslina sayangkan abang kan?” Soal Syazwan lembut. Perlahan-lahan lengan Eslina diraihnya.


Eslina tertawa kecil.


“ Mestilah! Abang jahat kalau abang kata Eslina tak sayangkan abang.”


Syazwan pula yang tertawa melihat wajah Eslina yang berubah mendung itu.


“ Ala.. maafkan abang. Abang silap. Okey.. sekarang Eslina beritahu abang. Apa yang patut abang buat untuk pujuk buah hati abang ni? Hurmm?”


Syazwan menjongket kening melihat Eslina yang tersenyum lebar itu.


“ Eslina nak abang…”


**

“ Assalamualaikum…” 


Zahra yang ralit termenung itu menoleh ke arah pintu. Ternyata Farah sedang memandangnya.


“ Akak.. kenapa ni? Muram je?”


Farah mendekati Zahra  yang berada di birai katil. Kemudian bahu Zahra diusapnya perlahan.


“ Entahlah. Akak tiba-tiba rasa tak sedap hati. Rasa macam akan berlaku sesuatu. Tapi apa ye?”


Zahra merenung jauh ke luar tingkap. Tiba-tiba dia teringatkan suaminya. Syazwan! Macam mana keadaan dia sekarang? Adakah dia memarahi aku? Maafkan aku Syazwan. Aku terdesak.


“ Tak payahlah fikir fasal suami akak tu. Buat sakit hati je.”


Jelas Farah kurang menyenangi dengan Syazwan. Kalau boleh putarkan masa, aku tidak akan benarkan akak kahwin dengan jantan tu. Huh!


“ Farah..” Zahra tersenyum melihat sikap Farah yang suka marah itu.


“ Akak! Janganlah dibela sangat abang Syazwan tu. Dan lagi satu. Kebelakangan ni, Farah selalu dengar akak dan abang Syazwan membahasakan diri masing-masing dengan panggilan ‘ kau aku’. Kenapa tidak abang atau sayang?”


Zahra tersentak. Tak sangka Farah akan menyoal sebegitu. Semuanya berlaku dalam sekelip mata Farah. 5 bulan yang lepas, masa tu, akak baru selesai solat sunat taubat. Tiba-tiba abang ipar kamu masuk ke dalam bilik.


Abang ipar kamu balik dalam keadaan yang busuk. Busuk dengan minuman keras. Akak kecewa kerana dalam seumur hidup akak pun. Akak tak pernah menyentuh minuman haram tu. Tapi masa tu akak dah tak tahan jadi akak tegurlah.


Tak sangka abang ipar kamu tak suka. Selepas itu, dia pukul akak. Dan tubuh akak jadi mangsa. Akak redha sebab abang ipar kamu bukan orang lain. Tapi akak kesal dengan dia. Keesokan paginya, kami bergaduh kerana fasal semalam. Masa tu terus ubah nada bicara kami Farah.


“ Akak!”


Zahra tersedar. Maafkan akak Farah! Akak tak boleh cerita dekat Farah. Ini soal peribadi akak.


“ Maafkan akak..” Ucap Zahra lantas tersenyum. Farah pula mencebik. Bela abang Syazwan lah tu.


“ Farah! Akak! Turun bawah jap!”


Laungan Alif menyentakkan mereka berdua.


“ Jom turun kak. Mesti ada apa-apa tu.” Ajak Farah lantas menarik Zahra agar turun bersamanya.


Sampai saja di ruang tamu, Alif menyerahkan telefon bimbit Zahra kepadanya. Zahra menyambut dengan kerutan di dahi.


“ Siapa?” Bisik Zahra. Alif hanya menjongket bahu. Farah di sebelah hanya melihat.


Tanpa membuang masa, Zahra menyambut panggilan tersebut. Masa itu juga hatinya jadi makin berdebar-debar.


“ helo?”


Zahra memandang Farah dan Alif silih berganti.


“ Apa?!”


**

Air mata seorang isteri tumpah akhirnya setelah melihat keadaan suaminya dengan seorang perempuan yang tidak dikenali dalam rumah. Hanya berdua.


“ Adakah betul ni suami cik?”


Zahra menekup mulut lalu terduduk di kaki Farah. Farah yang sedih melihat Zahra pantas memaut bahu Zahra.


“ Ya. Dia suami akak saya.” Balas Farah apabila Zahra dah tak mampu untuk bersuara.


Tapi lain pula bagi Syazwan dan Eslina. Mereka berdua hanya bersahaja tanpa berasa bersalah ataupun sedih. Mereka rasa mereka puas lakukan sedemikian.


“ Maafkan kami. Tapi kami hanya melakukan tugas. 15 minit yang lalu, kami dapat panggilan daripada jiran. Katanya suami cik ni bawa masuk perempuan yang bukan muhrim. Jadi kami datang lah sini. Dan apa yang kami lihat memang betul. Suami cik berdua-duaan melakukan maksiat dalam rumah ni.” Jelas salah seorang wakil daripada JAIS itu.


Syazwan pantas memakai bajunya kembali apabila ramai orang memandang hina kepadanya. Manakala Eslina kembali menyarungkan pakaian ke tubuhnya yang hampir terdedah itu.


“ Wan! Kenapa kau buat aku macam ni?” Rintih Zahra. Air matanya makin laju mengalir.


Tiba-tiba Alif menerpa ke arah Syazwan lalu menumbuknya. Rasa marah dah tak dapat ditahan oleh Alif apabila melihat akak iparnya merana. Tambahan pula akak iparnya sedang mengandung anak lelaki tak guna ni!


“ Aku dah tak boleh tahan dengan kau. Kau sanggup buat perkara tak senonoh ni. Kau tak kesiankan isteri kau ke? Dia tengah mengandung kau tau tak? Ha?” Bentak Alif dengan wajah tegangnya.


Syazwan yang mengesat darahnya selepas ditumbuk Alif terkejut besar. Wajah Zahra dicarinya bagi mencari kebenaran kata-kata Alif sebentar tadi.


Perlahan-lahan Zahra kembali bangun dengan bantuan Farah di sisi. Kemudian kepalanya dianggukkan.


“ ya. Betul kata Alif. Aku dah mengandung. Dan aku mengandungkan anak kau! Tapi aku tak rela anak aku dapat ayah yang tak guna macam kau!” Jeritan Zahra mengejutkan semua orang yang berada di situ.


Syazwan tersentak besar. Matanya merenung tajam ke arah Zahra. Eslina yang takut kehilangan Syazwan pantas merangkul lengannya.


“ Hei! Perempuan! Kau tak tahu malu ke rampas suami orang ha? Dah tu kau sanggup pula lakukan perbuatan yang tak senonoh ni! Kau memang dasar perempuan tak guna!”


Zahra menjerit lagi sambil mengeluarkan kata-kata kasar terhadap Eslina. Dia cukup marah saat itu. Hatinya dah membara apabila melihat perkara sebegini terjadi dalam hidupnya. Tak sangka yang Syazwan sanggup lakukan hal terkutuk ni. Ya Allah. Apa dah jadi ni?


“ Sabar kak. Ingat anak dalam kandungan akak ni.” Pesan Farah sambil mengusap perlahan belakang Zahra.


“ Abang…” Eslina merengek apabila dia  dihina sedemikian.


Syazwan mencerun ke arah Zahra. Mahu saja dia memukul Zahra ketika itu. Tapi keadaan tidak membenarkan dia lakukan sedemikian.


“ hei! Jaga mulut kau sikit! Perempuan yang kata tak guna ni perempuan kesayangan aku. Aku sayang dia lebih daripada kau. Dan untuk pengetahuan kau dia bakal isteri aku!”


Eslina tersenyum sinis apabila Syazwan membela dirinya di hadapan Zahra.


“ Ya Allah!”


Zahra menangis lagi. Lagi dan lagi. Hatinya sungguh sakit melihat kecurangan suaminya sendiri. Ya Allah. Kuatkan semangat aku ni.


“ Cik. Encik. Bawa bertenang. Apa-apa pun jom jelaskan dekat balai.” Tiba-tiba lelaki daripada JAIS tadi bersuara kembali setelah lama berdiam diri.


“ Encik… saya nak encik dengar apa yang saya nak kata ni. Dan semua yang berada di sini mampu jadi saksi kami.”


Zahra mendongak melihat Syazwan yang sedang melihatnya. Dia juga dapat lihat senyuman sinis pada bibir Syazwan.


“ Aku ceraikan kau Zahra dengan talak satu selepas saja kau melahirkan anak tu.”


Sesuci Kasihmu 2





“ Akak.. akak..”


Tubuh Zahra digoncang Farah dengan perlahan. Farah terkejut apabila melihat wajah Zahra pucat selepas masuk ke dalam bilik kakaknya. Seraya itu, dia terus kejutkan kakaknya.


“ Akak!”


Farah masih mencuba. Tapi sayang tiada sahutan daripada Zahra. Malah tubuh Zahra kaku.


“ Ya Allah. Apa kena dengan akak aku ni?”


Farah adalah satu-satunya adik Zahra. Farah langsung tidak tahu apa masalah Zahra dengan Syazwan. Dia hanya tahu Syazwan seorang yang suka marah dan suka balik lambat ke rumah. Satu lagi, yang dia tahu Syazwan tidak pernah melayan Zahra dengan baik.


Dia langsung tak tahu apa yang Syazwan telah buat terhadap Zahra. Dah hampir 1 tahun 5 bulan usia perkahwinan Zahra dengan Syazwan. Tapi mereka bahagia hanya setahun. Selepas itu, sikap Zahra dan Syazwan makin berubah. Zahra sudah mula sedar. Manakala Syazwan jadi benci akan Zahra yang mula menjadi baik itu.


“ Akak! Bangun!”


Farah mula cemas. Wajah Zahra pucat teruk. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aku balik sini pun tak beritahu Alif. Kalau tidak boleh minta bantuan dia. Ya Allah. Apa aku nak buat ni?


Tiba-tiba telefon bimbitnya yang bernada dering lagu Maafkan Aku daripada D’bagindas itu berbunyi. Pantas dia menjawab panggilan tersebut apabila nama Alif yang terpampang di skrin telefon.


“ Helo abang! Tolong Farah!” Farah meminta pertolongan.


Alif sebenarnya suami Farah. Dia dan Alif baru berkahwin bulan lepas. Tapi sayang perkahwinan mereka tidak sempat disaksikan oleh Zahra dan keluarga Farah. Orang tua Farah terlebih dahulu pergi menyahut seruan Ilahi saat kemalangan. Manakala Zahra pula tidak boleh keluar daripada rumah masa itu.


Farah memang sedih saat itu. Tapi dia faham yang kakaknya terpaksa. Kakaknya dalam kesusahan.


“ Eh? Kenapa ni?” Alif pula yang jadi cemas.


“ Akak Zahra ni. Tak tahu kenapa tidak sedarkan diri. Wajah dia pun pucat.” Jelas Farah sambil menilik wajah Zahra yang kelihatan tenang itu. Tambahan pula Zahra masih dalam keadaan bertelekung.


“ Awak balik sana ke?”


Farah terteguk air liur. Terlupa nak beritahu awaklah.


“ Maafkan saya. Saya tiba-tiba tergerak hati nak balik sini kejap. Saya nak jenguk akak saya. Abang janganlah marah.” Farah pula kena pujuk Alif. Sedangkan Zahra yang perlu dia pentingkan dulu.


“ Habis? Macam mana keadaan akak Zahra?”


Farah kembali menoleh ke arah Zahra. Wajahnya digelengkan seakan Alif dapat melihatnya ketika ini.


“ Abang datang sini. Kita bawa akak ke hospitallah.” Farah memberi cadangan.


“ yelah. Abang datang sekarang.”


**

Alif memandang Farah yang gelisah itu dengan senyuman kecil. Lantas dipaut bahu isterinya itu seeratnya. Ingin memberi Farah kekuatan.


“ Awak sabar ye. Abang pasti akak takkan apa-apa.” Pujuk Alif lantas mengusap kepala Farah yang diselaputi tudung itu.


“ Saya takut. Saya tak tahu apa masalah dia sekarang ni. Yang saya tahu dia selalu mengelak bila saya tanya soal suaminya. Ada apa-apa ke dengan mereka?” Soal Farah lalu menoleh ke arah Alif yang sedang merenungnya itu.


“ Entahlah. Tapi kita doakan agar akak selamat ye sayang.”


Farah hanya mengangguk. Aku mesti bantu akak. Aku tahu akak sedang merana. Merana dengan suaminya itu.


“ Maaf! Siapakah ahli keluarga Zahra?”


Muncul doktor yang merawat Zahra sebentar tadi. Farah dan Alif yang mendengar nama Zahra pantas bangun dan mendekati doktor tersebut.


“ Kami ahli keluarganya. Macam mana keadaan dia?” Soal Alif ingin tahu. Farah pula hanya mengangguk.


Doktor itu tersenyum. Terpancar wajah ceria pada wajah doktor itu. Kenapa?


“ Tahniah. Zahra dah mengandung selama dua bulan.”


Berita itu jelas membuatkan Farah dan Alif tersenyum bahagia. Terucap perkataan Alhamdulilah daripada mulut mereka berdua.


“ terima kasih doktor. Boleh kami masuk?”


“ Silakan. Kejap lagi dia dah boleh balik.”


“ Terima kasih sekali lagi doktor.”


Usai doktor itu berlalu, Farah dan Alif pantas masuk ke dalam bilik rawatan Zahra. Apabila kaki mereka melangkah ke dalam bilik itu, kelihatan Zahra sedang merenung ke luar jendela.


“ Akak!”


Farah pantas memeluk Zahra dengan senyuman bahagia.


Zahra tersentak dengan kehadiran adiknya itu. Tapi dia membalas juga pelukan Farah dengan senyuman kecil. Alif yang berada di situ turut diberikan senyuman.


“ tahniah kak!”


Pelukan dileraikan. Farah memandang wajah Zahra dengan gembira. Tapi lain pula Zahra. Wajah Zahra kelihatan sugul.


“ Akak? Kenapa akak macam tak happy je?” Soal Farah. Pelik! Selalunya orang yang dah lama berkahwin ni mesti teringin nak dapat anak. Dan sekarang akak aku dah dapat pun. Tapi kenapa tak happy je aku tengok?


Zahra tergamam. Farah perasan. Aku bukan tak gembira. Aku Cuma terfikir adakah Syazwan akan menerima anak ni? Bukankah dia sangat bencikan aku? Macam mana jika dia tidak terima kami berdua?


“ Akak… Janganlah sedih-sedih. Kesian Farah ni. Dia beria-ria nak jumpa akak.” Suara Alif setelah sekian lama berdiam diri.


Zahra merenung Farah dengan penuh kasih sayang. Kemudian dia tersenyum juga. Adik aku dah banyak berubah. Bila bertudung dah makin cantik gamaknya. Alif.. Mujur Alif yang jadi suami kau adik. Dia memang lelaki yang baik untuk kau.


“ Maafkan akak. Aku Cuma terkenangkan dekat abang ipar kamu tu.”


Suara Zahra kelihatan kecewa. Farah dan Alif menyedari hal itu.


“ Akak. Kalau boleh buat sementara waktu akak duduk dulu di rumah kami. Abang boleh kan?”


Alif mengangguk. Dia turut bersetuju akan cadangan isterinya itu. Buat masa sekarang, Zahra perlukan perhatian. Takut kandungan tu akan gugur sebelum sempat dilahirkan.


“ tak payahlah. Akak balik rumah suami akak je.” Zahra menolak lembut. Aku tak nak buat dia marah lagi. Mesti dia akan naik angin bila tahu aku tiada di rumah sekarang ni.


“ Akak. Saya hairan lah dengan akak ni. Lelaki tu macam benci sangat dekat akak. Tapi akak tetap juga melayan. Akak tak kesiankan diri akak  ke?”


Kelihatan Farah sangat bengang dengan Syazwan. Alif yang menyedari Farah yang mula naik angin itu mengusap perlahan belakangnya. Tenangkan kembali.


Zahra terdiam. Dia faham perasaan Farah.


“ Sayang… Bawa bersabar…” Alif cuba memujuk. Wajah Farah kelihatan merah menahan marah.


“ Tapi..”


“ Farah. Syurga di bawah tapak kaki suami sayang..” Pintas Zahra lantas tersenyum.


Farah yang mendengar terkedu. Terdiam dia seketika.


“ Walaupun abang ipar kamu suka marah dan pukul akak. Akak kena terima sebab akak tidak boleh lawan dia. Dia kan suami akak. Kalau akak lawan akak dah kira derhaka dekat dia.” Jelas Zahra agar Farah lebih faham perasaannya ketika ini.


“ Dia pukul akak?” Farah makin berang.


Zahra tersentak. Ya Allah. Aku tersasul beritahu dia. Macam mana ni?


“ Akak. Kalau dah sampai dia pukul tu. Itu dah bukan suami yang baik dah. Akak pun tak patut ikut je arahan dia. Akak sepatutnya boleh lawan jika suami bertindak kasar. Akak tak patut berdiam diri. Itu namanya akak didera.”


Zahra terdiam. Nampaknya Farah dah matang dalam hal ini. Maafkan akak Farah.


“ Sudah! No more excuse! Mulai hari ini akak kena duduk di rumah Farah sampai kandungan akak tu benar-benar kukuh. Atau akak duduk je terus sampai akak lahirkan anak tu ke dunia.” Tegas Farah.


Alif yang melihat tersenyum kecil. Dalam garang-garang Farah tu pun. Masih ada sifat penyayang. Itulah isteri aku. Aku sayang dia sangat-sangat.


“ tapi…”


“ No!” Pintas Farah tanpa sempat Zahra menghabiskan kata-katanya.


Akhirnya terhambur keluhan kecil daripada mulut Zahra. Nampaknya aku terpaksa ikut perintah Farah. Betul juga apa yang dia kata. Macam mana kalau Syazwan tiba-tiba tolak aku sampai aku keguguran? Aku tak sanggup. Aku sayang anak ni. Ini rezeki Allah untuk aku.


“ baiklah.” Putus Zahra.


Farah dan Alif yang mendengar tersenyum lega. Mujurlah. 

P/s: Mcm mana? Saya dh cuba yg terbaik. Harap anda sudi komen. ^^

Popular Posts