Buku pemberian arwah ibunya itu dibelek dengan penuh kasih
sayang. Dah tiga kali dia khatam buku tu sampai dah boleh tahu apa isi dalam
buku tersebut. Dan sebab buku itulah dia cuba berubah menjadi seorang yang
diredhai Allah. Cuma dia kesal kerana arwah ibunya tidak sempat melihat
perubahan dia. Allahu.
Tanpa sedar, air matanya mengalir perlahan. Tak mahu sesiapa
pandang, dia pantas menyeka air mata tersebut. Dia tak boleh lemah. Dia kena
kuat. Banyak lagi liku-liku yang perlu dia tempuhi. Ayahnya dah banyak beri
dorongan dan nasihat agar dia terus kuat menghadapi cubaan dari Allah ini.
Dia mengukirkan senyuman saat ternampak kelibat seseorang
yang sangat dia rindui selama ini.
“ Sorry lambat. Aku terlupa tadi.”
Izyan Hana mengukirkan senyuman manis lantas memeluk
sahabatnya itu. Dah dua bulan dia tidak berjumpa dengan sahabat baiknya itu.
Sahabat yang banyak mengubah dia lebih ke arah yang diredai Allah.
“ Aku rindu kau.” Luah Izyan Hana.
“ Aku pun. Kau lah. Balik sini tak nak cakap awal-awal. Cuba
kau cakap awal-awal. Aku boleh suruh abang aku hantar. Lagi cepat.”
Izyan Hana tersengih. Buku yang dia pegang tadi pantas
dimasukkan ke dalam beg. Ibu. Terima kasih setia ada bersama Hana walaupun ibu
tiada depan mata Hana.
“ Kita nak ke mana?” Soal Asma.
“ Aku ikut kau je. Ke mana kau nak pergi?”
“ Kita pergi makan dulu. Lepas tu baru kita shopping. Yeay!”
“ Ish minah ni. tau shopping je kerja kau kan?”
“ Yelah. Dah dapat green light daripada abang kesayangan aku
tu. Haha.”
Hana hanya tersenyum. Dari dulu lagi Asma ni rapat dengan
abang dia. Yela. Dalam family Asma tu mereka berdua je adik-beradik. Sorang
abang sorang akak. Okay sangat la tu. kalau abang dia tak ada. Asma jadi
pendiam sikit lah. Tapi bila abang dia ada, jadi nakal pula. Haha.
“ Aku tak pernah nampak abang kau sekarang ni. dia busy ke?
Dia kerja apa?” Buat pertama kali Hana tertarik nak bertanya tentang abang
kandung Asma.
“ Biasalah beb. Engineer kan? tu pun mak aku dah bising
suruh dia cari calon isteri. Suruh kahwin katanya. Tapi alasan yang hampir muak
aku dengar adalah jodoh tak sampai lagi.”
Hana tertawa kecil.
“ Kau la tolong carikan.”
“ Aku? Boleh. Tapi aku pilih kau. Boleh? Hehe.” Asma
tersengih. Dari dulu lagi niat dia ingin menjodohkan abang dia dengan Hana.
Sebab mereka berdua sepadan sangat. Tapi dia tahu kalau orang tak suka memang
tak boleh paksa.
“ Ish kau ni. ke situ pula.” Hana dah menjadi malu. Asma
masih tersengih.
“ Betullah. Korang sama-sama single lagi. Sorang 29 tahun.
Sorang 26 tahun. Okaylah tu. boleh kau jadi akak ipar aku. wah! Terbaik!”
Hana hanya tergeleng-geleng dengan kata-kata Asma. Asma ni
kalau dah berangan memanglah.
“ Dah. jom pergi makan cepat. Aku dah lapar tunggu kau
lambat sangat tadi. Kang aku balik kot.” Ugut Hana.
“ Okay. Sorry. Jom.”
Tanpa diduga, persahabatan mereka dah mencecah hampir 5
tahun. Alhamdulillah.
**
‘ Jangan lepaskan yang baik untuk yang terbaik kerana yang
baik itulah yang paling terbaik ‘
Mulutnya mengukirkan senyuman di saat membaca pesanan
daripada adik kesayangannya itu. Asma..Asma. Ada je idea kau nak buat aku
tersenyum. Tahulah aku masih bujang.
‘ Baik adikku yang tersayang. Terima kasih bagi nasihat.’
‘ Hehe. Ala abang bukan tak tahu. Adik abang ni kan nak
abang cepat kahwin dengan ehem ehem.’
‘ Apa ehem-ehem?’
‘ Hehe. You know that answer my brother.’
Kepalanya ligat berfikir siapa yang dimaksudkan adiknya tu.
sesaat kemudian dia tersentak. Izyan Hana?
Dia ingat lagi 10 tahun yang lepas bagaimana dia terserempak
dengan wanita itu. Dulu wanita tu tidak bertudung. Tapi wanita tu jenis
sporting dan ceria orangnya.
Sekarang Asma kata rakan dia tu banyak dah berubah. Sudah
bertudung labuh bersama jubah. Dah tak kasar-kasar macam dulu. Lemah-lembut
orangnya. Iman terdetik dalam hati ingin berjumpa dengan orang yang sering Asma
sebut-sebutkan itu.
Tapi boleh ke dia? Rasa tak berkeyakinan pula.
“ Bos!”
Iman tersentak saat ditegur oleh setiausahanya.
“ Ya. Ada apa?”
“ Jauh termenung bos?”
Iman tersenyum nipis.
“ Tak de la. Teringat seseorang je.”
“ Aik? Siapa tu? Jangan-jangan makwe tak?”
Iman masih tersenyum.
“ Kamu nak apa? ada hal penting ke?”
Yasmin menyerahkan surat-surat penting itu kepada Iman
dengan senyuman.
“ Bos bacalah dulu surat-surat tu. Itu je dulu buat masa ni.
Saya keluar dulu bos.”
“ Okay.” ‘
“ Sebelum terlupa..”
Iman yang baru ingin membaca mendongak semula ke arah
setiausahanya itu. keningnya dijongketkan.
“ Bos kena usaha kalau nak jadikan seseorang perempuan tu
isteri bos. Kalau bos rasa luaran dia tu nampak kasar tapi hati dia lembut bos.
Saya Cuma nak bagi pesanan je bos. Hehe. Jangan marah. Saya keluar dulu.”
Iman tergeleng-geleng dengan sikap Yasmin itu. Tapi aku tak
tahu macam mana Izyan Hana yang sekarang ni. adakah dia sama sporting macam
dulu atau pendiam sekarang ni? entahlah. Pening je kau fikir semua tu Iman
oi. Baik buat kerja.
**
Kepalanya diusap perlahan sebelum langkahnya laju menuju ke
arah cahaya putih tersebut. Budak yang diusap kepalanya itu tadi menjerit-jerit
memanggil kelibat yang semakin hilang itu. Malangnya, jeritan budak itu hanya
sia-sia apabila kelibat itu sudah hilang depan matanya sendiri.
“ Mak!”
Izyan Hana tersedar. Peluh mula merintik ke dahinya.
“ Astagfirullah.”
Mulutnya tidak henti-henti beristighfar selepas mendapat
mimpi yang dia sendiri tidak jangka tu. Sesaat kemudian air matanya pula
mengalir turun ke pipi.
“ Mak. Hana rindu mak.”
Kejap dia memegang buku pemberian arwah ibunya itu.
Hakikatnya setiap hari dia rindukan arwah ibunya itu. boleh dikatakan setiap
hari dia dapat rasakan ibunya dekat dengannya.
“ Mak.”
Tok! Tok! Tok!
Tiba-tiba pintu di biliknya diketuk dari luar. Tanpa berlengah,
dia pantas pergi membuka pintu bilik.
“ Ayah.” Senyuman manis diberikan kepada ayahnya.
“ Kamu okay? Ayah macam dengar kamu menjerit tadi.”
Izyan Hana tersentak. Kuat sangat ke aku menjerit tadi?
“ Hana mimpi tadi. Mimpi mak.”
Dia tunduk memandang lantai. Sememangnya dia tak kuat kalau
teringat tentang arwah ibunya itu. Dia jadi sebak. Tiba-tiba tubuhnya ditarik
ke dalam pelukan.
“ Ayah pun rindukan mak kamu. Tapi kita perlu banyakkan
bersabar. Kalau mak kamu tengok kamu bersedih, mesti dia lagi sedih.”
Akhirnya, air mata yang cuba ditahan daripada pengetahuan
ayahnya tadi mengalir jua.
“ Maafkan ayah Hana. Hana Cuma terlalu rindukan mak.”
“ Ya. Ayah tahu. Tapi kita bangkit. Kena kuat. Dah berapa
tahun mak pergi sayang?”
“ 2 tahun.”
Izyan Hana berdoa dalam hati. Mak doakan Hana kuat dan
berjaya ya mak. Hana akan sentiasa doakan mak. Itu janji Hana.
“ Ayah. Terima kasih.” Ucap Izyan Hana lantas leraikan
pelukan.
“ Sama-sama sayang. Kamu satu-satunya anak ayah tau.”
“ InsyaAllah ayah.”
Belum sempat Hana nak salam tangan ayahnya, matanya
tiba-tiba kabur. Pandangannya juga jadi gelap.
“ Ya Allah Hana!”
***
To be continue...
No comments :
Post a Comment