Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 5 July 2014

Cerpen : Encik Bertopeng

Assalamualaikum. Bertemu lagi kita pada bulan yg mulia ini. Yeay!! Akhirnya ada cerpen baru. yeay! Haha.. Mesti korang seronok kan? Huhu. Sory lambat. Ini pun sebab niat nak tulis cerpen. Gara-gara stress punya pasal. Kiki.. Okay. Tak nak bebel dah. Teruskan bacaan anda.Maaf andai cerita ni tak begitu memuaskan hati anda.. :)





“ Ikut aku!”

“ Hei! Awak ni siapa? Lepaslah!”

Sedaya upaya aku melepaskan diri daripada pegangan lelaki bertopeng ni. Tapi pegangannya terlalu kuat. Kudrat aku sebagai seorang wanita masih tak mampu untuk melawan kudrat orang lelaki ni.

“ Tolong diam boleh tak?”

Aku merengus geram. Nak marah-marah aku tak tentu fasal tu kenapa. Dia yang salah nak marah aku. Dahlah aku baru balik dari kelas. Penat tahu tak? Urgh!

“ Masuk!”

Dia menyuruh aku masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes. Aku terteguk air liur saat melihat dia yang merenung tajam ke arahku itu. walaupun dia memakai topeng. Tapi matanya tu tetap kelihatan. Pakai topeng sampai hidung je. ala.. macam Encik Mimpi tu.

“ Kalau saya tak nak?” Soalku berani.

“ Kalau kau tak nak. Aku kiss kau kat sini juga. Nak?”

Aku terus menutup mulutku dengan tangan. Haish! Bahaya betul lelaki ni. Main-main ugut nampak. Aku geram betullah.

“ Masuk sekarang!”

Tanpa rela, aku masuk juga dalam kereta yang mewah itu. Buat pertama kali dalam hidup, aku naik kereta Mercedes ni. Fuh! Biasalah, aku ni bukannya dari kalangan orang berada. Ayah pun dah tak ada. Mak pun hanya kerja mengasuh anak orang. Kini, tinggal aku je lah harapan keluarga. Mujur aku sorang je anak mak. Kalau aku ada adik-adik lagi aku kena berusaha kuat.

“ Aku bawa kau ni bukan nak culik. Tapi atas arahan tuan aku. aku harap kau tak marah.”

Aku mencebik. Tak marah dia kata? Of courselah aku marah. Boleh dia tanya. Tak culik? Ini dah kira macam kes culik.

“ Mestilah saya marah! Tu pun tak pandai nak fikir ke? Huh! Dahlah orang penat baru balik dari kelas. Sedap-sedap awak je datang dan tarik saya. Apa? Ingat saya ni patung ke?” Bebelku geram ke arahnya yang sedang memandu itu.

“ Tak sangka aku. bising juga mulut kau tu kan?”

Aku tersentap. Ish! Kenapa dengan lelaki ni?

“ Okay fine! Saya akan diam! Huh!”

Aku menoleh ke arah tingkap dengan sebalnya. Jelingan sinisnya langsung aku tak pedulikan. Mujurlah aku ni bukan seorang yang pengecut. Tak apa. tengoklah selepas kereta ni berhenti. Aku tahulah apa yang akan aku buat. Jangan harap aku akan ikut kau lelaki bertopeng! Huh!

Hampir 10 minit berlalu, akhirnya dia memberhentikan keretanya dalam halaman  rumah banglo yang amat besar. Aku yang melihat hanya mampu  terteguk air liur. Besar gedabaknya rumah ni. first time aku dapat tengok rumah sebesar ni depan mata aku. selalu dalam televisyen je. fuh!

“ Turun! Ikut aku.” Arahnya pula.

Dengan langkah yang terketar-ketar aku mengikutnya. Terus terpadam niat aku nak melarikan diri. Yalah. Besar sungguh rumah ni. pengawal berbaju hitam pun banyak dekat sini. Macam mana aku nak lari kalau macam ni?

“ Awak nak bawa saya ke mana ni?” Soalku gugup. Aku tengok sekeliling. Seram arh!

“ Jumpa tuan aku.”

Sampai saja di sebuah bilik, aku diarah untuk masuk ke dalam. Lelaki bertopeng tadi terus menghilang sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Sekali lagi aku terkedu, bilik ni dah macam ruang tamu aku kot. Besar gila.

“ Sofea.”

Aku tersentak saat namaku dipanggil seseorang. Saat aku menoleh, aku jadi tertanya-tanya. Siapa pakcik ni? Eh! Datuk kot.

“ Aisyah Sofea.”

Dia mendekatiku dengan senyuman kecil. aku pula jadi gelabah. Takut dia akan apa-apakan aku.

“ Ja..jangan dekat!” Halangku dengan bercakap kuat.

“ Maaf. Tapi Sofea kena tahu sesuatu.”

“ Tahu apa Datuk?” Soalku takut-takut.

“ Tak payahlah panggil Datuk. Panggil papa.”

“ ha?”

Papa? Dia bukan ayah aku nak suruh aku panggil papa. Ayah aku dah meninggallah. Mak aku kata, ayah aku meninggal dalam kemalangan. Masa tu aku baru lahir ke atas dunia ni. dalam dua hari macam tu lah.

“ Sofea. Sebenarnya tujuan papa bawa Sofea ke sini nak beritahu sesuatu.”

Dia melihatku dengan pandangan yang berkaca-kaca. Eh? Kenapa tu? Nampak macam nak nangis je. tolonglah. Aku bukan suka sangat nak feeling-feeling bagai ni.

“ Sofea.. ini papa. Ayah kandung kamu.”

Aku terkedu. What? Apa yang datuk ni tengah mengarut?

“ Jangan main-main Datuk. Saya tak suka. Ayah saya dah lama meninggal.” Kataku tegas.

“ Sebenarnya ayah kandung Sofea masih hidup. Papa ni lah ayah kandung Sofea.”

Aku terdiam seketika. Semuanya berlaku dengan pantas. Balik dari kelas, aku diculik dan dibawa ke sini. Kemudian orang depan aku ni pula mengaku aku ni anak dia. What is this? Huh!

“ Ayah saya dah lama pergi!”

Aku pantas keluar daripada bilik tersebut. Tapi malangnya, langkahku terhenti pada pintu besar rumah tersebut. Dihalang oleh lelaki bertopeng tadi. Kacau daun je lah lelaki ni.

“ Tepilah!” Jeritku dengan geram.

“ Kau tak boleh lari selagi tuan aku tak beritahu kau yang..”

“ Yang dia ayah kandung saya? Huh! Mengarut! Ayah saya dah lama pergi dari dunia ni. sekalipun nak bohong, gunalah akal bagi logik sikit.” Ujarku lantang.

“ Awak nak tepi atau nak saya tendang?” Soalku lagi tanpa sempat dia nak membuka mulut.

“ Sofea!”

Malas aku nak berurusan lagi dengan datuk tu, aku pun tendang kaki lelaki bertopeng itu dengan sekuat hati. Apabila tengok dia terduduk menahan sakit, aku pun pantas melarikan diri daripada situ. Apa nak jadi, jadilah.

**

Aku melihat mak dengan tertanya-tanya. Hatiku jadi gelisah. Aku tak tahu nak tanya atau tak soal Datuk tu. Haish! Pening!

“ Sofea… Makanlah nasi tu. Dari tadi termenung je kerjanya. Ingatkan siapa?”

Aku tersenyum kecil mendengar soalan mak. Andai mak tahu apa yang berlaku semalam. Pasti mak tak benarkan aku pergi kelas seorang diri selepas ni.

“ Mak.. Sofea nak tanya sikit boleh? Tapi mak jangan marah!” Aku siap bagi tanda peringatan lagi pada mak. Takut mak marah tentang soalan yang aku akan tanya ni. Aku tahu mak tak suka kalau topik ni dibualkan.

“ Apa? Tanya je. Mak nak marah macam mana kalau Sofea tak tanya lagi.”

“ Janji dulu yang mak tak marah!”

“ yelah. Apa yang kamu nak tanya?”

Aku sempat terteguk air liur sebelum bertanya kepada mak. Aku tahu mesti selepas ni mak akan berang dengan aku. Redha ja la.

“ Betul ke ayah kandung Sofea dah meninggal?” Soalku dengan berdebar-debar.

Dan seperti jangkaan aku. Riak muka mak berubah terus. Daripada ceria terus kelat. Aku jadi serba salah pula.

“ Sofea bukan apa. sofea nak tahu. Sofea rindu ayah. Sofea teringin nak tahu macam mana muka ayah. Kalau betul ayah Sofea dah tak ada. Kenapa mak tak pernah bawa Sofea lawat kubur ayah?”

Mak masih mendiamkan diri. Aku juga bersabar menanti jawapan daripada mak. Dengan keadaan mak sekarang membuatkan aku curiga. dulu sering juga aku fikirkan soal ni. tapi aku biarkan sebab mak tak pernah nak beritahu aku dan tak nak ambil tahu pun. Sekarang aku nak tahu. Aku dah cukup matang untuk tahu semua ni. aku bukan budak kecil lagi.

“ Kenapa Sofea tiba-tiba nak tahu?” Setelah lama berdiam diri, akhirnya mak membuka suaranya lalu memandangku dengan penuh kasih.

“ Sebab Sofea nak tahu lah. Mak tahu tak? Sofea rindukan ayah. Tolong beritahu Sofea. Andai benar ayah Sofea dah tak ada. Kita pergi ziarah kubur arwah ayah ya?”

Aku menggenggam tangan mak dengan senyuman. Harap sangat mak faham apa yang sedang aku rasakan sekarang ni. Aku tak nak perkara ni terus jadi persoalan.

“ Maafkan mak. Tapi mak belum bersedia.”

Belum sempat aku nak menghalang, mak terlebih dahulu masuk ke dalam biliknya. Nampak sangat mak sedang menyembunyikan sesuatu daripada aku. Ya Allah. Berilah aku petunjukMu. Aku inginkan kebenaran.

**

Dah dua hari berlalu, dan dua hari tu jugalah Encik Bertopeng tu sering ikut aku dari jauh. Aku pun dah rimas sangat dengan ekoran dia tu. bukan aku tak tahu, setiap hari selepas aku habis kelas. Mesti dia akan ikut dari jauh. Dia ingat aku tak sedarlah tu.

Mesti Datuk tu yang suruh. Nama pun orang suruhan kan? Aku rasa aku kena berdepan dengan Encik Bertopeng tu secepat mungkin. Aku rimas kalau perkara ni asyik berterusan. Selagi aku tak tahu kebenarannya. Selagi tu lah aku akan tertanya-tanya. Nak belajar pun tak senang.

Jadi, hari ni aku dengan selambanya menoleh ke belakang dan menuju ke arah Encik Bertopeng itu. Dia macam nak melarikan diri. Maybe sebab aku dah sedar akan kehadirannya. Namun, aku takkan lepaskan dia. Aku terus kejar dia sampai ke kereta.

“ Tunggu! Janganlah lari!” Jeritku apabila penat mengejar.

Huh! Mujurlah! Elok dah sampai dekat kereta baru nak berhenti. Lebih baik tak payah. Buang tenaga aku je.

“ Nak apa?”

Aku tengok dia dengan riak tak percaya. Dia tanya aku nak apa? sepatutnya aku yang kena tanya soalan tu. Aik? Ni dah terbalik!

“ Nak awak!”

Ha! Ambik! Terlopong terus. Tahu pun terkejut.

“ Just kidding! Saya Cuma nak tahu, kenapa awak sering ekori saya? Tapi bila saya kejar awak, awak pula lari.”

Aku memandangnya tajam. Sah! Serupa macam Encik Mimpi. Cuma topeng lelaki ni warna hitam.

“ kalau betul pun apa salahnya. Aku sudi je jadi suami kau.”
What?! Ha! Dia dah melalut. Nampaknya aku silap besarlah kalau nak bergurau dengan lelaki pelik ni.

“ Dah! Merepek! Sekarang bawa saya jumpa tuan awak tu. saya rimas tahu tak? Setiap hari asyik kena ikut dengan orang ni. saya ni manusia bukan robot yang tak ada perasaan tu.”

Aku memeluk tubuh dengan perasaan bengang. Dia boleh pandang aku dengan riak selamba ja. Aku serius la!

“ Jom!”

“ Ke mana?”

“ Ke masjid. Kita bina mahligai dekat sana.”

“ What?!” Hei! Dia masih nak main-main dengan aku ke apa ni?

Terdengar ketawa halus daripada mulut dia. Amboi! Sedap kau kenakan aku erk?

“ Tadi kata nak aku bawa kau jumpa tuan aku. aku nak bawa la ni. tu pun mahu tanya lagi.” Dengan sinis dia menjawab.

Okay! Nampak sangat aku tengah blur tadi. Cis!

“ Tapi aku akan bawa juga kau ke masjid suatu hari nanti.”

Katanya lagi sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta. Tapi aku hanya mendiamkan diri. Malu beb! Tu lah! Gatal mulut lagi. Lelaki macam ni mana boleh dibawa main-main. Sekarang kau tanggunglah akibatnya Sofea. Huh!

**

Kini, sekali lagi aku berdepan dengan Datuk ni. Nampak sangat dia gembira apabila dapat berjumpa dengan aku. Tapi aku? Masih curiga dengan orang yang ada depan aku ni. Aku perlu ketahui kebenarannya hari ni juga. Lagi lama aku biar, lagi runsing dibuatnya. Dahlah mak pun tak nak mengaku.

“ Sofea apa khabar? Papa dengar tak lama lagi kamu nak ambil exam.”

Aku masih mendiamkan diri. Dia sangat teruja saat ini. mestilah teruja dah aku datang jumpa dia.

“ Saya tak nak berputar-belitkan cerita. Saya Cuma nak Datuk ceritakan pada saya dari A sampai Z. saya nak tahu siapa Datuk dan saya. Apa kaitan Datuk dengan mak saya. Saya nak tahu semuanya. Tolong jangan tipu saya sebab saya tak suka apabila ditipu. Boleh kan datuk?” Ujarku panjang lebar. Gara-gara dah tak tahan nak tahu. Inilah jadinya.

Datuk tu masih tersenyum. Tapi kali ni senyumannya kelihatan hambar. Aku tahu pasti ada rahsia disebalik semua ini.

“ Betul Sofea nak tahu? Papa pasti selepas Sofea tahu. Sofea mesti takkan maafkan papa. Papa minta maaf sebab semua ni bukan keinginan papa tapi kehendak family papa.”

Tiba-tiba dia bangun dan melangkah ke meja kerjanya. Dia mengambil satu photo album dan serahkannya padaku. Aku hanya menyambut tanpa banyak soal. Aku juga membuka photo album tersebut.

“ Dalam tu ada gambar papa dan mak kamu. Sebelum kamu dilahirkan, kami hidup bahagia. Tanpa orang ketiga mahupun halangan daripada sesiapa pun. Tapi semuanya berubah seminggu sebelum kamu dilahirkan.”

Aku tersentak saat melihat ada gambar mak dan papa sedang tersenyum ke arah kamera. Mereka kelihatan bahagia sekali. Ya Allah. Adakah ni mak aku?

“ Betul. Tu mak kamu. Papa tak tipu.”

Aku tahan daripada menitiskan air mata. Jadi betullah orang yang duduk di depan aku ni adalah ayah kandung aku. Ya Allah.

“ Apa yang terjadi?” Soalku akhirnya.

“ Seminggu sebelum kamu dilahirkan, family papa datang jenguk kami. Papa ingat ayah dan ibu papa nak doakan keselamatan kamu dalam perut mak kamu tu. ternyata tekaan kami silap. Ibu papa datang dan salahkan mak kamu. Tiba-tiba family papa nak papa ceraikan mak kamu.”

Aku tersentak.

“ Tapi papa tak berputus asa sebab papa tak nak lepaskan orang yang papa cintai. Tambah-tambah keadaan mak kamu tengah sarat saat itu. Jadi, demi menyelamatkan keadaan. Papa ikut family papa pulang ke rumah. Papa pesan pada mak kamu yang papa akan pulang. Demi menyambut kamu ke dunia ini. tapi..”

Aku semakin berdebar menanti kata-kata seterusnya daripada mulut Datuk itu. Tapi apa? janganlah buat aku saspen.

“ Sehari sebelum kamu dilahirkan, ibu papa paksa mak kamu lari daripada sini. Papa tak tahu sebenarnya. Papa dapat tahu pun masa papa sedar yang mak kamu dah pindah. Masa tu lah papa usaha cari kamu berdua. Walau apa pun yang terjadi, papa takkan sesekali lepaskan mak kamu. Papa cintakan dia. Sampai sekarang papa belum ceraikan dia. Dan sampai sekarang juga, papa setia. Datanglah perempuan mana pun, mahupun dipaksa ibu papa. Papa tetap cintakan mak kamu.”

Gugur setitis air mata Datuk itu didepan aku. Aku turut jadi sebak. Ya Allah. Jadi selama ni sangkaan mak meleset. Mak mesti ingat yang papa dah tak sayangkan papa.

“ Mak kamu salah faham. Papa tahu mak kamu bencikan papa sekarang ni sampai kata papa dah mati. Hakikatnya papa sentiasa cari kamu berdua. Papa tak pernah berhenti berdoa agar papa dapat bertemu dengan kamu berdua. Akhirnya, doa papa dikabulkan.”

Datuk itu menghampiri aku dengan senyuman dalam tangisan. Aku terdiam. Papa? Patutkah aku memanggilnya papa? Dah terbukti yang dia papa aku. ayah kandung yang selalu aku rindui selama ini. rupanya masih hidup. Ya Allah.

“ Sofea… Maafkan papa sebab tinggalkan mak kamu tanpa kembali. Papa kesal. Kesal dengan sikap orang tua papa.”

Tiba-tiba dia menarik aku ke dalam pelukannya. Aku yang memang blur itu hanya membiarkan. Tanpa sedar, aku dapat rasakan ‘rasa’ itu dalam hati aku. Rasa di mana seorang ayah yang rindukan anaknya.

“ Sofea.. Maafkan papa? Terima papa sayang?”

Pelukan dileraikan. Mata aku merah menahan sebak. Aku tak dapat nafikan yang dia ikhlas saat ni. Dia tak tipu. dia nampak derita saat menceritakan apa yang terjadi sebelum ni.

“ Datuk… Saya..saya..”

“ Shh! Jangan panggil Datuk lagi. Panggil papa ya sayang. Ni papa.”

Aku menatap wajah dia dengan penuh rasa kasih. Ya Allah. Terima kasih kerana kembalikan ayah kandung aku.

“ Papa!”

Aku pula memeluknya dengan tangisan. Aku rindu! Sangat rindu!

“ Maafkan papa. Papa takkan buat kamu menderita lagi. Itu janji papa.”

Aku hanya mengangguk dalam tangisan. Ya Allah. Moga mak dapat terima papa semula.

**

Aku menatap wajahku pada cermin kereta. Alahai! Nampak bengkaklah mata aku. Macam mana nak balik ni. kalau aku balik, confirm kena soal dengan mak. Mak bukan boleh. Pantang nampak apa-apa perubahan dekat diri aku. mesti soal macam-macam. Aduhai!

“ Tak baik mengeluh.”

Huh! Aku menoleh ke belakang. Encik Bertopeng ni lagi. Ingatkan dah lesap selepas hantar aku ke sini tadi. Rupanya ada je. Ala.. nama pun pegawai peribadi papa. Tapi papa tak hairan ke atau takut. Sebab dia ni pakai topeng. Mahu pula papa ambil lelaki bertopeng bekerja. Aneh!

“ Kenapa? Teringin nak tengok wajah sebenar aku?”

Aku tersedar lantas menoleh ke cermin kereta semula. Kantoi!

“ Tak puas-puas lagi ke kau tenung cermin kereta tu. aku rasa cermin kereta tu pun naik muak asyik tengok rupa kau.”

Aku mengetap bibir menahan geram. Kenapa dia ni suka buat aku geram? Kalau tak kacau aku tak boleh ke?

“ Tak kacau urusan awak pun!”

Aku masih telek mata aku dekat cermin kereta. Masih merah mata aku ni. macam mana nak buat? Ermm.. Ha! Apa kata aku pinjam cermin mata gelap daripada papa. Papa mesti ada punya. Dapatlah lindungi diri daripada terkantoi oleh mak nanti. Yes! Great idea!

Tanpa berlengah, aku pun menoleh ke belakang untuk masuk ke dalam rumah. Tapi lain yang aku dapat.

“ nah. Pakai ni. Aku tau kau risaukan bengkak dekat mata kau tu.”

Aku terkaku jadinya. Dia macam dapat teka apa yang berada dalam kepala fikiranku saat ini. mana taknya, tiba-tiba dia memakaikan aku cermin mata gelap tanpa sempat aku menghalang. Tindakannya yang cukup pantas itu membuatkan aku terkaku.

Aku melihat dia sekilas sebelum menoleh ke arah kereta.

“ Thanks.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aku jadi kekok pula jadinya. Baik juga lelaki ni. Heh!

“ Maaf kerana kasih anda tidak diterima.”

What? Apa yang dia cakap tadi? Tak berapa nak dengarlah.

“ Kasih anda akan diterima apabila anda sudah jadi isteri saya.” Bisiknya pula dan menyebabkan pipi aku bertukar merah.

Erk!

**

Aku menahan getaran di dada. Tengok muka mak yang ketat tu pun aku dah tahu. Mak tengah tahan marah. Mana taknya, tadi aku balik dengan papa. Papa pun apa lagi, jelaskan perkara sebenar pada mak. Apa yang terjadi dan tentang aku.

Aku yang masih bercermin mata gelap ni hanya mampu menahan debaran. Aku masih tak mampu nak buka cermin mata ni sebab aku tahu. Lagi banyak aku kena soal lepas ni. ya Allah. Lembutkanlah hati mak aku untuk terima maaf papa. Papa tak salah.

“ Pergilah naik mandi. Terus solat. Mak nak masak jap.”

Aku ingat mak nak marah. Ternyata tidak. Mak terus masuk ke dapur tanpa mempedulikan aku. Aku hairan. Kenapa mak tak marah? Adakah mak dah maafkan papa?

“ Mak.. Sofea minta maaf. Semua ni berlaku dengan pantas. Sofea pun tak…”

“ Sofea..”

Aku memandang mak yang tengah tersenyum itu.

“ Mak tak salahkan Sofea. Sofea tak salah dalam hal ni. Sofea jangan risau ye sayang.”

Aku menghembus nafas lega. Alhamdulillah. Tapi?

“ Mak boleh maafkan papa? Papa tak salah mak. Papa mangsa keadaan.” Ujarku.

Kedengaran mak mengeluh. Adakah mak penat dengan apa yang terjadi sebelum ni?

“ Sofea.. kalau kamu nak tahu. Mak dah lama maafkan papa kamu. Cuma.. mak perlukan masa. Masa untuk lupakan perbuatan nenek kamu tu. Mak tak boleh terima macam mana nenek kamu halau mak dari rumah masa tu. Nenek kamu tak suka mak sejak dulu lagi. Tapi demi papa, nenek kamu kena terima. Kami ingat nenek kamu dah restu dengan hubungan kami selepas setahun berkahwin. Tapi ternyata tekaan kami salah. Mak tahu papa kamu tak salah.”

Aku tersenyum kecil. Aku dah agak. Selama ini mak rindukan papa. Dan doa mak juga termakbul. Betullah apa kata orang. Kalau dah jodoh, tak ke mana. Dan jodoh mak dan papa sangat kuat. Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan mereka kembali. Aku bersyukur.

“ Dahlah. Lupakan soal ni. Yang kamu pakai cermin mata ni kenapa? Berlagak jadi orang kaya?”

Aku tersengih kerang busuk. Bukan berlagak Cuma nak melindungi diri. Hehehe..

“ Ada orang bagi. Jadi Sofea pakai je la.”

Tiba-tiba aku teringat pemberi cermin mata ni. Siapakah dia yang sebenarnya? Bagaimana rupa dia? Adakah dia seorang yang baik? Adakah dia betul-betul maksudkan kata-katanya tu? Argh! Sakit kepala apabila terfikir semua tu.

“ Mak.. Esok Sofea nak keluar makan dengan papa. Mak ikut ye? Please!” Aku siap kerdipkan mata. Saja buat comel depan mak. Hehe.. Mesti mak setuju.

“ Ingat comel dah lah tu. Yelah. Dah pergi naik bilik. Mandi dan solat.”

“ Okay madam!”

**

Aku memandang diriku pada cermin. Jelas nampak perubahan pada diriku saat ini. Nampak sangat ketara.

“ Cantiknya anak mak ni.”

Aku tersenyum mendengar pujian mak. Mak menyuruh aku memakai gaun labuh berwarna putih bersama shawl pink ke majlis makan malam sebentar lagi. Aku tak percaya yang tengah berdiri ni adalah aku. Aku juga tak pernah memakai gaun labuh yang cantik ni.

“ Papa dah sampai. Jom kita pergi.” Ajakku apabila mendengar bunyi kereta dari luar rumah.

“ Makcik? Siapa ni?”

Keluar je daripada rumah, mak aku terus diajukan soalan daripada Encik Bertopeng ni. La.. Dah tak kenal aku ke? Takkan perubahan aku ni ketara sangat kot. Huh!

“ La.. anak makcik lah. Sofea. Takkan tak kenal dah kot?” Tu la. Aku memandang lelaki itu dengan anggukan kecil.

“ Oh.. Silakan masuk makcik.”

Sebaik sahaja mak aku masuk ke dalam kereta, lelaki tu pun datang dan membisikkan sesuatu pada telingaku.

“ Kau sangat cantik pada malam ni. Awas! Jangan sampai buat orang lain tertarik selain aku ye?”

Huh! Pujian ke perlian? Whatever!

“ Thanks.”

Terus aku masuk ke dalam kereta. Ada juga yang sudi puji aku. Hoho.

Hampir 15 minit, kami pun sampai dekat satu restoran mewah. Papa sudah lama berada di situ menunggu kedatangan kami. Ingatkan papa datang jemput kami tadi.

“ Makcik dan Sofea boleh masuk. Datuk tunggu dekat dalam.” Ujar dia.

Aku hanya mampu melihat lelaki itu beredar dengan pandangan ingin tahu. Argh! Kenapa aku perlu tahu fasal dia pula ni? Dia tak ada kaitan pun dalam hidup aku. Ceh!

“ Welcome Sofea. Welcome sayang…”

Aku melihat papa dan mak saling bertukar senyuman. Agaknya ni rancangan papa agar dapat berbaik semula dengan mak. Great idea papa!

“ Kita ada seorang tetamu malam ni.”

Aku memandang makanan yang terhidang dengan penuh berselera. Mulalah perut aku nak berbunyi. Lapar! Boleh aku makan puas-puas lah malam ni kan? ekeke..

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.”

Aku masih leka melihat makanan yang terhidang ni. Malaslah nak layan tetamu papa. Aku tak layak untuk bersua kenal dengan tetamu papa. Cewah! Merendah diri nampak. Haha.

“ Sofea. Perkenalkan. Ini Tengku Arman. Anak didik papa.”

Arman? Kenapa aku macam pernah dengar nama ni.

“ Saya Sofea.”

Weh! Hensem Tengku Arman ni. Kalah pelakon idaman aku tu. Kekeke.. Tapi nampak macam sombonglah. Amboi kau Sofea. Sempat lagi mengutuk. Hehe..

“ Jemput makan semua. Jangan malu dan jangan segan.”

Dah papa jemput makan. Aku pun apa lagi. Makanlah sepuas-puasnya. Rezeki jangan ditolak beb! Haha.

“ Gelojohnya awak makan?”

Uhuk! Tersedak aku dibuatnya. Dah tahu aku tengah makan janganlah duk tegur sesuka hati je. Tengku ni kan?

“ Tulah. Makan gelojoh lagi. Kan dah tersedak.” Terdengar ketawa kecil daripada dia. Walaupun hanya berbisik antara kami berdua. Yalah. Dah nama pun duduk bersebelahan. Papa dan mak tak perasan pun.

“ Tengku! Tolong jangan masuk campur! Makan je lah!” Tegasku dengan perlahan. Masih berhati-hati agar tidak didengari oleh papa dan mak.

Aku menjelingnya sekilas. Kelihatan dia sedang tersenyum. Tapi kenapa senyuman dia tu macam pernah nampak sebelum ni? Familiar sangat!

“ Tak apa. saya makan.”

Ceh! Masih tersenyum lagi tu.

“ Papa. Sofea nak ke tandas jap.” Aku minta diri. Nak lepaskan geram jap. Gara-gara si lelaki ni.

Tanpa mendengar jawapan papa, aku terus berlalu ke tandas. Kata je nak ke tandas tapi tak masuk pun. Aku berlegar-legar je dekat ruang tengah restoran hotel ni. Cantik lah. Besar! Untungnya siapa yang selalu makan dekat sini.

“Kenapa duduk sini? Kenapa tak pergi makan?”

“ Opocot mak kau!”

Ya Allah! Kenapa hari ni aku mudah terkejut gara-gara disergah orang ni. Haish! Lepas dia datang pula orang lain.

“ Mak kau ada dekat sana. Aku bukan mak kau.”

Aku tengok dia macam nak terkam je. Encik Bertopeng yang menyakitkan hati. Macam Tengku tadi.

“ Aku tahulah. Kau buat apa dekat sini? Pergilah main jauh-jauh. Dua-dua orang sama ja. Suka sakitkan hati saya. Huh!”

“ Siapa yang  kau maksudkan?”

“ awaklah dan si Tengku tu. perangai korang ni memang sama. Cuma dia tu nampak sombong sikit. Mentang-mentang kaya. Huh!” Argh! Puas! Ambik! Kena dengan aku macam tu je. habislah kalau si Tengku tu dengar.

“ Ingat kau tu baik sangat ke?” Eh? Nak cari fasal nampak.

“ Wahai Encik Bertopeng yang Misteri! Kenapa dengan awak ni? suka sangat cari fasal dengan saya. Benci!”

Terpamer senyuman kecil pada bibirnya. Tengok! Mirip sangat senyuman mereka. Orang yang sama ke? Takkanlah.

“ Sebab kau ni comel sangat.”

Terus dia berlalu tanpa sempat aku nak balas.

“ Weh! Aku benci!”

Tapi tak boleh benci sangat. Nanti jadi sayang. Naya kau Sofea!

Dengan lemah longlainya, aku kembali ke meja makan. Tengku tu masih ada. Ingatkan dah pergi.

“ Datuk. Kalau saya minta sesuatu boleh?”

“ Boleh. Apa tu?”

Aku mula rasa tak sedap hati. Sebab daripada tadi dia asyik kerling ke arah aku.

“ Saya nak jadikan Sofea isteri saya.”

“ What?!”

**

Bala! Bala!

Hampir satu rumah aku tawaf. Gara-gara terfikir hajat Tengku Arman semalam. Dia gilakah? Tiba-tiba nak aku jadi isteri dia. Bukannya kenal pun. Baru sehari jumpa kot. Ada hati nak kahwin dengan aku. Blahlah!

“ Apa yang kau buat tu? aku rasa dah berapa kali kau tawaf dekat halaman rumah ni. Dah boleh jadi designer rumah kot aku rasa.”

Tanpa berlengah, aku pantas memijak kuat kaki kirinya. Huh! Padan muka! Puas hati aku. Ada saja idea nak kacau dan buat aku marah kan?

“ Woi! Sakitlah!”

Aku ketawa. Tahu pun sakit. Ingatkan tak tahu dah.

“ baguslah. Tu maknanya kau masih sihat walafiat. Alhamdulillah!” Aku buat-buat gembira. Sedangkan rasa nak ketawa.

“ Alhamdulillah juga sebab ada orang ambil berat tentang aku. lega!”

Eh! Masa bila aku ambil berat fasal dia pula ni? buang tabiat ke apa?

“ Saya tak suka dia dan tak nak kahwin dengan orang yang saya tak cintai. Berhak ke saya nak tolak masalahnya. Papa dah suka sangat dekat Tengku Arman tu. Tapi saya?”

Akhirnya, aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati pada Encik Bertopeng yang menyakitkan hati ini. Dia nak dengar sangat kan? So, aku dengan hati yang terbuka ceritakan pada dia.

“ Aku bukan nak jadi penyibuk ke apa. Cuma aku nak pesan. Jangan terburu-buru ketika kau buat keputusan. Dan jangan terlalu ikutkan perasaan. Jangan buat keputusan pada waktu marah atau terlalu gembira. Ikut kata hati kau tu. Jangan lupa juga berdoa pada Allah.”

Aku terdiam. Wah! Encik Bertopeng bagi ceramah baik dekat aku hari ni. Selalunya asyik nak usik aku je.

“ Kalau awak dekat tempat saya. Apa yang awak akan buat? Terima atau cari cinta sejati awak?” Soalku pula.

“ Entah! Maybe saya lari dari rumah.”

“ Erk!” melampau sangat tu. aku tak seberani tu.

“ Tapi aku tau kau anak yang baik. Kau buatlah keputusan yang membawa kebaikan untuk kau. Aku pergi dulu.”

Aku melihat dia dengan pandangan redup. Awak.. Boleh tak awak tanggalkan topeng tu sekali saja? Saya nak tahu siapa awak. Tapi tak mungkinlah kan dia nak buka topeng dia tu.

“ Argh! Pening!!!”

**

Tengku Arman? Encik Bertopeng? Aik? Kenapa dua nama ni sering muncul dalam fikiran aku kebelakangan ni? Hurmm.. Dah seminggu berlalu. Dalam seminggu ni jugalah dua manusia ni tak habis-habis kacau aku. menurut pandangan aku kan? antara mereka berdua ada persamaan dan ada juga perbezaan.

Tengku Arman. Dia seorang yang suka senyum, hensem dan berkarisma. Encik Bertopeng pula seorang yang tak suka senyum. Kalau senyum pun kadang-kadang. Hensem? Entahlah! Sebab penghalangnya adalah topeng tu. dan dia jenis suka berwajah serius.

Tapi mereka berdua ada persamaan. Suka mengusik aku dan suka buat aku geram! Okay! Tu dah sebati dalam hidup aku saat ini.

“ Sofea… Mak nak hantar papa pergi airport. Kamu nak ikut?”

Mak muncul bersama senyuman. Aku teringin nak hidup bahagia macam mak dan papa sekarang. Tapi lelaki idaman aku tu masih adakah dalam dunia ni? seperti yang aku harapkan? Entah!

“ Boleh juga. Erk..mak. lelaki bertopeng tu pun pergi juga ke? Maksud Sofea, dia pun ke luar negara dengan papa?” Soalku gugup.

Mak hanya tersenyum lantas membuat anggukan kecil. Oh! Ikut juga. Amanlah aku selepas ni. Kikiki…

**

“ Semua dah siap ke?”

“ Dah. Beres!”

Aku membuat muka poyo pada kedua-dua insan yang berdiri sebelah aku ni. aku tersepit dekat tengah ye wahai tuan dan puan-puan sekalian. Sebab apa? Sebab papa berdiri sebelah kanan aku manakala Encik Bertopeng ni sebelah kiri aku. Dah rancang ke apa ni? mak setia berdiri belakang aku. Huh!

“ Papa… Papa pergi berdua dengan pegawai peribadi papa ni je ke?” Soalku ingin tahu. Kini kami sudah berdiri depan balai pelepasan. Lagi sejam sebelum papa dan dia masuk dalam.

“ Ada seorang lagi. Tengku Arman.”

Dia pun ikut juga? Mestilah. Dah nama pun anak didik.

“ Sofea sembanglah dulu dengan pegawai papa ni. Papa nak ajak mak  kamu pergi makan kejap. Apa-apa nanti call papa.”

See! Dah dua kali papa sengaja tinggalkan kami berdua. Tapi aku tak kisah. Dah terbiasa.

“ Kau nak aku ke Tengku tu pergi?”

Aku toleh ke arahnya dengan kerutan di dahi. Soalan jenis apakah itu?

“ Dua-dua pergi pun bagus. Aman sikit dunia saya.” Ujarku selamba.

“ I’m serious!” Ada nada ketegasan dekat situ. Huh! Kenapa perlu serius ni?

“ Kenapa? Untuk pengetahuan awak, sekarang ni saya tak tahu saya suka siapa. sebab awak berdua ni baik orangnya. Tengku tu.. memang ramai perempuan gilakan dia sebab dia hensem dan baik. Tapi ada juga yang tak suka. Awak? Kenapa? Awak pun nak jadi macam Tengku tu? Nak kahwin dengan saya? Gitu?” Soalku bertalu-talu. Yalah. Soalan dia memang mencabar hati aku nak menjawabnya.

“ Kalau ya? Apa yang kau nak buat?”

Okay! Mata dia tajam merenung aku saat ini. dia sangat serius. 

“ Aku dah lama pendam. Tapi aku nak luahkan sekarang juga. Aku cintakan kau semenjak aku ekori kau dulu. Ermm… Entahlah. Tapi yang pasti aku sayang kau. Full stop!”

Erk! Terlopong aku dibuatnya. What?! Oh My God! Langsung aku tak duga. Encik Bertopeng yang aku tak tahu namanya. Yang tak tahu wajahnya dan tak tahu siapakah dia.

“ Jom kita gerak!”

Aku tersedar apabila papa datang ke arah kami. Papa! Papa penyelamat aku.

“ Eh? Papa! Kata pergi sekali dengan Tengku Arman. Tak tunggu dia ke?”

Papa tersenyum ke arahku kemudian memandang pula ke arah dia. Kenapa? Salahkah apa yang aku tanya tu?

“ Tak perlu. Sebab dia dah ada dekat sini.”

“ Mana? Sofea tak nampak pun?”

“ Aku. Aku Tengku Arman Bin Tengku Arshad.”

Aku terdiam kemudian aku tertawa kecil. papa dan mak hanya tersenyum.

“ Kalau nak tipu pun agak-agak arh wahai Encik Bertopeng. Dahlah. Papa pergilah.”

Selepas salam dengan papa, aku pun mula melangkah. Namun, tiba-tiba saja lenganku yang berlapik itu ditarik. Dan gerangan itu mestilah Encik Bertopeng ni. dah kenapa?

“ Eh? Kenapa ni? Lepaslah! Papa dan mak tengah tengok tu.” Arahku geram.

“ Kenapa? Kau tak percaya kalau aku cakap aku ni Tengku Arman?”

“ Haah! Tapi saya juga ragu-ragu sebab korang ni sama! Tahu sama? Aku syak yang korang ni orang yang sama. Tapi sikap korang berbeza melainkan senyuman korang. Usikan korang. Sama! Atau korang nak buat hati saya ni keliru? Jawablah!” Akhirnya aku melepaskan tempias pada dia. Aku dah tak pedulikan sesiapapun saat ini.

“ Dahla Man. Berhentilah. Kesian Sofea.” Tiba-tiba papa datang dan cakap begitu pada dia. Eh! Apa maksud papa?

“ Sofea.. Papa masuk dulu. Mak kamu tunggu kamu dalam kereta. Man.. nanti kamu menyusul. Jangan lambat sangat. Sofea. Buat keputusan dengan betul ye. Jangan bila dia dah hilang dari depan mata baru kamu nak hargai. Papa masuk dulu.”

Aku terdiam. Aku tak faham apa maksud papa. Erk!

“ Siapa awak? Tell me!” Separuh geram aku mengarahnya. Aku semakin musykil.

“ Yes! I’m Tengku Arman!”

“ Prove it! Prove that you is Tengku Arman!” eloklah tu. sama-sama tinggikan suara. Aku dah sampai tahap yang tak boleh bersabar dah.

“ Okay fine!”

Lantas dia membuang topeng itu ke lantai. Aku yang melihat terkedu. Menggigil terus tangan aku dibuatnya.

“ A..awak? Awak Tengku Arman? What?”

Aku semakin bercelaru. Jadi selama ini aku dipermainkan? Aku punyalah pening kepala nak buat keputusan. Rupa-rupannya mereka orang yang sama? Huh!

“ Saya minta maaf. Saya Cuma nak kenal awak dengan lebih dalam. Kalau saya beritahu pada awak lebih awal. Pasti awak takkan dekat dengan lelaki bertopeng ni kan?”

Terpamer senyuman sinis pada bibirku. Entah kenapa hati aku sakit diperlakukan sebegini.

“ puas? Puas awak buat saya macam ni? Tahniah! Awak berjaya buat saya keliru dengan perasaan saya. Rupanya Tengku Arman dan Encik Bertopeng adalah orang yang sama. Dua-dua amat menyakitkan hati!”

“ Sofea..”

“ Stop! Pergi! Jangan cari saya lagi!”

Terus aku berlari daripada situ dengan seribu kehampaan. Kenapa dia buat aku macam ni? kau tahu tak Encik Bertopeng yang aku dah mula sayangkan kau. Tapi? Argh!!

**

Dua minggu kemudian

“ Lelong! Lelong! Sepasang hanya 5 ringgit Malaysia. Rugi siapa yang tak beli!”

Alhamdulillah! Tak sangka berniaga baju buatan sendiri amat laku. Jual dekat pasar malam pula tu. nasib baik mak aku bagi. Papa? Confirm tak setuju. Tapi dipujuk mak. Terus bagi. Kikiki..

“ Berapa ni?”

“ Lima ringgit je.”

“ Minta kurang tak boleh ke?”

Aku yang sedang leka mengira baju tadi terus mendongak ke arah suara garau yang menawar harga tadi. Amboi dia! Dah cukup murah ni.

“ Mana bo…”

Tapi mulutku terus terkunci saat melihat wajah suara garau tadi. Dan aku terus tak hiraukan dia.

“ Ye makcik? Nak berapa pasang?”

Selepas satu pelanggan pergi. Datang pelanggan lain pula. Hampir pukul 8 malam juga kerja aku baru selesai. Laku! Alhamdulillah. Tapi satu je yang aku tak suka. Dia masih setia berdiri sebelah kedai aku ni. Tak reti-reti penat ke?

“ Jomlah balik. Awak tak penat ke?”

Oh! Tahu pun penat. Ingatkan tak.

“ Ada saya suruh awak tunggu? Tak kan? pergilah balik. datang sini buat semak je.”

Terus aku berlalu ke kereta. Semua barang dah dimasukkan ke dalam kereta. Tinggal nak balik je. fuh! Penat!

“ Aisyah Sofea! Sampai bila awak nak bersikap dingin dekat saya ni? awak tak sayang saya ke? Encik Bertopeng awak ni terlalu rindukan awak lah. Sampai nak tidur pun tak boleh.”

Lembut suaranya pada pendengaranku. Yes! Mula dulu memang aku kesal dan marah dekat dia. Tapi tak sampai ke hari ni. sememangnya aku dah maafkan dia. Cuma.. aku nak dia datang sendiri minta maaf. Dia yang salah.

“ Ada saya kesah?”

Aku buat muka poyo. Aku bersandar pada belakang kereta. Cantik juga pemandangan pada waktu malam ni.

“ Saya tahu awak kisah. Jom kahwin dengan saya?”

“ Crazy!”

“ Yes! Saya memang tengah gilakan awak ni. Awak jelah pengubatnya.”

“ Tak nak!”

“ Tak boleh sebab hati awak tu ada nama saya.”

“ mana awak tahu? Memandai je!”

“ Tahulah. Sebab dekat skrin telefon awak ada gambar saya.”

Huh! Macam mana dia tahu? Aku terus meraba poket aku untuk ambil henset. Tapi? Argh! Tak ada. Ke mana menghilangnya?

“ Di sini!” Dia menggoncangkan hensetku dengan senyuman lebar. Cis! Masa bila dia ambil.

“ Saya tetap tak nak kahwin dengan awak! Awak kejam!” Aku toleh ke arah lain.

“ Yeke? Maaflah. Tapi awak tetap kena kahwin dengan saya sebab saya ni Encik Bertopeng awak. taraa!”

Dia memakai topeng itu semula. Ya Allah. Rindunya aku terhadap Encik Bertopeng ni. Haish! Saja je dia ni kan? tanpa aku sedar, aku tersenyum ke arahnya.

“ ha! Kan cantik bila senyum macam tu. Kita kahwin erk?”

Aku terus ketuk topeng yang dia pakai tu. sampai dia menyerigai kesakitan. Aku tertawa kecil. suka tengok dia sakit macam tu.

“ Itu balasan terhadap orang yang menipu.”

Aku ketuk pula kepala dia dan menarik buang topeng tersebut. Dengan senyuman nakal aku memakai topeng tersebut.

“ Itu balasan apabila buat saya menangis sehari semalam.”

Tok!

“ Ouch!”

“ Itu balasan sebab buat saya rindukan awak setiap hari!” Ceh! Tak guna. Kena balik.

“ Dahlah nak balik!”

“ Kahwin dengan saya?”

“ Tak nak!”

“ Kena juga!”

“ Blahlah!”

“ Yes! Kita kahwin esok!”

“ What?!” Terus aku rentap topeng tersebut. Tapi dia?

“ Hahaha. Terkejut? Saya gurau je lah. Comel je!”

“ Arman!!!”

“ Hahaha!”

Tapi dalam kenakalan dia dan usikan dia. Aku sendiri mengaku yang aku bahagia. Thanks for everything Tengku Arman a.k.a Encik Bertopeng.

~Tamat~







Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers