Keesokan harinya, laju kakinya melangkah ke kelas Dina. Dia
takkan puas hati selagi dia tak dengar sendiri daripada mulut Dina. Faiz
merengus geram. Aku takkan benarkan rancangan jahat kau terjadi Dina. Tidak
akan sama sekali! Semua tu kawan aku!
“ Dina!”
Panggil Faiz bila berada tepat di depan kelas tersebut.
Mujur masa rehat. Jadi tak ramai orang ada dalam kelas. Dan kalau ramai pun
memang tiada sesiapa berani nak serang dia. Sebab apa? Sebab dia juara tek wan
do.
Dina tersentak saat namanya dipanggil. Dia yang sedang elok
menelaah itu pantas melihat ke arah pintu. Nampak je muka ketat Faiz itu, dia
merengus geram. Dia dah tahu apa maksud kedatangan Faiz ke sini. Tak lain tak
bukan mesti sebab Razif. Huh!
“ Kau nak apa?”
Dina mendekati Faiz dengan muka selamba. Faiz yang melihat
cuba bersabar. Sabar Faiz! Sabar!
“ Kenapa kau bagi hadiah dekat Razif?” Soal Faiz dalam nada
terkawal.
Dina tersenyum sinis.
“ Kenapa? Salah ke? Tak kacau urusan kau pun kan? Ke kau pun
nak hadiah daripada aku juga?”
Faiz meraup rambutnya ke belakang. Kasar!
“ Aku pun tak hadap lah hadiah kau tu. Cuma satu je aku nak
warning kau. Kalau apa-apa jadi pada hubungan mereka berdua. Aku takkan
teragak-agak cari kau. Dan kau kena ingat, rahsia kau ada dalam tangan aku.
Jangan sampai aku lapor dekat pengetua. Kalau kau nak berhenti sekolah cepat.
Baik kau stop buat benda ni! Or you will be regret!”
Terus Faiz berlalu usai berkata demikian. Hatinya cukup
puas. Ya. Sebelum dia tahu nama Dina tu pun dia tahu siapa Dina. Sebab sebelum
ni dia ternampak Dina dengan seorang lelaki sedang cuba mencuri barang
koperasi. Dia cuba nak menghalang tapi gagal bila mereka pantas berlari. Last
last dia hanya mampu berdiam diri. Dina! Kau jangan ingat kau bebas! Aku pegang
rahsia kau.
Dina yang mendengar kata-kata Faiz terdiam seketika. Dia
cuba mencerna maksud Faiz. Dia tahu rahsia aku? Apa? Ah! Peduli semua tu.
Asalkan aku dapatkan Razif even aku terpaksa guna cara kotor.
**
“ Faiz!”
Faiz yang baru sahaja nak masuk ke dalam kelas selepas jumpa
Dina menoleh ke belakang. Ternyata Razif dan Emelda. Nak apa?
“ Faiz. Aku ada benda nak bincang sikit dengan kau. Harap
kau sudi.” Ujar Razif.
Faiz pandang Emelda. Emelda hanya menjongketkan bahunya.
Tanda tidak tahu.
“ Apa?”
Emelda yang sedar dirinya tidak diperlukan itu pantas
menapak masuk ke dalam kelas. Dia perempuan so duduk diam-diam.
Razif menarik senyum. Seketika kemudian dia mengeluarkan
sesuatu daripada poket seluarnya.
“ Ini..”
Faiz mengerutkan dahinya. Apa benda yang Razif pegang tu?
“ Aku jumpa dalam beg kertas kemarin. Terselit dekat baju
tu. Aku tak tahu ada apa dalam botol ni tapi aku yakin mesti kau nak tahu.”
Faiz mencapai botol kecil itu lalu ditatapnya. Apa benda ni?
“ Kenapa kau tak buka?” Soal Faiz.
“ Kita buka sama-sama.”
Tanpa berlengah, Faiz membuka botol kecil itu. Ada kertas
kecil dan kunci. Faiz pandang Razif pelik. Razif pula hanya mendiamkan diri.
“ Cuba kau tengok apa isi kandungan kertas tu.” Suruh Razif.
Faiz menurut. Dia juga nak tahu apa motif Dina.
Dina. Ini kunci rumah
saya. Kalau awak rindu saya, datanglah. –Zil
Faiz dan Razif. Masing-masing terkedu.
“ Aku rasa dia tak tahu yang botol ni ada dalam beg tu.
kalau dia tau dia takkan letak dan bagi dekat kau. Aku musykil.”
Faiz mengerling jam tangannya. Ada lagi 5 minit sebelum
kelas bermula. Dia dongak pandang Razif pula.
“ Kau nak join aku tak?”
“ Join? Join untuk apa?”
“ Selesaikan masalah ni. Atau kau dan Aimi akan dalam
bahaya.”
Razif terdiam. Dia tak tahu apa motif Dina. Tapi dia tahu
Faiz mesti ada cara untuk selesaikan semua ini.
“ Okay deal.”
“ Aku pun nak!”
Tiba-tiba muncul Emelda dengan sengihan. Faiz yang terkejut
terus ketuk kepala Emelda. Sengihan panjang ditarik.
“ Sakitlah!”
“ Siapa suruh kau muncul tetiba. Kau nak apa tadi?”
Emelda merengus geram. Benci!
“ Nak join korang berdua la. Apa kes kali ni? Mana aci aku
tak tersenarai. Aku pun kawan baik Aimi juga.”
Razif dah tergelak. Kes? Macam penyiasat pula.
“ Banyaklah kau kes. Kau ingat kita ni polis? Detektif?”
Emelda tersengih mendengar kata-kata Faiz.
“ Apa-apa jela. Asalkan aku join. Deal?”
Faiz dan Razif saling berpandangan sebelum memandang semula
ke arah Emelda.
“ Okay. We deal!”
**
Aimi membetulkan kedudukan tudungnya itu dengan rapi sekali.
Bila dah selesai, barulah dia melangkah ke arah katil hospital. Dia dah
bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Tak sabarnya rasa!
“ Assalamualaikum.”
Muncul Imran dengan senyuman nipisnya itu.
“ Waalaikumussalam. Hai awak. Mak ayah saya belum sampai
erk?”
Imran duduk di sisi Aimi.
“ Belum. On the way la tu. Macam mana hari ni? Sihat?”
Aimi tersenyum ceria. Memang ceria la dah boleh balik kan?
“ Sihat sangat. Rasa segar pun ada. Terima kasih la dekat
awak sebab sudi jaga saya selama 3 hari dekat hospital ni. By the way nanti
jemputlah datang ke rumah. Boleh kita makan sama-sama. Ya tak?” Jemput Aimi
dengan sengihan.
Imran tergelak kecil. Aimi..Aimi.
“ InsyaAllah.”
Keadaan jadi sepi seketika. Aimi pandang tangan dia. Imran
pula sedang meneliti dokumen pesakit. Tiba-tiba Imran teringat sesuatu.
“ Ermm. Aimi. Nanti ingat ye, kalau sakit makan ubat tahan
sakit tu. kalau teruk sangat terus datang sini. Dan ingat, jangan terlalu sedih
dan jangan terlalu happy. Yang paling penting tak boleh lari. Okay Aimi?”
Sungguh banyak pesanan daripada penaja nampaknya. Aimi yang
mendengar terus mengangguk. Siap tabik hormat lagi.
“ okay boss!”
Imran yang melihat hanya tersengih. Ada-ada je Aimi ni.
inilah Aimi yang sebenar. Bukan selalu sedih tu.
“ Assalamualaikum.”
Muncul pun mak ayah Aimi.
“ Waalaikumussalam. Mak. Ayah.”
Aimi bangun dan salam kedua-dua tangan ibu bapanya itu.
“ Maaf lambat. Jalan jammed tadi. Semua dah siap?” Soal
Maznah.
“ Dah mak. Boleh balik dah. doktor pun dah bagi green
light.” Aimi tersengih.
“ Tapi jangan terlalu teruja. Awak tu sakit. Ubat kena
pastikan ada di sisi. Jangan sampai kurang daripada 24 hours awak masuk sini
balik.”
Aimi tersengih lagi. lawak bila tengok cara Imran bagi
nasihat tadi.
“ Yela Doktor Imran.”
Imran buat muka geli hati.
“ Doktor. Kami rasa kami gerak dulu. Ada masa nanti
jemputlah datang rumah.” Suara Azman.
“ InsyaAllah pakcik.”
“ Tak payah nak kata mungkin nanti. Tapi wajib kena datang!”
Suara Aimi pula dengan kuat. Dia sibuk mengemas barang buat
kali terakhir. Nak tengok kalau ada apa-apa yang tertinggal.
“ Baik Cik Aimi Aisya.” Imran pula rasa nak tergelak.
“ Okay mak ayah. Jom kita balik.”
“ Kami balik dulu doktor. Assalamualaikum.”
“ Waalaikumussalam.”
Hilang je mereka daripada pandangan doktor Imran. Terbit
senyuman pada bibirnya. Aku pasti akan rindu dengan Aimi nanti. Ermm. Eh! Dah
kenapa dengan aku ni? Haih. Merepek!
**
“ Dina! Wait!”
Dina yang baru nak keluar daripada pintu pagar sekolah
pantas menoleh. Terus wajahnya jadi bersinar-sinar sebab orang yang
memanggilnya itu adalah Razif. Siapa tak seronok bila crush panggil?
“ Eh. Awak. Ada apa erk?”
Razif tersenyum kecil. Beg kertas yang Dina bagi semalam
diserahkan kembali kepada Dina. Dina yang melihat terus mati senyumannya.
“ Apa ni awak?” Dina tidak menyambut malah ingin tahu.
“ Maaf Dina. Tapi saya tak boleh terima hadiah awak. Awak
simpan je la. Bagi dekat ayah awak ke adik lelaki awak ke pakwe awak ke. Tapi
bukan saya. Maaf.” Lembut Razif ketika berkata-kata.
Terus berubah wajah Dina sebab Razif menolak pemberiannya.
Kecik hati!
“ Tapi ini memang untuk awak Razif.” Dina masih berdegil.
Dia menolak beg itu semula ke arah Razif.
Razif masih tersenyum.
“ Tak. Saya tetap tak boleh terima. Maaf. By the way, saya
perasan ada botol kecil dalam beg ni. Tapi saya tak tahu siapa punya. Saya rasa
awak. So, saya tak berani buka.”
Dengar je perkataan botol tu, wajah Dina jadi lain. Razif
yang melihat tersenyum. Dah agak! Tekaan Faiz betul. Pasti ada benda yang kita
tak tahu daripada Dina. Mesti Dina sembunyikan sesuatu.
“ Erk. Ya. Tu botol saya. Nasib awak jumpa. Saya dah lama
cari. Tak sangka boleh ada dalam beg kertas ni.”
Terus Dina ambil dengan senyuman yang dibuat-buat. Razif
yang melihat rasa nak tergelak. Tahu takut!
“ Saya rasa tu je. Saya pergi dulu.”
Pantas Razif memusingkan badan ke belakang dan beredar ke
dewan sekolah. Bila dah nak sampai dewan dia menoleh semula ke arah Dina.
Nampaknya Dina dah keluar. Senyuman sinis terpamer pada bibir Razif.
“ Amacam bro?”
Faiz dan Emelda yang sembunyi dalam dewan semenjak tadi
terus keluar bagi menemui Razif. Ingin tahu perkembangan.
“ Dah agak. Betul tekaan kau. Ada benda yang kita tak tahu
daripada Dina. Sebab bila aku cakap fasal botol. Berubah terus riak muka dia.”
“ See!”
Faiz senyum puas. Kau belum kenal siapa aku Dina. Kau silap
kalau kau nak main-main dengan aku. Aku takkan lepaskan kau kalau kau cuba-cuba
nak apa-apa kan Aimi dan Razif. Aku akan pastikan hal tu.
“ Faiz.”
Razif memanggil. Dia menghulurkan tangan kanannya dengan
senyuman. Faiz yang melihat dah jadi pelik.
“ Kenapa?”
“ Kawan?”
Faiz tergelak. Terus disambut tangan kanan Razif.
“ Aku dah tak peduli fasal hal tu. Aku rela lepaskan dia
demi kau bro. Asalkan kau bahagia. Dah. lupakan.”
Razif pula tergelak. Tak sangka dulu bergaduh sebab perempuan.
Sekarang berbaik pun sebab perempuan. Haha. Kelakar.
“ Oh! So sweet!”
Emelda yang perhati daripada tadi terus tersenyum ceria.
“ Sweet tengkorak kau!” Tempelak Faiz. Razif yang mendengar
terus tertawa.
“ Eh! Kira bagus aku puji. Kalau tidak jangan harap! Bukan
nak berterima kasih. Ceh!” Emelda jadi geram.
“ Tak payah nak berdrama sangatlah. Macam aku tak kenal kau.
Choih!”
Razif yang melihat Faiz dan Emelda yang nak mula bergaduh
itu terus menggelengkan kepala. Kalau mereka berdua ni kahwin pun okay. Asyik
gaduh memanjang. Sesuai sangatlah tu. Tak mahu dengar masalah kawan-kawannya
itu, langkahnya terus maju ke pintu pagar sekolah. Teringat pula dekat Aimi.
Aimi. Harap awak sihat. Esok datanglah ke sekolah.
“ bro! tunggulah!”
Faiz mengejar daripada belakang.
“ Siapa suruh gaduh? Dah habis?”
Faiz terus tersengih. Emelda di sebelah dah mencebik.
“ Ala. Macam kau tak biasa bro.”
“ Sebab aku biasa la aku lari. Kan Mel?”
Giliran Emelda tersengih.
“ Kalau Aimi ada kan best.” Suara Emelda.
“ Esok dia datang. Aku jamin.” Yakin Faiz.
“ InsyaAllah. Jom aku belanja makan.”
“ Boleh!”
“ Tapi kau bayar.” Razif tergelak besar bila tengok muka
Faiz berkerut.
“ What?!”
Akhirnya mereka bertiga terus ketawa besar. Tak sangka, dulu
bermusuh sangat. Sekarang terus berbaik. Alhamdulillah.
No comments :
Post a Comment