“ Misya… kamu dari mana?”
soal mak.
“ oh.. kamu pun ada Aidil.”
“ ya makcik.. maaf jika saya
sampai lambat.” Mak tersenyum dan memandangku.
“ Misya tak beritahu kamu
ke?”
“ tak..itu pun saya tahu
melalui kawan dia.” Mak menjelingku. Aku buat muka selamba. Dalam hati ni dah
kecut semacam bila tengok muka mak yang geram tu.
“ Misya…”
“ maaf…” ucapku lalu
tersenyum palsu.
“ maafkan Misya ya Aidil.
Dia memang macam tu. Dia tak suka kalau beritahu orang hal peribadi dia. Takut
menyusahkan orang.” Aku hanya berdiam diri. Apa yang mak cakap tu memang betul.
“ saya tak ambil hati pun
makcik. Biasalah tu.” Ucap Aidil sambil tersenyum.
“ mak..ada perkembangan tak
tentang keadaan ayah?” soalku. Mak tersenyum hambar.
“ macam tu juga Misya. Kata
doktor, kemungkinan besar ayah kamu akan berada dalam koma.” Aku tersentak.
“ kenapa boleh jadi macam
tu?” soalku perlahan.
“ mak tak tahu. Yang penting
kamu kena bawa bersabar sayang. Ini semua ujian untuk kamu.” Aku
terdiam dan
berjalan ke arah kerusi.
“ awak…sabar ya..” pesan
Aidil. Aku hanya tersenyum.
Aku akan cuba bersabar dan
lebih redha akan semua ini.
“ Aidil… macam mana dengan
hal pertunangan kamu tu. Semua dah sedia ke?” soal mak tiba-tiba.
Aku masih berdiam diri dan
asyik memandang ke bawah. Memandang lantai.
“ Alhamdulilah makcik. Semua
dah sedia dan segalanya sudah diuruskan oleh ibu saya. Cuma tunggu tarikh je
lagi.”
“ lagi dua minggu kan?”
“ ya makcik.”
“ makcik harap kamu dapat
jaga anak makcik tu sebaik mungkin.”aku mendongak saat mendengar suara mak yang
sayu itu.
“ mak…”
“ jangan risau makcik. Saya
akan menjaganya seperti saya menjaga diri sendiri. Kecualilah saya pergi dulu
sebelum dia.” Aku tersentak lalu melihatnya.
“ awak..” dia hanya
tersenyum. Jantungku pantas berdegup kencang.
“ baguslah kalau begitu.
Makcik tak perlulah risau sangat.” Aku kembali tertunduk.
Aku mengangkat perlahan
tanganku dan dibawa ke dadaku. Getaran di jantung ketika ini amat terasa.
Memang selalu aku jadi begini saat aku berada di sampingnya. Ya Allah jika dia
adalah jodohku. Janganlah pisahkan kami kecuali ajal dan maut saja yang boleh
memisahkan kami.
Kalau betul kami tiada
jodoh. Jauhkanlah perasaan yang bertandang di hati kami. Kami tidak mahu terus
terseksa. Amin….
“ maaf, saya keluar
sekejap.” Pintaku lalu berjalan mendahului Aidil.
“ kamu nak pergi mana
Misya?” soal mak.
Aku hanya melambai-lambaikan
tangan dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Aku tahu seseorang telah
mengekoriku. Aku tidak hiraukan dan terus berjalan. Aku nak tenangkan fikiran.
Jadi aku pergi ke taman.
“ awak buat apa di sini?”
aku mengambil tempat di kerusi yang tersedia.
“ saya risau kalau awak
berbuat apa-apa.” Aku tersenyum sinis.
“ awak ingat saya akan bunuh
diri?” soalku separuh menyindir.
“ awak…” aku menatapnya
dengan penuh perasaan.
“ awak.. saya masih waras
dan ingat apa yang baik dan buruk. Saya takkan melakukan perkara bodoh macam
tu. Lagipun ia berdoasa besar.” Ujarku tenang.
“ maaf.” Ucapnya. Aku
tersenyum dan memandang ke hadapan.
“ awak tengok sana.” Arahku
kepada Aidil sambil menunjukkan arah.
“ kenapa?”
“ mereka bahagia kan?
Walaupun ayah dia tu sakit. Tapi mereka tetap bahagia.” Ujarku sambil memerhati
mereka. Aku sebenarnya cemburu dengan mereka.
Dulu aku tak pernah pun buat
begitu. Ayahku dan mak masing-masing sibuk dengan kerja. Tak pernah sikit pun
meluangkan masa bersama-sama. Selalu mak je yang temankan aku ke sana sini.
Nak buat cam ne lagi. Dah
itu takdir hidupku. Walau apapun, aku gembira. Aku sangat nikmatinya dulu.
“ awak…” aku menoleh ke
arahnya.
“ awak nak dengar satu kisah
tak?” soalnya. Aku hanya mengangguk dan memberi ruang untuknya duduk.
“ dulu, ada seorang jiran
saya ni. Lebih kurang macam awak juga. Anak tunggal dan ibu bapa dia selalu
sibuk dengan hal masing-masing. Dia ada pernah luahkan kepada saya yang dia
kurang bahagia kerana tidak dapat luangkan bersama keluarga. Dia kata lagi yang
kehidupan orang kaya ni bukan seronok sangat.” Aku tersentak.
“ kenapa pula?”
“ sebab ibu bapa dia asyik
kerja dan kerja. Kadang-kadang tu dia rasa sunyi sangat. Dia ada kata yang dia
cemburu dengan saya. Dia cemburu melihat saya dengan keluarga. Setiap hujung
minggu mesti kami luangkan masa bersama-sama. Saya pun kasihan melihat dia
begitu.” Aku terkedu.
“ sampai satu saat, dia
keluar dari rumah dan datang ke rumah saya. Saya tak tahu kenapa kerana masa tu
saya tiada di rumah. Hanya ibu saya saja. Jadi saya Tanya ibu. Ibu saya kata,
keluarga dia nak berhijrah. Tapi dia tak nak sebab dia tak mahu kehilangan
kami. Keluarga kami sudah terlalu rapat dengan dia.” Aidil berhenti seketika.
“ apa jadi selepas itu? Dia
tetap ikut ibu bapa dia ke?” soalku pula.
“ tak. Dia beritahu ibu bapa
dia yang dia tak nak ikut. Dia nak tinggal bersama kami.” Aku tersentak.
“ habis..ibu bapa dia tak
marah?”
“ marah tu memang ada. Tapi
selepas saya jelaskan kepada mereka, baru mereka faham.”
“ jelaskan tentang apa?”
“ tentang budak tu. Tentang
mengapa dia tak nak berhijrah. Dia berasa sunyi kerana ibu bapa dia. Saya
jelaskan segalanya kepada mereka. Selepas mereka dengar, mereka rasa menyesal
dan tidak jadi untuk berhijrah. selepas itu, segalanya berubah. Dia pun tidak
rasa sunyi lagi. Tapi sayang…”
“ kenapa?” dia menatapku
lalu tersenyum.
“ awak bertuah Misya. Dua
minggu selepas itu, kami dapat tahu yang dia menghadapi penyakit kanser.” Aku
tersentak.
“ penyakit kanser otak. Kami
semua sangat sedih. Apatah lagi keluarga dia. Tapi dia kata dia gembira dan
redha akan ujian ini. Dia rasa gembira kerana dia dapat luangkan masa
bersama-sama dengan keluarga dia walaupun sekejap. Dia kata dia bersyukur kerana
dikurniakan kawan yang baik seperti saya. Dia ada kata walaupun dia sakit tapi
dia bahagia.” Aku terkedu.
“ seminggu selepas itu, kami
terima berita yang menyedihkan.”
“ berita apa?” soalku. Dia
melihatku dan menggeleng lemah. Aku tersentak.
“ di…dia…dia…
me..ninggal..?” soalku dengan tergagap-gagap. Aidil mengangguk lemah.
“ kami semua amat sedih.
Tapi yang buat kami lega kerana semasa kami melihat jasad dia. Dia tersenyum.
Saya rasa dia bahagia.”
“ kiranya awak bertuah
Misya. Awak di kurniakan keluarga yang bahagia dan sentiasa mengambil berat
tentang awak. Walaupun keadaan ayah masih parah, seharusnya awak mendoakan dia
dan awak kena bawa banyak bersabar. Redha dengan semua ketentuan-Nya. Keluarga
tiri awak pun sayangkan awak. Awak pun tidak sakit dan banyak sekali perbezaan
awak dengan jiran saya tu. Awak seharusnya bersyukur Misya.” Ujar Aidil berbaur
nasihat.
Aku terdiam dan berasa
sebak. Aku tertunduk memandang tanah. Air mata yang bergenang sejak tadi
akhirnya mengalir perlahan. Betul kata Aidil tu. Aku sangat bertuah kerana
dikurniakan keluarga yang sangat menyayangiku. Ditambahkan pula dengan keluarga
tiri yang baik terhadapku. Aku seharusnya tidak patut berkelakuan begini. Sedih
setiap masa.
Sepatutnya aku kuatkan
semangat dan banyak berdoa. Ya Allah sesungguhnya jiran Aidil itu sangat kuat
orangnya. Aku rasa bersalah kepada-Mu Ya Allah. Aku lalai dan tidak sepatutnya
berkelakuan begini. Aku sangat teruk.
“ awak…” panggilku perlahan
dengan suara yang serak. Aku tidak menoleh ke arahnya sebaliknya terus
memandang tanah.
“ awak menangis?” soalnya.
Aku tersenyum.
“ terima kasih. Terima kasih
kerana menyedarkan saya tentang semua ini. Seharusnya saya tidak patut
berkelakuan sebegini. Betul cakap awak. Saya sangat bertuah kerana dikurniakan
orang yang sangat menyayangi saya. Termasuk awak. Terima kasih.” Ujarku tenang
dan menyeka air mataku yang mengalir.
“ Misya… baguslah awak
sedar. Tapi awak tak salah kerana kalau saya berada di tempat awak. Saya pun
akan jadi macam tu. Tapi awak harus redha dan sabar. Ya…” aku mengangguk
perlahan dan mendongak.
“ terima kasih.” Aku menoleh
ke arahnya dengan senyuman.
“ sama-sama.”
Ya Allah. Terima kasih
kerana hantar orang sebaik Aidil untuk menyayangi aku dan akan menjadi
pendampingku. Terima kasih ya Allah.
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment