Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Friday 19 September 2014

Cerpen : Aku Setia Menantimu

Assalamualaikum.. 

Halo-halo. Wah.. Minggu ni dah ada dua cerpen aku upload untuk korang. Seronoklah korang kan. Ehe. Anyway.. Ini cerpen ats permintaan kawan saya. Dia nak sangat cerpen utk dia dan seseorang yg dia suka tu. Dan cerpen ni khas untuk dia. Korang yg baca pun harap sukalah dan sorry. Panjang sikit cerpen kali ni. Hehe.. Ok! Enjoiy!


“ Awak. Saya nak cakap something.”


“ Erk.. Apa?” Aku mula berdebar-debar.


“ Saya sukakan awak.”


“ Ha?” Aku tengok dia tanpa berkelip. Aku tak salah dengar ke?


“ Saya sukakan awak Aida.”


“ Awak?”


“ Ya. Saya sukakan awak. Awak pun sukakan saya kan?”


“ Erk..”


“ Awak!”


“ Aida!”


“ Huh!”


Aku terkebil-kebil melihat muka Misya yang mencerun ke arahku itu. apabila aku melihat sekeliling. Barulah aku tersedar. Rupanya tadi tu hanya bermimpi. Hampeh! Aku ingatkan betul-betul tadi. Alahai.. Terlalu banyak sangat berangan jadi macam ni lah.


“ Bangun pun kau. Seronok tidur?”


Aku tersengih kerang busuk. Nasib baik waktu rehat tak habis lagi.


“ Tu. Ada orang nak jumpa kau kat luar kelas.”


“ Siapa?”


Aku melirik pandangan ke arah pintu. Pengawas?


“ Crush kau.”


Serentak dadaku berdebar. Misya sudah berlalu ke tempatnya bersama senyuman. Ish! Minah ni pun.


Dengan langkah yang sedikit menggigil. Aku mendekati pintu kelas dan benar sekali apa yang dikatakan Misya. Dia yang mencari aku.


“ Ada apa awak nak jumpa saya?” Soalku ingin tahu. Ya Allah. Kenapa aku boleh terpikat dekat abang Firdaus ni erk?


“ Awak ada pergi interview untuk jadi pengawas kan?” Serius dia menyoal. Aik? Kenapa muka awak serius je? selalu ceria je.


“ Haah.”


“ Cikgu nak jumpa. Jom ikut saya.”


Hurm.. mentang-mentanglah ketua pelajar dekat sini. Sabar je lah.


“ Awak dah bersedia ke nak jadi pengawas?”


Tiba-tiba dia menyoal apabila daripada tadi kami asyik berdiam diri. Langkah tetap diatur ke bilik guru.


“ Kenapa?”


“ Saja tanya.”


Aku tersenyum nipis. Sebenarnya kan? dari aku form 5 lagi aku asyik perhati dia je. kawan aku kata aku suka dia. tapi masa tu aku berkeras menafikan yang aku tak suka dia. sampailah aku masuk form 6 ni dan terjumpa dia balik. baru aku sedar yang aku memang sayang dia. suka dia. tapi.. tak mungkinlah aku nak luahkan perasaan aku ni.


“ Macam mana dengan kawan awak Didi tu? sihat ke dia?” Soalan itu ternyata berjaya membuatkan hati aku terkesan.


“ Erk.. Sihat je.” Aku curi-curi pandang dia. dia tersenyum kecil. apakah dia sukakan Didi?


“ Nanti kirim salam kat dia ye. Kata saya yang kirim salam.” Ujarnya lagi tanpa menoleh sedikit pun ke arahku. Aku rasa terpinggir. Sentap!


“ Oh.. Awak suka dia erk?” Sedaya upaya aku mengawal perasaan aku dan berlagak ceria. Come on Aida! Mana sikap kau yang peramah tu?


“ Ermm.. Kalau saya suka pun bukan boleh buat apa. Dia bukan tau saya suka dia pun.”


Jelas senyuman sumbing tercetus pada bibirku. Ya Allah. Kuatkan hati aku.


“ Jadi.. Bagitau dia. dia pun masih single lagi. Ke nak saya tolong?”


Aku mengetap bibir. Aida! Kau ni dah kenapa? Kau cari nahas namanya. Sanggup tengok orang yang kau suka tu bersama dengan orang lain? Kau sanggup disakiti dengan tolong kawan kau? Aku tak tahu!


“ Tak apalah. Nanti pandailah saya luahkan sendiri dekat dia. okay dah sampai. Pergilah jumpa cikgu Azah. Saya masuk kelas dulu.”


Akhirnya, dia memberikan aku senyuman kecil. aku hanya mengangguk dan berlalu masuk ke dalam bilik guru. Sungguh! Aku rasa sangat kecewa. Sabarlah wahai hati. Dah namapun crush kan?


**

Penat! Ya. Itu yang aku rasakan sekarang. Daripada pagi sampai ke petang. Asyik ulang-alik naik ke kelas je. dahlah kelas ada dekat tingkat 3. Penat kot. Boleh kurus aku macam ni. kurus kering.


“ Jom ke kantin. Aku dahagalah.” Ajakku pada Misya. Aku nampak dia steady je. tak penat ke?


“ Malaslah weh. Aku rasa nak tidur je. kau pergila sorang. Dahlah lepas ni ada kelas tambahan pula.”


Aku mengeluh kecil. sekarang dah pukul 2. Tusyen mula pukul 2:30. Bila boleh balik ni.


“ Kau nak pesan apa-apa tak?”


“ Ikut kaulah. Aku nak air je.”


Tanpa berlengah, aku turun semula untuk ke kantin. Aku memang dahaga sangat ni.


“ Aida.”


Aku menoleh ke kiri. Ternyata Firdaus. Kenapa dia panggil aku pula ni?


“ Ada nampak Misya tak?”


“ Ada kat kelas. Kenapa?”


“ Suruh dia bagi kertas ni dekat cikgu Halina. Dia kan setiausaha untuk program Hi-Tea nanti kan?”


Aku mengangguk laju. Baru aku teringat. Aku pun salah satu ahli dalam program tu. aku pegang ahli jawatankuasa sebagai persembahan. So aku kena buat persembahan nanti. Tapi aku nak berduet dengan siapa?


“ Erk.. awak.”


Terbantut terus niat untuk aku membeli air dengan cepat. Aku kena tanya soalan penting ni dulu. Dari dulu lagi aku nak sangat berduet dengan dia. hurmm.. Biarlah aku simpan rasa suka ni. Tapi tak salahkan kalau aku nak kawan dengan dia? nak pikat hati dia dalam diam? Erk!


“ Kenapa?”


“ Awak free tak masa program tu? Awak ada kena buat apa-apa tak?”


“ Rasanya tak. Saya kan budak upper. So budak upper relax je. kenapa?”


Dia merenung aku dengan senyuman kecil. awak! janganlah senyum macam tu. buat saya tak tentu arah je.


“ Sudi tak awak buat persembahan dengan saya masa tu. berduet dengan saya.” Soalku dengan penuh mengharap.


Dia terdiam seketika. Nampak macam dia berfikir tapi mata tu tetap pandang ke arah aku. bolehlah! Bolehlah!


“ Ermm.. Okayla. Nanti apa-apa roger. Okay saya pergi dulu.”


Selepas dia beredar, aku bersorak dalam hati. Yes! Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Eii! Tak sabar pula nak tunggu masa tu.


**



 “ Aida! Awas!”


Aku menoleh ke belakang dengan perasaan tertanya-tanya. Dan belum sempat aku nak mengelak. Aku terus jatuh terduduk.


“ Ouch!”


Rasa sakit ni jangan cakaplah. Gila tak sakit?


“ maaf awak. saya tak nampak awak tadi.”


Oh. Di sebalik kotak-kotak besar tu dia rupanya. Ingatkan siapa tadi.


“ It’s okay.”


Aku cuba untuk bangun tapi aku rasa punggungku terlalu sakit. Nak berdiri pun susah.


“ Nak saya tolong ke?” Dia tawarkan bantuan.


“ Eh. Tak payah. Saya boleh lagi. Awak pergilah hantar barang-barang tu dulu.”


Sedaya upaya aku nak mengelak daripada dia.


“ Tak apa. saya tolong.”


Aku terkedu apabila dia terus menarik lenganku yang berlapik ni dan membantuku untuk berdiri. Selepas berjaya berdiri dengan stabil, baru dia melepaskan pegangannya. Rasa malu datang menerpa ke dalam diri aku.


“ Okay dah kan?”


Aku pandang wajah dia. Hanya anggukan mampu aku beri. Aku terkelu lidah untuk mengucapkan terima kasih. Ya Allah. Kenapa hari ni aku nampak dia terlalu hensem pula? Sedangkan macam hari-hari yang lain je pun.


“ Tahulah muka saya ni hensem. Janganlah pandang lama-lama.”


Terus aku menoleh ke arah lain. Ya Allah. Malunya!


“ Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”


“ Waalaikumussalam.”


Aku sentuh dada dan pipiku. Pipiku rasa menebal selepas ditegur tadi. Dadaku juga dah tak mahu berdegup dengan stabil. Macam nak terkeluar pun ada.


Ya Allah! What happen? Apa yang berlaku tadi ha? Erk!

**

Terkocoh-kocoh aku berlari untuk masuk ke dalam kelas. Nak cepatlah katakan. Nanti kena marah pula. Dahlah aku ni salah seorang ahli jawatankuasa dalam program tu.


“ kalut sangat ni kenapa?”


Tiba-tiba aku ditegur oleh seseorang yang aku tak sangka pun akan tegur. Siapa? siapa lagi kalau bukan crush aku. dah lama aku tak nampak dia. rindu la pula.


“ Tak kacau awak pun.” Aku jawab dengan selamba. Yes! Aku sedang bersikap dingin dengan dia dan selamba gila. Sebab nak lupakan dialah. Tapi.. Tak pernah pun dia beri aku peluang untuk melupakan dia. dia macam tak benarkan aku untuk lupakan dia. huh! Jadi sampai bila aku harus simpan rasa ni?


Eh! Kau kan nak pikat dia secara diam? So.. Tak perlulah lupakan dia. Eheh!


“ Eh! Marah pula. Orang tanya ikhlas ni.”


Langkahku terhenti serta-merta. Hampir saja dia nak tertolak aku. nasib baik dia turut berhenti.


“ Baik wahai Encik Firdaus. Saya nak ke bilik Pertiena. Ada perjumpaan untuk program Hi-Tea nanti. Puas?”


Dalam diam aku tersenyum. Sebenarnya awak sangat comel Firdaus. Tapi saya ni ego untuk meluahkan perasaan dekat awak. malulah! Takkan perigi nak cari timba pula. Dia pun satu, kenapa rajin pula menegur aku kebelakangan ni?


“ Oh macam tu. Ermm.. Kirim salam dekat Didi erk?”


Senyumanku yang mekar tadi terus mati. Oh. Rupanya dia ada agenda. Patutlah asyik dekat dengan aku.


“ Kirim salam sendiri. Saya bukan orang tengah korang. Dan lagi satu… kalau betul awak lelaki. Jadilah berani sikit. Okay bye!”


Terus aku berlalu meninggalkan dia terpinga-pinga. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Misya tempoh hari.


“ Kau kena berjuang Aida. Berjuang untuk dapatkan hati dia. kau janganlah terus mengalah. Kau belum cuba tau tak? Mana tahu dia akan berubah hati dan terima kau. Hati orang mana kita tahu beb.”


Aku tersenyum kecil. aku berhenti berjalan dan menoleh semula ke belakang. Dan.. dia masih sama macam tadi. Nampak terpinga-pinga. Aku rasa nak ketawa pun ada.


“ Awak! janganlah blur sampai macam tu sekali. Anyway! Saya ada sesuatu nak cakap dekat awak. Tapi saya belum bersedia. So.. Awak tunggu je lah apa yang  saya nak cakap nanti. Bye!”


Aku menghembuskan nafas lega. Ya Allah. Bantu aku untuk meluahkan perasaan ni. Aku dah penat untuk memendam. Tapi aku juga berdoa agar kami berdua ada jodoh. InsyaAllah.


**

“ Lagu Najwa Latif yang bertajuk I Love You.”


“ What?”


Aku terlopong besar. Aku tengok Misya tanpa berkelip. Pipinya aku tepuk perlahan.


“ Kau ni kenapa?” Misya memarahi aku.


“ Kau gila? Kenapa pula aku kena nyanyi lagu tu? kau ni pun. Agak-agak arh. Dahlah berduet dengan Firdaus tu. Kau bukan tak tau aku malu dengan dia.”


Aku tunduk memandang kertas. Mulutku sudah memuncung tanda protes. Tiba-tiba aku terdengar dia ketawa kecil.


“ Sebab aku nak bantu kau lah beb. Cikgu pun okay je. cikgu kata buatlah apa yang kita nak buat masa persembahan tu. asalkan tak melanggar adat dan protokol majlis sudah.”


Aku masih tunduk. Aku tak dapat bayangkan kalau benar aku kena nyanyi lagu ni bersama dengan dia. wah! Dah serupa macam pasangan kekasih. Huhu!


“ Aida.. relaxlah. Aku tengah bantu kau ni. aku dah tanya Firdaus. Dia kata okay je. asalkan dia dapat nyanyi.”


“ What?!” Suaraku naik satu oktaf. Gara-gara terkejut yang amat. Misya terus menampar bahuku. Itu membuatkan aku tersengih.


“ kau ni pun! Tahulah terkejut tapi janganlah jerit dekat tepi telinga aku. nasib baik kita je ada dalam kelas. Kalau cikgu ada? Buat malu je.”


Aku tersengih lagi. Aku pegang kedua-dua belah bahu Misya.


“ Firdaus setuju?” Misya menganggukkan kepalanya.


“ Tapi kau nak aku buat apa?” Aku gigit bibir.


“ La.. kau ni pun. Kenapa lembap sangat?”


Aku terdiam. Dah aku ni memang failed dalam bab-bab ni. so jangan tanya banyak.


“ Sebab tu aku pilih lagu I love you tu. kau luahkanlah perasaan kau melalui lagu tu. so kau kena nyanyi dari hati kau. Dan apabila kau nyanyi tu kau tengoklah dia. tapi jangan asyik sangat takut cikgu perasan.”


Cadangan yang diberikan Misya buat aku tersedar. Ya Allah. Betul juga kata kau Misya. Apa fasal aku tak terfikir erk?


“ Tapi Didi?” Aku teringat fasal Didi.


“ Ni satu lagi. Kau ni memang slowlah Aida. Kau tak tahu ke yang Didi dah tolak cinta dia. Didi dah berpunya.”


Aku melopong. La.. Ia ye? Kenapa aku tak tau erk? Tu la kau. Asyik usya dia sangat. Sampai hal sekeliling pun tak mahu ambil dah.


“ Thanks beb. Aku tak terfikir pun semua tu. kau memang sahabat aku.”


“ Aku buat sebab nak kau bahagia. Bukannya sedih macam sebelum ni. aku tak nak kau asyik pendam je perasaan tu. dah.. Jom balik.”


Aku tersenyum bahagia. Akhirnya.. Aku ada peluang untuk meluahkan perasaan aku. wait for me Firdaus. Saya akan cuba pikat hati awak. just wait.


**

Aku kerling dia berkali-kali. Sebab apa? Sebab dia kelihatan sangat kacak pada hari ni. yes! Tinggal sejam lagi persembahan kami akan bermula. Berdebar-debar pula aku rasa. Aida! Kau kena yakin dan ambil ni sebagai peluang kau. Kau kena luahkan dengan berani melalui lagu tu.


“ Awak dah ready ke?” Tiba-tiba dia menyoal aku. aku sedikit tersentak.


“ Erk.. rasanya dah kot.”


Aku garu kening. Rasa kekok pula bila berdua macam ni.


“ Misya kata awak pilih lagu ni.”


What? Ish minah ni. nak kena dengan aku agaknya.


“ Erk..” Aku tak tahu nak jawab apa. Buntu. Misya punya fasal la ni.


“ Tak apa. saya pun suka lagu ni.” Ujarnya tenang. Tapi aku dapat kesan riak mukanya ketika ini kurang ceria. Dia macam bersedih.


“ Awak okay ke?” Soalku dengan penuh keberanian.


“ Erm.. Okay. Tapi dalaman tak okay. Eh! Tak ada apa-apalah. Jom get ready.”


Nampak sangat dia cuba mengelak daripada aku. aku rasa mesti fasal Didi. Mesti dia sangat kecewa.


“ Awak… Kenapa awak suka pada kawan saya sendiri? Orang suka awaklah. Tapi awak tak pernah pandang saya pun.”


Aku cakap lebih kepada diri sendiri. Aku harap dia takkan dengar. Tak apa Aida. Lepas ni peluang kau. Jangan berputus asa.


Selepas 10 minit berlalu, akhirnya kami dipanggil naik ke atas pentas. Dengan debaran yang menggunung, aku melangkah bersama dia. Aku rasa sangatlah kekok. Apabila aku pandang ke hadapan dan nampak muka Misya. Misya memberikan senyuman dan anggukan. Aku faham apa maksud dia. lantas aku hanya tersenyum.


Muzik telah kedengaran. Aku semakin berdebar. Caiyok Aida!


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita


Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata


Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu


I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you


Tajam aku merenung dia. Dia seperti terpaku selepas mendengar nyanyian aku sebentar tadi. Ya! Saya benar-benar maksudkan. Saya sayang awak Firdaus.


Mungkin kita tak bersama di takdirkan
Tak mengapa asal kau bahagia


Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu


I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you
I’m sorry but I love you


Dia pun menyambung nyanyian aku tadi. Kadang-kadang dia mengerling aku. kadang-kadang dia tengok penonton. Aku tahan debaran yang semakin memuncak ini.


Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu


I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you
I’m sorry but I love you


Air mataku dah bertakung sebaik sahaja nyanyian terakhir habis. Aku tengok Firdaus yang merenung tajam ke arahku itu. sebaik sahaja mendengar tepukan penonton. Aku terus turun dan ke belakang tabir. Dada aku yang berdebar kencang itu aku sentuh. Ya Allah.


“ Awak betul-betul maksud kan dengan lagu tadi tu kan?”


Tiba-tiba dia muncul di hadapan aku dengan pandangan yang tajam. Tak ada secebis senyuman pun yang terukir pada bibirnya. Aku jadi sedih. Air mataku masih bergenang. Tunggu masa nak mengalir je.


“ A…awak. Ya. Saya benar-benar maksudkan. Saya suka, sayang dan cintakan awak. dah lama awak. dah lama. Tapi saya pendam sebab saya takut cinta saya ditolak.”


Aku pandang dia yang masih berdiam diri tu. tiba-tiba dia tersenyum. Tapi senyuman itu cukup sinis.


“ Jadi.. awak dekat dengan saya selama ni, yang awak tiba-tiba ajak saya berduet tu kerana ini? kerana nak luahkan perasaan awak? tu je?”


Aku rasa terpukul. Kenapa pertanyaan dia seperti memerli aku. aku tak tipu!


“ Awak..”


“ Cakap dengan saya terus terang Aida. Cakap jujur dengan saya. Saya nak dengar daripada mulut awak.”


Aku menarik nafas dalam-dalam. Air mata yang bergenang tadi telah pun mengalir ke pipi. Tapi aku langsung tidak menyekanya. Yes. Aku dapat kesan riak Firdaus yang tersentak itu. tapi adakah dia peduli?


“ Saya sayangkan awak Muhammad Firdaus. Daripada form 5 lagi. Awak tak perasan sebab awak terlalu pandang orang lain. Didi kan? awak terlalu sayangkan dia. saya pun macam tu. sakitkan bila cinta kita ditolak?”


Dia menggelengkan kepalanya laju. Wajahnya yang gerun tadi kembali tenang.


“ Maafkan saya Aida. Tapi saya sayangkan Didi. Saya tak mampu anggap awak lebih daripada seorang kawan. Maafkan saya.”


Air mataku mengalir lagi. Sungguh menyakitkan. Perit! Ya Allah! Hati aku bagai ditusuk benda yang tajam.


“ Awak.. jangan tinggalkan saya.”


Aku meraih lengannya yang berlapik itu.


“ Maafkan saya Aida. Awak berhak cari yang lebih baik.”


Terus dia menolak tangan aku. Dia pun berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan di sini. Air mataku makin lebat turun ke  pipi. Sesungguhnya ini yang paling aku takutkan. Aku tak bersedia untuk hadapi perkara macam ni. Ya Allah.


Adakah ini tanda dia bukan jodoh aku? adakah ini tanda untuk aku melupakan dia buat selama-lamanya? Ya Allah. Aku insan yang berdosa dan lalai. Aku terlalu fikirkan dia sampai aku terlupa fikir akan hati aku. aku teruk!


“ Ya Allah Aida! Kau kenapa ni?”


Aku terduduk apabila aku dah tak dapat berdiri. Kakiku serta-merta longlai. Misya yang berada di sisi aku peluk erat. Aku hamburkan segala-galanya di dalam pelukan dia.


“ Aku gagal. Aku gagal Misya. Dia tinggalkan aku. aku bukan untuk dia.”


“ Syhh.. kau jangan cakap macam ni.”


Aku menggigit bibir.


“ Aku rasa aku kena lupakan dia.” aku meleraikan pelukan. Aku menyeka air mata yang mengalir dengan lebat tadi. Aku turut berdiri dan memperkemaskan semula pakaianku.


“ Kau boleh lupakan dia? kau jangan tipu aku Aida. Dah dua tahun berlalu tapi sedikit pun kau tak mampu lupakan dia. So kau jangan cakap macam tu..”


