Okay. Demi tebus kesalahan aku yang tak seberapa ni. Cewah! Aku hadirkan cerpen baru untuk korang bagi permulaan 2017. Firstly, aku nak minta maaf dulu tentang cerpen ni. Kurang perfect macam selalu. Yala. Dah lama tak tulis cerpen. Hehe. Kalau ada sesuatu yang kurang just comment okay. Aku tak kisah. Dan aku akan perbaiki lagi. InsyaAllah. So, happy reading guys! :) And sorry sebab rasa macam tajuk kurang sesuai kan? Huhu.
4 tahun yang lalu.
“ Biar aku pergi.”
Hannah tersentak. Cepat-cepat dia pergi berdiri tepat di
depan Nizam. Tak mahu Nizam berlalu pergi. Dia menggelengkan kepalanya bersama
dengan mata yang berkaca-kaca.
“ Kau nak pergi mana? Aku takkan benarkan kau pergi!” Tekad
Hannah dengan gelengan.
Nizam tersenyum hambar. Kedua-dua bahu Hannah disentuhnya
lembut.
“ Benarkan aku pergi Hannah. Buat apa aku ada dekat sini
sedangkan kau…”
Nizam terus mengalihkan pandangannya bila dia sedar dia akan
keluarkan air mata. Tak. Dia tak nak menangis depan Hannah. Dia perlu kuat dan
tunjukkan dia okay.
“ Aku tak nak kahwin dengan dia. Kau faham tak?” Berang
Hannah dengan air mata yang sudah mengalir ke pipinya.
Nizam tersenyum lantas memandang semula ke arah Hannah. Dia
jatuhkan tangannya dan berundur ke belakang.
“ Tapi kau kena juga. Aku sebagai sahabat kau takkan halang
kau kahwin dengan dia.”
“ Nizam!”
Nizam memusingkan badannya ke belakang. Sudah tiba masanya
dia mengangkat kaki. Pergi dari hidup gadis yang bernama Hannah Izati. Dia
perlu pergi daripada cinta hati dia. Walaupun Hannah tak pernah tahu isi
hatinya melainkan sebagai seorang sahabat.
“ Nizam. Jangan pergi. Kau dah janji takkan tinggalkan aku.
Tapi ni apa?”
Nizam mengetap bibir. Sungguh. Hatinya sakit saat mendengar
rintihan Hannah. Memang ikutkan hati dia tak nak tinggalkan Hannah. Tapi dia
tak boleh. Lagi lama dia duduk sini. Lagi sakit hatinya. Dia takut dia akan
pergi halang pernikahan ini daripada berlaku.
“ Maafkan aku Hannah. Selamat pengantin baru. Aku harap kau
bahagia dengan dia. Bye.”
Terus Nizam berlalu tanpa teragak-agak lagi. Tapi dia janji
pada dirinya yang dia akan datang balik cari Hannah sebagai seorang sahabat.
**
2017
“ Mama! Takut!”
Hannah tertawa kecil saat melihat anaknya yang ketakutan itu.
Sedangkan kucing je kot. Alahai anak aku seorang ni. Tanpa berlengah, dia
pantas mendekati anaknya itu lantas membawanya ke dalam dukungannya.
“ Apa yang anak mama nak takut? Kucing je la sayang.”
Qalisha terus menggelengkan kepalanya. Tanda tidak setuju
dengan kata-kata Hannah. Akhirnya Hannah hanya tersenyum lantas membawa Qalisha
jauh daripada tempat permainan Qalisha itu. Lagipun dah nak masuk waktu
Maghrib. Memang kena balik.
“ Mama. Nak tu.”
Qalisha menunjukkan sesuatu yang berada di kiri Hannah.
Hannah bertindak menoleh ke arah kiri. Ingin tahu apa yang Qalisha mahukan.
Tapi sebaik sahaja dia menoleh, dia seakan –akan tersentak besar saat ternampak
seseorang yang dia sangat rindui selama ini.
“ Nizam.” Terbit nama itu dari bibirnya.
Pada masa yang sama juga, si empunya diri tu pun tertoleh ke
arah Hannah. Dan akhirnya mereka sama-sama terkejut melihat akan kehadiran
masing-masing. Tapi Qalisha menyedarkan Hannah daripada terus merenung ke arah
Nizam. Tanpa berlengah, Hannah cepat-cepat bawa Qalisha ke arah kereta.
Nizam yang melihat masih tidak sedar daripada rasa
terkejutnya sampai kawan baiknya terpaksa mengejutkan Nizam daripada lamunan.
Barulah dia toleh ke arah kawan baiknya itu.
“ Kau tengok siapa?” Soal Paan bila Nizam macam pandang
sesuatu yang terpesona.
Nizam hanya menggelengkan kepalanya dan mencari semula
kelibat itu. Tapi dah hilang. Akhirnya dia hanya buat biasa. Cuma dia tak
nafikan yang dia sangat rindukan wajah itu.
‘ Hannah ‘
**
Hannah terlihat tengah termenung panjang semenjak balik
daripada taman permainan petang tadi. Daripada tadi, sepatah di tanya sepatah
juga dijawab. Kalau tidak si Hannah ni mulutnya petah. Peramah. Jadi, bila dia
asyik diam, akan menimbulkan tanda tanya pada orang lain terutama pada abang
kesayangannya itu.
Qalisha pula sudah tidur selepas beri susu tadi. Lagipun dah
lewat malam. Hannah je tak reti-reti nak tidur. Masih hadap televisyen. Tapi
fikiran ke arah lain. Hafiz sebagai abang sulung Hannah memang tahu Hannah ada
masalah.
Sebaik saja Hafiz ambil tempat di sebelah Hannah. Hafiz
terus tersenyum hambar. Nampak sangat Hannah berada dalam dunianya sendiri saat
ini. Gara-gara itu, cepat saja Hafiz menolak bahu Hannah sampai Hannah tersedar
semula.
“ Eh Along.”
Hafiz hanya mendiamkan diri. Hannah terus memberikan
senyuman seraya mengelak daripada terus direnung sedemikian rupa.
“ Along dah kenapa?”
“ Along yang patut tanya kau. Kau okay ke tak?”
“ Okay je. Asal tanya macam tu?”
Hafiz tersenyum sinis. Okay ? Macam ni dia kata okay? Haih
adik aku ni.
“ Tipu. Baik kau cakap. Apa yang kau rahsiakan daripada
abang ni? Sampai Qalisha ajak kau main tadi pun kau acuh tak acuh je. Kecik
hati dia.”
Hannah terkedu. Qalisha. Mama minta maaf. Mama terlalu
banyak fikir.
“ Along.”
“ Ya?”
Hannah mengetap bibir. Dia merenung ke arah Hafiz dengan
wajah sayu.
“ Hannah nampak Nizam.”
Hafiz terdiam. Melihatkan wajah Hannah yang mendung itu,
terus ditarik Hannah ke dalam pelukannya. Dia tahu saat ini Hannah berpura-pura
kuat.
“ Then?”
“ Hannah terus lari. Hannah tak sanggup berdepan dengan dia.
Hannah malu. Hannah takut. Dan Hannah rindukan dia.”
Hafiz tersenyum nipis. Kepala Hannah diusapnya perlahan.
“ Then, why you run?”
Hannah terus keluar daripada pelukan Hafiz. Air matanya yang
mengalir tadi cepat saja diseka. Mulutnya berubah muncung.
“ Dah cakap tadi kan? Takut. Malu.”
Hafiz buat muka pelik.
“ La. Nak takut kenapa? Malu? Kenapa?”
Hannah terdiam. Bila ingat balik kejadian 3 tahun yang lalu.
Sungguh dia rasa dia manusia yang paling kejam. Berpura-pura tak faham perasaan
Nizam sedangkan mereka rasa perasaan yang sama sampai dia sanggup terima
pilihan mama dan papa. Dan akibatnya? Merana sendiri. Padan muka. Mujurlah
perkahwinan mereka tak jadi dilangsungkan. Sebab…
“ Along tak nak dengar lah semua alasan tu. Kalau dah suka
pergi jumpa dia. Cakap terus terang.
Kenapa masih nak berahsia? Ego la kau ni
dik.”
“ Along tak faham.”
“ Kau tu yang tak faham.”
“ Apa yang Hannah tak faham?”
Hafiz sekeh kepala adiknya dengan geram. Mengaduh kawan
sebab sakit.
“ Sakitlah!”
“ Padan muka. Kau tu yang tak faham. Dah ada depan mata tapi
lari. Dulu pun macam tu. lepaskan peluang yang ada depan mata. Nasib baik kau
tak jadi kahwin.”
Hannah memuncung. Tak puas hati dengan jawapan alongnya tu.
“ Ingat senang ke Hannah nak buat keputusan macam tu.”
Ujarnya perlahan.
Hafiz tergeleng-geleng kepala setelah mendengar jawapan
Hannah. Memang adik aku ni seorang ego dan degil. Ikut sikap siapa agaknya.
“ Nasib baik Hannah tak jadi kahwin. Kalau tidak merana la
kau dik.”
“ Ish! Abang ni bukan nak sokong.”
“ Abang akan sokong kalau adik pergi berdepan dan cakap
perkara yang betul pada Nizam. Abang tahu dia lebih merana daripada kau dik.”
Tak sempat Hannah buka mulut, Hafiz terlebih dahulu berlalu
dengan keluhan kecil. Akhirnya Hannah memilih untuk mendiamkan diri. Dia
sendiri terkelu nak fikir jawapan yang pasti.
“ Nizam. Kenapa kau muncul?”
**
“ Alhamdulillah. Terima kasih semua. Esok jangan lupa hantar
homework yang saya berikan tu ye?”
“ Okay cikgu!”
Perlahan-lahan kakinya menapak keluar daripada kelas 5
Anggerik itu. Lama kelamaan dia terlepas juga keluhan kecil. Dia tak boleh. Dia
masih teringat akan kisah 3 tahun lepas semenjak ternampak Hannah tempoh hari.
Haish! Tolonglah. Kenapa baru sekarang kau nak rasa menyesal Nizam? Dia dah
jadi milik orang lain. Dah ada anak. Sudah la tu!
“ Zam!”
Tersentak Nizam daripada lamunan saat disergah. Bila toleh
ternyata Paan. Terus dijeling kawannya itu.
“ Suka la buat aku terkejut macam ni?” Bebel Nizam lantas
masuk ke dalam bilik guru.
Paan setia mengekori daripada belakang dan ambil tempat
sebelah Nizam apabila dah sampai ke meja mereka.
“ Dah kau mengelamun. Kau kenapa? Dah dua hari aku tengok
kau asyik mengelamun je. Kau ada problem ke? Semenjak balik daripada taman
permainan hari tu lagi.”
Nizam terkedu. Paan perasan ke? Ke aku yang terlebih moody.
Arh! Spoil!
“ Tak ada la. Aku okay je.”
Dia mencapai buku pelajarnya dan mula menyemak. Namun, dia
masih tidak dapat fokus. Fikirannya asyik melayang ke lain. Terbayang-bayang
wajah Hannah. Ish! Parah!
“ Paan.”
“ Ya?”
“ Kau masih simpan nombor Hannah tak?”
Paan terdiam. Hannah? Dah begitu lama kawan aku ni tak tanya
fasal crush dia tu. Tapi kenapa tiba-tiba?
“ Aku tak tahu. Sebab dah lama aku dengan dia tak contact.
Semenjak dia kahwin lagi.”
Jatuh merundum semangat Nizam selepas dengar Paan kata
begitu. Mana aku nak cari dia? Selagi aku tak jumpa dia selagi itu aku akan
terus macam ni.
“ Kau kenapa ni Zam? Baik kau terus terang dengan aku.”
Serius Paan sambil melihat ke arah Nizam.
Nizam terdiam. Dia dengan Paan memang susah nak berahsia.
Kalau ada masalah sikit je mesti dapat kesan. Itu lah namanya sahabat sejati.
“ Aku tak senang duduk selagi tak jumpa dia Paan. Aku rindu
dia.”
Paan tersentak.
“ Tapi dia dah kahwin Zam!”
“ Ye! Aku tahu. Tapi aku tak boleh halang perasaan aku ni
selepas aku ternampak dia tempoh hari.
Aku rasa aku perlu jumpa dia walaupun
sebagai seorang sahabat.”
Paan terdiam. Melihatkan Nizam yang nampak berserabut itu
membuatkan dia terfikir sejenak. Salah dia juga sebab selalu pendam perasaan.
Bila dah si Hannah tu kata nak kahwin, baru menyesal. Lepas tu jumpa aku
nangis-nangis. Dua hari nangis dan mood down. Lepas dapat tawaran kerja dekat
Johor terus dia terima. Dekat sana juga aku bantu dia lupakan Hannah. Tak
sangka bila kami ditukarkan ke KL semula mereka akan berjumpa lagi. Jodoh ke
namanya tu?
“ Kau masih ada perasaan dekat dia ke Zam? Aku ingat kau dah
lupakan dia.”
Nizam tersenyum hambar. Wajahnya diraup perlahan.
“ Kau ingat senang ke aku nak lupakan dia? 5 tahun Paan. 5
tahun aku jadi kawan dia dan 5 tahun juga aku pendam perasaan aku. Dan
sepanjang 3 tahun juga aku sukar untuk lupakan dia. Susah weh. Aku pun tak tahu
kenapa.”
Bahu Nizam ditepuk Paan. Rasanya dia kena bantu mereka
berdua.
“ Kau nak aku tolong?”
“ If you can.”
Paan menarik senyuman kecil. I can. Trust me friend.
**
Terkocoh-kocoh dia berlari ke arah kedai gara-gara tak mahu
basah sebab hujan. Mujur sempat. Kalau tidak basah kuyup. Dia lihat sekeliling.
Jam dikerling sekilas. Kereta pula jauh di hujung sana. Macam mana nak ke sana
tanpa payung? Tunggu kejap la kot.
Telefon di dalam kocek seluar dikeluarkan. Skrin phone
dibuka dan dia terus mendail nombor Hafiz. Abang yang tersayang tu.
“ Assalamualaikum bang.”
“ Waalaikumussalam. Ha kenapa call? Qalisha ada dekat rumah
ni. Abang pergi ambil dia tadi.”
Lega Hannah dengar. Baru nak cakap yang dia akan ambil
Qalisha lambat. Ternyata abangnya dah ambil terlebih dahulu. So, tak perlulah
dia terkocoh-kocoh ke taska pula even taska tersebut dekat dengan rumah.
“ Baguslah kalau abang dah tolong ambil. Hannah balik lambat
sikit. Kat sini hujan. Hannah tak
bawa payung pula.”
Dia mendongak ke langit. Harap-harap hujan akan berhenti
kejap lagi.
“ Patutlah. Okay. Jangan risau. Take care.”
“ Okay abang. thanks. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Telefon dimasukkan semula ke dalam kocek seluar. Sekarang
dia setia berdiri tepi kedai semata-mata tunggu hujan berhenti. Sambil-sambil
itu dia melihat sekeliling. Melihat kerenah manusia yang pelbagai ragam. Tak
kurang juga yang melucukan hati.
Tapi hatinya tersentak saat ternampak seseorang yang dia
sangat kenal dan rindui selama ini. Niat di hati dia nak lari. Namun, dia
terlambat bila insan itu turut nampak dan menapak ke arah dia. dan kini mereka
berdua sama-sama berhadapan dengan renungan yang sukar ditafsirkan.
Masing-masing terkedu. Tiada kata yang mampu diungkapkan.
Hampir 3 minit mereka berkeadaan begitu sampai akhirnya
Hannah mengalah. Dia larikan pandangan ke arah lain. Cuma Nizam masih setia
memandang Hannah. Kini, rindunya terlepas. Dapat tatap wajah Hannah pun dah
cukup. Eh! Nizam! Kau sedar sikit dia dah kahwin.
“ Seorang je ke?” tegur Nizam bila mereka dah lama berdiam
diri.
Hannah terkejut bila disoal. Tanpa menoleh dia menjawab.
“ Haah.”
“ Suami dan anak mana?”
Hannah terkedu. Suami? Anak? Zam. Kau tak tahu. Aku tak
kahwin lagi Zam. Qalisha tu pula anak angkat aku. Macam mana aku nak jelaskan
dekat kau Zam?
“ Hannah?”
Hannah tersedar daripada lamunannya. Cepat-cepat dia cover
dengan menarik senyuman hambar.
“ Dia tak ada.”
Nizam mengerutkan dahi. Tak ada?
“ Maksud kau?”
Nampak saja hujan makin renyai-renyai, Hannah ambil
keputusan untuk pergi. Kalau boleh dia tak nak jawab pertanyaan Nizam. Dia tak
tahu nak tipu apa lagi.
“ Aku pergi dulu. Ada hal. Bye.”
Tak sempat Nizam nak tanya lebih lanjut, Hannah terlebih
dahulu menuju ke arah keretanya. Akhirnya Nizam hanya mampu melihat dengan rasa
kecewa. Kenapa susah sangat aku nak cakap dengan kau Hannah. Kau terasa dengan
aku ke? Maafkan aku Hannah.
**
Berkali-kali cuba untuk bertahan. Berkali-kali cuba untuk
melupakan. Berkali-kali juga cuba untuk tidak ambil peduli. Tapi gagal. Ya. Dia
gagal. Sebab dia dah tak kuat. Dia juga tak boleh melupakan malah dia juga tak
boleh untuk tidak ambil peduli.
Disebabkan itu, air matanya mengalir lagi pada malam itu.
Tanpa pengetahuan sesiapa. Hanya seorang diri. Dalam bilik. Cuma bertemankan
angin malam yang sepoi-sepoi bahasa yang masuk melalui tingkap yang dibuka.
Sesungguhnya tangisan tanpa bunyi itu adalah tanda yang
seseorang itu amat sakit dan menderita. Tanda seseorang dah lama bertahan untuk
kuat. Tapi akhirnya tewas.
“ Biar aku pergi.”
Dia menyeka air matanya dengan lembut. Kata-kata itu masih
tersemat dalam hatinya walaupun dah 3 tahun berlalu.
“ Nizam. Aku tak pernah halang kau tapi dalam hati aku ni
tak mahu kau pergi. Maafkan aku sebab dah buat kau terluka. Kali ni biar aku
mencintai kau. Dan aku takkan biarkan kau pergi lagi.”
Tisu yang ada di tepi diambil dan tangannya cepat saja
mengelap sisa-sisa air mata yang masih mengalir. Selepas memastikan wajah dia
okay dan bebas daripada air mata, barulah dia turun daripada katil dan
melangkah keluar daripada bilik. Kakinya laju saja menapak ke arah ruang tamu.
Di mana ada abangnya dan Qalisha duduk situ. Sedang tengok tv.
“ Hai anak mama.”
Hannah ambil tempat sebelah Qalisha yang kelihatan tekun
tengok tv. Hafiz yang perasan dengan kehadiran Hannah Cuma mendiamkan diri.
Mujur orang tua mereka dah masuk tidur.
“ Mama. Bila Sha boleh jumpa papa?”
Terkedu terus Hannah dan Hafiz saat mendengar pertanyaan
Qalisha itu. masing-masing tidak tahu nak beri jawapan apa. Hannah rasa serba
salah. Hafiz pula bertindak dengan menarik Qalisha ke dalam dakapannya.
“ Kenapa nak cari papa? Paklong kan ada. Paklong boleh jadi
papa Sha. Nak?” Hafiz cuba memujuk.
Qalisha tersenyum lantas membalas pautan Hafiz.
“ Nak!”
Hafiz menghembus nafas lega. Mujurlah. Selepas itu dia
kerling Hannah yang mendiamkan diri itu.
“ Sha. Sha naik atas dulu erk? Nanti paklong dodoikan.”
“ Okay.”
Hilang saja kelibat Qalisha ke atas, Hafiz toleh sepenuhnya
ke arah Hannah yang nampak mengelamun itu.
“ Hannah…”
Hannah tersedar. Dia mengerling sekilas ke arah Hafiz. Tiada
hati nak berbual. Dia rasa bersalah dengan Qalisha.
“ Sampai bila nak sembunyikan perkara sebenar daripada dia?”
Hannah tunduk. Tiada jawapan untuk itu.
“ Kamu tak nak Sha ada papa ke?”
Terus dia menoleh ke arah Hafiz. Dia menggelengkan kepalanya
laju.
“ Mestilah nak. Hannah tak nak dia hilang kasih sayang
seorang ayah.”
“ Then, kahwin.”
Hannah tersenyum sinis.
“ Ingat senang ke? Cakap senanglah. Yang abang tu kenapa tak
kahwin lagi?”
Hafiz merengus geram. Orang cakap fasal dia. Tuding jari ke
arah kita balik. Haih dia ni.
“ Sebab senang la abang cakap. Calon dah ada. Peluang pun
dah ada. Cuma kau yang lengah-lengahkan masa. Takkan nak si Sha tu sedih
sensorang sebab tak dapat kasih sayang seorang ayah?”
Hannah termangu. Mesti abangnya maksudkan Nizam.
“ Hannah.”
“ Beri Hannah masa.”
“ Until when? Sampai dia hilang semula? Macam tu?”
Hannah terdiam. Tapi tak lama bila dia teringat tentang
pertemuan dua hari lalu.
“ Dia takkan hilang lagi sebab dia pun tengah cari Hannah.”
“ Mana kau tahu?”
Hafiz rasa nak sekeh je adik dia tu. Main cakap je. Tak
boleh jadi. Aku kena buat sesuatu.
“ Jangan salahkan diri kalau dia terlepas lagi kali ni.”
Terus Hafiz angkat punggung untuk naik ke bilik. Nak
dodoikan Qalisha. Hannah terkedu dan melepaskan keluhan kecil. kalau terlepas
maknanya tiada jodoh. Huh!
**
“ Paan!”
Paan yang baru selesai makan tengah hari itu pantas menoleh
ke belakang saat namanya dipanggil. Nasib baik wak tu macam ni ramai cikgu
keluar rehat. Kalau tidak mahu malu juga muka aku bila Nizam panggil macam tu.
“ Kau ni apa hal? Tak boleh ke panggil aku dengan nama
sebenar. Haish!” Bebel Paan lantas minum air dengan rakusnya. Geram!
Nizam tersengih. Rasa bersalah. Sebab dia je selalu panggil
Farhan dengan Paan. Muahaha.
“ Sorry. Tapi kau kena tolong aku. Hanya kau boleh tolong
aku. Please!”
“ Tolong apa?”
Nizam keluarkan phone dia dan tunjukkan pada Paan.
“ Tengok ni.”
Paan hanya menurut. Eh! Ini Hannah kan? Dan siapa budak
sebelah dia tu? Anak dia?
“ Kau ambil mana gambar ni?” Soal Paan aneh.
“ Facebook dia.”
“ Eh! Kau bukan dah lama deactive ke FB kau?”
“ Aku buat akaun baru. Dan akaun baru ni Hannah tak tahu.
Dia baru approve semalam. Dan aku jumpa gambar ni. Aku nak minta tolong kau ni.
Boleh tak?”
“ Tolong macam mana?”
Pening Paan dengan sikap Nizam ni. kejap macam tu. kejap
macam ni. Haih. Nasib lepas ni tiada waktu mengajar dah. Kalau tidak dengan dia
sekali pening.
“ Kau tanya la siapa budak ni dan mana suami dia. Aku tak
nampak dia post gambar dengan suami dia pun. Banyak gambar dia dengan budak
perempuan tu je.”
Paan terdiam. Haah kan? Maybe suami dia tak nak tunjuk muka.
Privacy la katakan.
“ Kau nak aku tanya macam mana? Nombor dia pun aku tak ada.”
Nizam log out akaun FB dia dan serahkan pada Paan. Paan
tengok dengan kerutan di dahi. Tak faham apa yang Nizam suruh buat.
“ Kau log in fb kau dan chat dia dekat FB. Kau kan dah lama
jadi friend dia dalam Fb. Ish kau ni pun! Lembap!”
Oh! Baru Paan faham. Sampai ternganga jadinya. Bila dah
faham barulah dia bertindak macam disuruh Nizam. Tak reti sabar betul mamat ni.
Sakit pula hati aku. Sabar je la.
“ Dah.”
Selepas chat Hannah, dia serahkan kembali phone pada NIzam.
Dia teruskan dengan minuman dia. habiskan sebelum gerak ke bilik guru. Terasa
panas.
“ Jangan lupa tau? Kau reply nanti. Buka FB. Jangan log
out!”
Paan buat muka pasrah. Poyo la kawan aku ni. Nasib sayang.
“ Ye! Aku tahu la! Dah pergi sana! Menyibuk je cikgu Nizam
ni.”
“ Eh! Cinta aku kot. Kena la. Aku tak nak menyesal lagi.”
Ceit! Paan dah mencebik. Suka hati kau la kawan. Asalkan kau
puas hati.
**
Assalamualaikum
Hannah. Aku ni Paan. Ingat tak?
Waalaikumussalam.
Mestilah ingat. Siapa la tak ingat ketua disiplin aku ni.
Hehe. Benda lama
jangan dikenang. By the way, kau sihat?
Sihat. Alhamdulillah.
Kau?
Sihat juga. Kau macam
mana sekarang? Suami kau sihat? Anak kau? Aku tengok bukan main happy kau
dengan anak perempuan kau tu.
Ermm.
Kenapa Hannah? Ada
problem ke?
Tu anak angkat aku.
Paan tersentak. Anak angkat?
Serius? Aku ingat anak
kau.
Anak aku nak datang
ceruk mana? Aku tak kahwin lagi Paan.
What? Eh! Setahu aku
kau dah kahwin. Nizam yang cakap.
Erm. Aku tak jadi
kahwin. Sebab ada masalah.
Yeke? Aku tak tahu.
Sorry weh. Aku simpati dengan kau.
No hal. Aku okay je.
By the way, kau masih kawan dengan Nizam ke?
Mestilah! Dari dulu
sampai sekarang. Kerja pun sama. Tempat yang sama. Kenapa?
Tolong jangan beritahu
dia yang aku tak kahwin lagi. please! Biar je dia anggap budak perempuan ni
anak aku dan aku dah kahwin. Kalau dia tanya, kau just cakap suami aku dah
meninggal. Please!
Kenapa kau nak tipu
dia?
Ada sebab aku buat
macam tu. Please!
Hmm. Ye lah. Tapi
kalau ada apa-apa just inform aku okay?
Okay. Thanks weh.
No hal.
Paan menongkat dagu ke arah skrin laptop. Tak sangka
sebenarnya Hannah tak kahwin lagi. Kalau Nizam tahu hal ni mesti dia terkejut
juga dan yang pasti dia akan menyesal besar sebab lari sebelum hari perkahwinan
tu berlaku. Aduhai. Dah lah si Hannah ni suruh aku rahsiakan pula. Siap suruh
tipu lagi. Nasib badan.
**
Jam dikerling. Dah masuk tiga kali dia kerling jam tu. Tapi
dia masih tak nampak bayang orang yang dia ingin jumpa tu. Puas tunggu. Hampir
sejam. Mana kau Hannah? Aku ingat dapat jumpa kau dekat tempat yang sama aku
nampak kau minggu lepas. Please Hannah! I want to see you.
Teringat semula perbualan dia dengan Paan dua hari lepas.
“ Macam mana?”
“ Macam mana apa?” Paan buat acuh tak acuh sedangkan dia
tahu apa yang kawannya inginkan.
“ Hannah. Dia reply tak? Dia kata apa?”
See! Paan tersenyum sinis. Memang tak boleh bawa bersabar
langsung. Tapi Hannah. Kenapa kau nak tipu dia? Dia sayang kau. Haih. Tak faham
aku.
“ Ye. Dia reply. Dia dah kahwin. Ada anak. Dan budak tu anak
dia. Cuma suami dia dah meninggal. Lepas anak dia lahir, papa dia dah
meninggal.”
Paan kerling Nizam sekilas. Dari riak wajah Nizam, Paan tahu
Nizam sangat terkejut dan bersimpati. Maafkan aku Zam. Aku Cuma ikut saja apa
Hannah suruh. Kalau boleh aku nak korang bersama semula. Dan aku juga doa agar
jodoh korang panjang.
“ Kesian dia.”
“ So, kau tunggu apa lagi? rebut la hati dia balik sementara
dia masih single ni. nanti lambat melepas lagi. baru kau menyesal.”
Dan sebab kata-kata Paan itu lah Nizam tunggu depan kedai
serbaneka ni demi Hannah. Berharap Hannah akan muncul.
“ Ya Sha. Mama datang sekarang okay? Tunggu situ. Okay
sayang. Bye.”
Suara yang dia rindui kini berada betul-betul di depannya.
Cuma si empunya suara itu masih tidak perasan akan dirinya. Tanpa berlengah,
dia terus mendapatkan Hannah yang sibuk cari barang dalam begnya tu.
“ Hannah.”
Sebab teguran itu, Hannah mendongak. Dia tersentak seketika
melihat Nizam yang berada di depannya saat itu.
“ Zam..”
“ Boleh aku jumpa kau sekejap?”
Hannah kerling jam. Dah lewat. Mesti Qalisha tengah tunggu
aku dekat taska.
“ Maaf. Tak boleh. Aku kena jemput anak aku.”
Nizam menarik senyuman kecil.
“ Then, aku ikut kau. Please? Kejap pun jadi la.”
Hannah jadi teragak-agak sama ada nak Nizam ikut dia atau
tidak. Nampak muka bersungguh Nizam tu membuatkan dia pasrah. Maybe sudah tiba
masanya aku kena juga berdepan dengan Nizam.
“ Okay.”
**
“ Papa. Boleh Sha panggil papa?”
Hannah dan Nizam. Masing-masing terkelu lidah untuk menjawab
persoalan Qalisha itu. Kini, mereka berada di dalam sebuah restoran. Permintaan
Nizam dan dibawa sekali Qalisha. Tapi tak sangka Qalisha akan tanya soalan
macam tu pada Nizam. Dan kini, Nizam tahu dia perlu lakukan sesuatu. Sebab dia
rasa dia dah jatuh sayang pada Qalisha itu.
“ Boleh. Sha boleh panggil pakcik papa. Tak kisah.”
Hannah pula terkejut dengan jawapan Nizam. Hatinya turut
berdebar melihat senyuman Nizam yang manis itu. Qalisha pula terus bersorak
gara-gara gembira kerana dia akhirnya mempunyai seorang papa.
“ Yeay. Sha dah ada papa. Mama. Papa takkan tinggalkan Sha
lagi kan?”
Sekali lagi. Hannah tergamam. Dia jadi serba salah nak
jawab. Anaknya itu makin hari makin pandai. Sampai dia sendiri tak tercapai dek
akal nak jawab. Kalah orang dewasa pemikiran Qalisha ni.
“ Papa janji takkan tinggalkan Sha dan mama Sha lagi.”
Hannah mendongak memandang Nizam yang merenung ke arahnya
itu. Dia terasa sebak. Nizam nampak serius walaupun sedang tersenyum. Adakah
Nizam betul-betul maksudkan?
“ Yeay! Nanti papa balik ye?”
“ InsyaAllah. Papa balik tapi Sha kena tanya mama Sha dulu.”
Nizam masih merenung Hannah yang kelihatan terkedu itu.
Hannah. Aku betul-betul maksudkan. Aku tak nak tipu hati aku lagi. Aku
benar-benar sayangkan kau. Biar aku mencintai kau untuk sekali lagi?
Hannah tersentak kecil. Ya Allah! Aku nak jawab apa ni?
“ Tak apa Sha. Nanti papa tanya sendiri. Sekarang Sha makan
erk? Meh papa suapkan.”
Ditarik Qalisha ke arah ribanya dan menyuapkan nasi ke mulut
Qalisha. Dia terasa senang sekali melihat Qalisha gembira. Dan timbul rasa
simpati pada Qalisha kerana sudah kehilangan ayah pada usia yang sangat kecil.
tak apa Sha. Pakcik sanggup jadi papa Sha. Pakcik harap mama Sha boleh terima
pakcik.
**
“ Hannah!”
Langkah Hannah terhenti. Dia tak jadi masuk ke dalam rumah
bila namanya dipanggil. Qalisha pula dah lama masuk ke dalam. Niat di hati tak
nak menoleh. Tapi bila Hafiz muncul di pintu, Hannah terus memusingkan badannya
ke belakang. kelihatan Nizam sedang menapak ke arahnya.
“ Abang harap kali ni kau tak lari dik.”
Sempat Hafiz berpesan sebelum masuk semula ke dalam rumah.
Hannah yang mendengar mengetap bibir. Hannah memang tak boleh lari lagi abang.
Hannah dah jumpa penghujungnya.
“ Hannah.”
Hannah Cuma diam sambil memerhati Nizam yang sudah berdiri
tepat di depannya. Nizam tampak serius. Tiada senyuman terukir diwajahnya.
Buatkan Hannah berdebar.
“ Aku dah tahu kisah kau dari Paan. Aku turut bersimpati
atas kematian suami kau.”
Hannah termangu. Paan. Thanks. Kau pegang pada janji.
“ Tapi boleh kau beri aku peluang lagi?”
“ Peluang apa Zam?”
Baru Hannah rasa nak bersuara.
“ Aku tipu kau Hannah. Maafkan aku. Sebenarnya dah lama aku
sayangkan kau. Cintakan kau. Tapi aku ego. Aku pendam perasaan aku. bila kau
nak kahwin aku rasa kosong. Aku rasa gagal sampai akhirnya aku pergi
meninggalkan kau. Maafkan aku Hannah.”
Nizam tunduk. Dia rasa sangat kesal dan kali ini dia tak nak
ulang lagi kesilapannya itu. Hannah yang mendengar tersenyum hambar. Aku pun
Nizam. Aku pun salah. Salah sebab tipu kau juga. Maafkan aku.
“ Jadi, sudi tak kau terima aku sebagai suami kau? Sebagai
papa Qalisha dan sebagai cinta hati kau? Buat selama-lamanya.”
Jeda. Masing-masing mendiamkan diri sambil merenung. Hati
mereka berdua dah tidak dapat duduk diam. Berdebar. Tapi jauh di sudut hati
mereka rasa bersyukur dan sebak. Akhirnya hari mereka dah sampai.
“ Kau sanggup terima janda seperti aku ni?” Soal Hannah
perlahan. Janda? Pandai kau berlakon
Hannah.
“ Aku sanggup sebab aku sayang kau. Aku cintakan kau
Hannah.” Jujur Nizam lantas menarik senyuman kecil.
Hannah melarikan pandangannya bila rasa nak mengalirkan air
mata.
“ Aku tak boleh janji.”
“ Aku sanggup tunggu kau Hannah. Even 10 tahun lagi pun aku
sanggup.”
“ Walaupun aku dah mati?”
Nizam terkedu. Tapi dia tetap menarik senyuman buat Hannah.
“ Ya. Sebab aku terlalu cintakan kau. Hanya Allah yang tahu
apa perasaan aku selama ini.”
Hannah tunduk. Perlahan-lahan dia menoleh semula ke
belakang. dadanya disentuh lembut. Dekat sini aku menahan rindu dan sakit sebab
kau Nizam. Tolong hentikan rasa ini?
“ Jumpa orang tua aku.”
Terus dia melajukan langkah untuk masuk ke dalam rumah
selepas berkata demikian. Nizam pula dah tergamam. ambil masa nak hadam. Bila
dah dapat hadam, dia terus mengukirkan senyuman lebar.
“ Terima kasih Hannah! Aku janji akan jaga kau dan Qalisha
dengan nyawa aku!”
Hannah tertawa kecil. Sama-sama Nizam.
**
Sehari selepas hari
perkahwinan
Jauh dia memandang ke hadapan. Mengenang kembali apa yang
dah terjadi semalam. Dan sekarang dia rasa takut dan tak tahu apa penerimaan
Nizam. Sebab dia dah tipu Nizam hidup-hidup. Sampai satu keluarga berkomplot
dengan dia.
Tapi bibirnya tetap mengukirkan senyuman. Dia bahagia.
Sangat bahagia apabila cinta sejatinya menjadi miliknya. Ya Allah. Terima kasih
kerana berikan aku peluang ini. Aku sangat-sangat menghargainya.
Tiba-tiba dia terasa ada tangan merangkul pinggangnya
daripada belakang. Terus dia jadi kaku. Tak berani menoleh atau bergerak sikit
pun. Hanya kejung di situ sambil memandang ke hadapan. Dadanya dah berdebar
hebat. Macam nak terkeluar rasanya.
“ Kenapa tipu abang?”
Hannah mengetap bibir. Bersedia apa saja yang akan berlaku
selepas ini.
“ Maafkan Hannah.”
Hannah tunduk. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap rasa
bersalah sebab tipu. niatnya Cuma satu, dia nak uji Nizam. Kalau boleh dia tak
nak terima sesiapa yang tak sayangkan Qalisha. Tapi dia tahu dia silap
perhintungan sebab Nizam bukan orang macam tu.
“ Kenapa Hannah buat macam tu?”
Tubuhnya ditarik agar menghadap Nizam. Nizam renung Hannah
dalam-dalam. Sebenarnya dia sangat terkejut pagi ni. Dengan apa jadi semalam,
dia rasa keliru. Gembira plus terkejut. Gembira sebab Hannah belum kahwin. Dan
terkejut sebab Hannah tipu dia. sedih sebab kena tipu. lebih kurang la.
Hannah setia tunduk ke bawah. Tak berani langsung bertentang
mata dengan suaminya itu. tahu pun takut. Sebelum ni kau pandai sangat tipu.
Aduhai.
“ Sayang…”
Nizam tahan senyum melihat keadaan Hannah yang takut tu.
Alahai sayang. Tahu pun takut. Tapi abang tak pernah marahkan sayang. Abang
Cuma nak uji je.
“ Maafkan Hannah. Hannah Cuma nak uji abang. Hannah tak ada
niat pun nak tipu abang. Hannah
Cuma nak abang terima kami berdua ikhlas. sebab
tu Hannah tipu abang.”
Dalam sekali nafas je Hannah luahkan gara-gara takut. Suami
kot. Bukan orang asing. Sesaat kemudian, kedengaran ketawa halus Nizam. Hannah
terus mendongak.
“ Kenapa abang gelak?”
Nizam tersengih. Kedua-dua bahu Hannah disentuhnya lembut.
“ Abang tak marah atau kecil hati pun. Abang Cuma nak tahu
je. Abang faham. Apa pun terima kasih sebab sudi terima abang.”
Ditarik tubuh Hannah ke dalam pelukannya. Terasa damai ja.
Hannah yang terkedu pada mulanya pun mula membalas pelukan Nizam dan dia juga
turut rasa tenang.
“ So, boleh cerita pada abang apa yang terjadi?”
Pelukan dileraikan. Tangan Hannah ditarik sehingga ke arah
katil. Mereka ambil tempat dibirai katil dan saling berhadapan.
“ Hannah tak jadi kahwin sebab lelaki yang sepatutnya jadi
suami Hannah tu tak datang.”
“ Kenapa dia tak datang?”
Hannah terdiam. Cuba ingat kembali apa yang terjadi masa tu.
“ Hannah tak tahu. Family dia datang tapi dia yang tak
datang. Sampai satu masa tu, ada seorang perempuan datang. Tu pun lepas semua
orang dah balik.”
“ Siapa perempuan tu?” Nizam mengerutkan dahi.
“ Cuba abang teka.”
Nizam terdiam. Hannah pula masih macam tadi. Serius
memandang ke arah Nizam.
“ Erm. Girlfriend dia?” teka Nizam.
“ Lebih tepat lagi isteri dia.”
“ What?”
Hannah tersenyum melihat reaksi Nizam yang terkejut tu.
sampai ternganga mulut.
“ Dia dah kahwin tanpa pengetahuan keluarga. Dah hampir
setahun bang. Perempuan tu datang jelaskan perkara sebenar. Mula-mula semua
orang memang marah. Mengamuk habis. Hampir je perempuan tu kena serang dengan
family lelaki tu. Tapi tak sempat bila lelaki tu muncul pula.”
“ Lelaki tu kata pa?”
“ Dia minta maaf dan terangkan perkara sebenar la. Hannah
tengok pun kesian sebab perempuan tu tengah sarat mengandung. Yang lagi
mengejutkan semua orang bila lelaki tu luahkan satu benda. Dia tengah sakit.
Kanser perut.”
Hannah tunduk. Tak sampai nak cerita. Rasa sedih
menyelubungi dirinya. Nizam yang tangkap perasaan Hannah itu pantas mengelus
lembut kedua-dua tangan Hannah. Memberikan semangat.
“ Sebab itu semua orang maafkan dia dan saling bantu. Tapi
ajal dia tak panjang. Lepas sebulan anak dia lahir, dia pun meninggal. Sempat
dia tinggalkan amanat terakhir pada Hannah supaya jaga Qalisha kalau mereka dah
tak ada nanti. Tak sangka kata-kata dia jadi betul bila isteri dia meninggal
pula sehari selepas tu sebab tertekan dan murung kehilangan suami.”
Air mata Hannah akhirnya mengalir turun. Nizam menarik terus
isterinya ke dalam pelukan. Tak sampai hati tengok isterinya menangis.
“ Kesian Qalisha bang. Tak sempat merasai kasih sayang orang
tua kandung dia. sebab tu Hannah sanggup jaga dan sayang sangat dekat dia.
Hannah dah anggap dia macam anak Hannah sendiri. Dan sekarang Hannah harap dia
bahagia di samping kita berdua.”
Nizam mengangguk. Diusap belakang Hannah yang menangis itu.
“ InsyaAllah. Dia bahagia di samping kita.”
Hannah tersenyum hambar. Air matanya diseka.
“ terima kasih bang.”
“ Untuk keluarga abang. apa-apa saja pun abang sanggup.”
Hannah leraikan pelukan. Nizam tersenyum dan memberikan
kucupan lembut pada dahi Hannah.
“ I love you dear.”
Hannah tunduk. Rasa malu menerpa. Nizam yang melihat tahan
senyum. Cute sangat isterinya itu. Baru je dia nak tarik semula Hannah ke dalam
pelukannya, pintu bilik pula diketuk dari luar.
“ Papa! Mama! Nak masuk!”
Mereka berdua terus menoleh ke arah pintu. Qalisha!
“ Kenapa sayang?”
Hannah buka pintu dan membiarkan anaknya masuk ke dalam
bilik. Jam dinding dikerling. Dah pukul 8 pagi. Patutlah anaknya dah bangun.
“ Rindu papa dan mama.”
Cepat-cepat Qalisha duduk atas riba Nizam. Nizam tersenyum
melihat telatah Qalisha.
“ Alolo. Papa pun rindu dia juga.”
Tubuh Qalisha jadi mangsa geletek Nizam. Hannah yang melihat
sudah mampu mengukirkan senyuman lega. Alhamdulillah. Akhirnya Sha dah dapat
kasih sayang seorang ayah. Johan. Saya janji akan jaga Qalisha dengan penuh
kasih sayang. Hannah janji.
**
Kelihatan pasangan suami isteri sedang berjalan sepanjang
gigi air pantai. Tanpa mengendahkan benda lain. Saling berpegangan tangan dan
bibir tidak henti mengukirkan senyuman. Mereka tampak bahagia. Tapi
sesungguhnya untuk mencapai ke tahap ini mereka telah banyak bersusah payah.
Hannah mengerling sekilas ke arah Nizam. Dia tersenyum lagi.
Tak sangka wajah ini menjadi tatapannya setiap
hari mulai minggu lepas. Teringat pula Qalisha. Siapa sangka, Qalisha
telah membuatkan mereka bersatu. Tapi sekarang Qalisha tengah bercuti dengan
maktok dan tokwan mereka. katanya tak nak ganggu pengantin baru nak honeymoon.
Hannah sempat tertawa kecil saat teringat hal itu.
Nizam yang terdengar Hannah tertawa itu cepat saja menoleh
ke arah Hannah. Langkah mereka pun dah terhenti.
“ Kenapa sayang gelak?” Soal Nizam dengan dahi yang
berkerut. Sedangkan dia tak buat lawak pun. Cakap pun tak.
Hannah Cuma tersengih. Tak nak cakap nanti tak jadi rahsia
sebab dia je tahu hal ni.
“ Nothing. Hmm. Abang?”
“ Yes?”
“ Thanks for everything. Hannah tak sangka dapat jadi isteri
abang.”
“ Abang pun. Tak sangka setelah sekian lama pendam perasaan
akhirnya dapat juga cinta sejati abang ni. penat abang lari sedangkan sayang
tak kahwin pun.”
Hannah tersenyum. Tu la. Lari lagi. tapi kalau aku pun aku
lari. Kecewa teramat sangat la katakan.
“ Kenapa tak cakap je time tu yang abang cintakan Hannah?”
Nizam tersenyum hambar. Kedua-dua tangan isterinya itu
digenggam erat.
“ Sebab abang tak nak hancurkan kebahagiaan sayang. Dan
abang tak nak sebab abang Hannah tak jadi kahwin.”
Hannah tunduk tengok tangannya yang digenggam itu.
“ Boleh abang buat satu permintaan?”
Hannah hanya mengangguk. Dia mendongak semula ke arah Nizam
yang sedang merenung dirinya itu.
“ Benarkan abang mencintai sayang walau apa pun yang
terjadi.”
“ Dan benarkan Hannah juga buat perkara yang sama sebab
Hannah terbiasa. Lagipun Hannah tak mungkin akan sia-siakan perasaan ini.”
Nizam tersenyum lebar. Ditarik tubuh isterinya ke dalam
pelukan.
“ I love you dear. So much!”
“ I love you to abang.”
Ketahuilah bahawa cinta mereka takkan bersatu tanpa Dia Yang
Maha Esa. Alhamdulillah.
~Tamat~
Thumbs upp...!!
ReplyDeleteAkk bila nk publish cerpen bru
ReplyDelete😥
Best...
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteBest
ReplyDeletebest
ReplyDeletekalau boleh saya tahu, cerpen anda terinspirasi dari mana?
ReplyDeleteMacam-macam. Melalui sekeliling dan imaginasi. :)
DeleteNice
ReplyDelete