sempat nak buat prolog. Jadi enjoy.. ^^
Perutku yang kian membesar itu ku usap perlahan. Ya Allah tak
sabarnya nak sambut kelahiran anakku ini. Aku tersenyum saat teringat kenangan
dulu. Iaitu pada waktu aku dan suami mendapat berita mengejutkan.
Uwek! Uwek!
Ya Allah.. kenapa pula ni. Asyik rasa loya je. Leherku di
usap perlahan. Tersilap makan ke atau
apa? Dah lah penat tetibe je. Haduhh…
“ Ya Allah sayang. Kenapa ni?” muncul suamiku dengan muka
cemasnya. Pantas aku di pautnya sebelum aku jatuh rebah. Aku di bawa ke katil.
“ entahlah bang. tiba-tiba rasa loya. Pening dan tadi muntah-muntah.
Takkan silap makan.” Jelasku perlahan.
“ kita ke hospital?” cadangnya. Aku menggeleng perlahan.
“ tak usahlah. Nanti baiklah ni.” Tolakku. Aku kembali rasa mual. Pantas aku masuk ke dalam bilik
air. Habis segala isi dalam perut terkeluar.
Terasa usapan di belakangku.
“ abang tak kira. Kita ke hospital.” Arahnya tegas. Aku hanya
mampu menurut. Lagipun aku sudah tak sanggup rasa mual macam ni.
“ APA?”
Doktor tersenyum lebar saat memberitahu kami perkara yang
kami tidak jangka.
“ Betul. Tahniah kerana Puan Misya telah mengandung dan
kandungan tu sudah mencecah dua bulan.”
Aku menekup mulut. Ya Allah. Alhamdulilah..
“ Terima kasih doctor. Misya… tak lama lagi abang akan jadi
ayah dan sayang akan jadi ibu.” Aku mengangguk lantas tersenyum.
“ Yuhuu…”
Hentakan dari perut menyedarkan aku dari lamunan. Tiba-tiba
teringat pula. Yang paling lawak adalah muka suamiku pada masa tu. Kelakar sangat.
Aku mengerutkan muka saat merasakan hentakan kuat dalam
perut. Nakal sungguh anak aku ni.
“ eh? Sayang.. kenapa ni?” muncul suamiku. Aku tersenyum.
“ anak abang ni… nakal sangat. Tak sabar-sabar nak keluar
agaknya. Lagipun beberapa hari je lagi.” Ujarku sambil mengusap perut.
“ agaknyalah sebab ayahnya ni pun tak sabar juga.” Dia tersengih nakal.
“ Argh!” Ya Allah. Sakitnya aku rasakan sekarang. pantas
tangan suamiku digenggam kuat.
“ Ya Allah. Kenapa ni sayang?” soal dia cemas. Aku menggeleng
perlahan.
“ sakit bang… sakit sangat.” Luahku dalam kepayahan.
“ Ya Allah sayang… air ketumbar sayang dah pecah. Sayang nak
bersalin ni.” Aku mengetap bibir sekuat hati.
“ tunggu jap. Abang naik atas ambil barang. Ambil tudung
sayang sekali.”
Aku melihat dia melangkah naik atas dan tak sampai seminit dia
kembali turun.
“ abang! Sakit!” jeritku kepadanya. Ketika ini aku sudah
berada dalam hospital.
“ sabar sayang… nurse.. cepat sikit bawa isteri saya ni. Dia
sakit tu.”
“ Argh!”
Ya Allah… aku hanya mampu berserah . Semoga anakku selamat di
lahirkan.
~ Bersambung ~
P/S: Simple kan? prolog je.. suspen tak? kalau sesiapa dah baca sampai bab 24 ni.. mesti anda akan tertanya-tanya siapa akan kahwin dengan Misya. Benarkah Aidil or salah seorang lagi watak hero akan muncul.
siapa? Tunggu dan baca. ^^
No comments :
Post a Comment