Ya Allah. Lama gila tak jejak ke sini. Sory guys. Sorry pada yang ternanti-nanti cerpen baru dari aku. Serius. Aku sibuk sikit lately ni. Ditambahkan dengan novel. Haha. Ha! Aku tengah siapkan novel dekat wattpad. That's why tak terfikir dah pasal cerpen. Mohon tabah la nak ye? haha.
By the way.. sebelum korang baca. Aku nak gtau sikit. Cerpen ni cerpen yang paling simple yang pernah aku buat. Aku ambil kisah cerpen ni dari seorang adik. Tapi ada la tokok tambah. Haha. Dan cerpen ni tak ada konflik sangat. Just simple. Serius aku cakap! Kalau tak suka blah la. (Sory kasar) Haha. Okay bye. Nanti kena kecam plak cakap banyak sangat. Hehe.
Terkocoh-kocoh aku
cuba mengejar langkah Trisya yang sudah jauh di hadapan. Ish! Minah ni jalan
punya laju. Bukan reti-reti nak tunggu aku. Aku penat la!
“ Beb!” Jeritku gara-gara geram.
“ Cepat! Dah lewat!” Sahutnya juga dengan jeritan.
Mahu tak mahu aku lari untuk kejar langkah dia. Bila dah
sampai dekat tapak perhimpunan barulah aku
berhenti berlari. Termengah-mengah
jadinya.
“ Penat!” Keluhku lantas duduk tanpa hiraukan orang lain.
Biar lah! Aku penat! Nak duduk kejap. Lagipun perhimpunan pun belum mula lagi.
“ Siapa suruh kau lambat. Kan dah penat macam ni.” Jawab
Trisya turut penat.
Aku yang tengok dia pun jadi penat.
“ Duduklah kejap. Letih aku tengok kau. Air ada air?”
Bila nampak ada air mineral dalam beg Trisya. Aku cepat-cepat
ambil dan buka penutup botol air itu. Dengan rakusnya aku minum. Sampai
setengah barulah aku serahkan pada Trisya. Trisya tengok aku dengan renungan
kosong. Aku tersengih. Tahu aku dah habiskan air dia banyak.
“ Nanti time rehat aku ganti. Janganlah marah.” Ujarku
dengan sengihan bersalah.
“ Tak ganti siap kau!”
Akhirnya aku hanya tersengih. Trisya ni senang dipujuk so
tak ada masalah.
“ Nina!”
Baru nak duduk rileks kejap, nama aku pula dipanggil. Aku
dengan malasnya toleh ke belakang. nampak je muka Fahrin terus hilang mood aku.
Nak apa lagi la playboy ni.
“ Ha! Apa?” Soalku dingin.
“ Sihat?”
Aku dengan Trisya saling berpandangan sebelum memandang
semula ke arah Fahrin. Pandangan kosong kami beri dekat dia. Tetibe!
“ Sihat waalafiat sangat. Terima kasih sebab tanya.” Jawabku
acuh tak acuh.
“ Erm. Petang ni free tak? Jom aku belanja tengok wayang.”
Ternganga aku tengok dia. Dia ni gila ke apa? Tengok wayang
time sekolah macam ni. Dia tak sedar ke lagi beberapa bulan nak exam penggal 3
dah. Well form 6 la katakan.
“ Motif?” Soalku dengan malas.
“ Saja.”
Aku tersenyum sinis.
“ Maaf. Aku tak kuasa. Dah pergi masuk barisan. Kang dengan
kau aku tulis nama. Nama je ketua kelas.”
Terus aku pusing badan ke hadapan tanpa menghiraukan dia.
Kenapa aku nak tulis nama? Sebab aku penolong ketua kelas. Haha. Nama je
penolong tapi kerja tak pernah buat pun. Orang lantik pun sebab aku garang.
Keh! Perasan!
“ Beb. kejap lagi kita pergi bilik kaunseling erk?” Soalku
pada Trisya. Sambil buat muka kesian.
Trisya terus menumbuk bahuku perlahan.
“ kau ni kan. lepas kelas cikgu Shukri.”
“ Laa. Kenapa?”
“ Cikgu Sofiah kan cuti. Kita pergi time tu. cukuplah nak
ponteng kelas. Exam dah nak dekat makcik.”
Aku tersengih malas. Yela intan payung. Apa-apa jela.
**
Aku mengekori langkah Trisya untuk ke bilik kaunseling.
Kelas kami di tingkat 3. Bilik kaunseling tingkat 2. Tapi sebelum nak ke situ
kena lalu bilik kesihatan dulu. Sambil lalu sambil jamu mata la katakan. Haha.
Sebab doktor yang check gigi setiap minggu berbeza. Ada yang tua yang muda dan
bertukar jantina. Means lelaki dan perempuan lah! Haha.
Bila kami lalu je depan bilik kesihatan. Langkah kami
terhenti. Sebab cikgu kesayangan kami ada dalam bilik kesihatan. Nampak gaya
cikgu tengah berbual dengan doktor gigi tu. Maybe ada hal kot.
“ Jom masuk.” Ajak aku lantas membuka kasut.
Bilik kesihatan dan bilik kaunseling kalau nak masuk kena
buka kasut. Jaga kebersihan sikit. Haha.
“ Assalamualaikum cikgu.” Ucap aku dan Trisya serentak.
“ Waalaikumussalam. Ha kamu berdua. Panjang umur. Nak pergi
bilik cikgu ke?”
Kami berdua tersenyum kecil. macam tahu-tahu je cikgu
kesayangan kami ni.
“ Ya. Cikgu busy erk?”
Aku ambil tempat sebelah Trisya manakala Trisya duduk di
sebelah cikgu.
“ Tak juga. Ada sikit hal. Kamu duduk lah kejap. Nanti kita
pergi bilik cikgu.”
Aku perhati sekeliling. Kejap pandang peralatan untuk
pemeriksaan gigi. Kejap pandang kak-kak nurse dekat situ. Kejap pandang doktor.
Doktor hari ni doktor tua. Haha. Bila dah penat pandang dalam bilik kesihatan
tu. Aku toleh pula ke luar pintu.
Dan serentak itu ada seorang lelaki berbaju batik oren
dengan beg sandang di belakang badannya lalu depan mata aku. Diikuti seorang
nurse perempuan di belakang lelaki itu. Aku yang tengok terpaku seketika.
Terdetik di hati aku lelaki tu handsome. Perwatakan dia
menarik. Aku terkaku. Serius. Bila kelibat mereka berdua tu hilang. Aku
tersedar. Itu pun selepas disenggol lengan Trisya. Aku pandang ke belakang.
Cikgu dan Trisya tengok aku dengan senyuman jahat.
“ Ha! Usya orang!” Sergah Trisya dengan sengihan jahat.
Cikgu pula dah menarik senyuman kecil. Aku? Dah tersengih
kerang busuk gara-gara malu.
“ Erk. Cikgu. Siapa tu?” Soalku tanpa segan silu. Gara-gara
nak tahu sangat. Kita beranikan diri ye! Haha.
“ Tu doktor baru. Diposting ke sini selepas tamat belajar.
Kira lepas ni takkan ada doktor bertukar ganti dah sebab doktor tu yang akan
checkup gigi pelajar setiap minggu.”
Penerangan cikgu Liana itu membuatkan hati aku
berbunga-bunga. Berseri-seri terus. Tahap keterujaan aku terus meningkat. Dalam
hati dah ada rancangkan sesuatu. Cara untuk usha doktor handsome tu.
“ Ehem!” Trisya berdehem. Aku menjelingnya dengan sengihan.
“ Cikgu. Ada orang tu dah angau cikgu.” Ujar Trisya selamba.
Belum sempat aku nak jawab cikgu dah tergelak. Hampeh punya
Trisya.
“ Macam kamu tak tahu si Nina ni Trisya?”
Aku mencebik. Perli aku la tu. Bukan selalu aku nak usya
orang ni. Dan bukan senang nak jumpa someone yang berjaya menarik hati aku ni
semenjak 3 tahun yang lalu. Arh! Tak perlu ingat benda yang lalu.
“ Biar lah. Asalkan hati saya puas.”
Doktor. Akan aku dapatkan hati kau satu hari nanti. Kahkah.
Perasan!
**
Keesokan harinya, setiap kali nak masuk ke kelas aku mesti
lalu depan bilik kesihatan dulu. Barulah aku naik ke tingkat 3. Semata-mata nak
tengok doktor tu dulu. Nampak tak betapa bersungguhnya aku? Haha. Tapi aku tak
buat semua ni keseorangan. Mestilah dengan Trisya. Dia je faham aku ni macam
mana.
“ Mana doktor tu?” Keluhku bila aku lalu dia tak ada. Jadi
aku berhenti lah depan sikit dan jenguk dari jauh. Tak mahu orang perasan.
Aku dan Trisya berdiri belakang tiang. Jadi terlindunglah
sikit. Aku mula rasa tak best bila tak nampak doktor tu. Takkan tak masuk kerja
lagi?
“ Beb. tu!”
Aku kerling ke arah kanan. Dan nah! Itu dia! dia sedang
melangkah ke arah bilik kesihatan dengan bergayanya. Aku yang tengok dah
tersenyum. Nampak smart lah! Alahai. Alangkah indahnya hidup kalau doktor tu
tahu kehadiran aku. Cewah!
“ Sampai bila kau nak usha dia?” Soal Trisya dengan nada
bosan.
Aku tengok doktor tu buat sekalian kalinya. Bila doktor tu
dah buat kerja dia. barulah aku toleh semula ke arah Trisya.
“ Okay jom. Cukup setakat itu.” ujarku dengan senang hati.
Tanpa menghiraukan Trisya. Aku terus melangkah ke arah
tangga. Nak ke kelas. Tak apa. Nanti aku akan usha lagi. Kehkeh.
**
“ Nina! Tolong cikgu hantarkan dokumen ni dekat cikgu
Liana.”
Mataku terus bersinar-sinar saat disuruh hantar ke bilik
kaunseling. Ini bermakna aku dapat usha doktor tu lagi. Yes! Dengan senang hati
aku menyambut huluran cikgu lalu melangkah ke luar kelas. Kali ni aku
keseorangan. Trisya sedang buat assignment. So tak nak kacau.
Dengan rasa berbunga-bunga aku turun ke tingkat 2. Bila nak
sampai depan bilik kesihatan, aku perlahankan langkah. Aku juga kerling ke arah
bilik itu. Dan aku dapat nampak kelibat doktor sedang duduk sambil tengok
telefon bimbitnya.
Aku tersengih. Argh! Kenapa handsome sangat?! Doktor! Jangan
uji keimanan saya please.
“ Nina?”
Aku tersentak saat ditegur. Pantas aku pandang ke hadapan.
Ternyata cikgu Liana. Terus terhambur keluhan lega daripada mulut aku.
“ Cikgu ni. terkejut saya.” Ujarku dengan nada lega.
“ Kamu ni kenapa? Tercegat depan bilik kesihatan ni? Ke
kamu….” Meleret suara cikgu Liana sambil kerling ke dalam bilik kesihatan.
Aku tersentak. Cepat-cepat aku toleh semula ke arah bilik
kesihatan. Dan aku terkaku terus bila doktor tu sedang tengok ke arah aku dan
cikgu. Dengan rasa kekoknya aku tersenyum pada doktor tu lantas menarik cikgu
daripada berdiri dekat situ. Bilik kaunseling jadi destinasi seterusnya.
“ Cikgu!”
Sampai saja dalam bilik kaunseling, aku terus terjerit.
Cikgu tengok aku dengan jongketan di kening.
“ Cikgu. Kenapa doktor tu tengok kita?” Aku cuba kawal
perasaan teruja aku tu.
