Pagi itu, seperti biasa Syazwan akan bergerak ke tempat
kerja. Eslina pula menjadi suri rumah sepenuh masa. Kalau tidak Eslina akan
bekerja. Tapi entah mengapa hatinya tiba-tiba terasa ingin menjadi isteri
mithali buat Syazwan. Lagipun dia ingin berubah ke arah kebaikan. Dia dah tak
mahu jadi macam dulu lagi. Kini dia ada tanggungjawab.
“ Abang! Makan sarapan dulu!” Laungan Eslina membantutkan
hasrat Syazwan untuk terus melangkah ke arah pintu utama. Baru nak keluar ke
kereta.
“ Es masak apa hari ni?” Syazwan mengambil tempat di meja
makan. Nampaknya pagi ni Eslina masak nasi goreng kampung.
“ Abang rasalah dulu. Kalau tak sedap beritahu Es. Es akan
perbaiki lagi masakan Es.” Ujar Eslina dengan senyuman manis.
Syazwan tidak menyahut kata-kata Eslina malah terus menyuap
sesudu nasi ke dalam mulutnya. Sebaik sahaja dia menelan nasi tersebut. Dia
tergamam seketika.
“ Eh? Kenapa bang? Tak sedap ke?” Eslina jadi risau sebab
Syazwan tiba-tiba saja berdiam diri selepas merasa makanannya pada pagi itu.
Itu kali pertama dia memasak nasi goreng kampung. Sebelum ni mana pernah.
Syazwan tersentak. Pantas dia menghirup pula air suam yang
terhidang. Selepas itu dia bangun dan menuju ke pintu utama untuk bergegas ke
tempat kerja.
“ Abang! Abang belum habis makan lagi ni.” Eslina cuba
menghalang tapi langsung tiada respon daripada Syazwan. Naik hairan dia.
“ Lepas ni tolong jangan masakkan untuk abang nasi tu lagi.
Abang tak suka!”
Usai dia berkata, dia terus berlalu ke kereta. Eslina yang
mendengar arahan Syazwan hanya terkaku di tempat duduk. Ya! Dia rasa sedikit
terkilan akan sikap Syazwan hari ini. dia sendiri tak tahu kenapa. Sebelum ni
okey je. Tiba-tiba hari ni?
Syazwan memandang sekilas ke dalam rumah sebelum memandu
keluar daripada halaman rumah. Hatinya tiba-tiba dirundum rasa bersalah sebab
buat Eslina begitu. Tapi kenapa rasa tu sama dengan rasa dia?
‘ Macam mana pula nasi tu boleh sama seperti masakan Zahra?
Aku tak fahamlah. Ni nak buat aku ingatkan dia kembali ke apa? Argh!’
**
“ Zahra! Abang Izz datang ni!”
Zahra yang leka memandang ke luar tingkap pantas menoleh ke
kiri. Di mana adanya Izz dengan anak kecil di dalam dukungan Izz.
“ Abang Izz. Kami berdua nak turun makan sarapan kejap.
Abang berbuallah dulu dengan akak ye?”
“ yelah.”
Izz kembali mendekati Zahra. Senyuman kecil dihadiahkan buat
Zahra.
“ Awak sihat hari ni? okey?” Soal Izz.
“ Alhamdulilah. Makin baik. Umi tak datang ke?”
“ Tak. Ada kerja sikit. Lagipun kejap lagi saya kena hantar
umi ke Ipoh balik.”
Zahra mengangguk menyambut jawapan Izz. Dia dah tak tahu nak
cakap apa. tiada topik untuk dia bertanya. Tapi satu je yang bermain dikepala
fikirannya saat ini. siapa bayi yang Izz dukung tu? takkan Izz dah kahwin?
Kalau macam tu kenapa kami tak tahu pula?
Dan kenapa aku rasa macam cemburu je nih? Macam tak suka pun
ada. Ala! Jangan kau nak buat hal Zahra. Please!
“ Awak nak dukung dia?”
Zahra tersentak. Ya! Dia memang teringin nak dukung anak Izz
tu.
“ Boleh ke?”
Izz mengangguk perlahan. Perlahan-lahan dia menyerahkan
Zahirin pada Zahra. Zahra pula mendukung Zahirin dengan rasa senang hati. Ini
boleh dijadikan sebagai latihan sebelum anaknya lahir nanti. Tak sabar nak
tunggu saat itu.
“ Nama dia Zahirin.” Maklum Izz setelah lima minit berdiam
diri. Dia lebih suka tengok Zahra tersenyum melihat Zahirin daripada asyik
bermasam muka. Dia jadi hairan. Kenapa Zahra tiba-tiba muram selepas sedar
semalam? Nak tanya Farah. Of course dia takkan beritahu punya.
“ Sedap nama tu. Erk.. Awak. Saya nak tanya something boleh
tak?”
“ Tanya je. saya tak kisah pun.”
Izz kembali mengambil Zahirin apabila Zahirin mula menangis.
Maybe dah lapar.
“ Awak berilah dia makan dulu. Nanti saya tanya.”
Izz hanya mendiamkan diri. Dia terus menyuapkan botol susu
pada Zahirin. Kemudian dia mengerling sekilas ke arah Zahra. Kenapa Zahra macam
gelisah je?
“ Awak nak tanya tu tanya je lah. Saya sedia mendengar.”
Ujar Izz tanpa menoleh ke arah Zahra. Matanya tertumpu pada Zahirin yang leka
minum susu botol itu.
“ Ini..ini anak kandung awak ke?” Perlahan je Zahra menyoal.
Tak tahu kenapa dia jadi takut kalau betul Zahirin tu betul anak Izz. Tak
tahulah apa dah jadi dengan hati dia sekarang.
Terbit senyuman kecil pada bibir Izz. Dia rasa gembira pula
bila Zahra tanya macam tu. Macam Zahra cemburu kalau betul Zahirin tu anak dia.
Argh! Perasaan aku je tu.
“ Tak. Anak angkat. Kalau betul anak saya. Saya takkan ada
dekat sini teman awaklah. Saya lari lagi baik daripada kena serang dengan umi.”
Jelas Izz dengan sengihan.
Zahra tertawa kecil. Betul juga tu. Apasallah aku tak
terfikir pula. Haish!
“ Maaf sebab saya tanya yang bukan-bukan. Cuma saya
peliklah. Kalau awak dah ada anak. Kenapa saya tak tahu yang awak dah kahwin? Sebab
tu saya tanya.”
Tiba-tiba Izz tersengih nakal. Datang idea nak mengusik
Zahra. Jahat kau ye Izz. Ambil kesempatan nampak.
“ Kenapa pula? Kalau betul ini anak saya. Apa respon awak? Awak
cemburu erk?” Duga Izz masih dengan sengihan nakalnya.
Zahra tersentak. Pantas dia menoleh ke arah lain.
“ Ma..mana ada. Awak mengarutlah.” Tergagap-gagap pula Zahra
menjawabnya.
Izz pun apa lagi. Tergelak terus lah dia.
“ Haha.. saya gurau je lah. Tapi takkan betul kot?” Izz
masih belum berhenti daripada ingin mengusik Zahra. Sampai naik merah pipi
Zahra dibuatnya.
“ Tak!” Sangkal Zahra sambil mengetap bibir.
Izz meletakkan Zahirin di atas katil Zahra. Kemudian dia
mengucup dahi Zahirin sebelum dia bangun menuju ke tepi tingkap.
“ Saya tak kisah kalau betul pun Zahra. Kan awak dah tahu
apa isi hati saya selepas awak baca surat tu. Cuma saya masih belum boleh
memiliki awak. awak masih isteri orang. Maafkan saya kerana saya menyimpan
perasaan terhadap awak.”
Zahra terkedu. Kata-kata Izz tadi serba sedikit membuatkan jantungnya
berdegup kencang. Dia dilanda rasa lain. Sangat lain. Seperti selepas membaca
surat itu.
Izz kembali memusingkan badannya ke arah Zahra. Ingin sahaja
dia menyoal tentang isi hati Zahra ketika ini. tapi dia sedar. Zahra masih
isteri orang. Tak patut dia tanya soal itu.
“ Ermm.. Bila awak boleh balik rumah? Saya tiba-tiba
teringin nak rasa masakan awak pula.” Izz tersengih. Itu je yang terlintas dalam
fikirannya pada masa itu. Nak elak daripada Zahra terus-terusan terfikir soal
tadi.
“ Erk.. maybe petang ni.” Zahra tersenyum jua akhirnya.
“ Jangan lupa ye nanti tolong masakkan untuk saya yang
sedap-sedap. Mesti sedap kan awak masak?”
“ Urm.. Bolehlah. Hehe..”
Zahra kembali mencuit sedikit pipi Zahirin. Geram sebab
Zahirin comel sangat. Izz yang melihat terasa lega kerana Zahra sudah mampu
tersenyum kembali. Dah tak muram seperti semalam. Dan itu memang niat dia
datang ke sini hari ini.
**
30 minit telah pun berlalu. Ini bermakna kejap lagi Zahra
sudah boleh pulang ke rumah. Orang pertama yang rasa gembira adalah Izz. Sampai
sanggup menjemput dan uruskan pembayaran segala. Zahra tak tahu kecuali Farah. Izz
juga pinta Farah rahsiakan segala-galanya daripada Zahra. Tak nak dituduh
sebagai seorang yang suka ambil kesempatan.
“ Abang Izz? Betul ke tak apa ni? nanti susahkan abang pula?”
Soal Farah dengan rasa serba salah. Sepatutnya dia seorang adik yang patut
bayar semuanya. Tapi Izz terlebih dahulu sudi menghulurkan bantuan pada Zahra.
“ Tak apa. abang ikhlas lah. Jangan risaulah. Sekarang bawa
akak Zahra balik. nanti abang menyusul daripada belakang. Abang kena pergi
ambil umi dan Zahirin dulu dekat rumah abang. Lepas tu baru abang pergi.” Jelas
Izz agar Farah tak merasa bersalah sangat.
“ Okeylah kalau begitu. Farah pergi dulu. Abang Izz
hati-hati ye.”
“ yelah.”
Izz menghantar Farah dengan pandangan mata. Selepas itu
cepat-cepat dia menghala ke arah kereta. Tapi belum sempat dia nak keluar
daripada pintu hospital. Bahunya tiba-tiba dirempuh oleh seorang perempuan.
“ Maaf encik! Saya tak sengaja. Maaf!” Selepas sahaja perempuan
itu meminta maaf. Cepat-cepat dia masuk ke dalam hospital meninggalkan Izz
terpinga-pinga seorang diri.
Izz terkaku seketika di situ. Tiba-tiba dia rasa macam kenal
dengan perempuan tadi. Macam pernah nampak. Tapi di mana?
“ Maaf. Tumpang lalu?”
Izz tersedar. Cepat-cepat dia bergerak ke tepi. Dia tersenyum
kecil. Apalah yang aku mengarut ni. Macam aku kenal sangat. Dahlah.
**
“ Abang! Abang okey ke ni?”
Cemas Eslina tengok Syazwan yang dalam keadaan lemah itu.
“ A..abang okey. Sakit kepala sikit je ni. nanti baik lah
tu.”
Muka Syazwan kelihatan sangat pucat. Naik gelisah Eslina
dibuatnya. Eslina yang tengah elok je memasak tadi terus datang ke sini selepas
dapat tahu Syazwan pengsan dekat tempat kerja. memang gelabah habis lah dia. Mujur
tak teruk.
“ Tulah. Tadi Es suruh makan bagi habis tak nak. Makan sikit
je. manalah perut tu masuk angin. Dah tu naiklah sampai ke kepala.” Eslina mula
membebel. Tangannya cekap mengurut kepala Syazwan yang berkerut-kerut itu.
“ Tolong jangan ungkit hal itu lagi. Abang tak suka.” Dalam
keadaan lemah pun Syazwan masih ingin marah. Eslina hanya mampu menggelengkan
kepalanya. entah kenapalah dengan Syazwan hari ini. sabar je lah!
“ Abang nak makan? Es bawa nasi putih untuk abang.”
Baru sahaja Syazwan ingin menolak. Kepalanya kembali sakit. Bertambah
teruk daripada tadi.
“ Argh!” Syazwan menjerit kesakitan.
“ Eh? Abang! Kenapa ni?” Eslina jadi cemas semula.
“ Doktor! Doktor! Tolong!” Eslina menjerit cuba memanggil
bantuan. Kasihan tengok Syazwan dalam keadaan sakit macam tu.
Apabila doktor dan nurse masuk. Eslina diminta keluar untuk
mereka berikan rawatan. Dengan rasa berat hati, Eslina pun keluar. Dalam hatinya
asyik berdoa agar Syazwan takkan ada apa-apa.
Syazwan melihat doktor itu dengan pandangan yang kabur. Kepalanya
rasa sakit sangat. Macam ada batu yang terhempap atas kepalanya itu. Puas dipicit
tapi semuanya tidak juga berkesan. Dia tak tahu apa masalahnya sekarang ni.
doktor pun belum beritahu keputusannya.
“ Encik Syazwan? Encik rasa sakit macam tadi ke atau lebih
teruk?” Soal doktor itu setelah selesai buat pemeriksaan pada kepala Syazwan.
Dengan lemahnya Syazwan menggeleng.
“ Lebih teruk doktor. Kenapa dengan saya ni doktor? Apa penyakit
saya?” Bertalu-talu Syazwan menyoal. Dia juga rasa berdebar-debar.
Doktor tersenyum hambar. Dia mengarahkan nurse yang berada
di sisinya agar keluar sebentar.
“ Maafkan kami Encik Syazwan. Tapi kami hanya menjalankan
tugas. Allah yang lebih tahu segala-galanya.”
Nada tutur kata doktor itu menambahkan rasa takut pada Syazwan.
“ Apa doktor? Saya sakit apa?” Sedikit tinggi Syazwan
menyoal.
“ Sebenarnya…”
slam..bukan ke izz mmg dh knl kn anak angkat dae kt zahra ..
ReplyDeleteEh? Yala. Sorry. Bila baca balik dan cek balik. Baru perasan. Sorry.. Hehe.. Tapi abaikan jela. Anggap bab anak angkat tu takda. Sorry.. Dan thnks sbb sudi tegur. >_<
ReplyDelete