Aku tunduk memandang lantai.


“ Aku setia menunggu dia. andai dia benar untuk aku. aku sanggup tunggu. Lagipun Allah mengetahui segala-galanya kan?”


Akhirnya aku sekali lagi menangis dalam pelukan Misya. Ya Allah. Berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ini. aku tak kuat.


**

Semua buku-buku yang terjatuh tadi aku kutip dengan cepat. Tanpa menghiraukan orang yang berdepan dengan aku sekarang ni. aku nak cepat dan aku nak balik. nasib baik exam dah habis. Habis untuk selama-lamanya.


“ Awak okay?” aku tersenyum hambar. Ini kali pertama dia bersuara selepas tiga bulan kami tak bertegur sapa.


Rindu? Siapa kata aku tak rindu. Hari-hari aku rindu nak dengar suara dia. tapi dia langsung tak tegur aku atau sedar pun kehadiran aku. aku ni macam halimunan bagi dia. apa yang ada depan mata dia adalah Didi. Didi dan Didi. Sakit! Tau tak sakit?


“ Saya okay. Maaf saya pergi dulu.”


Sedikit pun aku tak menoleh ke arahnya. Aku nak melupakan dia. serius! Tapi mampukah aku? mampukah aku melupai dia sedangkan setiap hari aku merindui dia?


“ Awak!”


Langkahku terhenti serta-merta. Tapi aku tak menoleh sikit pun ke arah dia. sebab dengan memandang wajah dia mampu buat aku terkaku.


“ Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak buat hati awak sakit. Saya Cuma tak nak awak berharap dan suka saya. Saya tak layak untuk awak Aida.”


Aku tersenyum tawar.


“ saya tahu. Saya faham. Saya tak sebaik Didi. Saya tak secantik Didi. Saya faham. Tapi satu je saya nak awak tahu. Saya tak mungkin dapat melupakan awak Firdaus. Saya lebih rela tanggung semua ni daripada melupakan awak. dan… saya akan setia menanti kehadiran awak Firdaus.”


Aku terus menoleh memandang dia sebaik sahaja selesai berkata. Dia kelihatan tersentak tapi aku hanya mampu memberikan senyuman hambar. Aku ikhlas Firdaus.


“ Jangan. Lupakan saya! Jangan tunggu saya! Dan… hubungan kita putus sampai sini.”


Dan..Dia terus berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga. Air mataku mengalir tanpa dipinta. Ya Allah. Kenapa sakit sangat aku rasakan? Sampai hati dia cakap macam tu. ya Allah. Berilah aku kekuatan.


**

Dua tahun berlalu…


“ Assalamualaikum mak.”


“ Waalaikumussalam. Kamu dah ada dekat mana?”


“ Entahlah. Tapi dah nak sampai Malaysia. Nanti bila Aida dah sampai Aida telefon. Ha.. Suruh Misya je datang ambil Aida.”


“ Yelah. Hati-hati tau. Assalamualaikum.”


“ Waalaikumussalam.”


Aku tersenyum lebar selepas mendapat panggilan daripada mak aku. biasalah. Hati gembira nak balik Malaysia. Nasib baik cuti semester kali ni aku dapat balik  ke Malaysia. Kalau tidak kempunan aku.


Argh! Penatnya asyik kena duduk je. Lebih baik aku ke tandas sekejap. Bagi hilang lenguh-lenguh ni. Tanpa berlengah, aku pun bangun dan berjalan menuju ke tandas. Nasib baik line tempat aku duduk tiada orang. Cuma aku je. Seat sebelah aku kosong. Jadi santailah aku. Hehe.


“ Excuse me…”


Aku meminta laluan dekat seorang lelaki agar ke tepi. Yalah. Aku nak gerak ke tandas pun susah bila dia berdiri tengah-tengah laluan. Buat apa pun aku tak tahu lah. Maybe ambil beg kot.


“ Sorry…”


Baru sahaja aku ingin melangkah, aku jadi terkaku pada tempat sebaik sahaja lelaki itu menoleh ke arah aku. Kami berdua terkaku pada tempat masing-masing.


“ Miss?”


Aku tersedar apabila ditegur pramugari tersebut. Lantas aku pun berlalu meninggalkan lelaki itu. Serentak itu juga hati aku berdebar kencang.


“ Awak!”


Tanpa menghiraukan dia aku pun masuk ke dalam tandas.


‘ Ya Allah. Macam mana aku boleh terserempak dengan dia dalam flight ni? Kenapa dia ada dalam flight ni? Dia buat apa? Ya Allah. Aku baru nak berjaya lupakan dia. Tapi…’


Tok! Tok!


Aku tersedar daripada lamunan saat pintu tandas diketuk daripada luar. Ya Allah. Aku ni pun satu. Lama sangat mengelamun tu kenapa.


Cepat-cepat aku membuka pintu untuk berikan laluan pada pengguna seterusnya. Tapi lain pula yang aku dapat. Rupanya dia yang mengetuk pintu tandas aku.


“ You want use? Sorry I am late.” Dengan senyuman plastik aku berkata. Tanpa mengendahkan dia, aku pun berjalan semula ke seat aku.


Kenapa dia tengok aku macam tu? Tolonglah! Aku tak nak teringat semula kejadian yang telah berlalu tu. Kalau tidak hati aku akan sakit!


“ Awak..”


Aku terkejut apabila dia tiba-tiba saja datang duduk di tepi aku. Mentang-mentang seat sebelah aku kosong.


“ Eh? Orang Malaysia? Tak sangka pula kita.” Aku berpura-pura tidak kenal akan dia. sedangkan dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu apa perasaan aku.


“ Berhenti berpura-pura depan saya Aida.” Suaranya dengan tenang.


“ Eh? Awak tahu ke nama saya? Awak kenal saya ke? Siapa awak?”


Aku mengetap bibir. Sampai bila aku boleh bertahan ni. dengan renungan tajam dia tu. apa yang dia nak ha? Belum puas ke dulu sakitkan hati aku. dulu dia yang kata jangan muncul lagi depan dia. hubungan dah putus.


“ Saya…” Dia berdiam diri seketika. Tapi mata tu tetap pandang aku.


“ Excuse me sir.”


Aku terus menoleh ke arah tingkap. Aku berharap pramugari tu berjaya bawa dia kembali pada tempat asal dia duduk tadi. Aku tak boleh berhadapan dengan dia dah. Aku takut aku tewas akan perasaan sendiri.


“ I am sorry. But you must back on your seat sir.”


Aku sentuh dadaku kuat. Ya Allah.


“ Please.. I need to talk with her. Just 5 minute. Please…”


Aku dengar dia merayu. Tapi untuk apa dia nak berjumpa dengan aku?


“ Okay sir.”


Ha! La.. kenapa kau benarkan dia duduk. Haish! Pramugari ni pun satu la. Kenapa benarkan dia duduk lama-lama?


“ Aida… Look at me please.”


Aku langsung tidak berganjak daripada memandang ke luar tingkap. Mak! Tolong Aida!


“ Aida.. saya tahu awak dah benci saya kan? saya minta maaf. Saya menyesal sebab buat awak macam tu dulu. Saya berkasar dengan awak. saya tak beri awak peluang. Malah saya larang awak untuk menyukai saya.”


Ha! Tau pun. Tapi aku tak benci kau lah. Malah aku lebih sayangkan kau. Cuma aku sedang berusaha untuk lupakan kau. Tapi kau muncul pula. Adakah ini secara kebetulan atau aturan Allah? Adakah kita ni berjodoh? Ah! Jangan mengarutlah Aida.


“ buat awak nak jumpa saya lagi? Dulu awak yang cakap hubungan kita dah putus. Lagipun awak suka dekat Didi kan. awak cintakan dia kan? so buat apa awak datang dan duduk sebelah saya? Anyway.. saya sudah lupakan awak.”


Ya Allah. Perit sungguh saat aku kata demikian. Aku belum lupakan kau!


“ Bohong! Saya tak percaya.”


Aku tersenyum sinis. Walaupun aku tak pandang dia tapi aku tahu dia setia memandang aku daripada tadi.


“ Terserah. Excuse me!” aku memanggil pramugari tadi.


“ Yes? Can I help you?”


“ This guy. He disturb me.” Tanpa menoleh ke arahnya, aku menyuruh pramugari itu bawa dia ke tempatnya kembali.


“ Sir.. please..”


“ Aida.. saya janji saya akan cari awak.”


Akhirnya, air mata yang aku tahan tadi telah pun mengalir. Untuk apa dia nak cari aku? untuk apa! Ya Allah.


**

“ Aida!”


“ Misya!”


Kami berdua terus berpelukan sebaik sahaja berjumpa. Rindu sangat-sangat.


“ Kau dah makin bam-bam. Aku pula tetap maintain.” Ujarnya ceria.


“ Eleh.. kata kat aku. dia yang lebih bam-bam. Kenapa? Dah jumpa buah hati erk?”


Dia tersenyum malu. Hurmm.. Betul lah tu.


“ Siapa? nak tahu jugak.”


Aku paut bahunya mesra lalu kami berjalan menuju ke kereta Misya.


“ Kau kenal dia. dulu aku ada cerita dekat kau.”


“ Siapa? aku dah lupalah. Banyak sangat yang kau cerita.”


“ Ala… sampai hati kau lupa. Takpa nanti aku bawa dia jumpa kau. Jom kita balik.”


Aku tersenyum saja. Misya.. Kau dah banyak berubah. Eii! Tak sabar nak jumpa mak.


“ Aida!”


Aku dan Misya yang baru sahaja nak masuk ke dalam kereta terbantut saat mendengar namaku dipanggil nyaring.


“ ya Allah Aida. Itu bukan Firdaus ke?” Misya sama sekali terkejut akan kedatangan Firdaus tu. dia terkejut aku apatah lagi.


“ Aida.. saya nak cakap sikit dengan awak.”


Aku pandang Misya. Misya sama sekali blur akan keadaan sekarang.


“ Misya. Jom kita balik. lagi lama dekat sini lagi sakit hati aku.” sedangkan hati aku sedih tengok keadaan dia sekarang. Aku juga rasa nak tatap wajah dia lama-lama. Tapi aku tak mampu. Aku takut aku akan menangis depan dia.


“ Aida.. Please..”


Tanpa mengendahkan dia, aku pun masuk ke dalam kereta diikuti oleh Misya. Misya yang ingin bertanya lebih lanjut tidak jadi apabila aku bertindak dengan berdiam diri. Akhirnya Misya hanya membiarkan. Aku perlukan ketenangan.


**

Aku pandang mak dan ayah silih berganti. Mereka macam ada menyembunyikan sesuatu daripada aku. Tapi apa?


“ Ada benda ke yang mak dan ayah nak cakap?” Soalku. Aku sedang melipat kain masa ni. Dibantu oleh adik bongsu aku ni. rajin pula dia malam ni.


“ Misya bagitau mak yang Firdaus datang cari kamu minggu lepas. Betul ke?”


Aku terkedu. Pertanyaan mak sukar untuk aku jawab. Malah berjaya juga buat jantungku berdegup dengan kencang.


“ Mak.. Esok orang pi tidur rumah Misya tau.” Aku cuba mengalih topik. Tolonglah! Aku benar-benar ingin melupakan dia tapi kenapa orang dekat sekeliling aku ni macam tak bagi aku lupakan dia je. ala.. Dulu kau juga kata kau setia tunggu dia. tapi sekarang? Erm.. Entahlah.


“ Dia ada datang jumpa mak bulan lepas.”


Huh! Apa?


“ Dia cakap dia nak pergi London jumpa kamu. Dia kata dia nak pergi cari cinta sejati dia.”


Aku yang elok-elok bersantai lipat kain tadi terus berdiri tegak. Nasib baik adik aku tu dah habiskan lipatan terakhir.


“ Apa mak?”


“ Ya sayang. Rasanya dia tak jumpa kamu sebab tu dia balik. tapi tak sangka dia jumpa kami dalam flight masa nak balik Malaysia.”


Aku rasa longlai serta-merta. Jantungku dah tak boleh berdegup dengan stabil saat ini.


“ Untuk apa dia cari orang lagi?”


“ Dulu kamu sendiri kata kat mak. Kamu akan setia tunggu dia kalau dia sudi cintakan kamu. Sekarang penantian kamu dah berakhir Aida. Dia cintakan kamu. Dia sendiri cakap dekat mak masa tu.”


Aku tersenyum tapi sinis. Aku rasa nak gelak pun ada.


“ Saya serius Aida.”


Huh! Suara siapa tu? aku pandang ke belakang. Dan aku terkaku lagi. Aku meraba-raba kepala aku. mujurlah! Aku ingatkan tak pakai tudung tadi. Tapi dia buat apa dekat sini?


“ Aida.. Sudikah awak menjadi isteri saya?”


“ Ha?!”


**

‘ Maafkan saya. Saya menyesal atas perbuatan saya dulu. Saya tahu saya kejam buat awak menangis. Saya pun terlalu bodoh sebab terlalu mengharapkan Didi sedangkan dia tak pandang pun saya ni. Sejujurnya selepas awak pergi tu saya rasa kosong. Saya rasa kehilangan. Dah nak dekat setahun baru saya sedar yang saya sudah jatuh cinta dekat awak. Saya tahu saya lambat. Tapi sekarang saya tak terlambatkan? Aida. I really love you.’


Aku melipat kertas itu dan kembali memasukkan ke dalam beg. Air mataku yang mengalir tadi diseka. Ya Allah. Betul ke apa yang aku baca tadi? Tapi kenapa baru sekarang? Ini juga bermakna penantianku sudah berakhir bukan? Huh!


“ Aida?”


Aku melihat Misya dengan senyuman hambar.


“ Kau okay kan? sorry sebab baru hari ni kau dapat beri surat tu. sedangkan daripada minggu lepas lagi surat tu aku dapat. Aku tak nak bagi sebab takut ganggu emosi kau. Lagipun kau sendiri cakap dekat aku yang kau nak lupakan dia. sampailah dia datang rumah kau. Hari ni aku tergerak hati nak bagi surat tu. maafkan aku?”


Aku menggelengkan kepala lantas memaut bahunya mesra.


“ Aku tak salahkan kau lah. Tenang okay. Cuma aku terfikir. Adakah ini dinamakan jodoh?”


“ Aku rasa Allah pertemukan korang kembali sebab korang berjodoh. Percayalah cakap aku.”


“ Yeke? Entahlah beb.”


Aku tunduk memandang meja. Hati. Apakah perasaan kau sekarang ni? bahagia ke sedih?


“ Aku juga nak bagitau kau yang Firdaus ada belakang kau.”


Huh! Tanpa berlengah aku pantas menoleh ke belakang. Aku terkejut.


“ Hai awak.”


“ buat apa dekat sini?”


“ Nak jumpa awak. misya.. terima kasih. Awak boleh pergi.”


Aku pandang mereka berdua dengan tertanya-tanya. Mereka rancang ke semua ni?


“ Untuk apa awak datang jumpa saya lagi? Dulu awak sendiri yang cakap kita dah tak ada apa-apa yang perlu dibincangkan.” Sindir! Yes aku sedang menyindirnya.


“ Itu dulu. Ini hari ni punya kes.” Dia tersenyum ke arahku. Tapi aku rasa meluat pula tengok dia.


“ Dulu ke sekarang ke sama je. Awak buat saya ni macam orang yang tak ada perasaan. Dah saya nak balik.”


Baru sahaja aku nak melangkah pergi, dia lebih pantas berdiri di depan aku dengan muka yang tenang.


“ Janganlah awak.”


“ Apa?”


“ Saya rindu awak ni.”


“ Pergilah rindu awak tu. macam saya nak percaya.”


“ Betullah. Setiap malam saya termimpikan awak. awak pun rindukan saya kan?”


“ Mana ada! Awak amat menjengkelkan! Tak ada maknanya saya nak ingat awak. benci!”


Aku cuba mencari ruang untuk mengelak daripada dia. tapi dia lebih pantas. Argh! Kenapa dia suka cabar kesabaran aku hari ni?


“ Saya ikhlas Aida. Saya nak kahwin dengan awak. dah lama saya tunggu awak.”


Aku tersenyum sinis. Oh ya? Aku lagi lama tunggu daripada kau lah!


“ Oh ye? Hurm.. Baguslah. Tunggu lah lagi sampai kucing bertanduk.”


Tajam kami berbalas renungan. Tapi akhirnya aku sendiri yang tewas.


“ Mata awak tak boleh tipu Aida. Mata awak menceritakan segala-galanya.”


“ Yes! Betul! Tapi saya benci awak!”


Air mataku dah bergenang. Ya Allah. Aku rasa nak balik cepat-cepat ke London. Aku tak sanggup nak hadapi semua ni.


“ Aida..”


“ Stop! Just go! I hate you!”


Terus aku berlari daripada situ. Mak! Aida nak balik London esok juga.


**

Selepas selesai semuanya, aku bergerak ke arah Misya. Mujurlah mak dan ayah tak ikut. Kalau tak aku buat juga drama dekat sini.


“ Kenapa kau nak balik awal sangat?” Misya kelihatan muram.


“ Aku minta maaf. Tapi aku janji aku akan sentiasa hubungi kau. Kau jangan risau erk.”


Aku peluk dia dengan perasaan bercampur baur. Maafkan aku Misya. Aku nak melarikan diri daripada dia.


“ Kau nak tinggalkan Firdaus sekali lagi?”


Aku tersentak mendengar persoalan Misya. Terukir senyuman hambar pada bibirku.


“ Rasanya aku kena masuk dah. Aku minta maaf tau. Aku pasti akan rindukan kau. Aku pergi dulu.”


Selepas berbalas perlukan dengan Misya. Aku pun berlalu masuk ke dalam balai pelepasan. Malaysia.. I will miss you.


Naik saja ke flight aku mencari seat aku. macam biasa aku akan ambil seat di tepi tingkap. Tapi kali ni aku tak tahulah sama ada seat sebelah aku kosong atau tidak. Kan best kalau kosong lagi.


“ Saya janji saya akan cari awak. saya juga akan kejar awak sampai naik flight. Harap awak setia menanti saya.”


Tiba-tiba aku teringat kata-kata dia semalam. Aku tersenyum tipis. Aku akan sentiasa menantikan kehadiran kau Firdaus. Cuma aku tak percaya kau akan buat begitu.


Mungkin kita pernah rasa tentang cinta
Yang takdirnya bukan untuk kita


Mungkin ini adalah cara meluah cinta
Tanpa berkata atau berpandang mata


Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu


I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you

Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you


Ya Allah. Suara tu. tanpa berlengah aku menoleh ke arah kiri ku. Dan aku sama sekali tersentak melihat dia sambil memetik gitar ke arahku.


Mungkin kita tak bersama di takdirkan
Tak mengapa asal kau bahagia


Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu


I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you
I’m sorry but I love you


Air mataku mengalir jua. Awak..


Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu


I’m sorry but I love you
I’m sorry if I miss you
Even if I can’t have you
You know I’ll always be there for you
I’m sorry but I love you


Bunyi tepukan gemuruh daripada penumpang lain kedengaran. Aku sememangnya sangat terkejut. Apa yang dia sedang buat?


“ Aida..”


Aku hanya tengok dia yang datang duduk di sebelah aku. aku terkelu lidah untuk bersoal banyak-banyak.


“ I am sorry but I love you.”


“ Apa awak buat ni?”


Aku menyoalnya dengan perasaan yang langsung tidak aku dapat gambarkan.


“ Saya tengah buktikan pada awak yang saya cintakan awak. lagu tadi khas daripada hati saya untuk awak. saya tahu dulu saya bodoh buat awak macam patung. Tapi sekarang saya janji saya takkan lepaskan awak lagi buat selama-lamanya. Sudikah awak menjadi isteri saya?”


Aku menekup mulut tanda amat terkejut. Ya Allah. Adakah ini mimpi?


“ Aida.. Will you be my wife?”


Aku melihat dia yang sedang menghulurkan aku sebentuk cincin. Ya Allah. Dia telah berusaha banyak.


“ Say do! Say do!”


Aku melihat sekeliling. Ya Allah. Malunya.. Semua orang tengok ke arah kami. Apabila aku menoleh semula ke arahnya. Dia tersenyum ke arahku.


“ I do!”


Aku menekup mukaku dengan perasaan yang sangat malu. Ya Allah.


“ yes! Thanks Aida. I know you still loved me.”


Aku pukul bahunya dengan geram. Kemudian aku toleh ke arah tingkap.


“ Awak jahat. Suka buat saya terkejut kan?”


“ Hahaha… Apa saja demi awak. but thanks.”


“ Saya yang patut ucapkan terima kasih sebab sudi mencintai saya. Dan saya nak awak tahu. Dari dulu lagi saya tunggu awak.”


“ Habis tu kenapa awak marah-marah bila jumpa saya?”


“ Sebab saya bencilah. Dulu bukan main sakitkan hati saya. Huh!”


“ Sorry. Tapi lepas ni tak dah. Awak tetap nak balik ke London ke?”


“ Kenapa?” Aku pandang dia dengan wajah blur.


“ Sebab saya akan ikut awak.”


“ What?”


“ Hehe.. saya belajar kat sana juga. Jangan marah.”


“ What?”


“ Haha..”


Ya Allah. Aku bersyukur padaMu dan terima kasih atas semua ni. tak sangka kami berdua ada jodoh. Aku juga harap jodoh kami berkekalan hingga ke JannahMu. InsyaAllah.


~Tamat~


Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers