“ Sabar Asma sabar.”
Asma menggigit bibir bagi menahan diri daripada terus
mengeluarkan air mata. Lengan abangnya itu dipegang kejap. Dia memerlukan
kekuatan saat ini.
“ Dia kawan Asma bang. Kawan baik Asma. Macam mana Asma nak
bertenang?”
Terus Iman tarik adiknya ke dalam pelukan. Diusap-usap
kepala Asma yang diselaputi tudung itu.
“ Sabar sayang. Sabar. Nanti dia sedarlah tu.” Pesan Iman.
Dia tak boleh kalau orang yang dia sayang sedih macam ni. Dia akan turut bersedih.
“ Asma.”
Encik Azman tersenyum hambar ke arah Asma dan Iman.
“ Pakcik. Dia dah sedar ke?”
Tangisan Asma makin menjadi-jadi apabila melihat Encik Azman
menggelengkan kepalanya.
“ Sabar ya nak. Pakcik nak ke surau dulu. Nak solat subuh.
Kamu berdua pun pergilah solat dulu.”
Encik Azman terus berlalu selepas menyampaikan pesanannya.
“ Asma. Jom. Kita pergi solat dulu. Kita doa banyak-banyak
agar Hana cepat sedar ye sayang.”
Sayu hatinya melihat wajah Asma yang sedih itu. mukanya
merah selepas menangis tadi. Dia sendiri terkejut selepas mendapat berita Hana
dimasukkan ke hospital. Dari semalam lagi sehingga ke hari ini Hana masih tidak
sedarkan diri. Itu yang membuatkan Asma semakin risau. Tambahan pula doktor ada
kata yang Hana menghidap kanser. Tapi tak tahu lagi kanser apa.
“ Abang… boleh tak Asma buat satu permintaan?”
“ Apa tu?”
“ Nanti bila Hana sedar, abang kahwin dengan dia?”
Dan Iman terus terkedu. Permintaan itu sungguh berat
baginya.
“ Abang. Please. Dari dulu lagi Asma nak tengok abang dan
Hana digandingkan bersama.”
“ Hana? Dia mesti tak suka.”
“ Tak. Dia pasti terima sebab dulu sebelum dia berubah dia
ada kata dekat Asma yang dia tertarik dengan abang. Sekarang Asma yakin yang
dia pun masih ada hati dengan abang.”
“ Abang..”
“ Abang fikir dulu.”
Akhirnya, Iman hanya mampu tersenyum hambar.
**
“ Ya Allah Ya Tuhanku. Berilah aku petunjukMu. Aku sangat
buntu saat ini. Aku keliru dengan permintaan Asma. Ya Allah. Andai benar dia
untukku. Dekatkanlah kami. Andai dia bukan untukku jauhkanlah kami. Aku memohon
padaMu Ya Allah. Ya Allah. Berilah kesembuhan kepada Hana. Aku tak sanggup
tengok Asma bersedih lagi. Ya Allah. Tolonglah makbulkan doa ini. Aminn…”
Iman tunduk memandang lantai sebaik sahaja selesai berdoa.
Hatinya tiba-tiba jadi tersentuh saat teringatkan Izyan Hana. Kebelakangan ini
entah kenapa nama itu sering kali muncul dalam benak fikirannya. Kadang-kadang
tu muncul jua dalam mimpinya. Dia sendiri hairan. Tapi dia tak nak ambil peduli
kerana mimpi kan mainan tidur.
Tiba-tiba dia rasa ada sentuhan pada bahunya. Pantas dia
menoleh ke belakang.
“ Pakcik.”
Encik Azman tersenyum melihat anak muda itu. Dia tak tahu
tapi hatinya seakan suka melihat Iman.
“ Asma macam mana?”
“ Rasanya dah tenang sikit. Pakcik okay?”
Encik Azman tersenyum hambar. Hatinya jadi sayu melihat
keadaan anaknya yang masih berbaring tidak sedarkan diri itu.
“ Pakcik dah tak ada sesiapa dalam dunia ni melainkan dia.
sebelum dia tak sedarkan diri. Dia ada cakap dekat pakcik yang dia rindu sangat
dengan arwah ibunya. Hati pakcik jadi tersentuh. Pakcik tahu dia seorang yang
kuat. Tapi hakikatnya bila dia bersendirian, dialah seorang wanita yang lemah.
Dia perlukan pendorong untuk teruskan dia melangkah.”
Iman terdiam. Izyan Hana. Aku dapat rasakan kau insan yang
amat mulia. Kau teristimewa.
“ Dari dulu lagi pakcik berdoa agar dia dapat menjadi anak
yang soleh dan Muslimah sejati. Selepas arwah ibu dia meninggal. Pakcik lah
yang selalu beri dia kekuatan. Pakcik juga yang banyak bantu dia bangkit
semula. Dan alhamdulillah berkat doa pakcik. Dia dah berubah ke arah yang
diredhai Allah. Pakcik gembira dan bersyukur.”
Sedaya upaya Encik Azman menahan diri daripada mengalirkan
air mata.
“ Pakcik. Bawa bersabar banyak-banyak. Saya tahu ini salah
satu ujian untuk dia. Allah sayang dia sebab tu dia dapat ujian ni.”
“ Tapi pakcik tak sanggup tengok dia sakit. Pakcik lebih
rela sakit dan pergi dulu sebelum dia.”
Akhirnya, Encik Azman mengalirkan air matanya demi satu-satu
anak yang dia miliki. Iman yang melihat juga merasa sebak.
“ Pakcik kena kuat. Saya tahu dia juga nak pakcik kuat.”
“ InsyaAllah. Kamu sangat baik Iman. Dulu ada juga dia
cerita dekat pakcik fasal abang kawan baik dia. Cuma pakcik tak pernah jumpa
lagi dan pakcik tak ambil peduli sangat. Yelah masa tu anak pakcik masih remaja
lagi. Sekolah pun tak habis lagi. Tup tup hari ini kita berjumpa juga. Betullah
kata dia. Kamu seorang yang baik.”
Iman terkedu. Sangat terkedu. Ya Allah. Rupanya begitu
banyak Hana ceritakan kepada ayah dia. Adakah ini petunjukMu Ya Allah?
**
Perlahan-lahan matanya yang dah lama terpejam itu dibukanya.
Saat ada cahaya terang menyuluh ke matanya, seraya itu dia kembali memejamkan
mata. Tapi tidak lama apabila dia berusaha juga membukakan matanya.
“ Ayah…”
Dengan nada yang sangat perlahan dia memanggil orang yang berada
di sebelahnya itu. Mulutnya memaksa mengukirkan senyuman walaupun payah.
“ Alhamdulillah. Kamu dah sedar. Kamu tak apa-apa?”
Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya. dia menoleh pula
ke kiri. Kelibat Asma yang sedang menahan tangis itu dipandangnya dengan
senyuman.
“ Asma.. kenapa kau nangis?”
“ Kau jahat! Aku ingat kau nak pergi tinggalkan aku.”
Asma terus memeluk sahabatnya itu. Izyan Hana hanya mampu
tersenyum kecil. Berapa lama aku tidak sedarkan diri?
“ Berapa lama aku tak sedarkan diri?” Soal Izyan Hana disaat
Asma meleraikan pelukan.
“ Tiga hari. Aku ingat aku tak berpeluang untuk jumpa kau
dah. sampai hati kau.”
Asma menoleh ke arah lain apabila ada air mata yang ingin
keluar lagi. Dia tak nak menangis lagi. Dia nak kuat juga.
“ Aku dah sedar kan? Aku minta maaf. Ayah. Kenapa dengan
Hana?” Soal Izyan Hana ingin tahu. Dia tak tahu punca dia tiba-tiba pengsan dan
tidak sedarkan diri.
Encik Azman terdiam. Dia tak tahu sama ada ingin memberitahu
atau tidak tentang penyakit Hana.
“ Assalamualaikum.”
Kemunculan Iman membantutkan hasrat Encik Azman untuk
memberitahu perkara yang sebenar. Mujurlah. Biarlah ia menjadi rahsia dulu.
Akhirnya Encik Azman hanya tersenyum.
“ Waalaikumussalam.”
Jawab mereka serentak. Hana meraba-raba kepalanya dan dia
bersyukur apabila menyedari dirinya memakai tudung. Dia tak nak lagi
menunjukkan auratnya pada yang bukan muhrim.
“ Alhamdulillah. Awak dah sedar Hana.”
Izyan Hana terkebil-kebil melihat wajah Iman. Dia rasa dia
macam pernah jumpa. Tapi dia tak ingat di mana. Yang pasti dia suka melihat
wajah itu. Tenang. Astaghfirullah. Mata tu jaga Hana. Jaga!
“ Haih kau ni Hana. Abang aku la. Takkan tak ingat?” Asma
menyampuk apabila sedar kelakuan sahabatnya yang kelihatan terpinga-pinga itu.
Ni yang buat aku nak tersenyum ni.
“ Ya. Saya abang dia. Memanglah tak ingat. Berapa tahun dah
Asma oii.” Seloroh Iman. Asma pula hanya tersengih. Rasa terbang rasa sedih tu
saat melihat sahabat dan abangnya tu. Rasanya pilihan dia tak salah dengan
menjodohkan mereka berdua. Dia tahu di antara mereka ada satu ikatan. Ada
sesuatu yang tak dapat diungkapkan. Hanya Allah saja yang tahu.
“ Pakcik. Saya ada bawakan nasi untuk pakcik. Pakcik makan
dulu ye. Saya dan Asma dah makan tadi.”
Suara Iman dan menyerahkan nasi yang
dibungkusnya tadi kepada Encik Azman.
“ ya Allah. Susahkan kamu je Iman.”
“ tak apa.”
Izyan Hana yang melihat mereka berdua terasa nak senyum.
Rasa bahagia datang menerpa ke dalam hatinya. Allahu. Apakah itu?
“ Aku tahu kau dah terpikat dekat abang aku tu. kan?”
Tiba-tiba Asma berbisik dan membuatkan wajah Izyan Hana
berona merah. Asma yang melihat menahan senyum. Sedangkan dalam hati menjerit
suka.
“ Kau jangan nak mengarut!” Izyan Hana juga berbisik. Sedaya
upaya dia menahan malu.
“ Ceh. Malu lah tu. Haha.”
Asma ketawa halus. Tapi masih berjaya menarik perhatian
Iman.
“ Kenapa kau ketawa adik?”
Akhirnya Asma dan Izyan Hana hanya tersenyum nipis. Tiada
komen.
**
“ Abang rasa abang boleh terima permintaan Asma tu.”
Belum sempat pun Asma nak minum air. Abangnya tiba-tiba
memberikan jawapan yang positif itu.
“ What? Serius?” Asma nampak sangat teruja. Manakala Iman
hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
“ Abang yakin? Abang jangan. Kalau sebab Asma jangan. Asma
Cuma cakap. Tapi kalau abang tak suka jangan paksa.” Wajah Asma yang teruja
tadi kembali biasa. Dia risau kalau abangnya tak happy bila terpaksa turutkan
permintaannya.
“ tak. Abang yakin sangat. Tiga hari Asma. Tiga hari abang
buat solat istikharah. Dan inilah jawapan yang abang dapat.”
Dengan senyuman yang ikhlas dia menuturkan kata-katanya itu.
Dia juga rasa tenang di saat membuat keputusan itu. Asma yang mulanya rasa
ragu-ragu terus tersenyum lebar.
“ Alhamdulillah. Tak sia-sia Asma berdoa siang malam untuk
abang dan kawan baik Asma tu.”
“ Thanks my dear.”
“ Okay. Jom kita cakap dekat dia. tak sabarnya.”
Asma yang baru sahaja ingin melangkah jadi terbantut saat
Iman menarik lengannya lembut.
“ Kenapa bang?” Asma jadi pelik.
“ Abang takut kalau dia tak terima.” Wajah Iman jadi
ragu-ragu.
Asma yang melihat tersenyum senang. Ya Allah.
“ Asma yakin dia akan terima. Kita bersabar dan banyakkan
berdoa. Kalau ini jawapan istikharah abang. Asma yakin korang akan bersama juga
nanti. Jom ikut Asma.”
Iman hanya tersenyum mendengar jawapan adiknya tu.
InsyaAllah.
**
“ Hana!”
Izyan Hana yang elok sahaja sedang bersembang dengan
seseorang terhenti saat Asma dan Iman masuk ke dalam bilik wad tersebut.
“ Asma.”
Langkah Asma dan Iman terus jadi perlahan sebaik melihat
tetamu yang mereka tidak kenali itu. senyuman pada wajah mereka juga kendur
begitu sahaja.
“ Kenalkan. Ini kawan lama aku. Dia datang melawat.” Hana
perkenalkan kepada kawan baiknya itu.
“ Hai. Saya Ikhwan.”
Ikhwan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Iman. Iman menyambut
dengan senyuman walaupun dalam hati banyak persoalan yang dia inginkan jawapan.
“ Iman.”
Asma melirik ke arah dua orang lelaki itu. Kenapa aku rasa
dua-dua orang ni akan jadi saingan? Kenapa aku rasa kehadiran lelaki tu
menyebabkan keputusan abang aku jadi ragu-ragu? Ya Allah. Siapa dia?
“ Hana. Dia kawan kau ke? Kenapa aku tak tahu pun?” Asma
berbisik.
“ Sepupu aku. tapi kami dah lama tak jumpa sebab dia tak ada
kat sini. Ni pun ayah aku yang cakap dekat dia. tu yang kau lama tak jumpa dia
tu.”
Asma masih merasa tidak selamat dengan kehadiran Ikhwan itu.
aish! Apa aku ni. kalau betul mereka berdua ada jodoh, aku tak perlu takut.
“ Okaylah Hana. Saya balik dulu. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Asma dan Iman saling berpandangan sebelum mengalihkan
pandangan ke arah Izyan Hana yang tengah tersenyum itu.
“ Kenapa?” Hana jadi pelik.
“ Kami ada something nak cakap dengan kau. Harap kau sudi
terima.”
Iman terteguk air liur tetapi wajahnya masih kelihatan
tenang. Manakala Asma menanti dengan penuh debaran akan kata-kata abangnya itu.
“ Apa ? Kau buat aku saspen je la.”
Izyan Hana turut berdebar-debar menanti kata-kata yang akan
keluar dari mulut mereka berdua.
“ Abang. Abang cakaplah.”
Iman tersenyum kecil. Izyan Hana jadi makin berdebar-debar
saat melihat senyuman lelaki itu. Ya Allah.
“ Saya nak berkahwin dengan awak. saya nak jadikan awak
isteri saya.”
**
To be continue...
No comments :
Post a Comment