Dua hari selepas itu, Aimi dah boleh ke sekolah seperti
biasa. Tapi dia diingatkan agar tidak bergerak terlalu lasak sangat atau dia
sendiri akan pengsan. Tu ja caranya sebab Aimi sendiri tidak tahu penyakit yang
sedang di hidapi sekarang ni.
“ Assalamualaikum Aimi.”
Sebaik sahaja Aimi masuk ke dalam kelas. Dia terus ditegur
Emelda dengan senyuman kecil.
“ Waalaikumussalam Emelda. Kau apa khabar?”
Tempatnya di sisi Emelda di ambil. Mujur dia tak lewat
sangat hari ni. Semua ni gara-gara dadanya terasa sakit tiba-tiba. Tapi mujur
hanya sekejap. Tu pun ibu dan ayahnya tidak tahu. Kalau tahu memang tak akan
benarkan Aimi ke sekolah lah jawabnya.
“ Alhamdulillah. Kau? Dah okay dah ke sakit kau?” Soal
Emelda risau.
“ Dah. InsyaAllah. Aku stress je that’s why boleh pengsan.”
Aimi mengerling sekilas ke meja Faiz. Teringat pula
kata-kata Faiz tempoh hari. Tanpa dia sedari, kerlingannya itu berjaya dikesan
oleh Emelda.
“ Aku tahu kau sedang cari Faiz. Aku juga tahu apa yang dia
cakap dekat kau before kau pengsan.”
Aimi tersentak lantas menoleh ke arah Emelda.
“ Dia cakap kat kau ke?”
“ Aku yang tanya dia sendiri.”
“ Aku terkejut sangat time tu.”
Emelda meraih bahu Aimi lalu ditepuknya perlahan.
“ Dan banyak benda yang terjadi semasa kau tiada.
Macam-macam hal yang tidak diduga berlaku. Semuanya antara kau, Faiz dan crush
kau Razif.”
Sekali lagi Aimi tersentak.
“ Kenapa? Apa yang berlaku? Semua sebab aku kan?”
Emelda tersenyum kecil.
“ Dua-dua orang tu sukakan kau. Dan mereka takkan mengalah
selagi belum dapatkan hati kau. Yang pasti aku tahu dalam hati kau Cuma ada
nama Razif. Kan?”
Aimi terdiam. Matanya beralih melihat ke luar kelas apabila
dia perasankan sesuatu. Dia tunggu kelibat itu melintasi pintu belakang
kelasnya. Dengan debaran yang kian memuncak, lelaki itu muncul. Razif!
“ Yes. Seperti yang aku agak. Korang berdua ni memang lah.
Suka pendam.”
Kini, Razif berhenti tepat-tepat di pintu belakang kelas
Aimi. Dia melihat Aimi dengan renungan yang penuh dengan kasih sayang. Emelda
yang perasan keadaan itu pantas bergerak ke meja hadapan. Tak nak kacau.
“ Aimi.” Panggil Razif dengan senyuman lebar.
“ Erk..Ya saya.” Sahut Aimi juga dengan debaran.
“ Jangan pengsan macam hari tu dah tau? Saya risau. Saya tak
suka tengok awak sakit.”
Aimi terdiam. Sesaat kemudian dia tersenyum pula.
“ InsyaAllah. Doakan saya.”
Razif mengangguk dengan perlahan lalu beredar semula ke
kelasnya. Dia dah cukup lega bila dapat lihat wajah Aimi. Tu dah cukup buat
dirinya.
Aimi yang baru selesai bercakap dengan Razif kembali menoleh
ke hadapan kelas. Yang pasti bibirnya asyik mengukirkan senyuman. Entah kenapa
tapi dia rasa bahagia. Tapi, bila dia ternampak Faiz yang sedang merenungnya
tajam itu, senyumannya kian pudar. Kali ni, dia rasa lain pula. Lebih kepada
terkejut dan takut.
“ Hai Faiz.” Tegur Aimi sekadar berbasa-basi.
Emelda yang melihat adegan tu rasa tak sedap hati. Pantas
dia kembali ke tempatnya.
“ Hai.”
Tanpa mempedulikan mereka berdua, Faiz terus keluar semula
daripada kelas. Hatinya sakit melihat adegan Razif dan Aimi yang kelihatan
mesra tadi even hanya berbual. Dia tak dapat terima tapi dia juga tak sanggup
untuk hancurkan kebahagiaan Aimi. Arh! Kenapa aku perlu sukakan kau Aimi!
“ Eh! Kenapa dengan Faiz tu?”
Aimi hanya menjongketkan bahu. Maybe, dia nampak Razif
sedang berbual dengan aku tadi. Maafkan aku Faiz tapi aku sukar nak terima kau.
Sebab aku anggap kau tak lebih daripada seorang kawan.
“ Aku rasa dia cemburu tengok kau dan Razif tadi. Haih.
Sudah lah tu. Nak SPM pun. Korang berdua patut kurangkan rasa suka tu.” Nasihat
Emelda lalu membuka buku Bahasa Melayu untuk membuat ulang kaji.
Aimi tertawa kecil.
“ Aku tak kata apa-apa pun. Dan pernahkah kami saling
meluahkan perasaan? Tak kan? So, kami kawan okay. Tetap kawan.” Putus Aimi lalu
memandang ke luar tingkap.
Ya Allah. Hanya satu yang aku pinta. Kuatkanlah hati aku
untuk terus berdepan dengan cabaran yang akan menanti diriku. Lindungilah
diriku seperti mana Engkau lindungi orang beriman. Moga aku dapat menjadi
wanita yang solehah. Aminn.
**
Kedengaran suara orang menangis di dalam rumah. Itu
menyebabkan langkah Imran terus menuju ke dalam rumah. Dia ingin tahu siapa
yang menangis tu. Apabila dia sudah berada dalam rumah, dia terkedu seketika.
Dia rasa menyesal pula cepat-cepat masuk tadi. Nak undur semula langkah memang
tak boleh sebab mamanya dah nampak.
“ Imran..”
Imran mengeluh hampa. Dia terus melangkah ke arah tangga
untuk naik ke bilik. Dia tiada masa nak layan perempuan yang sedang menangis
itu.
“ Im! Nak ke mana tu? Datanglah sini kejap.”
Imran merengus geram. Ini pasti salah satu taktik dia untuk
tarik perhatian mama. Ingat aku tak tahu kot.
“ Ada pa ma? Im penat lah. Ada banyak kerja tadi. Sekarang
Im nak naik atas dan rehat. Please ma.” Rayu Imran sambil menagih simpati
dengan melihat wajah mamanya itu. wajah perempuan yang sedang menangis di
sebelahnya itu langsung tidak dihiraukan.
“ Im.. Kalau ye pun datang lah sini dulu. Mama tak tahu lagi
cara nak pujuk Puteri ni. Tolong mama.”
Imran melonggarkan tali lehernya dengan kasar. Mahu tak mahu
dia mendekati juga mamanya lalu melabuhkan punggung di sisi mamanya. Muka tak
puas hati dipamerkan.
“ Mama nak ke dapur dulu. Kamu berbual la dulu.”
Selepas Datin Hanis berlalu ke dapur. Imran terus memandang
tajam ke arah Puteri.
“ Kau nak apa datang sini dengan nangis segala? Kau ingat
aku akan rasa simpati la lepas tu berbaik dengan kau. Macam tu? Kau bermimpi je
la Puteri. Aku langsung tak kisah apa yang kau nak buat. For sure, taktik apa
pun yang kau guna, aku takkan jatuh cinta dan terima cinta kau. Sekali kau tipu
aku selamanya aku takkan percaya lagi.” Warning Imran dengan muka yang marah.
Puteri yang mendengar kata-kata itu terus terhenti
tangisannya. Tapi dia tak boleh mengalah.
“ Tapi Im. I benar-benar cintakan you. I tak berlakon Im. I
benar-benar dalam masalah. Mujur ada mama you.” Pujuk Puteri cuba raih
perhatian Imran.
Imran tersenyum sinis.
“ Kau ingat ye. Satu je peringatan aku nak beri dekat kau.
Kalau kau berani buat apa-apa dekat mama aku. aku akan cari kau sampai jumpa.
Dan jangan kau berani-berani nak tipu dan raih simpati mama aku. Kalau aku
dapat tau, siap kau!”
Usai berkata demikian, Imran terus berlalu naik ke atas.
Tengok muka puteri buat dia benci. Dia akan teringat kembali peristiwa yang
menyebabkan dia bencikan Puteri sampai saat ini.
Puteri melihat Imran berlalu dengan perasaan tidak puas
hati.
“ Aku tak kira. Walau apa cara sekalipun, aku akan dapatkan
kau. Even guna cara kasar. Kau selamanya milik aku Imran.”
**
I really really really
really really really like you
And I want you. Do you want me? Do you want me too?
And I want you. Do you want me? Do you want me too?
Lagu yang sedang berkumandang dekat radio masa tu berjaya
membuatkan Aimi tersenyum malu. Teringat pula kejadian pagi tadi dengan Razif
masa nak keluar rehat. Hampir saja terlanggar dengan Razif. Mujur sempat elak.
Malu okay!
Entah kenapa, tapi rasanya kini hubungannya dengan Razif
semakin rapat. Tak macam dulu. Dia je yang beria-ria usya Razif. Tapi tidak
untuk kali ini. Bila teringat akan Faiz, Aimi akan rasa serba salah pula. Dua
lelaki simpan perasaan pada dia. Tapi hati dia hanya boleh pilih seorang.
“ Aimi. Mari turun makan nak.”
Panggilan ibunya membuatkan lamunannya tersentak. Pantas
diusir perasaannya terhadap lelaki itu. Sekarang dia perlu fokus pada SPM.
Kalau tak, nanti apa akan jadi? Jawab sendirilah.
Tanpa berlengah, dia pantas turun untuk menikmati makan
malam bersama keluarganya. Walaupun keluarganya hidup dalam serba sederhana,
tapi dia cukup bahagia kerana dia dapat hidup dengan penuh kasih sayang.
“ Mak. Ayah.”
Kerusi di sebelah ayahnya di ambil. Matanya melihat makanan
yang berada atas meja itu dengan penuh kesyukuran. Tetiba dia mengukirkan senyuman.
Teringat pula macam mana dulu dia cuba untuk memasak tapi dapur hangus terlebih
dahulu. Haha.
“ Aimi. Boleh ayah tanya sikit?” Suara Azmir dengan senyuman
kecil.
“ Apa tu ayah? Tanya banyak-banyak pun tak pa.”
“ Kamu ada rasa sakit tak selepas keluar hospital tu? Sakit
dekat dada ke or rasa sesak nafas ke? Ada?”
Pertanyaan ayahnya
itu membuatkan dia terus terkedu. Dia cuba maniskan muka lalu memandang tepat
ke arah ayahnya. Memang ada. Tapi memang tak akan dia nak beritahu ayah dan mak
dia. atau itu hanya akan membuatkan mereka lebih risau.
“ Tak ada pula. Aimi rasa okay je.” Nafi Aimi lantas menyuap
nasi ke dalam mulut. Biarlah hanya dia dan Tuhan je tahu. Biar dia yang
tanggung seorang diri.
“ Esok petang ikut ayah pergi hospital. Doktor nak buat
pemeriksaan lebih lanjut.”
Aimi hanya mengangguk even dalam fikiran dia masih penuh
dengan tanda tanya. Macam ada sesuatu yang ayah dan mak dia sembunyikan
daripada dia. Cuma dia tak tahu apa benda tu. Sabar je lah Aimi.
“ Dah makan kenyang-kenyang. Nanti kita solat Isyak
berjemaah.”
“ Yes boss!” Sahut Aimi dengan sengihan.
Azmir dan Maznah yang melihat sudah tertawa kecil. Itulah
Aimi. Memang tak pernah menghampakan orang di sekelilingnya.
Aimi yang melihat senyuman kedua-dua orang tuanya itu sudah
mampu menghembus nafas lega. Dia tak mungkin sesekali melihat senyuman itu
hilang daripada wajah mereka. dia tak sanggup. Dia lebih sanggup kalau dia yang
sedih daripada orang tuanya.
“ Mak.. bak lauk tu. hehe.”
Belum sempat Aimi nak sambut mangkuk yang diberikan ibunya,
dadanya tiba-tiba rasa senak. Rasa susah nak bernafas. Tapi dia tahan. Tak
mungkin dia nak tunjuk rasa sakitnya depan mereka. itu mustahil!
“ Terima kasih mak.”
Sedaya upaya dia cuba menahan dengan mengukirkan senyuman.
Suapan pertama. Suapan kedua dan ketiga. Dia dah tak boleh tahan. Dia genggam
kuat dadanya tanpa disedari Azmir dan Maznah. YA Allah. Kurangkanlah rasa sakit
ni. Aku mohon.
“ Aimi. Nak nasi lagi?” Soal Maznah tanpa memandang ke arah
Aimi.
Aimi hanya menggeleng. Wajahnya sudah berpeluh menahan
sakit. Sampai pandangannya dah menjadi kabur barulah dia cuba untuk memanggil
ibunya.
“ Mak.. mak…”
Akhirnya, dia jatuh tidak sedarkan diri. Azmir dan Maznah
yang melihat pantas menuju ke arah Aimi dan memanggil nama Aimi. Namun, Aimi
tidak menyahut.
“ Ya Allah. Abang. Kita bawa dia ke hospital!”
No comments :
Post a Comment