Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 23 November 2012

Mimpi Yang Sempurna bab 2



Afiq Affandi berkeliaran di sekitar kawasan sekolah seorang diri.Walaupun sudah seminggu berlalu sejak dia berpindah ke sekolah tersebut tapi dia masih belum menghafal kedudukan tempat-tempat seperti tandas dan kantin.

Pelajar perempuan pra-u yang sedang melepak di taman menyedari kehadiran lelaki hensem di kawasan itu terus menerkam pada Afiq.Tiga orang pelajar perempuan ini,Natasya,Damia dan Alya sangat terkenal dengan sikap kecoh dan kepoh mereka.

Pergilah ke mana saja,tanya apa saja,mereka pasti ada dimana dan jawapan yang diberikan pasti gempak.Selalu orang panggil diorang macam mereka ni ‘Internet bergerak’,seluruh Malaysia ada informasi terkini.

“Afiq,apa yang kau buat kat sini?” Natasya memeluk lengan Afiq membuat Afiq sedikit terkejut.

“Aku kenal korang ke?” Afiq memandang pagi Natasya dengan dahinya berkerut.

“Kenal ke tidak,kau kena hormat kami.Kami ni senior kat sini tau” beritahu Alya.Damia meletakkan tangannya pada bahu Afiq.Dia melemparkan senyuman menggoda namun tidak diperdulikan oleh lelaki itu.Sungguh dingin perlakuannya.

“Jadi korang ni orang tua la.Baiklah,aku faham.Ok,sekarang lepaskan aku mak cik”

“Setakat beza setahun tu pun nak guna gelaran tu.Aku boleh jadi girlfriend kau lah”

“Aku tak mahu pun.Lepaskan aku sekarang mak cik” marah Afiq Affandi,dia sebenarnya tidak mahu menggunakan kekerasan.

Habislah nanti kalau dia meronta-ronta, ketika belajar di Jepun,dia pernah mewakili sekolahnya dalam perlawanan ragbi.Tahukan macam mana pemain ragbi buat kalau ada orang kacau dia nak bawa bola?

“Wei,korang buat apa?” Ashraf,si ketua pengawas datang.Ashraf merenung tajam pada Afiq Affandi.Disebabkan lelaki itu,dia terpaksa berlari-lari ke hulu dan ke hilir.

“Sekarang ni waktu pembelajaran,apa yang budak baru buat kat sini?”soalnya pada Afiq.Afiq dilepaskan oleh tiga orang pelajar pra-u itu.

“Aku nak pergi tandas tadi tapi sekarang dah terbantut pula hasrat tu”

“Jomlah aku tunjukkan”

“Tak payah la.Tunjukkan aku dimana letaknya kelas 5 Arif” Afiq berdiri di sebelah Ashraf lalu dia mengikut Ashraf dari belakang.

Afiq tidak sengaja menjatuhkan dompetnya namun ada seorang pelajar yang tolong mengutipkan dompetnya itu.

“Adik!” kebetulan berada di situ,Sarah mengambil dompet Afiq.Afiq memusingkan badannya mengadap Sarah.

Pertama kali bertentangan mata secara rawak membuatkan jantung Sarah berdegup pantas. Lelaki ini! Sarah menjerit dalam hatinya.

“Awak ni yang bertanyakan tandas pada saya semalam bukan?” soal Sarah.Ketika itu semua pelajar pra-u yang sedang melepak di taman memandang pada Sarah dan Afiq.

“saya kenal awak ke?” soal Afiq,riaknya tenang tidak seperti dia memandang pada Natasya,Damia dan Alya.Kini,dia memandang pada gadis cantik yang memiliki raung wajah yang manis bak bidadari.

“Tak lah,kebetulan je semalam kita berjumpa”jawab Sarah sambil menghulurkan dompet kepada Afiq.Dompet itu bertukar tangan,secara tidak sengaja Afiq tersentuh tangan Sarah.Dia pula yang gabra lebih.

“Eh,tak perasan pula saya!” Afiq tersengih mengalahkan kerang busuk namun bagi tatapan para gadis semestinya dia teramatlah sangat tampan.

Mana tidaknya, mukanya kecil dan berbentuk ‘V’, rambutnya merah kehitaman dan berkulit cerah, Afiq merupakan pelajar pertukaran dari negara matahari iaitu Jepun.Khabarnya ayah Afiq Affandi merupakan pemilik sebuah perniagaan yang terbesar dan mempunyai banyak cawangan di seluruh negara.

“Pelajar baru ke?” kini perbualan mereka lebih terbuka.

“Semua orang macam dah tahu je.Tak usahlah tanya lagi.Lagipun, kan ada ‘Internet bergerak’ kat sini” jawapan yang diberikan Afiq membuatkan Sarah berasa geli hati.

“Kalau ada apa-apa pertolongan jangan segan-segan panggil saya.Saya Qaseh Qhaisarah dari pra-u”

“Saya Afiq Affandi,pelajar tingkatan lima” beritahu Afiq.Dia tersenyum manis. Sarah hampir menjerit kerana terkejut dan gembira apabila Afiq senyum padanya.

“Memandangkan awak dah cakap macam tu,saya anggap awak tak kisah la tunjuk-tunjukkan saya kawasan sekolah ni pada waktu balik nanti”

“Erkk.......” Balik nanti abang datang jemput....

“Baiklah” sahut Sarah selepas berfikir beberapa saat.Biar abang rasakan, semalam dia tidak datang jemput aku ,biar hari ini dia yang tunggu aku macam suami mati isteri.Hehehe.....

“AFIQ” Ashraf kembali ke taman apabila sedar Afiq tiada dibelakangnya.Boleh jadi betul kawan aku ni, sejak tadi aku duk bersembang entah dengan siapa.Rupa-rupanya dia duduk kat sini mengorat kak Sarah pula.

“Thanks, saya pergi dulu” Afiq cepat-cepat mengucapkan salam perpisahan,dia berlari-lari anak menuju ke koridor kelas.

Jumpa petang ni putera idamanku.Kyyaaa,gatalnya aku!! Ya TUHAN,tolong sedarkan aku semula anganan tidak munasabahku ini.

Jam berdetik dan masa berlalu,loceng berbunyi serentak itu semua pelajar riuh rendah meninggalkan perkarangan sekolah.

“Balik rumah nanti nak buat apa ya? Aku nak buat kerja rumah,mandi,makan,tengok TV,on facebook......”

“Sekarang kau nak buat apa?”soal seorang lelaki.

“Sekarang aku penat gila,aku nak balik tidur”

“Begitu.....” suara lelaki itu terus mengiringi Sarah.
Daripada tadi aku duk tanya,ada saja yang menjawap tapi........

“Eh,awak!!!!!!!” Sarah tidak perasan Afiq Affandi sedang berdiri disebelahnya sejak dari tadi.Afiq memandang dingin pada Sarah.

 “awak lupa ke apa yang awak dah janji tadi?”

“Mana ada saya lupa” Sarah cuba coverline tapi tidak berjaya.Afiq Affandi merenungnya seperti singa kelaparan.

“Apa yang awak buat kat sini?”
Afiq Affandi hanya mendiamkan diri,dia memandang ke kanan dan kiri lalu menunjukkan sebuah kereta yang diparking di tepi jalan.

“Abang awak kan,pergi lah”

“Awak kenal abang saya?”

“Tak pun tapi sejak dari tadi lelaki tu duk melilau kat kawasan sekolah bertanyakan tentang adiknya”

“Yakah. Tapi macammana dengan awak?”

“Saya nak ronda-ronda kat sekolah ni.Tak payah awak risau pasal saya,takkan sesat punya.Lagipun sekolah ni tak besar pun”

“Ya ke? Cakap besar pulak” Sarah mengusik.
Afiq tersenyum pula.Dia baru mengenali Qaseh Qhaisarah tapi mengapa dia merasakan lebih lega selepas berbual sepatah dengan gadis itu.

“Saya pergi dulu.Minta maaflah sebab tak dapat teman awak”

“Tak pe.Jumpa lagi”

Nak jumpa aku lagi ke? Sarah memandang pada Afiq Affandi,dia tidak mengerti mengapa lelaki itu melayaninya dengan begitu mesra.Bahkan ramai pelajar yang menyatakan pelajar pertukaran dari Jepun itu seorang yang sombong tapi mengikut kes aku,Afiq teramatlah mesra dan baik hati.

“Memanglah,setiap hari mulai sekarang awak akan berjumpa dengan saya.Kitakan belajar di sekolah yang sama” Sarah melambai pada Afiq.

Afiq sekadar berdiri di tepi jalan.Selepas Sarah masuk ke dalam kereta,Afiq masih lagi berdiri di situ.Kata-kata Sarah yang terakhir terngiang-ngiang di benak fikirannya.

Lengannya yang lebam diusap perlahan,ketika dua masa terakhir dia terlibat dalam pergaduhan dengan empat orang pelajar tingkatan lima di dalam tandas.

Alasannya hanyalah disebabkan Afiq tidak mahu mengikut arahan pelajar lama itu dan disangka sombong, kerana itu empat orang pelajar itu memukul Afiq.Kes ini dirahsiakan dari guru dan hanya diuruskan oleh ketua pengawas,siapa lagi kalau bukan Ashraf.

“Anak orang kaya buat apa kat sekolah biasa ni,pergilah!!” suara lelaki yang menyerangnya d taman itu membuatkan dia berasa sakit hati.

Sabarlah Afiq, sekolah ini akan tetap menjadi rumah kedua kau kerana disini duduknya harapan, Qaseh Qhaisarah.....

~Bersambung~

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers