Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Google+ Followers

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday, 28 March 2015

Cerpen : Dia Milik Allah End

Banyak kekurangan dalam cerpen ni. Harap maaf. 



Senyumannya terus mati saat mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Iman itu. Hatinya jadi makin berdebar-debar. Dia menoleh ke arah Asma dan Asma hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

“ Awak serius? Tapi kenapa?” Akhirnya Hana menyoal.

Iman tersenyum kecil lantas mengambil tempat yang tidak jauh daripada Hana itu.

“ Saya buat keputusan ini setelah yakin yang awak dipilih Allah untuk saya. Saya pilih awak kerana Allah. Saya nak menjaga awak.”

Izyan Hana tertunduk seketika. Dia mengaku yang dulu dia pernah mempunyai perasaan terhadap abang Asma itu. Cuma dia lebih suka memendam. Dia tidak akan sesekali memberitahu perasaannya pada Iman pada masa itu. Sekarang? Dia sendiri tidak pasti sama ada dia masih mempunyai perasaan itu atau tidak.

“ Awak ambillah berapa banyak masa pun. Saya sudi tunggu.” Sambung Iman dengan tenang. Dia mengucapkan alhamdulillah kerana Allah berikan dia keberanian untuk menyatakan hasrat di hati. Ya. Izyan Hana memang seorang yang istimewa.

“ Asma..” Hana memanggil dengan nada yang bergetar. Asma yang menyedari ton suara Hana itu memandang Iman.

“ Abang…”

Iman yang faham maksud Asma itu hanya menganggukkan kepala dan lantas keluar daripada situ. Sebaik sahaja Iman keluar, Asma terus memeluk Hana dengan penuh kasih sayang.

“ Kenapa tiba-tiba?”

Air mata Hana mengalir perlahan. Asma tersenyum lantas mengusap perlahan belakang Hana.

“ Aku tahu. Aku tahu kau pernah sayangkan dia dulu kan? Sebenarnya ini permintaan aku. Aku nak kau sentiasa dilindungi dan disayangi oleh insan yang bernama suami. Kalau kau sakit macam ni dan ada orang yang akan jaga kau. Aku dah tak risau. Walaupun ayah kau still ada. Aku tahu kau terkejut kan?”

Hana hanya menganggukkan kepalanya.

“ Abang kau ikhlas ke?”

“ Kau ni. tentulah dia ikhlas. Abang aku bukan macam lelaki lain okay? Bukan seorang yang suka memungkiri kata-katanya. Dia seorang yang penyayang dan terlalu mengambil berat akan keadaan sekelilingnya. Permintaan aku ni pun sebenarnya aku taklah memaksa. Tapi abang aku kata dia dah minta petunjuk Allah. Sebab tu dia yakin akan keputusan ni. Aku harap kau mampu terima permintaan abang aku tu.”

Asma meleraikan pelukan.  

“ Berikan aku masa.”

“ Sudah tentu. Aku tahu jodoh korang ni kuat sebenarnya. Kan?”

“ Kau ni!” Hana memuncung.

“ Haha. Aku sayang kau sahabat.”

“ Aku pun.”

**
‘ Kahwinlah kerana agamanya. Nescaya kamu akan bahagia…’

Matanya terkebil-kebil memandang skrin telefon itu. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman. Dia menoleh pula ke arah tingkap. Melihat ciptaan Allah yang sememangnya tiada tandingan itu.

“ Ya Allah. Aku semakin yakin yang dia jodoh aku. Cuma adakah dia akan terima lamaran aku tempoh hari? Sungguh Ya Allah. Aku jatuh cinta pada dia kerana agama dan sikap dia.”

Dia tiba-tiba teringat kata-kata seorang ustaz ni. Ustaz tu ada kata jodoh ini penuh misteri. Apabila semakin dikejar, semakin ia berlalu pergi. Apabila kita hanya menanti, usahkan hadir bayangnya juga belum pasti. Misterinya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Cuma usahlah kita jemu mencari. Bersama-sama istikharah di hati.

Ya. Dia mengaku sebelum ini dia tak pernah usaha untuk mencari siapa yang mampu menjadi isterinya. Yang dia fikir kerja, kerja dan kerja. Tetapi selepas mendengar permintaan adiknya itu, hatinya terbuka untuk menerima. Oleh sebab itulah dia melakukan istikharah. Alhamdulillah jawapan itu meyakinkan dia.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Itu juga menyentakkan lamunannya terhadap Izyan Hana.

“ helo.”

“ Abang!”

Suara Asma yang cemas itu serta-merta membuatkan dadanya berdebar kencang. Hana!

“ Kenapa ni?”

“ Hana! Dia!”

“ What Asma?”

“ Dia dalam keadaan kritikal!”

**
Kakinya laju menuju ke arah Asma yang sedang berdiri depan bilik kecemasan itu. Rasa risau ni jangan cakaplah. Sepanjang perjalanan dia berdoa agar Allah menyembuhkan Hana.

“ Adik.”

Asma yang kelihatan sugul itu terus menoleh ke arah Iman. Air matanya serentak mengalir saat melihat wajah abangnya itu. Encik Azman yang berada di sebelah hanya mampu tersenyum pahit.

“ Abang.. Hana bang.”

Iman terus duduk di sisi Asma lalu menarik Asma ke dalam pelukannya.

“ Sabar Asma. Sabar. Dia pasti sembuh. Tapi kenapa dia tiba-tiba boleh masuk wad kecemasan. Pakcik?” Soal Iman ingin tahu.

“ Doktor buat pemeriksaan pagi tadi. Lepas tu dia cakap kat pakcik yang Hana mengalami kanser hati. Dan tadi tiba-tiba saja Hana mengadu sakit dada dan terus pengsan tak sedarkan diri. Sekarang kita hanya mampu berserah saja.”  Jelas Encik Azman panjang lebar.

Iman terdiam. Ya Allah. Panjangkanlah umur dia.

“ Abang… tadi sebelum dia pengsan. Dia ada cakap dekat Asma yang dia dah terima lamaran abang tu.” Maklum Asma dengan senyuman hambar. Walaupun dia gembira Hana dah terima lamaran abang dia tapi dia tetap sedih kerana keadaan Hana itu.

Iman masih mendiamkan diri. Buat masa ni dia tak dapat berfikir soal itu. Dia Cuma fikir keselamatan dan keadaan Hana saat ini.

“ Dia cakap tiga hari dia juga buat solat istikharah. Dan dia juga yakin dengan abang. Tapi dia sedih sebab dia takut dia tak sempat nak jadi isteri abang. Dia dah tahu apa penyakit dia bang.”

Terus Asma menangis dalam pelukan Iman. Dia tak dapat tahan kesedihan itu. dia terlalu sayangkan Izyan Hana.

“ Kita doa banyak-banyak. Insya-Allah dia mesti sembuh.

Tiba-tiba lampu bilik kecemasan sudah bertukar kepada warna hijau. Mereka bertiga berdebar menantikan keputusan doktor.

“ Encik Azman.”

“ Ya saya doktor.”

“ Hana perlukan penderma. Sebab hati dia dah sampai pada tahap yang kritikal. Kuman dah merebak. Ada tak sebelum ni dia mengadu sakit dada?”

Encik Azman hanya menggelengkan kepala.

“ Seingat saya sekali saja dia ada kata dia rasa sesak nafas. Tu pun dia hanya sapu minyak panas. Selepas tu saya tak dengar dah dia mengadu sakit dada.”

“ Sekarang ni, kita hanya perlukan penderma yang sesuai untuk sembuhkan penyakit dia.”

“ Saya sudi jadi penderma doktor.”

Tiba-tiba Iman bersuara.

“ Kalau macam tu jom ikut saya untuk buat pemeriksaan darah.”

Iman hanya mengangguk. Dia bersedia untuk hadapi apa saja.

“ Abang. Selamatkan Hana.” Pinta Asma dengan linangan air mata.

“ Insya-Allah sayang.”

**
“ Mak!”

Suaranya menjerit-jerit memanggil ibunya. Tetapi ibunya semakin menjauh. Dia tidak berputus asa malah terus mengejar langkah ibunya itu.

“ mak! Tunggu Hana! Hana nak jumpa dengan mak!”

Tiba-tiba langkah ibunya terhenti. Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman buat anaknya yang tersayang.

“ Hana. Pergilah. Jangan ikut mak. Umur kamu masih panjang. Ada seseorang yang masih menunggu kamu di dunia.”

Kepalanya digelengkan.

“ Hana tak nak! Hana nak ikut mak.”

“ Tidak sayang. Tapi mak selalu doakan anak mak agar menjadi seorang Muslimah sejati. Alhamdulillah Allah kabulkan doa mak. Pergilah sayang. Ayah kamu masih memerlukan kamu.”

Terus kelibat ibunya hilang daripada pandangan.

“ Mak!”

“ Hana! Hana!”

Izyan Hana terus tersedar daripada lena yang panjang. Dia menoleh melihat sekeliling. Ya Allah.

“ Alhamdulillah. Akhirnya kamu sedar.”

Tiba-tiba dia terasa sakit pada bahagian dadanya. Perlahan tangannya menyentuh dadanya itu. Terasa ada kesan jahitan dekat situ. Dia mengaduh kesakitan saat tersentuh bahagian jahitan itu.

“ Hana?”

Encik Azman risau melihat kerut di wajah Hana itu.

“ Sakit ayah. Kenapa dengan Hana?”

Hana menoleh pula ke arah pintu wad. Dia masih menantikan kehadiran seseorang. Tetapi hampa sebab kelibat itu tiada di sini saat ini.

“ Kamu baru lepas buat pembedahan pemindahan hati. Dah tiga hari kamu tak sedarkan diri.”

“ Ayah… siapa penderma tu?”

Encik Azman tersenyum kecil. kepalanya digelengkan.

“ Maaf. Ini ayah tak boleh cakap. Penderma tu minta rahsiakan. Yang penting kamu selamat.”

Hana memandang syiling dengan pandangan yang kosong. Kepalanya sarat dengan persoalan yang masih menjadi tanda tanya. Ya Allah. Aku bersyukur kerana Engkau masih memberikan aku peluang untuk menebus dosa-dosa aku ini. Terima kasih Ya Allah.

“ Mana Asma?”

Encik Azman terdiam. Dia tak boleh bocorkan rahsia. Dia mesti rahsiakan.

“ Ada dekat luar agaknya. Abang dia suruh dia makan dulu.” Nafi Encik Azman.

Maafkan ayah sayang. Kami buat demi kebaikan kamu.

“ Ayah. Hana mimpi mak. Hana rindu mak.” Luah Hana akhirnya.

“ Bersabar sayang. Sedekahkan Al-Fatihah pada mak kamu.”

“ Insya-Allah ayah.”

**
Dia menoleh sekeliling. Tetapi kelibat yang dia harapkan itu masih tidak muncul. Dah tiga hari kelibat itu menghilangkan diri. Puas dia bertanya kepada Asma. Tetapi Asma mengelak dan kata kelibat itu sibuk. Hana sendiri tidak faham. Arh! Fikir positif sajalah Hana.

“ Kau dah ready nak balik?”

“ Mestilah. Dah lama sangat aku duduk dekat hospital ni.”

Asma tersenyum kecil. Hana, kalau kau tahu keadaan abang aku. Adakah kau akan segembira macam ni?

“ Ayah aku mana?”

“ Ada dekat luar. Tengah uruskan pembayaran. Jom aku pimpin kau ke kereta.”

Dengan perlahan-lahan Hana turun daripada katil dan berjalan bersama dengan Asma. Hatinya kini berasa lega dan lebih tenang. Seakan-akan dia dapat nafas baru.

“ Aku pergi tengok ayah kau kejap. Aku duduk sini dulu okay.”

“ Okay.”

Sebaik sahaja Asma menghilang, Hana melihat skrin telefon bimbitnya. Dah lama dia tidak melihat phone dia tu.

Tiba-tiba ada satu SMS masuk. Hana mengerutkan dahi saat melihat nombor yang tidak dikenali itu.

‘ Awak. Semoga cepat sembuh. Tunggu saya ye. Lepas awak sembuh saya akan kahwin dengan awak. Asma kata awak dah terima saya. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. InsyaAllah kita akan jadi suami isteri. Walauapapun yang terjadi awak mesti tunggu saya. Saya minta maaf sebab maybe masa awak baca SMS ni saya tiada di samping awak. Tapi ingatlah yang saya sentiasa berada dekat dengan awak. Saya berada dalam hati awak. Salam ikhlas Khalish Iman.’

Tidak semena-mena air matanya mengalir perlahan. Dia tak tahu kenapa tapi dia tiba-tiba berasa sedih dan dia juga ingin berjumpa dengan Iman. Ya Allah.

“ Jom balik.”

Hana terus menyeka air matanya. Dia tak nak Asma perasan. Tapi dia kena tahu juga di mana Iman berada.

“ Tolong cakap dekat aku mana Iman. Please.” Rayu Hana. Dia rasa dia perlu jumpa dengan Iman. Dia dapat rasakan Iman berada dalam bahaya.

Asma terkedu. Dia melihat wajah Hana yang mengharap itu. Ya Allah. Abang dah minta rahsiakan. Mana mungkin dia akan beritahu Hana tentang keadaan abangnya. Tak mungkin. Nanti abang marah dekat aku. Abang! Apa patut Asma buat?

“ Kau jangan risau. Abang aku okay je. Dia ada urusan kerja sikit.” Nafi Asma dengan senyuman kecil.

“ Tipu. kau mesti tipu. baik kau cakap. Please Asma. Kalau dia okay kenapa dia send SMS ni dekat aku sebelum aku buat pembedahan?”

Asma tersentak. Pantas dia mengambil telefon bimbit Hana. Bait-bait yang Iman hantarkan kepada Hana dia baca. Hatinya jadi sebak. Abang.

“ Hana!”

“ Maafkan aku.” Air mata Asma mengalir perlahan.

“ Kenapa?” Hana dah mula rasa tidak sedap hati.

“ Hana. Asma. Tunggu apa lagi dekat sini?” Muncul Encik Azman.

“ Ayah. Mana Iman? Apa yang berlaku dekat dia?”

Encik Azman terkedu. Dia menjeling Asma. Nampaknya naluri hati mereka berdua kuat. Adakah mereka memang ditakdirkan bersama?

“ Ayah. Tolong cakap dekat Hana. Hati Hana ni rasa lain. Lain sangat. Hana macam dapat rasakan kehadiran Iman. Ayah tolong. Asma tolong.” Hana merayu lagi.

“ Jom ikut aku.” Dengan senyuman pahit dia mengajak Hana mengikuti langkahnya.

**
“ Ya Allah!”

Mulutnya ditekup dengan kuat. Dia sedaya upaya menahan diri daripada menangis. Asma yang berada di sebelahnya hanya mampu mengusap bahu Hana seraya memberikan kekuatan. Encik Azman dah lama pulang ke rumah.

“ Maafkan aku kerana terpaksa rahsiakan hal ni. tu permintaan dia. dan dia juga ikhlas menderma hati tu dekat kau. Aku minta maaf. Aku ingat selepas pembedahan tu dia akan okay. Tapi , tak sangka sampai ke hari ini dia masih tidak sedarkan diri.”

Giliran Asma pula mengalirkan air mata. Dia dah cuba untuk jadi kuat. Tapi dia gagal.

“ Kenapa kau tak cakap awal-awal. Patut lah aku rasa di mana saja aku berada aku dapat rasakan kehadiran abang kau.”

“ Maafkan aku.”

Hana memandang wajah Iman yang sedang terbaring tidak sedarkan diri itu. Iman.. Cepatlah sedar. Awak kata awak nak kahwin dengan saya. Awak kata awak takkan tinggalkan saya. Saya sudi tunggu awak sampai bila-bila. Saya yakin awak akan sedar.

“ Jom kita balik. kau tu masih belum sembuh.” Ajak Asma.

Hana masih mendiamkan diri di samping Iman. Dalam hati dia berdoa agar Iman cepat sedar. Kalau Iman tak sedar, dia akan diselubungi rasa bersalah.

Tiba-tiba matanya dapat menangkap pergerakan jari Iman. Mulutnya mula mengukirkan senyuman.

“ Asma. Tolong panggilkan doktor. Abang kau dah sedar.” Maklum Hana. Asma pun tanpa berlengah pantas keluar untuk memanggil doktor.

“ Saya tahu awak kuat. Tolong kuat. Tolong sedar. Awak dah janji nak kahwin dengan saya.”

Ya Allah. Aku tahu ini salah satu ujian dari-Mu. Tetapi sembuhkanlah dia. kalau bukan sebab dia aku takkan ada di bumi ni lagi.

“ terima kasih untuk segala-galanya Khalish Iman.”

**
“ Mama! Papa! Tengok abang ni!”

Panjang muncung Asma saat diusik oleh Iman. Dah boleh sangkut penyangkut dah rasanya.

“ Apa apa? betul apa abang cakap. Lagipun ustaz tu berkenan sangat dekat kau. Sampai dah datang jumpa mama dan papa. Kau tu je yang masih diam. Kau tu memilih sangat.”

Asma mencebik. Dia rasa tidak puas hati. Kenapa ustaz poyo tu mesti jumpa keluarga dia? Haish! Benci!

“ Kenapa kau tak suka dia?” Giliran Hana pula menyoal.

“ Dia poyo. Dia suka kacau aku. dia suka buat aku benci dia. dia suka .. arh! Benci la cakap fasal dia.”

Iman dan Hana saling berpandangan sebelum melepaskan tawa.

“ Jangan benci sangat adik aku yang tersayang. Nanti ha.. jadi suka.”

Asma menjeling geram ke arah Iman. Memang tak puas hati bila kawan baik dia bersubahat dengan abang kesayangan dia untuk kenakan dia. Ish!

“ Sudahlah. Adik merajuk nanti kang.”

Hana sudah tersenyum simpul. Dia sendiri tak tahu Asma begitu manja dengan suaminya. Sungguh tak tahu. Tapi dia bersyukur kerana suaminya jaga Asma sebaik mungkin.

“ Abang. Dah la tu. nanti dia merajuk. Siapa nak pujuk?” Pujuk Hana dengan senyuman.

“ Ha. Tengok. Terima kasih kakak iparku yang tersayang. Hehe.”

“ Okaylah. Hana jom. Ikut abang.”

“ Ke mana?”

“ Ikut je lah Hana oii. Dah orang sudi bawa.”

Asma pantas berlari ke dapur apabila ada tangan ingin menyekeh kepalanya. haha.

“ Tunggu jap. Hana nak pakai tudung.”

**
Alhamdulillah. Siapa sangka, selepas seminggu Hana dan Iman sembuh. Encik Azman terus menetapkan tarikh pernikahan mereka. Bertunang hanya sehari. Lepas tu terus nikah. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan mereka.

“ Abang..”

Hana memandang sekeliling. Kenapa dia bawa aku ke sini?

“ Hana ingat tak lagi tempat ni? Pertama kali kita jumpa dekat taman ni la. Masa tu Asma yang bawa kita dua ke sini.”

Hana mula tersenyum. ya. Dia masih ingat. Tapi..

“ Maafkan Hana.” Hana tunduk menahan malu.

“ Kenapa?”

“ Hana malu. Masa tu Hana teruk. Hana jahat.” Perlahan-lahan butir permata tu jatuh ke pipi.

Iman yang melihat tersenyum lantas menolak perlahan dagu isterinya itu. air mata itu disekanya dengan lembut.

“ Abang tak pernah kata macam tu. cukuplah abang dapat Hana yang sekarang. Yang penting Hana dah berubah kan?”

Hana mengangguk perlahan. Dia bersyukur dapat suami macam Khalis Iman ni. dia bersyukur sangat.

“ terima kasih untuk segala-galanya abang. Hana gembira sangat.”

“ Abang pun. Abang tak sangka abang akan pilih Hana jadi isteri abang. Maybe dah jodoh. And one more thing.”

Iman merenung wajah isterinya itu dengan penuh kasih sayang. Hana yang sedar wajahnya direnung itu tunduk menahan malu.

“ Hana.. tengok abang.”

Hana akur. Dia kembali mendongak melihat wajah suaminya itu.

“ Hana. Walauapapun yang terjadi. Ingat yang abang sentiasa ada dekat sini.”

Perlahan tangannya menyentuh dada Hana.

“ Di sini. Abang sentiasa ada dekat sini.”

Hana tersenyum dalam perasaan sebak.

“ Terima kasih abang.”

“ Sama-sama kasih sayang. Abang sayang Hana.”

~Tamat~

Wednesday, 25 March 2015

Cerpen : Dia Milik Allah 2



“ Sabar Asma sabar.”

Asma menggigit bibir bagi menahan diri daripada terus mengeluarkan air mata. Lengan abangnya itu dipegang kejap. Dia memerlukan kekuatan saat ini.

“ Dia kawan Asma bang. Kawan baik Asma. Macam mana Asma nak bertenang?”

Terus Iman tarik adiknya ke dalam pelukan. Diusap-usap kepala Asma yang diselaputi tudung itu.

“ Sabar sayang. Sabar. Nanti dia sedarlah tu.” Pesan Iman. Dia tak boleh kalau orang yang dia sayang sedih macam ni. Dia akan turut bersedih.

“ Asma.”

Encik Azman tersenyum hambar ke arah Asma dan Iman.

“ Pakcik. Dia dah sedar ke?”

Tangisan Asma makin menjadi-jadi apabila melihat Encik Azman menggelengkan kepalanya.

“ Sabar ya nak. Pakcik nak ke surau dulu. Nak solat subuh. Kamu berdua pun pergilah solat dulu.”

Encik Azman terus berlalu selepas menyampaikan pesanannya.

“ Asma. Jom. Kita pergi solat dulu. Kita doa banyak-banyak agar Hana cepat sedar ye sayang.”

Sayu hatinya melihat wajah Asma yang sedih itu. mukanya merah selepas menangis tadi. Dia sendiri terkejut selepas mendapat berita Hana dimasukkan ke hospital. Dari semalam lagi sehingga ke hari ini Hana masih tidak sedarkan diri. Itu yang membuatkan Asma semakin risau. Tambahan pula doktor ada kata yang Hana menghidap kanser. Tapi tak tahu lagi kanser apa.

“ Abang… boleh tak Asma buat satu permintaan?”

“ Apa tu?”

“ Nanti bila Hana sedar, abang kahwin dengan dia?”

Dan Iman terus terkedu. Permintaan itu sungguh berat baginya.

“ Abang. Please. Dari dulu lagi Asma nak tengok abang dan Hana digandingkan bersama.”

“ Hana? Dia mesti tak suka.”

“ Tak. Dia pasti terima sebab dulu sebelum dia berubah dia ada kata dekat Asma yang dia tertarik dengan abang. Sekarang Asma yakin yang dia pun masih ada hati dengan abang.”

“ Abang..”

“ Abang fikir dulu.”

Akhirnya, Iman hanya mampu tersenyum hambar.

**
“ Ya Allah Ya Tuhanku. Berilah aku petunjukMu. Aku sangat buntu saat ini. Aku keliru dengan permintaan Asma. Ya Allah. Andai benar dia untukku. Dekatkanlah kami. Andai dia bukan untukku jauhkanlah kami. Aku memohon padaMu Ya Allah. Ya Allah. Berilah kesembuhan kepada Hana. Aku tak sanggup tengok Asma bersedih lagi. Ya Allah. Tolonglah makbulkan doa ini. Aminn…”

Iman tunduk memandang lantai sebaik sahaja selesai berdoa. Hatinya tiba-tiba jadi tersentuh saat teringatkan Izyan Hana. Kebelakangan ini entah kenapa nama itu sering kali muncul dalam benak fikirannya. Kadang-kadang tu muncul jua dalam mimpinya. Dia sendiri hairan. Tapi dia tak nak ambil peduli kerana mimpi kan mainan tidur.

Tiba-tiba dia rasa ada sentuhan pada bahunya. Pantas dia menoleh ke belakang.

“ Pakcik.”

Encik Azman tersenyum melihat anak muda itu. Dia tak tahu tapi hatinya seakan suka melihat Iman.

“ Asma macam mana?”

“ Rasanya dah tenang sikit. Pakcik okay?”

Encik Azman tersenyum hambar. Hatinya jadi sayu melihat keadaan anaknya yang masih berbaring tidak sedarkan diri itu.

“ Pakcik dah tak ada sesiapa dalam dunia ni melainkan dia. sebelum dia tak sedarkan diri. Dia ada cakap dekat pakcik yang dia rindu sangat dengan arwah ibunya. Hati pakcik jadi tersentuh. Pakcik tahu dia seorang yang kuat. Tapi hakikatnya bila dia bersendirian, dialah seorang wanita yang lemah. Dia perlukan pendorong untuk teruskan dia melangkah.”

Iman terdiam. Izyan Hana. Aku dapat rasakan kau insan yang amat mulia. Kau teristimewa.

“ Dari dulu lagi pakcik berdoa agar dia dapat menjadi anak yang soleh dan Muslimah sejati. Selepas arwah ibu dia meninggal. Pakcik lah yang selalu beri dia kekuatan. Pakcik juga yang banyak bantu dia bangkit semula. Dan alhamdulillah berkat doa pakcik. Dia dah berubah ke arah yang diredhai Allah. Pakcik gembira dan bersyukur.”

Sedaya upaya Encik Azman menahan diri daripada mengalirkan air mata.

“ Pakcik. Bawa bersabar banyak-banyak. Saya tahu ini salah satu ujian untuk dia. Allah sayang dia sebab tu dia dapat ujian ni.”

“ Tapi pakcik tak sanggup tengok dia sakit. Pakcik lebih rela sakit dan pergi dulu sebelum dia.”

Akhirnya, Encik Azman mengalirkan air matanya demi satu-satu anak yang dia miliki. Iman yang melihat juga merasa sebak.

“ Pakcik kena kuat. Saya tahu dia juga nak pakcik kuat.”

“ InsyaAllah. Kamu sangat baik Iman. Dulu ada juga dia cerita dekat pakcik fasal abang kawan baik dia. Cuma pakcik tak pernah jumpa lagi dan pakcik tak ambil peduli sangat. Yelah masa tu anak pakcik masih remaja lagi. Sekolah pun tak habis lagi. Tup tup hari ini kita berjumpa juga. Betullah kata dia. Kamu seorang yang baik.”

Iman terkedu. Sangat terkedu. Ya Allah. Rupanya begitu banyak Hana ceritakan kepada ayah dia. Adakah ini petunjukMu Ya Allah?

**
Perlahan-lahan matanya yang dah lama terpejam itu dibukanya. Saat ada cahaya terang menyuluh ke matanya, seraya itu dia kembali memejamkan mata. Tapi tidak lama apabila dia berusaha juga membukakan matanya.

“ Ayah…”

Dengan nada yang sangat perlahan dia memanggil orang yang berada di sebelahnya itu. Mulutnya memaksa mengukirkan senyuman walaupun payah.

“ Alhamdulillah. Kamu dah sedar. Kamu tak apa-apa?”

Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. dia menoleh pula ke kiri. Kelibat Asma yang sedang menahan tangis itu dipandangnya dengan senyuman.

“ Asma.. kenapa kau nangis?”

“ Kau jahat! Aku ingat kau nak pergi tinggalkan aku.”

Asma terus memeluk sahabatnya itu. Izyan Hana hanya mampu tersenyum kecil. Berapa lama aku tidak sedarkan diri?

“ Berapa lama aku tak sedarkan diri?” Soal Izyan Hana disaat Asma meleraikan pelukan.

“ Tiga hari. Aku ingat aku tak berpeluang untuk jumpa kau dah. sampai hati kau.”

Asma menoleh ke arah lain apabila ada air mata yang ingin keluar lagi. Dia tak nak menangis lagi. Dia nak kuat juga.

“ Aku dah sedar kan? Aku minta maaf. Ayah. Kenapa dengan Hana?” Soal Izyan Hana ingin tahu. Dia tak tahu punca dia tiba-tiba pengsan dan tidak sedarkan diri.

Encik Azman terdiam. Dia tak tahu sama ada ingin memberitahu atau tidak tentang penyakit Hana.

“ Assalamualaikum.”

Kemunculan Iman membantutkan hasrat Encik Azman untuk memberitahu perkara yang sebenar. Mujurlah. Biarlah ia menjadi rahsia dulu. Akhirnya Encik Azman hanya tersenyum.

“ Waalaikumussalam.”

Jawab mereka serentak. Hana meraba-raba kepalanya dan dia bersyukur apabila menyedari dirinya memakai tudung. Dia tak nak lagi menunjukkan auratnya pada yang bukan muhrim.

“ Alhamdulillah. Awak dah sedar Hana.”

Izyan Hana terkebil-kebil melihat wajah Iman. Dia rasa dia macam pernah jumpa. Tapi dia tak ingat di mana. Yang pasti dia suka melihat wajah itu. Tenang. Astaghfirullah. Mata tu jaga Hana. Jaga!

“ Haih kau ni Hana. Abang aku la. Takkan tak ingat?” Asma menyampuk apabila sedar kelakuan sahabatnya yang kelihatan terpinga-pinga itu. Ni yang buat aku nak tersenyum ni.

“ Ya. Saya abang dia. Memanglah tak ingat. Berapa tahun dah Asma oii.” Seloroh Iman. Asma pula hanya tersengih. Rasa terbang rasa sedih tu saat melihat sahabat dan abangnya tu. Rasanya pilihan dia tak salah dengan menjodohkan mereka berdua. Dia tahu di antara mereka ada satu ikatan. Ada sesuatu yang tak dapat diungkapkan. Hanya Allah saja yang tahu.

“ Pakcik. Saya ada bawakan nasi untuk pakcik. Pakcik makan dulu ye. Saya dan Asma dah makan tadi.” 
Suara Iman dan menyerahkan nasi yang dibungkusnya tadi kepada Encik Azman.

“ ya Allah. Susahkan kamu je Iman.”

“ tak apa.”

Izyan Hana yang melihat mereka berdua terasa nak senyum. Rasa bahagia datang menerpa ke dalam hatinya. Allahu. Apakah itu?

“ Aku tahu kau dah terpikat dekat abang aku tu. kan?”

Tiba-tiba Asma berbisik dan membuatkan wajah Izyan Hana berona merah. Asma yang melihat menahan senyum. Sedangkan dalam hati menjerit suka.

“ Kau jangan nak mengarut!” Izyan Hana juga berbisik. Sedaya upaya dia menahan malu.

“ Ceh. Malu lah tu. Haha.”

Asma ketawa halus. Tapi masih berjaya menarik perhatian Iman.

“ Kenapa kau ketawa adik?”

Akhirnya Asma dan Izyan Hana hanya tersenyum nipis. Tiada komen.

**
“ Abang rasa abang boleh terima permintaan Asma tu.”

Belum sempat pun Asma nak minum air. Abangnya tiba-tiba memberikan jawapan yang positif itu.

“ What? Serius?” Asma nampak sangat teruja. Manakala Iman hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

“ Abang yakin? Abang jangan. Kalau sebab Asma jangan. Asma Cuma cakap. Tapi kalau abang tak suka jangan paksa.” Wajah Asma yang teruja tadi kembali biasa. Dia risau kalau abangnya tak happy bila terpaksa turutkan permintaannya.

“ tak. Abang yakin sangat. Tiga hari Asma. Tiga hari abang buat solat istikharah. Dan inilah jawapan yang abang dapat.”

Dengan senyuman yang ikhlas dia menuturkan kata-katanya itu. Dia juga rasa tenang di saat membuat keputusan itu. Asma yang mulanya rasa ragu-ragu terus tersenyum lebar.

“ Alhamdulillah. Tak sia-sia Asma berdoa siang malam untuk abang dan kawan baik Asma tu.”

“ Thanks my dear.”

“ Okay. Jom kita cakap dekat dia. tak sabarnya.”

Asma yang baru sahaja ingin melangkah jadi terbantut saat Iman menarik lengannya lembut.

“ Kenapa bang?” Asma jadi pelik.

“ Abang takut kalau dia tak terima.” Wajah Iman jadi ragu-ragu.

Asma yang melihat tersenyum senang. Ya Allah.

“ Asma yakin dia akan terima. Kita bersabar dan banyakkan berdoa. Kalau ini jawapan istikharah abang. Asma yakin korang akan bersama juga nanti. Jom ikut Asma.”

Iman hanya tersenyum mendengar jawapan adiknya tu. InsyaAllah.

**
“ Hana!”

Izyan Hana yang elok sahaja sedang bersembang dengan seseorang terhenti saat Asma dan Iman masuk ke dalam bilik wad tersebut.

“ Asma.”

Langkah Asma dan Iman terus jadi perlahan sebaik melihat tetamu yang mereka tidak kenali itu. senyuman pada wajah mereka juga kendur begitu sahaja.

“ Kenalkan. Ini kawan lama aku. Dia datang melawat.” Hana perkenalkan kepada kawan baiknya itu.

“ Hai. Saya Ikhwan.”

Ikhwan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Iman. Iman menyambut dengan senyuman walaupun dalam hati banyak persoalan yang dia inginkan jawapan.

“ Iman.”

Asma melirik ke arah dua orang lelaki itu. Kenapa aku rasa dua-dua orang ni akan jadi saingan? Kenapa aku rasa kehadiran lelaki tu menyebabkan keputusan abang aku jadi ragu-ragu? Ya Allah. Siapa dia?

“ Hana. Dia kawan kau ke? Kenapa aku tak tahu pun?” Asma berbisik.

“ Sepupu aku. tapi kami dah lama tak jumpa sebab dia tak ada kat sini. Ni pun ayah aku yang cakap dekat dia. tu yang kau lama tak jumpa dia tu.”

Asma masih merasa tidak selamat dengan kehadiran Ikhwan itu. aish! Apa aku ni. kalau betul mereka berdua ada jodoh, aku tak perlu takut.

“ Okaylah Hana. Saya balik dulu. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Asma dan Iman saling berpandangan sebelum mengalihkan pandangan ke arah Izyan Hana yang tengah tersenyum itu.

“ Kenapa?” Hana jadi pelik.

“ Kami ada something nak cakap dengan kau. Harap kau sudi terima.”

Iman terteguk air liur tetapi wajahnya masih kelihatan tenang. Manakala Asma menanti dengan penuh debaran akan kata-kata abangnya itu.

“ Apa ? Kau buat aku saspen je la.”

Izyan Hana turut berdebar-debar menanti kata-kata yang akan keluar dari mulut mereka berdua.

“ Abang. Abang cakaplah.”

Iman tersenyum kecil. Izyan Hana jadi makin berdebar-debar saat melihat senyuman lelaki itu. Ya Allah.

“ Saya nak berkahwin dengan awak. saya nak jadikan awak isteri saya.”

**

To be continue...

Popular Posts