Aku berada dalam perjalanan untuk pulang ke UITM. Selama dua hari aku berada di hospital bagi menemani ayah. Hari ini aku terpaksa pulang ke U. aku tidak boleh selalu ponteng. Lagipun tak lama lagi akan ada exam. Aku harus bersedia dari segi mental dan fizikal.
Walaupun aku berada
berjauhan daripada ayah. Aku akan sentiasa mendoakannya. Tiada apa yang dapat
menghalangku untuk terus menyayangi ayah dan semoga ayah cepat sedar.
“ awak ok?” aku tersedar
dari lamunan. Aku balik ke U dengan menaiki kereta Aidil. Aku balik bersama
dengannya. Ini pun atas suruhan mak.
“ saya ok. Awak jangan
risau.” Balasku sambil tersenyum.
“ baguslah kalau begitu.
Awak jangan risau. Setiap hujung minggu kita akan balik melawat ayah awak.
Lagipun tinggal seminggu lebih je lagi kita nak bertunang.” Aku tersentak.
“ yeke.. cepatnya masa
berlalu. Tak sedar pula tak lama lagi kita akan bertunang.” Ujarku tenang.
“ tula kan..” aku tersenyum.
“ awak masih ingat tak
pertama kali kita berjumpa?” soalnya dan buat aku tersenyum.
“ mestilah ingat. Walaupun
sudah lama saya tetap akan ingat sampai bila-bila. Itu merupakan kenangan
terindah saya. Awak ingat?” dia mengangguk.
“ walaupun dah 9 tahun
perkara itu berlalu. Tapi ia masih segar dalam fikiran saya ni.”
“ betul tu. Tapi saya tak
sangka pula yang awak sukakan saya. Itu pun dah terlambat. Kenapa lambat sangat
saya tahu ya… selepas 3 tahun baru saya tahu. Kenapa?” aku melihat dari
sisinya.
“ ingat senang ke nak
luahkan.” Aku tersengih.
“ yeke.. jadi ejekan dari
Taufiq itu betul atau dia yang mereka-reka?” soalku meminta kepastian.
Taufiq juga merupakan kawan
aku dan Aidil. Dulu dia yang paling suka menyakat aku dan Aidil. Kadang-kadang
tu aku memang geram dengan dia. Tapi kadang-kadang tu dia buat aku suka kerana
kalau dia tidak datang ke sekolah. Kelas kami tidak begitu meriah.
“ mula-mula tu dia memang
mereka-reka. Tapi selepas itu betul.” Aku membulatkan mata.
“ dia tahu?” Aidil
tersengih.
“ maaf. Terbongkar saat saya
terlalu leka memerhati awak. Tapi saya tak tahu pula yang Taufiq boleh
perasan.” Aku mencebik.
“ yelatu. Sebut pasal Taufiq
ni kan… dia apa khabar agaknya. Sekarang dia belajar di mana?” soalku ingin
tahu. Lama juga tidak mendengar berita dia.
“ saya pun kurang pasti.
Selepas habis je sekolah kami ikut haluan masing-masing. Kali terakhir saya
jumpa dia di sekolah lama.” Aku hanya mengangguk.
“ kenapa? Rindu ke?” aku
tersengih.
“ rindu? Bolehlah., tapi tak
boleh banyak-banyak. Takut yang sebelah ni cemburu.” Ujarku separuh mengusik.
“ takkan lah yang sebelah ni
nak cemburu. Kan Taufiq tu kawan kita juga.” Aku tersenyum.
Dadaku tiba-tiba rasa sebak.
Aku tak tahu kenapa. Tapi macam ada perkara yang telah berlaku.
Apakah mengenai ayah? Ya Allah. Selamatkanlah ayahku. Sembuhkanlah dia. Aku mohon ya Allah.
*****
“ Opocot!”
Ya Allah. Tengok sampai aku
terlatah. Suka sangat buat aku terkejut. Siapa punya angkara ni. Siapa yang
tiba-tiba sentuh bahu aku ni. Dahlah aku tengah kyusyuk ni. Haih.. memang nak
kena ni. Nasib aku tak terlatah kuat. Yalah aku berada dalam perpustakaan tu.
“ siapa?” soalku perlahan
tanpa menoleh ke belakang. Pandanganku masih tertera di buku. Malas nak ambil
tahu tapi aku Tanya juga.
“ sampai terlatah ya.
Hehe..” suara itu seperti ku kenal. Aku pantas menoleh dan mencebik.
“ kau ni memang suka sangat
buat aku terlatah dan kalau aku dapat sakit jantung betul-betul. Siapa susah?
Kau juga.” Ucapku sayu. Iffah ni kalau tak terkejutkan aku sehari tak sah lah.
“ ala..maaf. aku tak berani
nak tegur sebab kau terlalu khusyuk sangat aku tengok. Jadi aku sentuhlah bahu
kau. Sorry erk..” aku mencebir bibir.
“ nop.. kali ni perbuatan
kamu tidak boleh dimaafkan. Harap maklum.” Ujarku tegas. Tapi masih dalam nada
terkawal. Takut menganggu pelajar lain.
“ ala… oklah. Lain kali aku
tak buat lagi. Aku janji.” Aku masih berdiam diri. Masih leka dengan buku.
“ payahlah kau ni. Tapi tak
apalah. Kalau kau tak nak tahu. Aku balik je lah.” Kedengaran ucapan dia yang cuba berjauh hati denganku. Perkara apa pula
tu.
“ kalau kau nak beritahu.
Beritahu jelah. Kalau tak nak tak usah. Aku pun malas nak ambil tahu. Lagipun
nak exam ni.” Ujarku sambil menyelak buku.
“ Misya…” panggilnya geram
tapi sangat perlahan. Hehe… tahu pun marah.
“ beritahu je..” suruhku
tanpa menoleh ke arahnya.
“ kau ni lah. Yelah. Tadi
kawan kau yang lelaki tu. Apa nama dia. Shah..Shah…” aku tersentak lantas
menoleh ke arahnya.
“ Zaim. Kenapa?” aku ingat
aku takkan dengar dah nama dia. Yalah semenjak aku berjumpa dia di perpustakaan
tu. Hubungan kami sebagai kawan semakin renggang. Kami ni bagai orang asing.
Tapi biarlah.
“ ha Zaim. Kenapa macam aku
pernah jumpa dia sebelum ni.” Aku menjongket kening.
“ perasaan kau je tu.” Aku
kembali melihat buku.
“ entahlah. Tapi yang aku
pelik, dia suruh aku sampaikan salam kepada kau. Dia kenal aku ke?” aku
tersentak lagi.
“ kirim salam? Macam tu?”
Iffah hanya mengangguk.
“ waalaikumussalam. Kenallah
sebab aku yang perkenalkan. Dari jauh.” Jelasku.
“ ohh… patutlah. Tapi kan
Zaim tu…”
“ kenapa..” pintasku..
“ erk…tak de apa-apa..” aku
pandang Ifah pelik. Apa dia ni. Alah.. biarlah..
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment