Hairul tak habis-habis melihat skrin telefon bimbitnya. Berharap adiknya
Harith akan menelefonnya. Lagipun dia masih berada di pejabat walaupun jam
sudah menunjukkan pukul 8 malam.
‘ Mungkinkah kan terputus di tengah jalan..
Mungkinkah kan terlerai tanpa ikatan..’
Mungkinkah kan terlerai tanpa ikatan..’
Lagu nada dering telefon Cinta Terakhir daripada Aiman itu membuatkan
Hairul tersentak. Pantas di capai dan di jawabnya tanpa melihat nama yang
terpapar di skrin.
“ Helo Harith! Aku tak jadi dinner malam ni. Sorry. Aku busylah. Ada banyak
kerja yang masih belum siap. Beritahu papa dan mama ya..”
Hairul terus cakap apa yang patut dia cakap.
“ Hairul.. Ini papa.” Terkedu Hairul. Rupanya tadi aku bercakap dengan
papa.
“ Erk! Papa.. Ada apa call Hairul ni?” Soal Hairul lalu menampar perlahan
dahinya.
Aku ni pun satu. Dah tahu tanya lagi. Mestilah papa nak tahu kenapa aku
belum balik. Aish!
“ Hairul.. Kamu masih belum balik ke? Apa yang banyak sangat kerja tu?”
Kedengaran suara En.Dahrin dari corong telefon kelihatan pelik.
“ Erk.. nak balik la ni. Tengah bersiap-siap.” Kantoi! Hentam sajalah
alasan apa-apa pun.
“ Baliklah Hairul. Kami semua tunggu Hairul. Lagipun ada perkara yang papa
nak bincangkan dengan kamu.”
Hairul terdiam. Adakah tentang anak kawan papa tu?
“ InsyaAllah pa.” Lemah je suara Hairul ketika menjawabnya.
***
“ Hairul!”
Langkah Hairul terhenti apabila di anak tangga kedua. Hasratnya ingin ke
bilik terbantut apabila di panggil papanya. Mama dan adiknya turut berada
bersama papanya.
“ Mari sini.” Panggil En.Dahrin.
Hairul hanya menurut. Di ambil tempat di sebelah Harith.
“ Papa ada sesuatu nak tanya kamu. Harap kamu dapat berikan jawapan yang
bernas.” Ujar En.Dahrin serius.
Hairul hanya mengangguk. Apabila dijeling adiknya. Harith hanya menjongket
bahu tanda tidak tahu apa-apa.
“ Benarkah Hairul masih belum bersedia untuk berkahwin? Hairul masih ingin
jadi bujang walaupun dah berumur 25 tahun?”
Soalan papanya ternyata membuatkan Hairul tergamam. Di pandang wajah
papanya yang serius itu. Kemudian teralih pula pada wajah mama dan adiknya. Apa
maksud papa?
“ Jawab Hairul..” Suara Pn.Rosnah lembut.
Hairul ukirkan senyuman kecil. Tangannya yang berpeluh itu di ramas-ramas.
Bagi meredakan kegugupan. Dengan ayah sendiri pun boleh takut.
“ Bukan Hairul tak mahu berkahwin. Tapi Hairul belum bersedia. Biarlah
Hairul mencari calon yang sesuai dulu. Lagipun buat masa ini masih belum ada
gadis yang mampu membuatkan jantung Hairul berdebar hebat.” Jelas Hairul dalam
satu nafas.
Tapi ada seorang gadis yang berjaya membuatkan Hairul tak senang duduk
papa. Sambungnya dalam hati.
En.Dahrin tersenyum. Puas hati dengan jawapan anaknya.
“ Hairul.. Kalau itulah keputusan kamu. Papa terima dengan hati yang
terbuka. Papa harap kamu berjaya dan papa sentiasa akan menyokong kamu. Papa
minta maaf kerana selama ini terlalu berkeras dengan Hairul. Sedangkan Hairul
terpaksa menerima semuanya. Maafkan papa.”
Hairul terkedu. Buat pertama kalinya dia mendengar ucapan maaf daripada
papanya.
En.Dahrin mengusap lembut bahu anaknya. Senyuman manis dihadiahkan kepada
anaknya.
“ Maafkan papa..”
Hairul mendongak dan mengangguk. Di balas pautan papanya.
“ Hairul sudah lama maafkan papa. Terima kasih papa..”
En.Dahrin mengangguk perlahan. Harith dan Pn.Rosnah tersenyum bahagia.
Masalah ini selesai juga akhirnya.
**
Batrisyia tersenyum melihat pemandangan pada waktu malam. Sungguh indah
rupanya. Bintang-bintang berkelipan sangat cantik. Ciptaan Allah yang tiada
tandingan.
“ Akak..”
Suara itu membuatkan Batrisyia menoleh. Dia yang berada di tingkap untuk
melihat pemandangan pada waktu malam melangkah ke arah pintu.
“ Kenapa?” Soal Batrisyia kepada adiknya Balqis.
“ Qis nak minta tolong akak sikit boleh?” Soal Balqis dengan manja.
Batrisyia buat muka seposen. Minta duit ke?
“ Qis nak minta nombor telefon adik angkat akak. Boleh tak?”
Batrisyia tersentak. Ternyata dia telah salah sangka. Aku ni pun banyak
sangat tersalah anggapan. Adik sendiri pula tu. Tapi kenapa tiba-tiba minta nombor
Amir pula ni.
“ Kenapa? Bukan pagi tadi dah jumpa ke?” Soal Batryisia pelik. Di capai
telefon bimbitnya yang berada di atas meja solek.
“ Ala..itu pagi tadi. Sekarang nak cakap melalui telefon. Boleh tak?”
Batrisyia tersengih. Adik aku ni dah jatuh hati ke dekat budak Amir tu.
Tahulah Amir tu hensem. Ceh!
“ Jangan duk menggatal masa sekolah ni. Kau tu SPM tahun ni. Nah..”
Di hulurnya nombor telefon Amir kepada Balqis. Balqis tersenyum senang.
“ Tahulah. Terima kak.” Terus dia berlalu pergi. Batrisyia hanya melihat.
Macam-macam adik aku ni. Serupa budak-budak dah aku tengok.
Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Itu buat dia terkejut. Hampir saja
telefon itu terlepas daripada tangannya. Fuh! Nasib baik.
Tapi timbul pula kerutan di dahinya. Nombor yang tidak di kenali rupanya.
Batrisyia pantas mengunci pintu bilik. Sekali lagi dia melihat nombor yang
tentera di skrin telefon.
Macam aku kenal nombor ni. Bukankah nombor ni yang telefon aku pagi tadi.
Oh.. tak serik-serik lagi rupanya mamat ni. Tunggulah apa yang aku akan kenakan
dekat kau. Hehe..
Dengan rancangan yang jahat, di jawab panggilan itu.
“ Helo..” Kedengaran suara lelaki itu. Batrisyia tersengih.
“ Helo. Selamat sejahtera encik. Ini balai polis IPT Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang. Ada apa yang boleh saya bantu?” Batrisyia tergelak dalam hati
kerana berjaya mengenakan lelaki itu. Seronok pula.
Lelaki itu iaitu Hairul tersentak. Aik? Nombor balai polis? Biar betik!
Tapi pagi tadi aku rasa aku call dia.
“ Erk..maaf ye. Saya silap nombor. Maafkan saya.” Terus dia tamatkan
talian. Nanti tak ke naya kalau kena saman.
Batrisyia yang tadi hanya tergelak dalam hati. Terus terhambur ketawanya.
Haha.. Ambik kau mamat. Ada ke logik nombor balai polis mula dengan 013. Dah
tahu balai polis pastilah tak lain tak bukan nombor kecemasan.
“ Haha..” Batrisyia masih belum puas gelak. Kelakar sangat. Kalau mamat tu
ada depan mata aku pasti kelakar kan wajah dia. Haha..
**
Hairul tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Kenapa pula tiba-tiba
boleh sampai dekat balai polis pula ni. Aish! Aku tersilap tekan ke?
Bagi menjawab teka-tekinya, pantas di dail nombor Amir. Adik angkatnya.
“ Helo Mir!”
Amir yang mamai kerana tertidur itu terkejut mendengar suara Hairul yang
kuat itu.
“ Kenapa dengan Abang Rul ni?” Amir tidak puas hati.
“ Betul ke nombor yang Mir bagi tu? Nombor akak angkat Mir tu betul ke?”
Soal Hairul bertalu-talu.
“ Yelah. Asal?”
“ Kenapa bila Abang Rul telefon kali kedua dapat dekat balai polis?”
Amir tersedar. Balai polis? Aik? Biar betik Abang Rul ni.
“ Abang Rul! Biar betul? Takkan kowt. Betullah itu nombor akak angkat Mir.
013 dan apa lagi tak taw. Macam mana boleh dapat dekat balai polis pulak. Dan
setahu Mir bukankah balai polis guna nombor kecemasan bukan dengan nombor maxis
or celcom. Cuba Abang Rul cek balik.” Jelas Amir panjang lebar.
Hairul menampar dahinya setelah menyedari kesilapannya. Ternyata aku sudah
di tipu dia. Aiseymen! Macam tu pun kau mudah tertipu Hairul. Ish!
“ Okeylah. Akak angkat kau tu yang kelentong Abang Rul. Dahlah. Abang letak
dulu.”
Pantas talian dimatikan. Tengoklah! Sekarang aku terkena balik. Hurmm..
Manakala Amir terpinga-pinga. Tak faham apa masalah diorang. Lantaklah! Tidur
lagi bagus.
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment