Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Wednesday 25 December 2013

Sesuci Kasihmu 20

okey.. Sampai juga bab 20. Bab kemuncak. Atau lebih senang bab yang penuh dengan misteri yang akan terbongkar. Hehe.. dan kali ni sengaja saya buat panjang sikit. Hope enjoy ketika membaca. :)





“ Izz Firas…”


Izz menoleh ke belakang. Terkejut apabila melihat perempuan yang menegurnya itu.


“ Kenapa awak muncul kembali? Awak nak berikan saya jawapan ke? Adakah awak ni Zahra?”


Izz cuba mendekati perempuan itu. Tapi malangnya, perempuan itu makin menjauh daripada Izz. Izz jadi hampa.


“ Saya Cuma nak beritahu awak. Kebahagiaan awak akan datang nanti. Awak Cuma perlu bersabar.”


Izz langsung tak faham apa yang sedang perempuan itu katakan. Dia melihat wajah itu dengan penuh tanda tanya. Setiap kali perempuan itu muncul dalam mimpinya. Dia asyik teringatkan Zahra. Wajah mereka memang sama. Adakah mereka orang yang sama?


“ Tolong beritahu saya. Adakah awak Zahra?” Izz menyoal pula.


Tapi perempuan itu hanya tersenyum. Tiba-tiba juga dia menghilangkan diri di depan Izz. Izz terkejut.


“ Awak! jangan pergi lagi!”


“ Awak!!”


Izz tersedar apabila mimpinya itu tiba-tiba hilang begitu sahaja. Perlahan wajahnya diraup. Habis berpeluh dibuatnya.


‘ Kenapa perempuan tu muncul balik dalam mimpi aku? Dah hampir 3 bulan dia tak muncul. Ya Allah. Jangan buat aku tertanya-tanya macam ni. Aku perlukan jawapan.’


“ Wuarghh!”


Tangisan bayi itu mengejutkan Izz. Pantas dia mendukung Zahirin yang berada di sisinya. Agaknya Zahirin terkejut.


“ Maafkan ayah ya sayang. Ayah kejutkan kamu ye?”


Izz menepuk perlahan belakang Zahirin. Sambil itu dia membancuh susu untuk Zahirin. Mujur Zahirin tak banyak ragamnya.


Tok! Tok!


Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Terlupa pula yang umi masih belum balik ke Ipoh. Katanya nak stay sini sampai Zahra betul-betul sembuh.


Tanpa berlengah, Izz melangkah ke pintu bersama dengan Zahirin. Selepas membuka pintu, wajah Umi terpampang di depannya.


“ Izz kenapa? Umi dengar kamu menjerit tadi. Cucu umi ni okey tak?” Cemas umi menyoal.


“ Tak ada apa-apa lah Umi. Izz mimpi je tadi. Zahirin ni lapar agaknya. Izz baru siap buatkan susu untuk dia.” Maklum Izz dengan senyuman kecil.


“ Kalau macam tu biar Zahirin tidur dengan umi malam ni. bak sini botol susu tu. kamu rehatlah. Semalam kamu tak rehat langsung demi jaga Zahra. Tidurlah..” Pesan Umi lantas mengambil Zahirin daripada dukungan Izz. Izz hanya membiarkan.


“ Yelah umi. Izz masuk tidur dulu.”


Izz kembali menutup pintu apabila umi masuk ke dalam bilik. Izz sekali lagi meraup wajahnya dengan seribu persoalan yang masih belum terjawab. Argh! Kenapa semua ini harus terjadi pada aku?


**

Keesokan harinya, Izz membawa umi dan anaknya ke rumah Farah. Umi beria-ria nak melawat Zahra terlebih dahulu sebelum pulang ke Ipoh semula. Mahu tak mahu Izz hantar je lah. Lagipun dia juga tak dapat berada lama-lama dekat rumah Farah. Ada banyak kerja yang sedang menanti.


“ Kalau Izz sibuk. Izz pergilah. Biar petang nanti Umi suruh Alif hantarkan Umi balik Ipoh. Alif pun okey je.” Suara Umi apabila sampai saja di depan rumah Farah.


Izz tersenyum kecil.


“ Kejap je Umi. Nanti Izz pergilah kerja. Jom kita masuk.”


Zahirin yang berada dalam dukungannya ditepuk-tepuk. Daripada tadi Zahirin asyik meragam je. nak kata bagi susu dah. Nak kata buang air besar pun dah. Apa yang tak kena pun tak tahulah.


“ Assalamualaikum!” Laung Umi.


“ Waalaikumussalam.. Eh? Umi. Masuklah.” Alif tersenyum lebar saat ternampak umi dan Izz di hadapan rumahnya.


“ Zahra macam mana?” Terus Umi menyoal tentang Zahra. 


“ Zahra ada dalam bilik dengan Farah. Umi dan Izz masuklah dulu.”


Saat Umi sudah masuk dan berada di tingkat satu. Alif pula memanggil Izz duduk di sofa.


“ Bukan kau kerja ke?”


“ Haah. Tapi aku pergi lewat sikit. Ni.. akak Zahra kau macam mana? Okey tak?”


“ Okey. Sihat je. Tak macam semalam dah.”


Izz menghembus nafas lega. Baguslah kalau begitu. Kalau macam ni dia akan berasa tenang semasa buat kerja. Taklah risau sangat kan?


“ Izz..” Alif berniat ingin menyuarakan pendapatnya pada Izz. Lagipun ia demi kebaikan Izz sendiri.


“ Apa?”


Tangisan Zahirin membantutkan hasrat Alif untuk menyoal lebih lanjut. Ragam je kerjanya.


“ Sorry weh! Anak aku ni asyik meragam je kerjanya. Tak tahu pula kenapa. Aku naik atas beri dekat umi dululah. Kejap lagi aku turun.”


“ Yelah!”


Izz pun naik ke bilik Zahra. Di mana mereka bertiga berada dalam bilik tersebut.


“ Umi! Izz masuk ye?”


Pintu bilik Zahra yang sedikit terkuak itu ditolaknya perlahan. Melihatkan Zahra sedang tersenyum ke arah Umi membuatkan dia turut tersenyum.


“ Ha! Kenapa ni abang Izz?” Soalan Farah menyedarkan Izz daripada berhenti melihat Zahra.


“ Ni Zahirin ni. Meragam je kerjanya. Tak tahu nak apa lagi. Umi tolong Izz?”


Umi bangun dan mengambil Zahirin yang berada dalam dukungan Izz. Umi berusaha membuatkan Zahirin kembali senyap. Namun, semuanya hampa.


Izz tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Zahirin. Kenapa dengan anak ayah ni?


“ Umi… biar Zahra tolong?” Tiba-tiba Zahra bersuara. Dia rasa dia boleh menenteramkan  Zahirin semula.


Tanpa berlengah, Umi pun menyerahkan Zahirin pada Zahra pula. Mana tahu Zahra berjaya.


“ Sayang.. syuhh! Makcik Zahra ada dekat sini. Senyap ye..” Lembut Zahra memujuk Zahirin.


Umi, Farah dan Izz yang melihat tergamam. tak sangka pujukan Zahra berjaya menghentikan tangisan Zahirin. Manakala Izz pula jadi bukan setakat tergamam malah terpana sebentar. Memang Zahra ada ciri-ciri seorang ibu yang baik.


“ Alhamdulilah. Senyap juga Zahirin.” Ujar Umi lega.


Zahra kembali menyerahkan Zahirin pada Umi. Rasanya dia dah lebih bersedia untuk anaknya yang bakal lahir nanti. Tak sabar nak tunggu saat itu.


“ Izz? Bukan kamu perlu ke kerja ke?”


Izz tersengih. Jam tangan diteleknya sebelum mendongak melihat semula ke arah Umi.


“ Haah. Izz dah lewat sepuluh minit. Tapi tak apa.”


“ Ish! Mana boleh macam tu. dah pergi. Petang nanti kalau kamu masih sibuk. Umi minta Alif je lah yang tolong hantarkan.”


“ Eh! Tak sibuk pun umi. Biar Izz ye yang hantar. Okeylah! Izz pergi dulu.”


Izz mendekati uminya. Zahirin dicuit dan dikucup dahinya sebelum keluar daripada situ dengan senyuman gembira.


“ Hati-hati!” Sempat lagi umi melaung.


“ ye!”


Sedari tadi, Zahra tak lekang daripada senyumannya. Entah apa yang menarik pada Izz pun dia sendiri tak tahu. Tapi tak kisahlah. Yang penting dia rasa bahagia saat ini. ramai yang menyokongnya untuk teruskan hidup dengan penuh kesyukuran.


“ Izz!”


Alif bangun daripada duduk apabila Izz tergesa-gesa turun daripada tangga.


“ Sorrylah Alif. Aku dah lewat sangat nak ke tempat kerja ni. kita sambung petang nanti lah ye?” Izz dah menyarungkan kasutnya. Dahlah semalam aku tak pergi kerja. kalau hari ni tak pergi juga. Memang kena bising dengan Daus tu.


“ Tapi satu je aku nak tanya. Aku harap kau jawab dengan jujur.” Alif menyoal dengan wajah yang serius. Izz pula hanya mengangguk. Macam penting je.


“ Adakah kau masih ingat akan orang yang telah menuduh kau beberapa tahun yang lalu?”


Ternyata soalan Alif berjaya membuatkan Izz terkedu. Wajah Alif dicarinya untuk mengetahui maksud disebalik pertanyaan Alif itu.


Alif mengeluh perlahan. Bahu Izz ditepuknya perlahan sebelum dia membisikkan sesuatu pada telinga Izz. Yang pasti akan membuatkan Izz kembali teringat peristiwa itu.


“ Maafkan aku sebab tanya. Masalahnya dia telah berada di Malaysia saat ini.” Bisikan Alif berjaya melemahkan semangat Izz yang tinggi tadi.


Hampir saja Izz jatuh terduduk. Mujurlah dia sempat berpaut pada pintu. Wajahnya juga jadi tegang tiba-tiba. Mahu saja dia menjerit dekat situ. Tapi takut menganggu orang yang berada dalam rumah terutama Umi. Dia tak mahu Umi tahu masalahnya sebelum ni. dia berusaha menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan familinya. Hanya Alif seorang saja yang tahu. Namun, pada saat-saat akhir, arwah ayahnya juga tahu. Dan pada masa itu, hanya arwah ayahnya dan Alif saja faham perasaan dia.


“ Aku dah tak mahu ungkit soal itu. Harap kau faham.”


Terus saja Izz berlalu ke kereta meninggalkan Alif. Alif hanya mampu melihat dengan perasaan sedih. Dia tahu penderitaan Izz pada masa dulu. Dan sesungguhnya peristiwa itulah yang membuatkan Izz tak makan, tak bercakap dan tak bertegur sapa dengan sesiapa pun dalam masa sebulan. Dia tahu apa perasaan Izz masa itu.


‘ Maafkan aku Izz sebab tak dapat tolong kau.’


**

Penat. Ya. Itulah apa yang Syazwan rasakan sekarang. Dia sangat penat dengan apa yang berlaku di sekeliling pada masa ini. Dia juga rasa kesal tiba-tiba. Tapi itu belum cukup untuk membuatkan dia meminta maaf pada Zahra. Malah dia bertambah benci.


Eslina yang berada di belakang Syazwan ketika itu berusaha menahan air matanya daripada mengalir. Dia tak sanggup tengok Syazwan dalam keadaan sebegitu. Macam orang yang sudah tidak ada harapan. Dia sendiri tak menyangka Syazwan akan jadi begini pada akhirnya. Mungkin ini balasan untuk Syazwan di atas dosa-dosanya terdahulu.


Eslina menghampiri Syazwan yang tengah memicit kepalanya itu. Perlahan-lahan juga dia melentokkan kepala pada bahu Syazwan.


“ Abang… Boleh Es minta sesuatu?” Soal Eslina sambil memandang ke hadapan.


“ Hurmmm..”


“ Kita pergi bercuti? Dah lama kita tak keluar sama-sama.” Eslina menyuarakan hasratnya dengan senyuman kecil.


Syazwan terdiam. Dia merenung Eslina yang kelihatan tenang itu. Terhambur juga keluhan kecil dari mulutnya.


“ Es! Es tahukan keadaan abang macam mana? Abang ni lemah Es! Lemah! Abang dah tak boleh nak keluar ke merata-rata tempat. Kalau abang pengsan lagi. Siapa yang susah? Es juga!”


Eslina terus berdiri tegak dan berhadapan dengan Syazwan. Tajam dia merenung suaminya itu.


“ Abang! Baru sikit abang dah mengalah? Apa ni bang? Abang sepatutnya lebih kuat. Sakit bukan alasannya bang! Tolonglah bang.. Es tahu abang sakit dan Es juga tahu kita kena terima hakikat ni. Tapi tak ada gunanya juga kalau abang hanya duduk dan tidak buat apa-apa. itu lagi lemah abang!” Eslina menjawab semula dengan tegas.


Syazwan terduduk pada sofa. Kepalanya diraup kasar.


“ Es..Es tahu kan abang sakit apa? hurmm..”


Eslina duduk di sisi Syazwan dengan anggukan kecil. dia turut dapat rasakan penderitaan Syazwan ketika ini.


“ Jadi kenapa? Kenapa Es tak tinggalkan abang je? abang ni dah tak berguna Es.”


Eslina pantas menggeleng. Tangan Syazwan digenggamnya kuat.


“ tak! Kalau sekali Es cintakan abang. Selama-lamanya Es akan cintakan abang. That enough for me!” tegas Eslina lagi.


Terbit senyuman hambar pada bibir Syazwan. Ditariknya Eslina ke dalam pelukannya. Dia rasa bersyukur kerana Eslina masih sudi berada  disisinya.


“ Terima kasih sayang. Abang hargai jasa baik sayang tu.”


Eslina mengeratkan lagi pelukannya. Dia hanya mengangguk.


‘ Es tahu abang kuat.’


**

Kertas-kertas kerja yang berada di atas mejanya itu direnung tanpa perasaan. Segala mood kerjanya hilang begitu sahaja. Tiba-tiba dia teringat kata-kata Alif sebentar tadi. Terus saja dia menolak kertas-kertas kerja itu ke tepi dengan kasarnya. Mukanya diraup lembut bagi menghilangkan resah dalam hati.


‘ Ya Allah. Kenapa dia mesti datang semula ke sini? Selepas dia berjaya membuatkan aku merana begitu? Dengan membuatkan semua family aku percayakan cakap-cakap dia? Kenapa?’


Tok! Tok!


Ketukan pintu mengejutkan Izz yang sememangnya runsing itu. Pantas dia melaung perkataan ‘Masuk’ pada tetamu.


Terjengul kepala Daus pada muka pintu. Tersengih dia tengok Izz ketika itu.


“ bro! lama kau cuti?” Daus menapak masuk dan duduk di depan Izz dengan jongketan di kening.


“ Hurmm.. Sorry sebab susahkan kau. Aku ada masalah sikit.”


Daus jadi pelik. Kenapa Izz nampak berserabut sangat pada pagi itu.


“ Bro! kau okey ke ni?” Soal Daus.


Izz tersenyum hambar. Takkanlah dia nak beritahu Daus sedangkan Daus tak tahu apa-apa pun.


“ I’m fine. Dahlah. Aku nak sambung buat kerja sikit.”


Izz berpura-pura melihat ke arah kertas yang berselerakan itu. Sedangkan hati tiada langsung mood untuk buat kerja.


“ yelah.”


Selepas sahaja Daus keluar, Izz pula terus menumbuk kasar pada meja. Dia berasa amat marah secara tiba-tiba. Dia tahan daripada mengalirkan air mata. Dia tak mahu jadi seorang yang lemah. Tak mahu! Dan takkan!


‘ Ya Allah.’


**

“ akak! Ada orang telefon ni.”


Laungan Farah cepat-cepat membuatkan Zahra kembali melangkah ke ruang tamu. Dicapainya gagang  telefon yang dipegang Farah itu.


“ Helo. Zahra bercakap. Siapa ni?” Dengan lembut Zahra menyoal.


“ Saya..”


Jelas kerutan di dahi Zahra saat mendengar suara itu. Suara perempuan yang pernah dia dengar. Tapi di mana?


“ Siapa ye? Saya tak kenallah.”


“ Saya… saya.. saya Eslina.”


Dan gagang telefon terlepas daripada genggamannya pada masa itu juga. Jantungnya juga seakan-akan berhenti daripada berdenyut saat mendengar nama itu. Ia juga seakan-akan mimpi ngeri buatnya.


“ Akak?” Farah risau. Kenapa tiba-tiba riak muka Zahra macam tu? macam takut pun ada.


Zahra pantas mengambil kembali gagang telefon sebelum diletakkan semula di telinga.


“ Nak..nak apa?”


“ Saya minta maaf sebab buat akak Zahra terkejut. Cuma saya..”


Zahra terdiam. Dia langsung tak berani nak bersuara. Dia takut kalau mimpinya dua hari yang lalu menjadi kenyataan. Dia tak nak!


“ Nak apa?” Sekali lagi Zahra menyoal. Dia nak cepat-cepat letakkan telefon.


“ nak akak Zahra jumpa abang Syazwan.”

“ Untuk apa? Untuk sakitkan hati aku lagi? Ha?!” jeritan Zahra mengejutkan Farah. Tapi Farah tak pula bertanya. Dia tahu mesti Zahra tengah marah.

“ Bukan. Saya tak bermaksud nak..”

“ Nak apa? sudahlah! Aku dah benci dengan korang berdua ni. korang dah berjaya hancurkan hidup aku. Lepas tu apa pula? Dahlah!”


Terus Zahra meletakkan telefon selepas mendengar nama Syazwan. Kalau boleh dia tak mahu dengar dah nama itu. Apa lagi yang Eslina nak daripada aku? Tak puas lagi ke dia dah rampas suami orang. Sekarang ni?


‘ Ya Allah. Kuatkanlah semangat aku.’

No comments :

Post a Comment

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers