Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Saturday 24 November 2012

Cerpen : Ku Terima Seadanya


Kali ini saya tampilakn cerpen yang benar-benar simple. Harap enjoy ketika membaca.

"Kau nak apa lagi ha?Belum puas ke hati kau untuk hancurkan hidup aku.Buat aku merana sekarang.Belum puas ke? Kau memang lelaki tak guna! Tak guna! Aku benci kau Nasrul!"

Syamimi bagai dirasuk ketika itu.Perasaannya ketika itu amat bercelaru.
Yang dia tahu dia sangat marah dan bencikan lelaki bernama Nasrul.

"Mimi..." Nasrul cuba untuk menghampiri Syamimi tapi sempat dihalang Nadiya iaitu kakanya.

"Biarkan dia Nas.Biar dia tenangkan fikiran dia dulu." ujar kak Nadiya.

"Pergi Nas. Aku tak mahu tengok muka kau lagi.Walaupun aku sudah jadi isteri kau tapi tak bermakna aku cintakan kau.Dan kau yang menyebabkan aku terpaksa kahwin dengan kau.Atau kau yang telah merancang segalanya pada malam semalam?" tuduh Syamimi dengan keras.

Nasrul tersentak.

"Tak Mimi. Nas langsung tak tahu yang pihak Jais akan datang ke rumah masa tu.Nas tidak merancang semua itu.Percayalah." Nasrul cuba meredakan kemarahan Syamimi tapi masih tidak berhasil.Semua ini salah dia juga.Kalaulah dia tidak memaksa Syamimi masuk ke dalam rumahnya semalam. Lagipun kak Nadiya tiada di rumah.Dia sungguh menyesal.

"Percaya?Kau nak aku percaya? Hei! Lepas apa yang terjadi ni kau nak aku percayakan kau.Dahlah kau hanya mendiamkan diri tanpa memberikan apa-apa alasan lepas tu kau minta kahwin dengan aku. Apa ni Nas? Apa yang kau lakukan?Ha?"

Air mata Syamimi semakin galak menurun.Dia sudah tidak kira sama ada Nasrul ini suamianya atau bukan. Yang pasti dia sudah tak tahan dengan semua ini.Masa depannya bagaikan telah hancur.

"Mimi..."

"Nas...Pergilah!Aku tak mahu tengok muka kau lagi selepas ini walaupun kau sudah sah menjadi suami aku.Tapi kau tahu kan aku tidak rela.Jadi mulai hari ini tolong jangan muncul lagi dihadapan mata aku.Please.." suara Syamimi kembali kendur.

Nasrul memandang sayu ke arah Syamimi.Gadis itu sudah berubah sepenuhnya.Dia bagaikan sudah hilang kewarasan.

"Nas..jom kita balik.Biar Mimi tenang dulu." ajak kak Nadiya.

"maafkan Nas, Mimi."

*****
" akak.."

Syamimi tesedar dari lamunan.Tak sangka dia kembali teringat peristiwa pahit yang berlaku dua tahun lalu.Tapi bila difikir-fikir balik, Syamimi jadi nak ketawa saat teringat kenangan itu.

Yalah.dah macam dalam filem dan drama pula.Macam cerita Adam dan Hawa tu.Cuma yang bezanya Nasrul berani berhadapan dengan dia dan meminta maaf.

" menungkan apa tu kak?" soal Syafikah yang merupakan adik Syamimi.
Syamimi tersenyum hambar.

" tak ada apa-apalah.Dah makan?Ibu dan ayah belum balik dari kebun?" soal Syamimi bagi tidak mengingati lagi peristiwa itu.

"dah.. mereka belum balik.Akak..adik masuk bilik dulu.Nak study."

"yelah.." Syamimi tersenyum melihat susah payah adiknya itu belajar.Lagipun tahun ini dia akan menghadapi SPM.

Syamimi kembali mendongak melihat langit.Dia jadi teringatkan Nasrul.
'Apakah yang terjadi kepadanya sekarang? Adakah dia baik-baik saja.Sudah dua tahun aku tidak berjumpa dengan dia.Kali terakhir aku jumpa pun sebelum aku balik ke kampung.Selepas itu aku sudah tidak ambil tahu pasal dia.'

Syamimi redha. Dia telah pun dapat terima hakikat atas apa yang berlaku sebelum ini.Malah dia masih sah isteri kepada Nasrul.Sebab Nasrul tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dengan memberi nafkah kepadanya setiap bulan.

Orang tuanya pun tidak menyalahkan dia.Malah mereka kata yang itu telah ditakdirkan Tuhan. Jadi dia harus terima.

Bila difikir-fikir balik, dia tidak sepatutnya salahkan seratus peratus kepada Nasrul.Lagipun mereka berdua mangsa keadaan.Dia rasa bersalah sangat terhadap Nasrul.Telah banyak dosa yang telah dia lakukan.Apatah lagi Nasrul itu suaminya.

'Ya Allah..ampunilah dosaku.Hamba sangat menyesal.'

Tiba-tiba sebuah kereta Perodua Wira masuk ke perkarangan rumah.Syamimi jadi terkejut lantas masuk ke dalam rumah untuk menyarungkan tudung.

"Assalamulaikum.."

"Waalaikumussalam.." sahut Syamimi lantas membuka pintu lebih luas.

Saat bertentang mata dengan tetamu,Syamimi jadi kaku.Kemudian matanya teralih pula ke kiri di mana ada seorang lelaki yang sedang duduk dikerusi roda.Dan dia kenal siapa lelaki itu.

"Mimi.." Syamimi melihat kak Nadiya dengan sayu.

Pantas kak Nadiya dipeluk.Sungguh dia berasa amat rindu akan kak Nadiya.Dulu kak Nadiya merupakan kakak angkatnya. Dan kak Nadiyalah yang banyak membantunya.

"kamu apa khabar?"soal kak Nadiya.Syamimi hanya mengangguk lalu tersenyum.

Kemudian matanya teralih melihat Nasrul yang sedang duduk dikerusi roda itu.

"kenapa dengan dia?"soal Syamimi.

Kerusi roda Nasrul ditolak sehingga dihadapan Syamimi.Syamimi memandang Nasrul dengan pandangan sayu.

"dia kemalangan dan mengalami lumpuh." luah Nadiya.

Syamimi tersentak.Wajah Nasrul ditatap.Tak Mungkin!

Nasrul telah banyak berubah dalam dua tahun ini.Dan dia mengalami kemalangan? Ya Allah.

"bila?" soal Syamimi tanpa melihat kak Nadiya.

" sebulan selepas kejadian itu."

Syamimi menekup mulut tanda yang dia tidak percaya atas semua yang berlaku ini.Dulu dia sering salahkan NASRUL atas apa yang telah terjadi.Tapi kini Nasrul lebih teruk daripada apa yang dia alami.

"saya okey.Awak jangan risau.Lagipun saya telah menjalani rawatan."ujar Nasrul sambil tersenyum ceria.Nasrul sudah tidak pedulikan apa yang telah terjadi kepada dirinya kini.Dia tahu ini takdir Tuhan dan cobaan yang harus dia terima.Yang membuat dia gembira adalah dia dapat berjumpa semula dengan gadis yang dia cintai.

Syamimi tidak mampu menahan lagi rasa sebaknya.Air matanya hanya tunggu untuk menitis sahaja.

"erk..masuklah dulu." jemput Syamimi lalu masuk ke dalam rumah.

"duduk dulu kak.Mimi pergi panggil mak."

Pantas Syamimi beredar masuk ke dalam bilik.Dia hamburkan tangisan sepuasnya.Dia rasa sedih dan menyesal apabila melihat keadaan Nasrul.Dia juga dapat lihat riak ceria Nasrul ketika bertembung mata dengannya.Bagaikan tiada masalah.

'Ya Allah..Aku berdosa pada dia.Tapi aku juga tak boleh buang perasaan benci aku sebelum ni. Ya Allah...'

Syamimi mengetap bibir lalu meraup mukanya berkali-kali.Rasa bersalahnya menggunung saat ini.Tak tahu apa yang patut dia lakukan.

Syamimi pantas menyeka air matanya.Sebelum dia keluar dia tarik nafas dalam-dalam.Harap-harap dia boleh bertahan daripada menitiskan air mata dihadapaan Nasrul.


NASRUL jadi berdebar-debar apabila teringatkan tujuannya datang ke sini.
Dia takut kalau Syamimi masih tidak mahu menerimanya.Apatah lagi kini dia mengalami lumpuh.Adakah Syamimi mahu menerimanya semula. Semua itu hanya menjadi persoalan selagi tidak mendapat jawapan daripada mulut Syamimi.

"Assalamulaikum.." muncul Syamimi dengan senyuman.

"Waalaikumussalam.."balas Nadiya dan Nasrul serentak.

"korang berdua berbuallah.Nadiya jom kita ke dapur."

Kemudian ibubapa Syamimi dan kak Nadiya pun berlalu ke dapur.

Memberi peluang kepada mereka berdua bagi menyelesaikan masalah yang sepatutnya diselesaikan pada sebelum ini lagi.

"Mimi sihat?" Nasrul memulakan bicara.Dia merenung wajah Syamimi sedalamnya.Rasa rindunya yang menebal sebelum ini telah pun berkurang selepas berjumpa dengan Syamimi.

"sihat..awak?" Syamimi tidak turut terlepas daripada merenung Nasrul.Nasrul memang telah banyak berubah.Dia makin kurus daripada dua tahun yang lepas.

"Mimi...sebenarnya saya ada satu permintaan.Tapi saya tahu permintaan saya ni melampau. Sebelum tu,saya nak tahu sesuatu daripada awak.Adakah awak pernah mencintai saya?"

Syamimi tersentak. Tak sangka soalan itu yang bakal terkeluar dari mulut Nasrul.

"jawab dengan jujur Mimi.Saya tak mahu awak bohong hanya kerana keadaan saya sekarang." pohon Nasrul.

Syamimi mengetap bibir.Dia perlu berterus terang.Lagipun dia sudah terlalu

banyak menanggung seksa kerana Nasrul.Tapi dia juga sedar yang Nasrul tidak bersalah.Mereka berdua hanya mangsa keadaan.

"Nas..saya mengaku yang saya pernah cintakan awak."luah Syamimi.Air matanya mengalir tanpa dipinta.

Nasrul mengucap syukur dihati.Tak sangka Syamimi pernah mencintainya.

"Jadi apa permintaan awak?"soal Syamimi dengan penuh debaran.Dia takut kalau Nasrul meminta cerai sebab dia tak sanggup ingin berpisah dengan Nasrul.Apatah lagi dalam keadaan Nasrul sebegini.Dia bukannya berpisah sebab kasihan tapi dia rasakan sudah tiba masanya dia menebus kesalahannya sebelum ini.

"sudikah awak kembali kepada saya? Adakah awak sudi bersama saya semula walaupun keadaan saya begini?" soal Nasrul dengan nada mengharap.

Syamimi tergamam.Tak sangka yang dia salah sangka.Dia ingatkan Nasrul ingin meminta cerai.Tapi lain pula yang dia dengar.Tapi dia masih belum mampu untuk bersama dengan Nasrul.Dia masih perlukan waktu.Ingin cuba melupakan apa yang patut dilupakan.

"Nas...saya tak tahu nak kata macam mana.Boleh awak beri saya waktu untuk fikir? Tapi awak jangan salah faham, itu tak bermakna saya akan tolak awak cuma saya perlu waktu." jelas Syamimi agar Nasrul lebih memahaminya ketika ini.

Nasrul tersenyum tapi senyumannya agar hambar.Dia tahu Syamimi perlukan waktu untuk berfikir. Tambahan pula dalam keadaan dia begini.Pasti Syamimi perlu berfikir masak-masak.

"Baiklah..saya tetap akan tunggu awak sampai bila-bila Mimi.Saya benar-benar sayangkan awak. Kalau boleh saya harap awak dapat kembali ke sisi saya walaupun keadaan saya tidak seperti lelaki lain." lirih suara Nasrul.

Syamimi terkedu.Dia digamit rasa bersalah.Tapi dia takkan ubah keputusannya pada saat ini.

****
Syamimi kini mampu ukir senyuman bahagia buat dirinya.Dia telah pun buat keputusan.


Setelah bersusah payah mencari jawapan melalui solat istikharah,sYAMIMI telah mendapat
jawapannya.

Dan kini dia sedang berhadapan dengan Nasrul dihalaman rumahnya.Dia yang mengambil keputusan untuk ke rumahnya.Sudah hampir 2 tahun dia tidak menjejak kaki ke sini.Tapi hari ini dia kembali menjejak kaki ke sini.

"Nas.." sYAmimi menatap wajah yang suci itu.Tenang hatinya apabila memandang wajahnya.

"ya.." Nasrul menjadi berdebar akan jawapan yang bakal diterimanya nanti.Adakah Syamimi masih mahu menerimanya.

"dengan izin Allah dan atas solat istikharah yang saya lakukan, saya terima permintaan awak. Saya sudi kembali bersama dengan awak Nas." dengan satu nafas saja Syamimi meluahkannya.

Syamimi mengukir senyuman yang paling manis kepada Nasrul.

Setelah dua tahun,akhirnya dia dapat mengukir senyuman yang paling manis.Mungkin akibat peristiwa itu,dia menjadi susah nak senyum.apatah lagi dihadapan lelaki.

Nasrul memandang Syamimi tanpa berkelip.Macam tak percaya saja apa yang dia dengar tadi. Macam dalam mimpi.Tapi itu yang dia harapkan selama ini.Sudah terlalu lama dia menunggu saat ini.Alhamdulilah...

"Nas,kita lupakanlah apa yang telah terjadi sebelum.Kita mulakan hidup baru dengan redha  Allah. ya? Saya tak mahu lagi kalau kita ungkit kenangan silam tu.Dan saya nak awak tahu yang saya ikhlas terima awak.Bukan kerana keadaan awak tapi kerana saya kembali mula mencintai awak.Walaupun rasa itu telah terhakis sebelum ni,tapi ia datang kembali selepas saya  asyik teringatkan awak." jelas Syamimi.

"Nas..awak jangan asyik salahkan diri awak atas apa yang berlaku sebelum ni.

Semua yang berlaku sebelm ni ada hikmahnya.Ya saya tahu yang saya banyak salahkan awak sebelum ni dan banyak berdosa terhadap awak.Tapi saya mohon dan saya minta maaf."

Syamimi melangkah ke Nasrul dan melutut di hadapannya.

Nasrul yang terkejut itu segera menggeleng.

"Mimi..janganlah macam ni.Saya telah pun maafkan awak dan awak sama sekali tak salah."

Nasrul cuba ingin menghalang Syamimi daripada melutut,.Tapi semuanya sia-sia.

"Nas..Mimi minta ampun minta maaf.Mimi banyak buat salah.Mimi asyik tuduh Nas yang bukan-bukan.Mimi tahu Nas suami Mimi tapi Mimi abaikan.Maafkan Mimi."

Air mata Syamimi mengalir turun.Tangannya menggenggam erat tangan Nasrul.Dia sungguh menyesal memperlakukan Nasrul sebegitu sebelum ini.Sedangkan Nasrul telah sah menjadi suaminya.

"Mimi..bangun." arah Nasrul.

Dengan perlahan Syamimi bangun daripada melutut.Air matanya diseka tangan kasar Nasrul.

"Mimi..Nas tak pernah pun sekali salahkan Mimi.Nas tahu Mimi terseksa masa tu.

Nasrul faham.Dan Nas telah maafkan Mimi.Mimi dah tak ada salah terhadap Nas.Tapi satu
je Mimi masih bersalah terhadap Nas."

Syamimi mengerutkan dahi.

"apa?" Nasrul tersenyum.

"Mimi lupa nak panggil Nas dengan panggilan 'abang'.Kan kita dah kahwin." usik Nasrul.

Syamimi tersipu malu.Tangan Nasrul dicubitnya.

"orang tengah sedih,dia nak buat lawak pula." geram Syamimi.

Nasrul tergelak kecil.Suka tengok wajah malu Syamimi.Sudah lama dia merindui wajah itu.

"Mimi..Nas cintakan Mimi." ucap Nasrul romantik.Matanya redup memandang Syamimi.
Syamimi tersenyum.

"Mimi pun..InsyaAllah kasih kita akan berkekalan hingga ke akhir hayat."

"Amin..."

****
" Helo..."

"Aku nak jumpa kau Mimi."Syamimi mengerutkan dahi.Nombor yang tidak dikenali telah
menelefonnya dan mengatakan dia ingin berjumpa. Tak ke pelik? Lagipun bukannya kenal.

"Awak ni siapa ya?" soal Syamimi inginkan maklumat lebih lanjut.

"Kau tak perlu tahu.Aku nak lagi 10 minit kau sudah berada direstoran Zubaidah.Aku tunggu kau di sana."

Belum sempat Syamimi ingin bertanya lebih lanjut, talian dimatikan.

'Siapa pula ni? Nak pergi ke tak?'

Tiba-tiba dia dipeluk daripada belakang.

"kenapa ni?" Syamimi tersenyum lalu meleraikan pelukan.

" tak ada apa-apa lah. Erk..abang.. Mimi nak minta izin nak keluar sekejap. Boleh?"

Pinta Syamimi sambil mengenggam tangan Nasrul.

Kini Nasrul boleh berjalan sedikit demi sedikit. Ini berkat usaha mereka berdua.

Kalau Syamimi tidak memaksa Nasrul menjalani rawatan, mungkin sampai sekarang Nasrul masih belum boleh berjalan.

" pergi mana?" soal Nasrul pelik.

" ala...abang tak perlu tahu. Lagipun kejap je. Bolehlah.." pujuk Syamimi dengan manja.

Selepas berkira-kira, akhinya Nasrul mengangguk tanda setuju..

"yeay...sayang abang. Mimi pergi siap dulu ye.."

Nasrul hanya tersenyum akan keletah isterinya. Kehidupan dia kini makin ceria dengan adanya Syamimi disisinya. Tambahan pula isterinya itu sedang mengandungkan anaknya. Dia sangat bersyukur apa yang dia dapat kini.

****
Syamimi tercari-cari siapa yang ingin berjumpa dengannya.Tapi tidak dijumpai.

Puas mencari, dia menelefon nombor yang tidak dikenali itu.

"Helo...awak di mana? Saya dah sampai."

" Kau cari orang yang sedang memegang telefon." Syamimi memerhati sekeliling.

Akhirnya jumpa juga. Dengan perlahan Syamimi melangkah ke arah seorang gadis yang boleh tahan cantik juga.

" Hai... awak nak jumpa saya buat apa?" soal Syamimi terus terang.

Tiba-tiba tangan Syamimi digenggam. Gadis itu turut mengalirkan air mata. Melihatkan gadis itu, Syamimi jadi pelik.

"kenapa ni?" soal Syamimi.

" Maafkan aku. Aku yang menyebabkan semua itu terjadi. Aku yang pasang perangkap itu. Aku yang menyebabkan korang berdua ditangkap khalwat. Maafkan aku. Dan aku juga yang menyebabkan Nasrul lumpuh. Maafkan aku."

Syamimi tercengang akan apa yang dia dengari sebentar tadi.

" Aku dengki kat kau masa tu sebab Nasrul tak mahukan aku. Jadi aku pasang perangkap."

"Dan kemalangan itu pun aku penyebabnya. Aku yang menyebabkan Nasrul lumpuh sebab aku amat kecewa dengan dia. Maafkan aku Mimi." pohon gadis itu lagi sambil menitiskan air mata.

Dengan perlahan Syamimi melepaskan genggaman tangannya. Dia merenung gadis di hadapannya dengan pandangan yang dia sendiri pun tak pasti. Apa yang pasti, dia tidak marahkan gadis itu malah kasihan. Mungkin dia sudah dapat terima hakikat yang semua ini takdir mereka.

" awak...saya tahu sepatutnya saya sangat marahkan awak saat ini.

Tapi yang pelik saya sudah tak rasa semua itu. Saya jadi kasihan dekat awak." Gadis itu tersentak.

Syamimi tersenyum lalu kembali menggengam tangan gadis itu.

" Kalau boleh saya nak lupakan semua itu. Saya tak mahu ingat lagi.

Dan awak pun mesti lupakan soal itu. Kalau benar awak rasa bersalah sangat. Bertaubatlah. Pinta ampun daripada Allah. Yang pasti kami sudah lama maafkan awak. Percayalah.." ujar Syamimi tenang.

Hati dia kini lebih tenang daripada sebelum ini.

" saya harap awak ambil kata-kata saya sebagai pedoman. Dan terima kasih

kerana berani luahkan segalanya. Maaf saya terpaksa pergi dulu."

Belum sempat Syamimi melangkah, tangannya digapai.

" terima kasih kerana sudi memaafkan aku." Syamimi tersenyum ikhlas. Dia hanya mengangguk lalu melangkah pergi.

'Terima kasih Tuhan kerana kau tunjukkan kebenaran. Tapi aku tak pernah menyesal akan jalan yang aku pilih ini. Terima kasih Tuhan.'

****
"Cepat balik.." Teguran Nasrul buat Syamimi tersenyum. Pantas dia mendapatkan Nasrul.

" abang..terima kasih atas segalanya." ucap Syamimi lalu memeluk suaminya.

" Kenapa ni?" Syamimi tidak hiraukan soalan Nasrul malah tersenyum gembira.

" Tapi apa-apa pun abang yang patut ucapkan terima kasih kerana sudi terima abang.


Lagipun tak lama lagi keluarga kita akan menjadi lengkap."

Pelukan dileraikan.

"ya..dan apa yang terjadi sebelum ini ada hikmahnya kan bang?" Nasrul hanya mengangguk.

"ya.. Dan kita patut ucapkan terima kasih kepada Dia. Kalau Allah tidak memberi ujian ini,kita pasti tak tahu yang kita berdua ni sebenarnya ada jodoh."

Syamimi tersenyum.

'Alhamdulilah.'

" Argh!" Sengaja Syamimi menjerit kesakitan sambil menyentuh perutnya.

" Kenapa ni?" Nasrul cemas. Syamimi tersengih.

" saja!" Pantas Syamimi melangkah ke atas.

" MIMI!"

~Tamat~

P/S: Memang banyak dah cerpen yg  fesyen kena tgkap khlawat ni..Tapi ini versi saya.. ^^

3 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers