Hai. Lama tak jenguk ke sini. Hehe. Maafin. Okay. Aku tak nak bebel panjang sebab aku tahu korang bukan rindu aku pun tapi rindukan cerpen aku je. Muaha. Okay. enjoy reading. Maaf kalau tidak memuaskan hati. Sebab dah lama tak menulis. Hiks.
Semua buku diletakkan kembali dalam rak buku. Then, dia
melangkah pula ke arah kaunter. Ambil kad-kad pelajar yang masih belum
memulangkan buku. Dia teliti habis nama pelajar sampai berkerut-kerut dahinya.
Bila dah selesai, dia duduk dan tenangkan fikiran. Minum air dan terpandang
seorang lelaki yang dia dah lama admire semenjak dia masuk kerja di situ. Eh
bukan. Semenjak belajar di situ.
Bibirnya mengukir senyuman. Betapa indahnya kalau orang yang
kita suka dalam diam sukakan kita balik. Cuma, ia agak mustahil. Hurmm. Dia
mana kenal aku siapa. Pandang aku pun tak. Datang perpustakaan ni pun boleh
dikira dengan jari.
“ Akak?”
Zara tersentak. Dia mendongak ke arah empunya suara.
“ Oh Fira. Ada apa? Nak pinjam buku?”
Syafira tersengih lantas menggelengkan kepalanya. Dia sempat
toleh ke belakang sebelum memandang semula ke arah Zara.
“ Fira cadangkan akak luahkan je perasaan akak dekat abang
Mikail tu.”
Zara terkedu. Cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya.
Mereka berdua memang rapat sebab dulu pernah belajar dan duduk bilik sekali.
Zara ni lepasan degree. Fira pula baru sambung degree. So, Zara habiskan
pengajian dulu dan terus dapat kerja di tempat belajarnya dulu.
“ Tak nak la. Akak lebih sanggup cakap dekat perhimpunan
daripada luahkan perasaan akak dekat dia.”
Zara mengambil kad yang dihulurkan Fira. Membuat semakan
terhadap buku yang dia sudah pinjam. Buat kerja Zara. Buat kerja.
“ Ala kak. Nanti takut melepas je.”
Zara tersenyum kecil. Kad tadi dihulurkan semula pada
tuannya.
“ Fira tahu kan perangai Mikail tu macam mana? Memang jenis
tak makan saman. Jenis keras kepala. bergaul pun tak. Akak dah lama perhatikan
dia. sekali dua je tegur. Tu pun masa group discussion dulu.”
Zara ingat lagi masa kali pertama dan terakhir dia bercakap
dengan Mikail. Tu pun satu dua patah je terkeluar sebab semuanya dah Mikail
cakap. Ingatkan lepas degree mereka berdua takkan berjumpa lagi. ternyata
Mikail sambung lagi pengajiannya di sini. alahai. Zara sendiri tak tahu cara
nak elak lagi perasaan dia. sedih tau tak. Asyik suka orang dalam diam.
“ Semua orang tahu abang Mikail tu macam mana. Kadang-kadang
geram juga dengan dia kak. Tahu nak menang je. tak ada hati dan perasaan
betul.”
Zara tersengih. Fira dah geram.
“ Dah. Pergi buat kerja kamu. Akak banyak kerja lagi ni.”
“ Okay kak. Bye.”
Dia hanya tersenyum melihat telatah Fira menuju ke rak buku.
Fira. Kalaulah akak ada kekuatan tu. akak tak mampu Fira.
“ Aku nak pinjam buku ni.”
Datang Mikail dekat kaunter dengan buku yang nak
dipinjamnya. Zara tersentak seketika tapi tangannya cepat saja mengambil
huluran Mikail. Dalam hati dia saat itu jangan cakap. Berdebar hebat. Sampai
nak cover pun rasa macam tak berdaya.
“ Erk nah. Terima kasih.”
Zara hulurkan kembali buku tadi pada Mikail. Mikail ambil
dan terus melangkah. Tanpa cakap terima kasih pun. Zara yang tengok tersenyum
sinis. Itu lah Mikail. Macam mana aku boleh terjatuh hati dekat dia pun aku tak
tahu lah. Adeh.
**
“ Kamu tunggu apa lagi? Sampai kucing bertanduk baru nak
kahwin? Macam tu?”
Keningnya digaru berkali-kali. Dia berjalan ke arah
perhentian bas dengan hati yang serabut. Tetapi tetap tenang menjawab setiap
persoalan ibu kesayangannya itu. Itu kan ibu dia.
“ Ibu. Sabar okay? Zara tahu apa Zara buat. Nanti jodoh
sampai Zara cakap dekat ibu. Zara baru kerja ibu. Kewangan tak kukuh lagi.”
Balas Zara dengan lemah lembut. Tak nak ibunya bebel lagi.
Matanya dihala ke kiri dan kanan. Mana tahu bas sampai.
Kalau bas tak sampai dia nak balik rumah sewa naik apa? Jalan kaki? Jauh tu!
“ Kalau tunggu jodoh yang macam kamu kata tu. Sampai
bila-bila pun tak ada. Nak ibu cari kan?”
Zara tersengih. Aduhai. Cari untuk aku? Tidak! Langsung tak
nak.
“ Tak apa. Zara cari sendiri. Okay la bu. Bas dah sampai ni.
Zara letak dulu ye? Assalamualaikum.”
“ Hmm. Ye la. Hati-hati. Waalaikumussalam.”
Selepas tamat saja panggilan, dia terus menghembuskan nafas
lega. Penat nak jawab bebelan ibunya. Kalau hari-hari macam ni, mahu pengsan
dia. come on ibu. Umur Zara baru nak masuk 25 tahun. Chill la. Muda lagi. heks!
Nak tunggu crush Zara lamar dulu. Muahaha. Hmm. Berangan la
kau Zara. Nak tunggu crush kau? Alamatnya memang kena tunggu kucing bertanduk
dulu baru dia datang lamar kau. Zara tersengih. Berangan selagi mampu.
“ Ye. Ye. Aku datang la kejap lagi. Sabar boleh tak?”
Zara tersentak. Macam kenal je suara lelaki ni. Dia
bertindak menoleh ke kirinya. Dan matanya terbeliak saat melihat insan itu.
Mikail!
“ Kau datang ambil aku senang sikit. Asyik nak bebel je.
Kalau kau tak nak ambil aku kau diam. Aku tengah tunggu bas ni.”
Mikail meletakkan beg sandangnya ke sisi kiri kakinya dan
mengerling jam sekilas. Then, dia menoleh ke kiri dan kanan. Bas belum sampai.
“ Nanti aku sampai aku pergi kat kau. Bye.”
Terus dia matikan talian. Dia ambil tempat kosong. Penat.
Kena jalan dari kelas ke sini. masa ni jugalah kereta nak buat hal. Kalau tidak
boleh naik kereta.
Zara terpegun dekat tempat dia duduk. Toleh pun tak. Gerak
sikit pun tak. Cuma pandang ke depan. Tapi dalam hati debaran hebat. Dia tak
tahu nak buat apa. Gelabah ya amat. Yala. Crush ada dekat sebelah kot. Entah
kenal entah tak si Mikail tu.
“ Dahaga pula.”
Zara kerling sekilas ke arah Mikail. Tapi Mikail dah bangun.
Entah hendak ke mana. Beg sandang ditinggal begitu je. Zara menggelengkan
kepalanya seketika. Cuai. Kalau ye pun nak pergi beli air. bawa la beg tu
sekali. Kang hilang baru ada akal.
Akhirnya, Zara bangun dan ambil beg tu dan letakkan di
sisinya. Supaya lebih selamat. Tak la hilang nanti. Gelabah tak tentu fasal
pula. Sambil itu dia tengok kiri dan kanan. Kenapa hari ni bas lambat pula.
“ Eh! Kau buat apa dengan beg aku tu?”
Zara tersentak bila beg yang ada di sisinya direntap kasar.
Dia mendongak ke arah empunya suara. Wajah Mikail dah tegang. Maybe tahan
marah. Cuma, Zara masih tersenyum. Chill Zara. Dia ingat kau curi beg dia.
“ Saya Cuma tolong jaga beg awak. kalau ye pun awak nak
pergi beli air. bawa beg ni sekali. Kalau beg ni hilang macam mana? Siapa
susah? So, saya Cuma tolong jagakan. Salah ke?” Dengan panjang lebar Zara
jelaskan perkara sebenar.
Mikail dah terdiam. Wajahnya dah kembali biasa. Cuma, dia
masih beriak sombong. Keras kepala betul Mikail ni. terus dia duduk kembali
tanpa cakap thanks dekat Zara. Zara Cuma tersenyum sinis. Sabar je la dengan
kau ni Mikail. Nasib aku sayang kau tau tak?
Hampir setengah jam menunggu. Bas pun dah sampai. Baru Zara
nak melangkah, tiba-tiba si Mikail ni potong line dia dan naik macam tu je. Dah
la terlanggar Zara dengan beg sandangnya tu. Tak sedar langsung apa yang dia
dah buat dekat Zara. Zara pula hampir saja terjatuh. Mujur sempat pegang pintu
bas.
Dengan penuh kesabaran, Zara naik ke atas bas dan ambil
tempat. Dan bila dia lalu tepi Mikail. Dia sempat berikan senyuman yang paling
sinis buat Mikail. Mikail yang melihat menjongketkan kening.
“ Kalau ye pun nak cepat, tolong tengok orang sama. Jangan
main langgar je. Selfish!”
Terus Zara berlalu dengan amarah kecil. Dia ambil tempat
kosong paling belakang sekali. Sekali gus menyejukkan hati dia yang sedia panas
tu. mujur orang tak ramai dalam bas ni. Kalau tak buat malu je. Huh!
***
Laju tangannya membuat kerja. Uruskan nama pelajar yang
meminjam buku dengan nama pelajar yang masih tidak memulangkan buku. Sampai tak
sedar ada orang tengah memandangnya saat itu.
“ Ehem!”
Zara tersentak saat terdengar suara itu. Cepat-cepat dia
menoleh. Tapi nampak je muka Mikail, dia terus buat muka menyampah even dalam
hati bukan main berdebar. Yala. Benci dengan kejadian semalam tu. tak reti nak
minta maaf langsung. Haish!
“ Ye?” Tapi Zara tetap bermanis muka. Pelanggan kan? Ceh!
Macam buka kedai pula kau Zara. Muahaha.
“ Aku nak pulangkan ini.”
Dua buah buku dihulurkan pada Zara bersama kad. Zara
menyambut lantas membuat kerjanya tanpa menghiraukan Mikail. Bila dah selesai
barulah dia hulurkan semula kad Mikail. Dan sekali lagi tanpa ucapkan apa-apa, Zara
kembali buat kerja. hati tengah panas la katakan.
Cuma, pelik bagi Mikail. Sebab selalunya Zara akan cakap
thanks setiap kali dia bagi buku or nak pinjam buku. Tapi kali ni tak. Mikail
hairan dan tiba-tiba rasa nak dengar suara Zara. Eh! Apa kena dengan kau ni
Mikail?
“ Okay.”
Zara tergelak bila Mikail cakap okay then blah macam tu je.
Itu Mikail ke? Dah kenapa cakap okay? Tak pernah-pernah pun? Zara mula
tersengih. Rasa bersalah fasal semalam ke? Ermm. I don’t think so. Dia kan hati
macam batu. Tak berperasaan. Huh!
“ Akak?”
Senyuman Zara terhenti bila nampak Fira. Dia hadiahkan
sengihan buat Fira.
“ Yes Fira? Ada apa yang boleh akak bantu?”
Zara sambung buat kerja dia. Lagi sejam dia boleh rehat
kejap. Letih. Dahaga semua ada.
“ Kenapa abang Mikail macam pelik tadi? Fira ada selisih
dengan dia tadi. Dia macam tengah fikirkan sesuatu sambil buat memek muka yang
I think its funny you know?”
Penerangan Fira dah cukup menggelikan hati Zara. Terus Zara
tergelak halus. Aduhai. Lawak juga awak ni Mikail. Makin sayang pula saya.
Haha. Mengada kau Zara.
“ Entah la dik. Cuba adik tanya sendiri? Akak pun nak tahu
juga.” Balas Zara dengan sengihan nakal.
“ Fira? Nak tanya dia? Memang tak lah!” Fira mencebik
meluat.
“ Tahu pun. Ingat akak tahu sangat ke?”
“ Yela. Akak kan suka dia. so mesti semua benda akak akan
tahu.” Fira menyindir balik.
Zara tersenyum kecil.
“ Ye. Tapi tak semua benda akak nak tahu sangat. Takut
direject bulat-bulat je nanti. Kahkah.”
Sesaat kemudian mereka berdua tertawa tapi cukup perlahan.
Nama pun perpustakaan kan? kah!
“ Dah la dik. Akak ada banyak lagi kerja ni. Pergilah buat
kerja kamu.”
“ Okay kak. Saya pergi dulu.”
Zara tersenyum melihat kelibat Fira berlalu pergi. sempat
juga dia cari kelibat Mikail. Dan macam biasa Mikail dengan port tepi tingkap
dia tu.
‘ Mikail. Kenapa awak tak pernah sedar dengan kehadiran
saya? Haih.’
**
Fight for the things
that you love
Scroll punya scroll. Terjumpa satu gambar Mikail dengan
caption macam di atas tu. Zara terdiam. Dia mula terfikir. Kenapa Mikail buat
caption macam tu? Dia dah jumpa someone ke?
Zara mula rasa tak best nak stalk. Tapi tangan ni gatal. Nak
tahu juga. So, scroll lagi gambar dia. Terjumpa lagi gambar dia dengan caption
begini pula.
I will be yours.
Zara ketap bibir. Ibu! Sedih! Baru je dia nak log out
instagram miliknya itu. Tiba-tiba terpapar satu gambar daripada Mikail. Gambar
di mana, Mikail tengah baca buku di dalam library. Dan paling buat Zara
terfikir lagi bila baca caption Mikail.
Why I feel like this?
Who are you? Why you make me like this? I feel something wrong anywhere.
Zara terdiam. Tapi tidak lama bila dia tengok wajah Mikail
yang tengah berserabut itu. Nama je tengah baca tapi mata tu tak tumpu pun kat
buku. Muahaha. Okay. Aku jadi berkeyakinan nak dekat dengan kau. Hiks!
**
Dah seminggu berlalu. Dalam seminggu juga Zara jadi makin
pelik dengan Mikail ni. Rajin pula si Mikail ni datang library. Setahu dia
Mikail bukan seorang yang rajin nak datang ke tempat sebegini. Tapi pointer dia
juga yang paling tinggi.
Itu satu. Yang paling tak tahan. Mikail setia pula cakap
okay selepas Zara serahkan buku pada dia. Zara tak cakap apa-apa pun even
thanks. Yala. Dah malas nak cakap sebab si Mikail ni tak balas pun. Tapi
sepanjang seminggu ni? Aneh!
Dan hari ni, seperti biasa. Mikail datang serahkan buku yang
dia pinjam semalam pada Zara. Okay. Kali ni Zara bertekad nak cakap thanks
balik. Yala. Pelik sangat dia tengok orang yang dia suka jadi macam ni.
“ Thanks.”
Zara ucapkan terima kasih dengan senyuman pada Mikail
selepas serahkan buku tadi. Mikail yang melihat terkedu seketika. Sampai
terkelu lidah. Zara lagi la pelik.
“ Mikail? Awak?” Terpaksa Zara memanggil.
“ Erk. Ha okay. Bye.”
Terus Mikail berlalu ke tempat selalu dia lepak tu. Zara
Cuma tengok dari jauh. Apa kena dengan crush aku ni? Pelik betul la. Okay. Cuba
usya dia punya Instagram. Dah seminggu aku tak on IG aku. baru buka, terpapar
muka depan buku yang baru dia lihat tadi dengan caption yang membuatkan aku
tergelak.
Oh! I’m crazy right?
Why suddenly? Oh no! I must go somewhere to forget this!
Zara kerling Mikail yang tengah tunduk tengok buku dia tu.
Alahai. Comel la awak ni Mikail. Awak dah berpunya ke belum? Sebab saya suka
awak. Awak cinta hati saya. Hehe. Mengada kau Zara.
**
No matter what happen.
I just like you. Only you. Capital M.
Caption dengan gambar Zara yang tengah tersenyum ke arah
tingkap itu membuatkan Mikail tersenyum seketika. Sebenarnya kau ni comel juga
Zara. Macam mana aku tak sedar kau dah lama jadi follower aku dalam IG? Aku pun
dah lupa semenjak bila aku follow kau. Tapi kau suka siapa?
Capital M? Kenapa
macam nama aku? Okay! Perasan. Tapi kenapa aku kena fikir pula? Haish!
“ Hello bro!”
Isyraf datang menyampuk. Mikail yang tengah khusyuk scroll
IG milik Zara tu cepat-cepat log out dan buat biasa dengan menghirup minuman di
depan matanya saat itu. Isyraf yang melihat dah mengerutkan dahi.
“ Kau dah kenapa bro?”
“ Kenapa apa?”
“ Yala. Macam serba tak kena je aku tengok kau ni.”
Mikail kerutkan dahi. Berlagak biasa la konon.
“ Mana ada. Aku biasa je. jom lah gerak ke kelas. Kau
lambat.”
Isyraf tersengih. Terus dia lupakan hal tadi.
“ Aku jumpa makwe aku kejap. Jom.”
Mikail kerling Isyraf sekilas. Langkah mereka diatur ke
kelas. Tanpa suara. Cuma, langkah mereka terhenti saat Isyraf memanggil
seseorang. Seseorang itu ialah Zara.
“ Hey Zara. Lama tak nampak kau?”
Zara tersentak saat ternampak Mikail dan Isyraf. Tapi dia
tetap memaniskan muka. Hati. Tolong jangan nak berdebar sangat boleh?
“ Lama apanya. Kau tu yang tak pernah datang library. Aku
ada je dekat situ. Tanya kawan kau ni. selalu datang.”
Isyraf mengerutkan dahi. Mikail datang library? Mikail yang
malas tatap buku ni selalu datang library? Biar betul Zara ni?
“ Mikail ni?” Soal Isyraf dengan tak puas hati.
Tertanya-tanya sebenarnya.
Zara hanya menganggukkan kepala. Dah kenapa? Mesti Isyraf ni
tak tahu. Haha. Mikail pula terus buat reaksi biasa. Buat-buat tahu konon.
“ Haah. Okay la Isyraf. Aku ada hal lagi ni. see you again.”
Belum sempat Isyraf nak bersuara, Zara melangkah terlebih
dahulu. Zara memang nak cepat la tu. Hilang je kelibat Zara depan mata. Barulah
dia toleh ke arah Mikail. Siap dengan jongketan di kening lagi. Mikail yang
tengok hanya menjongketkan bahu.
“ Jangan nak dalih lagi wahai encik Mikail. Baik kau cakap.”
Isyraf cuba menggesa.
Mikail langsung tidak menghiraukan si Isyraf. Dia mula
berjalan meninggalkan Isyraf. Sekarang dia perlu ke kelas. Tiada masa nak jawab
atau rahsianya akan terbongkar.
“ Mikail! Kau jangan nak lari!”
“ Aku tak lari tapi kita ada kelas la.”
“ Cakap je la. Bukannya lecturer datang lagi.”
Mikail ambil tempat dan lepaskan nafas kecil. Isyraf masih
menanti. Jarang tengok Mikail serabut macam ni. Yala. Mikail ni kan seorang
yang keras kepala. Ego tinggi.
“ Aku pun tak tahu la. Lately ni aku rasa macam tak kena je
dengan diri aku. sedar tak sedar aku jadi makin tak boleh kalau tak pergi
library dan jumpa Zara dulu. I mean, pergi library la. Zara kan duduk depan
kaunter. Mesti la kena jumpa dia dulu.”
Isyraf tarik sengihan nakal. Masih nak ego lagi Encik Mikail
kita ni. mengaku je la. Apa salahnya.
“ Tapi sampai hari-hari kau pergi?”
Mikail menjongketkan bahunya.
“ Cuma nak dengar dia cakap thanks. Tu je.”
Isyraf terlopong. Tapi tak lama bila dia mula melepaskan
tawa besar. Mikail yang tengok dah tayangkan muka menyampah. Ini yang benci
kalau aku cerita something dekat dia ni.
“ Kenapa? Dia tak cakap ke selama ni sampai kau nak dengar
segala?” Soal Isyraf bila tawanya dah henti.
“ Aku tak tahu. Semenjak dia tak cakap dah thanks dekat aku.
aku rasa pelik. Sebab dah terbiasa kot.”
Isyraf katup mulut. Tak nak terlepas tawa lagi. Kang merajuk
pula.
“ Kau sedar tak apa yang kau tengah rasa sekarang ni bro?”
“ What?”
Mikail mula tengok skrin telefonnya. Application Instagram
miliknya dibuka.
“ Kau dah jatuh cinta pada dia!”
Dan serentak itu jugalah Mikail nampak Zara post gambar buku
sama yang dia pernah upload dekat IG sebelum ni dengan caption macam ni.
You fall in love with
me right? Just admit it!
“ Kau gila?” Mikail soal Isyraf dengan riak muka terkejut.
“ Apa aku pula. Kau la. Kau dah jatuh hati pada dia la bro.
come on!”
“ Impossible.”
“ Nothing impossible because you feel it. But, you deny it.
Come on!”
Dia terdiam dan akhirnya menyembamkan wajahnya pada meja.
Argh!! Tak mungkin!
**
Jika ditanya pada dia, apa perkara yang dia suka buat.
Jawapannya adalah suka stalk crush dia. Boleh dikatakan setiap hari. Mujur
kerja semua dia buat juga. Kalau tidak free je kena diberhentikan. Zara. Zara.
Semenjak kes dia terserempak dengan Isyraf dan Mikail dua
hari lepas. Semenjak itu jugalah si Mikail ni dah tak datang ke library.
Tipulah kalau kata Zara tak rindu. Sampai terjenguk-jenguk ke arah pintu. Mana
tahu Mikail datang. Bukan tu je. Buku yang dipinjam pun kawan dia yang
pulangkan sendiri.
“ Mana awak pergi Mikail? IG pun awak tak active dah. tak
nampak awak upload gambar baru. Haih.”
Zara melihat sekeliling. Waktu pagi macam ni tak ramai orang
datang ke sini. Jadi, dia ada peluang la nak usya Mikail. Sebab time pagi la
Mikail selalu datang. Aduhai. Parah kau ni Zara.
Pap!
Tersentak Zara saat mendapat bunyi tepukan itu. Diurut
dadanya perlahan gara-gara terkejut. Dia toleh ke belakang. Bila nampak wajah
Fira yang tengah tersengih itu. cepat saja tangan dia menampar lengan Fira.
Geram ya amat.
“ Fira! Terkejut akak tahu tak?” Marah Zara geram.
Fira tertawa kecil.
“ Akak la. Termenung je tahu. Sampai orang berdiri belakang
dia pun tak sedar. Terpaksa la tepuk meja ni dulu. teringatkan abang Mikail la
tu.”
Zara mencebik. Rasa buang masa pula ingatkan si Mikail tu.
“ Abang Mikail tak ada dekat sini la kak. Dia pergi camping.
Esok baru balik.”
Makluman yang baru diterimanya itu jelas membuatkan dia
terkejut. Rasa sedih pun ada. Kenapa dia tak tahu pun? Selalu dia dapat tahu.
Sebab Mikail tak aktif dekat media sosial. Sebab tu dia ketinggalan. Hmm.
Fira tersenyum saat melihat wajah muram akak kesayangannya
itu.
“ Akak jangan sedih la. Esok dia balik la. Lagipun dia pergi
atas urusan kerja. bukan saja.”
“ Akak bukan apa Fira. Akak rasa macam give up la. Dia
langsung tak pandang akak. Rasa macam sia-sia suka dalam diam. Tapi nak buat
macam mana. Akak dah terjatuh hati dekat dia. sekarang ni rasa makin sukar nak
lupa.”
Fira tersenyum kecil. Sempat dia capai sebatang pen dan
sehelai kertas di depan matanya itu. Dia tulis sesuatu dan berikan pada Zara.
“ Saya pergi dulu. Fikir-fikirkan ye.”
Terus Fira berlalu pergi meninggalkan Zara terpinga-pinga.
Dengan keadaan terpinga-pinga itu dia tunduk tengok apa yang Fira tulis pada
dia tadi.
0131234321 (Ini nombor
abang Mikail. Kalau akak betul sayangkan dia. Contact dia)
Terlopong Zara dibuatnya. Biar betul Fira ni?
**
“ Bro! Sini!”
Termengah-mengah Mikail cuba kejar langkah Isyraf yang sudah
jauh daripada dia. Dari semalam mereka berpindah randah. Tapi semalam mereka
stay dekat hutan ni dalam lagi. Untuk malam ni maybe kena keluar sikit. Supaya
esok senang sikit dan jimat masa nak keluar daripada hutan. Camping la katakan.
“ Kita rehat kejap la weh. Penat arh.” Ajak Mikail sambil
lap peluh di dahi.
“ Okay guys. Kita rehat kejap. Nanti kita sambung balik.”
Isyraf memberi arahan sebab dia dan Mikail ketua dalam
kumpulan kecil itu. bersama dengan adik-adik junior yang lain. Yang pasti semua
lelaki.
“ Bro. Handpone kau ada line tak?” Soal Isyraf.
Mikail mengerutkan dahi.
“ Dah nama pun dalam hutan pakcik oii. Mesti la tak ada.”
Sempat Isyraf tersengih lantas tengok skrin telefonnya. Ada
la satu line. Boleh kot kalau nak call kejap. Rasa tak best kalau tak telefon
orang kesayangan even sehari.
“ Ada. Tapi sikit. Aku ke sana kejap.”
Mikail mencebik saat melihat Isyraf melangkah jauh daripada
dia. Tak habis-habis dengan orang kesayangan dia tu. Haih. Dia turut ambil
telefon Samsungnya itu dan tengok line. Ada satu line juga. Dan.. Eh?
Mikail baru perasan ada satu message daripada nombor yang
dia tidak kenali. Cepat-cepat dia buka dan baca.
Assalamualaikum
Mikail. Awak sihat? Saya harap awak sihat. Duduk dalam hutan tu hati-hati ye.
Sampai berkerut dahi Mikail baca message daripada nombor
yang tidak dikenali itu. Tarikh hari ni. masa dua jam yang lepas. Siapa ni weh?
Musykil.
Kau siapa?
Gara-gara nak tahu sangat. Balas juga message tu. Tak sampai
seminit dapat message baru. Mikail tersenyum. Cepat bebenor.
Orang yang suka awak
dalam diam.
Tersentak dibuatnya. Ada juga orang suka aku dalam diam?
Tapi siapa? Tak fasal-fasal berdebar aku jadinya. Makin nak tahu jadinya.
Siapa? Beritahu je la
nama kau.
Awak tak perlu tahu
siapa saya sebab awak tak pernah pun pandang saya. Jadi, cukuplah awak tahu
saya suka awak dalam diam.
Tapi dari mana kau
dapat nombor aku?
Dari seseorang. Bye.
Terkesima sekejap Mikail dengan secret admire dia tu. Jadi
terpinga-pinga terus. Sampai Isyraf datang pun tak sedar.
“ Bro! Asal kau ni?” Tegur Isyraf yang pelik dengan reaksi
Mikail.
Mikail serahkan telefonnya itu kepada Isyraf. Suruh Isyraf
baca. Isyraf hanya menurut dan selepas dia tahu apa yang menyebabkan Mikail
jadi sedemikian rupa, dia tersenyum panjang. Rasanya Fira dah mulakan langkah.
“ So? Untunglah ada secret admire.”
Isyraf serahkan kembali telefon milik Mikail itu. Giliran
dia pula message Fira. Iaitu adik angkat dia. semenjak bila kah? Semenjak Fira
kenal dengan makwe dia. Haha.
Zara dah mulakan
langkah. Terima kasih Fira. Kalau Fira tak beritahu abang yang Zara tu sukakan
abang Mikail. Sampai bila-bila pun mereka macam tu.
Isyraf rasa nak tergelak tengok Mikail yang asyik
berkerut-kerut dahi tu. Tengah fikirkan sesuatu la tu.
Saya Cuma nak tolong
akak Zara je bang. Kesian saya tengok dia. abang Mikail tu tak pernah pandang
dia pun.
Haha. Jangan risau.
Abang tahu mereka akan bertemu juga nanti. Dan abang yakin abang Mikail kamu tu
suka dekat Zara.
Okay abang.
Isyraf tersenyum kecil. Mikail. Mikail. Kau suka dia tapi
tak nak mengaku. Degil juga kau ni.
**
Tup tap tup tap bunyi keyboard kedengaran. Zara terlalu
fokus pada kerja menaip nama pelajar depan pc dia tu. langsung tak endahkan
orang lain yang lalu lalang di tepi dan depannya. Sebab apa? sebab dia bukan
kerja keseorangan hari ini. bersama dengan orang baru. Sebab tu dia fokus je
tanpa hiraukan orang lain.
Actually, dia penat. Penat asyik fikir tentang crush dia.
dah seminggu berlalu. Seminggu juga Mikail tak datang ke library. Kalau nak
kata message. Masa Fira bagi tu ja la. Lepas tu dia tak berani message dah
dengan Mikail. Takut dan malu. Sebab tu dia perlu stop kejap kot.
“ Zara…”
“ Ya. Kenapa?” Sahut Zara tanpa menoleh ke arah rakan
sekerjanya itu.
“ Telefon ku bergetar tadi. Takkan kau tak perasan?”
Zara terdiam. Yeke? Fokus sangat buat kerja la ni. Pantas
dia mengambil telefon dan tengok dekat skrin telefon. Ada message la.
Boleh tak kau beritahu
siapa kau? Aku naik gila fikir fasal kau.
Terpinga-pinga Zara jadinya bila baca message daripada crush
dia tu. Erk! Nak balas apa ni? balas je la. Ikut kata hati kau. Letih asyik
fikir orang yang tak fikir fasal kau. Kalau kau tahu Mikail. Mesti kau takkan
datang lagi dekat library ni. Even sekali.
Tak perlu. Awak
bukannya pandang saya pun. Dan saya tahu selepas saya beritahu perkara sebenar
pun awak mesti akan jauhkan diri daripada saya. Baik saya diam je.
Ikutkan hati, nak je Zara off phone dia. Tapi, tak sampai
hati bila telefon dia kembali bergetar. Mikail reply la tu.
Just tell me! Who are
you?
No! I won’t!
Terus Zara off phone dia. Maafkan aku Mikail. Aku rasa baik
macam ni. Hmm.
“ Lina. Boleh aku pinjam phone kau kejap?”
“ Erk. Nah..”
Zara ambil phone Lina dan log in akaun instagramnya. Mujur
Lina pun ada IG. Dia log in dan post gambar pc komputernya itu. tak lupa juga
caption yang menyedihkan. Haha.
Penat kan suka orang
dalam diam? Sedangkan dia tak pernah pandang kita pun. Sampai bila aku harus macam
ni? Letih. I want give up!
Zara mengeluh kecil. Rasanya dah tiba masanya aku lupakan
dia. Maybe terima je kata-kata ibu. Ceh! Hmm.
“ Zara.”
“ Apa?”
Zara tengok notification selepas post gambar tadi. Mencari
sama ada si Mikail tu like atau tidak.
“ Erk. Tu…”
Zara mengerutkan dahi. Dah kenapa dengan Lina ni? Pada masa
yang sama ada seseorang tinggalkan komen dekat gambar dia tadi. Dan Zara
terkejut saat tahu siapa empunya diri yang komen.
mmm.mikail : Penat
lagi kalau seseorang itu turut mengharapkan jawapan yang sama.
Terbeliak mata Zara saat baca komen daripada si Mikail tu.
Ya Allah! Apa maksud dia?
“ Weh.”
Sekali lagi Zara tersentak saat lengannya disenggol Lina.
Mahu tak mahu Zara terpaksa toleh ke arah Lina.
“ Apa kau ni?” Rungut Zara tak puas hati.
“ Tuu!” Lina muncungkan bibirnya ke arah hadapan. Zara yang
tak faham hanya menurut.
Tengok je depan, dia sendiri tergamam. insan yang baru komen
tadi tiba-tiba muncul depan matanya dengan riak muka yang sukar untuk
ditafsirkan. Beku. Tanpa senyuman. Renungannya pula tajam. Sampai terteguk air
liur Zara dibuatnya. Ya Allah! Mati aku! Dia dah tahu ke?
“ Kau. Ikut. Aku. Sekarang.”
Even senada, Zara dapat rasakan sesuatu yang akan berlaku
pada diri dia sebentar lagi. melihatkan Mikail berlalu ke luar library. Dia
jadi teragak-agak sama ada nak ikut atau tak. Tapi bila Lina suruh dia pergi,
mahu tak mahu dia gagahkan juga ikut langkah Mikail sehingga ke luar library.
Dia juga make sure jarak antara dia dengan Mikail tak terlalu rapat. Kang boleh
lari kalau jadi apa-apa. Hoho.
“ Kenapa awak nak jumpa saya?” Dengan beraninya Zara
menyoal.
Mikail menoleh ke arah Zara dan berdepan dengan dia. Zara
yang melihat hanya diamkan diri. Wuargh! Apa yang akan berlaku ni?
“ Kau kan? Kau yang suka aku dalam diam kan? Yang SMS aku
masa aku dalam hutan tu. Kan?”
Bertalu-talu soalan diarah pada dia sampai Zara tak mampu
nak keluarkan suara untuk jawab. Sebab soalan pun memang kena tepat dekat diri
dia.
“ Kenapa diam? Jawablah.”
Zara mengeluh kecil. melihatkan wajah Mikail yang tiada
perasaan tu buatkan dia rasa nak mengaku je apa yang dia rasa. Tapi macam mana
kalau dia kena gelak nanti? Ibu! Tolong!
“ Saya..”
“ Apa? Jujur je la.”
“ Fine!”
Zara beranikan diri bertentangan mata dengan Mikail.
Alang-alang suruh mengaku. Baik mengaku dari mula lagi. tak la sakit hati dan
pendam segala-galanya seorang diri lagi kan? So just go on Zara!
“ Yes. Saya orangnya. Saya yang SMS awak time tu. Saya juga
orang yang suka awak dalam diam.
Setelah sekian lama. Saya juga orang yang tak
awak pandang langsung tu! saya juga mangsa sebab tersuka awak. terjatuh hati
dekat awak. ya saya orangnya! So? Nak gelak? Nak sindir? Maki? Hina? Or marah?
Silakan. Saya sedia mendengarnya.”
Mikail sama sekali terkedu. Terkejut pun ada bila tengok
Zara macam ni. Senafas saja Zara meluahkan apa yang dia rasa. Tu memang
betul-betul geram dah tu. Sampai berombak dadanya menahan rasa geram. Mikail
yang tengok pun dah terdiam.
“ So, sekarang awak dah tahu semuanya. Saya tahu awak tak
pernah suka saya pun. Harap lepas ni awak boleh lupakan apa saja yang saya
katakan tadi. Anggap saya tak pernah kenal awak. Terima kasih Mikail bagi saya
peluang untuk kenal awak. saya pergi dulu. assalamualaikum.”
Tanpa berlengah, Zara cepat-cepat berlalu daripada situ dan
masuk semula ke dalam library. Ikutkan hati nak je jerit yang aku memang
terlalu cintakan dia. Tapi buat malu kot. So, itu je yang mampu. Tengok!
Sekarang pun rasa nak nangis dah. Haha. Spoil la kau ni Zara.
Manakala Mikail yang melihat Zara pergi rasa lain macam.
Rasa macam kehilangan. Rasa macam dia kena do something. Argh! Dia sendiri tak
faham kenapa dia mesti rasa semua tu. dia pun rasa nak give up dah. Ish!
**
Akak. Tolong datang
library sekarang boleh tak? Urgent kes! Please!
Gara-gara message daripada Fira itu lah, dia terpaksa
korbankan cutinya dengan datang ke library hari ini. Ikutkan Lina yang uruskan
kerja dia hari ni. Saja dia ambil cuti sebab nak tenangkan fikiran. Tapi lain
pula yang jadi. Sabar je la.
Sampai saja dia dekat library, mestilah dia tuju ke arah
kaunter dulu. Nak tanya Lina dulu. Mana tahu Fira dah balik ke or sedang cari
dia ke.
“ Lina.” Tegur Zara saat berdiri depan kaunter.
Lina mendongak dan tersentak melihat kehadiran Zara depan
matanya saat ini.
“ Kau bukan cuti ke?”
“ Urgent kes. Kau ada nampak adik Fira tak?”
“ Tak ada pula. Tapi aku diberi amanat suruh serahkan ini
pada kau.”
Lina serahkan Zara satu sampul surat berwarna putih. Pelik
tapi Zara tetap mengambilnya dan melangkah ke arah meja belajar pelajar di tepi
tingkap. Sebab situ privacy sikit. Ceh. Cakap je la kau rindu Mikail.
Dengan tanda tanya, isi sampul surat tadi dia keluarkan.
Lagi terpinga-pinga jadinya bila tengok apa yang dia dapat.
Dia dapat dua helai kertas. Satu kertas hanya tulis huruf I.
satu lagi kertas tulis huruf LOVE. Pelik. Siapa yang bagi ni? eh! Ada lagi satu
kertas la. Tapi kertas ni lipatannya sangat kecil. mahu tak mahu, tekun juga aku
buka. Nak tahu kan?
Buka Instagram
sekarang.
Zara rasa nak menjerit je. Apa lagi ni? Aku langsung tak
faham lah! Ikutkan je la Zara.
“ Buka Ig dah. So what’s next?”
Zara toleh sekilas ke arah luar tingkap. Tiada yang menarik.
Dia tunduk kembali tengok skrin telefonnya dan dia terkejut saat ada orang tag
dia dalam satu gambar. Dan.. Eh! Mikail? Dia tag aku? buka tengok!
Dan ya! Kali ni Zara terkesima. Sangat terkesima. Gambar dia
sendiri! Mikail post gambar dia sendiri dan tag diri dia. apa maknanya ni?
Caption pula hanya YOU. Seriously? Aku tak faham.
Tiba-tiba panggilan masuk. Daripada Mikail. Zara jadi
terkelu kejap. Jawab ke tak? Masalahnya dah dua kali Mikail buat panggilan.
Okay! Jawab Zara!
“ Assalamualaikum.”
Zara diam. Tapi dia tetap jawab salam. Itu pun dalam hati.
“ Awak dah dapat sampul surat tu? Dah baca isi dia kan? Dan
dah tengok IG kan?”
Zara ketap bibir. Kenapa dia macam baru faham apa maksud
Mikail yang sebenarnya?
“ Zara. Saya nak minta maaf.”
Dengan lembut pula tu. Lagilah Zara rasa nak nangis.
“ Saya tahu awak banyak terluka sebab saya. Maafkan saya
Zara. Tapi niat saya Cuma satu. Saya tak nak nafikan lagi. Apa yang saya buat
tadi adalah apa yang saya rasa sebelum ni. awak faham tak?”
Zara seka hujung tubir matanya itu perlahan. Dia menarik
senyuman kecil. Faham. Aku baru faham.
“ Maksudnya I Love You Zara. It’s you.”
Kali ini, Zara terus tutup mulutnya bila Mikail tiba-tiba
muncul di depan matanya saat itu. dengan senyuman manis serta bunga ros di
tangan.
“ A..awak..”
Zara dah kehilangan kata-kata. Tak tahu apa yang dia nak
buat. Mikail betul-betul berdiri depan matanya saat itu. Telefon dah diletakkan
di atas meja. Dan kini mereka berdepan.
“ Zara. Saya minta maaf. Saya dah cintakan awak.”
Dengar luahan Mikail tu membuatkan Zara tertawa kecil.
“ Maaf sebab buat awak suka saya dalam diam terlalu lama.”
Sambung Mikail lagi dengan senyuman manisnya itu.
“ Nasib saya.”
“ So…”
“ So?” Zara mengerutkan dahi saat melihat Mikail yang
tersenyum panjang itu.
“ Jadi cinta hati saya buat selamanya? Be my wife maybe?”
Okay. Kali ni Zara terus mengalirkan air mata. Terkejut plus
terharu. Tengok kesungguhan Mikail itu membuatkan dia menganggukkan kepala
perlahan.
“ Terima kasih Zara.”
Zara tertawa kecil melihat bunga ros yang dihulurkan padanya
itu. Dia ambil dan tengok Mikail.
“ Thanks.”
“ Awak patut berterima kasih pada Fira dan Isyraf. Mereka
dalang semua ni.”
Muncul Isyraf dan Fira dengan sengihan panjang. Malu Zara
dibuatnya. Tapi alhamdulillah. Semuanya dah selesai.
“ Akak. Tahniah. Akhirnya crush akak bakal jadi suami akak.
Haha.”
Mikail dan Isyraf yang mendengar tertawa kecil. Zara hanya
tersengih.
“ Okay semua dah selesai. Bro. jom. Kita ada kelas. Lepas ni
kau boleh jumpa dia lagi.”
Isyraf berlalu sambil tarik bahu Mikail. Zara hanya melihat
mereka berdua berlalu. Tapi dalam hati rasa happy sangat.
“ Mikail. Terima kasih. Saya ingat saya akan suka awak
selamanya dalam diam.” Luah Zara perlahan. Dan yang pasti Fira mendengarnya.
“ Buktinya akak dan abang Mikail tak perlu bersembunyi lagi.
Kan?”
“ haha. Ya. Jom. Akak belanja makan.”
“ Yeay. Jom.”
Apa pun yang terjadi selepas ini, dia berharap agar Allah
permudahkan urusannya. Mikail. Once again, I want to say that I love you. Very
much. Thank you.
~Tamat~
Sweet nye.....😍😍
ReplyDeleteSweet nye.....😍😍
ReplyDeleteSayang seseorang dalam diam..
ReplyDeleteCewaah
Waahhh kenapee sweet sgttt.. Keep it up
ReplyDeleteSo sweet kn best klau ade crush mcm ni
ReplyDeleteHuhuu...so sweeettt sourr...
ReplyDeleteMemang sweet bila lelaki hati batu jatuh cinta. Romantik pulak tu, siap bagi bunga lagi. Katakanlah..ini hanyalah sekadar imaginasi?
ReplyDeleteWalau apa pun..akak enjoy sangat baca cerpen2 Shima malam ni. Tak kisahlah realiti or imaginasi. Terima kasih kerana membuatkan hati akak berbunga-bunga cinta😃
Memang sweet bila lelaki hati batu jatuh cinta. Romantik pulak tu, siap bagi bunga lagi. Katakanlah..ini hanyalah sekadar imaginasi?
ReplyDeleteWalau apa pun..akak enjoy sangat baca cerpen2 Shima malam ni. Tak kisahlah realiti or imaginasi. Terima kasih kerana membuatkan hati akak berbunga-bunga cinta😃
Memang sakit bila menyintai seseorg dlm diam...mcm lirik lgu,sakitnya tuh disini di dlm hatiku..tp endingnya,mmg sweet
ReplyDelete