Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 18 December 2012

Cinta Bersatu (2)


Aku tersedar dari tidur saat terasa sentuhan didahiku. Aku membuka mata dan ternyata wajah mama yang berada dihadapanku.

" ada apa?" soalku lalu bangun menyandar dikepala katil. Agaknya berapa lama aku tertidur selepas menangis tadi.

" mama nak cakap sikit."

Aku hanya mendiamkan diri. Aku tahu pasti mama masih cuba nak memujuk aku untuk berkahwin.

" mama bukan apa. Mama sayangkan kamu nak.. mama tahu mama selalu abaikan kamu. Tapi Dee.. dengar kata kami kali ini. Kamu kahwin ya." Mama memujukku dengan senyuman manisnya.

Aku hanya membatukan diri. Tiada jawapan yang keluar daripada mulutku. Aku tak mahu berkata apa-apa saat ini. Mendiamkan diri lebih baik.

" sayang.." Aku toleh melihat mama.

" siapa?" soalku. Aku pun teringin juga nak tahu siapa calon yang mama kata tu. Dan soalan aku mengundang senyuman ceria di wajah mama.

" sepupu kamu. Anuar." Aku tersentak.

" What? Anuar? No Way!"

Dengan budak tu. Aku tak nak. Dulu aku sudah bertekad yang aku tak mahu lagi ada apa-apa hubungan dengannya. Aku jadi malu dan aku jadi bencikan dia sampai sekarang. Kerana dia telah malukan aku dihadapan kawan-kawannyaa. Dia juga merupakan lelaki pertama yang buat aku menangis. Dia tak tahu betapa sengsara hati aku ini.

" Anuar tu baik sayang.. lupakanlah apa yang buat kamu bencikan dia."

Aku tersenyum sinis.

" lupakan segalanya? Mama ingat senang ke? Dia malukan Dee ma. Dia sakitkan hati Dee. Mana boleh Dee nak lupakan semua tu.Semua itu amat terkesan di hati Dee ni ma. Mama tak faham ke atau mama lupa. Dulu Dee yang terseksa kerana dia ma.." ujarku tak puas hati.

Mama menggangguk perlahan. Rambutku diusap perlahan.

" mama tahu. Tapi mama tak mahu kalau kamu terus-terusan membenci dia. Dia dah berubah Dee. Berubah sangat. Lagipun dah 6 tahun berlalu."

" mama takkan faham dan Dee tak mahu berkahwin. Walaupun bukan dengan Anuar." tegasku lalu mencapai kunci kereta. Tidak lupa juga topi kesayangan aku untuk menutup rambutku yang sudah panjang ini.

" kamu nak pergi mana?" Langkahku terhenti.

" Dee nak pergi tenangkan diri. Dee tak tahu apa yang patut Dee buat."

Terus aku melangkah keluar daripada rumah banglo ini. Kereta ku pandu keluar.

Kenapa Anuar yang mama harus pilih. Mama tak ingat ke apa yang terjadi sebelum ni. Begitu mudah mama maafkan dia. TApi tidak aku.

Argh! Boleh gila aku kalau macam ni. Stereng kereta ditumbukku. Aku nak pergi mana ni. Dah pukul 9 malam pun.

' Aku inginkan dirimu , datang dan temui aku, katakan kepadamu aku sangat mencintai dirimu'

Nada dering telefon bimbit mengejutkan aku. Pantas aku menjawab panggilan tersebut.

" Helo.."

Aku membelok ke kiri untuk pergi ke restoran Mee Udang.

"Helo.." Aku mengerutkan dahi. Aku kembali tatap skrin telefon. Patutlah nombor yang tidak dikenali.

" ya..cari siapa?" soalku.

" Ini Diana ke?" Aku tersentak. Siapa pula ni?

" maaf..anda siapa?" Kereta ku parkingkan dihadapan restoran tersebut. Mujur orang masih ramai.

" Saya.."

" tahulah awak tapi nama apa?" Benganglah kalau orang yang macam ni. Dahlah mood tak ada ni.

" orang yang awak benci." Aku terdiam.

" orang yang buat awak malu." Aku masih berdiam diri.

" orang yang bakal menjadi suami awak."

" Stop!" Aku tahu ini siapa. Anuar!

" dah tahu?" AKu ketap bibir. Buat apa dia call aku dan macam mana dia tahu nombor aku. Pasti mama yang berikan kepada dia. Argh! Tak boleh tengok orang senang sikitlah.

" Awak.."

" Sudah.. dan awak tak perlulah pujuk saya. Saya tahu mama saya yang suruh awak telefon kan. Sudahlah.."

Pantas aku mematikan talian. Rasa marah aku saat ini jangan cakaplah. Macam nak meletup je. Kalau boleh aku nak menjerit sekuat hati. Baru lega. Huh!

Aku melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Tempat yang sedikit terpencil aku pilih. Senang aku nak luahkan geram walaupun terpaksa cakap sorang-sorang. Puas hati.

" minum apa kak?" soal pelayan kedai.

" bagi air kosong sejuk sajalah. Makan tak mahu." ujarku terus.

AKu memerhati sekeliling. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9 lebih tapi restoran ini masih penuh dengan orang. Setahu aku restoran ini tutup pukul 10. Lagipun hari ini hari Jumaat.

" nah.." Aku mendongak dan tersenyum.

" terima kasih.." Air kosong yang berada dihadapanku disisip. Fuh! Lega rasanya.

Dahaga aku memang dah hilang tapi masalah aku belum lagi selesai. Apa perlu aku buat. Aku tak nak kahwin. Apatah lagi dengan mamat tu. Macam mana ni. Selagi aku tak terima cadangan mereka selagi tu lah mereka akan terus-terus memujuk.

Aku pun tak sampai hati nak tengok rupa mama yang minta simpati tu. Kasihan. Tapi mama pun perlulah fikir perasaan aku ni. Ingat aku ni boneka ke nak terima semua candangan yang tak masuk akal tu.

Mukaku diraup. Boleh pening aku kalau macam ni.

" Hai.." Aku tersentak. AKu mendongak melihat orang yang menegurku tadi.

" Hai..sorang je ke?" AKu terkesiap. Macam mana dia boleh berada dihadapan mata aku. Macam mana dia tahu aku berada di sini?

" saya tahu awak datang sini sebab saya ternampak kereta awak. Lagipun rumah saya dekat-dekat sini juga. Awak dah lupa ke?" jelasnya.

Aku tidak hiraukan dia. Aku terus melayan perasaan yang kian bercelaru ini. Haih! Apa perlu aku buat. Makin rumit gamaknya.

" Diana..." AKu menoleh ke arahnya. Dia tersengih kerang busuk.

" asal?" soalku kasar. Tak ada hati nak berbual dengan dia. Buat sakit hati.

" awak setuju tak nak kahwin dengan saya?" Aku mencerlung ke arahnya.

" Kahwin dengan awak? No Way!" tekanku.

" Kenapa?" Aku tersenyum senget. Kau tahu kenapa tapi buat-buat tanya pula.

" sebab peristiwa 6 tahun yang lalu ke?"

Ha..tahu pun. INgatkan dah lupa.

" Takkan awak masih ingat akan hal itu. Kan saya dah minta maaf."

Aku merenungnya tajam.

" Itu tak cukup. Tak setanding dengan apa yang awak buat terhadap diri saya. Terhadap maruah saya. Awak tak tahu dan awak takkan faham semua tu. Ya..saya terlalu mementingkan diri sendiri dan egois. TApi itu diri saya jadi ikut suka sayalah nak buat apa-apa pun."

Aku terus berdiri dan melangkah keluar daripad restoran tersebut.

" Dee! Diana!" laungannya tidak aku hiraukan.

Baru saja aku ingin membuka pintu kereta, aku dihalangnya. Apa lagi yang dia mahu ni.

" Dee.. jangan buat ibu bapa awak kecewa dengan sikap awak.. Terimalah cadangan mereka dan saya betul-betul minta maaf. Saya tahu saya salah." pohonnya tapi itu masih belum dapat buang rasa kebencian aku terhadapnya.

" Sudahlah Anuar. Saya tak mahu dengar apa-apa lagi. Saya nak balik."

Dia ku tolak ke tepi.

" Minta maaf saja tak dapat selesaikan semua masalah ini." ujarku kepadanya sebelum memandu keluar daripada restoran itu.

Awak takkan faham perasaan saya Anuar. Sebab awak tak pernah lalui seperti mana saya lalui sekarang. Sukar sangat Anuar. Kalau awak faham, saya pun tidak susah nak terima cadangan ibu bapa saya. Tapi.. Argh! Pening!

~Bersambung~


No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers