Daripada tadi Hairul tak habis-habis tersengih seorang diri. Apa yang
berada dalam kepala otaknya pun tak tahu. Sampai naik hairan Harith yang
melihatnya pada pagi itu. Masa nak breakfast pula tu. Mujur papa dan mamanya
tidak perasan.
" Abang.." Perlahan Harith memanggil Hairul yang sedang menyapu
jem di atas roti.
Hairul tahu adiknya memanggil tapi dia langsung tidak peduli. Malas nak
layan.
" Abang!" Sedikit kuat nada Harith ketika memanggil abangnya. En.
Dahrin dan Pn. Rosnah menyedarinya.
" Kenapa Harith?" soal En. Dahrin pelik.
Harith tersengih. Terlebih tinggi pula suara aku tadi.
" No..nothing." Harith terus menyuap roti ke dalam mulutnya.
Manakala Hairul tergelak dalam hati. Nak tegur aku pun tunggulah masa yang
sesuai.
Selepas beberapa minit, En. Dahrin dan Pn. Rosnah bergerak ke luar rumah.
Memandangkan hari ini hari Ahad. Jadi bagus juga dapat meluangkan masa
bersama-sama.
Dan peluang itu di ambil Harith untuk menyoal abangnya. Selagi tak tahu
jawapan, selagi tu lah Harith tidak akan berganjak daripada meja makan.
" Kenapa dengan abang? Senyum sorang-sorang pulak." tegur Harith.
Hairul hanya menjongket bahu.
" Nothing. Anyway.. Lepas ni aku nak turun Penang. Harith nak ikut
tak?" soal Hairul.
" Buat apa? Tapi rasanya tak boleh. Harith kena sertai satu kem di
kolej sebentar lagi. Maaf ye.."
" Tak apa." ujar Hairul lantas tersenyum.
Tujuannya turun ke Penang adalah bagi menemui adik angkatnya Amir. Lagipun
nak tahu jga maklumat tentang gadis yang aku telefon semalam sampai aku kena
tipu tu. Boleh tahan juga gadis tu...
Tunggu je lah!
**
Batrisyia sedang bersiap-siap untuk ke pasaraya Tesco. Nak beli keperluan
rumah yang sudah habis. Tapi dia perlu tunggu adiknya balik ke rumah dahulu.
" Qis belum pulang daripada mengaji ke kak?" muncul ibunya.
Batrisyia yang baru selesai menyarungkan tudung hanya mengangguk. Selalunya
pukul 10 dah sampai. Mungkin hari ni lewat sedikit.
" Boy! Sini jap!" Laung Batrisyia.
Boy yang sedang mengelap basikalnya itu pantas melangkah ke arah kakanya.
Tak boleh lambat nanti free je kena tarik telinga. Kakak aku ni boleh tahan
ganas orangnya.
" Kejap lagi bila Qis balik... beritahu dia akak pergi ke pasaraya.
Kamu boleh tolong akak kan?"
" Ye..pergilah." Boy menyalam tangan kakaknya lantas tersenyum.
" Mak..akak pergi dulu. Assalamualaikum.."
" Waalaikumussalam.."
**
Hairul memerhati sekeliling Taman Penaga itu. Taman yang di sebut Amir
sebentar tadi di telefon. Tapi kelibat Amir masih belum kelihatan.
Betul ke ni taman yang Amir sebut tu. Jangan-jangan aku salah alamat tak..
' Mungkinkah kan terputus di tengah jalan...
Mungkinkah kan terlerai tanpa ikatan..'
Telefon bimbitnya berbunyi. Jadi pantas dia menjawab.
" Helo Abang Rul. Abang dekat mana?"
Hairul melihat sekeliling. Tapi tiada pun Amir.
" Abang ada di depan papan tanda Taman Penaga. Amir di mana?"
soal Hairul.
" Oh..okey. Mir dah nampak..."
Selepas matikan talian. Amir pantas melangkah ke arah kereta Abang Rul.
Pintu tempat penumpang di bukanya dan dia masuk ke dalam.
"Assalamulaikum bang.." ucap Amir dengan senyuman.
" Waalaikumussalam. Kita nak pergi mana dulu?"
Saja Hairul ingin membawa Amir pergi bersiar-siar. Alang-alang dah cuti
sekolah. Lagipun esok Amir kena pulang ke Perak. Selepas itu mungkin susah nak
jumpa.
" Pergi ke pasaraya Tesco dulu boleh tak. Amir ada barang nak di
beli." ujar Amir.
" Okey. Kita ke sana..."
**
Batrisyia melangkah ke arah sayur-sayuran. Balik nanti nak makan yang
hijau-hijau je. Baru sihat. Dan kita perlulah pilih yang segar-segar. Ceh!
Sedang leka Batrisyia memilih sayur-sayuran yang segar itu. Dia hampir saja
tersungkur apabila secara tiba-tiba badannya rasa seperti di tolak. Di langgar
pun ada juga kot.
" Aduh! Sakitnya. Siapa yang main jalan tanpa tengok depan belakang
ni. Hish.." bebel Batrisyia tidak puas hati.
Apabila dia toleh ke belakang. Dia terkejut kerana orang yang melanggarnya
itu adalah seorang lelaki.
" Hei awak! Mata tu letak mana? Letak dekat kepala lutut ke? orang
punya besar kat sini dia tak nampak. Hadus!! Tension!"
Batrisyia mencekak pinggang dan matanya merenung tajam ke arah lelaki itu.
Lelaki itu atau sebenarnya Hairul tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal
apabila dia di hambur dengan bebelan Batrisyia.
Kenapa ni? Aku terlanggar dia? Huh!
" Apa masalah awak? Saya tak buat apa-apa pun kat awak." ujar
Hairul dengan pelik.
Batrisyia mencerlung ke arah Hairul. Dia kata dia tak buat apa-apa pun?
Sedangkan dia yang terlanggar aku tadi. Nasib baik aku tak tersungkur.
" Mata tu buka luas-luas. Lihat apa yang awak pada saya tadi.
Ish!"
Hairul tersengih.
" Saya terlanggar awak ye?
Maafkan saya. Saya sengaja." Sedikit nada perlian di lontarkan kepada
Batrisyia.
Batrisyia pun apa lagi. Geramlah dia.
" Sengaja awak kata? Sekarang saya nak awak minta maaf dekat saya
dengan ikhlas. Awak ingat saya ni boneka yang boleh awak langgar sesuka hati?
Pleaselah...ini Batrisyia okey!"
Hairul tertawa kecil. Kelakar juga gadis ni. Dia bertambah comel apabila
marah.
" Kan saya dah minta maaf tadi. Buat apa saya perlu ulang buat kali
kedua? Awak pekak ke apa?"
Batrisyia merengus geram. Mamat ni memang nak kena dengan aku. Siapa tak
kenal Siti Nur Batrisyia Basri ni, pemilik tali pinggang hitam dalam silat
gayong.
" What? I'm sound trouble? Hey! Awak ni memang tak bertimbang rasa
lah. Susah ke nak ungkapkan perkataan maaf awak tu?"
Batrisyia berasa geram. Terasa api sedang membara di dalam hatinya. Tunggu
masa nak lepaskan je.
" Hairul tertawa lagi mendengar kata-kata Batrisyia.
" Baiklah si gadis manis... Saya minta maaf..saya bersalah. Hukumlah
saya." Hairul ikhlas meminta maaf tapi dia masih ingin bermain-main dengan
Batrisyia.
Batrisyia membuat muka bosan. What everlah!
" Excuse me? Tolong berikan saya laluan. Saya nak bayar."
Batrisyia terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Hairul.
" Awak! Tunggu!" Hairul terus mengejar Batrisyia. Batrisyia hanya
membuat muka seposen.
" Jangan ganggu saya boleh tak?" soal Batrisyia.
" Saya nak tahu awak terima maaf saya tak?" soal Hairul pula.
Batrisyia tersenyum kecil dan terus membuat pembayaran tanpa menghiraukan
Hairul. Selepas membuat pembayaran Batrisyia terus berlalu pergi.
Tak ada masa aku nak layan kau lebih-lebih. Semua ini poyo!
Hairul yang terpinga-pinga itu melihat Batrisyia berlalu pergi.
" Awak! Tunggulah! Awak!" Hairul sengaja membuat suara manja
kepada Batrisyia.
Batrisyia yang mendengar hanya melambaikan tangannya. Menyampah aku dengar
suara dia yang sengaja di manjakan itu.
Hairul hanya ketawa. Seronok melihat muka gadis itu bila marah. Haih..macam-macam.
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment