Tak ke kanan. Dia ke kiri pula. Penat berjalan, dia duduk
pula. Kepalanya didongakkan ke atas melihat langit yang cantik itu. tapi, itu
masih belum dapat menenangkan hatinya yang tiba-tiba rasa tak sedap. Rasa lain
macam. Rasa gelisah. Yang pasti, dia benci perasaan tu.
“ Penat lah macam ni. baik aku ke hospital. Maybe ada
urgent.”
Pantas kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia perlu
bersiap. Maybe malam ni tidur sanalah.
“ Im! Nak ke mana tu?”
Soalan Datin Hanis tidak dihiraukan, malah kakinya laju saja
naik ke atas untuk masuk ke dalam bilik. Datin Hanis yang melihat pun jadi
hairan.
“ Abang. Kenapa dengan anak abang tu? lain macam je saya
tengok.”
Datuk Ismail yang mendengar soalan isterinya itu hanya mampu
menjongketkan bahu. Tumpuannya kini sepenuhnya pada television. Kalau dilayan
isterinya tu, sampai ke sudah tak habis. Tak dapat juga dia nak fokus pada apa
yang dia tengok sekarang.
Imran yang baru selesai menukar pakaiannya ke arah lebih
kasual terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak hospital. Aku dah
agak. Mesti ada something. That’s why aku tak senang duduk tadi. Tanpa
berlengah, dia mengangkat panggilan tersebut.
“ Helo. Doktor Imran bercakap di sini.”
“ Doktor! Tolong datang ke hospital sekarang. Pesakit doktor
Aimi Aisya pengsan lagi. kali ni dia berada dalam wad ICU.”
Berita itu ternyata mengejutkan Imran. Tanpa sempat membalas
kata-kata nurse dipanggilan, dia pantas meletakkan telefon dan mengambil kunci kereta.
Dia perlu pantas.
“ Imran. Nak ke mana? Hospital?” soal Datin Hanis lagi
apabila melihat Imran turun dengan pakaian casualnya.
“ Ye ma. Ada emergency call. Im pergi dulu.”
Selepas salam ibu dan ayahnya, dia pantas keluar dan menuju
ke kereta. Dalam hati dia berdoa agar Aimi takkan apa-apa.
**
Wajah cemas orang tua Aimi membuatkan Imran tak senang
duduk. Tanpa berlengah, dia pantas bergegas ke wad ICU bagi menemui Aimi. Dia
perlu tahu keadaan Aimi terlebih dahulu.
“ Nurse. Macam mana keadaan dia?”
Imran menarik stetoskop dan membuat pemeriksaan pada jantung
Aimi. Denyutan Aimi tidak berapa stabil. Kejap laju kejap perlahan. Imran buka
pula kedua-dua mata Aimi. Selepas itu dia buat pemeriksaan pada nadi Aimi.
“ Doktor. Denyutan dia makin perlahan.”
Imran tersentak. Bacaan jantung Aimi semakin menurun. Ya
Allah.
“ Aimi. Please bertahan.”
Imran cuba membuat CPR tanpa menggunakan pernafasan dari
mulut ke mulut. Dia hanya menekan dada Aimi berkali-kali agar jantung Aimi
kembali stabil.
“ Doktor. Bacaan jantung mula naik.”
Imran teruskan even penat. Tapi dia tidak berputus asa.
Please Aimi. Jangan buat ibu bapa awak kecewa. Please.
“ Doktor. Dah stabil.”
Serta-merta perbuatannya terhenti mendengar kata-kata nurse
itu. dia menghembus nafas lega. Peluh yang merintik di dahinya dilap oleh nurse
Izati. Dia tersenyum kecil.
“ Tahniah doktor. Nasib baik doktor cepat.”
“ Alhamdulillah nurse. Saya keluar dulu.”
Imran keluar dan menemui ibu bapa Aimi.
“ Encik.” Tegur Imran dengan senyuman kecil.
“ Doktor. Macam mana keadaan anak saya? Dia okay kan?” Wajah cemas Azmir membuatkan Imran tersenyum.
“ Alhamdulillah. Dia dah stabil. Encik.. maaf tapi saya rasa
dia perlu tahu keadaan dia yang sebenar. Saya takut kalau keadaan akan
terus-terusan macam ni dia sendiri akan berada dalam bahaya. Sekarang ni pihak
hospital hanya mampu beri dia ubat tahan sakit. Selagi belum teruk dan belum
mendapatkan penderma yang sesuai, itu saja caranya.” Terang Imran dengan
hati-hati agar tidak terguris hati orang tua Aimi.
Azmir terduduk. Ada benar juga kata doktor tu.
“ Kalau macam tu. Doktor tolong beritahu dia? Saya tiada
kekuatan tu doktor. Saya takut saya tewas di depan dia.” Rayu Azmir dengan
simpati.
Imran tersenyum hambar. Perlahan bahu Azmir ditepuk seraya
memberikan kekuatan.
“ InsyaAllah. Saya cuba.”
“ terima kasih doktor.”
**
Selepas kerjanya dah selesai dan orang tua Aimi pun dah
pulang ke rumah. Barulah Imran melangkah masuk ke dalam wad untuk melihat Aimi.
Aimi Aisya. Entah kenapa, tapi wajah awak sentiasa buatkan saya tenang. Awak
membuatkan saya lebih ingin mengenali awak. Pelik kan?
Imran melihat wajah Aimi yang kelihatan polos itu. Terbit
senyuman kecil pada wajahnya. Alahai. Aimi Aisya. Saya gembira dapat kenal awak
dan awak pun macam tu la harapnya. Haha.
“ Aimi. Stay strong okay. I will take care of you.”
Imran sudah ingin berlalu keluar, tapi dia terdengar sesuatu
dan dia yakin itu suara Aimi. Dia kembali menoleh ke arah Aimi. Mata Aimi still
terpejam. Tapi mulutnya terbuka macam nak berkata sesuatu. Imran mendekatkan
telinganya ke arah mulut Aimi.
“ To…tolong saya. Ja..jangan ting..galkan sa..saya…”
Imran tersentak. Lepas tu, dah tak dengar apa-apa dah. Imran
tergaru kepalanya yang tidak gatal itu. Aimi ni maksudkan siapa? Dia mimpi ke?
Imran tersengih. Aku ni pun satu. Ingat cakap dekat kau ke Imran? Haha.
Blahlah!
“ Aimi?”
Imran cuba memanggil Aimi. Mana tahu Aimi sedar ke kan? Tapi
bila seminit berlalu, tiada apa-apa perubahan pun yang dia dapat. Maybe Aimi
tidur. Dengan berat hati, dia melangkah keluar daripada situ dan menuju ke
bilik kerjanya.
Tempatnya diambil. Perlaha keluhan dilepaskan. Badannya
disandarkan. Matanya meliar memandang siling. Hatinya sekarang ni rasa lain
macam. Kejap-kejap happy, kejap-kejap gelisah dan sedih pun ada bila
teringatkan Aimi.
“ Apa kena dengan aku ni agaknya?”
Teringat lagi dia pada Puteri. Dah dua hari semenjak Puteri
datang ke rumahnya hari tu sampai sekarang langsung tak dengar khabar berita.
Baguslah kalau macam tu. Dia dengar apa yang aku cakap time tu. Aku pun dah tak
sanggup nak berdepan dengan dia or aku akan jadi lebih bencikan dia even dia
sepupu aku.
Kepalanya diraup kasar. Peristiwa lalu bersama Puteri memang
dia tak boleh lupakan sampai bila-bila. Perasaan dikhianati tu lebih sakit
berbanding ditusuk dengan pisau. Sakit sangat! That’s why sampai sekarang dia
dah sukar untuk percaya mana-mana perempuan. Sebab itu juga sampai sekarang dia
still membujang. Bagus tak? Haha.
Sedang Imran ralit termenung, tiba-tiba telefon bimbitnya
berbunyi. Bunyi telefon itu mengembalikan dia pada realiti. Tanpa berlengah,
dia pantas menjawab panggilan tersebut.
“ Helo.”
“ Hai baby.”
Imran merengus geram.
“ Kau nak apa lagi? Tak puas lagi ke kacau hidup aku?” Imran
sudah berang.
“ Rileks baby. Kenapa nak marah ni? I rindu you tau tak. You
tak rindu I ke?”
Imran tersenyum sinis. Macam Puteri ada di depan mata dia.
“ Tolonglah. Aku lebih rela rindu bibik aku daripada kau
lah. Dasar perempuan tak sedar diri. Hey! Aku tak nak cari fasal sebab aku dah
malas nak fikir fasal kau. So, ini last warning. Sekali lagi kau kacau aku, aku
takkan teragak-agak buat laporan polis. Kau tahu kan salah kau apa?” Imran
merenung jauh ke hadapan. Teringat peristiwa itu benar-benar buatkan dia hilang
sabar.
“ Im.. jangan Im. Please.”
“ So, jangan kacau aku lagi!”
Terus ditamatkan panggilan tersebut. Puas! Sungguh dia rasa
puas. Ya Allah. Jauhkan lah aku daripada perempuan tu. Aku dah penat dengan
semua ni. Kuatkan hatiku Ya Allah.
No comments :
Post a Comment