Akhirnya.. sudah muncul pun.. Harap enjoy baca sampai habis ^^
“abang di mana ni? Sarah dah lama tunggu.”
“ maaf Sarah. Abang ada
mesyuarat sikit ni. Sarah balik dulu ya.” Sarah mendengus geram.
“ abang ni suka buat Sarah
marah. Dah tahu sibuk lain kali tak usah janji segala. Buat orang sakit hati
je.”
Pantas telefon di tutup.
Rasa sebal di hati apabila abangnya tidak dapat mengambilnya di sekolah.
“ Argh! Aku nak balik naik
apa ni? Bas? Lambat lagi kena tunggu jawabnya. Haish…”
Sarah menuju ke perhentian
bas seorang diri. Hanya dirinya yang berada di situ. Semua rakannya sudah balik
ke rumah.
Sarah merupakan pelajar
pra-u di sekolah Taman Murni. Memandangkan beberapa bulan saja lagi dia akan
mengambil STPM. Dia belajar bersungguh-sungguh bagi tidak menghampakan harapan
keluarga.
Sarah mengeluh hampa apabila
mengingatkan kembali janji abangnya semalam. Sebalnya di hati. lain kali kalau
dah tahu kerja tu banyak. Tak payahlah janji segala. Bencinya dengan abang ni.
Haih… nasib badan.
“ maaf dik…” Sarah
tersentak.
Dia menoleh ke kiri.
Ternyata ada seorang lelaki.
“ ye…” sahut Sarah.
“ awak ni Qaseh Qhaisarah?”
Sarah tersentak lagi. Macam mana dia boleh tahu nama aku? Sedangkan aku tak
pernah kenal pun dengan mamat ni.
“ erk… awak ni siapa?” soal
Sarah ragu-ragu.
“ maaf jika buat awak
terkejut. Saya Mikail kawan abang awak. Dia suruh jemput awak. Lagipun dia
tengah sibuk sekarang.” Jelas Mikail dengan senyuman.
“ sampai suruh orang jemput
segala. Tengoklah balik nanti..” monolog Sarah dalam hati.
“ awak tak kisah ke jemput
saya?” soal Sarah.
“ taklah. Lagipun saya pun
tengah free. Jomlah…” Sarah tersenyum.
Sampai saja di hadapan
kereta perodua Viva, mereka berdua pun masuk ke dalam perut kereta.
“ dah bersedia ke untuk STPM
nanti?” soal Mikail yang tengah memandu.
Sarah yang asyik mengelamun
tersedar.
“ erk..ha? apa yang awak
Tanya tadi?” soal Sarah bersahaja. Kacau mood aku je dia ni. Haih…
“ saya Tanya sudah bersedia
ke untuk menghadapi STPM nanti?”
“ oh.. Alhamdulilah. Lagi 30
peratus je yang belum bersedia.”
“ baguslah kalau begitu.”
Sarah menoleh ke luar tingkap.
Tiba-tiba dia teringat kepada seorang jejaka yang telah menarik perhatiannya
semenjak kali pertama berjumpa di Mall semalam.
“ maaf? Erk… di mana
terletaknya tandas? Tahu tak?” soal seorang jejaka kepada Sarah.
“ erk… awak jalan terus.
Lepas tu awak Nampak papan tanda ke tandas and then belok kiri. Awak jumpalah.”
Jelas Sarah sambil menunjukkan arah.
“ terima kasih awak..” ucap
jejaka itu kepada Sarah. Sarah hanya tersenyum.
Sarah masih melihat jejaka
itu walaupun jejaka itu telah pergi. Kenapa dengan aku ni? Apasal tiba-tiba je
pandang jejaka tu macam tak pernah tengok. Hensem ke? Boleh tahan lah.
Sarah tersenyum malu. Sampai
ke situ aku terfikir tentang dia. Agaknya siapa dia ya.
*****
“ Sarah dah balik.”
Terus Sarah bergerak naik ke
bilik tanpa berjumpa Puan Marlia iaitu mamanya terlebih dahulu.
“ Aik…pe hal dengan Sarah
tu. Moody semacam je..” Puan Marlia naik pelik. Jadi dia mengambil peluang naik
ke atas dan bertanya sendiri ke Sarah.
Dengan perlahan pintu bilik
Sarah di kuak.
“ eh? Mama..” Sarah bangun
duduk dan tersenyum ke arah mamanya.
“ anak mama ni kenapa?”
Sarah senyum hambar.
“ cuba beritahu mama.” Sarah
mengeluh perlahan.
“ abang lah. Mama Tanya
sendiri kat bang. malas Sarah nak bahaskan soal itu. Buat sakit hati je.”
Ujar
Sarah geram.
Puan Marlia tersenyum lalu
mengusap perlahan rambut anaknya yang makin panjang itu.
“ sabar sayang. Mama tak
tahu apa-apa tapi kamu bincanglah elok-elok. Tak baik kalau naik angin macam
ni.” Pesan Puan MArlia.
Sarah senyum lalu menyandar
di bahu mamanya. Sarah sangat manja dengan mamanya. Tapi dia matang dalam
menguruskan hal sendiri.
“ mama… Sarah nak makan.
Lapar..” Sarah mengusap perutnya lalu tersengih memandang mamanya.
“ tulah. Tadi merajuk
sangat. Dah.. jom turun. Mama dah siapkan makanan.”
“ Yeay.. sayang mama..”
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment