Pembuka Bicara

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu itu Maha Pemurah.Yang mengajar dengan pena (tulis baca). Mengajarkan kepada manusia,apa yang belum diketahuinya." (Surah Al-Alaq 1-5)

Friends

Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita maka dengan sendirinya nanti kamu akan tahu erti dan nilai cinta yang sebenar.

Tuesday 8 December 2015

Cerpen : Mr.Rescue

Assalamualaikum. Hai.

Kini, muncul dengan cerpen baru pula. Seperti yang dijanjikan. Dah habis dah semua pasal belajar. So, aku akan buat cerpen dan enovel la. Haha. So, tak nak leter panjang2. Happy reading. 



Berkali-kali wajah itu dipandang. Tapi, tetap juga dia tidak dapat ingat siapa gerangan yang sedang memanggilnya itu. Nak kata saudara, aku mana ada saudara lelaki. Nak kata kawan, jauh sekalilah. Siapa?

“ Puas kau telek muka aku?” Soal gerangan itu dengan nada tidak puas hati.

Bella tersengih kerang busuk.

“ Kau siapa? kau kenal aku ke?”

Izam rasa macam nak penumbuk je muka Bella sekarang ni. Dia boleh tanya siapa aku? Lupa ingatan ke apa?

“ Kau memang banyak makan semut kan? Aku la Zam. Kawan baik kau masa form 5 dulu. Lupa?”

Bella mengerutkan kening seketika. Sesaat kemudian dia tertawa. Bukan gelak kecik tapi besar. Sampai kecut perut dibuatnya. Izam yang melihat jadi pelik. Dah kenapa?

“ Laa.. Kau ke Zam? Kenapa yang berubah sangat? Dulu bukan main poyo kau. Sekarang? Perghh! Bergaya bukan main.”

Izam mengetap bibir. Mulut dia ni memang dari dulu tiada insurans kan?

“ Tu 10 tahun dulu. Sekarang dah tahun berapa? Semua manusia berubah beb. kau? Tengah buat apa sekarang?”

Bella tersengih. Tak sangka boleh terjumpa Izam dekat syarikat ayahnya tu. Jangan-jangan dia kerja sini tak?

“ Aku? Mereput dan goyang kaki. Haha. Just kidding. Aku bantu papa aku lah kat sini. Kau? Kau jangan cakap kau kerja sini.”

Izam tersenyum lebar. Ha! Tahu pun kau!

“ Yes. Dan hari ni baru mula masuk. Welcome Cik Salsabella.”

Bella terlopong. Tak percaya apa yang dia baru dengar tadi.

“ Bella!”

Bella tersentak. Rasa macam nak terkeluar jantungnya saat mendengar suara itu. perlahan-lahan dia menoleh ke belakang lalu hadiahkan sengihan kerang busuk.

“ Erk. Ya pa.”

Izam tahan gelak. Tau pun takut.

“ Apa yang tercegat dekat situ? Papa suruh kamu buat apa tadi?” Tegas Datuk Haris menyoal.

“ Jumpa pekerja baru dekat bawah.” Balas Bella dengan seperlahan yang mungkin. Dah buat salah so, diam jelah.

“ Habis tu?”

Datuk Haris mengalihkan pula pandangannya ke arah lelaki yang ada belakang Bella itu. Tersedar, dia pantas tersenyum.

“ Ha. Izam. Datang pun kamu. Anak saya ke yang jumpa kamu?”

Bella terdiam. Eh? Papa pun kenal? Terdengar suara ketawa Izam.

“ Saya yang datang naik atas ni Datuk. Nak harapkan anak datuk ni memang sampai ke sudah saya duk tercegat bawah tu.”

Bella menjeling geram ke arah Izam. Amboi mulut. Suka hati je kata dekat aku.

“ Bella kan? Dah. Jom ikut saya. Kita masuk dalam. Bella. Pergilah rehat dulu. Nanti pukul 2 jumpa papa dekat office.”

“ Okay papa.”

Usai papanya dan Izam melangkah pergi, Bella pantas melangkah masuk ke dalam lif apabila lif terbuka. Kakinya melangkah masuk dengan perasaan yang tidak puas hati. Suka hati kau je Zam kan? Tak apa. Tengok nanti. Kau tunggu!

Ting!

Pintu lif terbuka dan dia pun melangkah keluar. Tapi sempat lagi kakinya melencong ke arah kaunter penyambut tetamu. Nak jumpa dengan rakan karibnya. Tu yang pergi tu. Tak bestlah makan sorang-sorang. Tak ada feel. Haha.

“ Hai bebeh.”

Sapa Bella dengan sengihan.

“ Amboi kau. Ada apa datang sini?” Sahut Fika dengan senyuman.

“ Kau busy ke?”

“ Tak la busy. Sebab time rest kan sekarang.”

“ Kalau macam tu. Jom aku belanja makan. Lapar ni.” Ajak Bella sambil mengusap perutnya.

“ Nak makan? Kejap. Tunggu aku dalam 10 minit? Aku kena siapkan kerja sikit. Lepas tu aku pergi. Kau tunggulah dekat sofa tu.”

Bella hanya mengangguk lantas bergerak menuju ke sofa yang berada di tengah-tengah ruang syarikat papanya itu. Dia menoleh seketika ke arah Fika. Terbit juga senyuman pada bibirnya. Fika. Aku bangga dengan kau. Macam ni lah baru kawan aku.

Siapa sangka, Fika yang dia kenal dulu tidaklah sekental ini. Sebab 10 tahun yang lalu orang tuanya meninggal dalam kemalangan. Mujur ada Bella. Bella yang tolong dia sampai dapatkan kerja dekat sini. Tapi tu semua pun usaha FIka juga. Dan sebab orang tua Fika juga merupakan teman baik papanya. That’s why papanya sudi tolong.

Penat menoleh, dia pandang pula ke depan. Tak sangka, dah lima tahun berlalu. Dan sekarang dia pun dah ada kerjaya sendiri. Kerjaya sebagai arkitek dekat tempat kerja papanya iaitu Datuk Haris. Bukan senang sebenarnya. Tapi itulah salah satu cabarannya.

Sedang Bella ralit termenung, tiba-tiba datang seorang lelaki yang bergaya dan boleh tahan kacak menuju ke arah kaunter penyambut tetamu. Bella tersentak dan terus perhatikan gerak geri lelaki itu. Tak tahulah kenapa tapi matanya degil nak tengok lelaki tu lama-lama.

“ Ye encik? Boleh saya bantu?” Soal Fika dengan ramah dan lembut. Tetamu kan?

“ Erm. Boleh saya berjumpa dengan Datuk Haris?”

“ Ada apa urusan encik ye sampai nak jumpa dengan Datuk?”

“ Pagi tadi Datuk telefon suruh saya datang. Rasanya Datuk tengah tunggu. Awak cakap je kat datuk Ikram sudah datang.”

“ Okay. Tunggu sekejap ye encik.”

“ Okay. Terima kasih.”

Bella terus pandang ke arah lain bila lelaki itu mula meliarkan pandangannya ke sekeliling. Entah kenapa juga dadanya tiba-tiba juga berdebar. Oh! Come on Bella! Kau dah kenapa? Ish! Syuuhh!

“ Alia Salsabella.”

Bella tersentak. Nama aku. siapa panggil? Lelaki tadi tu ke? Dengan perasaan ragu-ragu Bella menoleh ke lelaki tadi. Dan sekali lagi dia rasa macam nak pengsan bila lelaki itu tengah melihatnya dengan senyuman. OMG! Who is this?

**
Datuk Haris, Izam dan Tengku Ikram tengah bermesyuarat sekarang ni. Bella yang semenjak tadi menunggu dekat bilik kerja papanya mengeluh bosan. Bila lah agaknya mereka ni nak habis meeting. Dah sejam aku tunggu. Bella merenung pula ke luar tingkap. Teringat pertemuan dia dengan lelaki yang bernama Ikram tengah hari tadi.

“ Alia Salsabella.”

Bella terteguk air liur. Macam mana dia tahu nama aku?

“ Nama awak kan?”

Bella hanya mengangguk. Debarannya jangan cakaplah. Tiba-tiba lelaki itu mendekati Bella dengan senyuman. Tanpa dijemput dia terus duduk di depan Bella. Bella yang melihat terkelu seribu bahasa. Eh!

“ Lama tak jumpa awak. By the way I’m Tengku Ikram.”

Tanpa disuruh, Ikram memperkenalkan dirinya pada Bella. Bella yang mendengar rasa kerek tiba-tiba. La. Aku tak tanya pun. Berlagak bagus ke macam mana?

“ Encik!”

Suara Fika menarik perhatian kami berdua. Tengku Ikram a.k.a Ikram terus bangun dan menuju ke kaunter.

“ Datuk dah tunggu. Encik boleh naik atas.” Maklum Fika dengan senyuman.

“ Okay. Thanks.”

Bella menghembus nafas lega. Nasib baik.

“ But..”

Tiba-tiba Ikram menoleh ke arah Bella. Bella yang melihat terdiam. Nak apa lagi?

“ Awak memang dah bisu erk? Daripada tadi saya je cakap. Okay nevermind. Nanti saya tanya ayah awak. See you again. Bye.”

Bella terlopong. Fika yang melihat pula dah tergelak kecil.

“ Apa masalah dia? Aku tak kacau dia pun.” Ujar Bella tidak puas hati.

Derapan kaki yang melangkah ke arah bilik Datuk Haris mengejutkan Bella yang sedang termenung itu. pantas dia meraup wajahnya dan bangun berdiri. Bagi hilangkan ngantuk dan bersedia berhadapan dengan Datuk Haris.

“ Bella. Dah lama tunggu ?”

Bella tersengih. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru perlahan. Nasib bertudung. Kalau tak semua aku garu. Haha.

“ Adalah dalam sejam. Rasa macam nak tidur pun ada Datuk Haris.” Lebih kepada memerli sebenarnya. Haha.

Datuk Haris hanya tersenyum. faham sangat perangai anaknya yang tidak suka menunggu tu. habis baik pun perli je jawapan dia.

“ Sorry sayang. Papa ada tetamu tadi. Tu yang lambat.”

Bella terfikir. Lelaki tu tadi ada bersama dengan papa. So, mesti papa tahu kan? baik aku tanya.

“ Tengku Ikram tu siapa pa?” Soal Bella ingin tahu. Kerusi di depan meja Datuk Haris didudukinya. Muka penuh teruja nak tahu jawapan membuatkan Datuk Haris menggelengkan kepalanya. Bella..Bella.

“ Tahu pula kamu nama dia?”

“ Yelah. Dah dia sendiri perkenalkan diri dia depan Bella. Tahu lah. Bukan orang minta.” Bella hanya mencebik bila teringat soal tengah hari tadi.

“ Dia rakan bisnes papa. Dia akan uruskan projek besar bersama papa dan Izam. Dia anak kepada kawan baik papa. And.. dia kawan kamu dulu.”

Okay. Mulut Bella dah ternganga. Terkejut punya fasal.

“ Kawan? Haih. Semenjak bila Bella ada kawan yang bernama Tengku Ikram. Tolong pa. Bella tak pernah kenal dengan orang kerek macam tu. Berlagak je lebih.” Kutuk Bella.

Datuk Haris tertawa kecil.

“ Amboi. Mengutuk je kamu tahu.”

“ Yelah. Tiba-tiba je tegur Bella lepas tu cakap nama dia and boleh pula dia tuduh Bella ni bisu sebab tak cakap je. Eh! Ikut suka orang lah nak jawab ke tak.” Bella dah mula geram tu.

Datuk Haris hanya diam. Makin dilayan makin menjadi-jadilah nanti. Dia menoleh pula ke arah pintu. Tengku Ikram dan menunggu.

“ Masuk Ikram!”

Bella tersentak seketika. What? Papa aku panggil apa tadi?

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam.” Balas Datuk Haris dengan senyuman.

Bella terus menoleh ke arah pintu. And. OMG! Tengku Ikram sedang tersengih lebar ke arah dia.

“ Hai Alia Salsabella. Remember me?”

Bella menoleh semula ke arah Datuk Haris. seketika dia terteguk air liur gara-gara terkejut. Datuk Haris hanya menahan senyum.

“ Erk. Pa. Bella keluar dululah.”

Dengan langkah yang agak kekok, Bella berjalan untuk ke pintu. Langsung tak dipandang muka Tengku Ikram yang sikit punya handsome tu. Haha.

“ I thought you know me right? Don’t worry. I will meet you later Alia Salsabella.”

Langkah Bella terhenti selepas mendengar kata-kata itu. Meremang terus bulu romanya. Takut dan geram 
pada masa yang sama. Dijelingnya lelaki itu dengan pandangan meluat.

“ Tak nak aku nak jumpa dia. huh!”

Tanpa berlengah, dia pantas keluar daripada situ. Lama-lama kat situ buat sakit hati.

“ Dah la tu Ikram. Sampai bila kamu nak sembunyi?”

Ikram tersenyum dengan penuh makna. Cuma dia dan Datuk Haris je tahu.

“ I will uncle. Just wait and see.”

**
Tengku Ikram. Tengku Ikram. Tengku Ikram? Bella merengus geram. Siapa dia sebenarnya? Macam mana dia tau nama aku? Bella dah jadi pening. Daripada tadi dia asyik mengelamun je. Sampai Izam ada depan mata dia pun dibuat dono je. Sah! Berangan sampai ke bulan.

“ Woi!” Sergah Izam dengan kuat.

“ Opocot! Tengku..Tengku! Woi!”

Bella dah mengurut dada gara-gara terkejut yang amat selepas disergah tadi. Nasib baik dia tak ada sakit jantung. Izam pula dah terkekek-kekek ketawa. Ambik! Berangan lagi. kan dah kena sergah dengan aku.

“ Sukanya kau! Siapa suruh masuk bilik aku ni?!” Serang Bella tak puas hati.

“ Woi! Tolong sikit. Aku dah ketuk banyak kali okay. Sampai nak tercabut tangan aku ni. Bila aku jenguk, rupanya cik Salsabella kita tengah termenung. Agaknya dah sampai ke bulan kot. Haha.”

Bella buat muka geram. Aku ni pun satu! Berangan terlebih. Ini semua fasal Tengku Ikram lah! Semenjak dia datang semalam. Semuanya rasa serba tak kena. Haish! Nasib hari ni dia tak datang office.

“ Kau kenapa? Kau tengah fikir apa? Sampai berkerut-kerut aku tengok.”

Dah boleh kawal gelak baru lah nak menanya Encik Izam kita ni pun.

“ Kau kenal Tengku Ikram tu?”

Izam terdiam. Kepalanya diangguk.

“ Yelah. Dia rakan projek papa kau. Kenapa?”

“ Bukan tu la. Kau kenal dia siapa? Maksud aku diri dia yang sebenar. Latar belakang dia. kau tahu?”

“ Setahu aku, dia baru balik sini sebulan yang lepas. Sebelum ni dia tinggal dekat Amerika Syarikat. Aku tak tahu kenapa. Dia balik sini pun sebab Tengku Imran suruh. Ayah dia tu kan dah tua. So, dia nak serahkan semuanya pada Ikram tu. So, dipendekkan cerita, projek yang sepatutnya dihandle oleh Tengku Imran diambil alih oleh anaknya Tengku Ikram.” Terang Izam panjang lebar.

Bella yang mendengar menganggukkan kepalanya tanda faham. Baru tahu serba sedikit fasal Tengku Ikram.

“ Yang kau tanya fasal dia ni kenapa? Minat?”

Bella mencebik. Siap buat muka tahan muntah lagi.

“ Tak ada maknanya aku nak minat. Aku just nak tahu je. Dah blah! Kau masuk buat semak je.”

“ Eleh. Orang dah tolong dia bukan nak berterima kasih. Ceh!”

Bella terfikir lagi dan lagi. siapa kau Tengku Ikram!

**
“ Uncle. Saya rasa saya nak mulakan rancangan saya tu malam ni. Uncle boleh tolong?”

Datuk Haris tersenyum. seketika dia memandang wajah isterinya Datin Laila. Selepas melihat anggukan Datin Laila, barulah Datuk Haris memandang semula ke arah Tengku Ikram.

“ Sure Ikram. Lagipun dah 10 tahun kamu tunggu untuk saat-saat ini kan? pasti kami tolong. Tapi kami tak jamin kalau dia sendiri tak ingat. Sebab time tu kan dia tak nampak muka kamu. So uncle just risau dia tak percaya je tu kamu.”

Tengku Ikram tersenyum penuh makna.

“ I know what she thinking. I know she will believed me uncle. Trust me.”

“ Sure young man.”

**
“ Argh! Serabutnya! Banyak gila kerja aku tak siap lagi.”

Bella mengeluh. Haip! Tak baiklah asyik mengeluh je Bella. Akhirnya, Bella melangkah keluar daripada bilik untuk mendapatkan udara luar. Biar fresh sikit otak tu. asyik terperap dalam bilik je kerjanya.

“ Mama!”

Bella menuju ke ruang tamu. Tiada sesiapa pun.

“ Papa? Bibik! Mana semua orang ni?”

Bella melangkah pula ke arah dapur. Tapi tiada sesiapa. Okay! Janganlah buat main-main. Malam-malam pula tu.

Bella kembali melangkah ke ruang tamu. Dicapai telefon rumah dan mendail nombor mama. Tapi hampa, tiada sesiapa yang jawab. Nombor papa pun tak ada. Haish! Ni yang aku takut ni!

Bella dah tak senang duduk. Belum sempat dia nak menenangkan dirinya, tiba-tiba dia mendengar sesuatu dari arah dapur. Okay! Dia dah mula rasa seram. Meremang bulu romanya saat ini. tapi, dia nak tahu bunyi apa. so, dia melangkah ke dapur bersama keberanian yang dia ada. Terpaksa!

“ Siapa tu!”

Perlahan-lahan kakinya masuk ke dapur. Dia meliar memandang sekeliling. Tiada sesiapa pun. Mungkin perasaannya saja kot. Dia mula memusingkan badannya ke belakang. Nak masuk bilik semula. Maybe papa dan mamanya keluar. Bibik pun sama kot.

Tapi, belum sempat dia melangkah, tiba-tiba mulutnya ditekup oleh seseorang daripada belakang. Mama! Ya Allah! Selamatkan Bella!

**
Nafasnya dihembus berkali-kali. Selepas merapikan dirinya di depan cermin kereta, dia tersenyum kecil. Ikram! Dah lama kau tunggu saat ini. Aku harap dia tak lupa aku ni siapa. So, let’s go bebeh!

Ikram mula mendail nombor Datuk Haris dan Datin Laila. Dia ingin maklumkan pada kedua-dua orang itu bahawa dia dah nak bertolak. Maybe lagi 5 minit dia sampai.

“ Helo uncle.”

“ Ya Ikram. Kamu dah keluar?”

“ Otw uncle. Macam mana dengan Bella?”

“ Semua settle. Kami dah keluar. Dia ada seorang dalam tu. Tapi jangan menakutkan dia sangat. Pengsan dia nanti. Uncle ada kat luar. Dekat pool. Apa-apa nanti panggil uncle.”

“ Okay uncle.”

Selepas 5 minit dia memandu, dia akhirnya sampai tepat di hadapan rumah Datuk Haris. Bella! Wait for me. Pintu belakang kereta dibuka dan sekuntum bunga mawar dikeluarkan bersama.
Selepas mendapatkan keyakinan, dia melangkah ke arah pintu. Rileks Ikram.

“ Assalamualaikum!”

Sesaat..dua saat dan lima saat. Masih tiada yang menyahut. Ikram mula rasa pelik. Aik? Takkan dah tidur. Baru pukul 9 kot.  Ikram menjenguk-jenguk, kenapa dia tiba-tiba rasa lain macam. Rasa tak sedap hati.

“ bella!”

Kakinya melangkah pula ke arah belakang rumah. Dengan berhati-hati dia menuju ke laman belakang. Bunga tadi dah diletakkan di tepi. Tiba-tiba dia terbau sesuatu.

“ Bau apa ni?”

Langkahnya makin laju dan dia terkejut apabila melihat pintu dapur terbuka. Ya Allah! Bella! Tanpa berlengah, dia pantas masuk ke dalam.

“ Bella!”

Tubuh Bella yang tidak sedarkan diri di atas lantai dapur itu diribanya. Ya Allah! Kenapa dengan dia?

“ Bella. Bangun. Bella! Ya Allah.”

Ikram memerhati sekeliling. Tangannya cepat-cepat mendail nombor Datuk Haris bagi memaklumkan hal ini.

“ Uncle. Telefon polis. Ada orang pecah masuk rumah. Bella pengsan.” Maklum Ikram.

“ Ya Allah. Anak aku.”

“ Uncle jangan risau. Bella selamat. Saya letak dulu.”

Ikram memandang wajah Bella dengan rasa bersalah. Semua ni salah aku. Kalau aku tak suruh uncle dan aunty keluar. Mesti Bella selamat. Ya Allah.

“ Hey!”

Ikram tersentak apabila tiba-tiba ada orang memanggilnya daripada belakang. Perlahan-lahan kepala Bella diletakkan di bawah. Dia dah lama bersedia untuk hadapi benda macam ni.

“ Kau siapa? kenapa kau datang sini?” Soal Ikram berani dan menoleh ke belakang.

“ Kau tak berhak tahu dan kau memang patut mati!”

Belum sempat tembakan dilepaskan, Ikram terlebih dahulu menyepak lengan perompak itu. dan pistol itu berjaya diambil Ikram dan diacukan pada lelaki tadi.

“ Baik kau pergi sebelum aku tembak kau!” Arah Ikram.

“ Tembaklah kalau berani!”

Pang!

Sengaja Ikram melepaskan tembakan ke atas bagi menarik perhati orang  ramai. Dengan cara itu perompak itu akan rasa takut.

“ Hey!”

Perompak itu pantas melepaskan tumbukan dan mengenai perut Ikram. Senyuman puas terukir. Tapi, Ikram tidak berputus asa lantas bangun semula. giliran dia pula menumbuk perompak itu dan tepat mengenai mata dia. Ikram tersenyum sinis.

“ A..awak..”

Suara Bella yang lemah menarik perhatian Ikram. Bella!

“ Bella. Awak dah sedar?”

Pandangan Bella masih kabur. Tapi dia macam kenal suara tu. lelaki yang pernah selamatkan dia dulu ke?

“ Bella. Sabar. Saya akan selamatkan awak. Remember that I will take care of you forever.”

Bella teringat sesuatu. Ya. Kata-kata itulah yang pernah diungkapkan 10 tahun yang lalu. Adakah mereka lelaki yang sama?

“ Awak datang lagi? awak yang selamatkan saya?”

Bella menutup matanya apabila dia merasa pening tiba-tiba. Dia cuba melihat wajah itu tapi dia gagal. Tiba-tiba dia ternampak seseorang yang cuba untuk menikam lelaki itu.

“ Awak! Awas!”

“ Arghh! Matilah kau!

**
10 tahun yang lalu

“ Beb. Aku balik dulu.”

Bella dengan senang hati berjalan pulang ke rumah daripada sekolah. Biasalah dah nama pun sekolah dekat dengan rumah. Dalam 5 minit sampai la. Sambil berjalan sambil dia menyanyi kecil.

Sampai saja di depan rumah, Bella terkejut melihat pintu rumah terbuka dan banyak barang bersepah dekat luar rumah. Ya Allah. Kenapa ni?

“ Papa! Mama!”

Tanpa berlengah, Bella pantas masuk ke dalam rumah bagi menemui papa dan mamanya. Dia mula takut dan risau jika papa dan mamanya diapa-apakan.

“ papa! Mama!”

Bella dah rasa nak nangis. Ruang tamu yang bersepah itu tidak dihiraukan. Dia mula melangkah ke arah dapur. Terkejut dia tengok mama dan papanya pengsan tidak sedarkan diri.

“ Ya Allah. Mama! Papa! Macam mana boleh jadi macam ni?”

Bella memerhati sekeliling. Semuanya bersepah. Sah ada orang curi masuk ke dalam rumah. Tapi siapa?

“ Papa. Mama. Bangunlah! Jangan tinggalkan Bella!”

Bella dah teresak-esak nangis sampai ada orang datang dan menekup mulutnya.

“ Arh! Lepaskan aku! lepas!”

Bella cuba melepaskan diri daripada penjahat itu sampai dia terpaksa gigit tangan penjahat itu dengan kuat.

“ Arh!”

Bila dah berjaya, dia pantas melarikan diri ke luar rumah. Dia nak minta bantuan. Tapi, belum sempat dia nak keluar, badannya ditarik terlebih dahulu ke dalam.

“ tolong! Tolong!” Jerit Bella. Dia harap ada orang dengar dan datang. Ya Allah. Tolong lindungi kami.

“ Haha. Tak ada guna kau nak jerit minta tolong wahai budak!”

Pang!

Bella yang tidak bersalah ditampar tanpa ada rasa belas kasihan. Bella menggigit bibir menahan sakit. Dia ingin melawan tapi apa kudrat yang dia ada. Dia hanya wanita biasa.

“ Lepaskan aku! kau nak apa ha?”

“ Aku nak kau!”

Pantas ditolak badan Bella ke arah sofa. Bella yang tidak bersedia mengaduh kesakitan sebab tolakan itu terlalu kasar.

“ Sekarang kau akan jadi milik aku! hahah!”

“ Mama!”

Makin dekat makin Bella takut. Tolong!

“ Woi! Kau nak buat apa tu?!”

Bella menghembus nafas lega. Alhamdulillah. Allah dengar doa aku.

“ Lepaskan dia la bodoh!”

Bella akhirnya hanya mampu mendengar suara itu kerana dia sudah penat dan mula rasa lemah.

“Bella. Sabar. Saya akan selamatkan awak. Remember that I will take care of you forever.”

Senyuman terukir dan dia terus tidak sedarkan diri. Tapi, kata-kata dan suara itu terus disematkan dalam hati. Terima kasih.

**
Datuk Haris dan Datin Laila melihat muka pucat Bella yang tidak sedarkan diri itu dengan penuh kasih sayang. Mereka harap Bella cepat sedar.

“ Abang. Saya rasa kita kena cepat-cepat satukan mereka. Saya risau bang. Nasib Ikram ada.” Suara Datin Laila.

Datuk Haris tersenyum. tangan isterinya digenggam.

“ InsyaAllah.”

Tiba-tiba Bella membuka matanya dengan perlahan-lahan. Dia seperti diseru seseorang supaya bangun dan datang berjumpa dengan suara itu sekarang.

“ Alhamdulillah. Kamu dah sedar Bella?” Datin Laila mengucap syukur dalam hati.

Bella memicit perlahan dahinya. Rasa pening masih ada even dah kurang. Dia teringat sesuatu. Tak silap dia ada orang selamatkan dia. ya! Dan dia yakin lelaki yang sama datang selamatkan dia.

“ Pa. ma. Mana lelaki tu? lelaki yang selamatkan Bella.”

Datuk Haris dan Datin Laila saling berpandangan sebelum menoleh semula ke arah Bella.

“ Kamu nak jumpa dia?”

Bella terus menganggukkan kepala.

“ Sebab Bella dia sanggup korbankan nyawa dia. nasib baik polis sempat sampai time tu. tapi Bella tak sedar apa-apa selepas dengar bunyi tembakan. Bella tak ingat apa pun yang berlaku lepas tu. boleh kan Bella jumpa lelaki tu. Bella terhutang budi dengan dia.” suara Bella dengan penuh mengharap.

Datuk Haris tersenyum.

“ jom ikut papa. Mama.. bawa dia.”

Dengan penuh debaran, Bella di bawa ke bilik rawatan Tengku Ikram.

“ Masuklah. Kami tunggu dekat luar.”

Bella terus masuk dan sebaik sahaja melihat wajah yang telah selamatkan dia, dia terkedu seketika. Tengku Ikram? Bella ingin berpatah balik tapi suara itu membuatkan niat dia terbantut. Dah sedar?

“ Alia Salsabella.”

Dengan lembut Ikram menyebut nama itu sambil memandang wajah yang dia rindui itu. Dia dah lama sedar. Cuma bila dapat tahu Bella nak masuk cepat-cepat dia buat-buat tidur. Hehe.

“ Awak? Awak lelaki tu?” Soal Bella inginkan kepastian.

Ikram tersenyum lagi.

“ Ya Bella. Orang yang selamatkan awak 10 tahun yang lalu dan semalam adalah saya. Tengku Ikram bin Tengku Imran.”

Bella terkedu. Dia mula rasa sebak. Air matanya dah bergenang. Ya Allah.

“ Ke mana awak menghilang? 10 tahun Ikram! 10 tahun. Kenapa baru sekarang awak muncul balik? saya tunggu awak punya lama sampai saya tak taruh harapan lagi. kenapa awak kenapa?”

Air mata Bella dah mengalir ke pipi. Itu membuatkan hati Ikram sakit. Dia tak sanggup melihat air mata itu jatuh kerananya.

“ Maafkan saya Bella. Saya tahu saya salah. Tapi saya ada sebab. Saya terpaksa.”

“ Sebab apa!” Jerit Bella lantas mengelap air matanya.

Ikram turun daripada katil dan mendekati Bella yang sedang menangis itu.

“ Saya nak jadi suami awak. Sebab tu saya kena pergi tinggalkan awak buat sementara waktu. Ni..”

Tangan kanan Ikram di bawa ke arah dadanya. Ikram tersenyum hambar.

“ Saya pergi buat rawatan untuk sembuh. Kalau nak jadi isteri awak mesti kena sembuh dulu kan? dan saya pergi dapatkan ilmu. Untuk awak juga. Saya buat semuanya demi awak Alia Salsabella. Dan demi Allah saya sayangkan awak.”

Bella terkedu lagi.

“ Dan bila saya dah benar-benar bersedia baru saya balik semula ke sini. That’s why saya kenal bila kali pertama kita bertemu dekat syarikat papa awak. Papa dan mama awak penyokong kuat saya.”

Ikram menanti dengan sabar kata-kata yang akan diluahkan oleh Bella. Dia tersenyum. Maafkan saya Bella. Saya tak tahu yang awak sedang tunggu saya.

“ Awak jahat!”

Bella terus menumbuk dada Ikram dengan sekuat hati. Geram! Malu! Marah! Sedih! Semua ada. Ikram yang melihat perilaku Bella hanya tertawa. Dia tahu Bella geram dan malu.

“ Maafkan saya.”

“ janji jangan buat lagi?” Bella menghentikan perbuatannya dan memandang tepat ke arah Ikram.

“ Janji.”

Ikram tersenyum lantas mengenyitkan matanya. Bella yang melihat terus memandang ke arah lain. Gatal!

“ So, boleh kita kahwin kan?”

“ Mengada!”

“ Haha.”

**
Tengku Ikram bin Tengku Imran. Siapa sangka sekembalinya dia ke sini telah membongkar banyak rahsia. Kerana Tengku Ikram. Bella selamat. Kerana Tengku Ikram juga Bella mendapat cinta sejatinya. Kerana Ikram juga, Datuk Haris jadi papanya. Semuanya macam dalam mimpi tapi itu kenyataannya.

Teringat fasal Tengku Ikram pasti boleh membuatkan Bella tersenyum. Tak sangka, dua tahun Ikram satu sekolah sama dengan dia, dia sendiri tak tahu. Kata Ikram, dia selalu memerhati Bella dari jauh sebab dia tahu dia tak mungkin dapat dekat dengan Bella. Sebab masa tu Ikram sakit. Kanser hati. Tapi mujur dapat dirawat sampai sembuh.  Bella yang mendengar kisah Ikram hanya mampu tahan rasa sebak. Kata Ikram lagi, masa tu dia ekori Bella sampai ke rumah. Mujur ada Ikram, kalau tidak pasti maruah Bella tercalar.

“ Amboi kawan aku ni. termenung jauh nampak.”

Teguran itu mengembalikan Bella pada realiti. Dia tersengih kerang buruk ke arah Fika yang berada di kaunter penyambut tetamu tersebut. Dia sebenarnya tengah tunggu orang, that’s why dia tunggu dekat situ.

“ Teringat kenangan lalu la beb. Cepat kan masa berlalu? Tak sangka yang aku ni..”

“ Dah jadi isteri kepada Tengku Ikram.” Sambung Fika tanpa sempat Bella habiskan ayat-ayatnya. Bella hanya tersengih.

“ Kau tu pun sama la. Dah jadi tunang kepada kawan baik kita Muhammad Izam. Eleh.”

Fika pula tersengih malu.

“ Alhamdulillah.”

Bella dan Fika saling berbalas senyuman sebelum seseorang yang ditunggu Bella daripada tadi akhirnya muncul.

“ Hai dear.”

Ikram mendekati Bella lalu dikucup dahi isterinya itu dengan penuh kasih sayang. Bella yang menerima kucupan itu hanya mampu tersenyum malu.

“ Sorry lambat sayang. Papa lanjutkan meeting tadi. Tu yang lambat sikit.”

“ It’s okay. Jom makan?”

“ Jom.”

Bella mencapai beg tangannya lalu menarik Ikram agar mengikutinya terlebih dahulu. Dia menuju ke arah Fika yang sibuk buat kerja itu.

“ Fika.” Panggil Bella. Ikram dia sebelah sudah tersenyum.

“ Yo. Kenapa?” Fika mendongak melihat dua insan yang sedang berdiri di depannya saat itu.

“ Cakap dekat Izam supaya cepat-cepat lamar kau. Suruh kahwin cepat sikit. Best oo kahwin ni.” Usik Bella dengan wajah selamba. Manakala Ikram di sebelahnya sudah tertawa kecil. Haih isteri aku ni.

“ Aku dengar tu! Aku dengar.”

Muncul Izam dengan lagak yang tersendiri. Dia hampiri Fika dengan senyuman.

“ Oh. Muncul pun kau.”

Fika yang melihat Izam datang dah tunduk malu.

“ Yelah. Dah kau kacau bakal isteri aku. kau dah ada suami so janganlah hasut tunang aku ni. aku tahulah kerja aku.”

Bella tergelak. Ikram menepuk bahu Izam perlahan.

“ Bro. betul apa cakap isteri aku. cepat-cepat kahwin. Kalau tak kau yang rugi.” Giliran Ikram pula mengusik.

Bella yang mendengar sudah tersenyum lebar. Dijeling Fika yang sedang tertunduk itu dengan senyuman bahagia.

Izam tergaru-garu keningnya yang tidak gatal itu. sengihan kerang busuk dipamerkan.

“ Ye aku tahu. Tapi, modal tak berapa nak cukup lagi.”

“ Eleh kau ni. Dari dulu lagi aku dengar modal tak cukup. Tapi, tengok sekarang bukan main bergaya. Kerja dengan papa aku kot. Ke kau nak tajaan daripada Alia Salsabella?” Uji Bella dengan senyuman sinis.

“ Bro. Kau tolong tengokkan isteri kau ni baik-baik eh sebelum aku serang dia. geram aku minah ni.”

Akhirnya, semua di situ ketawa dengan kata-kata Izam.

“ Dahlah sayang. Tak payah kacau diorang ni. nakal isteri abang ni erk?”

Bella tersengih.

“ Yela. Fika. Apa-apa call. Kalau dia buli kau call aku cepat-cepat. Tahulah aku nak bereskan dia.”

Belum sempat Izam membalas kata-katanya, Bella terlebih dahulu menarik lengan Ikram agar cepat-cepat berlalu daripada situ atau kena bebel dengan Izam. Haha. Jahat kau Bella.’

“ Sayang. Kenapa buat diorang macam tu. kesian tau.” Suara Ikram sambil berjalan menuju ke kereta.

“ Saja je. Lama tak usik diorang. Abang nak pergi makan dekat mana?”

Bella memerhati sekeliling.

“ Tempat biasa. Jom.”

Belum sempat Bella nak melangkah, kepalanya tiba-tiba sakit. Suaminya dah jauh ke hadapan. Tapi, dia gagahkan diri juga untuk mengejar langkah Ikram. Dari semalam lagi sakit kepala ni menyerang. Stress la ni.

“ Bella! Awas!”

Bella pantas menoleh ke kiri. Ada sebuah kereta laju menuju ke arahnya. Dia cepat-cepat menutup mata. Rasa takut menyerang. Tapi, dia dapat rasa genggaman seseorang dan serentak itu tubuhnya ditarik ke dalam pelukan seseorang. Apabila dia membuka mata, dia dah ada dalam pelukan Tengku Ikram. Wajah cemas Tengku Ikram diperhatinya.

“ Ya Allah. Sayang tak apa-apa kan?” Cemas sungguh Ikram.

Bella menggeleng laju.

“ Okay. Bella okay. Thanks abang. Abang memang betul-betul cintakan Bella kan?”

Tengku Ikram tersenyum lantas mengucup dahinya dengan penuh kasih sayang.

“ Mestilah. Abang cintakan Bella sangat-sangat. Kalau ada apa-apa terjadi dekat Bella tadi, abang akan salahkan diri abang. Maafkan abang sebab tinggalkan sayang.”

Bella terharu.

“ Bella pun. Erm.. Jom pi makan. Lapar.”

“ Okay jom.”

Bella tersenyum lantas memaut erat lengan Ikram. Bella tahu abang adalah segala-galanya buat Bella. Bella tahu abang anugerah terindah yang dihadiahkan oleh Allah. Bella janji Bella akan jaga abang dengan penuh kasih sayang. Bella harap jodoh kita berkekalan hingga ke syurga.

“ Tengku Ikram.”

“ Ya. Alia Salsabella.”

“ Will you be my Mr.Rescue forever?”

“ I will. Forever.”

~Tamat~

5 comments :

  1. Hebat cerita but entah mungkin aku yg tak berapa nak jiwang 'karat' sampai nak termuntah aku baca..serius best cuma terlalu manis

    ReplyDelete
  2. Jalan cerita menarik cuma ada bberapa grammar mistake. Sepatutnya what she is thinking bukan what she thinking. '---ing' perlu disertai dengan is atau are sebelum verb (simple present tense) . Second, she will believe bukan she will believed. 'Will' bermaksud akan . 'Believed' pula ada pertambahan 'd' di akhir perkataan bermaksud ia telah berlaku (telah percaya) . Jadi bila 'will believed' bermaksud akan telah percaya ? Ada beberapa ayat lain yang ada grammatical error . So, improve your basic grammar such as simple present tense , simple past tense etc. Goodluck for your next shortstories .

    ReplyDelete
  3. Sorry.agak bosan.typical jln cerita ni berlmbk,cuma tukar Nama watak...Dan pengolahan jln cerita X berapa matang.anyway, best of luck to you

    ReplyDelete

Popular Posts

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Friendship tickers