Suasana sunyi seketika di antara mereka selepas Haikal
berkata demikian. Dahlia jadi diam. Terkejut sebenarnya.
“ Dahlia?” Haikal
pelik. Tiba-tiba Dahlia diam. Takkan dia marah? Aku ikhlas ni.
“ Awak minta saya jadi isteri dalam lakonan or?” Dahlia
mendongak melihat Haikal pinta kepastian. Ish! Aku ni pun. Takkan lah minta
dalam lakonan dah serius macam ni. Haiyaa!
Haikal tertawa kecil. Sampai ke situ dia fikir.
“ Awak faham maksud saya.” Hanya itu kata-kata terkeluar
daripada mulut Haikal.
“ Kenapa?” Soal Dahlia dengan kerutan di dahi. Pelik!
“ Awak tahu maksudnya. Kalau seorang lelaki meminta seorang
perempuan untuk jadi isterinya. Itu tak lain tak bukan lelaki itu mencintai
perempuan itu dengan tulus ikhlas dan dengan izin Allah.” Dalam satu nafas dan
dengan tenangnya Haikal menjelaskan kepada Dahlia.
Dahlia yang mendengar terkedu. Rasa sebak tiba-tiba hadir. Terukir
senyuman kecil.
‘ Ya Allah. Ini kali pertama aku rasa perasaan macam ni.
Kalau dengan Faiz, aku tak dapat rasa terharu dan teruja macam ni. Dan Faiz tak
pernah minta macam ni? Tapi dengan dia? Tak kenal rapat sangat pun dia dah
pinta aku jadi isterinya. Tapi Faiz? Tak!’
“ Saya tak minta awak jawab sekarang. Awak boleh fikir
dulu.” Suara Haikal. Takut membebankan dia pula.
Dahlia mendongak melihat Haikal. Sungguh dia dapat lihat
sinar keikhlasan dekat Haikal. Kalau Faiz, susah. Ya Allah. Kenapa perlu aku
bandingkan dia pula. Haikal tetap Haikal.
“ Awak yakin ke akan keputusan awak ni?” Soal Dahlia lalu
terukir senyumannya.
“ Saya yakin sangat. Puas saya fikir. Saya rasa hanya awak
seorang je yang mampu buat hati saya tenang dan buat saya gembira. Percayalah
yang awak lain daripada yang lain.” Ujar Haikal dalam nada lembut.
Dahlia sekali lagi tergamam. Erk!
“ Kalau awak nak tahu. Reaksi awak sekarang sangat comel.”
Puji Haikal lalu menongkat dagu melihat Dahlia yang sudah tersipu-sipu malu
itu. Kau memang sengaja Haikal!
Dahlia tersengih kerang busuk. Sudah-sudahlah memuji.
Kembang kuncup dah ni.
Haikal masih menanti jawapan daripada Dahlia. Biarlah dia
dikata seorang yang tak sabar. Tapi ini kali pertama dia jadi macam ni. Hehe..
“ Beri saya waktu untuk fikir. Lagipun ini bukan perkara
main-main. Ia melibatkan masa depan dunia akhirat.” Suara Dahlia dengan tenang.
Haikal mengangguk faham. Dahlia memang perlu waktu untuk
fikir. Pasti dia terkejut sangat.
“ Saya akan sentiasa menunggu awak.”
Dalam hati Dahlia tersenyum. Haikal ni ada-ada je. Tapi
kenapa hati aku ni mudah sangat nak rapat dengan dia? Selalunya kalau nak dekat
dengan lelaki ni bukan main payah. Sebelum ni pun Faiz. Ya Allah. Kenapa asyik
fikirkan Faiz je ni. Stop this!
**
Pelik tapi benar. Itulah yang dirasakan Haikal sekarang.
Sampai tersengih-sengih seorang diri. Sampai orang sekeliling tengok pun pelik.
Terutama Sham. Daripada balik berjumpa Dahlia sampailah dah berada dalam
pejabat pun Haikal masih tersengih.
Sham dah tergaru-garu melihat telatah Haikal ni. Sah dia dah
angau! Aku rasa kena kacau dia sikit ni.
“ Ehem..Ehem..”
Suara batuk itu mengejutkan Haikal yang sedang mengelamun
itu. Pantas dia mencari kertas untuk ditulis. Berlakon beb!
“ Selamat pengantin baru!”
Terkejut beruk Haikal akan jeritan Sham itu. Sampai menarik
perhatian beberapa orang yang turut berada di situ. Sham hanya tersengih.
“ Kau pe hal? Maaf ye. Hari ni dia gelong sikit. Teruskan
kerja.” Haikal tersengih melihat orang yang menoleh ke arah mereka.
Sham sudah tertawa sambil memegang perutnya. Baginya ia amat
kelakar. Dengan telatah Haikal sekarang. Inilah orang yang sedang dilamun
cinta.
Pup!
“ Ouch!” Sakit bahu Sham setelah ditampar Haikal. Geram
sangatlah tu.
“ Kau ni kalau tak cari fasal dengan aku tak sah.” Haikal
ternyata tak puas hati.
Sham tersengih.
“ Sekarang beritahu aku. Apa berita gembiranya? Apa yang
telah kau buat dekat pejabat tu?” Soal Haikal bertalu-talu.
Haikal terdiam. Kemudian dia menggeleng perlahan. Sengaja
buat muka sedih.
“ Kenapa? Kau tak jumpa Dahlia ke dekat sana?” Sham menyoal
pelik. Takkan kot?
“ Ha! Dah kantoi. Oh.. kau langsung tak beritahu aku yang
dekat situ tempat Dahlia bekerja. Bukan main kau ye..” Sindir Haikal dengan
sengihan.
“ Relaklah bro. Aku Cuma nak tolong. Ceritalah sikit. Nak
tahu perkembangan kau juga. Aku dah susah payah tolong kau, sampai hati kalau
kau tak mahu cerita dekat aku.”
Sham buat-buat merajuk. Siap dimuncungkan mulutnya lagi.
Gatal!
“ Alo… Mula dah merajuk dia tu. Okeylah. Aku lamar dia dan
dia kata dia perlukan waktu untuk berikan jawapan. Puas?”
Sham terlopong. Pantas tangannya ditepuk. Bagus! Sungguh
cepat tindakan Haikal ni.
“ Wow! Aku tak sangka kau secepat ni. Ini baru namanya
gentlemen. You know? The man who like you lah ramai orang cari.” Kelihatan
teruja suara Sham ketika itu.
Haikal tersenyum. Tapi dia tetap risau sebab tak tahu
jawapan sebenar Dahlia. Mana tahu dia ditolak.
Sham tersenyum. Tahu sangat hati Haikal tu sedang gundah
gulana.
“ Relax bro.. Aku jamin dia takkan tolak kau yang sehensem
Lee Min Ho ni.” Bahu Haikal ditampar perlahan.
“ Amin!..”
**
Ternganga sebentar mulut Zahida apabila melihat Dahlia yang
sedang makan itu. Cara Dahlia makan macam tak makan berhari-hari. Kalau boleh
pulun tu, uish! Tak boleh bayangkan.
“ Hoi!” Zahida menyergah apabila Dahlia terlalu leka akan
makanannya.
“ Apa?” Soal Dahlia dengan makanan penuh dalam mulut. Orang
nak makan kejap pun tak boleh ke?
“ Aku pelik. Semenjak kau balik daripada jumpa lelaki tu.
Kau jadi bersemangat. Lepas tu makan bukan main selera lagi. Tadi aku ajak
macam tak lalu je. Ada apa-apa ke ni? Atau that is your boyfriend?” Duga Zahida
dengan sengihan.
“ Uhuk! Uhuk!” Tersedak terus Dahlia selepas Zahida menyebut
perkataan ‘ boyfriend’. Bahaya betul!
“ Ya Allah. Tu lah. Makan gelojoh lagi. Nah..” Huluran air
daripada Zahida diambil dan dengan rakusnya dia minum. Teruk betul.
“ Kau lah.” Selepas lega, Dahlia kembali melihat Zahida yang
menjongket kening itu. Dengan senyuman nakal dia tu.
“ Kenapa? Atau betul dia tu boyfriend kau? Hah! Jawab!”
Dahlia tersengih.
“ Tak. Ta…tapi…” Tersekat-sekat Dahlia ingin beritahu. Nak
beritahu atau tidak? Urm…
“ Apa?” Gesa Zahida. Duk buat tersekat-sekat pula.
“ Dia lamar aku.” Dahlia pantas menutup mukanya. Malu!
Pertama kali pula tu dia dilamar sedemikian.
Tersengih lebar Zahida dengar Dahlia dilamar.
“ Wah! Tahniah. Dengan ini juga kau dapat mulakan hidup yang
baru.” Ucap Zahida ceria.
Dahlia tersenyum. Tangannya memegang tangan Zahida.
“ Aku kuat ke? Adakah Haikal jodoh aku? Dapatkah aku lupakan
Faiz dengan adanya Haikal?” kedengaran lirih suara Dahlia.
Zahida menggeleng perlahan. Pautan tangan dibalasnya.
“ Kau boleh. Aku yakin dia untuk kau. Lupakan Faiz. Dia tak
sesuai untuk kau. Percayalah..”
Dahlia mengetap bibir. Rasa sebak hadir. Dengan perlahan dia
mengangguk. Dia akan cuba demi kebaikan dirinya sendiri.
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment