Salam Misya…
Maaf jika ambil masa awak
untuk membaca surat ini. Saya tak nak beritahu awak melalui telefon sebab saya
segan. Saya malu dan tak surprise lah kalau macam tu. Sebenarnya, ibu bapa saya
sudah menetapkan tarikh pertunangan kita. Tapi kalau awak tak setuju. Awak
boleh beritahu saya kembali. Saya tak kisah.
Bila agaknya ya? Ehe..
sebulan dari sekarang. Boleh kah kalau begitu. Lagipun masa itu saja saya free.
Kalau awak tak free, awak boleh beritahu saya lain. Saya rasa itu saja dari
saya.
Wassalam…
Aidil Arman… ^___^
Aku kembali melipat surat
itu dan menyimpannya ke dalam beg. Senyuman masih tak lekang dari bibirku.
Semua rasa di hati ini tidak dapat ku gambarkan. Aku dapat rasa wajahnya yang
ceria ketika menulis surat ini.
Kenapa kau terlalu
teristimewa. Bagiku kau terlalu sempurna buatku. Kau terlalu baik. Tapi bagi
aku kau adalah anugerah Allah yang dikurniakan kepadaku. Aku bersyukur sekali
jika dapat insan sebaik kau sebagai suami aku. Alhamdulilah..
Aku mengambil hensetku dan
mendail nombor Aidil.
“ helo..Assalamuailaikum.”
ucapku.
“ waalaikumussalam. Misya..”
aku tersenyum.
“ ya saya. Saya dah baca
surat itu. Terima kasih. Saya terima tarikh itu.” Ujarku dengan senyuman.
“ alhamdulilah. Terima kasih
awak… saya akan tunggu saat itu. Hanya satu ungkapan saja ketika ini saya boleh
beritahu awak.” Aku berkerut dahi.
“apa?”
“ saya..erk…saya.. sayangkan
awak. Okey babai!”
Terus talian di matikan. Aku
yang terpaku tadi tersenyum. Nampaknya bukan aku seorang saja yang malu tapi
dia pun turut malu. Tapi kalau dah tahu malu janganlah cakap. Just tulis pun
jadilah. Hoho..
*****
Dua minggu telah berlalu.
Ini bermakna lagi dua minggu aku akan bergelar tunang orang. Rasa
berdebar-debar pula. Dua minggu ini juga, persahabatan aku dengan si Zaim tu
amat baik. Kami pun semakin rapat. Sebenarnya Zaim ni mamat hensem tu. Nama dia
Shahrul Zaim. Tapi aku lebih suka panggil dia dengan panggilan Zaim.
Seronok dapat berkawan
dengan dia. Kadang-kadang tu dia suka mengusik. Paling aku tak suka dengan dia
adalah dia suka mengayat aku. Usik pun boleh tahan juga tu. Naik rimas juga
aku. Tapi best juga. Boleh buat aku ceria sikit.
Aku pun tak boleh berlebihan
sangat. Nak jadi tunang orang dah ni. Ingat tu. Che wah…
“ Misya.. kau termenungkan
apa tu. Kau tolong aku buat assignment pun lagi bagus.” Ujar Dila.
Aku yang tengah syok
berbaring tadi bangun duduk.
“ assignment kau… kau punya
kerjalah. Tak ada kerja aku nak buat kau punya tu. Aku pun banyak lagi yang
perlu di siapkan.” Balasku selamba.
“ ok la tu daripada kau
mengelamun je ceritanya. Apa yang kau mengelamunkan tu. Ce citer sikit.” Aku
tersengih.
“ tak ada apalah. Mengarut
je..” ujarku lalu meraup muka.
“ eleh.. nak berahsia konon.
Banyak betul rahsia kau yang belum beritahu aku.” Aku mengerutkan dahi.
“ ada ke? Apa dia?” soalku.
“ kau dengan Aidil tu. Apa
perhubungan korang sebenarnya ni.” Owh.. itu ke yang buat cik Dila ni
tertanya-tanya.
“ hurmm.. kau rasa?” Dila
mengepal penumbuknya ke arahku. AKu tersengih.
“ alah..janganlah marah. Ok
aku akan beritahu. Tapi jangan beritahu Syifa lagi ye. Janji?”
Aku tunjuk jari kelingking
ku ke arahnya. Dia menyambut.
“ janji… cepatlah beritahu
sebelum Syifa balik.” Aku mengangguk.
“ aku akan jadi tunang dia
dua minggu dari sekarang.” Luahku dalam satu nafas sahaja. Seperti yang aku
gambarkan. Dia memang terkejut. Sampai ternganga mulut.
“ kalau ye pun. Tutuplah
mulut tu. Nanti masuk lalat baru tahu.” Dia tersengih. Aku hanya
menggeleng-geleng.
“ betul ke?” soal Dila lagi.
Aku hanya mengangguk.
“ wah! Tak sangka aku. Kawan
aku dah nak bertunang. Kawan kau Zaim tu. Dah tahu ke?” aku menggeleng.
“masih terlalu awal. Aku
beritahu ni pun sebab kau beria-ria. Kalau tidak minggu depan baru aku
beritahu. Dah kau tahu ni. Tak surprise dah.” Ujarku sambil memuncungkan mulut.
“ alah..tak adanya surprise
ni. Lagi awal aku tahu lagi bagus.” Aku mencebik. Ye la tu. Dila … Dila..
Tiba-tiba aku teringatkan
abang Shah. Sepanjang dua minggu ni. Aku jarang bertemu dengan dia. Kalau jumpa
pun sekadar tersenyum. Tiada apa yang boleh aku buat. Aku belum bersedia lagi
nak beritahu dia yang aku sudah boleh terima dia sebagai abang tiri aku.
Insya-Allah. Semasa aku
tunang nanti. Aku beritahu dia. Mudah-mudahan.
*****
Aku baru sahaja selesai
solat Asar di surau.
Selesai solat Asar. Aku
terus menuju ke kantin. Mujur hari ini kantin buka. Selalunya hari Sabtu dan
Ahad tak buka. Tapi hari ini buka pula.tapi baguslah. Aku malas nak keluar cari
makanan. Ramai juga orang. Mesti
semua malas nak keluar. Ish.. memandai je aku tuduh.apalah…
Sampai saja di kaunter, aku
terus memesan makanan.
“ Misya…” terdengar orang
memanggil namaku. Tapi aku tak sempat menoleh sebab makanan aku sudah sampai.
Selepas membayar, aku terus
menuju ke meja kosong. Kejap lagi nak beli untuk Dila pula. Kesian dia. Banyak
kerja yang harus di buat.
Nyum! Nyum! Sedapnya…
“ Misya..” suara itu lagi.
Siapa? Aku menoleh ke belakang tapi tiada sesiapa pun. Mungkin silap orang
kowt. Lagipun bukan aku seorang je yang nama Misya. Betul tak? Aku sambung
makan lagi bagus. Hehe…
“ boleh saya duduk?” ya
Allah. Aku baru nak masukkan makanan ke dalam mulut. Ada manusia yang datang
menganggu pula sudah. Aku kembali meletakkan sudu dan melihat orang yang
mengganggu aku.
“ oh…rupanya awak. Patutlah
saya nak makan pun tak senang.” Ujarku sambil tersenyum palsu. Dia ni lah.. di
mana aku ada pasti dia ada. Pelik betul.
“ salahkah?” aku tidak
menghiraukan dia sebaliknya aku sambung makan. Aku makan lagi bagus daripada
tengok rupa yang tidak boleh mengenyangkan. Haha…
“kenapa awak senyum?” aku
tersentak. Dia Nampak ke. Tak silap aku, aku senyum dalam hati. cheh…
“ awak nak sibuk sangat buat apa? Terserah sayalah. Nak senyum ke
tak. Bukan urusan awak.” Aku ni kalau cakap dengan Zaim ni. Mesti kasar-kasar.
Tak berapa nak lembut. Tapi dengan Aidil tak pula. Mungkin aku lebih selesa
begitu. Hehe…Atau.. Nampak sangat aku ni hiprokit ke?takkan kot.
“ nak Tanya sesuatu boleh?”
aku Cuma menjongket bahu.
“ awak dah ada orang yang
awak suka?” hampir tersedak aku dengan soalan dia. Pantas aku mencapai gelas
minuman dan dengan rakusnya aku hirup.
“ awak ok?” soalnya.
“ apa punya soalan tu?” aku
soalnya balik.
“ jawablah.” Aku memandangya
pelik.
“ kalau saya jawab ada.
Kenapa? Kalau tiada pula kenapa?” dia memandangku serius.
“ kalau ada… saya hanya
mampu berdoa untuk kebahagiaan awak. Kita tetap kawan kan?” aku semakin pelik
dengan mamat ni. Takkan dah gila? Haishh.. aku ni lah.
“ kalau tiada?” soalku tanpa
menjawab pertanyaannya.
“ kalau tiada,
saya…saya…erk..” aku menjongket kening.
“ saya apa? Cepatlah jawab.”
Gesaku.
“ saya…saya… sa..” aku
menoleh apabila terasa ada orang memanggilku.
“ Misya… puas saya telefon
awak. Kenapa tak jawab?” aku tersengih.
“ sorrylah. Henset tinggal
di dalam bilik. Saya turun ni pun sebab solat tadi terus pergi makan. Ada apa
awak call saya?” Zaim yang berada di hadapanku tidak dihiraukan. Apa yang dia
nak jawab tadi pun aku sudah lupakan.
“ saya nak beritahu sesuatu
pasal dua minggu lagi. Tapi saya tak boleh beritahu sekarang. Awak kan tengah
bersama dengan kawan awak.” Ujar Aidil sambil melihat Zaim.
Zaim hanya tersenyum.
“ oh.. kenalkan. Ini Zaim.
Kawan saya. Zaim , ini Aidil…ka..”
“ bakal tunang dia.” Pintas
Aidil tanpa sempat aku beritahu. Tapi kenapa dia pergi beritahu soal tunang tu.
Aku lihat Zaim. Aku juga
dapat kesan riak dia berubah. Seperti terkejut.
“ maaflah Zaim. Saya belum
ingin beritahu sebab masih terlalu awal. Maaf erk?” pohonku dengan serba salah.
Dia tersenyum tapi aku dapat
kesan yang senyuman itu amat pahit. Sama seperti perasaan dia. Apakah maksudnya
itu?
“ tak mengapa. Awak pun ada
hak. Lagipun tak baik di hebohkan. Kan?” aku hanya tersenyum.
“ tapi kita tetap kawan
kan?” aku pantas mengangguk dan memandang Aidil yang sedang tersenyum.
“ jangan risau. Kita tetap
kawan. Awak kawan selamanya. Aidil… kan?” dia hanya mengangguk.
“ ye.. oklah awak. Saya kena
pergi dulu. Ada hal. Nanti saya call awak.” Aku Cuma tersenyum lalu mengangguk.
Selepas dia beredar, aku pun
sambung makan. Tiba-tiba aku teringat yang Zaim ingin beritahu sesuatu dekat
aku.
“ hampir terlupa. Apa yang
awak nak kata tadi. Kita sambung balik.” Ujarku. Dia tersenyum.
“ tiada apa-apalah.
Lupakanlah. Tak penting pun. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”
Belum sempat aku menghalang,
dia pergi begitu saja.
“ waalaikumussalam. Apa
masalah dia. Tetiba je berubah. Hurmm.. lantaklah.”
Sambung makan lagi bagus.
~ Bersambung ~
No comments :
Post a Comment