“ senyum je.. kenapa ni? Dah angau
ke?” aku menjelingnya tajam.
“ perli Nampak. Salahkah. Aku senyum
terlampau ke?” soalku. Anggukan dia buat aku cubit lengannya. Padan muka!
“ hei… kenapa ni? Tahu cubit je.
Sakit tahu tak!” ujarnya tidak puas hati. aku mencebik.
“ siapa suruh kata macam tu tadi.
Sudahlah malas nak layan.” Aku bangun lalu berlalu masuk bilik rawatan ayah.
Lagi lama aku layan si Azfar tu. Lagi teruk aku di buatnya.
Apabila aku masuk ke dalam. Kelibat
ayah yang sedang tersenyum ku lihat dengan rasa gembira. Mujurlah ayah sudah
sedar dan mampu tersenyum. Jadi aku bolehlah balik Perlis dengan tenang.
“ Misya..” panggilan mak buat aku
tersedar dan berlalu ke mak.
“ nanti kamu balik dengan abang Shah
ya” aku hanya mengangguk.
“ mak, abahh dan ibu keluar dulu.
Nanti bila abang Shah kamu sampai, kami beritahu.” Aku mengangguk lagi.
Selepas mereka beredar, aku mengambil
tempat di kerusi yang disediakan.
“ ayah rasa macam mana?” soalku.
“ alhamdulilah. Terima kasih kerana
datang melawat ayah.” Aku tersenyum.
“ kan Misya ni anak ayah.” Ujarku.
“ Misya. Ayah nak minta maaf. Ayah
tahu perbuatan ayah salah dan sangat teruk bagi seorang ayah macam ayah ni.
Minta maaf ya..” aku menggeleng.
“ ayah jangan cakap macam tu. Misya
pun bersalah juga. Misya sudah lama maafkan ayah. Cuma sebelum ni Misya masih
belum dapat terima semua ini. Tambahan pula semuanya berlaku dengan serentak.
Misya pun ingin minta maaf. Maafkan Misya?” pohonku.
“ kamu tak salah Misya. Ayah tak
salahkan kamu dan ayah sudah lama maafkan kamu.” Aku tersenyum gembira.
“ terima kasih ayah. Mulai hari ini,
Misya akan cuba terima keluarga ayah dalam hidup Misya. Tapi Misya harap ayah
tak marah.”
“ taklah. Misya pun perlukan ruang.
Ayah tak akan mendesak kamu.”
“ nanti Misya nak balik Perlis. Misya
harap ayah jaga kesihatan. Tahu?” pesanku. Anggukan ayah buat aku tersenyum.
Selepas bersalaman dengan ayah, aku
menuju ke luar. Sudah tiba masanya untuk aku pulang.
“ sudah?” soal mak. Aku tersenyum
lalu mengangguk.
“ baguslah. Shah tunggu kamu di
bawah. Pergilah. Ingat nanti sampai telefon mak. Ya?”
“ baik mak. Misya pergi dulu.” Tangan
mak dan ibu aku aminkan.
“ hurmm… nak salam gak..” pintaku
kepada Azfar sambil tersengih.
“ ingatkan tak ingat dah kat kita
ni.” Aku tersengih dan bersalaman dengannya.
“ alah kau ni. Merajuk terlebih pula.
Nanti aku belanja kau erk..” pujukku.
“ betul ni? Bila?” aku tersengih
sambil mengenyit mata.
“ tahun depan malam raya.” Ujarku
lalu berlari apabila Azfar ingin mengejar.
“ hati-hati!” sempat juga dia
laungkan. Aku hanya tersenyum.
Sampai saja di bawah, aku
mencari-cari kelibat abang Shah.
“ mana pula perginya dia ni. Dahlah
panas terik ni.” Rungutku sambil memandang sekeliling.
“ cari saya ke?” aku menoleh ke
belakang.
“ sudah tahu bertanya pula dia.
Cepatlah orang nak balik.” Ujarku.
“ abang nak Tanya sikit boleh?”
soalnya ketika kami sedang berjalan menuju ke kereta.
“ Tanya je..”
“ Misya dah boleh terima abang ke
sebagai abang tiri Misya?” langkahku terhenti.
“ abang… boleh tak kalau buat masa
ini kita lupakan dulu soal itu.” Pintaku lalu kembali berjalan.
“ ok fine. Abang tidak akan cakap
tentang itu lagi.” Aku tersenyum sahaja. Bukannya aku tak terima. Cuma masih
perlukan ruang untuk bernafas dulu. Baru boleh.
*****
Tepat pukul 11 pagi. Aku sampai di
UITM. Seketika tadi dan sekarang, aku langsung tidak bercakap dengan abang
Shah. Ada lah dua tiga patah. Tupun Cuma ya atau tidak. Hehe…
“ Misya nak pergi mana selepas ni?”
soal abang Shah apabila kami sudah berada di tempat letak kereta.
“ Misya kena balik hostel. Terima
kasih kerana sudi hantar dan ambil Misya. Pergi dulu.”
Aku terus keluar dari kereta dan
menuju ke hostel perempuan. Aku takut juga kalau siapa-siapa yang Nampak aku
dan abang Shah. Aku takut kalau ada yang tersalah faham. Tak nak kalau begitu.
“ Misya!” aku berhenti daripada terus
berjalan. Tapi aku tidak menoleh.
“ maafkan abang jika perbuatan kami
buat Misya marah. Abang harap selepas ini perhubungan kita seperti pertama kali
kita berjumpa.” Ujarnya dan buat aku terharu.
Begitu sukar untuk aku marahkan
mereka lama-lama. Lagipun mak berpesan kepada aku yang kita tidak boleh simpan
dendam atau marah lama-lama. Nanti jadi bahaya. Aku ingat pesan mak itu. Jadi
itu yang aku beransur-ansur untuk terima mereka dan maafkan mereka.
“ Insya-Allah..” ucapku perlahan dan
teruskan langkah. Aku hanya mampu berdoa.
“ Misya… ada orang nak jumpa kau di
depan pintu pagar hostel.” Maklum Syifa.
Aku yang sedang membaca mendongak ke arah Syifa.
“ siapa? Malam dah kan?” Syifa hanya
menjongkit bahu.
Siapa pula ni? Dahlah hampir pukul 10
malam ni. Gila kea pa nak jumpa malam-malam macam ni. Kejap lagi aku tumbuk
kang… naya..
“ lelaki ke perempuan?” soalku lagi.
“ lelaki. Sebab aku Nampak dari jauh
macam lelaki. Kalau perempuan mesti dia masuk dah.”
Lelaki? Who that’s. semakin banyak persoalan nampaknya.
“ jom teman aku.” Ajakku.
“ kau ajaklah Dila. Aku ada kerja ni.
Assignment belum siap ni.” Aku melihat Dila.
“ Dila. Please..temankan aku.”
Pohonku dengan muka kesian. Dia memandangku tanpa reaksi.
“ ok fine! Aku pergi sendiri. Kalau
berlaku apa-apa jangan cari aku.” Ujarku tegas dan menyarungkan tudung.
“ alah..merajuk lah pula cik Misya
ni. Yelah. Aku temankan.” Aku mencebik. Saja je nak kenakan aku.
Sampai saja aku dan Dila di bawah.
Aku dapat lihat dari jauh kelibat seorang lelaki yang sedang berdiri di luar
pintu pagar hostel. Siapa itu?
“ aku tunggu kau di sini.” Ujar Dila.
Aku hanya mengangguk.
Aku teruskan langkah. Lebih kurang
lima langkah.
“ erk… awak nak berjumpa dengan saya
ke?” soalku ragu-ragu.
Apabila dia menoleh, aku tak dapat
lihat dengan teliti wajahnya. Tambahan pula dengan kegelapan malam ni. Cahaya
lampu pun tidak dapat tolong aku untuk melihat siapa insan yang berada di
hadapanku kini.
“ ya saya… saya ada surat untuk awak.
Nah..” aku mengambil huluran surat itu darinya.
“ saya macam kenal awaklah. Awak ni
Aidil ke?” soalku. Selepas aku dengar suara dia. Aku yakin itu Aidil.
“ pandai awak teka. Ya saya.” Aku
tersenyum. Walaupun dia tidak dapat lihat senyumanku, aku tahu dia dapat
rasakan.
“ awak bacalah ya. Saya perlu balik
dulu. Assalamualaikum.” Belum sempat aku ingin menanyakan sesuatu. Dia telah
pun beredar.
“ waalaikumussalam.” Surat yang
berada di tangan ditilik. Dia datang hanya ingin memberi surat ini. Tak boleh
tunggu esok ke.
“ macam mana?” soal Dila apabila ku
melangkah ke arahnya.
“ hanya beri surat. Jom..”
“ surat? Dari siapa?” aku tersenyum
dalam hati. macam mana aku nak beritahu dia ya. Masih belum tiba masanya untuk
aku beritahu dia.
“ aku tak berapa kenallah. Lagipun
wajah dia pun aku tak Nampak.” Nafiku.
“ mesti surat cinta. Beberapa hari
yang lalu kau pun ada dapat surat kan?” langkahku terhenti.
“ surat? Bila?” soalku. Betulke aku
ada dapat surat….
“ lupa pula dia. Ada.. sebelum kau
bergerak balik ke Penang tu.” Aku memetik jari.
“ haah…lah… entahlah. Aku tak ingat
langsung. Tapi aku letak mana pun tak ingat.” Ujarku lalu tersengih. Perkara
macam tu pun boleh kau lupa Misya. Teruk betul.
Beg yang berwarna hitam terus ku
capai. Aku selongkar dan aku tersenyum saat terjumpa sepucuk surat.
“ dah jumpa?” soal Dila. Aku hanya
mengangguk.
“ nak baca ke?” soalku kembali.
“ bacalah. Aku nak tahu juga. Syifa
kan?” Syifa hanya mengangguk. Mereka ni kalau nak tahu sesuatu memang cepat.
“ yelah..”
Perlahan-lahan aku membuka surat itu.
Bila je aku buka, aku jadi terpegun. Tulisannya terlalu cantik.
“ apa kau tunggu lagi. Bacakanlah.”
Suruh Dila.
“ sabarlah.” Aku menarik nafas
dalam-dalam dan hembuskannya.
“ Salam Misya… eh? Dia tahu nama
akulah.” Ujarku terkejut.
“ mestilah tahu sebab surat itu
ditujukan khas untuk kau.” Aku tersengih. Ya tak ya juga ya.
“ ok teruskan.”
“ maaf jika buat awak tertanya-tanya
akan surat ini. Saya tak berani nak beri kepada awak sendiri. Jadi saya hanya
meletakkan surat ini dia atas kerusi awak. Maafkan saya.” Aku tersenyum.
“ kau kira siapa dia ni?” soalku
kepada Dila dan Syifa.
“ manalah kami tahu. Tapi yang pasti
lelaki.” Aku buat muka seposen.
“memanglah lelaki. Dah tu takkan
perempuan nak bagi surat macam ni kowt. Siap saya dan saya segala.” Balasku.
Mereka berdua hanya tersengih.
“ sambung.. sebenarnya tujuan saya
menulis surat ini hanya ingin berkenalan dengan awak. Saya tahu awak tidak
kenal dan tahu saya pun. Ini kerana saya tidak memperkenalkan diri saya. Saya
hanya mampu melihat awak je. Saya ni bukanlah gentlemen sangat pun. Cheh… hebat
juga ayat laki ni.” Aku tertawa kecil.
“ ok apa. Sambung-sambung.” Aku
berdehem perlahan dan teruskan bacaan.
“ saya Cuma nak tahu jika saya dapat
jadi kawan awak. Kalau awak tidak sudi, awak boleh kembalikan surat ini di
tempat asal awak jumpa. Kalau sudi awak hanya perlu senyum saat masuk ke dalam
kelas. Cukup sekadar itu. Saya akan dapat tahu jawapan awak. Sampai di sini
sajalah ucapan saya. Akhir kata saya tunggu jawapan awak.”
Aku kembali menyimpan surat itu di
dalam beg.
“ sudah terlambat. Mesti dia fikir
aku tak sudi jadi kawan dia. Kan?” ujarku kepada Dila dan Syifa.
“ tak. Aku rasa tak. Kalau tidak
mesti kau dah letak kembali surat itu. Tapi ini tak. Jadi aku rasa dia terima jawapan
kau.” Aku hanya menjongket bahu.
“ kita tengok esok. Kita hanya perlu
buat seperti biasa. Tapi Dila. Kau perhati sama kalau ada seorang lelaki yang
suka pandang-pandang atau jeling-jeling aku.”
“ bukan esok. Tapi dah lama aku
perasan akan hal ini. Memang ada seorang lelaki yang perhati kau. Dah lama
dah.” Aku tersentak.
“ siapa?” soal Syifa setelah lama
berdiam diri.
“ aku tak tahu siapa. Tapi dia
tinggi, putih juga, rambut dia jenis stail macam korea. Tak terlalu panjang dan
rambut dia sedikit keperangan. Aku tak pasti sama ada asli atau perwarna.
Itujelah yang boleh aku beritahu kau.” Aku berfikir sejenak.
“ macam pernah Nampak je. Tapi aku
tak ingat di mana..”
“ hah!..” haishh.. kus semangat.
“ kau nil ah Dila.” Dia tersengih.
“ aku baru teringat sesuatu. Lelaki
ni pernah tegur kau. Lama dah. Masa tu tak silap aku hari pertama kita masuk ke
kelas.” Aku tersentak.
“ jangan-jangan…” takkan mamat yang
pernah aku kata hensem dan pernah sekali dia tegur aku pada malam aku menyanyi
tu. Takkan kowt…
“ apa kau ni?” aku tersenyum.
“ aku mungkin dah tahu siapa. Tapi
aku tak berapa nak pasti. Jadi kita tunggu esok.”
Aku rasa dia. Sebab dia pernah kata
ingin jadi kawan aku. Tapi aku harus ingat sesuatu. Aku ni kan bakal tunang
orang. Ingat tu. Huhu…
x sabar nk tahu peristiwa seterusnya,...teruskan... :)
ReplyDelete