Cikgu Liana tergelak. Dia capai dokumen yang aku pegang tu.
Aku tersedar yang aku belum bagi dokumen tu pada cikgu. Mujur cikgu ambil.
Hehe. Teruja punya fasal.
“ Kenapa kamu tanya? Mestilah dia terkejut. Dah kenapa
tiba-tiba berdiri depan bilik dia.” Jawab Cikgu Liana tanpa memandang ke arah
aku.
Aku tersengih kecil. ye tak ye. Tapi satu keceriaan buat aku
bila doktor tu tengok. Argh! Sukanya! Okay! Jangan over sangat please?
“ Dah. Pergi naik kelas semula. Kamu datang nak hantar ni je
kan?”
Aku tersengih lagi. Tahu diri tengah diperli.
“ Baik cikgu.”
Cepat-cepat aku keluar daripada bilik kaunseling. Aku tunduk
dan memakai kasut. Bila aku mendongak aku hampir saja terjatuh bila doktor tu
ada dekat luar bilik kesihatan. Dan dia sedang berdiri ke arah aku. Cuma
matanya asyik dengan telefon bimbit.
“ Assalamuaikum doktor.”
Aku menegur. Beranikan diri. Dan bila dia mendongak dia
tersenyum kecil ke arahku. Okay! Aku dah mula rasa nak jerit! Dia senyum weh!!!
“ Waalaikumussalam.”
Jawabnya lantas berlalu meninggalkan aku dengan perasaan
teruja. Aku menekup mulut bagi tahan diri daripada menjerit.
Yes! Yes! Doktor tu jawab! Argh! Trisya! I’m crazy!!!
**
Kring!
Bunyi loceng je, cepat-cepat aku keluar daripada kelas. Nak
ke mana? Of course ke bilik kesihatan. Nak usha doktor tu. Itu lah rutin harian
aku semenjak seminggu yang lalu. Tak kira time bila-bila je mesti nak lalu dulu
depan bilik kesihatan tu bagi perhati doktor tu. Gila tak gila? Haha. Sampai
Trisya naik bosan dengan sikap aku ni.
Sampai ke hari ni, baru dia terasa nak buka mulut.
Bertanyakan sesuatu yang membuatkan aku berfikir panjang.
“ Kau ni. Aku tengok dah seminggu asyik usya doktor tu. Kau
tak takut ke?”
Dengan kerutan di dahi aku melihat Trisya.
“ Takut apanya? Bukannya dia boleh makan aku pun.” Jawabku
malas. Yala dah mata tengah tengok doktor tu dari jauh.
“ Yala. Kot dia tu suami orang ke. Buat naya je lah.”
Aku terdiam. Dan pada masa yang sama aku sentap.
“ Lagipun doktor tu nampak matang lain macam sikit. Maybe jauh lebih tua
dari kita. So tak mustahil kalau doktor tu dah kahwin. Kan?”
Sambung Trisya lagi dan sekali gus buatkan aku down. Tapi
apa yang Trisya tu cakap betul. Maybe aku patut berundur.
“ Tapi…”
Kata-kataku terbantut bila aku nampak doktor tu keluar
daripada bilik kesihatan. Cepat-cepat aku tarik lengan Trisya dan masuk ke
dalam bilik kaunseling. Bila dah agak doktor tu dah lama berlalu. Barulah aku
beranikan diri menjenguk ke luar. Doktor tu dah balik.
“ Nina.”
Aku menoleh bila Trisya memanggil. Cikgu Liana dan Trisya
sedang memandang aku. Aku tersenyum tawar. Aku ambil tempat sebelah cikgu. Aku
perhati sekeliling. Dalam minda aku macam-macam aku sedang fikirkan.
“ Kenapa ni?” Soal cikgu bila tengok aku asyik diam.
Yala. Aku ni jenis bukan suka diam bila depan cikgu Liana.
Trisya dah mendekat dan bahu aku jadi mangsa pautannya.
“ Dia tengah kecewa tu doktor.”
Aku mengetap bibir. Ish! Dia ni!
“ Bukan lah.”
Aku tengok cikgu. Tiba-tiba aku dapat satu idea. Mujur cikgu
Liana je ada dalam bilik ni.
“ Cikgu.” Panggil ku dengan sengihan.
“ Kenapa?”
“ Ermm. Nak tanya sikit ni.”
“ Yes my dear. Why?”
“ Ermm. Doktor tu dah kahwin ke?”
Aku tengok cikgu dengan Trisya bersilih ganti. Tiba-tiba
rasa gemuruh pula. Takut nak dengar jawapan yang akan keluar daripada mulut
cikgu. Hati dah berdebar semacam. Cikgu boleh pula tersenyum.
“ Belum.”
Arh! Lega terus hati aku bila dengar. Tersenyum terus aku.
Aku kerling Trisya. Aku senyum sinis pada dia.
“ Aku dah kata kan? Kau memandai je.” Ujarku perlahan.
Trisya mencebik. Tak puas hati la tu.
“ Ermm. Doktor tu umur berapa cikgu?”
Gila! Tak tahan nak tahu sangat ini la jadinya. Tanpa segan
silu terus tanya. Sempoi tak sempoi?
“ Haha. Kamu ni.”
Aku tersengih. Tahu dah cikgu akan gelak.
“ 26 tahun.”
Aku terdiam. Rasa teruja tadi kembali jatuh merundum.
Tuanya. Tak ada harapan nampaknya.
“ Tapi sesuai untuk kamu. Orang perempuan ni memang kena
cari lelaki yang lebih tua daripada kita. Sebab lelaki lambat matang. Kalau
pilih sama umur macam susah sikit lah.”
Dengar je cikgu Liana cakap macam tu. Lebar terus senyuman
aku. Yehaa! Ada sokongan tegar dekat sini. Yes!!!
“ Tapi.. mahu ke dia dekat saya ni cikgu?”
Pap!
“ Aduh!”
Tiba-tiba je si Trisya ni tampar bahu aku. Cikgu Liana dah
tergelak.
“ Kau ni. tahu lah angau tapi tunggulah sampai habis dulu
sekolah. Ish! Kau ni!” Bebel Trisya.
Aku mencebik.
“ Aku tahu lah!” bentakku geram.
“ Itu cikgu tak tahu. Pandai-pandai lah kamu pikat hati
dia.”
Aku tersengih. Cikgu ni macam tahu-tahu je apa aku rasa.
“ I will!” Dengan semangat aku jawab. Hiks!
**
“ Trisya! Cikgu panggil!”
Aku menapak ke arah kerusi dan duduk di situ bagi melepaskan
lelah. Trisya sudah ke hadapan menemui cikgu. Aku pula dah terlentok atas meja.
Penat ya amat!
“ Woi!”
Aku tersentak apabila disergah. Bila aku mendongak aku
menjeling tajam.
“ Kau nak apa ha? Kalau tak kacau aku tak sah!”
Dia tersengih kerang busuk. Ingat lawa?
“ Hujung minggu ni free tak?”
Aku buat muka kering. Nak ajak keluar la tu. Macam aku tak
kenal playboy ni.
“ Tak ada. Dah blah!”
Dia mencebik geram. Maybe tak puas hati bila aku halau dia.
“ Berlagak!”
Aku tersenyum sinis. Ada aku kisah? Huh! Elok aku terlentok
atas meja sambil pandang ke luar tingkap. Tiba-tiba kelibat doktor lalu. Aku
apa lagi terus duduk tegak dan perhati ke mana doktor tu berlalu. Dan aku lagi
tersentak bila doktor tu berhenti depan pintu kelas aku.
“ Assalamualaikum.”
Aku pandang Trisya. Dia pun kelihatan terkejut di hadapan.
“ Waalaikumussalam. Ya doktor? Ada apa?”
Dia masuk dan melangkah ke arah cikgu yang ada di hadapan.
Aku perhati doktor tu sampai mata aku tak berkelip. Punya usha orang. Yelah.
Dah seminggu aku tak sempat usha dia. Busy dengan kerja. nak ponteng pun jadi
tak ada masa. Haha.
“ Terima kasih cikgu.”
Aku tersedar. Ala. Doktor tu dah keluar. Aku memuncung. Bila
lagi aku nak usha dia? Putus harapan.
“ Hujung minggu ni kita keluar jom.”
Trisya muncul dengan ajakan. Aku tengok Trisya malas. Arh!
Malasnya nak keluar.
“ Please!” Rayunya lagi bila aku macam tidak berminat.
“ Yela intan payung.”
Asalkan kau puas kawan. Hati aku ni pula makin rindu dekat
doktor tu. Erm. Sabar je la Nina.
**
“ Weh! Sini sini!”
Arh! Kalau berjalan dengan si Trisya ni. Boleh patah kaki
aku. Dah sejam pusing dalam mall ni. Tapi hapak! Tak beli apa-apa pun. Aku yang
jadi penat. Dia? Segar bugar lagi.
“ Weh!!”
Sekali lagi dia terjerit. Aku memang dah letih. Apa lagi dia
ni? Terjumpa barang yang dia suka kot. Dengan malasnya aku pandang ke hadapan.
Tadi asyik tunduk sebab letih ya amat.
“ Doktor!”
Terus aku pandang ke hadapan dengan rasa terkejut. Ya lah! Doktor
ada depan mata aku.
“ Be..betul ke dia?” Soalku pada Trisya. Inginkan kepastian.
“ Betul lah. Aku tak tipu. Jom kejar dia.”
Belum sempat aku nak jawab, lengan aku terlebih dahulu
ditarik Trisya. Nak kejar langkah doktor tu sangat. Tapi hampeh! Sekejap je
doktor menghilang. Dah dekat dua round dah kami buat tapi tak nampak pun doktor
tu. Akhirnya aku melepaskan keluhan penat.
“ Sudahlah.”
Aku tersenyum hambar. Maybe kami tak ada jodoh kot.
“ pergilah bayar cepat. Aku tunggu dekat luar.”
Dengan langkah yang berat, aku keluar dan menunggu Trisya di
luar. Hampir 10 minit barulah Trisya keluar. Tapi sempat lagi si Trisya ni
pergi masuk kedai hiasan. Aku apa lagi ikut je la kemahuan dia. Asalkan dia
puas hati.
“ Weh! Aku penat. Jom balik.” Panggil aku bila Trisya macam
tak ada hati nak balik.
“ Kau tunggu kejap. Nanti aku pergi dekat kau. Nak bayar.”
Haih. Nasib lah siapa jadi suami kau Trisya. Aku pun ikut je
la kata-kata dia. Aku pusing badan ke belakang. nak keluar daripada kedai ni.
tapi langkah aku terus terkaku bila nampak sesuatu.
“ doktor.” Perlahan aku memanggil. Dengar tak dengar.
Aku rasa macam dunia terhenti seketika. Doktor tu tengah
pandang aku. Aku pula terkelip-kelip memandang dia. Rasa terkejut masih tak
hilang. Ya Allah!
“ Awak?”
Aku tersedar. Terus aku tersengih. Malu! Mesti dia sangka
aku gila kan?
“ Erk. Doktor. Hai.”
Doktor tu tersenyum. manis gila senyuman dia. Haih. Boleh
kencing manis aku. Haha.
“ Hai. Sorang?” Tegurnya. Aku menahan diri dari tersenyum
lebar. Doktor tu tegur aku!
“ Tak. Dengan kawan. Doktor?”
Belum sempat doktor nak membuka mulut, ada seorang perempuan
menghampiri doktor. Aku yang tengok perempuan tu terpegun. Cantik. Tapi siapa
dia bagi doktor? Entah kenapa aku rasa down tiba-tiba.
“ Ni dengan Diana. Diana perkenalkan ini pelajar tempat saya
kerja tu.”
Aku hanya memberikan senyuman tawar. Tiada hati nak beramah
mesra dengan perempuan tu.
“ Oh! Salam perkenalan. Jom lah kita balik.”
“ Ermm. Saya balik dulu ye.”
Aku hanya pandang mereka berdua berlalu dengan hati yang
lara. Ya Allah. Siapa perempuan tu. Bertuahnya perempuan tu sebab dapat doktor.
Huh! Move on la Nina! Kau tak layak pun nak digandingkan dengan doktor. Lagipun
umur kau dengan doktor jauh beza.
“ Jom balik.”
Trisya muncul. Tapi aku langsung tak menyahut sahutan dia.
Hanya berjalan tanpa pedulikan Trisya. Yang pasti hati aku rasa nak menangis.
Sabar Nina sabar.
**
Orang kata jatuh cinta ini sesuatu yang indah. Ia akan
menjadi lagi indah bila cinta kita tu bersambut. Tapi, sedihnya bila cinta kita
tidak bersambut malah tuan satu lagi tidak tahu langsung tentang rasa hati
kita.
Aku tersenyum hambar. Aku boleh cakap dekat doktor tu aku
suka dia. Tapi mustahil. Aku masih tiada keberanian tu dan aku rasa dia dah ada
someone special. Arh! Perlu ke fikirkan dia lagi? cukuplah Nina. Dah seminggu
kau tak usha dia. Dan dengar khabar doktor tu akan diposting ke sekolah lain
pula.
Aku meraup wajahku perlahan. Kenapa mesti aku tersuka doktor
tu? Kan dah parah macam ni. Doktor tu pun kenapa mesti tarik hati aku ni?
Haish! Persoalan yang tiada jawapan.
“ Nina! Pegang ni jap!”
Aku tersedar daripada lamunan. Tak sedar yang aku masih ada
depan pejabat. File yang dihulurkan Trisya aku pegang. Belum sempat aku nak
tanya apa-apa dia masuk lagi ke dalam. Ada lagi benda yang dia perlu buat la
tu.
Dengan rasa bosannya aku menoleh ke arah kolam ikan di
belakang aku. tapi terbantut bila aku terdengar bunyi kereta. Aku toleh pula ke
arah kereta yang berderet tepi sekolah ni. depan pejabat la kiranya. Dan aku
sekali lagi tersentak bila nampak doktor ada dalam sebuah kereta.
Tapi! Aku mengecilkan mata melihat perilaku doktor tu. Bila
dah kenal pasti apa yang dia buat, aku terus tertawa kecil. Apa doktor tu buat?
Buat pertama kalinya aku nampak dia macam menari-nari ikut rentak lagu maybe
sambil terkumat-kamit mulut dia.
“ Hahaha. Cute.” Pujiku tanpa sedar ada orang di belakang
aku.
Pap!
Bahu aku jadi mangsa lagi. Trisya punya kerja la ni.
“ Kau gelak apa? apa yang cute?” Soal Trisya ingin tahu.
“ Tu. doktor tu.” Aku tunjukkan Trisya apa yang aku nampak.
Sesaat kemudian aku nampak Trisya pula menghamburkan
tawanya.
“ Tak tahu pula aku doktor tu lawak. Dah jom. Nanti cikgu
bising.”
Aku tersengih. Sengaja biarkan Trisya berlalu dulu. aku
masih usha doktor tu. dah lama tak usha. Jadi rindu. Tapi semuanya rasa sekejap
bila sedar ada orang perhati aku balik. Apa lagi? Doktor tu dah perasan lah! Oh
My! Malunya!
“ Lari!”
Terus aku terjerit dan tarik lengan Trisya agar lari dari
situ. Haha. Yang pasti muka doktor tu terkejut gila bila perasan diri dia
diperhati. Haih! Macam mana saya nak lupakan awak wahai Mr Doktor.
**
Mana cermin mata aku ni? Tadi aku rasa aku letak bawah meja.
Habis meja aku dan Trisya aku selongkar. Tapi tak ada! Ya Allah! Jangan cakap
hilang!
“ Kau tengah cari apa?” Muncul Trisya dengan kerutan di
dahi.
Aku mengeluh kecil.
“ Cermin mata aku la. Hilang. Tadi ada je bawah meja.”
Aku masih teruskan pencarian. Beg aku pula jadi mangsa
selongkar aku.
“ Tertinggal dalam bilik kaunseling kot. Pergilah tengok.
Tadi kan kita singgah situ kejap.”
Aku terdiam. Bilik kaunseling? Ini bermakna aku kena lalu
depan bilik kesihatan la? Ala. Baru nak mengelak. Tadi pun mujur doktor tu tak
ada dalam bilik dia.
“ Yela. Aku pergi tengok.”
Mahu tak mahu aku kena turun juga. Penting kot. Aku ni dah
la rabun. Tapi tak la teruk.
“ Hati-hati. Jatuh bangun sendiri.” Sempat lagi si Trisya ni
usik.
“ Yala!”
Perlahan-lahan aku ambil langkah keluar daripada kelas. Bila
dah sampai dekat tangga, aku turun dengan hati-hati. Kemudian aku perlahan
langkah bila dah nak sampai dekat bilik kesihatan. Aku ketap bibir. Macam mana
kalau terserempak? Aku tergaru kening aku. ah! Lantaklah! Hentam je la.
Perlahan-lahan aku berjalan sampai dah berada di hadapan
bilik kesihatan. Tapi hati aku ni degil. Nak juga usya doktor tu. so, aku
tolehlah. But, kenapa doktor tu nampak lain. Doktor baru ke? Aku perhati
betul-betul sampai terpaksa kecilkan mata aku.
Aku tersedar. Ops! Doktor yang sama. Dan Oh My! Dia tengok
aku! dengan sengihan yang tak berapa menjadi aku cepat-cepat jalan. Gila! Macam
mana boleh tak perasan. Oh My! Malu lagi! Berapa banyak nak buat malu depan
doktor tu? Itulah! Gatal lagi tinggal cermin mata. Baru padan dengan muka tu.
“ Maaf!”
Huh! Langkah aku terhenti. Itu bukan suara doktor ke? Kenapa
dia panggil? Dengan rasa gugupnya aku toleh juga ke belakang. Walaupun nampak
kabur tapi aku tahu itu doktor. Malangnya sampai sekarang aku tak tahu nama
dia. Ngek!
“ Erk. Ya saya?” Sahutku dengan soalan.
“ Erm. Awak nak pergi bilik kaunseling kan?”
Aku toleh ke bilik kaunseling. Baru perasan bilik tu
berkunci. Cikgu pergi mana pula. Aku kembali pandang ke arah doktor.
“ Erk. Ya.”
Aku perasan doktor tu tersenyum. apa? ingat rabun aku teruk
sangat ke? Ceh!
“ Cikgu Liana suruh saya sampaikan pada awak ini.”
Cikgu! Kenapa cikgu buat saya macam ni?! Kenapa mesti cikgu
kirimkan cermin mata saya pada doktor? Malu lah!
“ Erk. Terima kasih.”
Cepat-cepat aku sambut hulurannya. Dan cepat-cepat juga aku
nak berlalu. Tapi sempat dia panggil aku lagi sekali.
“ Maaf.”
“ Kenapa doktor?”
Dahlah aku tak nampak. Dia boleh melengahkan masa pula.
“ Kidareyo.”
Aku mengerutkan dahi. Apa bahasa yang dia gunakan tu?
“ Erk. Maaf? Apa yang doktor cakap?”
Dia tersenyum pula. Lantas menggelengkan kepalanya.
“ Maksud saya jumpa lagi.”
Aku termangu. Aku yakin ada maksud lain kata-kata tu. Bukan
tu bahasa Korea ke? Aiseh! Balik kena study ni. kena cari apa yang doktor ni
maksudkan.
“ Okay.”
Okay doktor. Awak telah buat saya bersemangat semula.
Bersemangat nak cari apa maksud bahasa Korea tadi tu. Haha.
**
“ Sekian saja dari saya.”
Aku menghembus nafas lega. Alhamdulillah. Setelah berhempas
pulas menyiapkan assignment . Akhirnya siap dengan presentation sekali. Bagus!
“ Beb.”
Aku duduk je Trisya panggil. Aku tengok dia inginkan
jawapan.
“ Kau tahu tak hari ni hari last doktor tu kat sini?”
Aku tersentak. Aku tengok Trisya dengan rasa tak percaya.
“ Betul! Aku tak tipu. berapa lama dah kita tak usha dia?”
Aku terkedu. Dah dekat dua minggu. Sibuk dengan assignment.
Last aku jumpa doktor tu pun masa bagi cermin mata tu je la. Aduh! Kenapa aku
busy sangat?
“ Kau tak nak pergi tengok dia buat kali terakhir ke?”
Nak tu memang nak. Tapi aku malu.
“ Jom lah. Aku teman. Kejap lagi masa rehat kita pergi.”
Erk. Dah kenapa Trisya pula yang beria-ria ni?
“ Kau dah kenapa? Excited lain macam je.” Aku jeling dia
dengan rasa musykil.
Dia tersengih. Ingat lawa?
“ Aku nak jumpa crush aku sekali.”
Huh! Patutlah! Kelas crush dia tingkat 2. Ngek!
“ Yelah. Kita pergi.”
**
Elok je kami berdua ke selekoh untuk ke bilik kesihatan.
Dari jauh kami dah dapat nampak ramai pelajar perempuan berkerumun depan bilik
tu. Serta-merta aku rasa tak puas hati. Rasa cemburu pun ada. Apa hal mereka
berkerumun depan bilik tu? Haish!
“ Kenapa ramai sangat?” Soal Trisya dengan kerutan di dahi.
“ Manalah aku tahu. Ish!”
Dengan rasa geramnya aku dekati mereka. Siap minta ruang
lagi nak lalu. Siap dapat berdiri betul-betul depan bilik kesihatan lagi. Dan
aku nampak doktor tu tengah bercakap dengan seseorang di telefon. Ada seorang
pelajar perempuan sedang duduk. Maybe tunggu giliran untuk check gigi.
“ Ya. Terima kasih.”
Elok saja doktor tu letakkan panggilan. Dia menoleh ke arah
aku. Aku tersentak dengan pandangannya. Tak mahu rasa diri ni dapat malu lagi.
cepat-cepat aku mencelah semula dan keluar daripada situ.
“ Jom balik.” Ajakku.
Trisya mengerutkan dahinya saat melihat aku. Aku pula hanya
buat muka kering. Tapi dalam hati ni dah berdebar habis. Rasa macam something
wrong anywhere.
“ Kejap nyer!”
“ Ramai peminat. Malas arh. Dah jom blah!”
“ Tapi dia macam tengah tengok kau je.”
Aku tersentak. Apa ke peliknya dia nak tengok aku? Trisya
ni. Dia dah sah-sah ada dalam bilik kesihatan tu.
“ Kau ni nak buat aku berharap ke apa?” Soalku lantas
memusingkan badan ke belakang.
Sekali lagi aku terkedu. Betul la Trisya cakap. Doktor tu
tengah tengok aku dari pintu bilik kesihatan. Pelajar-pelajar perempuan tadi
dah tak ada. Dah balik ke? Maybe ada dekat dalam. Aku jadi tak tahu nak buat
apa or nak bagi reaksi apa melainkan senyum kekok.
“ Trisya. Tarik aku cepat. Cepat. Aku nak lari.” Bisik aku
pada Trisya tapi mata tengok doktor yang sudah melangkah.
“ Tak nak. Buat apa? baik kau berdepan dengan dia. dia dah
nak pergi kan?”
Jatuh merundum terus rasa malu dan sakit hati aku dengan
keadaan tadi bila dengar Trisya cakap macam tu. Yala. Hari ni last dia dekat
sekolah ni. Sedihnya! Tak dapat nak tengok dia lagi.
“ Amanina.”
Erk! Dia panggil nama aku la! Aku tengok Trisya yang sudah
tersengih tu.
“ Kenapa lari tadi?” Soalnya lagi dengan senyuman.
Aku senyum senget. Asal tanya macam tu? Aku malu la! Sebab
tu aku lari!
“ Erk. Nak cakap selamat tinggal. Kan doktor dah nak pergi.”
Dah kenapa aku buat suara sayu ni? Erk!
Doktor tu tersenyum lagi. Entah kenapa doktor murah dengan
senyuman hari ni. Aneh!
“ Kiyowoo…”
Aku tergaru kening aku dengan perlahan. Trisya dah terdiam.
Aku tak tahu dia faham ke tak apa yang doktor ni katakan.
“ Doktor. Boleh tak cakap dalam bahasa Melayu? Tak fahamlah.
Bahasa apa yang doktor guna tu?”
Dahlah aku ni jenis tak ambil tahu bahasa yang pelik-pelik
ni. Bahasa Inggeris aku tahu lah. Sebelum ni dia ada cakap kidareyo. Sekarang
kiyowoo pula. Serius aku langsung tak faham.
“ Tak ada apa. Tadi tu bahasa Korea. Erm. Terima kasih.”
Aku menjongketkan kening. Terima kasih? Apa yang aku buat
sampai dia berterima kasih dekat aku.
“ Maksud doktor?”
“ Sebab selalu nak ambil tahu fasal saya.”
Aku terlopong. Alamak! Mana dia tahu ni? Dia tergelak. Maybe
selepas tengok reaksi aku yang terkejut ni.
“ Saya masuk dulu. assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Trisya terus memandang aku dengan senyuman yang lebar. Aku
pula dah blushing tahan malu. Alamak! Kantoi! Wuargh!
“ Doktor Rizal ni memang sempoi la!”
Aku terdiam. Doktor Rizal? Tu ke nama dia? Apa ke sedihnya
hidup aku sampai nama dia pun aku tak tahu.
“ Rizal? Nama dia ke? Macam mana kau tahu?”
Trisya aku lihat sudah menepuk dahinya. Then, dia pandang
aku dengan riak tak puas hati. Apa? aku salah cakap ke?
“ Berkurun kau usha dia sampai nama pun tak tahu? Apa ke
lembabnya kau ni? Sah-sah ada dekat tag nama dia tu. Oh lupa! Kau kan rabun.
Tak nampak.”
Main sindir-sindir pula. Aku mana perasan dah asyik tengok
muka dia je. Huh!
“ Yang pasti dia puji kau tadi.”
“ Ha?”
Trisya mula berjalan meninggalkan aku dengan rasa terujanya.
“ Apa maksud doktor tu tadi weh?!”
“ Cari sendiri! Nanti kau akan tahu juga.”
Aku merengus geram. Benci arh macam ni! tapi yang pasti aku
boleh tidur lena malam ni. Haha.
**
3 tahun kemudian
Kidareyo – Tunggu
saya.
Kiyowoo- Comel.
Kiyowoo- Comel.
Aku tersenyum sendirian. Sebulan selepas doktor Rizal tu
pergi. Barulah aku tahu maksud disebalik kata-kata dia tu. Aku terpaksa pujuk
Trisya untuk beritahu aku. Tapi dia tak nak beritahu. Terpaksa la aku belajar
daripada dia. Yala. Dia pernah duduk Korea selama setahun sebelum ni. Jadi, dia
memang mahir la juga.
Bila aku dapat tahu maksud doktor tu. Aku jadi seronok tak
terkata. Rasa berbunga-bunga je hati ni. Macam ada harapan aku untuk
mendapatkan hati dia. But, 3 tahun dah berlalu. Aku masih berpeluang ke? Aku
masih ada dalam ingatan dia ke? Hurmm.
Sedang seronok aku mengelamun ke luar tingkap, tiba-tiba aku
terdengar satu lagu daripada luar. Aku mengerutkan dahi. Siapa pula pasang lagu
kuat-kuat ni? Diari kecil aku tutup. Selepas sarungkan tudung aku bergerak ke
luar bilik untuk mendengar lebih jelas lagu tu.
“ Beb! kau dengar apa yang aku dengar tak?”
Trisya menyoal bila nampak aku keluar daripada bilik. Aku
hanya mengangguk. Kami berdua terus turun dari tingkat 1 dan menuju ke kaki
lima. Aku tengok sekeliling. Ada beberapa orang kawan aku juga keluar daripada
bilik. Aku dan Trisya menuju ke luar kolej asrama kami.
“ Beb! tu!”
Trisya menunjukkan aku ke satu arah. Ada seorang lelaki yang
sedang bermain gitar di situ. Tapi dia membelakangi kami. Cuma kedengaran dia
mula menyanyikan satu lagu. Aku dan Trisya saling berpandangan sebelum
mendengar setiap bait lagunya.
Saat terlihatmu ada sesuatu
Yang pernah ku merasakan waktu
dulu
Ingin ku berlari sendiri dan
sepi
Cuba tuk sembunyi rasa ini
Namun hati menguasai diri
Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya
Mampukah ku halang rasa
cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah
beri kepadaku
Anugerah yang terindah
Kerap ku berdoa agar cinta
kita
Takkan pernah pudar hingga hujung
nyawa
Dengarlah kasihku janjiku
padamu
Takkan ada cela cinta lain
Hanya kamu yang ku mahu
selalu
Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya
Mampukah ku halang rasa
cinta
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah
beri kepadaku
Anugerah yang terindah
Dan tak akan ada daya
Untukku mengabaikan cintamu
Kerana ku tahu kasihku
Telah tercipta dari pandangan
pertama
Haruskah ku luahkan padamu
Sanggupkah ku biar rahsia
Selamanya
Yang terpendam sekian lama
Bersyukur pada-Nya yang telah
beri kepadaku
Anugerah yang terindah
Yang terindah
Selesai saja lelaki itu nyanyikan lagu Anugerah
Terindah daripada Black itu. Dia pun memusingkan badannya ke arah kami. Tapi
saat aku dapat kenal pasti empunya diri yang tengah tersenyum itu. Aku terus
tergamam. Hati dah berdetak hebat. Air mata pula rasa nak mengalir ke pipi. Aku
pandang Trisya inginkan kepastian. Saat dia tersenyum dan menganggukkan
kepalanya. Yakinlah yang aku tidak bermimpi sekarang.
“ Amanina Humaira!”
Aku mengetap bibir. Entah semenjak bila tapi kaki
aku dah mula melangkah mendekati dia. Bila dah hampir dekat dengan dia. Aku
berhentikan langkah aku. Aku pandang dia dengan seribu perasaan. Yang pasti
perasaan rindu.
“ Doktor Rizal.” Aku sebut namanya perlahan.
Dia menarik senyuman kecil. Gitar yang dipegangnya
tadi diletakkan di bawah. Sekarang kami saling berpandangan. Aku menekup mulut.
Tak tahu kenapa tapi air mataku mengalir laju ke pipi.
“ Kidareyo…”
Aku tertawa dalam tangisan. Aku rasa macam nak
penyepak je dia ni. Still nak berbahasa Korea. Ingat aku tak faham la tu?
“ Masih nak guna bahasa tu?” Soalku dengan senyuman
sinis.
“ Faham ke?”
Aku membuat anggukan kecil. Dia tersentak tapi
tidak lama bila dia turut mengukirkan senyuman.
“ Kalau faham apa? Cuba cakap.”
“ Tunggu saya. Satu lagi kiyowoo iaitu comel.”
Dia tertawa bila aku cakap makna kata-kata dia.
Tapi tidak lama bila dia kembali memandang aku dengan pandangan yang sukar
untuk aku tafsirkan.
“ Nina dah dengar lagu tadi?”
“ Ya.”
“ I really mean it.”
Aku terdiam.
“ Semenjak bila?”
“ Semenjak pertama kali saya nampak awak. Masa tu
cikgu Liana tegur awak.”
Aku tunduk. Arh! Malu gila! Kenapa mesti aku buat
semua tu sebelum ni?
“ Amanina Humaira.”
Aku kembali tengok dia. Dia masih tersenyum.
Tiba-tiba dia pergi meninggalkan aku dalam keadaan yang terpinga-pinga.
“ Nina! Pandang belakang awak!”
Dengan rasa ingin tahu, aku pun toleh ke belakang.
Dan alangkah terkejutnya aku melihat kejutan yang dia sedang buat kini. Aku
menekup mulut. Ada air mata nak mengalir lagi.
Kenapa aku terkejut sangat? Yala. Semua kawan-kawan
kolej aku yang keluar tadi termasuk Trisya sedang memegang satu kertas yang
tertulis satu huruf. Bila ramai-ramai yang pegang terbentuklah satu ayat ni.
Yang pasti turut dalam bahasa Korea.
Saranghae
Terus aku duduk mencangkung dengan rasa tak
percaya. Aku menutup wajahku dengan seribu perasaan. Umi. Benar kan ini bukan
mimpi? Kenapa semuanya berlaku diluar jangkaan Nina?
“ Amanina.”
Aku turunkan tangan aku dan mendongak melihat dia
yang sudah berdiri depan mata aku.
“ Saya tahu awak dah usha saya lama. Saya sedar
Cuma saya buat bodoh sebab saya tak nak hampakan hati awak if kita tidak
ditakdirkan bersama. Tapi sekarang saya dah yakin. Lagipun saya tak sanggup nak
hidup membujang lagi.”
Aku bangun dan berdepan dengan dia. Aku tersenyum
kecil.
“ Mr Doctor.”
“ Yes?”
“ I love you!”
Selepas saja aku meluahkan perasaan aku. suasana
yang sunyi sepi tadi terus jadi riuh bila kawan-kawan aku bertepuk tangan. Aku
yang tengok dah jadi malu. Gila! Apa benda aku buat ni? haha.
“ Thanks Nina. So, will you be my wife?”
Aku tersengih. Terasa nak mengusik dia.
“ Tak nak. Tapi..”
“ Huh? Tapi apa?”
“ Tapi saya nak jadi bidadari hati awak buat selamanya.”
Terus aku berlari mendapatkan Trisya sebelum aku
dapat malu lagi. dan dari jauh aku dapat dengar dia ketawa.
“ Yes you can!”
Cinta itu indah. Indah jika cinta saling bersambut.
Lagi indah jika cinta itu kerana Allah. Dan untuk itu aku berterima kasih pada
Allah kerana satukan kami. Alhamdulillah. Jika ini mimpi biarkan ia terus
menjadi mimpi. Jika ini realiti biarkan ia terus menjadi realiti. Tapi hanya
DIA saja yang tahu. Terima kasih Ya Allah.
~Tamat~
Rushing sikit. Sorry.
suke suke suke suwittt gituuu
ReplyDeletesuke suke suke suwittt gituuu
ReplyDeletesweeeeeetttnyee...dh trasa mcm mkan gula lak!tringat zman crush2 nih!
ReplyDeleteOmg omg....!sweett sgt3.huhuu .mmg btuii sgt tuhh .zman skokah dluu skee usha2 org tu ini,,bdk2 skolahh .huhu
ReplyDeleteYes..me too rsa mcm brkhayal gitu..aduhh...
ReplyDeleteSyokk laa..
Sweet habis
Aduhh..
ReplyDeleteTerigt kt org yg suka kt aq..pastu aq tolak..sbb nk study..
^-^
Emm seronoknya baca mcm tulisan Aisya Sides...
ReplyDelete