Selepas aku menelefon abang Shah sebentar tadi. Aku terdiam dan tak mampu berkata-kata. Aku tak berdaya dan menjadi lemah. Tanganku menggeletar hebat dan tidak sengaja hensetku jatuh dari peganganku.
Air mataku mengalir laju
dengan sendirinya. Aku tak mampu berbuat apa-apa.
Aku terdengar suara orang
memanggil namaku. Aku menoleh dan melihat Dila dan Syifa sedang melihatku.
“ Misya..kenapa ni? Cuba
beritahu kami. Jangan buat kami risau.” Ujar Dila.
Mereka berdua terus menerpa
ke arahku dan bertanya mengapa. Aku tak mampu nak berucap. Suaraku seperti
tersekat di kerongkong. Bagaimana aku nak bercakap.
“ Misya…tell me please.. “
Pinta Dila.
“ a..a..ayah… aku…ke..ke..ma..langan.”
beritahuku tersekat-sekat dan terus menangis di samping mereka.
“ Ya Allah. Sabar Misya. Kau
harus kuat. Kau tak boleh lemah begini. Kau dah tahu keadaan ayah kau
sekarang?” aku menggeleng lemah.
“ Syifa…kau tolong call
Aidil. Sekarang!” aku pantas menggeleng.
“ jangan Dila. Jangan.. aku
tak nak menyusahkan dia. Aku tak nak dia tahu. Please…” mohonku sayu.
“ Misya…”
“ aku merayu Dila.” Akhirnya
Dila mengangguk perlahan.
“ kau hanya perlu call abang
Shah. Tolong?” Syifa mengangguk pantas mendail nombor abang Shah.
Sekarang aku tak mampu
berbuat apa-apa. Aku hanya ingin menangis saja. Tapi aku tak boleh dalam
keadaan begini. Orang sekeliling akan risau. Ya Allah tabahkan hatiku.
Selamatkan ayahku Ya Allah.
“ Misya.. jom turun. Abang
Shah tunggu kau dekat pintu pagar depan hostel. Cepat siap.”
Aku menurut.
Ayah..tunggu Misya. Jangan
pergi tinggalkan Misya keseorangan di sini. Misya masih belum luangkan masa
bersama ayah.
*****
Keadaan ayah ketika ini
sangat parah. Doktor kata kemungkinan ayah tiada peluang untuk hidup. Saat ini,
aku langsung tidak bercakap apa-apa. Hanya berdiam diri dan terus berdoa akan
keselamatan ayah.
Apa yang mak dan abang Shah
cakap langsung tidak dapat ku cernakan. Tidak dapat aku fikirkan apa yang
mereka cakapkan. Aku seperti berada di dunia lain. Dunia halusinasi. Di mana
aku keseorangan saja di dalam dunia itu.
Badanku menggigil tiba-tiba.
Seluruh badanku seperti lumpuh seketika. Langsung tidak dapat berbuat apa-apa.
Badanku menjadi lemah dan terbaring lesu di samping mak.
Aku tidak pengsan tapi aku
rasa lemah-selemahnya. Rasa nak tidur.
“ Misya..Misya… kenapa ni?
Bangun sayang..” kedengaran suara mak memanggilku.
Aku hanya mampu melihat
mereka seperti tiada perasaan. Seperti keadaan ku apabila sampai ke sini
sebentar tadi.
“ Misya.. kita pergi solat
dulu ya..”
Mak memujukku dan aku masih
diam tidak berkutik.
“ Misya..dengar cakap mak
tu. Solat dulu ya. Doakan ayah agar dia selamat di dalam sana. Ya..”
Abang Shah pula memujuk.
Saat dia menyebut doa kepada ayah, aku terus memandangnya tanpa berkelip.
“ ikut mak ya…” aku seperti
robot yang mengikut arahan ketuanya. Secara automatik aku mengangguk dan bangun
berjalan dengan mak ke surau.
“ Ya Allah yang Maha
pengampun lagi Maha mengasihani. Selamatkan ayahku. Sembuhkanlah dia.
Selamatkan dia dari bebanan yang harus dia tanggung di dalam bilik pembedahan
itu. Aku mohon pada-Mu Ya Allah. Dia adalah satu-satunya ayah yang aku miliki.
Ayah yang aku sayang. Aku belum bersedia dan kuat bagi menempuh dugaan-Mu yang
besar itu Ya Allah. Bantulah aku… Amin…” doaku setulus hati dengan penuh
harapan.
Sekali lagi air mataku
mengalir. Mak yang berada sebelahku mengusap lembut bahuku seraya memberikan
aku kekuatan agar dapat menempuh dugaan ini.
“ sabar ya sayang. Allah
sayang kepada orang yang bersabar menempuh dugaan-Nya. Ya sayang ya..” aku Cuma
tersenyum hambar dan teru-terusan menangis dalam dakapan seorang ibu yang aku
sangat sayangi.
*****
Aku memandang dengan sayu
keadaan ayah yang terbaring lemah itu. Badannya penuh berselirat dengan wayar.
Aku tak sampai hati ingin melihatnya dalam keadaan begitu.
“ Misya..” terdengar suara
orang memanggil aku. Tapi aku tak hiraukan sebaliknya berada dalam duaniaku
yang entah bagaimana ini.
“ doktor kata ada
kemungkinan ayah akan sembuh. Tapi itu pun jika dapat gerak balas.”
Itu suara abang Shah.
“ oh…ye ke..” kali pertama
aku keluarkan juga suara selepas dua hari berdiam diri tanpa berbual dengan
sesiapa pun. Ia seperti bukan diriku yang sebenar.
“ Misya..sabar ya. Misya tak
boleh terus-terusan dalam keadaan sedih begini. Kami yang melihat pun berasa
lebih sedih. Janga buat mak bertambah risau Misya. Insya-Allah ayah akan
sembuh. Percayalah cakap abang.”
Abang Shah terus-terusan
berpesan. Dia tidak pernah mengalah dalam memberi semangat dan pesanan kepadaku
agar tabah mengharungi semua ini. Tapi saat melihat keadaan ayah sekarang ini.
Aku jadi tidak berdaya. Semangatku hilang dengan begitu saja.
Macam mana aku nak jadi
kuat. Ya Allah bantulah hambamu ini.
“ jom keluar Misya.” Ajak
abang Shah. Aku hanya menurut tanpa bercakap banyak.
Apabila keluar je dari bilik
ICU ayah. Aku dapat melihat mak dan ibu seperti berbincang sesuatu.
Tapi aku
tidak hiraukan. Malah aku terus-terusan berjalan tanpa arah.
Tengok-tengok saja aku sudah
berada di luar hospital. Aku tahu abang Shah ekori aku. Tapi aku tidak
pedulikan dia. Malah aku terus lagi berjalan dan aku sampai di perhentian bas.
Mujur juga tiada orang di situ.
Aku duduk di situ dan
memandang ke hadapan. Aku sangat perlukan ketenangan ketika ini.
“ leave me alone please..”
pintaku kepada abang Shah tanpa menatapnya.
“ tapi…”
“ please..” tegasku.
“ ok fine…”
Selepas dia beredar, aku
menangis buat sekalian kalinya. Aku tidak tahu sudah berapa kali aku menangis
untuk hari ini. Tapi aku tak mampu menahan. Biarlah aku menangis daripada terus
menanggung.
Aku menunduk memandang
lantai. Wajah ayah terus—terusan terbayang di benak fikiranku. Selepas itu
wajah Aidil pula muncul. Aidil.. maafkan saya kerana tidak maklumkan perkara
ini kepada awak. Saya tak mahu awak tengok keadaan saya selemah ini.
Terdengar derapan tapak kaki
melangkah dekat ke arahku. Tapi aku tidak mendongak. Biarlah…
Aku menutup mata sebentar
dan air mataku terus mengalir laju seperti tak nak berhenti. Aku ketap bibir
sekuathati agar air mata tak terusan mengalir. Tapi aku tak Berjaya.
“ nah..” suara itu buat aku
membuka mata dan mendongak.
“ ambillah..” aku terkaku di
situ. Hulurannya aku tidak pedulikan sama sekali.
“ Misya..ambillah. tengok
hingus nak mengalir tu.” Aku tersentak dan terus mengambil huluran itu. Pantas
aku mengelap air hidungku dan air mata yang mengalir tadi.
“ sudah lega sedikit?”
soalnya selepas beberapa saat dia berada di hadapanku.
“ macam mana awak tahu saya
berada di sini?” soalku tanpa menatapnya. Aku tak mampu dan aku tak nak dia
melihat aku dalam keadaan begini. Amat malu bagiku.
“ saya kan bakal tunang
awak. Mestilah saya tahu. Kenapa awak tak beritahu saya?”
Aku hanya berdiam diri
sambil tertunduk. Dia mengambil tempat di sebelahku.
“ awak…janganlah macam ni.
Sedih tahu tak saya tengok awak dalam keadaan begini. Saya rasa nak nangis je.”
Aku masih berdiam diri.
“ saya tunang dengan orang
lain baru tahu.” Aku sedikit terusik dengan kata-katanya dan menoleh ke
arahnya.
“ saya tahu awak takkan buat
begitu.” Balasku dengan suara yang serak.
“ mestilah. Saya gurau je
tadi. Baguslah saya dapat respon. Maknanya awak memang sayangkan saya. Kan?”
aku tersenyum dan mencebik ke arahnya.
“ jom kita masuk. Tak baik
duduk lama-lama di sini. Mujur saya yang ada di sini. Kalau orang lain, awak
mesti ada dalam bahaya.” Aku tersenyum lagi.
“ terima kasih. Tapi awak
masuk dulu. Saya akan masuk kemudian.”
Aku bangun lalu melihatnya
dengan senyuman hambar.
“ awak nak pergi mana pula?”
soalnya pelik.
“ awak.. terima kasih kerana
sudi datang. Tapi saya tahu ia takkan mengubah apa-apa pun saat ini. Saya masuk
dulu. Tapi kemudian. Awak pergilah dahulu.”
Terus aku berpaling darinya.
Tapi belum sempat aku ingin melangkah, tanganku di genggam erat oleh dia.
“ jom kita masuk bersama. Jangan
jadi macam ni Misya. Mana semangat awak yang dulu. Rupa yang ceria dan tabah
sebelum ni? Saya nak awak yang dulu Misya.” Aku terkedu akan kata-katanya.
“ maafkan saya Aidil. Tapi..”
“ dengar Misya. Tak ada
gunanya jika awak terus macam ni. Ia hanya akan menyakitkan hati awak aja. Sepatutnya
awak berdoa akan kesembuhan ayah awak. Awak tak boleh terus-terusan begini.” Nasihatnya.
Aku tertunduk memandang
tanah. Apa yang Aidil katakan itu benar. Aku ni terlalu ikutkan perasaan. Aku ni
egois. Ya Allah.. ampunkan hamba atas perbuatan hamba ini.
“ maafkan saya Aidil. Saya faham
dan akan cuba tabah hadapi semua ini.” Ucapku tenang. Kalau awak tak ada saya
tak tahulah apa yang akan terjadi.
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment