Deruan nafas Dahlia makin laju apabila dia berada di hadapan
rumah. Sebenarnya dalam hati risau dan takut jika diserang soalan macam-macam
oleh En. Dahlan.
Mana taknya. Kata pergi tiga hari je. Tapi hari keempat baru
sampai. Petang pula tu baru sampai. Pagi bolehlah dimaafkan. Kan?
Apabila kaki Dahlia menjejak tanah selepas keluar daripada
kereta, deruan nafasnya macam dah tak stabil. Hatinya juga berdebar-debar. Di
manakah En.Dahlan?
“ Nur Dahlia Dahlan!”
Oh! Dah datang! Dahlia tergaru-garu kepalanya yang tidak
gatal. Habislah aku!
“ Dari mana ni?” Soal En.Dahlan tanpa segaris senyuman pun.
Dahlia yang berada di hadapan pintu menoleh dan berhadapan
dengan En.Dahlan di luar rumah. Sengihan diberikan.
“ Maaflah pa. ingat nak balik semalam. Tapi tak jadi.” Jelas
Dahlia takut-takut.
En.Dahlan menggelengkan kepala melihat sikap Dahlia.
“ Lain kali beritahulah papa nak pergi mana dengan jelas. Ni
tak. Sekadar beritahu nak bercuti je.”
Dahlia tersengih akan bebelan En.Dahlan. Maaflah. Tak
sengaja. Ini semua gara-gara Faiz tu lah. Ergh!
“ Dah! Masuk dan berehat. Malam sikit kamu ikut papa ke satu
tempat.” Arahan tegas diberikan oleh En.Dahlan kepada Dahlia.
Dahlia menjongket kening. Nak ke mana?
“ Ke mana?” Soal Dahlia pelik.
“ Adalah.. Dah papa nak pergi masjid jap. Dah masuk asar ni.
Kamu jangan melilau ke tempat lain pula.”
Dahlia tersengih.
“ Baik papa.” Sahut Dahlia lalu masuk ke dalam rumah. Pantas
tudung dilucutkan. Rasa rimas setelah seharian memakai tudung.
Tut…Tut…Tut…
Terkejut Dahlia yang tengah berehat di sofa itu apabila
tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan malasnya, telefon yang berada di
poketnya dikeluarkan lalu dijawabnya tanpa melihat nama di skrin terlebih
dahulu.
“ Helo assalamualaikum..” Lemah je suara Dahlia ketika
bercakap.
“ Waalaikumussalam sayang…”
Dahlia tersentak. Pantas dia melihat kembali nama yang
terpapar di skrin. Faiz!
“ Awak nak apa lagi?” Soal Dahlia tak puas hati. Amarahnya
datang tiba-tiba.
“ Saya nak jumpa awak Dahlia. Please…” Dahlia tersenyum
sinis mendengar suara merayu itu.
“ No! And I don’t want to see you anymore!”
Pantas Dahlia mematikan talian. Sakit hatinya jangan
cakaplah. Rasa macam nak pergi cincang Faiz tu sampai lumat je. Ergh!
Dahlia dengan perlahan dan hatinya yang masih membara itu
melangkah naik ke atas. Tapi di pertengahan anak tangga, telefon bimbitnya
berbunyi lagi. Takkan Faiz lagi kot?
“ Awak nak apa lagi? Tolonglah! Kita dah tak ada apa-apa
hubungan lagi. Pergilah awak dengan perempuan-perempuan di luar sana tu!”
Serang Dahlia tanpa henti. Dalam satu nafas saja dia ucapkan semua itu dengan
marahnya.
“ Erk… Saya Haikal.” Suara yang takut-takut itu mengejutkan
Dahlia. Haikal?
“ ya Allah. Maafkan saya. Saya tak sengaja. Ingatkan orang
lain. Maaf sangat!” Pohon Dahlia dengan serba salah. Ish! Tengok kan dah salah
orang! Kesian dia.
“ Tak apa. Dah terbiasa…” Dahlia tersengih. Tahu itu kata
perlian untuk dia.
“ Maaf. Tapi ada apa ye awak call saya? Masih ada tak puas
hati ke dengan filem tu?” Soal Dahlia terus terang. Langkahnya kembali diambil
dan menuju ke dalam bilik.
“ Erk.. Tak. Saya Cuma rasa nak bersembang dengan awak je.”
Dahlia mengerutkan dahi. Pelik!
“ Nak bersembang dengan saya? Awak tak ada kerja ke?
Bukankah kerja sebagai pelakon ni sibuk.”
Tempat di birai katil diambil Dahlia. Keluhan penat dilepaskan
tanpa didengari Haikal dicorong telefon.
“ Tengah berehat. Awak dah sampai KL ke?”
Dahlia tersenyum. Tak sangka Haikal ni peramah juga orangnya.
Setahu aku pelakon ni belagak je lebih. Ish! Tak baik taw kata-kata yang
bukan-bukan. Itu boleh jadi fitnah! Astaghfirullah!
“ Dah. Baru je sampai. Letih pun tak hilang lagi.” Ujar
Dahlia sambil kaki dilunjurkan. Hah! Lega sikit!
“ Oh! Saya mengganggu awak nampaknya. Tak apalah.
Insya-Allah kalau ada masa lagi saya telefon awak lagi. Assalamualaikum..”
Belum sempat Dahlia nak menjawab salam, talian terputus.
Dahlia jadi hairan. Biarlah!
**
Jelas timbul tanda tanya apabila Dahlia berada di sebuah rumah
banglo. En Dahlan disebelah di kerling sekilas.
“ Rumah siapa ni papa?” Soalnya lantas mengikut jejak
En.Dahlan yang sudah maju ke hadapan.
“ Rumah saudara kamu.” Ringkas jawapan En.Dahlan.
Dahlia tak faham. Saudara? Siapa? Ingin merungkaikan persoalan
itu, Dahlia hanya mengikut En.Dahlan tanpa menyoal lebih banyak.
“ Assalamualaikum!” laung En.Dahlan sambil memerhati
sekeliling. Dahlia terteguk air liur apabila melihat sekeliling. Gelap sangat.
Takut pula rasanya.
“ Waalaikumussalam!” sahutan orang dalam rumah membuatkan
mereka berdua pantas melihat ke arah muka pintu.
Sesaat kemudian, pintu itu terkuak dari dalam. Dan terjengul
kepala seorang wanita yang kelihatan berusia dengan berpakaian kemas dalam
keadaan tersenyum. Dahlia yang melihat terpegun.
‘ Mak cik ke ni? Apasal mak cik aku jauh beza daripada
sebelum ni? Oh! Aku terlupa.. Sebelum ni makcik mana pakai tudung. Sekarang dah
berlainan dan betul-betul macam ibu. Ya Allah rindunya aku terhadap ibu.’
“ Jemput masuk. Ingatkan kamu dah tak mahu datang Dahlan.”
Teguran Aisiah iaitu akak ipar En.Dahlan membuatkan Dahlia tersenyum kecil.
“ Mana boleh tak datang kak. Kan akak ada seseorang nak
perkenalkan dekat kami. Jadi kami mestilah datang.” Ujar En.Dahlan ceria.
Dahlia mendongak melihat tingkat satu. Dia macam terdengar
suara seorang lelaki. Tapi siapa ye? Makcik ada anak lelaki ke? Setahun aku
makcik Cuma ada anak perempuan. Itu pun dah berkahwin dua tahun lepas. Itu pun
aku tak pergi sebab aku ada hal dekat sekolah.
“ Dahlia.. Dah besar dah kamu ye. Kali terakhir makcik
tengok kamu setahun yang lepas. Masa tu pun makcik tak berpeluang nak jumpa
kamu sebab kamu terlalu sedih akan kepergian ibu kamu. Sekarang kamu dah makin
matang gamaknya. Baru umur 18 tahun kan?”
Dahlia tersengih lalu mengangguk. Pasti ramai takkan percaya
yang dia baru berumur 18 tahun. Siap boleh bekerja lagi. Hebat! Dia pun tak
percaya pada umur yang muda ni dia dah bekerja yang mempunyai pangkat. Susah
nak percaya sebenarnya!
“ Irfan! Turunlah! Sepupu kamu dah sampai!”
Dahlia menjongket kening. Jadi makcik ada anak lagi selain
akak Julia tu. Irfan?
“ Ye mama..” Dahlia dan En.Dahlan menoleh ke arah tangga.
Kelihatan seorang pemuda yang bercermin mata sedang tersenyum manis ke arah
mereka. Kemudian langkah perlahan diambil dan menuju ke arah Pn.Aisiah.
“ Assalamualaikum pakcik.”
Tangan En.Dahlan dikucupnya perlahan. Apabila mata Dahlia
dan irfan bertembung. Saling-saling hanya membalas senyuman.
Terdetik di hati Dahlia terhadap Irfan. Hensem!
“ Adik.. Ini anak kedua akak. Dahlia mesti tak tahu sebab
Dahlia tak pernah diberitahu.” Jelas Pn.Aisiah lalu tersenyum.
Dahlia tersengih. Yelah! Memanglah aku tak tahu sebab aku
tak pernah ambil tahu. Kuang-kuang-kuang.
“ Maaflah adik. Irfan ni pun baru balik daripada luar
negara. Dalam dua bulan juga dia baru balik. Sebab tu tak sempat nak beritahu
tu. Dan sekarang dia sibuk uruskan syarikat abang ipar kamu tu. Semenjak
ketiadaan abang ipar kamu, Irfanlah yang uruskan segala-galanya.” Cerita
Pn.Aisiah.
Dahlia menjeling sekilas ke arah En.Dahlan. Patutlah papa
nak datang sini. Nak jumpa anak buahnya. Hurmm! Tahu tak ikut tak apa. Bukannya
ada apa-apa pun.
“ Dahlia… Kamu buat apa sekarang?” Soalan Irfan menyentakkan
Dahlia yang sedang termenung itu.
“ hah?” Terkebil-kebil Dahlia memandang mereka bertiga.
Sengihan terpamer.
“ Kamu ni. Irfan tanya kamu buat apa. Mengelamun lagi.”
Tegur En.Dahlan.
“ Oh! Hehe.. Sorry. Sekarang Dahlia tengah kerja disatu
syarikat.” Terang Dahlia.
Irfan terkejut. Pn.Aisiah juga terkejut sama. Tak pernah
tahu pun anak buahnya itu dah kerja dalam umur yang muda ini.
“ Dahlia baru 18 tahun kan?” Soal Irfan tak percaya. Dahlia
tersengih. Kan? mesti tak percaya punya.
“ ye saya. Saya tahu makcik dan Irfan pasti tak percaya.
Tapi itulah kerjaya saya sekarang.” Ujar Dahlia tenang.
“ Maknanya Dahlia lebih maju daripada Irfanlah. Irfan yang
berumur 20 tahun ni pun masih tak betul kerjanya. Kiranya beruntung sungguh dapat
anak seperti Dahlia ni.”
Tersenyum malu Dahlia apabila mendapat pujian sebegitu.
Janganlah puji lebih-lebih. Nanti kembang kuncup pipi aku ni.
“ Terlupa pula. Irfan.. Bawalah dia turun.”
Dahlia hanya melihat Irfan melangkah semula ke atas. Siapa
yang disuruh bawa turun tu?
Tanpa menunggu lama, Irfan dan seorang perempuan bertudung
turun ke bawah. Dahlia masih tak perasan sebab terlalu leka akan telefon
bimbitnya. Apalagi kalau bukan bemain game.
“ Dahlia?” Dahlia tersentak. Suara itu seperti dia kenal.
Jadi dia pantas mendongak dan menoleh ke arah tangga. Dan
dia tergamam melihat insan itu.
‘ Dia?’
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment