Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Thursday 22 November 2012

Cerpen : Awak Comel Sangat!


" Alif! Alif! Bangun!"

Puan Umi mengeluh melihat sikap degil anaknya seorang ini. Perangai sebiji ikut ayah dia.

" Alif..bangun sayang." badan Alif di goncang Puan Umi.

Alif mengeliat lalu membuka mata dengan perlahan-lahan. wajah ibunya ditatap.Dia tersenyum melihat wajah masam ibunya.

" kenapa ibu?" soal Alif. Dia bangun daripada daripada tidur. Matanya di tenyeh-tenyeh.

" kamu lah. susah sangat nak bangun. Hari ini tak kerja ke?" soal Puan Umi sambil bercekak pinggang.

Alif menggeleng perlahan.

" ayah yang beri cuti. katanya Alif dah terlalu banyak beri sumbangan dan bersusah payah demi syarikat. sebab tulah Alif di beri cuti." jelas Alif dan sekali lagi dia menguap.Mengantuk sungguh.

" menguap lagi.sudah! pergi mandi lepas tu turun sarapan." arah Puan Umi tegas.Tangan Alif di tarik perlahan.

Alif tak dapat mengelak lagi apabila ibunya telah menarik tangannya. Alif tahu yang  dia tidak boleh menolak lagi arahan ibunya yang tegas itu. Walaupun tegas tapi ibunya seorang penyayang.

" baik ibu..Alif nak mandilah ni."

Puan Umi hanya tergeleng-geleng akan sikap anaknya itu. Walaupun anaknya itu sedikit degil tapi dia tetap akan ikut arahan dan taat perintah. Tidak kira sama ada perintah Allah atau ibu bapa. Alif memang seorang anak yang baik.

*****
"pagi ibu.. ayah.." Alif mengambil tempat di hadapan ibunya.

" jadi apa rancangan Alif selepas ini. kan ayah beri cuti dua minggu." suara En.Azman.

" belum tahu lagi. tengoklah esok macam mana." jawab Alif sambil menyapu mentega diroti.

" ibu sarankan kalaU Alif pergi bercuti ke mana-mana. Asalkan bukan di KL ni. amacam?" cadang puan Umi.

Alif berkira-kira akan cadangan yang diberi ibunya itu. Bernas juga cadangan ibunya itu. Dia juga dapat rehatkan minda kalau pergi bercuti ni. Bagus juga.

"ermm..bagus juga rancangan ibu tu. Tapi Alif tak tahu nak pergi mana."

Puan Umi tersenyum. Dia sudah tahu tempat mana yang patut anaknya itu tujui.

" ibu tahu dan ibu tahu kamu pasti suka."ujar puan Umi sambil tersenyum.
Alif menjongket kening. wajah ayahnya dikerling. sepertinya ayahnya turut berminat.

" di mana?" soal En. Azman.

"Taman Tasik Taiping."

*****
" Taiping?" Alif mengangguk.

" kau biar betul..jauh tu." Alif hanya menjongketkan bahu.

Iman melihat satu-satunya sahabat yg dia ada itu.Entah bila giliran kawannya itu ingin berumah tangga. Nak kata tiada rupa tak juga. Malah lebih hensem dari dia dan dari keluarga berada pula tu. Takkan tiada orang yang minat dekat dia.

" kau menungkan apa tu?" soal Alif apabila soalannya itu tadi dibiarkan sepi.

"kau tak teringin nak berumahtangga ke?" soal Iman tanpa berselindung.

Alif tersentak. Soalan itulah yg dia tidak berapa suka dengar. Ibu bapa dia pun tak kisah sangat.

" Aku bukan apa Alif. Aku cuma nak tengok kau bahagia. Kau pun bukannya muda lagi. Dah makin berumur. Dah boleh jadi bapa orang dah." ujar Iman.

Alif mengeluh perlahan.

" entahlah..aku belum jumpa calon yang betul-betul sesuai.tapi kalau aku jumpa nanti kaulah orang pertama yang aku gtaw erk?" Alif tersengih melihat muka seposen Iman. dah mula dah..

"ikut kaulah.."

*****
Akhirnya selepas 3 jam perjalanan, Alif sampai ke destinasi. Di Taiping. Sudah lama dia tidak datang ke sini. Seingat dia, waktu dia berumur 13 tahun adalah kali terakhir dia datang ke sini.

" jangan lupa cari calon menantu untuk ibu sekali ye..."

Kata-kata itu terngiang-ngiang di benak fikirannya. Sempat ibunya sampaikan pesan. Alif tersenyum sendirian saat mengingati kata ibunya itu. Mungkin ibunya memang berharap sangat dia cepat-cepat jumpa calon yg sesuai.

Alif mengambil keputusan untuk pergi ke Taman Tasik Taiping terlebih dhulu. Lagipun tempat itu sangat sesuai untuk menenangkan fikiran yang sedang berserabut.

Alif memang sangat suka akan tempat ini. banyak perkara yang boleh di buat dan tempatnya yg sangat cantik amat memukau ramai orang. Tak usah pergi sampai ke luar negara dah.

Alif berjalan pula ke arah rimbunan pokok-pokok yg cantik. Tiba-tiba dia teringin datang ke sini dengan seseorang. Apa lagi kalau bukan isteri. Tapi calon pun belum ada. Nak berangan dulu boleh kan?

Sesaat kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Lantas terus di jawab.

"helo.."

" Alif..kamu dah sampai ke?" Alif tersenyum lalu mendongak melihat langit. Walaupun cuaca sedIkit mendung, tapi ia langsung tidak menghalang orang ramai datang ke sini.

"dah ibu.. sekarang Alif ada di Taman Tasik Taiping. Makin cantik tempat ni ibu.." jelas Alif dengan ceria.

"kan ibu dah kata..baiklah ibu tak mahu ganggu kamu. ingat pesan ibu, sambil berjalan-jalan tu carilah sama calon menantu untuk ibu.."

Alif tersengih sendirian. ibu  ni boleh tahan betullah.

"insyaAllah ibu.. baiklah assalamualaikum.."

"waalaikumussalam.." telefon bimbitnya kembali di simpan ke dalam poket.

"tolong!" tiba-tiba Alif terdengar orang menjerit meminta pertolongan.

" tolong!"

"dari mana jeritan tu datang?" Alif berpatah balik dan mencari dari mana suara itu datang.

Apabila Alif berjalan sampai ke tasik, dia melihat seorang gadis yang menggigil ketakutan. Alif terus menerpa ke arah gadis itu.

" awak ke yang jerit minta tolong tadi?" soal Alif bimbang.
Gadis itu mengangguk perlahan.

"kenapa dengan awak?" Gadis itu menunjukkan arah di belakang Alif. Tanpa banyak soal,Alif pun ikut arah yg ditunjukkan gadis itu.

Alif melihat apa yg berada di hadapan matanya dan gadis itu silih berganti.
Selepas dia dapat tangkap maksud sebenar gadis itu, terhambur juga ketawanya.Tak tahan!

"hei.. awak ni kenapa? gelak pula. bukannya nak tolong." gumam gadis itu. dahlah orang tengah takut, dia boleh gelak pula.

Alif menarik nafas dalam-dalam kemudian melihat gadis itu.

"kenapa pula dengan kera ni?" soal Alif selepas dapat kawal diri.

" awak halau dulu lah kera tu. saya takut tahu tak.."suruh gadis tersebut.

Tanpa membuang masa, Alif menghalau kera itu seperti yg disuruh gadis tersebut. Yang buat dia ketawa kerana gadis itu takut kera sampai menjerit meminta tolong. Nasib dia yg datang. kalau tak buat malu je...

"okey siap. jadi kenapa awak takut dengan kera tu. dia bukan buat apa-apa pun. By The Way saya Alif."

" saya Ainul. saya serik dan trauma dengan binatang yg bernama kera kalau awak nak tahu. tak usah tahulah kenapa.." Ainul menghembus nafas lega apabila kera itu sudah tiada.

Alif tergelak kecil melihat reaksi Ainul. Comel pula dia rasakan.

"helo!" Ainul melambai-lambaikan tangannya dihadapan Alif. Kenapa pula dengan mamat ni.Tersengih-sengih. macam orang tak betul.

Alif tersedar lalu menggaru kepalanya.

"sorry.." ucap Alif lalu memusingkan badan untuk beredar.

"eh awak..tunggu!" tahan Ainul. Dia belum ucapkan terima kasih pun. Kalau tak ucap nanti kata sombong pula. Tak eloklah kan? Bukan ke budi bahasa budaya kita. Eh kau ni Ainul..nak bermadah apa pula..

" yap.." Alif menatap wajah Ainul. Entah mengapa dia rasa yang ada sesuatu yg menarik pada Ainul. Tapi dia tak tahu apa. Dan dia rasa ingin berjumpa lagi dengan Ainul.

" saya cuma nak ucapkan terima kasih." Alif tersenyum lalu mengangguk kecil.

" sama-sama kasih... dan awak ni cutelah.." puji Alif lalu beredar dari situ.
Suka tengok wajah dia malu-malu begitu. Cute sangat! heh..

Ainul terlopong. Merah muka dia saat itu selepas mendapat pujian dari Alif.
Entah apa-apalah dia ni. Memandai je puji orang macam tu. Bagi penumbuk kang!

Eh yang kau ni pun Ainul..gtaw je yg kau suka..Ainul tersengih sendirian..

*****
Alif tersenyum lagi saat teringat kejadian semalam di mana dia bertemu dengan seorang gadis yg bernama Ainul. Dahlah comel..macam nak picit je pipi dia tu.

Tiba-tiba dia bangun dari pembaringan. Secara spontan.

" apasal tetiba aku teringatkan Ainul tu. Takkan aku jatuh cinta kowt..haihssh.." dia  jadi bingung sendiri.

Akhir sekali Alif hanya buat tak tahu je.

*****
Ainul sudah jadi seperti tidak betul apabila semenjak tadi asyik tersenyum sorang-sorang.Macam orang yang dilamun cinta gayanya. Tapi betulke?

" Ainul..kau kenapa ni?" datang abangnya dari belakang.

Ainul yg tengah minum itu tersedak apabila abangnya tiba-tiba saja datang dari belakang.Kot lah nak bagi salam ke atau ucapan selamat datang ke. Ni tak.

" abang ni kan? suka sangat buat orang terkejut. Sukalah kalau adik dia terkena serangan jantung?" bebel Ainul geram.

"eh? salahkan abang pula. Abang datang secara baik-baik, tapi abang pula kena serang. Sepatutnya abang yg tanya kamu. Tersengih -sengih . Apa yg dia fikirkan pun tak tahu lah." ujar Nizman tak puas hati.

Ainul tersentak. Wajah abangnya ditatap serius.

"betul ke?" soal Ainul serius. Nizman mengangguk kecil.

Ainul menyentuh mulutnya. Dia tak perasan pula. Malu!

"kau ni pe hal?macam orang baru di lamun cinta tahu tak." Ainul menjeling geram ke arah abangnya.

" ikut suka Ainullah nak buat apa-apa pun. yang abang sibuk kenapa?"
Nizman hanya menjongket  bahu.

"tapi abang nak pesan. kalau betul adik abang ni dah dilamun cinta. Jangan ditunggu-tunggu lagi.Cepat-cepat lah bawa dia ke rumah." Nizman sengaja buat adiknya itu marah.

Lantas Nizman berlari masuk ke dalam rumah apabila mendapat jelingan maut Ainul. Ainul ni bukan boleh dibuat main-main. Nanti free je kena penendang.

"Abang!!!"

*****
" ye ibu...nanti Alif belikan..."

Belum sempat Alif ingin memusingkan badan untuk beredar daripada pemandangan di atas bukit Larut itu dia terlanggar seseorang.

" maaf.." ucapnya kepada gadis yg terkena bahunya tadi.

"ibu..Alif terpaksa letakkan dulu panggilan.Nanti Alif telefon lain ye ibu.."

Ainul tersentak. Alif? adakah Alif tempoh hari?

"awak tak apa-apa ke?" soal Alif bimbang.

Ainul tidak mendongak melihat Alif. Tiba-tiba dia rasa ingin lari daripada Alif.

"maafkan saya.. saya tak apa-apa." pantas Ainul berlari dari situ. Serta merta jantungnya berdegup kencang. Bukan gara-gara selepas berlari, tapi gara-gara bertemu dengan Alif.

ALIF jadi terpinga-pinga akan perlakuan gadis itu. Pantas Alif cuba mengejar gadis itu.

"Tunggu!" laung Alif kuat.

Ainul mempercepatkan langkah. Tolonglah aku tak nak jumpa dengan dia lagi. sebab dia buat aku jadi tak tentu arah semenjak pertama kali bertemu.

Alif berlari lebih laju untuk menyaingi langkah gadis itu. Tak sangka laju juga gadis tu lari.

Selepas penat Ainul berlari, dia berhenti. Dia tercungap-cungap memandang sekeliling.Adakah Alif sedang mengejarnya lagi? Dia jadi teragak-agak untuk menoleh ke belakang. Jadi dia hanya berjalan tanpa mengambil tahu tentang Alif.

"awak.." Ainul tersentak.Serta merta dia jadi kaku.

Alif yg pelik akan perilaku gadis itu bergerak ke hadapan bagi menghadap gadis itu. Ainul yg sedar akan sikap terkejutnya itu tunduk memandang tanah.

" hei..awak kenapa?" Ainul mendongak melihat Alif dengan sengihan.
Alif terkejut. Ternyata dia akan berjumpa lagi dengan Ainul.

"kenapa awak lari?" soal Alif pelik.Muka dia ni macam perogol atau pembunuh misteri ke yg dia nak lari.

"erk..tak da pape..awak buat apa disini?" soal Ainul gugup.
Alif tersenyum melihat reaksi Ainul.

"jalan-jalan. awak?" Ainul tersenyum. Senyuman plastik.

" jalan-jalan gak...erk..saya pergi dulu."

Ainul pantas melangkah meninggalkan Alif. Dia tahu yang dia tidak boleh berlebih-lebih. Mana tahu Alif tu dah berpunya ke. Lagipun dia bukannya ada apa-apa pun.

Aik! yang aku ni nak feeling lebih-lebih plak kenapa?
Ainul tergeleng-geleng. Tolong pergi dari fikiran ini. argh!

*****
" Aku rasa aku dah jatuh cinta lah.." luah Alif kepada sahabatnya Iman selepas sampai di KL.

Iman yang sedang minum itu tersedak. huk huk!

"eh kau ni kenapa?" Alif menyerahkan tisu kepada Iman.

Iman melihat Alif serius. Macam tengok orang yang bersalah pula gayanya.

" kau ni demam ke apa?" Iman menyentuh dahi Alif. Tapi tak panas pun.
Alif menepis tangan Iman. Dia mendengus kecil.

"aku seriuslah. Ni yang susah nak cakap dengan kau ni." Iman tersengih.

"sorry bro.. kot-kot lah kau buat hal di siang hari ini. Tapi dengan siapa?"

Alif tersengih membayangkan rupa Ainul yang cute itu. Kali terakhir mereka jumpa di bukit Larut itu. Selepas itu dia sudah tidak jumpa dah sedangkan dia amat berharap yg dia akan bertemu lagi dengan Ainul.

"dengan seorang gadis yg comel.Nama dia Ainul." maklum Alif.

" ha..baguslah kalau macam tu. So kau tunggu apa lagi.. pergilah meminang dia."

Apabila mendengar perkataan meminang yang keluar dari mulut Iman, dia terus memasamkan muka. Iman pula jadi pelik.

"kenapa pula kau ni. Kata dah suka tapi apasal yg monyok je."

" nak meminang apanya, rumah dia aku pun tak tahu. Lagipun aku dan dia berjumpa secara kebetulan.Baru dua hari berjumpa secara kebetulan." jelas Alif tak semangat.

Iman terlopong medengar penjelasan Alif. Biar betul kawan dia ni. Baru bertembung dua kali dah boleh jatuh cinta. Tapi ia tak mustahil dengan izin Allah.

" kau usahalah cari sampai jumpa. Apa yg susah sangat." cadang Iman.

" kau cakap senanglah. argh! kusut fikiran aku." rambutnya diramas-ramas. Iman hanya tergeleng-geleng melihat reaksi Alif.

*****
"mama.. kita nak pergi rumah siapa sebenarnya ni?" soal Ainul apabila dia berada di sebuah taman perumahan di KL.

" kamu ikut je." Ainul mencebik. Kan bagus kalau abangnya ikut sekali.Ini pun sebab mamanya yang paksa.

" dah sampai.." suara teruja puan Ramlah buat Ainul terpinga-pinga.

" dah sampai pun Ainul. jom kita pergi sana.."
Ainul membuntuti langkah mamanya ke satu rumah teres dua tingkat. Besar juga rumah ni.

Ting tong!

Loceng ditekan puan Ramlah. Ainul melihat sekeliling. Tiada satu pun orang yang dia kenal.

" masuklah. pintu tak berkunci!" laung seseorang dari dalam rumah.

"jom Ainul.." ajak puan Ramlah. Ainul hanya turuti.

Dan entah mengapa juga hati dia mesti berdebar-debar saat ini. Yang pasti dia tidak suka akan perasaan ini. Sebab perasaan ini dia pernah alami.
Ya Allah.. tenangkan hatiku ini.
*****
Alif memandang pelik sekeliling rumah. Ternyata ada tetamu di dalam rumah sebab ada kasut yang tidak dikenali.

" Alif! masuklah!" suara puan Umi kedengaran dari dalam. Alif tahu yang ibunya mahu perkenalkan tetamu kepada dia. Jangan calon menantu sudahlah. huhu..

Alif tersenyum ke arah tetamu. Tangan puan Ramlah di salam.

" inilah satu-satunya anak tunggal saya Ramlah. Tapi belum juga berkahwin. Entah apa yang ditunggu pun tak tahulah." cerita puan Umi.

Alif mengambil tempat di sisi ibunya. Alif hanya tersenyum mendengar cerita ibunya. Ibu ni memang suka cerita perkara yg memalukan di depan tetamu. sabar jelah.

Manakala Ainul pula baru keluar daripada tandas.

"Ainul..buat apa lagi di dapur tu..mari ke sini." Ainul mengintai di ruang tamu. Kelihatan anak puan Umi sudah balik. Tapi kenapa dia pula mesti rasa berdebar-debar. Haihsshh..

Dengan penuh debaran Ainul pun melangkah ke hadapan. Dia tersenyum saat sampai ke hadapan.Tempat di sisi puan Ramlah di ambil.

"ini anak kedua saya. Ainul.." Ainul hanya tersenyum memandang puan Umi.
Tapi saat dia bertentang mata dengan anak puan Umi, dia tersentak. Dia terkejut besar. Serta merta hatinya berdegup kencang.

"Ainul?" sebut Alif tak percaya. Dia memandang Ainul tanpa berkelip. Betul ke ini insan yang berjaya mencuri hatinya.

"Alif." tanpa sedar Ainul telah menyebut nama Alif.Tak sangka mereka akan dipertemukan lagi.

"korang dah kenal ke?" soal puan Umi.
Ainul tersenyum. Alif mengangguk kecil.

Puan Ramlah dan Puan Umi saling berpandangan. Kemudian mereka tersenyum. Tak sangka anak mereka lebih cepat bertindak daripada mereka. Mungkinkah itu jodoh mereka?

*****
" Tak sangka kita akan dipertemukan lagi.." suara Alif tanpa menoleh melihat Ainul.

Ainul mendongak melihat langit malam. ya..dia sendiri juga tak sangka. Malah dia yang berusaha untuk lupakan Alif. ya dia juga mengaku yang dia sudah menyukai Alif. Perasaan itu hadir tanpa dia sedari.

Alif bergerak menuju ke arah Ainul yang sedang leka memandang ke arah langit. Alif tersenyum.

Dulu dia pun suka buat begitu saat dia ada masalah atau fikir kan sesuatu yg sukar. Tak sangka Ainul pun suka lakuakn begitu.

" Ainul.." panggil Alif selepas 5 minit keadaan sepi.

Ainul yang baru tersedar itu menoleh melihat Alif. Dia tersenyum malu. Macam mana yang aku boleh berangan terlebih pulak. Buat malu je dengan dia ni.

" boleh saya tanya sesuatu?" soal Alif. Ainul hanya mengangguk.

" awak sudah berpunya ke?" Ainul tersentak. Apa punya soalan tu?

"kalau ada?" sengaja Ainul cuba menguji Alif.Sebelum ni dia yang selalu usik aku. Jadi  giliran aku sekarang.

Alif mengeluh hampa. Kalau benar Ainul sudah ada yang punya, dia tak patut masuk campur lagi.

"kalau pula saya kata tiada?" sekali lagi Ainul cuba menguji Alif.Dia dapat kesan riak kecewa daripada Alif. Adakah Alif turut menyukainya?

"yang mana satu sebenarnya ni?" soal Alif tak puas hati. Nak main-main pula dia ni. Mujur kau ni comel dan aku suka kau. Kalau tidak memang dah lama kena dengan aku.

Ainul hanya menjongket bahu. Dia tersengih lalu masuk ke dalam rumah. Biarkan Alif dalam keadaan yang terpinga-pinga.

" minah ni kan? hisshh..."
****
Ainul membulatkan mata saat melihat perbuatan Alif yang tdak senonoh itu. Tak padan dengan budak kecil.

"eh..awak ni kalau nak makan tu biarlah sopan sikit."tegur Ainul.

Alif menghentikan suapan lalu mendongak melihat Ainul yang dalam keadaan amarah itu. Mujur keluarga mereka berada di luar ketika itu.

"kenapa?" soal Alif selamba.

" awak makan serupa budak kecil tahu tak. Kalau ye pun awak nak cepat, makanlah perlahan-lahan. Ni tak..terus perlahap apa yang ada didepan mata. tak senonoh betul" bebel Ainul.

Kalau dah dasar lelaki tu memang lelakilah. Ainul mendengus tak puas hati. Nak makan  pun tiada selera.

Alif tersengih melihat reaksi Ainul. Tapi comel.

" ada orang kata kalau seseorang tu tegur kita maknanya orang tu sayang kita dan ambil berat pasal kita." Ainul tersentak. Apa yang dia mengarut tu.

" jadi awak sayang saya ke?" Alif cuba mengusik Ainul yang pipinya sudah kemerahan itu.

" dan awak ni tak perlu pakai blusher pun tak apa sebab pipi awak dah sedia merah dah." sambung Alif lagi. semakin galak dia mengusik Ainul.

Ainul jadi kelam kabut. Kurang ajar dia ni..haishh..tak sukanya aku.Macam mana aku boleh jatuh cinta dekat mamat ni tak taw. erk...

" ermm..apa-apa pun awak tetap comel. Saya pergi kerja dulu ye.. jangan lupa masak sedap-sedap taw. Masaklah gulai ikan tempoyak. Itu favourite saya taw.. hehe.."

Terus Alif keluar daripada rumah. Sebelum itu dia sempat luahkan kepada Ainul 'saya sayang awak' dalam bahasa korea. Entah Ainul faham atau tidak. Seronok juga buli Ainul tu.

Ainul terlopong mendengar ucapan Alif sebentar tadi.

'bukan ke saranghe dalam bahasa melayu sayang. dia sayang aku?OH MY GOD!'

*****
Hampir Ainul menjerit ketakutan saat mulutnya ditekup seseorang.

" Ini sayalah. Alif.." Alif melepaskan tangannya daripada menekup mulut Ainul. Sikit-sikit nak jerit. Apalah!

Ainul mengurut dadanya perlahan. Buat aku lemah semangat je. Dahlah pagi-pagi buta pula tu. Mau pencuri yang tangkap aku tadi macam mana? buat naya je.

"awak ni pun satu. Suka buat saya terkejut. Yang awak datang ke dapur ni kenapa?" soal Ainul selepas dapat kawal diri. Mana taknya, sedang elok dia nak minum air. Dia dapat rasakan sesuatu di belakang dia. Jadi dia tolehlah belakang. Tapi tak sangka mulutnya ditekup. Memang nak cari nahaslah Alif ni.

" buat apa? Ikut suka sayalah. Bukan ke ini rumah saya." Ujar Alif selamba.

Ainul mengetap bibir. Bencinya aku.

" Anyway...saya cuma nak pesan jangan selalu sangat keluar bilik pada waktu pagi-pagi buta macam ni."

Ainul mengerutkan dahi.

" Asal?" soal Ainul pelik. Alif senyum jahat. Kemudian dia rapati Ainul dan membisikkan sesuatu di telingannya.

" ada benda yang menakutkan akan muncul. Macam lipas or benda halus." bisik Alif lalu tersengih.

Ainul dah jadi takut. Meremang bulu romanya saat itu. Alif dah keluar dari dapur. Tinggallah dia keseorangan.

"Awak..jangan tinggalkan saya sorang-sorang kat sini. Takutlah.." panggil Ainul sambil memerhati sekeliling. Dia cuba menggapai apa saja yang ada tapi dia tersentak saat tersentuh satu benda yang sangat lembut.

' apa ni?' Ainul tak jadi menoleh apabila mendengar sesuatu yang pelik.

" Tolonglah..tolong pergi. Jangan ganggu aku." Ainul memohon.

Alif hampir nak ketawa melihat Ainul. Tapi tak sampai hati pula. Lantas di biarkan Ainul begitu. Tapi kasihan pula.

" Ainul..awak okey?" soal Alif lalu membuka lampu. Dia ingatkan tak mahu buka sebab lampu di ruang tamu sudah mencukupi. Tapi bila melihat Ainul macam tu, jadi kasihan pula.

Ainul tersentak lalu dia pantas memeluk Alif. Perlakuan dia tanpa sedar itu buat Alif turut tersentak.

" jangan tinggalkan saya. Saya takut." Ainul memejam matanya rapat.

Alif tersenyum.

" jangan risau. awak tak apa-apa." Ainul tersedar. Pantas dia meleraikan pelukan. Alahai! Aku buat kesilapan lagi.

" Awak okey?" Ainul mendongak melihat Alif. Dia hanya tersenyum.

" kalau begitu saya pergi dulu. Dan terlupa nak beritahu yang awk pijak sesuatu." Alif beredar dari dapur. Sengaja dia memperkenakan Ainul Haha..Jahat kau Alif.

Ainul menggigil kesejukan sedangkan tak sejuk pun. Dia takut apabila Alif kata begitu.

" Alif!!" Ainul menjerit apabila  dia mendapati tiada apa-apa pun bawah kakinya. Kureng kau Alif. Tak guna!

Alif sudah terkekek ketawa di hadapan. Terguling-guling dia di atas karpet itu. Hahaha... Kelakar... Kau berjaya buat aku ketawa Ainul!

****
Ainul memandang sekeliling halaman rumah puan Umi itu. Hari ini dia perlu pulang ke Taiping selepas hampir seminggu dia dan mamanya berada di sini. Segala urusan mamanya pun telah selesai. Jadi buat apa nak duduk di sini lagi.

Ainul jadi tersenyum sendirian saat teringatkan Alif. Dalam seminggu itu juga, Alif tak pernah serik mengusik dan membulinya. Malah ucapkan kata-kata yang romantik dalam bahasa korea di mana hanya antara mereka berdua saja faham.

Walaupun Alif sedikit nakal tapi dia baik. Itu yang buat Ainul jatuh cinta akan Alif. Tapi dia rasa berat pula untuk meninggalkan tempat ini. Bagaikan dah sebati dalam kehidupan sehariannya.

Ala..Ainul..bgtaw je yg kau tak mahu tinggalkan Alif. Ainul tersenyum lagi. Selepas dia puas memerhati sekeliling, dia pun memusingkan badan untuk masuk ke dalam rumah tapi lain pula yang dia rasakan.

Alif berada tepat dibelakangnya tanpa bergerak atau memberi ruang kepada Ainul.

"apa awak ni..tepilah.." arah Ainul lembut. Tapi Alif langsung tak hiraukan.
Wajah Alif saat ini sangatlah serius. Ainul jadi tertanya-tanya.


" awak kenapa?" akhirnya keluar juga suara Alif.

" saya? kenapa dengan saya?" soalan dibalas dengan soalan.

Alif menarik tangan Ainul tanpa sempat dia menghalangnya. Alif menarik Ainul ke taman  milik ibunya.

"lepaskan saya.." arah Ainul apabila Alif masih enggan melepaskan tangannya walaupun dah sampai di taman.

"maaf.." Alif merenung Ainul sedalam-dalamnya. Kalau boleh dia tak mahu Ainul meninggalkan dia. Dia rasa berat hati untuk membenarkan Ainul pergi. Tapi Ainul bukan ada apa-apa ikatan dengan dia pun. Malah mereka bukanlah pasangan kekasih pun.

Alif mengeluh hampa. Dia masih tak berani nak luahkan perasaan dekat Ainul. Dia jadi takut kalau Ainul tak menerimanya. ARGH! dont think negative Alif!
Ainul membalas renungan Alif. Dia tak faham apa yang Alif nak. Tapi dia dapat rasakan yang Alif ingin memberitahunya sesuatu.

"awak ada apa-apa nak beritahu saya ke?" soal Ainul.

"sa..saya..saya.." saya cintakan awak! tapi kata-kata itu hanya terluah dalam hatinya. Alif jadi geram pula kerana suara dia tersekat-sekat saat nak luahkan perasaan. Masa ni jugalah nak gabra pun. huh!

Ainul masih menanti kata-kata yang akan keluar daripada mulut Alif. Entah mengapa dia sangat berharap yg Alif akan luahkan perasaannya. argh! aku tak boleh terlalu mengharap. Mungkin dia hanya nak ucapkan selamat tinggal.

"Ainul..jom kita gerak!" suara puan Ramlah mematahkan semangat mereka berdua.

Alif langsung tak berkata apa-apa. Ainul pula mengeluh hampa.

Elok sangatlah tu. Dua-dua ego. Masing-masing tak mahu mengalah dan luahkan perasaan.Biar sampai berkulat baru nak beritahu.

" saya pergi dulu.Kalau awak nak jumpa saya atau nak kata sesuatu kat saya. Just pergi je Taiping. Mana tahu kita akan dipertemukan di tempat pertama kita berjumpa."ujar Ainul sambil tersenyum.

Alif hanya mengangguk. selamat tinggal Ainul!

*****
" elok sangatlah tu. seorang macam ni..seorang lagi macam tu..'
Muncul Puan Umi bersama secawan kopi lalu diberi kepada Alif. Baru 5 minit Ainul pergi. Alif sudah monyok. Puan Umi tergeleng-geleng melihat anaknya itu. perangai macam budak-budak.

"Alif..kamu sukakan Ainul?" soal puan Umi.

Tanpa sedar, Alif mengangguk. Dia terlalu leka mengacau kopi sampai tak perasan akan soalan yang ditanya ibunya.

"kamu cintakan dia?" soal puan Umi lagi apabila macam tiada reaksi daripada Alif.

Alif menganguk lagi. Tapi sesaat kemudian dia baru tersedar yang ibunya
hanya mempermainkannya.

"ibu..erk.."Alif tergaru-garu kepalanya yg tidak gatal itu. wajah ibunya direnung.

"kamu nilah. Kalau dah tahu suka tu bgtaw lah dia. Yang kamu pendamkan perasaan tu buat apa.Ibu pelik taw tak tengok kamu. Dua-dua dah saling sama suka. Tapi tiada sesiapa pun yg mulakan dahulu. Kalau Ainul tu lain lah sebab dia perempuan. tapi kamu?"

Alif hanya mendengar. Dia tahu dia salah. Tapi nak buat macam mana. Suara tak mahu keluar.

"ibu nak kamu pergi kejar mereka. Masih sempat lagi.Jangan menyesal dikemudian hari sudah." arah puan Umi lantas masuk ke dalam rumah.

Selepas mendengar kata-kata ibunya, Alif masuk ke dalam rumah dan meluru ke arah ibunya. Ibunya dipeluk.

"terima kasih ibu..Alif akan pergi." bergegas dia keluar dan menuju ke kereta.

Tunggu aku Ainul!

Puan Umi tergeleng-geleng. Tapi dia berharap anaknya akan bahagia.

*****
Asyik-asyik toleh belakang. Ainul sudah naik lenguh dah. Tapi apa boleh buat.
Dia berharap sangat yang Alif akan mengejarnya. Tapi sampai saat ini Alif belum muncul. Lagipun lagi 10 minit je nak bertolak.

Ya Allah.. kalau benar kami ada jodoh, satukanlah kami.

Ainul menoleh buat kali terakhir ke belakang. Tapi hampa apabila kelibat Alif masih tiada. Pengumuman sudah pun dibuat. Dia perlu naik bas sekarang. Mamanya usdah lama naik. Baru satu anak tangga Ainul melangkah,, dia seperti terdengar namanya dipanggil.

"Ainul!" Ainul pantas menoleh. Dia tercari-cari dari mana suara itu datang. Dia turun daripada melangkah.

" Ainul!" Alif hampir nak pitam apabila kelibat Ainul masih belum dijumpai.

" Ainul!"

Ainul terpaku pada pandangan seorang lelaki yang sedang mencari seseorang. Siapa lagi kalau bukan AliF. Ainul tersenyum. Ternyata kami ada jodoh. Ainul tidak jadi melangkah apabila ibunya memanggil. Jadi dia perlu maklumkan kepada ibunya terlebih dahulu.

"Ainul...awak di mana?" Alif memerhati sekeliing stesen bas itu. Tapi kelibat yang dia kenal belum kelihatan. Adakah mereka sudah pergi? ya Allah...

Alif terduduk di satu kerusi kosong. Dia meraup rambutnya. Adakah ini penamatnya?

Bodoh! Kau memang bodoh Alif. Kalaulah aku luahkan dari awal. Mesti
tak jadi begini.


Ainul kembali menjejak ke arah Alif selepas mendapat persetujuan dari ibunya. Malah Puan Ramlah sendiri yang arahkan Ainul turut luahkan perasaan sebenar. Ainul tersenyum melihat Alif yang bagaikan cacing kepanasan itu.

Dengan debaran Ainul mendekati Alif.

"Alif.." panggil Ainul. Alif mendongak.

" awak buat apa kat sini?" soal Ainul apabila Alif masih dalam keadaan shock. Alif bangun dan menghadap Ainul. Benarkah di hadapnnya ini AInul?

" betul ke ni Ainul?" soal Alif sambil memandang Ainul tanpa berkelip.
Ainul tersenyum lalu membuat anggukan kecil. Tak sangka Alif jadi macam ni.

"Alhamdulilah..saya ingat awak dah pergi." Ainul tertawa kecil.

" mana mungkin saya pergi selagi belum dapat jawapn yg pasti dari awak.Awak lah yang buat saya tertanya-tanya  sekarang." luah Ainul.

Alif merenung Ainul dengan dalam. Sekarang adalah masa yg sesuai untuk aku luahkan segalanya.

"Ainul..saya nak beritahu awak sesuatu." Alif meneguk air liur. Habis berpeluh badannya saat ini. Macam nak pergi jawab soalan SPM pula. Sedangkan nak luahkan tiga perkataan je pun.

Ainul menanti dengan sabar. Cepatlah Alif!

"saya...saya.."Alif meramas jarinya.

Ainul menjongket kening. Masih menanti dengan sabar. Lambat sungguh lah mamat ni.

"saya..saya..erk.." Alif masih tidak dapat luahkan walaupun sudah dicuba.
Ainul dah naik geram dengan Alif.


"saya apa? saya cintakan awak? gitu?" Alif terlopong mendengar apa yang diperkatan Ainul. Haih malulah.

"saya..saya..ya saya cintakan awak." fuh! Alif menghembus nafas lega. Akhirya keluar juga tiga perkataan keramat tu. Yang Ainul pula nak ketawa melihat kepayahan Alif meluahkan perasaan.

"so?" Alif menyoal kembali. Adakah aku akan ditolak?

Ainul berpaling ke belakang. Dia melihat puan Ramlah sambil tersenyum. Perlahan-lahan puan Ramlah melangkah ke arah mereka.

"Ainul." Alif sudah gabra. Takkan dia tak terima aku? erhh..

" Alif.." Ainul kembali menghadap Alif.

"awak kena tanya mama saya dulu. Kalau mama saya beri restu baru saya terima cinta awak." ujar Ainul lantas menarik puan Ramlah ke sisinya.

Alif terteguk air liur. Bertambah gabralah dia.

"makcik.. saya Alif amat cintakan Ainul.Kalau boleh saya nak dia jadi isteri saya. Jadi sebelum dia jadi isteri saya, saya nak minta restu makcik. Bolehkah Ainul berkahwin dengan saya?" Alif terteguk air liur. fuh! lancar pula aku terangkan tadi.

Puan Ramlah tersenyum melihat dua insan yang berada di hadapannya. Dia memang sudah agak dari awal yang mereka berdua memang ada jodoh.

"Ainul..adakah kamu turut meincintai Alif?" soal puan Ramlah. Ainul membuat anggukan kecil lalu menunduk memandang lantai. Malu nak tengok wajah Alif.

Alif sudah mengorak kegembiraan dalam hati. Tak sangka Ainul turut mencintainya.

"baiklah..makcik terima kamu Alif. makcik harap kamu dapat jaga anak makcik baik-baik." sempat puan Ramlah sampaikan pesan.

Alif dan Ainul saling berpandangan. Kemudian mereka tersenyum bersama. Lega kerana ibu Ainul beri restu.

"mama nak kena balik semula ke rumah puan Umi. jadi korang pandai -pandailah balik ke sana semula. Kalau nak balik Taiping memang tak boleh. Dah terlepas pun bas."

Ainul dan Alif tersengih mendegar bebelan puan Ramlah.. Tanpa membuang masa puan Ramlah melangkah pergi dari situ bersama senyuman.

"terima kasih."ucap Alif. Ainul tersenyum  manis ke arahnya. Terima kasih juga aku ucapkan.

" satu je yang saya nak beritahu awak sekarang."

"kejap.. saya pun  nak beritahu yang awak ni pengecut." ujar Ainul dengan sengihan nakal. Alif terlopong tapi dia tersenyum. Senyuman jahat.

"awak comel sangat! nak picit pipi awak tu boleh?" pinta Alif dengan senyuman nakal.

Ainul mengigit bibir. Tanpa sebarang amaran pinggang Alif di cubitnya.

"padan muka! saya tak nak beri awak picit pipi saya selagi tak sah. Dan awak pngecut. werkk!" Ainul terus lari dari situ sambil ketawa akan reaksi Alif.

"oh.. nak lari ye..Ainul tunggu! Awak tidak akan dapat lari dari saya."

Alif terus mengejar Ainul dengan perasaan yang sukar untk digambarkan saat ini.Mereka berharap kegembiraan ini menjadi milik mereka.

~Tamat~

4 comments :

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers