Keesokan harinya, selepas meminta kebenaran daripada
En.Dahlan dan mengambil cuti daripada bos besarnya tanpa pengetahuan sesiapa
pun. Dahlia turun ke Pulau Pinang. En.Dahlan dan bos besarnya pun tak tahu ke
mana Dahlia hendak pergi. Dia hanya maklumkan yang dia ada urusan dan perlu
uruskan secepat mungkin.
Mujurlah dua orang itu tak menyoal banyak. Zahida sendiri
tak tahu yang Dahlia tak masuk kerja. Semua ini berlaku dengan pantas. Semua
ini gara-gara nak mengelak daripada berjumpa dengan Faiz.
Dahlia yang tengah memandu itu berasa tenang kerana dapat
lari daripada Faiz. Tapi tidak untuk selamanya. Dia yakin selagi Faiz tak jumpa
dia selagi itulah Faiz tetap akan mencari.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dahlia langsung tak
menghiraukan bunyi itu malah menukarkannya ke mod senyap. Lega hati dia. Puas!
Sekarang tiada sesiapa pun yang berhak mengganggunya.
Hampir 2 jam Dahlia memandu, dia ambil keputusan untuk
berhenti berehat di R & R yang terdekat. Selepas park kereta, Dahlia menuju
ke arah deretan kedai. Dan perut pun mulalah berbunyi.
“ Mak cik. Bagi nasi goreng bungkus satu.” Pinta Dahlia.
Semua makanan yang berada di hadapan matanya kini amat menyelerakan. Tapi kalau
ambil semua mahu dia gemuk pula nanti.
“ Nah. Dua ringgit je dik.” Hulur makcik itu sebungkus nasi
goreng.
“ Terima kasih. Nah..”
Selepas membuat bayaran, Dahlia terus bergerak semula ke
kereta. Tiada hati nak makan dekat luar sorang-sorang. Jadi makan dalam kereta
lagi bagus.
Tapi belum sempat Dahlia ingin membuka pintu kereta, bahunya
secara tiba-tiba di langgar. Kuat pula tu. Mujur bungkusan nasi tadi tak jatuh.
Dahlia yang berang itu terus menyerang orang yang melanggarnya itu.
“ Mata tu letak mana ha?” Serang Dahlia lalu menoleh
sebelah. Lelaki rupanya. Dengan memakai cermin mata hitam tu. Eii!
“ Maaf.” Lelaki itu hanya meminta maaf lantas kembali
menyambung langkah dengan pantas. Sebenarnya dia dah tak tahan ke tandas sebab
sampai terlanggar orang.
Dahlia terlopong apabila lelaki itu hanya ucap maaf. Hampeh!
Biarlah! Daripada aku bergaduh lebih baik aku terus makan. Lapar sangat dah ni.
**
Senyuman sinis jelas terpamer apabila melihat lelaki itu di
hadapan matanya. Kemudian dia bertepuk tangan raikan kekalahan lelaki itu. Biar
padan muka dia.
“ Hei!”
Wajah Irsya yang gembira itu direnung tajam.
“ Awak nak apa lagi?” Soal irsya kasar. Dah tak ada hati nak
berdepan dengan Faiz ni. Yang dia harap sangat dia nak kehidupan bahagia je
dengan anak dalam kandungannya itu.
“ Kau pasti tahu di mana Dahlia berada sekarang. Kan?” Soal
Faiz juga dengan kasar.
Irsya tertawa mendengar soalan Faiz itu.
“ Kenapa? Dia lari daripada awak ke? Ha! Biar padan dengan
muka awak.” Sindiran Irsya ternyata amat pedas.
“ Hei! Aku tanya kau elok-elok. Jawab je lah!” Bentak Faiz
bengang.
“ No! saya tak tahu dan saya dah tak berhubung dengan dia.
Kalau awak nak jumpa dia. Awak carilah sendiri. Sendiri buat sendiri
tanggunglah.” Balas Irsya dengan tiada perasaan.
Malas nak layan Faiz, dia memusingkan badan untuk beredar.
“ Hei!”
Faiz pantas merentap tangan Irsya yang baru nak melangkah.
Dan tanpa di duga,tarikan Faiz yang terlebih kuat itu menyebabkan Irsya jatuh
terduduk.
“ Ya Allah!” Irsya mengerang kesakitan.
Faiz tergamam akan tindakannya. Tanpa rasa belas kasihan,
Faiz pantas beredar daripada situ.
“ Faiz!” Jerit Irsya meminta pertolongan dia. Tapi hampa
apabila Faiz sudah lari dari situ.
Tiba-tiba darah mengalir keluar daripada celah seluarnya.
Itu membuatkan Irsya gelisah. Adakah kandungannya akan gugur? Ya Allah!
“ Tolong!”
Irsya hanya mampu pinta pertolongan.
“ Ya Allah selamatkanlah anak dalam kandungan aku ni.”
**
Senyuman Dahlia terukir apabila dia sudah sampai di Pulau Pinang.
Alhamdulillah! Penat memandu akhirnya sampai juga.
Dahlia ambil keputusan untuk pergi bersiar-siar terlebih
dahulu sebelum ke hotel. Jadi dia belok ke kiri di mana jalan menuju ke
Georgetown.
“ Wah!”
Teruja sungguh Dahlia melihat pemandangan di atas jambatan
Pulau Pinang itu. Jambatan yang paling panjang di Asia Tenggara itu. Iaitu
sepanjang 13.5 kilometer.
“ Rugi aku tak datang sini awal-awal. Kalau dah tahu dekat
sini menarik juga.” Ujar Dahlia dengan teruja.
Kemudian dia menuju ke arah Bayan Lepas. Macam-macam ada
sebenarnya. Memang rugi sebab tak datang awal-awal.
Dahlia tersenyum apabila sampai di satu tempat. Matanya
melilau melihat orang sekeliling. Kebanyakannya macam suami isteri dan sepasang
kekasih.
Tiba-tiba hatinya rasa sebak. Teringat akan lelaki yang
benar-benar telah hancurkan hatinya itu.
“ Stop crying Dahlia!”
Dahlia pantas mengukirkan senyuman. Angin sepoi-sepoi
membuatkan hatinya tenang semula.
“ Excuse me?” Dahlia tersentak apabila ada orang tegurnya.
“ Yes?” Dahlia memusingkan badan berhadapan dengan seorang
wanita yang manis sekali.
“ Tahu tak di mana letaknya Batu Feringghi?” Soalan itu
buatkan Dahlia tersenyum.
“ Maaf. Tapi saya pun baru datang sini. Saya ni bukan orang
sini. Maaflah sebab tak dapat bantu.” Ujar Dahlia dengan senyuman.
Wanita itu membalas senyuman Dahlia.
“ Tak apa. Terima kasih.”
Dahlia hanya mengangguk. Tiba-tiba dia ternampak seorang
lelaki yang membuatkan jantungnya berdetak hebat.
‘ Faiz?’
Ingin saja Dahlia lari daripada situ. Tapi langkahnya
terbantut apabila lelaki yang dikatakan Faiz itu melangkah ke arah wanita manis
tadi. Siap berpegang tangan lagi. Dahlia jadi pelik.
“ Betul ke itu Faiz? Tapi kenapa bila kami bertembung mata
dia tak kenal aku? Atau muka dia yang mirip Faiz membuatkan aku kata itu Faiz?
Ya Allah. Kenapa dengan aku ni? Hish!”
Dahlia mengetap bibir kuat apabila terasa nak menangis.
Kenapa hidupnya sebegini. Hish! Sabar Dahlia! Sabar!
~Bersambung~
No comments :
Post a Comment