Seperti yang aku katakan semalam. Pagi ini aku ingin
pastikan adakah betul mamat hensem tu yang beri surat ini kepadaku. Aku harap
juga Aidil tak salah faham lah.
Sampai saja aku dan Dila di kelas. Aku melihat Dila
agar dia dapat tolong aku. Dia hanya tersenyum lalu membuat anggukan kecil.
Aku dan Dila bergerak ke tempat kami. Seperti biasa
juga. Sebelum Prof datang. Kami akan membaca buku.
Apa yang aku akan buat adalah, pura-pura membaca buku.
Dila di sebelah menjeling-jeling sama ada mamat tu ada di belakang atau pun
tida. Aku harap ada.
“ Misya..itu pun dia.” Aku mendongak.
“ di mana?” soalku.
“ tengok di pintu masuk.” Aku terus melihat ke situ
seperti apa yang Dila katakan tadi.
Aku tersentak. Sah! Memang sah! Mamat hensem tu. Tak
sangka aku.
“ betul ke?” persoalan Dila buat aku tersedar.
“ Sah Dila. Mamat yang aku pernah kata hensem tu. Dia
lah orangnya.” Ujarku sambil melihat mamat tu. Agaknya apa nama dia.
Sedang ralit aku memerhati kan dia. Mata kami
bertembung seketika. Sedar aku kantoi dengan dia. Aku pantas mengalihkan
pandangan ke arah lain. Memang tidak dapat aku nafikan yang dia tu boleh tahan
hensem. Tapi Aidil aku bertambah hensem. Che wah… perasan kau…
“ weh..dia datang.” Ujar Dila lalu menyiku tanganku.
Ya Allah Dila ni. Macam dia yang salah. Sedangkan aku
yang sepatutnya gelabah. Bukan dia. Apalah…
“ Assalamualaikum.” Ucap mamat hensem tu. Aku
tersenyum. Permulaan yang baik.
“ waalaikumussalam.” Balasku. Mujur juga Prof belum
datang.
“ awak ada dapat surat?”
“ dah.. jadi awak yang beri?” dia hanya mengangguk.
“ terima kasih kerana ingin menjadi kawan saya. Saya
sangat hargai itu.” Ucapku dengan senang hati.
“ sepatutnya saya yang berterima kasih kerana awak
sudi terima saya sebagai kawan. Saya harap kita dapat jadi kawan yang baik.”
Aku tersenyum.
“ insya-Allah.” Ucapku bersama senyuman.
Selepas itu, dia pun beredar. Aku menepuk dahi.
“ kau ni pehal?” soal Dila.
“ aku ni pun. Perkara kecil tu pun boleh lupa. Aku
terlupa nak Tanya nama dia lah.” Dila tertawa kecil.
“ Misya…Misya.. kata kawan konon. Tapi nama dia pun
kau boleh lupa nak Tanya. teruk betul.” Aku mencebik.
“ tak sengaja lah.”
“ eleh.. nanti selepas kelas ni habis. Kau Tanya je
lah.”
“ segan pula..” ujarku sambil tersengih. Dila buat
muka geram.
“ ok-ok. Aku akan pergi Tanya.” ujarku mengalah. Macam
dia yang nak berkawan dengan mamat tu. Sedangkan aku. Huhu…
*****
Ermm…erm…erm… haih.. perlu ke aku Tanya dia. Seganlah.
“ kau tunggu apa lagi. Semua dah balik.” Ujar Dila
sambil berkemas. Aku ketap bibir.
“ yelah…” aku mengalah. Aku tak boleh dan segan nak
Tanya dia. Biarlah dia yang beritahu sendiri. Itu lebih baik. Kan?
“ Misya…” aku dan Dila menoleh ke belakang. Ternyata
mamat hensem tu.
“ boleh kita pergi makan? Saya belanja.” Aku
tersentak. Makan? Bersama?
Aku memandang Dila meminta kepastian. Dia hanya
menjongket bahu. Apa jawapannya itu.
“ erk..Dila sekali ya..” pintaku. Aku tak nak nanti
Aidil akan salah faham.
“ boleh.. nanti saya tunggu di kafe ya.” Aku hanya mengangguk
dan biarkan dia pergi.
“ kenapa kau setuju?” soal Dila. Aku mengeluh.
“ bukan tak mahu tolak. Tapi tak sampai hati. lagipun
aku kan kawan baru dia. Relakslah. Kau kan
ada.” Dila hanya mencebik.
Kami keluar menuju ke kafe. Sekejap pun jadilah. Lagipun
aku ada banyak kerja yang perlu di selesaikan saat ini.
“ Misya!” laungan seseorang buat langkahku dan Dila
terhenti. Aku menoleh ke belakang.
“ erk..awak…” rupanya Aidil. Jantungku kembali
berdegup kencang. Tengoklah. Setiap kali berhadapan dengan dia. Pasti aku akan
berasa lain dan tidak serba kena. Yalah.. rasa suka ada.
“ awak sudah baca surat yang saya beri semalam?” aku
tersentak. Alamak! Aku terlupa.
Aku tersengih ke arahnya.
“ maaflah awak. Saya terlupa. Lagipun saya banyak
kerja semalam. Balik nanti saya baca erk..” mohonku dengan muka merayu.
Dia tergeleng-geleng dan tersenyum.
“ awak ni lah. Yelah. Tapi selepas awak baca, awak
hantar message ya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”
“ waalaikumussalam.” Jawab aku dan Dila serentak.
“ haih Misya.. kau berahsia dengan aku Nampak.” Ujar
Dila sambil menjeling. Aku tersengih.
“ bukan tak nak beritahu. Tapi bukan masa yang sesuai
lagi untuk aku beritahu kau. Bawa bersabar ya..” Dila hanya mencebik. Maafkan
aku kawan. Masih terlalu awal untuk aku beritahu segalanya.
“ tapi nanti beritahu ya..” ujarnya. Aku tersenyum.
“ ya.. jomlah. Nanti mamat tu tunggu pula.”
“ok.”
~ Bersambung~
No comments :
Post a Comment