“ Aku ni tak sempurna Wan! Aku tahu siapa diri aku yang
sebenarnya. Aku juga tahu apa yang patut aku buat dan tidak. Tapi! Tapi
tolonglah Wan! Aku mohon sangat agar kau jangan buat aku macam ni. Aku juga
manusia biasa yang perlukan kasih sayang daripada orang yang bernama suami.
Tolonglah.. jangan buat aku macam sampah. Bila kau dah puas kau lepaskan aku.
Tolonglah…”
Penat Zahra merayu terhadap suaminya itu. Hampir setiap hari
dia terpaksa berendam air mata menahan apa saja tohmahan dan hinaan daripada
suaminya. Kalau tidak mengenang nasib dirinya. Dia tidak merayu begini.
Sampai melutut bagai. Dia sendiri tidak sanggup.
“ Hei! Aku peduli ke semua tu? Bukankah dulu kau yang setuju
untuk kahwin dengan aku. Kau siap berjanji yang kau akan lakukan apa saja
suruhan aku. Bukan tu je. Kau juga kata ikut suka akulah nak buat apa-apa pun
terhadap kau. Sekalipun aku membawa perempuan balik ke rumah ni. Lagipun ini
rumah aku bukan kau!”
Wajah bengis Wan direnung Zahra dengan penuh sayu. Hatinya
bagai ingin luruh saat mendengar kata-kata itu. Apakah tiada lagi rasa
kasihannya terhadap aku ni? Aku ni isteri dia yang sah. Ya Allah. Aku dah tak
sanggup ingin teruskan perkahwinan ini. Aku inginkan kedamaian dan kebahagiaan
di sampingMu ya Allah. Aku perlukan suami yang mampu membimbingku bukan seperti
dia. Adakah aku silap selama ni?
“ Wan! Tolonglah.. Aku mohon. Aku tahu kau beria-ria nak
kahwin dengan aku dulu sebab aku ni kaya. Tapi bila keluarga aku muflis. Sikap
kau dah berubah. Kau bukan seorang yang lembut, romantik dan penyayang lagi.
Sekarang kau lebih suka mara-marah dan pukul aku. Bukan tu je, aku tahu kau ada
simpan perempuan simpanan dekat luar tu.”
Syazwan menjeling Zahra bagai ingin menerkam mangsa. Tapi
semua itu dah tak penting. Sebab bagi dia Zahra dah tak macam dulu lagi. Zahra
dah berbeza sangat. Dulu Zahra seksi, cantik dan pandai menggoda. Tapi semenjak
sebulan yang lalu, Zahra berubah. Zahra mula memakai tudung. Solat dan mula
berani menegurnya tentang agama.
Zahra mencapai tangan Syazwan untuk meminta maaf tapi pantas
ditepis Syazwan. Zahra rasa hiba. Zahra terasa dia dah dipinggirkan dari hati
Syazwan.
“ Aku tak nak dengar semua tu. Dah tak penting buat aku. Kau
juga tak berhak menegur aku. Ini diri aku. Bukan kau! Kau sibukkan hal kau
dahlah. Tak usah nak peduli hal aku. Dan buat pengetahuan kau!”
Syazwan menuding jari ke arah Zahra yang tengah melutut itu.
Wajah Zahra kelihatan sugul sekali.
“ Aku tak pernah anggap kau sebagai isteri aku!”
Zahra tergamam. Jelas hatinya sangat sakit saat itu.
“ Aku juga tak pernah anggap kau lebih sebagai seorang
perempuan murah yang banyak duit. Kaya dan cantik.”
Zahra terus terduduk. Hatinya bagai ditusuk sembilu saat
mendengar perkataan murah itu. Ya Allah. Aku mohon ampun kerana dulu aku
sungguh jahil di matamu. Tapi kini aku benar-benar dah insaf. Aku dah tak buat
kerja itu lagi. Ya Allah.
Syazwan yang melihat air mata Zahra yang mengalir itu
terdiam. Tiba-tiba dia rasa kasihan memperlakukan Zahra sebegitu. Hatinya juga
seakan tidak merelakan dia buat demikian. Namun, semua itu tidak dia hiraukan.
Ego! Ya! Itu yang dia sedang alami sekarang. Kerana ego terhadap perasaan dan
bencinya kepada Zahra. Dia sanggup buat apa-apa saja. Bagai lelaki yang hilang
kewarasan.
“ Wan.. A..aku nak minta maaf. Aku tahu dulu aku perempuan
yang hina di mata semua orang. Aku tahu aku tak jaga maruah aku dulu. Tapi…
Jangan kau buat aku begini. Kalau benar kau dah tak cintakan aku. Tolong lepaskan
aku. Aku juga ingin capai kebahagiaan.”
Nada Zahra kembali tenang. Wajah bengis Syazwan tadi kembali
tenang. Zahra redha. Jika ini yang terbaik buatnya. Dia sanggup. Dia sanggup
untuk bercerai dengan Syazwan. Walaupun penceraian ini adalah perkara yang dibenci
oleh Allah. Tapi dia terpaksa.
“ Oh! Nak bercerai? Jangan harap! Aku takkan lepaskan kau
sampai aku puas membuatkan kau seperti sampah!”
Kepala Zahra terus ditunjalnya. Zahra yang tidak berada
dalam keadaan bersedia jatuh rebah. Kepalanya yang ditunjal tadi dipegang
perlahan. Hari-hari kepala ini yang menjadi mangsa Syazwan.
“ Jangan buat saya macam ni…” Zahra terus merayu.
Syazwan tersenyum sinis. Jelas dia benci melihat wajah Zahra
sekarang.
“ Jangan nak merayu dekat aku. Merayulah dekat Tuhan kau
tu.”
Zahra tersentak. Pantas dia beristighfar. Syazwan!
“ mengucap Wan. Tuhan aku Tuhan kau juga. Allah Wan! Allah
Maha Besar!”
Zahra melihat Syazwan. Ya Allah. Dia telah lama menyimpang
dari jalanMu. Aku mohon Ya Allah. Tunjukkanlah dia ke jalan yang benar.
Bukakanlah pintu hatinya untuk bertaubat Ya Allah. Aku kasihankan dia.
“ Jangan nak berceramah depan aku lah. Aku tak ada masa
untuk semua tu. Sekarang aku nak keluar. Kau! Jangan sesekali berani keluar
daripada rumah ni. Aku takkan sesekali lepaskan kau Zahra!”
Seusai Syazwan berkata, dia terus melangkah keluar daripada
rumah teres dua tingkat itu. Dengan penuh perasaan marah, dia menghempas kuat
pintu rumah. Baru puas hati dia!
Manakala Zahra terkejut akan hempasan pintu itu. Mujur dia
tiada serangan jantung. Kalau tidak pasti dia akan pengsan.
Zahra kembali menitiskan air mata. Tak sangka akhirnya nasib
aku akan jadi begini. Mungkin ini salah satu dugaan untuk aku. Ya Allah.
Lindungilah aku. Pimpinlah aku terus ke jalanMu Ya Allah.
Kini, Zahra hanya mampu berdoa.
***
Dua tahun yang lalu
“ Wan…”
Dengan penuh menggoda Zahra memanggil Syazwan. Siap menarik
lengan Syazwan supaya mendekati dirinya lagi. Dia tidak sedar yang Syazwan
sebenarnya inginkan duit dia masa tu. Bukan kerana cinta.
“ Ada apa sayang…”
Syazwan yang baru selesai menari dengan gadis-gadis cantik
dekat disko itu pantas menarik tubuh Zahra agar duduk di pahanya. Zahra pula
menuruti dengan senang hati.
“ Awak kan dah janji nak kahwin dengan saya. Bilanyer…”
Zahra meramas jari kasar Syazwan dengan lembut. Kemudian dia
menghadiahkan senyuman yang paling manis buat Syazwan. Syazwan yang melihat
makin tergoda. Ditarik Zahra lebih rapat dengan dia. Haruman yang berada pada
Zahra memang membuatkan dia lebih ingin dekat akan Zahra.
“ Ala… sayang ni. Tak bersabar dah. Sayang kena bersabarlah.
Saya banyak kerja masa ni. Sayang kenalah tunggu.” Syazwan cuba memujuk Zahra
sambil tangannya mengelus lembut pipi Zahra.
Zahra mencebik. Pantas dia menjauhkan diri daripada Syazwan.
Dia memeluk tubuh dengan marahnya. Jelingan manja Syazwan langsung tidak
dihiraukan. Tak suka arh macam ni!
Syazwan tersenyum. Zahra dah merajuk pula.
“ Ala sayang. Janganlah macam ni..” Syazwan menarik semula
Zahra ke dalam pelukannya tapi tidak berhasil. Zahra menepisnya dengan geram.
“ Okey sayang. Esok kita pergi beli cincin ye?” Syazwan
menyoal sambil tersenyum manis. Hanya ini caranya. Dulu dia yang beria-ria nak
kahwin dengan Zahra. Siap berjanji lagi. Tapi bila Zahra menanya tak pula dia
beria-ria nak kahwin cepat.
Zahra yang mula termakan pujukan Syazwan itu kembali
mendekatkan diri dengan Syazwan.
“ Betul?” Zahra menyoal.
“ Ye sayang..” Syazwan menarik Zahra ke dalam pelukannya.
“ yelah. Dulu awak yang beria-ria nak kahwin dengan saya.
Bila saya setuju, awak pula yang melengah-lengahkan.” Ujar Zahra lalu
meleraikan pelukan Syazwan. Dia berasa rimas.
“ Okey sayang. Saya minta maaf. Sayang, saya nak minta
sesuatu boleh?” Soal Syazwan sambil menjongketkan kening nakal.
“ Apa?” Zahra yang duduk di atas paha Syazwan kembali duduk
di sisinya. Rimas apabila asyik dekat dengan Syazwan.
“ Kita ke bilik jom?”
Zahra yang mendengar permintaan Syazwan tersentak. Pantas
dia menggeleng.
“ No! Ala.. awak kenalah bersabar sikit. Kan tak lama kita
nak kahwin. Lepas tu nak buat apa pun buatlah. Saya tak kisah.” Balas Zahra
lembut.
Gelas yang mengandungi air kosong itu dicapainya. Lantas
dibawa ke bibir. Belum sempat dia ingin memasukkan ke dalam mulut, tubuhnya
tiba-tiba ditarik ke dalam pelukan Syazwan.
“ Awak! Tolonglah! Saya rimas!” Bentak Zahra geram. Gelas
yang berada ditangannya pantas di ambil Syazwan dan diletakkan di atas meja.
“ Kalau awak tak nak masuk bilik. Kita buat dekat sini pun
okey.”
Zahra pantas menolak Syazwan. Tapi tolakkannya terlalu
lembut sampai Syazwan ingin mencumbui lehernya. Sekali lagi Zahra menolak
dengan kasar. Apabila berjaya, Zahra menjarakkan diri daripada Syazwan.
“ Awak! kan kita dah janji soal hal ini. Awak kena hormati
saya Wan! Lagipun kita dah nak berkahwin!” Tegas Zahra.
Walaupun Zahra kelihatan seksi dan cukup menggoda pada
pandangan mata lelaki. Tapi dia takkan mudah terpujuk dengan pujukan lelaki
untuk bersetubuhan. Itu maruahnya. Dia tidak akan sekali-kali berzina dengan
lelaki sebelum berkahwin.
Perkara itu juga membuatkan Syazwan sukar untuk mendapatkan
Zahra dulu. Sampailah dia berkata ingin berkahwin.
“ Okey. Saya minta maaf sayang…” Syazwan bangun dan
mendekati Zahra. Tapi Zahra tidak melayan malah berlalu daripada situ. Ingat
aku ni macam perempuan lain ke ha? Aku bukan semurah tu Wan!
**
“ Astagfirullah!”
Zahra beristighfar saat teringat macam mana keadaan dia
dengan Syazwan sebelum menjadi halal. Air matanya menitis lagi.
“ Ya Allah. Aku telah banyak buat dosa terhadapaMu Ya Allah.
Ampunilah aku. Aku dah benar-benar insaf. Aku janji tidak akan buat perkara
macam tu lagi. Sungguh aku manusia yang paling hina dulu di mataMu Ya Allah.”
“ Ya Allah. Tunjukkanlah aku ke jalan yang benar. Aku masih
insan yang lemah dalam mempelajari ilmuMu. Berilah aku petunjuk dalam menjadi
seorang Muslimah yang sejati di mataMu. Sungguh aku ingin ke syurgaMu Ya
Allah.”
“ ya Allah. Jika jodoh sebenarku sedang menungguku. Aku
mohon agar kami dipertemukan Ya Allah. Aku ingin sekali bertemu dengannya dan
aku juga harap agar dia mampu membimbingku ke jalanMu. Aku mohon Ya Allah..”
Akhirnya Zahra terus menangis di atas sejadah itu
dengan penuh penyesalan.
Komen anda amat dialu-alukan. ^^
No comments :
Post a Comment